atbm 3.5 - 08 - alter terahsia bangsa melayu xiii

Upload: alam-mala

Post on 09-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    1/10

    2010

    Original Author: Srikandi

    For: MistisFiles

    From: Mistis Organisation

    Republish by Alam Mala

    ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU(Versi 3.5)

    ALTER TERAHSIA BANGS A MELAYU XIII

    THE CHRONICLES OF MATAHARI

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    2/10

    A L T E R T E R A H S I A B A N G S A M E L A Y U X I I ISABTU, 18 H B DECEMBER 2010

    [HTTP://MISTISFILES.BLOGSPOT.COM/2010/12/ALTER-TERAHSIA-BANGSA-MELAYU-XIII .HTML]

    Selamat datang ke Gua Rahsia! Cucu semua masih ingat

    pada Atuk ya? Rindu Atuk pada cucu-cucu semua.

    Sudah beberapa purnama kita tidak bersua. Cucu-cucu

    semua mari mendekat pada Atuk. Atuk mahu bercerita.

    Sebenarnya cu, orang Melayu telah ada sejak zaman

    pemerintahan Nabi Sulaiman a.s iaitu ketika Kerajaan

    Israel Raya naik memerintah. Kerajaan ini antara kuasa

    besar dunia ketika itu, malah kuasa dunia utama yang

    tidak terkalahkan. Sejak zaman-berzaman,

    pengetahuan tentang emas dari Nusantara telah

    terakam dalam kitab-kitab Ibrani dan Suryani Kuno

    dan ini memandu kepada penjelajah Eropah

    seterusnya untuk mencari The King Solomon's Minesyang sebenar. Tidak ada satu tempat di dunia yang

    dirakam dalam peta-peta kuno sebagai bumi emas'

    mahupun semenanjung emas, selain bumi di mana

    orang Melayu tinggal. Pulau Sumatera di mana etnik-etnik Melayu tinggal juga dijoloki sebagai Pulau

    Emas. Dari mana Atuk tahu bahawa bumi kita ini telah disinggahi kapal-kapal dari Israel Raya? Melalui

    kitab-kitab Hindu seperti Purana. Kitab-kitab Sanskrit ini pula mengambil cerita-cerita atau hikayatnya

    dari kitab-kitab lain yang lebih kuno, terutamanya dari kitab Avestan, iaitu dalam bahasa Parsi Kuno. Di

    dalam kitab Avestan ini pula tercatat kisah-kisah Raja Babilon dan peperangannya dengan jiran sekitar,

    antaranya Kerajaan Israel Utara, Kerajaan Samirah juga Judah. Selepas perpecahan Empayar Israel

    Raya, dan perluasan kuasa oleh bangsa Chaldea dan Emperor-emperor Babilon, kisah syurga emas dari

    Timur meniti di bibir-bibir dayang-dayang di Etemenanki dan Gerbang Ishtar. Mereka memandang

    perhiasan Haikal yang bergemerlapan dan tertanya-tanya dari manakah semua kekayaan emas ini

    didapati oleh Bani Israel.

    Tahukah cucu-cucu semua, bahasa Melayu Kuno era Sriwijaya yang tertinggal di Kepulauan Filipina dan

    sekitarnya masih mengekalkan begitu banyak kosa kata Ibrani Kuno (Ancient Hebrew) dan Kanaan

    (Phoenicia)?

    Atuk akan ceritakan satu legenda seorang raja yang memerintah bumi Malayu beribu-ribu tahun

    dahulu. Dan peradaban raja ini menjadi inspirasi kepada para pembina piramid di Mesir dan AmerikaTengah. Segala aura Ketuanan Melayu berasal dari raja misteri ini dan dia berkuasa mutlak ke atas

    tanahairnya. Raja ini amat gagah dan tidak berputus asa melawan segala musuh durjana.

    Sebelum itu, ada perkara yang Atuk terlupa nak tunjuk pada cucu. Tanpa benda ini Atuk tidak boleh

    bercerita. Ya, peti-peti kita. Lihat di sana satu peti besar yang bertulis perkataan Wangsa Malayu. Di

    dalamnya ada gulungan-gulungan watikah yang bertulis dinasti-dinasti Melayu Kuno seperti Dinasti

    Teratai, Dinasti Seroja, Dinasti Mala, Dinasti Raja Gunung hingga kepada Dinasti Sriwijaya. Sebelum 300

    tahun SM kita tidak tahukah apakah dinasti-dinasti Melayu yang memerintah Nusantara ini.

    Sehinggalah catatan-catatan pada tembok kuil di Mesir dan tulisan pada Makam Raja-raja mengesahkan

    nama satu dinasti purba dari Tanah Nenek Moyang.

    Sila lihat satu peti kecil di dalamnya.Ya, ini dia, Matahari.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    3/10

    " T H E C H R O N I C L E S O F M A T A H A R I "

    "Others say that he is Heru-ur (the Old Horus), who dwelleth in Sekhem; others say that he is Thoth; otherssay that he is Nefer-Tem; and others say that he is Sept who doth bring to nought the acts of the foes ofNebertcher"

    (Papyrus of Nebseni, The Egyptian Book of The Dead)

    Sejarah bangsa Melayu secara kontemporarinya hanya diketahui seawal Sriwijaya. Paling awal pun

    kerajaan Champa di Vietnam kini (sejak Funan masih menjadi perdebatan). Oleh kerana orang Champa

    dahulu bertempat di Vietnam yang kini menjadi sebahagian dari Indochina, maka anak-anak Melayu

    mungkin tidak menyedari terdapat suku Melayu yang membuka kerajaan yang memiliki peradaban

    maju di Vietnam. Suku Melayu Cham ini mempunyai bahasa yang secara linguistiknya cenderung

    kepada bahasa-bahasa Austronesia berbanding jiran-jirannya seperti Mon-Khmer atau Sino-Tibetan.

    Orang Champa punya kaitan rapat dengan suku-suku Melayu yang lain. Sebab itu apabila raja-raja

    Champa memeluk Islam, anehnya, selepas itu raja-raja Melayu di Sumatera, Borneo dan Semenanjungmula mengikut jejak raja Champa, menunjukkan pertalian antara Champa dengan dunia Melayu bukan

    sekadar bahasa tetapi talian persaudaraan. Raja Khmer, Thai mahupun Burma tidak pula memeluk

    Islam, berbanding raja Patani atau kerajaan di dunia Melayu yang lain.

    Apabila seseorang mendapat hidayah dan kebenaran, sudah tentu dia mahu mengkhabarkannya kepada

    saudara-saudaranya. Inilah yang berlaku kepada raja-raja Champa yang menghantar para mubaligh

    agama ke serata Nusantara untuk membantu menyebarkan Islam. Kadangkala kita keliru, dengan

    budaya Champa ini. Kadang-kadang apabila disebutkan peranan mubaligh Champa kebanyakan kitatersilap dengan mentafsirkannya kepada mubaligh dari Cina. Suku Melayu Champa memang rata-

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    4/10

    ratanya berkulit cerah dan memiliki mata sepet disebabkan kahwin campur dengan orang Cina, Mon

    atau Khmer. Kadang-kadang apabila terdapat senibina Champa di dalam masjid-masjid lama, kita

    cenderung mengatakan ia adalah senibina masjid Cina. Sejarah Champa lebih dekat dengan negeri

    Kelantan. Dan pendakwah-pendakwah awal di Kelantan dulu banyak datang dari Champa. Perkataan

    Melayu purba juga kebanyakan punya persamaan dengan bahasa Champa. Salah satu perkataan yang

    terkenal adalahorang

    . Pada satu prasasti abad ke-2 Masehi milik kerajaan Champa ditemui perkataan

    eurang merujuk kepada manusia terukir dalam tulisan aksara. Di dalam lagenda Melayu Indochina,

    pada zaman dahulu terdapat satu kaum yang asyik berperang dengan dinasti China di utara. Akhirnya

    kaum ini menang perang dan membuat sempadan negara untuk mengelakkan raja China mengganggu

    lagi tanah-tanah kaum ini. Kaum ini digelar Jawaka dan merupakan pewaris kepada satu tamadun

    purba yang hilang di Indochina. Kaum Jawaka ini muncul dalam teks-teks kuno Sri Lanka berbahasa

    Pali, catatan-catatan pengembara Arab dan Parsi serta riwayat-riwayat dinasti China. Anehnya kaum

    Jawaka ini punya rujukan silang yang bertindan dengan nama Melayu di mana raja Melayu bagi dinasti

    Seroja (Pathomwangsa) di Tambralingga juga disebutkan di dalam riwayat berbahasa Pali sebagai raja

    Jawaka. Dalam log-log istana Maharaja China juga menyebutkan nama Mo-lo-yu atau Ma-li-yue

    merujuk kapada Zabag, sebuah kerajaan maritim yang unggul di laut selatan. Zabag pula adalah istilah

    para pedagang Arab dan Parsi, berasal dari perkataanJawak

    iaitu Jawaka.

    Lihat, mengkaji sejarah Melayu memerlukan kita meneropong dari banyak sumber. Jika tidak, kita akan

    gagal mencantum sebegitu banyak misteri yang tersembunyi dalam sejarah Kemelayuan. Kita tidak

    boleh menggali sumber-sumber dari dalam Malaysia atau Indonesia sahaja, tetapi mesti menerawang

    ke seluruh pelusuk dunia. Profesion purba bangsa Melayu sebagai pelaut, pengembara dan pedagang

    adalah masalah terbesar untuk kita menggapai sejauh mungkin tarikh-tarikh yang ada. Orang Melayu

    gemar membina negarakota-negarakota di merata tempat dan apabila kalah berperang, mereka segera

    berpindah ke tempat lain. Segala peradaban dan kesenian tinggalan orang Melayu tadi menjadi milik

    orang lain. Sebab itu bekas-bekas tangan bangsa Melayu berada di tempat lain. Contohnya di Kemboja.

    Para sejarahwan mereka mengakui bahawa dinasti-dinasti awal Kemboja adalah raja-raja Melayu, dan

    mengesahkan bahawa raja Khmer pertama ialah Jayavarman II yang menubuhkan Angkor, setelahbertahun-tahun belajar sistem pentadbiran

    dari dinasti Melayu Sailendra di bawah

    naungan Emperium Sriwijaya. Sebelum

    penubuhan Angkor kerajaan orang Khmer

    adalah Chenla dan ini adalah kerajaan di

    utara Kemboja. Chenla menjadi dominan

    setelah berhasil menakluk Funan melalui

    taktik perkahwinan kerabat diraja.

    Kemudian Chenla telah dikalahkan oleh

    Sriwijaya dalam peristiwa Kepala Maharaja

    Zabag

    yang popular itu, terakam dalamcatatan pengembara Arab, Mas'oudi dan

    riwayat-riwayat Buddha di Kemboja. Chenla

    dikalahkan melalui serangan laut dengan

    beratus-ratus kapal perang dihantar oleh

    Maharaja Sriwijaya. Sebab itu sebagai taktik,

    Jayavarman II yang belajar dari kesilapan

    Chenla memindahkan ibukota kerajaan

    barunya jauh ke daratan, untuk

    mengelakkan serangan dari laut.

    Orang Melayu khususnya di Malaysia sememangnya tidak biasa mendengar tentang Sriwijaya

    berbanding Melaka hanya kerana sejarah Kesultanan Melaka jelas dan masih baru berbanding usia

    lebih 1000 tahun Empayar Sriwijaya. Satu faktor yang pasti ialah pelabuhan Melaka amat terkenal di

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    5/10

    sebelah barat sehingga mendapat jolokan Venice

    Timur kerana kekayaannya. Di era Kesultanan

    Melakalah orang Melayu mula belajar berdagang

    dengan bangsa-bangsa Eropah yang mula

    menemui jalan laut ke Timur. Kejatuhan Melaka

    juga berpunca dari orang Eropah dan inimenguatkan lagi kewujudan Melaka melalui

    catatan-catatan orang Eropah. Namun bagaimana

    caranya kita tahu tentang Sriwijaya?

    Dari pengembara Arab, Parsi, pedagang China dan

    India. Juga dari kaum-kaum Asia Tenggara yang

    lain seperti Khmer, Thai, Mon dan Burma.

    Inilah harapan untuk kita belajar bagaimana nenek moyang kita membina satu empayar maritim bukan

    semutlaknya di atas penguasaan tentera tetapi berdiri di atas hegemoni perdagangan dan prestij.

    Sejak diketahui bahawa terdapat satu empayar kuno yang pernah menguasai Asia Tenggara, sejarahorang Melayu seakan-akan naik lagi setakuk berdasarkan kronologi masa. Dahulu orang Melayu

    memikirkan bahawa mereka lahir dari Kesultanan Melaka. Sebelum itu, entah, ada yang meracau-racau

    mengatakan berasal dari anak raja India atau berasal dari orang Cina berkahwin dengan India. Ada yang

    mengigau berasal dari Siam. Tetapi penemuan prasasti-prasasti berbahasa Melayu kuno, terutamanya

    Prasasti Kedukan Bukit menyingkap satu rahsia yang amat besar. Orang Melayu sudah ada sebelum

    Kesultanan Melaka! Benarlah penjajahan merupakan vakum yang telah mengkuarantinkan orang

    Melayu dari mencapai sejarah agung mereka di luar kepompong sejarah Melaka.

    Sejak itu para pengkaji sejarah; kebanyakannya dari luar dan sejarahwan Indonesia mula mengkaji

    tentang misteri empayar Sriwijaya. Semua puzzle yang ditemui di Kemboja, Thailand, Indonesia,Malaysia dan Filipina akhirnya terjawab dengan kewujudan satu empayar thalassocracy yang paling

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    6/10

    berpengaruh di seluruh Asia Tenggara. Kebingungan para pengkaji dan ahli arkeologi yang menemui

    prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno di merata tempat di samping gelaran-gelaran dinasti Melayu

    di Kemboja, Thailand dan seluruh Asia Tenggara serta para pembesar mereka di Filipina selesai dengan

    nama ini; Sriwijaya. Ketika para pengkaji luar sibuk meneliti empayar agung ini, para sejarahwan

    Malaysia masih duduk di dalam kepompong sejarah Melakanya bermalas-malasan. Lepas itu

    mengeluarkan kenyataan pelik bahawa orang Melayu tidak mampu bina kapal besar, malahan sanggupberhabis beribu-ribu ringgit membina replika kapal Flor de La Mar yang menyerang Melaka! Ini satu

    kedunguan para sejarahwan Malaysia. Sebab itu ada menteri Malaysia yang mengeluarkan kenyataan

    tidak berpelajaran mengatakan bahawa orang Melaka berperang hanya menggunakan tombak dan keris

    sahaja. Orang Melaka memang kalah dengan kuasa Portugis tetapi bukan sebab berperang dengan keris,

    tetapi dikhianati.

    Tahukah anda bahawa beratus-ratus kapal pedagang, kapal perang atau kapal pelaut Sriwijaya masih

    tersadai di dasar laut Selat Melaka, Laut Champa (Laut China Selatan) dan sekitar Borneo? Tetapi ini

    hanya heboh di Indonesia. Ketika orang Melayu Malaysia mengetuk-ngetuk kepala menangisi

    kebodohan sejarah bangsa yang kononnya tidak mampu membuat sebatang jarum, pakar-pakar

    perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal

    sewn-plank

    dan lashed-lug di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya.

    Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut ketika era Sriwijaya, pembina

    kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan

    contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya.

    Dari mana kita tahu kewujudan Sriwijaya? Dari para pengkaji luar. Goerge Coedes dari L'cole franaised'Extrme-Orient, sebuah institusi kajian sosio-budaya Asia telah menemui rahsia satu empayarmaritim yang hilang ketika menafsirkan catatan-catatan kuno China berkenaan Sanfotsi dan prasasti-

    prasasti berbahasa Melayu Kuno berkenaan Sriwijaya. Tidak ada bukti bertulis tentang Sriwijaya

    seperti kitab-kitab atau rekod dalam bahasa Melayu sebagaimana Kesultanan Melaka yang dirakan

    kewujudannya dalam Sulalatus Salatin. Kita hanya mengharapkan rekod-rekod dari dinasti-dinasti

    China serta bukti perdagangan seperti bangkai kapal atau artifak. Satu tindakan yang bijak oleh raja-

    raja dahulu ialah mereka senantiasa menghantar duta ke Negeri China untuk menjalin hubungan

    diplomatik.

    Jika yang demikian bagaimana sebelum era Sriwijaya? Adakah orang Melayu hanya wujud ketika

    bermulanya Sriwijaya?

    Tidak, kerana terdapat konsep city-states Melayu yang berselerak di seluruh Nusantara sebelum eraSriwijaya. Terdapat kerajaan yang bernama Melayu di Sumatera yang mengeksport emas, juga kerajaan

    yang bernama Melayu di Segenting Kra. Terdapat juga kerajaan purba di Pahang yang dicatat dalam

    rekod Maharaja China, juga tercatat nama Dungun sebagai satu pelabuhan kuno dalam senarai

    pelabuhan pada satu rekod China Purba sekitar 1 Masehi!

    Kita tidak tahu bilakah sebenarnya Sriwijaya bermula kerana rekod dari I-Tsing itu adalah ketika

    Sriwijaya mencapai tahap kemuncaknya. Apa maksud dari semua misteri ini?

    Sebenarnya semakin dalam kita mengkaji sejarah melayu, semakin jauh kita menggapai masa silam.

    Dan sejarah melayu mampu ditelusuri sehingga ke zaman mesir purba!

    Mengapa begitu? Charles Robert Jones, seorang ahli American Research Center di Mesir telah menemui

    bahawa terdapat pengaruh Mesir Purba di dalam beberapa sisi budaya Melayu. Pertama sekali bahasa

    terutama bahasa Melayu Sumatera. Yang paling mengejutkannya ialah penemuan perkataan Maatheru

    yang punya padanan ketara dengan perkataan Matahari. Heru adalah god-king dalam tradisi Mesir

    Purba dan diterjemahkan kepada Horus dalam bahasa Greek. Maat bermaksud eye dalam bahasaInggeris. Jones mendapati orang Mesir purba seolah-olah menyingkatkan sebutan perkataan dalam

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    7/10

    bahasa Melayu. Contohnya baik (good) menjadi bw/bai dalam bahasa Mesir Purba. Hawa (hotbreath) menjadi hh (diterjemah dari hiroglief). Agak (approximately) menjadi aga.

    Mata (eye) menjadi maat!

    Bagaimana orang Melayu menggabungkan perkataan maat dan heru menjadi matahari yang merujuk

    kepada sun? Siapakah kita sebenarnya?

    Terdapat banyak lagi perkataan dalam bahasa Melayu yang punya persamaan dengan bahasa Mesir

    Purba. Adakah pembina piramid adalah berasal dari suku Austronesia? Ini yang memeningkan para

    pengkajiAmerican Research Center.

    Terdapat rahsia besar di sini. Beribu-ribu tahun dahulu, terdapat hubungan yang erat antara Mesir

    Purba dengan The Land of Gods.

    Kod-kod Rahsia dari The Valley of Kings

    Terdapat banyak rahsia sebenarnya yang tidak mampu difahami oleh Egyptologist dan pengkaji sejarah

    Mesir Purba. Ini kerana mereka tidak punya pengetahuan pada masa yang sama tentang orang Melayu

    dan etnik-etnik Austronesia. Di Lembah Raja-raja, iaitu kompleks makam para Firaun, terdapat ukiran

    kapal-kapal besar yang dibina untuk perjalanan jarak jauh. Para pengkaji Ekspedisi Punt kerap

    mengaitkan Punt terletak di Afrika, tepatnya di Somalia atau orang Phoenicia. Namun apa gunanya

    kapal-kapal besar itu? Orang Mesir Purba diketahui bukanlah pembuat kapal yang mahir dan sering

    dikhabarkan bahawa kapal-kapal Mesir Purba tidak dapat bertahan lama di laut dan sering tenggelam

    (kebiasaannya mereka membinanya dari batang-batang jerami). Jika Punt di Somalia, bukankah lebih

    senang membuat ekpedisi dengan berjalan kaki sahaja daripada mengambil risiko berlayar di Laut

    Merah? Namun gambar-gambar kapal besar di Luxor itu menceritakan rahsia besar hubungan

    keturunan raja-raja Mesir dengan apa yang dinamakan Tanah Nenek Moyang.

    Sebelum kita membongkar lagi rahsia dari Lembah Raja-raja, mari kita belajar bagaimana kod-kodrahsia dari hikayat-hikayat Melayu dapat dipecahkan. Sulalatus Salatin adalah teks semi-sejarah yang

    banyak menyimpan rahsia bangsa Melayu. Kesimpulan yang jelas dari teks ini ialah betapa hubungan

    antarabangsa orang Melayu pada masa dahulu amat signifikan dan terampil. Raja-raja Melayu

    menjalinkan hubungan diplomatik, menghantar duta, mengadakan perkahwinan dengan raja/puteri

    luar dan menerima kunjung hormat. Salah satunya Raja Suran. Raja Suran bukanlah orang Melayu

    tetapi satu raja purba yang keturunannya telah berkahwin dengan anak Demang Lebar Daun,

    pemerintah Palembang. Siapakah Demang Lebar Daun? Baginda kemungkinan adalah pemerintah

    kerajaan Melayu yang kembali bebas atau pemerintah Dharmasraya setelah hegemoni Sriwijaya

    merosot. Raja Suran sering dikaitkan dengan Rajendra Chola I yang menyerang pelabuhan-pelabuhan

    Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, Raja Suran adalah keturunan Raja Kinda Hindi yang telah dikalahkan

    oleh Iskandar Zulkarnain. Rajendra Chola pula keturunan Tamil-Dravidia. Bila disebut Hindi maka kitamestilah membayangkan kerajaan-kerajaan utara India seperti Maurya, Gupta atau Pala. Setidak-tidak

    pun Empayar Kushan atau Gandhara.

    Di dalam Purana dan Mahabharata, tercatat nama kaum-kaum utara yang dinamakan gerombolan

    barbarian seperti Yavanas, Sakas, Pahlavas, Hunas dan Kambojas (terdapat banyak lagi seperti

    Parasikas, Kiratas) yang sering menyerang perbatasan utara India. Yavana atau Yona sebenarnya

    sebutan lidah Sanskrit kepada Ionia, wilayah yang terletak di Anatolia sekarang, dahulunya di bawah

    pengaruh Hellenistik Greek. Lidah Arab menyebutnya sebagai Yunani, dan ini diikuti oleh lidah Melayu.

    Hunas adalah kaum Hun, salah satu kaum gasar berkuda seperti Scythia atau Sakas dalam sebutan

    Sanskrit. Pahlavas ditafsirkan sejarahwan kepada Pahlavi atau Parthia, satu kerajaan barat laut Iran.

    Dan akhirnya Kambojas iaitu kaum Kamboja dari kelompok Aryan yang berbahasa Avestan.

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    8/10

    Semua kaum-kaum utara ini (sama ada dipengaruhi

    oleh Hellenistik mahupun Parsi) kemungkinan

    adalah bayangan kepada Iskandar Zulkarnain yang

    mengalahkan Raja Kinda Hindi. Kemudian

    Iskandar Zulkarnain telah mengahwini puteri Raja

    Kinda Hindi. Keturunannya inilah melahirkan RajaSuran dan dari keturunan Raja Suran ini ada yang

    berlayar ke Sumatera dan berkahwin dengan anak

    raja Melayu.

    Salah satu negeri yang diserang Raja Suran ialah

    Gangga Negara yang dikatakan terletak di Perak.

    Tetapi dalam Inskripsi Tanjore tidak disebut

    Gangga Negara atau Gangganagar sekalipun.

    Kewujudan Gangga Negara hanya diketahui dalam

    Sulalatus Salatin dan Hikayat Merong Mahawangsa

    sahaja dan tiada prasasti yang menyebut namakerajaan ini. Kajian oleh Colonel James Low pada

    tahun 1849 pula hanya menjejak satu kerajaan

    purba lain iaitu Kerajaan Beruas. Kerajaan ini

    adalah lebih tua dari Kesultanan Melaka dan mungkin sezaman dengan Langkasuka. Beliau hanya

    mengagak bahawa terdapat satu kerajaan yang lebih tua dari Kerajaan Beruas ini.

    Apakah maksud dari semua ini?

    Sebenarnya kisah raja yang meneutralkan monopoli empayar-empayar maritim melayu telah berlaku

    berulang kali.

    Sebelum Rajendra Chola datang menyerang pelabuhan-pelabuhan Sriwijaya, cara yang sama juga telahdigunakan oleh raja-raja sebelumnya setiap kali empayar maritim Nusantara memonopoli cukai dan

    perdagangan di Selat Melaka.

    Cuba teka, mengapa Portugis menyerang Kesultanan Melaka, satu lagi empayar maritim Melayu selepas

    Sriwijaya? Monopoli perdagangan rempah.

    Raja Suran menyerang Tanah Melayu sehingga ke Temasek kemungkinan untuk memusnahkan

    monopoli satu empayar maritim sebelum Sriwijaya. Dalam Sulalatus Salatin, telah diceritakan Raja

    Suran kononnya mahu menundukkan China kerana semua kerajaan tunduk kepadanya kecuali China.

    Dalam perjalanan dari Benua Keling, Raja Suran telah berperang dengan kerajaan-kerajaan di Tanah

    Melayu sehingga sampai ke Temasek. Sampai ke Temasek, raja Suran telah bertanya kepada para

    pedagang China yang singgah di sana berapa lamakah perjalanan ke negeri China. Namun pedagang itu

    yang tahu Raja Suran mahu menyerang negerinya telah membuat helah supaya Raja Suran

    membayangkan letaknya negeri China itu terlampau jauh. Setelah itu Raja Suran pun membuat satu peti

    kaca dan masuk ke dalamnya lalu ditenggelamkan ke dalam air. Selepas puas melihat dunia bawah air,

    diceritakan Raja Suran telah membuat satu batu peringatan yang menerangkan segala penaklukannya

    ke atas Tanah Melayu sehingga ke Temasek.

    Menariknya, Batu Bersurat Singapura yang dijumpai ketika Stamford Raffles membuka Singapura

    menceritakan perkara yang sama seperti yang tertulis di dalam Sulalatus Salatin! Terdapat kisah Raja

    Suran yang menakluk semenanjung hingga ke Temasek. Catatan pegawai Stamford Raffles juga

    menceritakan penemuan satu batu yang amat besar di muara sungai Singapura. Kedudukan batu itu

    amat aneh dan terdapat inskripsi yang sukar dibaca terukir pada batu. Mereka cuba menggunakan asid

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    9/10

    untuk menimbulkan tulisan tetapi masih sukar dibaca. Pegawai Inggeris ini menyimpulkan batu besar

    itu adalah batu yang pernah diangkat oleh Badang, satu watak legenda dalam Sulalatus Salatin.

    Terdapat satu rahsia tentang kewujudan Sulalatus Salatin. Pada permulaan kata-kata yang

    menerangkan sebab Tun Seri Lanang menyusun kitab itu:

    "Pada antara itu ada seorang Orang Besar, terlebih mulianya dan terlebih besar martabatnyadaripada yang lain. Maka berkata ia kepada fakir, "Hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawaoleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui olehsegala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, dan boleh diingatkan oleh segala mereka itu.Dan adalah beroleh faedah ia daripadanya."

    Goa di sini bukanlah Goa di India, tetapi kerajaan Gowa di Sulawesi. Semasa kejatuhan Melaka, rakyat,

    tentera mahupun perompak telah melarikan banyak khazanah dari istana berupa kitab-kitab atau

    hikayat-hikayat. Sebahagian khazanah itu telah dikumpulkan di Gowa, satu kerajaan yang punya

    hubungan erat dengan Kesultanan Melaka. Ketika Kerajaan Johor-Riau sudah stabil dan menguasai

    kembali perdagangan selat, di zaman Tun Seri Lanang itulah, para pedagang Melayu telah berlayar ke

    Sulawesi dan singgah di pasar-pasarnya. Salah satu jualan di sana ialah jualan kitab-kitab, manuskripdan hikayat. Pedagang-pedagang Melayu telah membeli mana-mana kitab atau manuskrip yang sempat

    dan dari sinilah Orang Besar itu meminta Tun Seri Lanang menyusun kembali semua manuskrip itu

    menjadi Sulalatus Salatin yang kita tatap pada hari ini. Ini bermakna terdapat puluhan malah ratusan

    lagi hikayat-hikayat Melayu di Gowa itu. Dari sinilah kemungkinan besar para pengarang La Galigo

    mendapat ilham mengarang hikayat panjang tersebut.

    Di antara manuskrip-manuskrip tersebut, terdapat sebuah manuskrip yang menceritakan seorang raja

    yang memerintah Nusantara lama sebelum lahirnya Raja Suran. Raja ini juga mempunyai empayar

    maritimnya sendiri, cara yang akan berulang-rulang kali muncul selepasnya. Namanya ialah Hari.

    Beribu-ribu tahun sebelum wujudnya Sriwijaya, Emperor Hari telah berkuasa di The Land of Gods.Kuasa yang paling dicemburui oleh para musuhnya ialah:

    Perdagangan maritim.

    BIBLIOGRAFI:

    Sulalatus Salatin, A. Samad Ahmad Journal of the Asiatic Society of Bengal Vol XVII,Part II-July to December Specimen C, frame no.176 inscribed stone, Luxor. Specimen G, frame no.67 west block (?), 3rd tomb Inscription found in Province Wallesley, Col. James Low. Note on the Inscription from Singapore, Hons. Col. Butterworth, C.B, James Low. In The History of Sumatra, William Marsden Phoenician Characters In Sumatra, " Part 6, (1892-1895) Edouard Naville, "The Naval Expedition to the Land of Punt," The Temple of Deir El Bahari, III (London:

    Egypt Exploration Fund, 1884) Plates LXXVIII-LXXXI

    Margaret Bunson, The Encyclopedia of Ancient Egypt, (New York: Facts on File, 1991) Munoz, Paul Michel, (2006), Early Kingdoms of the Indonesian Archipelago and the Malay Peninsula,

    Editions Didier Millet.

    Po Klaus Garai Inscription (BEFEO IX, Notes D'epigraphie: Nouvelles incriptions de Po Klaus Garai, LouisFinot)

    Chronicles of Chiang Mai From the Red to the Med, Harry Bourne

  • 8/8/2019 ATBM 3.5 - 08 - Alter Terahsia Bangsa Melayu XIII

    10/10

    AKAN DATANG!

    A L T E R T E R A H S I A B A N G S A M E L A Y U X I V

    "THE FEDERATION OF MARITIM POWERS & SEAPORTS"

    Siapakah Srivijaya? Dari mana kita tahu tentang Srivijaya? Pelbagai hipotesis tentang Srivijaya Siapakah Maharaja Zabag? Catatan Mas'udi Siapakah Sribhoja? Dari mana asal-usul Srivijaya? Srivijaya sebagai sebuah empayar Penakluk Segala Pelabuhan "Maharaja Seluruh Kepulauan" The Guardian of Malacca Straits Srivijaya sebagai pengasas hegemoni perdagangan Monopoli dan prestij Srivijaya Siapakah orang Bugis, Bajau Laut, Orang Laut dan Sulu? Profesion purba Bangsa Melayu 'The Eastern Norsemen and Phoenicia' Dari Madagaskar sehingga ke Hawaii

    Riwayat Melayu telah tenggelam ke dasar lautan yang dalam, bersama-sama MistisFiles kita cari

    kembali hikayat bangsa!