assmnt seni

38
HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ________________________________________________________________________ ______________ Pengenalan Seni dalam pendidikan telah mula diajar di sekolah rendah mulai daripada tahun 1 dan berterusan hingga ke tingkatan lima. Tiga cabang utama seni dalam pendidikan ialah Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Pergerakan. Namun, di peringkat sekolah rendah ketiga-tiga cabang seni ini telah dipecahkan dan pengajaran berlangsung secara berasingan. Pembahagian masa juga melibatkan tempoh yang berasingan. Pemberatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah sama iaitu 60 minit seminggu diajarkan sebanyak 2 masa berganda dalam seminggu. Penggabungjalinan atau pengubungkaitan antara ketiga- tiganya bolah dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penerapan ketiga-tiga unsur dapat meningkatkan pemahaman pelajar disamping menambahkan minat kepada murid terutama aktiviti yang dirancang akan lebih menarik. Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan pembelajaran terancang dapat dilakukan terutama ____________________________________________________________ ____________ OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 1

Upload: jemadi-bohri

Post on 02-Aug-2015

107 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Pengenalan

Seni dalam pendidikan telah mula diajar di sekolah rendah mulai daripada

tahun 1 dan berterusan hingga ke tingkatan lima. Tiga cabang utama seni dalam

pendidikan ialah Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni

Pergerakan. Namun, di peringkat sekolah rendah ketiga-tiga cabang seni ini

telah dipecahkan dan pengajaran berlangsung secara berasingan. Pembahagian

masa juga melibatkan tempoh yang berasingan. Pemberatan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah rendah adalah sama iaitu 60 minit seminggu diajarkan

sebanyak 2 masa berganda dalam seminggu.

Penggabungjalinan atau pengubungkaitan antara ketiga-tiganya bolah

dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

Penerapan ketiga-tiga unsur dapat meningkatkan pemahaman pelajar disamping

menambahkan minat kepada murid terutama aktiviti yang dirancang akan lebih

menarik.

Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan

pembelajaran terancang dapat dilakukan terutama yang melibatkan pengajaran

bertema. Penggunaan ketiga-tiga unsur menerbitkan keinginan murid untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

1

Page 2: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

2. Pembahagian bidang dalam Seni Dalam Pendidikan

Terdapat tiga cabang seni dalam Seni dalam Pendidikan iaitu:

i. Pendidikan Seni Visual

ii. Pendidikan Muzik

iii. Pendidikan Seni Pergerakan

2.1 Pendidikan Seni Visual

Seni dalam pendidikan adalah mendidik seni dalam Pengajaran dan

pembelajaran yang dimulakan dari tahap 1 lagi di institusi-institusi

pendidikan seperti di sekolah-sekolah atau di Institusi-institusi Pengajian

Tinggi. Setiap tahapnya ada pendekatan yang berbeza serta objektif dan

matlamatnya yang khusus.

Seni dalam pendidikan dimulakan dari Pra-Sekolah yang

mengambil pendekatan bermain-main sambil menghasilkan kerja-kerja

seni.

Di sekolah rendah aktiviti-aktiviti seni mula diperkenalkan dengan

memfokus ke[pada 4 bidang:

i. Melukis dan menggambar

ii. Mereka dan mencorak

iii. Kraf tradisional

iv. Membentuk dan membuat binaan

Di Sekolah Menengah pula asas-asas seni secara teori dan praktik mula

di dedahkan kepada murid-murid. Antara yang penting ialah unsur-unsur asas

seni seperti garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang. Dengan mengenali

asas-asas ini barulah seseorang pelajar itu mampu untuk menghasilkan kerja

seni atau menghayati hasil seni.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

2

Page 3: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan

amali.  Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid

menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai.  

Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan

menyeronokan  serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang

berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh.

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual.

Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual

secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti:

melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran

mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi

diri dalam matriks ruang.

2.2 Pendidikan Muzik

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan

melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi

atau kelangsingan suatu hasil muzik.

Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian

dan drama lagu. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar

yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti kehidupan pelajar kurang

sempurna. Muzik juga satu cabang budaya dan akan menimbulkan respon yang

baik kepada pelajar terutama mata pelajaran muzik.

Guru memainkan pernan untuk memperkembangkan bakat dan minat

pelajar. Murid-murid telah mempunyai sifat emosi, kreativiti, nilai estetika dan

etika tertentu.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

3

Page 4: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

2.3 Pendidikan Seni Pergerakan

Matapelajaran ini mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan

kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian, ia juga memberi tunjuk ajar

tentang aktiviti fizikal yang boleh dijalankan untuk mengekalkan kehidupan yang

sihat dan cergas.

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi,

keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk

meluahkan idea dan perasaan.

Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani,

latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

Tubuh badan menjadi satu-satunya peralatan dan aktiviti disiplin ini

boleh dilakukan sesiapa saja kerana ia membabitkan semua kemahiran semula

jadi yang boleh dilakukan manusia iaitu berlari, melompat juga memanjat.

Ia juga dilihat sebagai suatu cara yang membolehkan seseorang

meneroka potensi tubuh badan mereka sama ada mampu untuk menghadapi

halangan menggunakan pergerakan yang menggabungkan kawalan dan

keaktifan. Kelengkapan dan peralatan juga diperlukan untuk menjalankan

pelbagai aktivitiseperti merangkak, melompat, berguling dan bergayut dari suatu

tempat serta mengseimbangkan diri adalah perkara asas dalam aktiviti ini.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

4

Page 5: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

3. Kesan Positif Tiga Cabang Seni dalam Pendidikan

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali.  

Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan

imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai.  

Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan

menyeronokan  serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang

berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Antara

kesan positif penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

1. Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta

menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses

pembelajaran;

2. Mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni dengan

menghubungkaitkan pengalaman Seni Visual, Muzik dan Pergerakan;

3. Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran

kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan;

4. Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman

5. Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan

mata pelajaran lain

6. Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman

Seni Visual, Muzik dan Pergerakan.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

5

Page 6: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam

pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.Kefahaman dalam ketiga –tiga

bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan

ekspresi.

Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke

dalam mata pelajaran lain. Setiap insan berhak menerima pendidikan dan

pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan.

Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan

dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi

kendiri seseorang.

Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah

membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi

mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh

Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam

kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan

yang pelbagai

Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanak-

kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai.

Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat

melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Integrasi

ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam

mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan

kemahiran belajar disamping itu dapat memperkembangkan kemahiran

meneroka, pengalaman dan ekspresi. Penggunaan seni dalam pendidikan ini

juga akan menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Pelajar juga dapat belajar cara belajar iaitu aplikasi informasi secara berkesan

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

6

Page 7: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

dengan melibatkan penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan

yang ada pada diri pelajar.

4. Pelaksanaan hubungkait ketiga-tiga bidang

Seni merupakan asas kepada perkembangan individu.  Jika diajar dengan

baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan

ruang bagi pembelajaran. 

      

            Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan

pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas

kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran.  

Justeru itu seni  membolehkan kanak-kanak menyertai proses

pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.Melalui aktiviti seni,

daya estetik  kanak-kanak dapat dipertingkatkan.  Contohnya, menggunakan

lagu untuk memperkenalkan tajuk “Lebah”.  Semasa kanak-kanak menyanyikan

lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang.  

Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah.  Ini membantu

pembelajaran terhadap tajuk tersebut.  Semasa belajar bersama-sama, mereka

membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

5. Peranan guru dan murid dalam pelaksanaan hubung kait

Kerap kali didapati guru-guru yang mengajar Pendidikan seni di sekolah

menggunakan pendekatan dan bimbingan yang sama seperti mengajar mata

pelajaran akademik yang lain. Sebagai contoh, penyampaian maklumat untuk

murid-murid mereka lulus peperiksaan lebih diutamakan daripada soal

pembentukan peribadi yang seimbang. Tanggapan bahawa pendekatan kepada

pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni adalah serupa dengan mata

pelajaran lain adalah salah. Walaupun tumpuan utama adalah untuk

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

7

Page 8: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan namun pembentukan

peribadi murid tidak harus diabaikan terutamanya di peringkat kanak-kanak.

Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak.

1.  Keinginan untuk bergerak.

   

   Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri

    dalam sebarang kegiatan fizikal

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf

 

 Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu        

dihargai

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan  sebaya dan sebagai ahli

dalam  masyarakat

 

Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima  disanjung, dihargai dan dihormati

oleh orang lain

4. Keinginan untuk bersaing

Kanak-kanak suka bersaing untuk  memperlihatkan kemahiran dan kekuatan

fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik.

Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau

harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

8

Page 9: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

6. Keinginan untuk meneroka

Kanak-kanak gemar melibatkan diri  dalam sesuatu kegiatan yang luar   

    biasa tetapi menyeronokkan

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.

Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.

Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea

     mengenai diri dan persekitaran mereka.

9. Keinginan untuk kefahaman.

Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan

kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru.  Justeru itu mereka dapat

meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan

persekitaran.

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri

mereka.  Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung

kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan

yang mereka gunakan. Kefahaman yang baik tentang perkembangan kanak-

kanak dapat membantu kita mengatur  bahan-bahan pembelajaran secara

berperingkat dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh belajar mengikut

pengalaman lama

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

9

Page 10: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka

dengan alam sekeliling melalui pancaindera masing-masing. Kanak-kanak sedar

akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah

satu deria pancaindera. Kanak-kanak mula memperoleh kebolehan pengekalan

iaitu kebolehan untuk menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu konsep

abstrak atau objek fizikal.

Pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang sesuai

kepada tahap perkembangan kanak-kanak.  Antaranya ialah menggunakan aksi

kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan

kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan,

persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya.

Peranan pergerakan dalam perkembangan kanak-kanak dengan memberi

contoh aktiviti pergerakan di bilik darjah.  Pergerakan boleh diintegrasikan

menerusi kurikulum dalam mata pelajaran yang tertentu seperti Sains,

Matematik, Bahasa,Seni dan Kajian Sosial.

Pelaksanaan Penghubungkaitan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Penguhubungkaitan merupakan satu jaringan yang saling berkait antara

satu sama lain. Untuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran

maka satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi

penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran.

Bagi menjelaskan penguhubngkaitan ketiga-tiga bidang ini maka

penggabungan pendidikan seni visual, pendidikan seni muzik dan pendidikan

seni pergerakan saya terapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang

bertema Alam Sekitar dan bertajuk Sayangi Bumi. Bagi memperkenalkan tajuk

satu sesi soaljawab mengenai tempat-tempat perkelahan, atau kawasan

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

10

Page 11: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

perkelahan yang menarik telah diadakan. Dari sini guru dapat mencungkil bakat,

dan pengetahuan sedia ada pelajar.

Seterusnya bagi mengukuhkan pengetahuan asas pelajar maka, satu sesi

tayangan video telah diadakan. Dalam tayangan ini pelajar ditunjukkan kawasan-

kawasan perkelahan yang menarik yang terdapat di negara ini. Pelajar

memberikan respon terhadap tayangan video ini. Disini kita menjana idea

mereka melalui seni muzik yang sama-sama dimainkan dalam tayangan

tersebut. Perkembangan pelajaran diteruskan dengan pelajar-pelajar

membentuk kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. Setiap kumpulan akan

mengeluarkan bahan-bahan untuk membina model kawasan pergunungan yang

mengandungi gunung, sungai, pokok dan kawasan pertanian atau petempatan.

Oleh kerana masa yang diperuntukkan adalah terhad maka, pelajar akan saling

Bantu-membantu menyiapkan tugasan ini. Hal ini secara tidak langsung

menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya.

Berdasarkan kumpulan yang telah dibentuk maka pelajar akan beraksi

mengikut lagu yang dimainkan. Berdasarkan lagu “Hijau” nyanyian Zainal Abidin

yang dimainkan maka pelajar akan menggayakan Suasana di kawasan

perkelahan, hutan, aktiviti menebang pokok dan akibat yang berlaku apabila

banyak pokok telah ditebang atau dimusnahkan. Secara tidak langsung pelajar

telah diterapkan Pendidikan Seni Lakonan dalam pembelajaran mereka.

Dalam lakonan atau aksi yang ditunjukkan oleh pelajar pelajar telah

melakukan pergerakan yang bebas. Di sinilah berlakunya penerapan

Pendidikan Seni Pergerakan Yang melibatkan pergerakan tangan, kepala, kaki

dan keseluruhan anggota badan kerana masing-masing mempunyai watak yang

telah ditentukan.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

11

Page 12: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Peranan Guru Dalam Melaksanakan Penghubungkaitan

Perancangan yang sistematik adalah dieprlukan oleh guru untuk

menimbulkan minat pelajar. Perkara pokok dalam penyediaan rancangan

mengajar ialah penentuan objektif. Guru perlu mengenalpasti pengetahuan

sedia ada pelajar.

Bagi memperkembangkan pengajaran, guru perlulah menentukan strategi

pengajaran yang sesuai. Pemilihan aktiviti dan pendekatan yang sesuai akan

menimbulkan minat murid dan murid dapat bertindak balas dalam pembelajaran.

Pembahagian masa yang betul juga akan mengurangkan kebosanan

pelajar semasa belajar. Aktiviti yang padat, ditambah penggunaan bahan yang

sesuai, penggunaan ruang aktiviti secara maksima menimbulkan keseronokan

pelajar. Pemilihan sumber yang bertepatan akan memudahkan pencapaian

objektif pembelajaran. Kesesuaian bahan, alatan dalam keadaan baik dan suara

yang jelas membantu murid menunjukkan reaksi baik.

Pengawalan kelas amat dititikberatkan dalam menjalankan aktiviti seni

pergerakan. Disebabkan pergerakan yang bebas, maka pelajar akan melakukan

apa sahaja pergerakan yang sesuai dengan lagu. Justeru, kawalan oleh guru

amat penting bermula dari penerangan sebelum aktiviti dijalankan.

Penilaian di akhir proses pengajaran dan pembelajaran akan dibuat oleh

guru. Kekemasan kerja, sikap tanggungjawab dan kerjasama serta penglibatan

dalam aktiviti diambil berat.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

12

Page 13: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Peranan Murid Dalam Menjalankan Penghubungkaitan

Murid telah tahu atau mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh

tentang isi pelajaran. Contohnya apabila guru menayangkan video tentang

kawasan perkelahan yang menarik, pelajar segera memberikan respon.

Pelajar telah bersedia dengan bahan untuk membuat model kerana telah

diberitahu lebih awal oleh guru. Persediaan bahan ini akan banyak dilakukan di

rumah kerana melibatkan kertas yang ditumbuk dang am yang bayak.

Pembahagian tugas dan bahan yang diperlukan dilakukan oleh ahli dalam

kumpulan itu. Penglibatan diri secara aktif akan memberikan pengalaman yang

baik kepada pelajar. Pelajar yang pasif dibantu agar bersama-sama melibatkan

diri. Kerjasama daripada guru dan pelajar terutama menyiapkan model,

menyanyi dan beraksi memmerlukan komitmen tinggi dari pelajar.

Pelajar juga harus ada kemahiran social kerana utnuk menjayakan aktiviti

ini komunikasi antara murid-murid amat penting agar timbul keserasian di

samping mendedahkan semangat kerjasama.

Akhirnya penglibatan, penguasaan dan pencapaian objektif hanya akan

ditentukan dalam masa penilaian yang dijalankan oleh guru. Guru akan menilai

dan memberi maklumbalas yang positif terhadap pelajar sepanjang proses

pengajaran dan pembelajaran.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

13

Page 14: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

6. Pengajaran Bertema

Menurut Abdul Rahim(2006), Pengajaran bertema adalah guru memilih

satu topik atau perkara sebagai tema pengajarannya seperti kasih sayang,

hidupan laut atau ikan, melawat zoo dan lain-lain. Sekiranya guru memilih tema

kasih sayang , pengajarannya akan berkisar kepada tema ini melalui persediaan

mengajar, bahan Bantu mengajar, aktiviti pembelajaran seperti main peranan

atau lakonan, tayangan video dan berbagi-bagai aktiviti yang boleh menerapkan

nilai kasih saying di dalam diri murid.

Pendekatan Bertema selalu digunapakai oleh para pendidik kerana ia

memenuhi keperluan asas dalam pembelajaran. Pendekatan ini memenuhi

keperluan kanak-kanak kerana menggabungjalinkan pelbagai aspek. Tema

merangkumi isi pengajaran yang hendak disampaikan. Tema memberi makna

dan tujuan untuk pembelajaran.

Pendekatan bertema merangkumi bahan, aktiviti dan teknik yang

dirancang secara tersusun mengikut tema. Ia memberi peluang kepada guru

menghubung jalinkan isi pengajaran dengan mata pelajaran lain. Melaluinya

pelajar diberi peluang meneroka, mengalami dan mencari peluang.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

14

Page 15: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Pemilihan Pendekatan Bertema.

Tarikh : 3 Julai 2007

Masa : 7.45 – 8.45 pagi

Kelas : 6 Anggerik

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tema : Alam Sekitar

Tajuk : Sayangi Bumi

Objektif : Di harap murid dapat:

1. Menyiapkan model gunung serta kawasan hutan

2. Melakonkan aksi bagi mengiringi lagu yang dimainkan

3. Bersama-sama menyanyikan lagu Hijau ( Lampiran )

Aktiviti :

1. Bersoaljawab tentang aktiviti yang pernah disertai oleh

murid seperti berkelah, perkhemahan atau kembara.

2. Membina model gunung serta pokok-pokok daripada

kertas yang ditumbuk atau tanah liat

3. Menyediakan kumpulan untuk lakonan berdasarkan lagu

Hijau

4. Bersama-sama menyanyikan lagi Hijau sambil berlakon

atau menyiapkan model

5. Membuat kolaj daripada guntingan akhbar atau majalah.

BBM ; 1. Radio

2. Cakera Padat Tayangan Video

3. Kertas Tumbuk

4. Warna

5. Lembaran Kerja

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

15

Page 16: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

7. Perkara penting dalam pengajaran bertema yang dipilih

Terdapat beberapa perkara penting yang terdapat dalam pemilihan tema

di atas. Memandangkan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar maka

adalah bertepatan tema yang dipilih. Ia untuk menyedarkan pelajar keperluan

memelihara, menjaga alam sekitar.

Bukan sesekali isu mengenai alam sekitar diperbincangkan. Tidak hanya

di kalangan masyarakat setempat bahkan menjadi isu hangat di peringkat global.

Bagi masyarakat, apa yang diperbincangkan mungkin sekadar menyentuh

persoalan asas seperti kebersihan saja dan di peringkat sejagat pula banyak

membabitkan isu yang lebih serius, misalnya apa sedang diperkatakan di sana-

sini ketika ini iaitu isu pemanasan global dan perubahan iklim dunia.

Namun, perbincangan mengenai alam sekitar dilihat seolah-olah

tenggelam-timbul. Ia cuma diberi perhatian bila berlakunya kerosakan atau

insiden buruk membabit alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan

manusia seperti bencana alam atau kekurangan sumber semula jadi.

Apabila terjadi perkara sebegini, barulah orang ramai akan menilai

semula tindakan mereka terhadap alam sekitar selama ini namun ramai juga

yang sekadar `hangat-hangat tahi ayam’. Bila isu berkenaan `sejuk’, masing-

masing kembali ke perangai lama.

Benarlah pendapat yang dikongsi sesetengah pihak; kesedaran dan

tanggungjawab terhadap alam sekitar seharusnya tersemat pada diri setiap

individu tanpa perlu disuruh-suruh.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

16

Page 17: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Secara ringkasnya isi pengajaran bertema :

i. Kepentingan menjaga alam sekitar

ii. Kesedaran tentang kepentingan alam sekitar

iii. Isu yang telah lama dipersoalkan tetapi masih tiada jalan penyelesaian

iv. Cara-cara menjaga alam sekitar

8. Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran

Terdapat pelbagai aktiviti yang cuba diselitkan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan. Penggabungjalinan antara ketiga-tiga bidang

telah menimbulkan satu suasana pembelajaran yang baik dan menyeronokkan.

Pengintegrasian aktiviti yang telah dijalnkan adalah diperincikan seperti dibawah:

1. Aktiviti melibatkan Pendidikan Seni Visual

Aktiviti pengintegrasian melibatkan Pendidikan Seni Visual telah

diterapkan dalam pengajaran saya. Ia melibatkan pembinaan model gunung-

ganang dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Penggunaan

bahan terbuang untuk digunakan semula telah saya terapkan dalam penyediaan

bahan membina model. Penyediaan model memerlukan kerjasama antara

semua ahli kumpulan kerana aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan.

Penglibatan semua ahli menjadi asas kepada penyediaan model.

Secara tidak langsung saya telah menerapkan unsur nilai-nilai murni

dalam pengajaran saya. Saya telah menambahkan satu lagi kemahiran nilai-nilai

murni di samping kemahiran yang lain.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

17

Page 18: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

2. Aktiviti Pendidikan Seni Muzik

Pengintegrasian dalam Pendidikan Seni Muzik telah saya lakukan dengan

menyanyikan lagu Hijau secara beramai-ramai. Kaedah ini memberikan peluang

kepada pelajar untuk melahirkan perasaan setelah lama menyiapkan model.

Disebabkan aktiviti pertama memakan masa yang agak lama maka, pelajar pasti

berasa bosan dan guru memberi peluang kepada pelajar untuk bersama-sama

menyanyi lagu sama ada mengikut radio atau bersendirian.

3. Pendidikan Seni Pergerakan

Semasa muzik dimainkan oleh guru dan pelajar-pelajar bersama-sama

menyanyikan lagi Hijau, pelajar telah melakukan pergerakan dengan

menggayakan pergerakan bebas seperti burung atau pokok yang bergoyang.

Penerapan aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar utnuk meluahkan

perasaan secara pergerakan terancang. Guru mengawal pergerakan pelajar.

9. Keberkesanan pengajaran kepada proses pembelajaran murid

Seni Visual merupakan satu kaedah pengajaran di mana kita mengajar

student kita ke arah mengenal objek-objek alam semulajadi dan alam benda. Ia

lebih kepada hasilan garisan ke arah membentuk rupa dan kesenian.

Muzik dan pergerakan pula merupakan satu subjek khas yang banyak

memberi kesan di dalam kerohanian umpamanya seperti sayang menyayangi,

kejiwaan yang akan digambarkan semasa menghayati muzik dan lirik, malah

pelajar lebih senang untuk diserapkan dengan nilai-nilai murni di dalam proses

pembelajaran.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

18

Page 19: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Kesan positif kepada guru ialah kita akan saling memahami perasaan

(guru dan pelajar) ketika kita menyertai proses pengajaran dan pembelajaran

ketiga-tiga subjek di atas. Malah pelajar lebih senang berbicara dari hati ke hati

antara guru yang mengajar subjek berikut.

Mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi skop yang amat luas. Justeru,

penggunaan alatan, pemilihan bahan, aktiviti dan penghubungkaitan yang

berkesan akan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif. Pemilihan

kaedah pengajaran bukan hanya berpusatkan guru tetapi menumpukan kepada

penglibatan pelajar.

Melalui aktiviti yang dijalankan, secara tidak langsung murid telah tahu

akan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar. Punca-

punca kerosakan alam sekitar dan akibat yang timbul dari kerosakan alam

sekitar. Perasaan Sayangi Bumi akan timbul semasa mereka menyiapkan model

walaupun aktiviti ini akan memakan masa yang panjang, namun sepanjang

proses menyiapkan tugasan ini perasaan saying akan alam sekitar akan timbul.

Dewasa ini, pelajar-pelajar banyak didedahkan dengan kerosakan alam

sekitar. Penebangan hutan secara berleluasa dan isu-isu yang melibatkan

pencemaran banyak dipertontonkan di media massa. Melalui tayangan video

mereka akan tahu masih ada lagi kawasan yang kekal seperti asal dan boleh

dikunjungi oleh mereka.

Melalui aktiviti lakonan atau beraksi dalam pergerakan yang bebas,

pelajar memahami keperluan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia untuk

hidup. Semua hidupan ini perlu bebas menentukan kehidupan sendiri

sebagaimana bebasnya aktiviti yang mereka jalani. Murid akan bergerak, berfikir

dan merasai sesuatu secara langsung. Pada masa yang sama mereka

berpeluang menggunakan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

19

Page 20: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan, penghayatan terhadap lirik yang

menumpukan kepada kehijauan memberikan kesedaran tentang kepentingan

alam sekitar. Suasana yang meriah dan penglibatan pelajar secara menyeluruh

menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan penglibatan

nurid yang aktif dalam muzik, mereka akan dapat membina pertumbuhan dan

perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Ini akan dapat membantu meningkatkan

minat murid terhadap mata pelajaran lain.

Murid tidak hanya duduk statik di satu titik sahaja, tetapi bergerak bebas

meliputi keseluruhan kawasan kelas. Perlakuan pelbagai aksi, penglibatan dalam

menyiapkan model menunjukkan sikap Bantu-membantu di kalangan pelajar.

10. Jenis alatan yang sesuai digunakan dan kesan penggunaan alatan

10.1 Melalui aktiviti penerokaan

Murid telah mengalami pengalaman penerokaan semasa menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan adalah mencari maksud atau

menyelidik sesuatu untuk mendapatkan maklumat yang baru. Peranan guru

adalah terhad dalam menjalankan aktiviti ini. Guru hanya bertindak sebagai

pemudahcara dan memberi bimbingan kepada pelajar yang menghadapi

masalah. Contohnya dalam menyiapkan model pelajar telah berbincang dalam

kumpulan utnuk mendapatakan hasil terbaik. Hasil perbincangan melibatkan

penyediaan bahan, perancangan dan bentuk penghasilan projek nanti.

Murid telah meneroka dengan melakukan bebrepa ujikaji atau projek,

menyelidik dan mengeluarkan banyak idea dan pandangan bagi membantu ahli

yang lain. Penjanaan idea yang bertrusan ini akan menyebabkan pelajar

menjadi kreatif dan imaginatif

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

20

Page 21: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Melalui aktiviti yang telah dijalankan, murid telah melakukan penerokaan

dalam menghasilkan model, penerokaan terhadap bunyi yang diperdengarkan.

Kefahaman pelajar terhadap lirik dan melodi lagu memudahkan pelajar mengikut

rentak lagu yang dimainkan.

Dalam tayangan video yang dilakukan murid meneroka keindahan alam

sekitar yang belum tercemar. Pelajar dibiarkan meneroka tayangan video tanpa

bantuan guru. Catatan yang dilakukan oleh mereka membantu pemahaman atau

semasa menjawab soalan di akhir sesi pembelajaran.

Dalam aktiviti menyiapakan model pelajar dibiarkan bebas bergerak dan

meneroka pengalaman masing-masing. Ada antara mereka pernah mengikuti

keluarga berkelah atau melalui kawasan pergunungan. Pelajar cuba

mengimaginasikan pengalaman mereka terhadap bentuk yang akan dihasilkan.

Di sinilah nilai murni tolak ansur diperlukan.

Dalam pergerakan mengikut rentak muzik pelajar berpeluang untuk

meneroka menggunakan anggota badan seperti tangan dengan mendepakan

tangan seperti burung terbang, berdiri di satu tempat sambil menggoyang-

goyangkan badan seperti pokok yang ditiup angin dan sebagainya.

10.2 Melalui pemerolehan pengalaman

Melalui penghubungkaitan Pendidikan Seni pelajar memperolehi

pengalaman untuk menghasilkan sesuatu yang pernah dilihat atau dirasai.

Pencetusan idea ini menggambarkan kesediaan pelajar untuk meluahkan idea

secara bersama-sama. Pengalaman ini memberikan peluang kepada pelajar

untuk menyelesaikan masalah antara ahli, melakukan gerak tangan, melakukan

penciptaan dan membuat penilaian secara bijak, cekap dan teratur.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

21

Page 22: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

Melalui muzik pelajar dapat meluahkan perasaan mereka. Mereka

mendapat pengalaman menyanyikan lagu secara bersama-sama, menghayati

lirik lagu dan cuba untuk menonjolkan diri dalam setiap baris yang dinyanyikan.

Melalui aktiviti ini pelajar merasai keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan

kejayaan dalam menghasilkan model atau semasa menyanyi.

Melalui seni pergerakan pelajar mendapat pengalaman untuk menjiwai

perasaan dan gaya seperti unggas yang terbang, pokok yang bergoyang dan

sebagainya. Pengalaman ini berguna untuk melahirkan perasaan cintakan alam

sekitar.

10.3 Mengalami Ekspresi

Berbagai cara untuk melahirkan ekspresi. Pelajar melakukan pellbagai

ekspresi muka dan gerak badan untk memenuhi setiap pergerakan. Dalam seni

visual pelajar melakukan ekspresi dengan membina model melalui pengalaman

yang telah dialami. Pelbagai ekspresi dilakukan dalam menyiapkan tugasan

termasuk gerak badan dan pengeluaran idea.

Dalam seni muzik pelajar melahirkan ekspresi wajah dan senyuman

semasa menyanyikan lagu yang dimainkan. Jelas kelihatan wajah kegembiraan

dan keriangan pada diri pelajar.

Dalam penghubungkaitan seni pergerakan pelajar melakukan ekspresi

dengan menggayakan gaya seperti burung terbang, pokok yang bergoyang dan

sebagainya. Ekspresi ini menggambarkan kegembiraan dan peluahan perasaan

pelajar yang telah mengalami kebosanan semasa melakukan aktiviti pendidikan

seni.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

22

Page 23: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

10.3 Kesan Penggunaan alatan

Proses pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang lama dan

memerlukan kesabaran untuk menguasai kemahiran. Walau apa sahaja aktiviti

yang dirang dan akan dilaksanakan semuanya mestilah menjurus kepada

pencapaian objektif pengajaran oleh guru.

Penggunaan alatan dan kepelbagaian bahan yang digunakan ditambah

dengan pemilihan kaedah dan pendekatan memudahkan pencapaian objektif.

Penglibatan pelajar tidak terhad jika melakukan gabungjalin mata pelajaran atau

hubungkait kemahiran dalam pengajaran guru. Penggunaan alatan akan

menarik perhatian pelajar mengikuti pelajaran.

Penglibatan pelajar ditambah pengetahuan sedia ada pelajar menjadikan

pelajar lebih mudah menguasai isi pengajaran. Bahan-bahan yang disediakan

serta aktiviti yang dirancang teliti dapat memenuhi keperluan murid dari segi

kognitif, psikomotor, social dan emosi. Setiap murid digalkkan mengembangkan

bakat dan kebolehan yang ada dalam bidang lukisan, membentuk, muzik dan

pergerakan.

Seseorang guru perlu mempelbagaikan peranan dalam mengendalikan

pengajaran agar pembelajaran berlangsung dengan berkesan. Dalam aktiviti

yang dilakukan kaedah nyanyian, lukisan dan pergerakan membantu guru

merancang aktiviti yang banyak berpusatkan kepada murid. Guru lebih bertindak

hanya sebagai fasilitator.

Keseluruhannya semua aktiviti dan pergerakan yang dirancang lebih

mementingkan murid. Murid berasa seronok dan ingin mengalami pengalaman

yang sama pada masa hadapan. Terpulanglah kepada guru untuk merancang

aktiviti yang menarik sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

23

Page 24: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

12. Penutup

Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penghubungkaitan ketiga-

tiga bidang dalam Seni Dalam Pendidikan akan memudahkan pencapaian

objektif pembelajaran. Dalam bidang Seni Visual, pelajar berpeluang untuk

menunjukkan sikap kerjasama, kerativiti, penerapan nilai-nilai murni serta proses

pembelajaran yang menyeronokkan. Semua pelajar berpeluang untuk

mengembangkan bakat dan minat mereka dalam bidang seni visual. Pendekatan

dalam bidang Pendidikan Seni Muzik memberi peluang kepada pelajar untuk

melepaskan perasaan terhadap tajuk. Mereka akan menyanyikan lagu dengan

nada dan penghayatn yang baik. Dalam penggunaan seni pergerakan pula

pelajar banyak melakukan aktiviti psikomotor untuk menggambarkan keadaan

sebagaimana lirik lagu. Keseluruhannya penggabungjalinan ketiga-tiga bidang

akan meningkatkan pemahaman pelajar.

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

24

Page 25: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

13. Bibliografi

Carian internet

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=277790

http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=baca_akhbar&bhs=en&id=120

file:///F:/universiti%20terbuka/asmt%20sem4/asmnt/bahan%20seni%202/seni2.htm

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=277790

http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=3088

http://www.cikgu.net.my/malay/teknikmengajar/cerdas.php3

Buku

1. Abd Rahim Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah

Pembelajaran, Kuala Lumpur, Open University Malaysia

2. Ayob, s. ( 1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo

Enterprise Sdn. Bhd.

3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Muzik Sekolah Rendah ( Semakan ). Kuala Lumpur:PPK

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

25

Page 26: Assmnt Seni

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN______________________________________________________________________________________

14. Lampiran

LIRIK LAGU HIJAU

Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba

Dia dicemar manusia, yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara bagai tiada nyawa

Pasti hilang suatu hari, tanpa disedari

Bumi tanpa lautan akan kehausan,

Pasti lambat laun hilang, duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan

Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah gunanya kematangan fikiran

Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah

Ku lihat hijau…

Oo.. anak-anak tok mengahso mandi laok

Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omo nyo bejuto

Kitop usoho jauhke daghi malapetako

Ozon lo ni koho nipih nak aghi

Keno make asak hok bisowe pasa maknusio

Seghemo bendo-bendo di sunio

Tok leh tahe, sapa bilo-bilo

Penyanyi : Zainal Abidin

Lirik/ciptaan : Zainal Abidin

________________________________________________________________________

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

26