assmnt seni

Upload: azwan-ramali

Post on 09-Jul-2015

330 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Pengenalan Seni dalam pendidikan telah mula diajar di sekolah rendah mulai daripada tahun 1 dan berterusan hingga ke tingkatan lima. Tiga cabang utama seni dalam pendidikan ialah Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Pergerakan. Namun, di peringkat sekolah rendah ketiga-tiga cabang seni ini telah dipecahkan dan pengajaran berlangsung secara berasingan. Pembahagian masa juga melibatkan tempoh yang berasingan. Pemberatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah adalah sama iaitu 60 minit seminggu diajarkan sebanyak 2 masa berganda dalam seminggu. Penggabungjalinan atau pengubungkaitan antara ketiga-tiganya bolah dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Penerapan ketiga-tiga unsur dapat meningkatkan pemahaman pelajar disamping menambahkan minat kepada murid terutama aktiviti yang dirancang akan lebih menarik. Pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran lebih mudah dan pembelajaran terancang dapat dilakukan terutama yang melibatkan pengajaran bertema. Penggunaan ketiga-tiga unsur menerbitkan keinginan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.

_______________________________________________________________________ 1 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

2.

Pembahagian bidang dalam Seni Dalam Pendidikan Terdapat tiga cabang seni dalam Seni dalam Pendidikan iaitu: i. ii. iii. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Muzik Pendidikan Seni Pergerakan

2.1

Pendidikan Seni Visual Seni dalam pendidikan adalah mendidik seni dalam Pengajaran dan pembelajaran yang dimulakan dari tahap 1 lagi di institusi-institusi pendidikan seperti di sekolah-sekolah atau di Institusi-institusi Pengajian Tinggi. Setiap tahapnya ada pendekatan yang berbeza serta objektif dan matlamatnya yang khusus. Seni dalam pendidikan dimulakan dari Pra-Sekolah yang mengambil pendekatan bermain-main sambil menghasilkan kerja-kerja seni. Di sekolah rendah aktiviti-aktiviti seni mula diperkenalkan dengan memfokus ke[pada 4 bidang: i. ii. iii. iv. Melukis dan menggambar Mereka dan mencorak Kraf tradisional Membentuk dan membuat binaan

Di Sekolah Menengah pula asas-asas seni secara teori dan praktik mula di dedahkan kepada murid-murid. Antara yang penting ialah unsur-unsur asas seni seperti garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang. Dengan mengenali _______________________________________________________________________ 2 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

asas-asas ini barulah seseorang pelajar itu mampu untuk menghasilkan kerja seni atau menghayati hasil seni.

Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali. Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. 2.2 Pendidikan Muzik

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu. Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa muzik bererti kehidupan pelajar kurang sempurna. Muzik juga satu cabang budaya dan akan menimbulkan respon yang baik kepada pelajar terutama mata pelajaran muzik.

_______________________________________________________________________ 3 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Guru memainkan pernan untuk memperkembangkan bakat dan minat pelajar. Murid-murid telah mempunyai sifat emosi, kreativiti, nilai estetika dan etika tertentu. 2.3 Pendidikan Seni Pergerakan Matapelajaran ini mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian, ia juga memberi tunjuk ajar tentang aktiviti fizikal yang boleh dijalankan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan cergas. Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri. Tubuh badan menjadi satu-satunya peralatan dan aktiviti disiplin ini

boleh dilakukan sesiapa saja kerana ia membabitkan semua kemahiran semula jadi yang boleh dilakukan manusia iaitu berlari, melompat juga memanjat. Ia juga dilihat sebagai suatu cara yang membolehkan seseorang meneroka potensi tubuh badan mereka sama ada mampu untuk menghadapi halangan menggunakan pergerakan yang menggabungkan kawalan dan keaktifan. Kelengkapan dan peralatan juga diperlukan untuk menjalankan pelbagai aktivitiseperti merangkak, melompat, berguling dan bergayut dari suatu tempat serta mengseimbangkan diri adalah perkara asas dalam aktiviti ini.

_______________________________________________________________________ 4 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

3.

Kesan Positif Tiga Cabang Seni dalam Pendidikan Seni Dalam Pendidikan ini dilaksanakan dalam bentuk teori dan amali.

Tumpuan diberi kepada aktiviti yang mendorong murid-murid menggunakan imaginasi, ekspresi. Inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Penekanan juga diberi kepada aspek penglibatan secara aktif dan menyeronokan serta pembelajaran dan pemindahan pembelajaran yang berkesan untuk meningkatkan perkembangan individu yang menyeluruh. Antara kesan positif penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran ialah: 1. Memperoleh pengalaman seni visual, muzik dan pergerakan serta

menggunakannya sebagai asas perhubungan pengetahuan dalam proses pembelajaran; 2. Mengaplikasikan konsep pembelajaran Seni Visual, melalui Muzik dan seni dengan

menghubungkaitkan 3.

pengalaman

Pergerakan;

Membina kepekaan persepsi, apresiasi, kesedaran estetik, pemikiran

kreatif dan imaginatif melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan; 4. Meneroka ketiga-tiga komponen iaitu Seni Visual, Muzik dan Pergerakan

untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman 5. Mengintegrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan

mata pelajaran lain _______________________________________________________________________ 5 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

6.

Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman

Seni Visual, Muzik dan Pergerakan. Merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.Kefahaman dalam ketiga tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini kemudiannya diintegrasikan ke dalam mata pelajaran lain. Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan. Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan minda secara holistik dan membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang. Teori-teori dari ahli psikologi kognitif dan konstruktivisme telah

membuktikan kanak-kanak tidak memperolehi pengetahuan secara pasif, tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner telah menyokong seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum; ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai Aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan mendorong kanakkanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Melalui aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan, kanak-kanak dapat melibatkan diri dalam pembelajaran secara aktif dan menyeronokkan. Integrasi ketiga-tiga bidang ini dengan mata pelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan.

_______________________________________________________________________ 6 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Pengalaman optima melalui Seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar disamping itu dapat memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Penggunaan seni dalam pendidikan ini juga akan menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Pelajar juga dapat belajar cara belajar iaitu aplikasi informasi secara berkesan dengan melibatkan penghubungkaitan, gerak hati, celik akal dan kecerdasan yang ada pada diri pelajar. 4. Pelaksanaan hubungkait ketiga-tiga bidang Seni merupakan asas kepada perkembangan individu. Jika diajar dengan baik, maka dapat meransang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran dalam bilik darjah patut digalakkan semasa pembelajaran. Justeru itu seni membolehkan kanak-kanak menyertai proses pendidikan sepenuhnya tanpa merasa sebarang perbezaan.Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Lebah. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. 5. Peranan guru dan murid dalam pelaksanaan hubung kait

_______________________________________________________________________ 7 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Kerap kali didapati guru-guru yang mengajar Pendidikan seni di sekolah menggunakan pendekatan dan bimbingan yang sama seperti mengajar mata pelajaran akademik yang lain. Sebagai contoh, penyampaian maklumat untuk murid-murid mereka lulus peperiksaan lebih diutamakan daripada soal pembentukan peribadi yang seimbang. Tanggapan bahawa pendekatan kepada pengajaran pelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni adalah serupa dengan mata lain adalah salah. Walaupun tumpuan utama adalah untuk

mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan namun pembentukan peribadi murid tidak harus diabaikan terutamanya di peringkat kanak-kanak. Sembilan Keinginan Asas Kanak-Kanak. 1. Keinginan untuk bergerak. Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai 3. Keinginan untuk dalam masyarakat Kanak-kanak inginkan diri mereka diterima disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain 4. Keinginan untuk bersaing diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli

_______________________________________________________________________ 8 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal dan setara dengan rakan-rakan sebaya. 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai sumber daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.

6. Keinginan untuk meneroka Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokkan 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. 9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.

_______________________________________________________________________ 9 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan. Kefahaman yang baik tentang perkembangan kanakkanak dapat membantu kita mengatur bahan-bahan pembelajaran secara berperingkat dan juga bersepadu supaya kanak-kanak boleh belajar mengikut pengalaman lama Sifat kanak-kanak pada peringkat ini lebih berdasarkan interaksi mereka dengan alam sekeliling melalui pancaindera masing-masing. Kanak-kanak sedar akan kewujudan sesuatu benda hanya jika benda itu boleh dikesan oleh salah satu deria pancaindera. Kanak-kanak mula memperoleh kebolehan pengekalan iaitu kebolehan untuk menyimpan imej-imej mental tentang sesuatu konsep abstrak atau objek fizikal. Pengetahuan sedia ada boleh dikaitkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian di peringkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran berlaku secara semulajadinya. Peranan pergerakan dalam perkembangan kanak-kanak dengan memberi contoh aktiviti pergerakan di bilik darjah. Pergerakan boleh diintegrasikan menerusi kurikulum dalam mata pelajaran yang tertentu seperti Sains, Matematik, Bahasa,Seni dan Kajian Sosial. Pelaksanaan Penghubungkaitan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penguhubungkaitan merupakan satu jaringan yang saling berkait antara satu sama lain. Untuk meningkatkan tahap kefahaman sesuatu mata pelajaran _______________________________________________________________________ 10 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

maka satu jaringan yang khusus perlu diadakan terutamanya dari segi penghubungkaitan kemahiran-kemahiran pada setiap mata pelajaran. Bagi menjelaskan penguhubngkaitan ketiga-tiga bidang ini maka

penggabungan pendidikan seni visual, pendidikan seni muzik dan pendidikan seni pergerakan saya terapkan dalam Pengajaran dan Pembelajaran yang bertema Alam Sekitar dan bertajuk Sayangi Bumi. Bagi memperkenalkan tajuk satu sesi soaljawab mengenai tempat-tempat perkelahan, atau kawasan perkelahan yang menarik telah diadakan. Dari sini guru dapat mencungkil bakat, dan pengetahuan sedia ada pelajar. Seterusnya bagi mengukuhkan pengetahuan asas pelajar maka, satu sesi tayangan video telah diadakan. Dalam tayangan ini pelajar ditunjukkan kawasankawasan perkelahan yang menarik yang terdapat di negara ini. Pelajar memberikan respon terhadap tayangan video ini. Disini kita menjana idea mereka melalui seni muzik yang sama-sama dimainkan dalam tayangan tersebut. Perkembangan pelajaran diteruskan dengan pelajar-pelajar membentuk kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru. Setiap kumpulan akan mengeluarkan bahan-bahan untuk membina model kawasan pergunungan yang mengandungi gunung, sungai, pokok dan kawasan pertanian atau petempatan. Oleh kerana masa yang diperuntukkan adalah terhad maka, pelajar akan saling Bantu-membantu menyiapkan tugasan ini. Hal ini secara tidak langsung menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran saya. Berdasarkan kumpulan yang telah dibentuk maka pelajar akan beraksi mengikut lagu yang dimainkan. Berdasarkan lagu Hijau nyanyian Zainal Abidin yang dimainkan maka pelajar akan menggayakan Suasana di kawasan perkelahan, hutan, aktiviti menebang pokok dan akibat yang berlaku apabila banyak pokok telah ditebang atau dimusnahkan. Secara tidak langsung pelajar telah diterapkan Pendidikan Seni Lakonan dalam pembelajaran mereka. _______________________________________________________________________ 11 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Dalam lakonan atau aksi yang ditunjukkan oleh pelajar pelajar telah melakukan pergerakan yang bebas. Di sinilah berlakunya penerapan Pendidikan Seni Pergerakan Yang melibatkan pergerakan tangan, kepala, kaki dan keseluruhan anggota badan kerana masing-masing mempunyai watak yang telah ditentukan.

Peranan Guru Dalam Melaksanakan Penghubungkaitan Perancangan yang sistematik adalah dieprlukan oleh guru untuk menimbulkan minat pelajar. Perkara pokok dalam penyediaan rancangan mengajar ialah penentuan objektif. sedia ada pelajar. Bagi memperkembangkan pengajaran, guru perlulah menentukan strategi pengajaran yang sesuai. Pemilihan aktiviti dan pendekatan yang sesuai akan menimbulkan minat murid dan murid dapat bertindak balas dalam pembelajaran. Pembahagian masa yang betul juga akan mengurangkan kebosanan pelajar semasa belajar. Aktiviti yang padat, ditambah penggunaan bahan yang sesuai, penggunaan ruang aktiviti secara maksima menimbulkan keseronokan pelajar. Pemilihan sumber yang bertepatan akan memudahkan pencapaian objektif pembelajaran. Kesesuaian bahan, alatan dalam keadaan baik dan suara yang jelas membantu murid menunjukkan reaksi baik. Pengawalan kelas amat dititikberatkan dalam menjalankan aktiviti seni pergerakan. Disebabkan pergerakan yang bebas, maka pelajar akan melakukan Guru perlu mengenalpasti pengetahuan

_______________________________________________________________________ 12 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

apa sahaja pergerakan yang sesuai dengan lagu. Justeru, kawalan oleh guru amat penting bermula dari penerangan sebelum aktiviti dijalankan. Penilaian di akhir proses pengajaran dan pembelajaran akan dibuat oleh guru. Kekemasan kerja, sikap tanggungjawab dan kerjasama serta penglibatan dalam aktiviti diambil berat.

Peranan Murid Dalam Menjalankan Penghubungkaitan Murid telah tahu atau mempunyai pengetahuan sedia ada yang kukuh tentang isi pelajaran. Contohnya apabila guru menayangkan video tentang kawasan perkelahan yang menarik, pelajar segera memberikan respon. Pelajar telah bersedia dengan bahan untuk membuat model kerana telah diberitahu lebih awal oleh guru. Persediaan bahan ini akan banyak dilakukan di rumah kerana melibatkan kertas yang ditumbuk dang am yang bayak. Pembahagian tugas dan bahan yang diperlukan dilakukan oleh ahli dalam kumpulan itu. Penglibatan diri secara aktif akan memberikan pengalaman yang baik kepada pelajar. Pelajar yang pasif dibantu agar bersama-sama melibatkan diri. Kerjasama daripada guru dan pelajar terutama menyiapkan model, menyanyi dan beraksi memmerlukan komitmen tinggi dari pelajar.

_______________________________________________________________________ 13 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Pelajar juga harus ada kemahiran social kerana utnuk menjayakan aktiviti ini komunikasi antara murid-murid amat penting agar timbul keserasian di samping mendedahkan semangat kerjasama. Akhirnya penglibatan, penguasaan dan pencapaian objektif hanya akan ditentukan dalam masa penilaian yang dijalankan oleh guru. Guru akan menilai dan memberi maklumbalas yang positif terhadap pelajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

6.

Pengajaran Bertema Menurut Abdul Rahim(2006), Pengajaran bertema adalah guru memilih

satu topik atau perkara sebagai tema pengajarannya seperti kasih sayang, hidupan laut atau ikan, melawat zoo dan lain-lain. Sekiranya guru memilih tema kasih sayang , pengajarannya akan berkisar kepada tema ini melalui persediaan mengajar, bahan Bantu mengajar, aktiviti pembelajaran seperti main peranan atau lakonan, tayangan video dan berbagi-bagai aktiviti yang boleh menerapkan nilai kasih saying di dalam diri murid. Pendekatan Bertema selalu digunapakai oleh para pendidik kerana ia memenuhi keperluan asas dalam pembelajaran. Pendekatan ini memenuhi keperluan kanak-kanak kerana menggabungjalinkan pelbagai aspek. Tema _______________________________________________________________________ 14 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

merangkumi isi pengajaran yang hendak disampaikan. Tema memberi makna dan tujuan untuk pembelajaran. Pendekatan bertema merangkumi bahan, aktiviti dan teknik yang Melaluinya

dirancang secara tersusun mengikut tema. Ia memberi peluang kepada guru menghubung jalinkan isi pengajaran dengan mata pelajaran lain. pelajar diberi peluang meneroka, mengalami dan mencari peluang.

Pemilihan Pendekatan Bertema. Tarikh Masa Kelas Mata pelajaran Tema Tajuk Objektif : 3 Julai 2007 : 7.45 8.45 pagi : 6 Anggerik : Bahasa Melayu : Alam Sekitar : Sayangi Bumi : Di harap murid dapat: 1. Menyiapkan model gunung serta kawasan hutan 2. Melakonkan aksi bagi mengiringi lagu yang dimainkan 3. Bersama-sama menyanyikan lagu Hijau ( Lampiran ) _______________________________________________________________________ 15 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Aktiviti

: 1. Bersoaljawab tentang aktiviti yang pernah disertai oleh murid seperti berkelah, perkhemahan atau kembara. 2. Membina model gunung serta pokok-pokok daripada kertas yang ditumbuk atau tanah liat 3. Menyediakan kumpulan untuk lakonan berdasarkan lagu Hijau 4. Bersama-sama menyanyikan lagi Hijau sambil berlakon atau menyiapkan model 5. Membuat kolaj daripada guntingan akhbar atau majalah.

BBM

; 1. 2. 3. 4. 5.

Radio Cakera Padat Tayangan Video Kertas Tumbuk Warna Lembaran Kerja

7.

Perkara penting dalam pengajaran bertema yang dipilih Terdapat beberapa perkara penting yang terdapat dalam pemilihan tema

di atas. Memandangkan keadaan alam sekitar yang semakin tercemar maka adalah bertepatan tema yang dipilih. Ia untuk menyedarkan pelajar keperluan memelihara, menjaga alam sekitar. Bukan sesekali isu mengenai alam sekitar diperbincangkan. Tidak hanya di kalangan masyarakat setempat bahkan menjadi isu hangat di peringkat global. Bagi masyarakat, apa yang diperbincangkan mungkin sekadar menyentuh persoalan asas seperti kebersihan saja dan di peringkat sejagat pula banyak membabitkan isu yang lebih serius, misalnya apa sedang diperkatakan di sanasini ketika ini iaitu isu pemanasan global dan perubahan iklim dunia. _______________________________________________________________________ 16 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Namun, perbincangan mengenai alam sekitar dilihat seolah-olah tenggelam-timbul. Ia cuma diberi perhatian bila berlakunya kerosakan atau insiden buruk membabit alam sekitar yang memberi kesan kepada kehidupan manusia seperti bencana alam atau kekurangan sumber semula jadi. Apabila terjadi perkara sebegini, barulah orang ramai akan menilai semula tindakan mereka terhadap alam sekitar selama ini namun ramai juga yang sekadar `hangat-hangat tahi ayam. Bila isu berkenaan `sejuk, masingmasing kembali ke perangai lama. Benarlah pendapat yang dikongsi sesetengah pihak; kesedaran dan tanggungjawab terhadap alam sekitar seharusnya tersemat pada diri setiap individu tanpa perlu disuruh-suruh.

Secara ringkasnya isi pengajaran bertema : i. Kepentingan menjaga alam sekitar ii. Kesedaran tentang kepentingan alam sekitar iii. Isu yang telah lama dipersoalkan tetapi masih tiada jalan penyelesaian iv. Cara-cara menjaga alam sekitar 8. Aktiviti pengintegrasian mata pelajaran Terdapat pelbagai aktiviti yang cuba diselitkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Penggabungjalinan antara ketiga-tiga bidang

_______________________________________________________________________ 17 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

telah menimbulkan satu suasana pembelajaran yang baik dan menyeronokkan. Pengintegrasian aktiviti yang telah dijalnkan adalah diperincikan seperti dibawah: 1. Aktiviti melibatkan Pendidikan Seni Visual Aktiviti pengintegrasian melibatkan Pendidikan Seni Visual telah diterapkan dalam pengajaran saya. Ia melibatkan pembinaan model gunungganang dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Penggunaan bahan terbuang untuk digunakan semula telah saya terapkan dalam penyediaan bahan membina model. Penyediaan model memerlukan kerjasama antara semua ahli kumpulan kerana aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan. Penglibatan semua ahli menjadi asas kepada penyediaan model. Secara tidak langsung saya telah menerapkan unsur nilai-nilai murni dalam pengajaran saya. Saya telah menambahkan satu lagi kemahiran nilai-nilai murni di samping kemahiran yang lain.

2.

Aktiviti Pendidikan Seni Muzik Pengintegrasian dalam Pendidikan Seni Muzik telah saya lakukan dengan menyanyikan lagu Hijau secara beramai-ramai. Kaedah ini memberikan peluang kepada pelajar untuk melahirkan perasaan setelah lama menyiapkan model. Disebabkan aktiviti pertama memakan masa yang agak lama maka, pelajar pasti berasa bosan dan guru memberi peluang kepada pelajar untuk bersama-sama menyanyi lagu sama ada mengikut radio atau bersendirian.

3.

Pendidikan Seni Pergerakan _______________________________________________________________________ 18 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Semasa muzik dimainkan oleh guru dan pelajar-pelajar bersama-sama menyanyikan lagi Hijau, pelajar telah melakukan pergerakan dengan menggayakan pergerakan bebas seperti burung atau pokok yang bergoyang. Penerapan aktiviti ini memberi peluang kepada pelajar utnuk meluahkan perasaan secara pergerakan terancang. Guru mengawal pergerakan pelajar.

9.

Keberkesanan pengajaran kepada proses pembelajaran murid Seni Visual merupakan satu kaedah pengajaran di mana kita mengajar

student kita ke arah mengenal objek-objek alam semulajadi dan alam benda. Ia lebih kepada hasilan garisan ke arah membentuk rupa dan kesenian. Muzik dan pergerakan pula merupakan satu subjek khas yang banyak memberi kesan di dalam kerohanian umpamanya seperti sayang menyayangi, kejiwaan yang akan digambarkan semasa menghayati muzik dan lirik, malah pelajar lebih senang untuk diserapkan dengan nilai-nilai murni di dalam proses pembelajaran.

Kesan positif kepada guru ialah kita akan saling memahami perasaan (guru dan pelajar) ketika kita menyertai proses pengajaran dan pembelajaran ketiga-tiga subjek di atas. Malah pelajar lebih senang berbicara dari hati ke hati antara guru yang mengajar subjek berikut. Mata pelajaran Bahasa Melayu meliputi skop yang amat luas. Justeru, penggunaan alatan, pemilihan bahan, aktiviti dan penghubungkaitan yang berkesan akan menimbulkan suasana pembelajaran yang kondusif. Pemilihan

_______________________________________________________________________ 19 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

kaedah pengajaran bukan hanya berpusatkan guru tetapi menumpukan kepada penglibatan pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan, secara tidak langsung murid telah tahu akan tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar. Puncapunca kerosakan alam sekitar dan akibat yang timbul dari kerosakan alam sekitar. Perasaan Sayangi Bumi akan timbul semasa mereka menyiapkan model walaupun aktiviti ini akan memakan masa yang panjang, namun sepanjang proses menyiapkan tugasan ini perasaan saying akan alam sekitar akan timbul. Dewasa ini, pelajar-pelajar banyak didedahkan dengan kerosakan alam sekitar. Penebangan hutan secara berleluasa dan isu-isu yang melibatkan pencemaran banyak dipertontonkan di media massa. Melalui tayangan video mereka akan tahu masih ada lagi kawasan yang kekal seperti asal dan boleh dikunjungi oleh mereka. Melalui aktiviti lakonan atau beraksi dalam pergerakan yang bebas, pelajar memahami keperluan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia untuk hidup. Semua hidupan ini perlu bebas menentukan kehidupan sendiri sebagaimana bebasnya aktiviti yang mereka jalani. Murid akan bergerak, berfikir dan merasai sesuatu secara langsung. Pada masa yang sama mereka berpeluang menggunakan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan, penghayatan terhadap lirik yang menumpukan kepada kehijauan memberikan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar. Suasana yang meriah dan penglibatan pelajar secara menyeluruh menimbulkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan penglibatan nurid yang aktif dalam muzik, mereka akan dapat membina pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi dan sosial. Ini akan dapat membantu meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran lain. _______________________________________________________________________ 20 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Murid tidak hanya duduk statik di satu titik sahaja, tetapi bergerak bebas meliputi keseluruhan kawasan kelas. Perlakuan pelbagai aksi, penglibatan dalam menyiapkan model menunjukkan sikap Bantu-membantu di kalangan pelajar. 10. Jenis alatan yang sesuai digunakan dan kesan penggunaan alatan

10.1 Melalui aktiviti penerokaan Murid telah mengalami pengalaman penerokaan semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penerokaan adalah mencari maksud atau menyelidik sesuatu untuk mendapatkan maklumat yang baru. Peranan guru adalah terhad dalam menjalankan aktiviti ini. Guru hanya bertindak sebagai pemudahcara dan memberi bimbingan kepada pelajar yang menghadapi masalah. Contohnya dalam menyiapkan model pelajar telah berbincang dalam kumpulan utnuk mendapatakan hasil terbaik. Hasil perbincangan melibatkan penyediaan bahan, perancangan dan bentuk penghasilan projek nanti. Murid telah meneroka dengan melakukan bebrepa ujikaji atau projek, menyelidik dan mengeluarkan banyak idea dan pandangan bagi membantu ahli yang lain. Penjanaan idea yang bertrusan ini akan menyebabkan pelajar menjadi kreatif dan imaginatif Melalui aktiviti yang telah dijalankan, murid telah melakukan penerokaan dalam menghasilkan model, penerokaan terhadap bunyi yang diperdengarkan. Kefahaman pelajar terhadap lirik dan melodi lagu memudahkan pelajar mengikut rentak lagu yang dimainkan. Dalam tayangan video yang dilakukan murid meneroka keindahan alam sekitar yang belum tercemar. Pelajar dibiarkan meneroka tayangan video tanpa

_______________________________________________________________________ 21 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

bantuan guru. Catatan yang dilakukan oleh mereka membantu pemahaman atau semasa menjawab soalan di akhir sesi pembelajaran. Dalam aktiviti menyiapakan model pelajar dibiarkan bebas bergerak dan meneroka pengalaman masing-masing. Ada antara mereka pernah mengikuti keluarga berkelah atau melalui kawasan pergunungan. Pelajar cuba mengimaginasikan pengalaman mereka terhadap bentuk yang akan dihasilkan. Di sinilah nilai murni tolak ansur diperlukan. Dalam pergerakan mengikut rentak muzik pelajar berpeluang untuk meneroka menggunakan anggota badan seperti tangan dengan mendepakan tangan seperti burung terbang, berdiri di satu tempat sambil menggoyanggoyangkan badan seperti pokok yang ditiup angin dan sebagainya. 10.2 Melalui pemerolehan pengalaman Melalui penghubungkaitan Pendidikan Seni pelajar memperolehi

pengalaman untuk menghasilkan sesuatu yang pernah dilihat atau dirasai. Pencetusan idea ini menggambarkan kesediaan pelajar untuk meluahkan idea secara bersama-sama. Pengalaman ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah antara ahli, melakukan gerak tangan, melakukan penciptaan dan membuat penilaian secara bijak, cekap dan teratur. Melalui muzik pelajar dapat meluahkan perasaan mereka. Mereka mendapat pengalaman menyanyikan lagu secara bersama-sama, menghayati lirik lagu dan cuba untuk menonjolkan diri dalam setiap baris yang dinyanyikan. Melalui aktiviti ini pelajar merasai keseronokan, kepuasan, kegembiraan dan kejayaan dalam menghasilkan model atau semasa menyanyi.

_______________________________________________________________________ 22 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Melalui seni pergerakan pelajar mendapat pengalaman untuk menjiwai perasaan dan gaya seperti unggas yang terbang, pokok yang bergoyang dan sebagainya. Pengalaman ini berguna untuk melahirkan perasaan cintakan alam sekitar. 10.3 Mengalami Ekspresi Berbagai cara untuk melahirkan ekspresi. Pelajar melakukan pellbagai ekspresi muka dan gerak badan untk memenuhi setiap pergerakan. Dalam seni visual pelajar melakukan ekspresi dengan membina model melalui pengalaman yang telah dialami. Pelbagai ekspresi dilakukan dalam menyiapkan tugasan termasuk gerak badan dan pengeluaran idea. Dalam seni muzik pelajar melahirkan ekspresi wajah dan senyuman semasa menyanyikan lagu yang dimainkan. Jelas kelihatan wajah kegembiraan dan keriangan pada diri pelajar. Dalam penghubungkaitan seni pergerakan pelajar melakukan ekspresi dengan menggayakan gaya seperti burung terbang, pokok yang bergoyang dan sebagainya. Ekspresi ini menggambarkan kegembiraan dan peluahan perasaan pelajar yang telah mengalami kebosanan semasa melakukan aktiviti pendidikan seni.

10.3

Kesan Penggunaan alatan Proses pengajaran dan pembelajaran adalah proses yang lama dan

memerlukan kesabaran untuk menguasai kemahiran. Walau apa sahaja aktiviti

_______________________________________________________________________ 23 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

yang dirang dan akan dilaksanakan semuanya mestilah menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran oleh guru. Penggunaan alatan dan kepelbagaian bahan yang digunakan ditambah dengan pemilihan kaedah dan pendekatan memudahkan pencapaian objektif. Penglibatan pelajar tidak terhad jika melakukan gabungjalin mata pelajaran atau hubungkait kemahiran dalam pengajaran guru. menarik perhatian pelajar mengikuti pelajaran. Penglibatan pelajar ditambah pengetahuan sedia ada pelajar menjadikan pelajar lebih mudah menguasai isi pengajaran. Bahan-bahan yang disediakan serta aktiviti yang dirancang teliti dapat memenuhi keperluan murid dari segi kognitif, psikomotor, social dan emosi. Setiap murid digalkkan mengembangkan bakat dan kebolehan yang ada dalam bidang lukisan, membentuk, muzik dan pergerakan. Seseorang guru perlu mempelbagaikan peranan dalam mengendalikan pengajaran agar pembelajaran berlangsung dengan berkesan. Dalam aktiviti yang dilakukan kaedah nyanyian, lukisan dan pergerakan membantu guru merancang aktiviti yang banyak berpusatkan kepada murid. Guru lebih bertindak hanya sebagai fasilitator. Keseluruhannya semua aktiviti dan pergerakan yang dirancang lebih mementingkan murid. Murid berasa seronok dan ingin mengalami pengalaman yang sama pada masa hadapan. Terpulanglah kepada guru untuk merancang aktiviti yang menarik sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan alatan akan

_______________________________________________________________________ 24 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

12.

Penutup Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penghubungkaitan ketiga-

tiga bidang dalam Seni Dalam Pendidikan akan memudahkan pencapaian objektif pembelajaran. Dalam bidang Seni Visual, pelajar berpeluang untuk menunjukkan sikap kerjasama, kerativiti, penerapan nilai-nilai murni serta proses pembelajaran yang menyeronokkan. Semua pelajar berpeluang untuk mengembangkan bakat dan minat mereka dalam bidang seni visual. Pendekatan dalam bidang Pendidikan Seni Muzik memberi peluang kepada pelajar untuk melepaskan perasaan terhadap tajuk. Mereka akan menyanyikan lagu dengan nada dan penghayatn yang baik. Dalam penggunaan seni pergerakan pula pelajar banyak melakukan aktiviti psikomotor untuk menggambarkan keadaan sebagaimana lirik lagu. Keseluruhannya penggabungjalinan ketiga-tiga bidang akan meningkatkan pemahaman pelajar.

13.

Bibliografi

_______________________________________________________________________ 25 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

Carian internet http://forum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=277790 http://apps2.emoe.gov.my/tayang.php?laman=baca_akhbar&bhs=en&id=120 file:///F:/universiti%20terbuka/asmt%20sem4/asmnt/bahan%20seni%202/seni2.htm http://forum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=277790 http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=3088 http://www.cikgu.net.my/malay/teknikmengajar/cerdas.php3 Buku 1. Abd Rahim Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah

Pembelajaran, Kuala Lumpur, Open University Malaysia 2. Ayob, s. ( 1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Petaling Jaya, Flo

Enterprise Sdn. Bhd. 3. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan

Muzik Sekolah Rendah ( Semakan ). Kuala Lumpur:PPK

14.

Lampiran

_______________________________________________________________________ 26 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN ______________________________________________________________________________________

LIRIK LAGU HIJAU Bumi yang tiada rimba, seumpama hamba Dia dicemar manusia, yang jahil ketawa Bumi yang tiada udara bagai tiada nyawa Pasti hilang suatu hari, tanpa disedari Bumi tanpa lautan akan kehausan, Pasti lambat laun hilang, duniaku yang malang Dewasa ini kita saling merayakan Kejayaan yang akhirnya membinasakan Apalah gunanya kematangan fikiran Bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah Ku lihat hijau Oo.. anak-anak tok mengahso mandi laok Bersaing main ghama-ghama Ale lo ni tuo omo nyo bejuto Kitop usoho jauhke daghi malapetako Ozon lo ni koho nipih nak aghi Keno make asak hok bisowe pasa maknusio Seghemo bendo-bendo di sunio Tok leh tahe, sapa bilo-bilo Penyanyi : Zainal Abidin

Lirik/ciptaan : Zainal Abidin

_______________________________________________________________________ 27 _OPEN UNIVERSITY MALAYSIA