assignmt sej. bmelayu

18
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SMP ) HBML 4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 04-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

sejarah 1

TRANSCRIPT

Page 1: Assignmt Sej. Bmelayu

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN ( SMP )

HBML 4103

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Page 2: Assignmt Sej. Bmelayu

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 BAHAGIAN 1: ERA PERKEMBANGAN BAHASA

MELAYU

2.1 PERKAITAN ANTARA DUA ERA BAHASA MELAYU

2.2 PERKEMBANGAN, KEDUDUKAN DAN KEMAJUAN

BAHASA MELAYU

2.3 BADAN-BADAN YANG TERLIBAT DI DALAM

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

3.0 BAHAGIAN 2: PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

KLASIK

3.1 BUKTI BAHASA MELAYU MEDIUM TERBESAR DI

DUNIA

4.0 RUMUSAN

5.0 RUJUKAN

2

Page 3: Assignmt Sej. Bmelayu

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu adalah bahasa pertuturan bagi rakyat negara Malaysia. Tetapi

sejarah telah membuktikan bahasa Melayu bukan hanya berada di bumi Malaysia

tetapi berada di serata dunia. Medium perkembangan bahasa ini memerlukan

perbincangan dan pencarian bahan yang mantap bagi mengetahui kaitan dua era

bahasa Melayu dan bahasa Melayu Klasik berdasar bukti bahawa ia membawa kepada

kemajuan dan pengukuhan bahasa Melayu hingga kini. Bagi tugasan kali ini, saya

akan cuba menelusuri perkembangan bahasa Melayu bermula era sebelum dan selepas

merdeka hinggalah kepada bukti yang menyokong perkembangan bahasa tersebut.

Sebagai permulaan, bahasa Melayu adalah bermula dengan asal-usul

perkataan “Melayu”. Tidak dapat dinafikan bahawa pakar-pakar sejarah setakat ini

masih belum menjumpai perkataan Melayu ini dari mana asal mulanya. Ada juga

sejarah menyatakan terdapat catatan orang Cina tentang sebuah kerajaan Mo-lo-yeu

datang mempersembahkan hasil bumi kepada maharaja Cina pada tahun 644-645

masihi.

Seorang pengkaji dari Belanda iaitu J.H.C.Kern di dalam buku OUM (2014),

menyatakan bahasa Melayu itu berasal daripada Asia Tengah berdasarkan bukti

beberapa perkataan yang terdapat di beberapa kepulauan Nusantara hinggalah

kepulauan Pasifik dan Filipina. Malah menurut Milliam Marsden juga menyatakan

bahasa Melayu dan Polinesia adalah bahasa serumpun. Bahasa Melayu-Polinesia juga

tergolong di bawah satu rumpun Austronesia.

Jika dilihat dari sudut bahasa Austronesia adalah bahasa serumpun yang

terbahagi kepada empat bahasa iaitu di kepulauan Melayu Nusantara, bahasa

Polinesia, Melanesia, dan Mikronesia. Sejarah bahasa Melayu juga menunjukkan

beradapan bahasa ini wujud disebabkan bangsa Melayu berada di mana-mana lantaran

itu kewujudan bahasa Melayu itu mempunyai nahu dan sebutan yang hampir sama.

Pengkaji-pengkaji barat seperti H. Kern, J.R. Logan, Henry Yule dan ramai lagi

menyokong bahawa bahasa Melayu ini mempunyai persamaan yang hampir sama

serta mempunyai kesinambungan antara Negara seperti di Assam, India dengan

kepulauan Borneo.

Rumusan yang dapat dinyatakan di sini ialah kewujudan bahasa Melayu

dengan bukti-bukti yang telah diperolehi menjadikan bahasa ini lebih sebagai bahasa

yang mendapat perhatian dari segi kajian sejarah bahasa itu diperolehi hingga

menjadikan bahasa Melayu ini terkenal di serata dunia.

3

Page 4: Assignmt Sej. Bmelayu

2.0 BAHAGIAN 1: ERA PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Sebagaimana yang kita ketahui era perkembangan bahasa Melayu telah pun

wujud sejak sekian lama iaitu sebelum Negara mencapai kemerdekaan dan selepas

kemerdekaan. Sebagai negara berdaulat dengan pegangan agama Islam sebagai agama

rasmi dan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, sedikit kupasan tentang era

perkembangan bahasa Melayu akan diungkai bermula era 50-an hingga kini akan

dinyatakan di bawah.

Menurut Asmah Haji Omar (1985), menyatakan penyebaran bahasa Indonesia

tersebar luas apatah lagi kedudukan keluarga bangsa Melayu yang pesat berkembang

hingga menjadikan bahasa tersebut bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia,

Indonesia dan juga Brunei. Begitu juga dengan Osman Omar (1961), di dalam

kajiannya menyatakan bahawa cabang bahasa Indonesia juga tersebar luas dengan

berkembangnya suku bangsa yang sebangsa di mana bangsa Melayu ketika itu adalah

ahli pelayaran dan perantau yang berdagang di serata tempat.

Ketika itu juga kedatangan Islam menjadi antara sebab berkembangnya bahasa

Melayu melalui pelbagai cabang atau bidang. Dengan kedatangan pedagang Arab ini

telah berlaku pelbagai pinjaman daripada bahasa tersebut mengikut bidang tertentu.

Antaranya bidang falsafah, tassawuf dan teologi. Dengan itu juga tulisan jawi

berbahasa Melayu menjadi tulisan utama pada kerajaan Melayu pada waktu itu.

Buktinya tulisan jawi berbahasa Melayu melalui surat-surat Raja Melayu kepada

penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris.

Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mula jatuh setelah kedatangan penjajah

Portugis pada 1511 masihi. Walaupun kedatangan penjajah ke Tanah Melayu bahasa

Melayu tetap berterusan hinggalah negara merdeka pada 1957. Walaupun bertulisan

jawi tetapi penggunaan bahasa Melayu tetap berlaku dengan menggunakan bahasa

istana sebagai bahasa utama di dalam surat raja Melayu kepada penjajah asing seperti

Inggeris.

Ketika Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke-19, banyak perubahan

dan perkembangan bahasa Melayu berlaku semasa penjajah Inggeris. Bahasa Melayu

juga telah dijadikan bahasa perantaraan dan pentadbiran antara Inggeri dan raja-raja

Melayu. Inggeris juga telah memberikan pendidikan secara tak rasmi dengan

4

Page 5: Assignmt Sej. Bmelayu

memberikan keutamaan kepada didikan agama dan pembukaan sekolah rendah dan

menengah walaupun pada ketika itu bahasa Inggeris adalah bahasa yang digunakan

dikebanyakan sekolah di dalam pendidikan yang diberikan oleh Inggeris.

Kekuatan bahasa Melayu juga dilihat dari sudut kebolehan dan pengetahuan

pegawai Inggeris ketika datang menjadi penasihat Sultan pada waktu itu. Pegawai

Inggeris seperti J. Crawford, R.O. Winstedt dan ramai lagi terpaksa mempelajari

bahasa Melayu sebelum bertugas di Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahasa Melayu

pada waktu itu adalah bahasa utama yang perlu dihormati dan dipelajari oleh penjajah

yang datang ke sini.

Dengan kedatangan Inggeris juga bahasa Melayu telah menunjukkan

peningkatan mendadak melalui tokoh-tokoh bahasa yang menulis tentang nahu

bahasa Melayu. Antara tokoh-tokoh yang popular ialah Abdullah Munsyi, Zainal

Abidin Ahmad (Za’ba) dan sebagainya. Pelita Bahasa karya Za’ba telah banyak

menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu dengan menulis tentang nahu dan

kata pinjaman melalui bahasa Inggeris dan Arab. Antara perkataan yang terbit pada

waktu itu ialah alkisah, hatta, dan sebagainya.

Secara kesimpulannya era perkembangan bahasa Melayu telah pun dilihat dari

sudut berkembangnya keberanian dan kelangsungan pencinta-pencinta bahasa dahulu

mencari satu kepastian bahawa bahasa Melayu perlulah dijadikan satu bahasa yang

unggul serta memartabatkan keindahan bahasa tersebut hingga menjadi bahan bukti

dan bersejarah hingga kini.

2.1 PERKAITAN ANTARA DUA ERA BAHASA MELAYU

Sebagai bahasa Melayu yang unggul dan utama, bahasa Melayu telah

berkembang melalui dua era berbeza. Iaitu sebelum merdeka dan selepas negara

merdeka.

Era sebelum Merdeka memainkan peranan penting di dalam kedudukan

perkembangan bahasa Melayu. Era ini dkenali sebagai era pramerdeka. Di mana,

kedudukan bahasa Melayu itu belum mencapai tahap yang kukuh sebelum menjadi

bahasa rasmi kebangsaan. Di zaman era ini juga bahasa Melayu terus diperjuangkan

taraf dan statusnya.

5

Page 6: Assignmt Sej. Bmelayu

Era pramerdeka bermula dengan penubuhan Angkatan Sasterawan 50 (ASAS

50). Ia ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 hinggalah mencapai kemerdekaan Negara pada

tahun 1957. Perjuangan ASAS 50 diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu

Singapura yang menjadi pengarang bagi akhbar-akhbar di sana. Antara tokoh ASAS

50 ialah Usman Awang, Kris Mas, Mohd. Arif Ahmad dan beberapa orang lagi yang

turut serta memperjuangkan bahasa Melayu.

Tujuan penubuhan ini antara lain ialah mempertingkatkan dan memperluaskan

mutu karya sastera serta melindungi hak serta kepentingan penulis di dalam

memperjuangkan konsep serta hak kepentingan sastera secara tidak langsung. Konsep

ASAS 50 ialah ‘Seni untuk masyarakat’. Di mana saluran akhbar dan majalah

menjadi tempat dan hak mereka untuk bersuara secara tidak langsung

memperkembangkan lagi penggunaan bahasa Melayu.

Selain daripada ASAS 50 terdapat sebuah lagi pertubuhan yang

memperkembangkan bahasa Melayu melalui Lembaga Bahasa Melayu (LBM). Pada

26 April 1951, guru-guru Melayu telah menubuhkan LBM bagi memperjuangkan

bahasa Melayu melalui Cikgu Mahmud Ahmad bersama Kesatuan Guru-Guru Melayu

Singapur (KGMS). Antara tujuan LBM ini ialah memperbaiki serta mepertingkatkan

tahap dan penggunaan bahasa Melayu kepada tahap yang lebih baik melalui

penerbitan buku, majalah, dan sebagainya.

Sekitar tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan bahasa Melayu lebih kepada

penerbitan buku-buku nahu atau tatabahasa bahasa Melayu. Kekuatan ini dilanjutkan

lagi dengan penubuhan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang lebih

memperjuangkan bahasa Melayu melalui perbincangan pertama, kedua dan ketiga.

Hinggalah tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam mencetak, menerbit dan

menggubal istilah mengikut kesesuaian di dalam bahasa Kebangsaan.

Era Selepas Merdeka telah memantapkan lagi perkembangan bahasa Melayu

kea rah satu tahap yang boleh dibanggakan. Era ini dikenali sebagai pascamerdeka

dari tahun 1957 hingga 1967. Pada waktu ini bahasa Melayu telah pun menjadi bahasa

kebangsaan bagi Persekutuan Tanah Melayu dengan termaktubnya perkara 152

Perlembangaan Malaysia. Di dalam peruntukan tersebut bahasa melayu hendaklah

digunakan di dalam apa-apa tujuan rasmi mengikut undang-undang yang telah

diperuntukan oleh parlimen.

6

Page 7: Assignmt Sej. Bmelayu

Melalui Suruhanjaya Reid, bahasa Melayu telah diangkat sebagai bahasa rasmi

kebangsaan dengan beberapa faktor antaranya kerana penutur bahasa Melayu adalah

yang paling ramai menutur bahasa tersebut di Malaysia. Antara faktor lain ialah

peratus bangsa Melayu atau peribumi adalah yang teramai di Malaysia. Bahasa

Melayu juga telah digunakan sebagai hubungan komunikasi serta tidak menimbulkan

bantahan oleh mana-mana pihak serta penggunaan bahasa Melayu juga telah lama

digunakan sejak era sebelum merdeka hingga kini lagi.

Selain itu, Laporan Razak juga telah memperkasakan bahasa Melayu melalui

peruntukan kerajaan mengenai sistem pedidikan yang telah diluluskan pada 7 Mac

1956. Selepas itu, Laporan Rahman Talib menyusul pada 1960 di mana bahasa

Melayu adalah bahasa pengantar yang utama kepada semua peringkat pendidikan dan

diiktiraf melalui peperiksaan utama di Malaysia.

2.2 PERKEMBANGAN, KEDUDUKAN DAN KEMAJUAN BAHASA MELAYU

Sejak sekian lamanya kedudukan bahasa Melayu melalui era perkembangan,

kedudukan dan kemajuan yang pesat membangunan dari segi ketulenan bahasa dan

juga pinjaman daripada bahasa-bahasa yang serantau dengannya. Ini telah termaktub

di dalam perlembagaan Malaysia di mana Perkara 152 menjadi satu bukti bagaimana

bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa rasmi di Malaysia.

Penstrukturan bahasa Melayu dilihat menjamin keutuhan dan permodenan

bahasa yang sejak sekian lama diperhalusi dan dikaji kewujudannya. Bermula dengan

era sebelum merdeka dan selepas merdeka pembaharuan demi pembaharuan jelas

menampakkan kenapa bahasa Melayu ini menjadi medium bahasa terbesar di dunia.

Sebagai contoh bidang penterjemahan bahasa yang merupakan satu badan berperanan

memastikan bahasa Melayu melalui fasa yang asli dan digunapakai di dalam sesuatu

teks bahasa. Menurut F.Finlay (1971), menyatakan terjemahan adalah satu bahan

persembahan teks di dalam bahasa yang berlainan tulisan asalnya.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga menjadi salah satu kepada

asas perkembangan dan kemajuan bahasa Melayu itu sendiri. Dengan kepakaran dan

kajian tokoh-tokoh bahasa telah mengemaskini dan menerbitkan banyak buku dan

teks terutamanya di dalam bidang perkamusan yang mengandungi istilah serta ejaan

7

Page 8: Assignmt Sej. Bmelayu

baharu bahasa Melayu. Ini secara tidak langsung telah menjadikan kedudukan bahasa

Melayu terus menjadi agenda negara di dalam memartabatkan bahasa Melayu.

2.3 BADAN-BADAN YANG TERLIBAT DI DALAM PERKEMBANGAN

BAHASA MELAYU

Bagi memartabatkan penguasaan dan memperkembangkan lagi bahasa Melayu

pelbagai cara melalui badan-badan tertentu berganding bahu memajukan serta

merealisasikan hasrat murni ini. Kekuatan dan kelemahan yang ada dikaji dan diselia

oleh mereka-mereka yang pakar dengan bahasa Melayu ini. Di bawah adalah badan-

badan yang terlibat secara langsung mahupun tidak secara langsung di dalam usaha

memastikan bahasa Melayu terus maju. Ia juga adalah usaha murni yang dilakukan

sebelum merdeka dan selepas merdeka. Antaranya ialah;

i. Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50).

ASAS 50 telah ditubuhkan di Singapura oleh beberapa wartawan dan

pejuang bahasa Melayu waktu itu. Antara ialah Usman Awang, Masuri S.N. ,

Kamaluddin Muhammad, Hamzah Hussein dan ramai lagi. Konsep perjuangan

ASAS 50 adalah “seni untuk masyarakat”. Ia lebih kepada perjuangan dalam

bentuk kesusasteraan Melayu yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu

sacara tidak langsung.

Perjuangan ASAS 50 bertujuan untuk meluaskan serta

memperkayakan bahasa, budaya serta sastera itu sendiri. Mereka membawa

perjuangan ini dalam bentuk penulisan melalui akhbar-akhbar, majalah dan

sebagainya. Kedua, perjuangan mereka ini juga ialah melindungi hak dan

menjaga kepentingan para penulis dan juga pengarang. Dan ketiga ialah

mengadakan pembaharuan di dalam bidang kesusasteraan Melayu khasnya.

ii. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu.

Perjuangan bahasa Melayu terus diperjuangkan dengan tertubuhnya

Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ini. Agenda besar pertubuhan ini ialah

memastikan penulisan Rumi dan Jawi hendakalah diguna pakai di dalam

persuratan Melayu selamanya. Pertubuhan ini juga telah mengadakan

8

Page 9: Assignmt Sej. Bmelayu

beberapa sesi pertemuan pertama, kedua dan ketiga. Lanjutan daripada

penubuhan kongres ini maka tertubuhlah Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai

ejen perkembangan bahasa Melayu seterusnya.

iii. Lembaga Bahasa Melayu (LBM).

Ia ditubuhkan oleh gabungan kesatuan guru-guru Melayu Singapura.

Pengasasnya ialah Cikgu Mahmud Ahmad yang merasakan bahasa Melayu

harus dijaga dengan sebaik mungkin. Tujuan LBM ini di tubuhkan ialah bagi

mengawal dan memperbaiki bahasa Melayu melalui tatabahasa sebagai satu

cara menyokong minat kepada penulisan Melayu. Biro Terjemahan Melayu

ialah biro yang bernaung di bawah Maktab Perguruan Sultan Idris yang mana

buku popularnya ialah “Ilmu Mengarang Melayu” dan “Pelita Bahasa

Melayu” oleh Za’ba.

iv. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Penubuhan DBP ialah menyusun dan menerbitkan buku kamus Melayu

antaranya ialah Tatabahasa Dewan, Kamus Dwibahasa, Kamus Dewan, dan

banyak lagi. Tujuan utama DBP ialah memastikan bahasa Melayu terus

diperkayakan dan memajukan bakat kesusasteraan di dalam bahasa

kebangsaan. DBP juga memainkan peranan mencetak dan menerbitkan

pelbagai bahan penulisan melalui buku, majalah dan sebagainya. Begitu juga

dengan penggunaan istilah yang merangkumi ejaan dan sebutan bunyi bahasa

Melayu.

Kesimpulannya, dengan adanya tokoh-tokoh yang memperjuangkan

kedaulatan bahasa Melayu ini melalui penubuhan yang dianggap sebagai salah

satu cara memastikan bahasa Melayu itu terus relevan digunakan sejak zaman

sebelum merdeka dan selepas merdeka hingga kini.

3.0 BAHAGIAN 2:

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

Pada abad ke-13 hingga abad ke-19 bahasa Melayu Klasik telah muncul ketika

kerajaan Samudera-Pasai menerima kedatangan Islam di sebelah Timur Acheh.

Menurut Awang Sariyan (1996), bahasa tersebut adalah bahasa tahap ketiga selain

daripada bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik

melalui zaman kegemilangan melibatkan pemerintahan kerajaan Melayu Melaka,

9

Page 10: Assignmt Sej. Bmelayu

Johor-Riau dan Acheh. Kesemua pemerintahan ini di bawah pentadbiran kerajaan

Islam. Pedagang Arab telah membawa ajaran agama Islam hingga berjaya

mengislamkan raja yang memerintah pada masa itu. Ini secara tidak langsung tulisan

Jawi menjadi tulisan rasmi pada waktu itu.

Melalui tulisan Jawi dan penyerapan kata pinjaman daripada bahasa Arab dan

Parsi telah membawa satu perubahan di dalam aspek kosa kata hingga kepada struktur

ayat di dalam bahasa Melayu. Sebagai bahasa perantaraan di dalam segala urusan,

bahasa Melayu Klasik telah melahirkan ramai tokoh-tokoh ilmu agama hingga

terhasilnya pelbagai jenis kitab seperti feqah, Al-Hadith, tafsir Al-Quran dan

Tasawuf. Tokoh yang banyak menghasilkan buku-buku terutama pada zaman

kerajaan Acheh seperti Hamzah Fansuri, Syeikh Nuruddin Al-Raniri, Syamsuddin Al-

Sumaterani dan ramai lagi.

Bahasa Melayu Klasik banyak menggunakan perkataan seperti maka, hatta,

arakian, dan sebagainya pada awal sesuatu ayat. Di mana ayat bahasa Melayu Klasik

kebanyakannya adalah ayat pasif dan songsang. Contohnya, “Hatta datanglah kepada

suatu hari maka Hamzah dan Umar Umayyah dibawanya oleh Khoja Abdul Mutalib

…”, melalui penceritaan daripada buku Sejarah Melayu. Bahasa Melayu Klasik juga

menjadikan sesuatu ayat itu dijadikan salah satu penceritaan antara raja mahupun

rakyat masa itu.

Begitu juga penggunaan bahasa kiasan dan perbandingan melalui laras bahasa

seperti pantun, seloka, syair dan gurindam telah menjadikan bahasa Melayu Klasik

sebagai bahasa yang mempunyai banyak kelebihan terutamanya di dalam

memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Walaupun pada waktu

itu, bahasa Melayu Klasik lebih kepada bahasa lisan namun dengan ketokohan ahli-

ahli falsafah pada waktu itu berjaya membuktikan penggunaan bahasa Melayu klasik

telah mengorak langkah sebagai permulaan kepada berkembangnya bahasa Melayu

hingga kini.

3.1 BUKTI BAHASA MELAYU MEDIUM TERBESAR DI DUNIA.

Sebagai medium bahasa yang terbesar di dunia, bahasa Melayu melalui

pelbagai peringkat perkembangan bahasa yang merupakan kesinambungan dari zaman

purba, kuno, klasik dan moden. Malahan keunikan bahasa ini ialah melalui nahu serta

10

Page 11: Assignmt Sej. Bmelayu

sistem ejaan yang mudah dan ringkas untuk disebut. Terdapat beberapa bukti

kewujudan bahasa Melayu, antaranya ialah batu bersurat, penulisan karya agung, dan

surat atau dokumen penting yang disimpan rapi di muzium atau perpustakaan di

London.

Batu bersurat adalah salah satu bukti kewujudan bahasa Melayu melalui

tulisan jawi yang berbahasa Melayu kuno atau klasik. Contohnya melalui bahasa

MelayuKuno batu bersurat seperti Talang Tuwo, Palembang (684 masihi), batu

bersurat batu Kota Kapur, Pulau Bangka (686 masihi) serta beberapa lagi yang telah

dijumpai di Indonesia. Batu bersurat pada zaman bahasa Melayu Klasik pula telah

dijumpai di Kuala Berang , Terengganu (1387 masihi), batu nisan di Minye Tujuh,

Acheh (1380 masihi ) dan batu bersurat pagar Ruyung, Minangkabau (1356 masihi).

Kebanyakan batu bersurat ini ditulis di dalam huruf Palava yang berasal

daripada tulisan India Selatan, tulisan Jawi melalui pedagang Arab dan

sebagainya.sebagai contoh beberapa perkataan yang mirip dengan bahasa Melayu

seperti vulan-bulan, banyak, batu , aku, dan sebagainya.

Bukti kedua, dokumen atau surat rasmi yang mengandungi tulisan jawi dalam

bahasa Melayu. Antaranya perjanjian rasmi antara Raja-raja Melayu dengan Gabenor

British seperti R.O.Winstedt, J.W.W.Birch dan ramai lagi. Begitu juga semasa

pemerintah Sultan Melayu Melaka dengan penjajah Portugis. Di mana bahasa Melayu

pada waktu itu adalah bahasa pengantaraan atau lingua franca yang utama. Dokumen-

dokumen penting ini sedikit sebanyak menjadi satu kebanggaan bagi bangsa Melayu

melihat kewujudkan bahasa yang telah menguasai di kebanyakan negara.

Dan bukti ketiga ialah peranan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah

memainkan peranan begitu besar di dalam memajukan dan memperkembangkan

kedaulatan bahasa Melayu hingga menjadi bahasa rasmi dan menubuhkan Balai

Pustaka atau Dewan Bahasa dan Pustaka hingga menjadi masyhur di serata dunia.

Sebagai satu badan yang berperanan menerbit dan mencetak buku-buku berkaitan

dengan perkamusan dan sebagainya.

4.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan perkembangan bahasa Melayu yang menjadi medium

terbesar di dunia ini ialah kekuatan dan kesungguhan penggabungjalinan antara

11

Page 12: Assignmt Sej. Bmelayu

pertemuan bukti dan kemunculan pedagang serta penjajahan barat membentuk satu

warkah bukti kehebatan bahasa Melayu yang melalui zaman purba, kuno, klasik dan

moden. Diikuti dengan pengkaji-pengkaji sejarah yang menyusul galur di mana

permulaan bahasa Melayu ini bermula hingga menjadi medium yang terbesar dan

hebat.

Hingga kini bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa yang diguna pakai di

universiti-universiti sebagai bahan kajian baik di dalam dan di luar negara. Kesenian

bahasa dan tulisan yang klasik dan moden menjadikan bahasa Melayu begitu releven

dengan waktu dan peredaran tamadun manusia di dunia.

5.0 RUJUKAN

Awang Sariyan. (1996). Warna dan Suasana Perancangan Bahasa Melayu di

Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM.

Bab 1: Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM dan KBSR. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim et. al. (2009). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

S.Nathesan. (2014). Glosari Pendidikan. Kuala Lumpur: Percetakan Blue Bird Sdn.

Bhd.

12