assignment pendidkan ko kurikulum

20
Penghargaan Assalamualikum W.B.T dan salam sejahtera, tiada lafaz yang dapat diucapkan selain Alhamdulillah sebagai tanda syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini dan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Melalui pelaksanaan tugasan ini, pelbagai manfaat dan ilmu pengetahuan diperolehi. Walau bagaimanapun, tugasan ini tidak akan sempurna tanpa sokongan daripada semua pihak. Untuk itu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Rafiza binti Abdul Razak atas segala panduan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Tidak lupa juga, sekalung terima kasih saya ucapkan kepada keluarga dan teman-teman seperjuangan yang banyak membantu sama ada dalam aspek kewangan atau memberi sokongan padu dalam mencurahkan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya berharap tugasan ini akan menjadi pemangkin untuk saya terus berjaya. Sesungguhnya, ketahuilah bahawa hanya orang yang cemerlang sahaja tahu memanfaatkan ilmu pengetahuan sebagai panduan mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih....... _________________________________________________________ ____________1

Upload: ina7782

Post on 20-Jun-2015

952 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Penghargaan

Assalamualikum W.B.T dan salam sejahtera, tiada lafaz yang dapat diucapkan

selain Alhamdulillah sebagai tanda syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi,

kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan ini dan dapat

dilaksanakan dengan sempurna. Melalui pelaksanaan tugasan ini, pelbagai manfaat

dan ilmu pengetahuan diperolehi. Walau bagaimanapun, tugasan ini tidak akan

sempurna tanpa sokongan daripada semua pihak. Untuk itu saya merakamkan jutaan

terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Rafiza binti Abdul Razak atas segala

panduan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Tidak lupa juga, sekalung terima

kasih saya ucapkan kepada keluarga dan teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu sama ada dalam aspek kewangan atau memberi sokongan padu dalam

mencurahkan idea untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya berharap tugasan

ini akan menjadi pemangkin untuk saya terus berjaya. Sesungguhnya, ketahuilah

bahawa hanya orang yang cemerlang sahaja tahu memanfaatkan ilmu pengetahuan

sebagai panduan mencapai kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Sekian, terima kasih.......

_____________________________________________________________________1

Page 2: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Berdasarkan kenyataan akhbar di atas, ko-kurikulum telah diberikan perhatian

khusus dalam proses pemilihan untuk pengambilan ke varsiti. Oleh itu, sekolah-

sekolah perlu memberikan lebih penekanan untuk meningkatkan aktiviti

kurikulum. Bayangkan yang anda telah dilantik sebagai pegawai yang

bertanggunngjawab untuk aktiviti ko-kurikulum. Anda dikehendaki merancang

dan membentuk cara-cara mempertingkatkan aktiviti ko-kurikulum di sekolah

anda.

Soalan 1 :

Kenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

Menurut wikipedia, ko-kurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang

dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah

(kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan kemahiran serta nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah. Menurut Abu

Bakar(2007), kokurikulum merujuk kepada aktiviti dan pengalaman pendidikan yang

dilaksanakan di luar bilik darjah dan dilaksanakan secara tidak langsung atau tidak

formal. Aktiviti kokurikulum lebih menekankan nilai, bakat, peranan, kepimpinan,

sosial dan sebagainya. Aktiviti ini juga dikenali kurikulum tersembunyi. Kegiatan

kokurikulum memberi peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan pembelajaran

dengan lebih mendalam.

Diantara faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti ko-kurikulum di sekolah

adalah disebabkan minat dan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Pendidikan ko-

kurikulum terbahagi kepada tiga pecahan iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan

serta sukan dan permainan. Segala aktiviti yang dirancang boleh menbantu pelajar

meningkatkan prestasi di dalam pelajaran mereka. Selain itu juga, aktiviti yang

dijalankan mampu memberikan pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam

bilik darjah. Contohnya aktiviti Pergerakan Pakaian Seragam. Melalui aktiviti

pertolongan cemas, pelajar berpeluang untuk mencuba dan berpengalaman tentang

cara-cara memberi rawatan kecemasan. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan

rawatan yang pelajari dalam mata pelajaran Sains. Secara tak langsung, matlamat

kokurikulum untuk menyediakan pengalaman yang menyeluruh dan seimbang dengan

pendidikan formal itu tercapai.

_____________________________________________________________________2

Page 3: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Aktiviti perkhemahan juga memberi peluang kepada pelajar menggunakan

pengetahuan membaca peta (Geografi). Sejajar dengan matlamat kokurikulum untuk

meningkatkan disiplin pelajar aktiviti ini mampu melahirkan generasi yang berdikari,

semangat kembara, berani dan berikhtiar. Selain daripada perkhemahan, kawat kaki

juga mewujudkan disiplin dalam pasukan, semangat kerjasama, menurut perintah

serta melatih kepimpinan.

Secara amnya gerak kerja ko-kurikulum mempunyai matlamat yang tinggi

untuk melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri manusia yang berakhlak tinggi.

Bahas dan pidato memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran

bahasa dalam mematahkan hujah-hujah pihak lawan menggunakan fakta .Kuiz pula

mampu membantu murid untuk menambahkan pengetahuan mengenai pelajaran

berkaitan. Projek membuat kincir angin juga dapat menambahkan ilmu pelajar dalam

pelbagai mata pelajaran seperti Matematik, Fizik, danGeografi. Aktiviti-aktiviti

seperti ini dapat mengisi masa lapang pelajar dengan kegiatan yang berfaedah

disamping dapat menyediakan cendiakiawan muda ke pertandingan dan kejohanan

mewakili sekolah.

Ko-kurikulum sukan dan permainan merupakan kesinambungan daripada mata

pelajaran Pendidikan Jasmani yang merupakan mata pelajaran teras di sekolah.

Antaranya adalah olahraga dan bola sepak. Aktiviti ini dapat menimbulkan semangat

berpasukan persefahaman, ketabahan, ketangkasan, dan ketepatan dalam membuat

keputusan. Selain itu pelajar juga dapat menambahkan pengetahuan anatomi iaitu

berkenaan dengan sistem otot dan pembinaan otot yang kuat. Matlamat ko-kurikulum

untuk menyemai perasaan muhibah, perpaduan dan integrasi nasional dapat dipupuk

dikalangan generasi muda melalui ativiti-aktiviti seperti ini. Selain dari itu, aktivitti

khidmat masyarakat serta hobi dan reakrasi tergolong dalam aktiviti sukan dan

permainan. Pelajar didedahkan kepada aktiviti membaca, bersukan, bermain alat

muzik, menanam bunga, mengumpul setem, dan lain-lain lagi. Sekali gus dapat

menyemai semangat bermasyarakat dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Aktiviti-aktiviti seperti inilah yang dapat menonjolkan pelajar dengan sifat

kepimpinan, sahsiah, dan kemasyarakatan dikalangan pelajar.

Contoh aktiviti yang dapat memupuk pelajar ke arah menyumbangkan usaha

membina iklim, budaya agar pelajar dapat berasakan sekolah itu tempat yang menarik

dan menyeronokkan adalah seperti aktiviti yang berbentuk Sains Pertanian, Ekonomi

_____________________________________________________________________3

Page 4: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Rumah Tangga, Seni Lukis, Kemahiran Hidup dan Ceramah Motivasi berkaitan

pandangan dan pengetahuan berkaitan kerjaya. Aktiviti-aktiviti amal pula dapat

menyeimbangkan perkembangan intelek (akademik) dengan perkembangan jasmani,

rohani, dan emosi. Ini kerana aktiviti-aktiviti ini dapat melepaskan ketegangan

perasaan, emosi, kepenatan fisiologi yang dihadapi semasa belajar.

Jelaslah aktiviti ko-kurikulum yang dilaksanakan dapat membentuk pelajar

dari segi JERI sebagaimana yang dikehendaki Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bersesuaian dengan kehendak Menteri Pendidikan, untuk memilih pelajar yang aktif

ko-kurikulum untuk kemasukan ke universiti dan sekali gus memberikan kesedaran

kepada ibu bapa pelajar yang menganggap aktiviti ko-kurikulum tidak mendatangkan

kebaikan dan faedah kepada anak-anak mereka.

_____________________________________________________________________4

Page 5: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Dengan merujuk garis panduan bagi ko-kurikulum rendah atau sekolah-sekolah

menengah, kenal pasti aktiviti kurikulum dibentuk dalam sekolah. Senaraikan

sekurang-kurangnya lima kriteria utama yang turut menjadi keperluan untuk

penubuhan aktiviti kurikulum itu

Soalan 2:

Jelaskan prosedur-prosedur untuk menubuhkan komponen utama ko-

kurikulum. (dengan atau tanpa satu badan induk yang memerintah

penubuhannya).

Diantara komponen-komponen utama yang perlu dilaksanakan dalam

penubuhan ko-kurikulum adalah mewajibkan semua pelajar secara aktif menyertai

satu kelab atau persatuan, satu unit beruniform dan satu aktiviti sukan dan permainan.

Pihak sekolah juga perlu melibatkan pelajar secara aktif samada berkumpulan atau

berseorangan dalam semua gerak kerja ko-kurikulum. Selain itu, pihak sekolah perlu

merancang jangka pendek dan jangka panjang untuk sesuatu aktiviti yang hendak

dijalankan dengan teliti. Bagi melancarkan aktiviti dan kemajuan yang hendak

dicapai, semua gerak kerja perlulah dicatat dari masa ke semasa.

Selain daripada itu, pihak sekolah perlu memberi penghargaan kepada para

pelajar yang terlibat seperti penganugerahan tokoh pelajar aktif ko-kurikulum, dan

mengumumkannya di perhimpunan, majlis penyampaian sijil dan sebagainya. Pihak

sekolah juga perlu menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar (JBPS) untuk

mengadakan mesyuarat, laporan dan pengurusan fail. Setiap mesyuarat perlulah

mendapatkan khidmat ibu bapa dan masyarakat melalui PIBG bagi menggalakkan

penyertaan aktiviti PIBG terutama mendapatkan sokongan, latihan dan kewangan.

Pemilihan penasihat perlulah berdasarkan kelayakan guru-guru yang benar-

benar berminat dan mempunyai kelayakan dalam bidang ko-kurikulum tersebut.

Setiap guru penasihat perlulah menghadiri kursus atau latihan dalam gerak kerja ko-

kurikulum dalam bidang dan jenisnya. Langkah-langkah lain yang boleh diambil

untuk memantapkan lagi pelaksaan ko-kurikulum adalah menyediakan jadual untuk

setiap perjumpaan dan aktiviti yang dijalankan. Pihak sekolah juga perlu mengadakan

aktiviti-aktiviti seperti berbalas-pantun, kuiz, syarahan, keceriaan kelas, bercerita,

_____________________________________________________________________5

Page 6: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

membaca, sukan dan sebagainya. Setiap aktiviti perlulah didedahkan dengan

penyertaan dalam pelbagai peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah atau negeri.

Pihak sekolah juga selalu menghadapi masalah melalui kelengkapan peralatan yang

diperlukan untuk menjalankan aktiviti. Oleh itu pihak sekolah perlulah berusaha

untuk mendapatkan peralatan yang diperlukan samada dibeli atau mendapatkan

sumbangan dari pihak luar. Setiap peruntukkan yang didapati oleh pihak sekolah

perlulah diagihkan kepada setiap persatuan atau berpandukan kepada aktiviti yang

dilaksanakan oleh persatuan berkenaan. Pihak sekolah juga boleh menjalinkan

hubungan dengan pelbagai agensi untuk mendapatkan penajaan dalam sesuatu aktiviti

disamping membina permuafakatan yang sejagat. Selain itu, acara tahunan yang

dikemaskini dalam sistem rumah sukan perlulah dijadualkan mengikut aktiviti setiap

tahun.

Kesimpulannya, dalam melaksanakan aktiviti ko-kurikulum pihak sekolah

perlu memantau setiap peranan yang dimainkan oleh pihak guru, para pelajar dan

aktiviti yang dirangka untuk dilaksanakan. Pelbagai pihak perlu memberikan

perhatian dalam pelaksanaan ko-kurikulum di sekolah. Antaranya, pihak sekolah itu

sendiri perlu menyeimbangan perkembangan pelajar antara perkembangan rohani,

jasmani dan emosi. Selain itu sekolah memainkan peranan penting dalam mendidik

para pelajar dalam memajukan masyarakat. Masyarakat juga perlu bersama-sama

memainkan peranan dalam mendidik para pelajar. Pelajar juga perlu meyakini bahawa

setiap minat boleh digilap dan bakat juga boleh dimajukan. Tenaga pengajar pula

perlu menanamkan di minda mereka bahawa setiap pelajar boleh dididik dan boleh

pula mendidik diri sendiri dan rakan-rakan mereka.

_____________________________________________________________________6

Page 7: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Soalan 3:

Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil untuk

mengurangkan risiko setiap aktiviti kurikulum di bawah.

a) Hoki

Seperti permainan-permainan padang yang lain, umpamanya bola sepak dan

ragbi, hoki juga dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain

setiap pasukan. Salah satu peraturan yang penting dalam permainan hoki ialah

peralatan yang mengikut spekfikasi. Kecedaran dalam permainan hoki boleh

dikurangkan sekiranya hoki dimainkan di padang yang sesuai dan menggunakan

peralatan-peralatan betul.

Padang hoki merupakan peranan utama dalam permainan ini. Padang perlulah

rata dan saiznya perlulah sesuai. Jika padang terlalu sempit, pemain-pemain akan

bersesak-sesak dalam satu kelompok dan kemungkinan mereka tidak dapat

melakukan pergerakan yang diperlukan seperti melakukan hantaran bola serta

memukul bola kedalam gol. Sehubungan dengan itu, pergerakkan dan kemahiran-

kemahiran lain tentunya sukar dilakukan seperti menggelecek dan mencedok bola.

Sebaliknya jika kawasan padang permainan terlalu luas, keselesaan bermain dalam

satu kelompok akan terbantut. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran menghantar

bola kepada rakan sepasukan kerana kedudukan mereka diantara satu sama lain agak

jauh.

Mengikut spkfikasi yang ditentukan untuk kepanjangan dan kelebaran padang

hoki panjangnya 91.40 meter dan lebarnya 55 meter. Padang yang berbentuk segi

empat ini mempunyai permukaannya berbentuk rata dan mempunyai tanda-tanda

seperti yang diperlukan untuk permainan ini. Permukaan padang jenis rumput atau

lain-lain bahan yang tidak membahayakan boleh digunakan untuk pertandingan.

Permainan hoki yang dijalankan di atas padang jenis berumput tiruan atau astroturf

adalah lebih baik dari padang berumput biasa. Ini kerana diatas padang jenis tiruan

bola boleh bergerak dengan lebih lancar tanpa gangguan. Gangguan yang biasa

terdapat terdiri daripada takungan air atau rumput, terutama jika terdapat padang yang

berumput panjang.

_____________________________________________________________________7

Page 8: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Bola hoki juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan kecederaan.

Permukaan bola perlulah licin dan berat bola tersebut perlulah sesuai dalam

permainan ini. Ukur lilit bola hoki adalah 224 hingga 235 mm dan mempunyai berat

156 g hingga 163 g. Sekiranya bola hoki berada dalam keadaan tidak sesuai, ia akan

menyukarkan pemain menggelecek dan mengawal bola serta manghantarnya kepada

pemain lain.

Selain bola hoki, kayu hoki juga perlu diberi perhatian. Kayu hoki pada

kebiasaannya diperbuat daripada ash atau mulberry. Undang-undang hoki telah

menyatakan bahawa setiap pemain hendaklah menggunakan kayu yang mempunyai

permukaan rata dibahagian kiri. Oleh itu kayu hoki mengiri, untuk pemain kidal tidak

wujud dalam permainan hoki. Permukaan kayu hoki perlu licin dan tidak boleh

mengandungi tepi-tepi yang tajam. Penggunaan material logam adalah dilarang sama

sekali dalam pembinaan kayu hoki. Ini untuk mengelakkan Panjang kayu hoki adalah

bergantung kepada bentuk badan dan juga kedudukan pemain dalam permainan.

Sehubungan dengan itu, panjang kayu hoki adalah tidak selaras dengan ketinggian

seseorang pemain dalam permainan. Pada kebiasaannya panjang kayu hoki adalah

antara 0.89 meter hingga 0.94 meter dan beratnya ialah antara 510g hingga 624g

untuk wanita dan antara 510g hingga 732g untuk lelaki. Bagaimana pun kebiasaannya

kayu yang sering digunakan beratnya diantara 510g- 624g

Kayu hoki perlu disimpan di tempat yang berhawa sederhana serta kurang

lembap. Semasa menyimpan, kayu hoki perlu digosok dengan minyak untuk

menjauhkan daripada pecah. Kayu hoki yang pecah pada mana-mana bahagian tidak

digalakkan menggunakannya, kerana boleh mendatangkan bahaya kepada para

pemain.

Pemain hoki boleh memakai apa sahaja jenis kasut tetapi bergantung kepada

keadaan padang. Contohnya kasut yang ada tetungku getah sesuai dengan padang

hoki yang berumput. Kasut khas pula digunakan untuk bermain di atas permukaan

sintetik kerana ia kasut jenis ini mempunyai cengkaman yang baik, dan membenarkan

pemain menukar arah dengan cepat tanpa tersekat. Kasut yang mempunyai tungku

tajam atau kasut yang mempunyai paku atau spikes tidak dibenarkan kerana ia

mendatangkan bahaya kepada pemain.

Penjaga gol mesti dilindungi dengan baik dan mesti memakai perlindungan

badan yang sesuai. Pasukan lawan yang menghantar bola ke pintu gol akan cuba

merembat bola sekencang yang mungkin untuk mendapatkan gol. Penjaga perlu

_____________________________________________________________________8

Page 9: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

memakai ped di kaki dari pergelangan kaki sehingga paras lutut. Ped mestilah ringan

untuk membantu pergerakan penjaga gol. Sarung tangan penjaga gol diperbuat

daripada kulit dan plastik. Sarung tangan tersebut perlu lembut supaya penjaga gol

dapat memegang kayu hoki dengan padu. Ia berfungsi untuk melindungi tangan dan

memberi keyakinan kepada penjaga gol untuk menahan bola.

Selain itu, alatan lain yang perlu adalah pelindung dada, pelindung bahu,

penutup muka, pelindung mulut, seluar berped, pelindung mulut dan kemola untuk

penjaga gol lelaki. Bola yang laju jika terkena dada, perut dan hati boleh

menyebabkan kematian. Pelindung badan dan bahu untuk melindungi tubuh badan

dan dipakai di bawah jersi penjaga gol. Pelindung mulut pula bertujuan untuk

melindungi mulut dan gusi daripada cedera. Pelindung muka adalah wajib bagi

penjaga gol kecuali semasa penalti dan ia bertujuan melindungi muka, kepala dan

kerongkong. Bagi memudahkan penjaga gol melungsur di atas permukaan gelanggang

sintetik ia perlu memakai seluar yang mempunyai ped.

b) Bola sepak

Bola sepak merupakan sukan yang amat popular di amta dunia. Permainan ini

merupakan aktiviti fizikal yang mewujudkan persaingan antara kumpulan. Bola sepak

adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi

11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan

menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran

bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol.

Dalam permainan ini pemain menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain

dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang

bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan

menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pelbagai langkah-langkah keselamatan diwujudkan dalam permainan ini.

Seseorang pemain tidak dibenarkan menggunakan atau memakai sebarang peralatan

berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk barang kemas).

Pemain dikhuatiri tercedera sekiranya berlanggaran diantara satu sama lain.

Contohnya pemain yang memakai jam ketika bermain bola sepak boleh menyebabkan

kecederaan pada orang lain sewaktu cuba menerjah pihak lawan bagi menjatuhkan

bola pihak lawan. Selain itu, pemain juga perlu memakai stokin, alas kaki,kasut dan

shinguard(pelapik) untuk keselamatan. Pemain boleh mengurangkan risiko

_____________________________________________________________________9

Page 10: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

kecederaan otot pada pergelangan kaki dan sekaligus dapat mengelakkan kecederaan

pada kaki dengan penggunaan shinguard. Shinguard perlulah diliputi stokin dan

dibuat dari bahan yang sesuai seperti getah, plastik dan bahan yang sama standard.

Penjaga gol perlulah memakai pelapik pada siku dan pinggul untuk mengelakkan

kecederaan semasa menepis bola yang laju menerpa ke pintu gol. Menangkap dan

menahan bola sering mengakibatkan kecederaan pergelangan tangan dan tangan serta

patah jari. Permukaan padang bola sepak juga perlu dititik-beratkan. Permainan bola

sepak boleh dimain di permukaan padang semulajadi atau padang tiruan. Keadaan

padang semulajadi yang kadangkala licin, berlopak atau berlubang-lubang boleh

menyebabkan kecederaan pada pemain sekiranya pemain jatuh atau tergelincir dan

boleh menyebabkan keretakan pada tulang.

c) Tennis

Antara langkah-langkah yang boleh mengurangkan risiko ketika bermain

tennis ialah menjaga peralatan tenis iaitu raket dan bola tenis. Bola tenis harus dijaga

dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering. Ini bagi mengelakkan bola

tersebut basah dan ia akan menyukarkan lantunan bola tersebut. Bola yang licin akan

menyebabkan pemain tidak dapat memberi pukulan yang tepat. Saiz raket merupakan

aspek yang paling penting dititikberatkan oleh pemain baru. Ini untuk mengelakkan

pemain dari tersalah memilih saiz dan berat raket. Tapak tangan pemain mungkin

akan melecet sekiranya memilih saiz raket yang terlalu besar untuk genggaman

tangan dan pemain juga akan berasa tidak selesa apabila menggunakan raket yang

berat dalam permainan. Penggunaan raket yang berat menyebabkan bahu pemain

terseliuh. Pemain juga perlu mengetahui teknik-teknik yang betul dalam melambung,

memukul dan memegang bola. Sekiranya pemain tersalah melakukan pukulan

pukulan kilas dan pukulan deras atau kencang, kemungkinan pemain akan mudah

mengalami kecederaan seperti kecederaan otot terutama bahagian belakang.

Gelanggang tenis juga perlu dalam keadaan yang bersih dan tidak licin.

Sekiranya gelanggap basah atau ada takungan air, ia perlu dilap dahulu bagi

mengelakkan kecederaan kepada pemain sekiranya pemain terjatuh.

_____________________________________________________________________10

Page 11: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

d) Renang

Langkah pertama sekali untuk seseorang individu belajar berenang ialah

mengawal perasaan. Perenang sepatutnya perlu aktif, menganggap ia sesuatu yang

menyeronokkan serta menganggap aktiviti ini merupakan satu pengalaman yang

menarik. Pelatih tidak seharusnya terburu-buru mengajar perenang yang baru belajar

ke peringkat yang lain. Ini disebabkan perenang tersebut perlu menyesuaikan dirinya

dulu dengan air di mana mereka akan tahu apa yang tubuh badan mereka mampu

lakukan.

Selain dari itu, terdapat beberapa faktor yang perlu diikuti oleh seorang

perenang. Faktor-faktor tersebut ialah mengethui suhu air yang sesuai untuk belajar

berenang. Jika suhu air tidak sesuai dan deras, perenang mungkin tercungap-cungap

untuk mengawal pernafasan dan ia akan membahyakan diri perenang. Perenang juga

perlu biasakan diri dnegan persekitaran dan mengatahui ukuran kolam yang hendak

direnang samada kawasan cetek atau kawasan dalam. Perenang juga tidak digalakkan

berenang selepas pengambilan makanan berat. Perenang juga tidak digalakkan

berenang seorang diri untuk mengelakkan bahaya yang tidak diingini dan sukar untuk

memohon pertolongan.

Antara peralatan yang boleh membantu perenang untuk berenang adalah

gogel. Peralatan ini mampu menghindari perenang dari mata menjadi merah akibat

terkena air, sakit mata, dan mengelak bahan kimia(clorine) dalam air kolam

memasuki mata. Perenang juga boleh menggunakan snorkel bagi membantu perenang

untuk melatih teknik pernafasan. Penggunaan tali pinggang apung keselamatan

digunakan oleh perenang untuk menambahkan keyakinan dan keselamatan semasa

berada di kawasan air yang agak dalam. Tali pinggang apung itu hendaklah cukup

besar saiznya untuk membolehkan perenang kekal terapung hingga ke aras dagu.

Perenang yang agak sukar terapung memerlukan tali pinggang apung yang lebih kecil

semasa menjalani beberapa kemahiran pertama.

Papan keribas dan pelampung kaki adalah alat yang sama di kebanyakan

kolam. Peralatan ini memudahkan anda untuk bergerak Sirip kaki dipakai untuk

menambah daya kayuhan ketika menyelam. Pendayung tangan dan sarung tangan

berselaput pula digunakan untuk mempelajari cara mendayung. Sama ada untuk

tujuan skuba atau snorkeling, topeng muka diibaratkan jendela kepada dunia bawah

air yang membolehkan penyelam menikmati pemandangan dengan jelas.

_____________________________________________________________________11

Page 12: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

e) Golf

Menurut wikipedia, Golf merupakan satu bentuk permainan yang

menggunakan pelbagai jenis peralatan termasuk set kayu pemukul, besi-

besi(iron), dan putters dan alatan tersebut digunakan untuk memukul bola ke

setiap lubang di padang golf dalam jumlah pukulan terendah.

Beberapa ciri keselamatan yang perlu diambil perhatian dalam

permainan ini adalah dari segi peralatan yang digunakan. Setiap iron diberikan

nombor yang berbeza, setiap nombor memberi makna semakin besar

nombornya maka bukaan clubface juga akan terbuka dan panjang shaft juga

akan lebih pendek. Pemain perlu tahu size kepanjangan kayu pemukul yang

bersesuaian dengan jarak yang hendak dipukul. Setiap pukulan kadangkala

menyebabkan kerosakan atau kecacatan pada permukaan pukulan leret atau

“green” yang disebabkan kesan-kesan bola golf. Setiap lubang berpasir perlu

diratakan bagi menggantikan tanah rumput yang rosak. Ini bagi mengelakkan

kerosakan pada kayu golf dan sekiranya ia terpatah mungkin boleh

mencederakan diri.

Selain itu pemain perlu memakai kasut golf yang telah dikhaskan. Ini

bagi melatih dan membiasakan pemain dalam pergerakkan kaki(footwork) dan

pengawalan berat(weight) pemain ketika membuat pukulan. Kasut sukan biasa

tidak mampu untuk menyokong pemain kerana ia mempunyai pelbagai

permukaan berbanding dengan kasut golf yang direka untuk khas

permukaannya. Pelbagai jenis kasut golf yang dicipta khas untuk seperti kalis

air, spikes dan kulit lembut atau keras. Pemain perlu pandai menyesuaikan

kasut tersebut dengan padang. Ini kerana sekiranya pemain memakai kasut

jenis lembut dan kurang dari segi sokongan berkemungkinan pemain boleh

terjatuh apabila berada di kawasan curam dan tidak rata.

Sarung tangan juga amat penting dalam permainan ini. Pemain yang

mudah berpeluh digalakkan menggunakan sarung tangan. Sarung tangan ini

memiliki permukaan yang lembut. Sarung tangan ini dapat menyerap peluh

dan mengurangkan geseran ketika membuat pukulan serta memberi

genggaman yang baik kepada iron. Sarung tangan ini direka khas untuk

melindungi bahagian utama tapak tangan yang menggenggam iron. Secara tak

_____________________________________________________________________12

Page 13: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

langsung sarung tangan ini dapat mengelakkan permukaan tapak tangan

daripada melecet.

_____________________________________________________________________13

Page 14: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Kesimpulan

Secara keseluruhan, aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada

kurikulum sekolah dimana semua pelajar wajib melibatkan diri. Pelajar harus dididik

dengan pelbagai ilmu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi jasmani,

emosi, rohani dan intelek. Aktiviti ko-kurikulum menyemai pelajar bersikap muhibah,

bekerjasama, mewujudkan perpaduan dan integrasi dikalangan generasi muda. Selain

itu juga, aktiviti ko-kurikulum menyeimbangkan perkembangan intelek (akademik)

dengan perkembangan jasmani, rohani dan emosi. Aktiviti ko-kurikulum yang sihat

juga boleh mengelakkan masalah sosial dikalangan remaja khususnya pelajar-pelajar

sekolah.

Melalui tugasan ini saya dapat mengenal pasti setiap peralatan yang digunakan

dalam aktiviti dan permainan hoki, bola sepak, renang, tenis dan golf. Selain itu juga

pelbagai langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum memulakan permainan.

Pemain juga perlu menggunakan peralatan yang lengkap untuk mengelakkan sebarang

bentuk kecederaan.

_____________________________________________________________________14

Page 15: Assignment Pendidkan Ko Kurikulum

Rujukan

1) Shaifol Bahary Sulaiman & Hasnul Faizal Husnin Amri (2007), Pendidikan

Kokurikulum: Kuala Lumpur: Penerbit Meteor Doc. Sdn. Bhd.

2) Mohd Amin Mohamad & Noor Faiezah Yaakup (2009) Managing Academic

and Co-Curriculum Achievement.

3) Abu Bakar Mohd Husain (2006/2007), Kedudukan Kokurikulum Di

Sekolah. Web: http://pkukmweb.ukm.my/~myahya/ISGOF95.htm

Date Retrived (12 November, 2009)

5) http://pengadilfam.blogspot.com/2009/01/undang-undang-4-alatan-

pemain_27.html

(Date retrived : 12 November 2009)

4) http://bobezani.tripod.com/tenis.htm

(Date retrived : 12 November 2009)

5) Sekolah. Web: http://pkukmweb.ukm.my/~myahya/ISGOF95.htm

Date Retrived (12 November, 2009)

_____________________________________________________________________15