assignment kokurikulum 2013

22
HBEF2703 KO-KURIKULUM 1.0 Pengenalan Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropah Selatan semasa separuh abad kedua pada abad yang ke-15 selepas ianya berubah daripada permainan asal lamanya di India yang sama. Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab- kelab catur, dalam talian, surat menyurat, dan di dalam pertandingan. Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria, dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki. Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari 1

Upload: tondutosuau

Post on 14-Aug-2015

138 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

assignment

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

1.0 Pengenalan

Catur adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdayasaing yang dimainkan di antara

dua pemain. Bentuk permainan terkini timbul di Eropah Selatan semasa separuh abad kedua pada

abad yang ke-15 selepas ianya berubah daripada permainan asal lamanya di India yang sama.

Sekarang, permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh

jutaan manusia di seluruh dunia semada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian, surat

menyurat, dan di dalam pertandingan.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih berganti

warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada dekat-lapan sudut

apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan dengan 16 catur di mana boleh

gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan, jarak terhad) dan boleh mengeluarkan

lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan pemain terdiri daripada lapan bidak, dua satria,

dua gajah, dua tir, satu menteri dan satu raja. Semua kepingan boleh mengeluarkan kepingan

pihak lawan dengan mendarat pada ruang yang mereka duduki.

Satu pemain mengawal kepingan putih dan pemain lain mengawal kepingan hitam; pemain yang

mengawal putih selalunya pemain pertama untuk gerak. Dalam catur, apabila pemain raja adalah

secara terus diancam dengan tangkapan oleh satu atau lebih dari kepingan pihak lawan, pemain

ini dikatakan ke dalam check atau syahmat. Bila dalam syahmat, hanya gerakan yang boleh

mengelakkan syahmat, sekat syahmat, atau mengambil kepingan pihak lawan adalah dibenarkan.

Objek permainan ini adalah untuk syahmat pihak lawan; ini berlaku apabila pihak lawan raja

adalah dalam check, dan tiada gerakan boleh dibuat yang bakal mengelakkannya.

1.2 Asal usul catur

Banyak negara mendakwa merekalah merupakan negara asal catur dalam bentuk yang tersendiri.

Walau bagaimanapun, ahli sejarawan berpendapat bahawa catur sebenarnya berasal dari Iran

purba, ia menjangkau termasuklah dunia purbakala termasuklah India (dulu dikenali sebagai

Hindustan), Pakistan dan Afghanistan adalah beberapa negara diberikan sebagai contoh.

1

Page 2: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

2.0 Latar belakang / Sejarah persatuan

Kelab Catur Sekolah Menengah St. Michael, Penampang (SMSM) telah ditubuhkan beberapa

tahun yang lalu. Seiring penubuhannya adalah bermatlamatkan untuk melahirkan pelajar sekolah

yang mempunyai kemahiran dalam permainan catur dan sekaligus dapat menjadi pelapis yang

boleh mewakili sekolah ke peringkat daerah

Kelab Catur turut memberi peluang kepada pelajar untuk memupuk kemahiran bermain catur

melalui program Pertandingan Catur peringkat sekolah serta mengadakan sesi latihan pada

waktu-waktu yang telah ditetapkan.

Kelab Catur Sekolah Menengah St. Micheal, Penampang dibuka kepada semua pelajar daripada

tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Aktiviti ataupun perjumpaan Kelab Catur sering diadakan pada

hari Ahad untuk dua minggu sekali. Setiap tahun, terdapat ahli kelab yang berjaya mewakili

sekolah di peringkat daerah dan negeri.

 

2.1 Struktur Organisasi Kelab Catur 2013

Penaung      : En. Dennis Gompion

Penasihat  : En. Guradita Singh

                        : En. Azman Adnan

                        : En. Sairi Jasman

Penyelaras  : Cik Siti Aminah Jambul

Ahli jawatankuasa Pelajar :

Pengerusi : Gilliian Steffy George ( 5 PA1 )

Naib Pengerusi : Jonathan Yii ( 5 PA1 )

Setiausaha : Zuraidah Paiman ( 5 Sains )

2

Page 3: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

Naib Setiausaha : Suzana Francis ( 5 PA1 )

Bendahari  : Meszura Sirat ( 5 PA1 )

Wakil Tingkatan 5 : Mohd. Hasri Taruddin ( 5 PD 2 )

                                : Norhailiza Amir Khan ( 5 Sains )

Wakil Tingkatan 4 : Iswansah Anifah ( 4 Sains )

                                : Suhaida Basar ( 4 PA2 )

Wakil Tingkatan 3 : Isrizat Taib Mahmud ( 3 BEST )

                                : Roziyana Haron Jamalul ( 3 YKN )

Wakil Tingkatan 2 : Khairul Nizam Ibrahim ( 2 ADL )

                                : Afida Abu Talib ( 2 ADL )

Wakil Tingkatan 1 : Rizwan Saharun ( 1 BEST )

                                : Norhana Mohd. ( 1 YKN )

3

Page 4: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

3.0 Aktiviti yang dirancangkan sepanjang tahun :

BIL AKTIVITI YANG DIRANCANG TARIKH

1 Pertandingan Terbuka Catur Peringkat Sekolah. 13 Mac 2013 -01 April 2013

2 Pertandingan Persahabatan Catur Antara Sekolah. Sekitar April dan Mei 2013

3 Latihan permainan secara intensif dua minggu sekali. Sepanjang tahun

4 Pertandingan Menghasilkan set permainan catur tercantik. Jun 2013

5 Menghantar peserta menyertai Pertandingan Catur ke peringkat daerah Peenampang ( MSSD ).

02 – 04 Julai 2013

6 Mengadakan lawatan ke sekolah berasrama penuh di Kota Kinabalu dan mengadakan perlawanan persahabatan.

Sekitar Ogos 2013

7 Mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan dan Terengganu ( Usahasama dengan Kelab lain ).

Sekitar November 2013

4

Page 5: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

4.0 PROGRAM TAHUNAN KELAB PERMAINAN 2013

KELAB CATUR

1. PROGRAM : Pertandingan Catur Antara Sekolah ( SMSM vs SMK Bahang, Penampang)

2. MATLAMAT : Melahirkan pelapis pemain catur sekolah untuk ke peringkat yang lebih

tinggi.

3. AKTIVITI : Pertandingan mengikut kategori iaitu :

i. Lelaki dan perempuan bawah 18

ii. Lelaki dan perempuan bawah 15

iii. Lelaki dan perempuan bawah 13

4. OBJEKTIF : 4.1  Melatih dan mendedahkan pelajar dengan sikap yakin bermain catur

dengan pelajar sekolah lain.

                          4.2  Memberi peluang kepada pelajar untuk menguji kemahiran dan

ketangkasan minda.

               4.3   Melahirkan pelapis pelajar yang boleh mewakili sekolah dalam

Kejohanan Catur Daerah.

5. TARIKH & J/MASA : 18 April 2013

6. SASARAN : Ahli Kelab Catur SMST dan pelajar yang berminat dengan permainan ini.

7. ANGGARAN KOS : RM 50.00

- Hadiah dan cenderamata

- Sijil

5

Page 6: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

8. SUMBER KOS : Yuran pendaftaran - RM 3.00 seorang

9. SUMBER TENAGA : Guru Penyelaras Kelab Catur SMSM dan Guru Penyelaras Kelab

Catur SMK Bahang

10. KAWALAN DAN : Guru Penyelaras Kelab Catur

PENYELIAAN

11. PENILAIAN :

11.1 PENILAI : Guru Penyelaras Kelab

11.2 KUANTITI : Kehadiran Kelab Catur & peserta pertandingan

11.3 KUALITI : Pemain mengetahui kaedah dan teknik yang sesuai dalam permainan catur dan

dapat membina keyakinan diri ketika bermain.

6

Page 7: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

5.0 PELAN TINDAKAN PROGRAM TAHUNAN

PELAN TINDAKAN PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH SMSM vs SMK BAHANG 2013

TARIKH AKTIVITI PERSONALIA/TINDAKAN SUMBER CATATAN

06.04.2013 Perbincangan dengan Setiausaha Kokurikulum tentang cadangan untuk mengadakan Pertandingan Antara Sekolah (SMSM vs SMK Bahang )

Guru Penyelaras Kelab - -

07.04.2013 Perbincangan dengan GPK HEM tentang cadangan untuk mengadakan Pertandingan Catur Antara Sekolah

Guru Penyelaras Kelab - -

09.04.2013 Melantik AJK Program Pertandingan di kalangan ahli Kelab Catur dan memilih pemain berdasarkan keputusan pertandingan terbuka catur.

Guru PenyelarasKelab

- -

12.04.2013 Menyerahkan kertas kerja kepada GPK HEM untuk disemak .

Guru PenyelarasKelab

Kertas -

13.04.2013 Menulis surat kepada Guru Penyelaras Kelab Catur SMK Bahang untuk pernyataan program ini.

Guru Penyelaras Kelab Kertas Menghadkan penyertaan(16 lelaki dan 12 perempuan)

20.04.2013 Cadangan mengadakan pertandingan dijangka menerima respons daripada SMK Bahang.

Guru Penyelaras Kelab Catur Kertas -

7

Page 8: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

21.04.2013 Mengadakan perjumpaan dengan AJK Kelab Catur dan berbincang tentang perjalanan program.

AJK Kelab Catur, peserta dan Guru Penyelaras Kelab

- -

23.04.2013 Maklum balas tentang ketetapan tarikh dan jumlah pemain dijangka diterima daripada SMK Bahang.

Guru PenyelarasKelab

Kertas Yuran pendaftaran

RM 3.00 seorang.

25.04.2013 Mengadakan pra-latihan dan semi latihan permainan catur di kalangan peserta pertandingan.

Guru PenyelarasKelab dan peserta pertandingan

Set permainan

catur

-

28.04.2013 Menyerahkan surat jemputan kepada Pengetua SMSM.

Guru PenyelarasKelab

Kertas -

30.04.2013 Latihan permainan catur di kalangan peserta dan ahli Kelab Catur

Guru Penyelaras Kelab & peserta Set Catur & Kertas

-

02.05.2013 Pertandingan Catur Antara SMSM dengan SMK Bahang 

Guru PenyelarasKelab dan Ahli Kelab Catur

Set Permainan

catur & kertas

Pusingan pertama, suku akhir, ½ akhir

dan akhir

04.05.2013 Perjumpaan peserta pertandingan catur SMSM, ahli Kelab Catur dengan guru penyelaras untuk sesi post- mortem.

Guru Penyelaras Kelab dan Ahli Kelab Catur

kertas -

6.0 PERATURAN PERTANDINGAN CATUR

8

Page 9: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

1 UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR

Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijalankan dengan menggunapakai Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa ( Federation Internationale Des Echecs – FIDE) dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.

2 JENIS PERTANDINGAN

2.1 Kategori Individu

2.1.1 Lelaki, perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2 Lelaki, perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.3 Lelaki ,Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.2 Kategori Berpasukan

2.1.1 Lelaki, perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2 Lelaki, perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.3 Lelaki ,Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

3 PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1 Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:-

Bil Kategori Individu Berpasukan JUMLAH

3.2.1 Lelaki berumur 18 tahun dan ke 6 Semua 6

9

Page 10: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

bawah

pemain individu ialah pemain berpasukan

3.2.2Perempuan berumur 18 tahun dan ke bawah

6 6

3.2.3Lelaki berumur 15 tahun dan ke bawah

6 6

3.2.4Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah

6 6

3.2.5Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah

6 6

3.2.6Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah

6 6

4 SISTEM PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori.

4.2 Pertandingan Kategori Individu.

Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus.

4.2.1 Susunan Pemain (Ranking)

Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian/ranking pemain dalam sekolah masing-masing.

4.2.2 Pemain Penggenap

Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salah seorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaan

10

Page 11: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

sekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.

4.2.3 Jumlah Pusingan

Jumlah pusingan permainan ditetapkan seperti berikut:

Bilangan Penyertaan Bilangan Pusingan

8 – 16 pemain 5

17 – 32 pemain 6

33 – 64 pemain 7

65 – 128 pemain 8

4.3 Pertandingan Kategori Berpasukan

Pertandingan Kategori Berpasukan tidak dijalankan secara khusus, tetapi semua pemain kategori individu adalah juga pemain kategori berpasukan. Ini bermaksud mata yang diperolehi oleh keempat-empat pemain dalam pertandingan kategori individu, dikumpulkan dan dijadikan mata kategori berpasukan.

5 TEMPOH BERMAIN

5.1 Tempoh permainan semua kategori bagi setiap pemain ialah 45 minit.

5.2 Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang atau kedua-dua pemain telah jatuh dengan sah.

6 KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

6.1 Mata.

11

Page 12: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

Pemain yang menang diberikan 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah. Pemain bye diberikan 1 mata.

6.2 Menentukan Keputusan Kategori Individu.

6.2.1 Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya.

6.2.2 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan.

a) Mata Solkoff / Buchholz

b) Mata Sonneborn-Berger

c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

d) Mata progresif / kumulatif

e) Number Of Wins

f) Individual encounter

Keputusan (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.

6.3 Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan

6.3.1 Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada JUMLAH MATA PENUH pemain individu setiap kategori. Penjumlahan

adalah berdasarkan kepada jumlah mata 4 pemain terbaik setiap kategori.

6.2.3 Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikut hendaklah digunakan.

a) Mata Solkoff / Buchholz

b) Mata Sonneborn-Berger

c) Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholz

d) Mata progresif / kumulatif

6.4 Menentukan Johan Keseluruhan.

12

Page 13: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

Penentuan adalah berdasarkan kepada pingat emas, perak dan seterusnya. Pasukan yang mempunyai jumlah pingat emas terbanyak akan dikira johan dan seterusnya.

7 HADIAH

Hadiah-hadiah disediakan oleh PPD GOMBAK seperti berikut:-

7.1 Hadiah Kategori Individu.

Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke lima. ( Top Five )

7.2 Hadiah Kategori Berpasukan.

Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga ke lima.

7.3 Johan Keseluruhan

Dua hadiah sahaja disediakan ( menengah dan rendah)

7.4 MENGIKUT KEPUTUSAN TERAKHIR PPD GOMBAK

8 PAKAIAN

8.1 Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah atau identiti pasukan masing-masing. Sekiranya tidak ada pakaian seragam sekolah atau identiti pasukan,maka baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan.

8.2 Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek , seluar jeans dan selipar adalah dilarang.

8.3 Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam sekolah atau identiti pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sopan.

8.4 Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata

hitam dan sebagainya.

9 DEWAN PERMAINAN

13

Page 14: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

9.1 Dewan Pertandingan

Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan.

9.2 Sempadan Kawasan Permainan

Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling kawasan permainan.

9.3 Meja dan kerusi

Meja yang sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur, jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan negeri dan perlu ada ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa perlu disediakan memandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklah disusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategori lelaki dan sebelah lagi untuk kategori perempuan.

9.4 Meja Pengurusan Pegawai Pertandingan

Meja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan.

9.5 Pembesar suara

Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa.

10 ALATAN

10.1 Buah Catur

Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm – 10.5 cm.

10.2 Papan Catur

Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm.

10.3 Jam catur berbendera sama ada yang menggunakan spring atau bateri boleh digunakan.

14

Page 15: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

10.4 Seandainya ada pihak sekolah yang gagal membawa alatan mengikut standard yang ditetapkan, pihak penganjur akan mengenakan penalti sebanyak RM20 setiap unit bagi menampung kos sewaan alatan dengan pihak luar.

11 MENARIK DIRI

Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

12 BANTAHAN

Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

13 JURI RAYUAN

Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

14 LEMBAGA TATATERTIB

Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

15 MAJLIS RASMI

Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

16 KESELAMATAN

Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

17 PENYALAHGUNAAN DADAH

Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

18 KENYATAAN AKHBAR

Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

19 PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Rujuk Peraturan 19, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

Rujukan

15

Page 16: Assignment Kokurikulum 2013

HBEF2703 KO-KURIKULUM

Chernev. Irring. 1957. Logical Chess, More by More. Simon and Schuster: New York

Horowitz. 1.A. 1960. Chess For Beginers. Simon and Schuster: New York.

Horowitz.1.A. 1979. How To Think Ahead In Chess . Simon and Schuster: New York.

Mc Leod, William T. 1987. Chess For Young Beginers .Collin: Paris.

Nigel. 1989. Short's Chess Skills. Hamlyn : London.

Pandilifini, Bruce . 1989. Chess Opening. A Fireside Book: New York.

Pandolfini, Bruce . 1986. Let's Play Chess . A Fireside Book New York.

xlawsknowledges.blogspot.com › Sejarah

ms.wikipedia.org/wiki/Pembukaan_catur

prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catur

16