assignment e book

11
Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105) i PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin dan hidayahNya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tabiin. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu Puan Rosnah binti Ahmad Zain dan Puan Mutia Sabihah binti Mohd Asri, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan bagi memantapkan lagi tugasan ini serta membimbing saya sehingga tugasan selesai. Saya berdoa semoga Allah akan membalas segala bantuan yang telah beliau berikan. Segala jasa baik yang dicurahkan tidak akan dilupakan sepanjang hayat. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang banyak membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan dan tolak ansur kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini. Semoga jasa baik kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah S.W.T Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam menyelesaikan tugasan ini. Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan dalam menjayakan tugasan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dan keberkatan dari Allah Taala. Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat memberikan ilmu dan dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja. Terima kasih.

Upload: lidiarahaza-damha

Post on 31-Jan-2016

245 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Assignment e Book

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

i

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan izin dan

hidayahNya saya diberi kemampuan untuk menyiapkan kerja kursus bagi Program

Pensiswazahan Guru Semester 4 bagi subjek Teknologi Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran (EDU 3105) ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad S.A.W serta para sahabat dan tabiin.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

pensyarah iaitu Puan Rosnah binti Ahmad Zain dan Puan Mutia Sabihah binti Mohd

Asri, di atas bimbingan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan bagi memantapkan

lagi tugasan ini serta membimbing saya sehingga tugasan selesai. Saya berdoa

semoga Allah akan membalas segala bantuan yang telah beliau berikan. Segala

jasa baik yang dicurahkan tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang

banyak membantu dan amat memahami serta telah memberikan sokongan, bantuan

dan tolak ansur kepada saya sepanjang menjalankan dan menyiapkan kerja kursus

ini. Semoga jasa baik kalian semua akan dilimpahi dengan pahala dan rahmat Allah

S.W.T

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan

seperjuangan di kelas PPG MT4.09 ini dan juga rakan-rakan di SK. Taman Maluri

serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam

menyelesaikan tugasan ini. Diharapkan segala usaha dan bantuan yang diberikan

dalam menjayakan tugasan ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dan

keberkatan dari Allah Taala.

Akhir kata, semoga Allah memberkati segala ilmu dan pengalaman yang

diperoleh sepanjang menjalankan kerja kursus ini. Semoga tugasan ini dapat

memberikan ilmu dan dapat dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja.

Terima kasih.

Page 2: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

ii

ISI KANDUNGAN

Penghargaan i

Kandungan ii

Rancangan Pengajaran Harian 1

Refleksi 4

Rujukan 8

Lampiran

Page 3: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh/ Hari : 02.09.2013 (Isnin) Masa : 60 minit

Kelas : 4 Bakti Bil. Pelajar : 34 orang

M/ Pel : Matematik

Tajuk : 8.0 Isi padu Cecair.

a) Menyukat isi padu cecair.

Objektif : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

i. membaca ukuran isi padu cecair dengan cara yang betul

ii. menyukat dan membanding isi padu cecair menggunakan unit

piawai

iii. menyatakan anggaran isi padu cecair dalam sesuatu bekas

Pengetahuan Sedia Ada : i) Menyukat air tanpa unit piawai.

ii) Murid sudah mengetahui unit Liter (ℓ) dan Mililiter (mℓ)

sebagai unit dalam isi padu cecair.

Konsep : 1000 bahagian daripada Mililiter (mℓ) adalah sama dengan 1 Liter (ℓ).

Bahan Bantu Mengajar : Botol Minuman, Tin minuman, E-Book Isipadu Cecair,

Tayangan Video dan Lembaran Kerja

Nilai : Bekerjasama, berbincang sesama rakan.

Kemahiran : Membanding beza dan menghubung kait.

Penerapan Nilai : Bekerjasama dan berhati-hati

Pendekatan/ Strategi/ Teknik : Main peranan berpusatkan guru dan murid.

Aktiviti kumpulan dan individu, Tunjuk cara dan

Teknik Penyoalan.

KBKK : Menjana Idea

Page 4: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

2

Langkah / Masa Isi

Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Sumber / Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

Bersoal jawab

1. Guru menunjukkan botol minuman kepada murid dan bersoal jawab tentang kandungan cecair yang di bawa.

2. Kaitkan dengan contoh-contoh lain seperti : kotak minuman, botol syampu,air tin.

KBKK Menjana Idea

Langkah 1

Pengembangan ( 10 minit )

Penerangan

Guru

Pengenalan Isi padu Cecair

1. Guru menerangkan tentang unit piawai untuk isi padu cecair.

2. Guru menerangkan tentang alat-alat yang digunakan untuk menyukat isi padu cecair.

3. Guru menunjukkan cara untuk menyukat isi padu cecair seperti dalam e-Book

4. Kemudian guru meminta murid menyatakan bacaan isi padu cecair bagi rajah yang ditunjukkan di dalam e-Book

5. Wakil murid menjawab.

Strategi / Teknik

Berpusatkan guru.

Sikap saintifik

dan nilai murni: Melibatkan diri

secara aktif .

BBMB Botol air

minuman, Bekas penyukat air.

Langkah 2

Pengembangan ( 20 minit )

Aktiviti Individu

Menulis Isi padu Cecair

Contoh :

1. Guru menerangkan cara untuk menulis isi padu cecair dengan menggunakan e-Book

2. Guru menerangkan kelebihan menggunakan unit ukuran piawai berdasarkan selingan video yang terdapat dalam e-Book

3. Guru menerangkan cara membuat pengiraan bagi menentukan bacaan yang tepat bagi sesuatu rajah yang ditunjukkan.

4. Kemudian guru meminta murid menyatakan bacaan isi padu cecair bagi rajah yang ditunjukkan di dalam e-Book

5. Wakil Murid menyelesaikan di hadapan kelas mengikut cara guru satu persatu.

Strategi / Teknik

Berpusat guru dan murid

Tunjuk cara

BBMB Slaid Power

Point

KBKK Menjana Idea

Page 5: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

3

Langkah / Masa Isi

Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Sumber / Catatan

Langkah 3

Pengukuhan ( 20 minit )

Aktiviti

Kumpulan dan Individu

1. Lembaran kerja a) berkumpulan b) individu

1. Guru mengarahkan murid kembali kepada kumpulan masing-masing.

2. Guru memberikan arahan dan murid mendengar dengan teliti.

3. Guru memberikan setiap kumpulan kertas yang mengandungi beberapa keping gambar dengan isipadu yang berbeza. (rujuk lembaran kerja 1 dan lembaran kerja 2)

4. Murid diminta menyelesaikan masalah tersebut dengan menukar unit isipadu cecair yang diminta di dalam soalan.

5. Kemudian kumpulan yang berjaya diminta mempersembahkan hasil kerja kumpulan di hadapan kelas.

6. Selepas itu guru memberikan latihan bertulis untuk menguji kefahaman murid secara individu. (buku teks)

7. Murid menyelesaikan soalan latihan yang diberikan oleh guru.

8. Guru membuat pemantauan dan memberi bimbingan kepada murid yang masih tidak boleh mengusainya

Strategi / Teknik

Main peranan berpusatkan murid secara kumpulan dan

individu. Sikap saintifik

dan nilai murni: Melibatkan diri secara aktif di

dalam kumpulan Dan berhati-hati

BBMB Kertas soalan

Lembaran Kerja,

Buku Teks

Penutup ( 5 minit )

Rumusan

1. Guru menyoal murid tentang perkara yang telah dipelajari

2. Guru membuat rumusan terhadap pembelajaran yang telah berlangsung.

Page 6: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

4

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmatnya,

akhirnya dapat juga saya menyiapkan satu tugasan yang telah diamanahkan kepada

saya ini. Tajuk tugasan ini adalah membina dan menyiapkan e-Book berdasarkan

sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Saya telah memilih tajuk Isi padu

Cecair tahun 4 di bawah kemahiran Menyukat dan Menganggar Isi padu Cecair.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

yang telah memberikan satu tugasan yang sangat menarik dan memberi impak yang

besar kepada diri saya dalam menyiapkan tugasan ini. Di sini saya ingin berkongsi

sedikit sebanyak tentang pengalaman manis dan getir yang saya hadapi serta

faedah-faedah yang saya peroleh melalui tugasan yang diberikan ini.

Tugasan yang diberikan ini adalah berbentuk buku elektronik atau lebih

dikenali dengan nama e-Book. Untuk pengetahuan semua, Electronic Book atau

e-Book ini adalah salah satu media elektronik yang digunakan untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Ia juga merupakan salah satu bahan bantu mengajar

(BBM) yang sangat berkesan dan mampu menarik minat pelajar untuk belajar di

dalam kelas. Dengan terciptanya e-Book ini, pengajaran dan pembelajaran menjadi

lebih berkesan dan boleh menarik minat pelajar untuk terus menumpukan perhatian

dan fokus di dalam kelas.

Untuk menghasilkan e-Book ini, ia memerlukan idea-idea yang kreatif bagi

menghasilkan satu produk yang menarik dan memberi manfaat kepada pembaca.

Proses bagi menyiapkan tugasan ini bermula dengan mengeluarkan dan

menghasilkan idea-idea yang bernas dan kreatif untuk menyediakan satu e-Book

yang berkesan dan bermanfaat kepada semua pelajar. E-Book yang dihasilkan

hendaklah selari dengan BBM yang digunakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

Semasa proses menyiapkan e-Book ini, kefahaman yang mendalam

terutamanya tentang bagaimana cara-cara membuat e-Book yang menarik amat

perlu. Oleh yang demikian, saya telah membuat penyelidikan secara mendalam dan

terperinci melalui internet dan laman-laman sesawang untuk mendapatkan

Page 7: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

5

maklumat tentang e-Book. Akhirnya, saya telah memahami apa yang dimaksudkan

dengan e-Book dan bagaimana untuk menghasilkan e-Book yang menarik. Daripada

hasil penyelidikan ini, ingin saya kongsi bersama tentang ilmu dan pengalaman yang

telah saya tempuhi ketika proses menyiapkan e-Book ini.

Maksud e-Book ialah salah satu buku elektronik dan ia merupakan bahan

“bacaan dalam konsep digital. Ia tidak dapat disentuh dan hanya boleh dilihat pada

skrin komputer.” Berbeza jika kita membaca buku yang biasa, kita dapati ia terdiri

dari helaian kertas yang mengandungi teks dan gambar malah kita boleh memegang

dan merasai kualiti buku tersebut. E-Book adalah sama dengan buku yang

mengandungi gambar dan teks. Jika kita melihat fenomena masa kini, e-Book

merupakan antara trend masyarakat hari ini untuk membaca bahan ilmiah dan

mendapatkan sumber maklumat. Ia boleh dimuat turun ke dalam komputer, gajet

elektronik seperti Kindle, Tablet dan telefon Pintar.

Hari ini, semakin ramai penulis menulis dan menerbitkan e-Book dalam

bahasa Malaysia dan dipasarkan di Internet. Antara rekod jualan e-Book ialah, e-

Book berkaitan kerjaya, berjaya dijual sebanyak 2000 lebih unit dalam masa 8 hari

sahaja dan penerbit berjaya menghasilkan jualan kasar mencecah RM150,000.00.

Terdapat berbagai-bagai format untuk menghasilkan satu buku elektronik

yang popular. Antaranya ialah dengan menggunakan format teks, Portable

Document Format (pdf), Joint Photographic Experts Group (jpeg) dan HyperText

Markup Language (html). Format-format tersebut memiliki kelebihan dan kekurangan

masing-masing dan juga bergantung pada alat yang digunakan untuk membaca

buku elektronik tersebut.

Jika kita melihat pada zaman millenium yang serba canggih ini, semakin

ramai penulis buku menulis dan menerbitkan e-Book dalam bahasa Melayu dan

dipasarkan melalui Internet dan laman sosial. Terdapat banyak cara untuk

mendapatkan ilmu pengetahuan selain dari membaca buku, majalah dan surat

khabar. Oleh itu, pendekatan yang digunakan pada era ini adalah dengan

menggunakan komputer dan gajet elektronik yang senang untuk dibawa ke mana-

mana. E-Book merupakan salah satu cara bagi menyebarkan dan berkongsi ilmu

Page 8: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

6

pengetahuan dengan orang lain, dengan menggunakan laman sosial sebagai

medium utama.

Di antara faedah yang boleh kita dapati daripada penggunaan e-Book ini

adalah, ia mudah dan senang di bawa dan digunakan sebagai bahan bantuan untuk

mengajar kerana saiz dan ukurannya yang kecil jika dibandingkan dengan buku

konvensional. Ia juga memiliki ciri pencarian yang mudah, sehingga perkataan

dalam buku elektronik dapat dicari dengan cepat. Selain itu, ia juga boleh dimuat

turun dari laman sesawang atau e-mel ke dalam komputer dan boleh disimpan

dalam bentuk digital atau elektronik. Ia juga boleh disimpan di dalam CD, ‘thumb

drive’, ‘hard disc’ atau disket. Ini adalah kerana saiznya yang kecil dan mudah

dibawa ke mana-mana.

Di samping ia mudah dipindah alih dan senang dibawa ke mana-mana, ia

juga boleh dicetak untuk dibaca secara ‘offline’ serta dihantar melalui e-mel atau

dimuat naik ke laman sesawang. Bukan itu sahaja, e-Book juga boleh dilindungi

dengan kata laluan (password) malah ia boleh juga dijual secara atas talian. Fail

e-Book tidak boleh dibaca walaupun terlepas ke tangan orang lain malah ia tidak

boleh disalin sekiranya kita melindungi fail e-Book dengan kata lauan tertentu. Ia

milik kita dan pelanggan kita sahaja jika sekiranya kita adalah penulis dan penjual

e-Book tersebut.

Semasa proses menyiapkan e-Book “Menyukat dan Menganggar Isi padu

Cecair” ini, saya menitik beratkan tentang penghasilan isi kandungan yang

bersesuaian dengan tahap pemikiran murid-murid tahun 4. Jadi, pemikiran kreatif

dan kritis dalam menghasilkan idea-idea yang bernas dan menarik amat penting

bagi mencipta e-Book ini. Terdapat beberapa kesulitan semasa proses menyiapkan

tugasan ini, antaranya ialah memilih gambar yang menarik dan bersesuaian dengan

tajuk. Saya mengambil masa 3 hari untuk mencari dan mengumpul gambar-gambar

dari internet yang akan dimasukkan dalam e-Book ini. Kemudian saya mengambil

masa 3 hari lagi untuk menyusun gambar-gambar menggunakan perisian MS

PowerPoint dan menukarkannya kepada ‘portable document format’ atau pdf

sebelum dijadikan e-Book menggunakan perisian MartView.

Page 9: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

7

Alhamdulillah, masalah yang saya hadapi ketika menyiapkan tugasan ini telah

memberi saya pengalaman dan pengetahuan baru yang bermakna bagi membina

satu e-Book yang berkesan dan bermanfaat. Akhirnya saya dapat menyiapkan satu

buku yang berinformasi dan senang dibawa ke mana-mana untuk digunakan. Saya

yakin murid-murid akan lebih berminat dan memberikan sepenuh perhatian di dalam

kelas jika kita menggunakan e-Book sebagai salah satu bahan bantu mengajar

(BBM) dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini telah dibuktikan apabila saya sendiri

telah mencubanya di dalam kelas.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan e-Book sebagai BBM dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan impak yang sangat tinggi dan

faedah kepada guru dan pelajar. Sebagai guru di era negara sedang menghampiri

Wawasan 2020 dan dengan pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional

(PPPM) ini, kita perlulah kreatif dan mengikut arus kemodenan dalam mendidik

murid-murid dan pelajar-pelajar hari ini kerana ia dapat menghasilkan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan dan mampu mencapai objektif yang dirancang dan

diharapkan.

Page 10: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

8

RUJUKAN

1. http://www.formulaebook.com/apa-itu-ebook/

2. http://bisnesmeletop.blogspot.com/2012/02/apa-maksud-ebook.html

3. http://dotcomcell.com/kumpulan-artikel/2011/01/apa-itu-ebook-dan-cara-

membuat-ebook.html

4. http://layananebook.tripod.com/tentang_ebook.htm

5. http://myikhtiar.com/v2/blog/apa-itu-e-book/

6. http://prospekbisnisku.blogspot.com/2009/05/apakah-e-book-itu.html

7. http://perniagaan-internet-era-kini.jomaffiliate.net/produk-digital-ebook

Page 11: Assignment e Book

Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (EDU 3105)

9