e book mystery

27
Kelas Teknik Mystery ……Your Preferred Our Partner Confidential Mystery Signal Page 1 of 27 ISI KANDUNGAN Bahagian 1 Kata-Kata Aluan Asas Teknik Pasaran ( Market ) Isyarat ( Signal ) Bahagian 2 Penimbang Tara (Bias) Keutamaan Buy atau Sell Masuk Pasaran ( Entry Market) Kejayaan

Upload: nizam-zam

Post on 30-Sep-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teknik

TRANSCRIPT

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 1 of 27

    ISI KANDUNGAN Bahagian 1 Kata-Kata Aluan Asas Teknik

    Pasaran ( Market ) Isyarat ( Signal )

    Bahagian 2

    Penimbang Tara (Bias)

    Keutamaan Buy atau Sell

    Masuk Pasaran ( Entry Market)

    Kejayaan

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 2 of 27

    Bahagian 1

    Kata-Kata Aluan Salam sejahtera kepada yang telah membeli e-book ini, saya dengan rasa rendah diri ingin merakamkan jutaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan pada saya untuk menghasilkan E-book Teknik ini menjadi kenyataan seterusnya dapat digunakan sebagai panduan dalam bidang forex. Seperti yang kita sedia maklum bahawa saya sebelum ini telah memberi signal di carigold.com setiap hari trading dan signal tersebut mendapat sambutan yang hangat sehingga pelawat untuk forum tersebut telah mencecah 100,000 hanya dalam tempoh sebulan dan ini adalah satu rekod diluar jangkaan. Sebelum saya mengajarkan cara-cara untuk membuat signal, saya ingin mengambil kesempatan di sini kepada anda bahawa saya ingin meminta kerjasama anda untuk tidak membuat salinan e-book ini bagi tujuan perdagangan kerana e-book ini kini dalam proses copyright dan insyaallah setelah selesai urusan copyright ini saya akan cuba mempromosikannya agar e-book ini menjadi rujukan utama bagi mereka yang menceburi bidang forex. Oleh itu besar harapan saya agar e-book ini menjadi panduan yang mudah difahami dan sekaligus dapat membantu mereka yang ingin berjaya didalam bidang forex yang amat mencabar dan saya memerlukan doa dan sokongan anda agar usaha saya ini menjadi kenyataan di masa akan datang. Sekian, terima kasih.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 3 of 27

    Asas Teknik Langkah awal untuk membuat teknik signal ini ada beberapa perkara yang menjadi asas penting dan asas penting itulah yang perlu anda pelajari agar ianya dapat menghasilkan signal seperti yang saya poskan di forum http://www.carigold.com/portal/forums/ sila klik di Mystery Signal.

    Ada tiga (3) perkara asas bagi membuat signal dengan menggunakan teknik ini ;-

    1- Waktu Zon Pasaran (Time Zon)

    2- Candle Sticks dan Time Frame

    3- Pasaran Semasa (Current Market)

    Ketiga-tiga perkara di atas adalah asas penting teknik ini bagi menjana signal untuk menjadi panduan memasuki pasaran matawang.

    Disamping tiga asas penting tersebut ada juga tip-tip tambahan untuk menambah kemahiran anda dan juga panduan tambahan agar anda menjadi bertambah yakin bila memasuki pasaran matawang tersebut.

    Oleh itu saya akan menerangkan satu persatu cara dan bagaimana untuk membuat teknik ini dengan cara yang betul dan berkesan serta mudah difahami.

    Tiga asas penting yang saya sebut di atas adalah tonggak utama yang harus anda pelajari dengan baik dan langkah seterusnya saya terangkan di muka surat selanjutnya.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 4 of 27

    1- Waktu Zon Pasaran

    Waktu zon pasaran adalah asas yang amat penting sekali untuk membuat formula teknik ini kerana waktu urus niaga pasaran inilah yang akan menentukan halatuju yang nantinya dapat menjana signal.

    Untuk membuat teknik ini, maka saya terangkan di sini bahawa waktu urusniaga zon yang dikehendaki adalah 1/3 (sepertiga) dari 24 jam (sehari) pasaran matawang iaitu 8 jam sahaja.

    Untuk mengenal pasti zon mana yang dimaksudkan, maka Negara yang mula-mula membuka pasaran matawang adalah Australia dan di sini ianya saya namakan sebagai Waktu Zon Australia.

    Kenapa Australia dan kenapa tidak Amerika atau Britain ataupun Eropah ? Ini kerana Australia adalah negara yang paling awal sekali membuka pasaran matawang dunia iaitu seawal jam 5:00 pagi waktu Malaysia dan berakhir pada jam 1:00 petang waktu Malaysia

    Selepas saja pasaran matawang Australia dibuka, barulah ia disusuli oleh negara-negara yang lain seperti Jepun, Korea, China, Britain, USA dan negara-negara lain-lain.

    Oleh itu saya menitik beratkan di sini bahawa waktu zon Australia adalah asas yang terpenting sekali yang mana waktu zon Australia inilah intipati atau asas utama untuk menjana signal dengan menggunakan kaedah teknik ini.

    Untuk Waktu Zon Australia ianya dikira bermula dari jam 08:00 pagi hingga jam 4:00 petang waktu Australia (8jam) bersamaan jam 5:00 pagi hingga jam 01:00 petang waktu Malaysia dan ini adalah asas yang amat penting sekali.

    Sekali lagi diingatkan untuk Waktu Zon Australia ini sila pastikan ianya bermula jam 5:00 pagi waktu Malaysia hingga jam 1:00 petang waktu Malaysia dan bukannya waktu server broker anda.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 5 of 27

    Jika masa server broker anda menunjukkan jam 00:00 am dan jam tersebut itu bersamaan dengan pukul 5:00 pagi waktu Malaysia, maka jam 00:00 am tersebut adalah bersamaan waktu bermulanya urus niaga di zon Australia dan berakhir pada jam 8:00 am waktu server tersebut bersamaan pukul 1:00 petang waktu Malaysia yang mana ianya jam terakhir (8 jam) urus niaga pasaran matawang dalam Waktu Zon Australia.

    Walaupun masa urus niaga matawang di Australia mengambil masa 9 jam, tetapi teknik ini hanya memerlukan sepertiga (1/3) hari pasaran matawang iaitu 8 jam sahaja.

    Kesimpulan dari penjelasan saya di atas maka ditetapkan di sini bahawa waktu urus niaga pasaran matawang bagi zon Australia adalah dari jam 5:00 pagi hingga jam 1:00 petang waktu Malaysia.

    Kenapa saya memilih waktu Malaysia untuk watku urus niaga pasaran matawang zon Australia dan kenapa tidak mengikut masa sebenar Negara Australia ? ini kerana ianya ada 2 sebab iaitu;-

    1- Memudahkan anda untuk membuat formula teknik ini tanpa mengubah jam di PC anda mengikut jam negara lain dan cara ini juga memudahkan anda tanpa mengira perbezaan masa antara Negara.

    2- Masa news yang dikeluarkan di http://www.forexfactory.com/ adalah bersamaan dengan waktu Malaysia cuma perbezaannya adalah siang dengan malam dan sebagai contoh, sekiranya di http://www.forexfactory.com/ news keluar pada jam 8:30 am maka ia bersamaan dengan jam 8:30 malam waktu Malaysia dan anda tak perlu mengubah jam di PC anda.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 6 of 27

    Selepas anda faham berkenaan dengan waktu zon urusniaga pasaran matawang tersebut barulah anda boleh membuat formula teknik signal ini dengan langkah seperti berikut;-

    1- LELETAKKAN SATU GARIS TEGAK (VERTICAL LINE) PADA JAM 5:00 pagi WAKTU MALAYSIA TANPA MENGAMBIL KIRA WAKTU SERVER BROKER ANDA. (lihat gambar rajah 1)

    Contoh gambar rajah 1

    Gambar rajah di atas menunjukkan bermulanya pasaran matawang dunia dibuka yang mana ianya dimulakan oleh negara Australia.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 7 of 27

    2- LETAKKAN SATU LAGI GARIS TEGAK (VERTICAL LINE) DENGAN JARAK 8 JAM DARI MASA PASARAN DIBUKA IAITU PADA JAM 1:00 PETANG WAKTU MALAYSIA (lihat gambar rajah 2)

    Contoh gambar rajah 2.

    Rajah diatas menunjukkan dua garisan tegak yang mana garis pertama tepat pada jam 5:00 pagi waktu Malaysia dengan Candle Sticks (CS) terakhir sampai kepada jam 5:00 pagi waktu Malaysia.

    Garis tegak kedua pula tepat pada jam 1:00 petang waktu Malaysia dengan CS terakhir sampai kepada jam 1:00 petang waktu Malaysia.

    Nota: Pastikan jam anda tepat mengikut waktu Malaysia.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 8 of 27

    Setelah anda selesai meletakkan garis tegak (vertical line) seperti gambar rajah di atas pada area Zon Australia, maka langkah seterusnya ialah meletakkan garis melintang (horizontal line) pada paras harga tertinggi Waktu Zon Australia.

    Kemudian anda letakkan satu lagi garis melintang (horizontal Line) pada paras harga terendah Waktu Zon Australia. (lihat gambar rajah 3)

    Contoh gambar rajah 3

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 9 of 27

    Rajah di atas menunjukkan garisan berwarna hijau adalah paras harga tertinggi Zon Australia dan garisan bewarna merah adalah paras harga terendah Zon Australia.

    Mana-mana Candle Sticks (CS) yang paling tinggi dalam zon Australia sama ada CS bullish atau CS bearish maka ia adalah paras harga tertinggi dan mana-mana CS yang paling rendah dalam zon Australia sama ada CS bullish atau CS bearish maka ia adalah paras harga terendah zon Australia seperti yang ditunjukkan pada gambar rajah 3.

    Semakan.

    1- Pastikan garis tegak pertama diletakkan pada Candle Sticks terakhir dengan TF m15 tepat pada jam 5:00 pagi waktu Malaysia

    2- Pastikan jarak tempoh masa dari jam 5:00 pagi adalah 8 jam, dan ini bermakna ianya jam 1:00 petang waktu Malaysia.

    3- Pastikan garis tegak kedua tepat pada Candle Stiks terakhir dengan TF m15 tepat pada jam 1:00 petang waktu Malaysia.

    4- Pastikan jam anda atau jam di computer anda adalah tepat mengikut waktu Malaysia.

    Setelah anda memastikan kesemua langkah yang dibuat adalah tepat maka anda telah berjaya untuk langkah pertama untuk membuat signal dengan kaedah teknik ini.

    Nota :

    Kesemua gambar rajah yang disertakan mempunyai Candle Sticks bewarna biru dan merah, dimana biru mewakili Up Trend (UT) dan merah mewakili Down Trend (DT) .

    Bagaimanpun berkenaan warna tersebut ianya terpulang kepada anda, sama ada anda ingin menggunakan wara yang lain.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 10 of 27

    Langkah terakhir adalah membuat dua (2) garisan melintang (horizontal line) dengan bentuk terputus-putus dan garisan inilah yang disebut sebagai garis SIGNAL dengan cara seperti berikut ;-

    1- Letakkan garis putus-putus pertama 10 pips di atas garis tertinggi zon Australia dan garis ini disebut GARIS SIGNAL BUY.

    2- Letakkan garis putus-putus kedua 10 pips di bawah garis terendah zon Australia dan garis ini disebut GARIS SIGNAL SELL (lihat gambar rajah 4)

    Contoh gambar rajah 4

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 11 of 27

    Rajah di atas menunjukkan garisan putus-putus berwarna hijau dengan jarak 10 pips daripada garis paras tertinggi zon Australia adalah garis Signal untuk BUY, dan garisan putus-putus bewarna merah dengan jarak 10 pips daripada garis paras terendah zon Australia adalah garis Signal untuk SELL . 2- Candle Sticks dan Time Frame

    Untuk formula teknik ini, anda harus menggunakan Candle Sticks (CS) dengan Time Frame m15 pada chart anda kerana time frame m15 ini adalah asas terpenting juga yang akan menentukan untuk mendapatkan signal sama ada Buy atau Sell.

    Formula Teknik ini amat bergantung kepada kedua aspek penting yang disebutkan iaitu Zon Australia, CS dan TF m15. Oleh itu kedua perkara tersebut adalah perkara wajib yang anda harus lakukan agar Formula Teknik dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

    3- Pasaran Semasa

    Pasaran semasa adalah elemen penting ketiga selepas waktu zon Australia, CS, dan TF m15.

    Dalam minit-minit terakhir sebelum pukul 1:00 petang waktu Malaysia, pasaran zon Australia ini dapat dilihat sama ada pasaran sedang naik (Up Trend) atau sedang turun (Down Trend)

    Sekiranya di dalam waktu zon Australia pasaran sedang Up Trend (UT), kemungkinan besar Formula Teknik ini akan mengeluarkan Signal Buy tetapi keadaan boleh saja bertukar menjadi sebaliknya selepas waktu zon Australia ini berakhir.

    Sekiranya di dalam waktu zon Australia pasaran sedang Down Trend (DT), kemungkinan besar Formula Teknik ini akan mengeluarkan

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 12 of 27

    Signal Sell tetapi keadaan boleh saja bertukar menjadi sebaliknya selepas waktu zon Australia ini berakhir.

    Oleh itu, selepas saja pasaran waktu zon Australia ini berakhir atau jam 1:00 petang waktu Malaysia atau melepasi garis tegak (vertical line) maka pemerhatian khusus harus ditumpukan kepada pergerakan Candle Sticks (CS) agar anda tidak terlepas peluang bila signal telah dikeluarkan.

    Semakan

    1- Pastikan garis paras tertinggi Zon Australia adalah tepat tanpa ada selisih walaupun 1 pip.

    2- Pastikan garis paras terendah Zon Australia adalah tepat tanpa ada selisih walaupun 1 pip.

    3- Pastikan garis Signal BUY adalah tepat 10 pips di atas garis paras tertinggi Zon Autralia.

    4- Pastikan garis Signal SELL adalah tepat 10 pips di bawah garis paras terendah Zon Australia.

    5- Pastikan garis tegak (vertical line) terakhir zon Australia tepat jam 1:00 petang waktu Malaysia

    6- Pastikan chart menggunakan Candle Sticks

    7- Pastikan Time Frame yang digunakan adalah m15

    Jika kesemua perkara di atas telah diperiksa dan semua cara yang anda buat adalah tepat maka selesailah tugas untuk membuat Formula Teknik ini dan langkah selanjutnya adalah untuk mengesan Signal.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 13 of 27

    Isyarat (Signal) Signal BUY

    Jika Candle Sticks bergerak kearah garis paras tertinggi Zon Australia dan seterusnya mencecah Garisan Signal (garis putus-putus) maka ianya adalah satu petanda awal untuk signal BUY tetapi belum boleh dijadikan Signal yang sah.

    Signal sebenar adalah jika Candle Sticks (CS) telah mencecah Garisan Signal harga tertinggi Zon Australia dan CS tersebut dalam bentuk Bullish yang kekal maksudnya jika CS anda berwarna biru untuk Up Trend dan merah untuk Down Trend maka BILA WARNA BIRU ITU MENCECAH GARIS SIGNAL DAN KEKAL BEWARNA BIRU SELEPAS BETUKAR KEPADA CANDLE STICKS KEDUA ATAU SETERUSNYA maka anda telah ada SIGNAL Sah untuk BUY.

    Contoh gambar rajah 5

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 14 of 27

    Signal SELL

    Jika Candle Sticks bergerak kearah garis paras terendah Zon Australia dan seterusnya mencecah Garisan Signal (garis putus-putus) maka ianya adalah satu petanda awal untuk signal SELL tetapi belum boleh dijadikan Signal yang Sah.

    Signal sebenar adalah jika CS telah mencecah Garisan Signal harga terendah Zon Australia dan CS tersebut dalam bentuk Bearish yang kekal maksudnya jika CS anda berwarna biru untuk Up Trend dan merah untuk Down Trend maka BILA WARNA MERAH TERSEBUT MENCECAH GARIS SIGNAL DAN KEKAL BEWARNA MERAH SELEPAS BETUKAR KEPADA CANDLE STICKS KEDUA ATAU SETERUSNYA maka anda telah ada SIGNAL Sah untuk SELL.

    Contoh gambar rajah 6

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 15 of 27

    Bukan Signal

    Ada tiga (3) perkara yang berkenaan BUKAN SIGNAL dan berkenaan bukan signal dijelaskan seperti dibawah ini agar ianya tidak menjadi kekeliruan pengguna E-Book ini.

    1- Bukan Signal BUY adalah seperti berikut ;-

    Jika Candle Sticks (CS) telah mencecah garis signal BUY dan CS tersebut kekal bewarna Merah (warna untuk bearish) setelah keluar CS kedua atau seterusnya maka ianya BUKAN SIGNAL untuk Buy (lihat gambar rajah 7)

    Contoh gambar rajah 7.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 16 of 27

    2- Bukan Signal SELL yang Sah adalah seperti berikut ;-

    Jika Candle Sticks (CS) telah mencecah garis signal SELL dan CS tersebut kekal bewarna Biru (warna untuk bullish) setelah keluar CS kedua atau seterusnya maka ianya BUKAN SIGNAL untuk Sell (lihat gambar rajah 8)

    Contoh gambar rajah 8.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 17 of 27

    3- Mana-mana Candle Sticks (CS) yang mencecah garis signal sama ada untuk BUY atau SELL yang disebabkan oleh Impak News maka ianya BUKAN SIGNAL.

    Semakan.

    1- Candle sticks bearish yang kekal setelah mencecah garis signal BUY maka ianya BUKAN SIGNAL.

    2- Candle sticks bullish yang kekal setelah mencecah garis signal SELL maka ianya BUKAN SIGNAL.

    3- Candle sticks yang mencecah mana-mana garis signal yang disebabkan oleh IMPAK (IMPACT) NEWS ianya BUKAN SIGNAL

    Nota Penting;

    Semakan nombor satu di atas akan terbatal jika Candle Sticks kedua atau seterusnya menyentuh garis signal Buy dengan Bullish yang kekal maka ianya adalah SIGNAL BUY yang sah.

    Semakan nombor dua di atas akan terbatal jika Candle Sticks kedua atau seterusnya mencecah garis signal Sell dengan bearish yang kekal maka ianya adalah SIGNAL SELL yang sah.

    Target.

    Untuk pengiraan target ianya amat mudah dan anda boleh melakukannya seperti berikut;-

    1- Untuk pengiraan target Buy maka kiraan dibuat dari garis paras tertinggi Zon Australia.

    2- Untuk pengiraan target Sell maka kiraan dibuat dari dari garis paras terendah Zon Australia.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 18 of 27

    Jumlah target untuk setiap pasangan matawang berlawanan (pair) ada juga yang berbeza dan ianya seperti berikut;-

    1- GBP/JPY Target Buy atau Sell adalah 90 pips

    2- GBP/USD Target Buy atau Sell adalah 56 pips

    3- USD/JPY Target Buy atau Sell adalah 56 pips

    4- EUR/JPY Target Buy atau Sell adalah 60 pips

    5- EUR/USD Target Buy atau Sell adalah 40 pips

    6- GBP/CHF Target Buy atau Sell adalah 75 pips

    7- USD/CHF Target Buy atau Sell adalah 60 pips

    8- NZD/USD Target Buy atau Sell adalah 60 pips

    9- CHF/JPY Target Buy atau Sell adalah 56 pips

    Di carigold.com saya ada poskan target 1 dan last target yang mana target tersebut adalah saya bahagi dua dari jumlah target yang saya sebutkan di atas dan sebagai contoh;

    Untuk GBP/USD saya akan letak tambahan 28 pips daripada garis paras Zon Australia dan bila telah sampai target tersebut maka bakinya adalah untuk target terakhir.

    Begitu juga dengan pairs yang lain adalah menggunakan cara yang sama.

    Pada kebiasaannya Teknik ini mengeluarkan signal hanya SEKALI SAHAJA DALAM SEHARI, jarang sekali ianya akan mengeluarkan signal untuk dua kali dalam sehari.

    Dengan ini maka selesailah pembelajaran tentang bagaimana Formula Teknik ini dibuat dan seterusnya dapat menghasilkan SIGNAL seperti yang saya poskan di CG.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 19 of 27

    Bahagian 2

    Di dalam bahagian 2 ini saya akan membuat tip-tip untuk memantapkan lagi serta menambahkan keyakinan anda untuk masuk dalam market.

    Dibawah ini saya akan memberikan tip-tip tersebut untuk anda pelajari kemudian anda buat latihan agar anda menjadi mahir untuk membuat keputusan yang terbaik.

    Tip Untuk Penimbang Tara (Bias)

    Penimbang tara (bias) adalah mengambil peranan juga pada sesebuah pasangan matawang Negara berlawanan (pair) dengan pasangan matawang berlawanan Negara lain. Ramai pemorex yang baru selalu tertumpu pada satu atau dua pasangan matawang sahaja sebagai contoh GBP/USD dengan EUR/USD dan akhirnya pemorex terperangkap oleh pasangan matawang tersebut .

    Di sini diperjelaskan tentang penimbang tara pasangan matawang Negara berlawanan (pair) dengan pasangan matawang berlawanan negara lain (pair) yang mana ianya boleh dijadikan panduan untuk kita memasuki pasaran forex dengan lebih tepat lagi.

    Oleh itu jika kita perhatikan pairs tersebut maka kita boleh membuat analisa tentang matawang mana yang kita fikir sesuai untuk kita berurus niaga bagi mendapatkan keuntungan.

    Di bawah ini saya akan sebutkan pairs penimbang tara untuk menjadi rujukan anda;-

    1- USD/CHF UT, GBP/CHF DT = GBP/USD turun

    2- USD/CHF DT, GBP/CHF UT = GBP/USD naik

    3- GBP/CHF, CHF/JPY dan USD/JPY UT = GBP/JPY naik

    4- GBP/CHF DT, CHF/JPY DT, USD/JPY DT = GBPS/JPY turun

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 20 of 27

    5- EUR/GBP UT, GBP/USD UT = EUR/USD naik

    6- EUR/GBP DT, GBP/USD DT = EUR/USD turun

    7- GBP/USD DT, GBP/JPY UT = USD/JPY naik

    8- USD/JPY UT, EUR/USD UT, = EUR/JPY naik

    Note : DT = Down Trend (turun) , UT = Up Trend (naik)

    Untuk memudahkan kita memerhati pasangan matawang tersebut maka kita hendaklah meletakkan 9 chart atau sekurang-kurangnya 6 chart pada skrin (lihat gambar rajah 9)

    Contoh gambar rajah 9

    Kemudian buatkan garisan-garisan signal kepada ke enam-enam chart tersebut dan setelah selesai berbuat demikian maka mudahlah kita memerhati setiap signal ataupun penimbang tara.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 21 of 27

    Mungkin ramai yang merasa agak kurang selesa dengan chart tersebut kerana ianya telah menjadi kecil, tetapi jika sudah dapat membiasakannya maka ia akan menjadi kegemaran kerana banyak kelebihan2 yang akan diperolehi.

    Antara kelebihan yang akan diperolehi adalah seperti berikut ;-

    1- Signal dapat diperolehi pada setiap chart yang terpapar.

    2- Penimbang tara dapat dilihat pada chart yang dipaparkan.

    3- Dapat memilih mana-mana pair untuk urusniaga dengan pantas.

    Jika kita letakkan 9 chart maka lebih banyak peluang untuk kita medapatkan signal (lihat gambar rajah 10)

    Contoh gambar rajah 10)

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 22 of 27

    Untuk memahirkan diri anda berkenaan chart, anda boleh melakukannya seperti berikut;-

    1- Buat 3 chart dengan pairs yang anda kehendaki dan biasakan diri anda untuk membuat formula teknik ini pada ketiga-tiga chart tersebut.

    2- Selepas anda merasa selesa dengan 3 chart tersebut, anda boleh mengubahnya kepada 6 chart dengan pairs yang anda kehendaki dan biasakan diri anda untuk membuat formula teknik ini pada keenam-enam chart tersebut.

    3- Selepas anda merasa selesa kepada 6 chart tersebut, maka anda boleh mengubahnya lagi kepada sembilan chart seperti contoh gambar rajah 9 dan biasakan diri anda untuk membuat formula teknik ini pada kesemua chart tersebut.

    Dengan menggunakan kaedah seperti apa yang saya terangkan, saya yakin anda akan mampu melakukannya dalam tempoh masa yang singkat.

    Apa yang ingin saya tekankan di sini, bahawa anda perlu membuat latihan dengan penuh konsisten agar kemahiran dapat dicapai dengan baik.

    Nota:

    Untuk membuat signal dengan cara teknik ini, ianya amat mudah sekali.

    Tetapi untuk memahirkan diri, anda perlu membuat banyak latihan dengan usaha yang gigih dan penuh konsisten.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 23 of 27

    Tip Untuk Masuk Pasaran (Entry market)

    Setelah anda membuat Formula Teknik seperti yang telah diterangkan, maka selepas saja pukul satu waktu Malaysia, maka anda sudah boleh mengira target untuk setiap pairs yang anda kehendaki yang mana ini bertujuan bila signal dikeluarkan maka anda telah tahu dan bersedia untuk target pair tersebut.

    Bila Signal telah dikeluarkan, anda tidak perlu terburu-buru untuk masuk dalam pasaran pair tersebut kerana tidak semestinya ia akan terus mencapai target yang mana ini pada kebiasaannya pergerakan pasaran akan naik turun dahulu sebelum mencapai target dan ada ketikanya ia pantas terus sampai ketarget dan ada ketikanya lewat malam baru sampai ketarget.

    Oleh itu, anda harus bijak untuk masuk dalam pasaran pair tersebut dengan cara seperti berikut;-

    Tip Masuk Market untuk Buy

    1- Jika signal Buy sudah dikeluarkan, perhatikan Candle Sticks (CS) dengan time frame m15.

    2- Jika CS sedang bearish biarkan dia turun dulu kerana lagi banyak dia turun, lagi banyak peluang untuk kita mendapatkan profit.

    3- Selepas CS bearish (TF m15) atau selepas 15 minit anda boleh perhatikan lagi sama ada CS bearish atau CS bullish yang ditunjukkan dan ini akan kita ketahui selepas 2 atau 3 minit CS baru tersebut keluar dan jika CS bullish yang keluar maka anda boleh masuk (enter) untuk Buy.

    4- Ada juga bila keluar saja signal Buy, harga akan terus naik dan jika anda ingin masuk semasa harga sedang naik, itu pun di bolehkan, tetapi seboleh2nya 60% daripada target terakhir.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 24 of 27

    5- Perhatikan penimbang tara kerana ianya dapat membantu kita untuk meramal signal untuk pairs mana yang akan keluar dahulu (ini boleh kita lakukan dengan cara perbanyakkan latihan).

    Masuk market untuk Sell

    1- Jika signal Sell sudah dikeluarkan, perhatikan Candle Sticks (CS) dengan time frame m15.

    2- Jika CS sedang bullish biarkan dia naik dahulu kerana lagi banyak dia naik, lagi banyak peluang untuk kita mendapatkan profit.

    3- Selepas CS bearish (TF m15) atau selepas 15 minit anda boleh perhatikan lagi sama ada CS bearish atau CS bullish yang ditunjukkan dan ini akan kita ketahui selepas 2 atau 3 minit CS baru tersebut keluar dan jika CS bearish yang keluar maka anda boleh masuk (enter) untuk Sell.

    4- Ada juga bila keluar saja signal Sell, harga akan terus turun dan jika anda ingin masuk semasa harga sedang turun, itu pun di bolehkan, tetapi seboleh2nya 60% daripada target terakhir.

    5- Perhatikan penimbang tara kerana ianya dapat membantu kita untuk meramal signal Sell untuk pairs mana yang akan keluar dahulu.

    Penting.

    Pastikan jam anda atau jam PC anda tepat waktu Malaysia agar anda senang membuat kiraan bila CS baru akan keluar.

    Jangan masuk market sebelum Signal dikeluarkan.

    Jangan masuk market bila masa menghampiri News dan jika ingin masuk market, tunggu 45 minit hingga sejam selepas news dan batalkan Signal bila news yang keluar berlawanan dengan signal.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 25 of 27

    Tip Keutamaan Buy & Sell.

    Kegunaan keutamaan Buy atau Sell ini adalah untuk masuk dalam pasaran pada Zon Australia sahaja.

    Seandainya pada hari itu keutamaan adalah Buy maka anda harus mengutamakan Buy dari Sell untuk memasuki pasaran dan untuk mengetahui yang mana akan menjadi keutamaan adalah seperti berikut ;-

    1- Buka mana-mana chart pair yang anda inginkan untuk trading dengan menggunakan TF d1

    2- Lihat Candle Sticks, jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish dan sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish maka keutamaan pada hari ini adalah SELL

    3- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish dan sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish maka keutamaan pada hari ini adalah BUY

    4- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish dan sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bearish maka keutamaan pada hari ini adalah SELL

    5- Jika dua hari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish dan sehari trading kebelakang kedudukan CS d1 Bullish maka keutamaan pada hari ini adalah BUY

    Nota :

    1- Jika hari ini adalah hari rabu 8/8/2007, maka maksud dua hari trading kebelakang adalah hari isnin 6/8/2007 dan satu hari trading kebelakang adalah hari selasa 7/8/2007.

    2- TF d1 = Time Frame denagn Candle Sticks satu hari.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 26 of 27

    Keempat-empat cara di atas adalah petunjuk untuk mana-mana pair yang kita ingin berurus niaga tetapi ianya bukanlah muktamad kerana pilihan kedua boleh saja berlaku. Bagaimanapun anda tidak digalakkan untuk entry sebelum signal dikeluarkan.

    Jadi mengapa saya memberi tahu hal ini ? Saya memberi tahu hal ini kerana keutamaan Buy & Sell ini ada faedahnya kepada signal. Sekiranya signal yang dikeluarkan pada hari itu searah dengan keutamaan hari ini maka peluang untuk mendapatkan profit lebih cerah lagi.

    Sebagai contoh, jika keutamaan pada hari tersebut adalah Buy kemudian Signal yang dikeluarkan adalah Buy maka peluang untuk mendapatkan pip akan lebih banyak diperolehi dari pada pair tersebut.

    Tip News

    Jika news banyak dikeluarkan pada hari trading, maka signal ini akan terjejas dan untuk mengetahui news yang ada pada hari-hari trading, anda boleh melawati : http://www.forexfactory.com/ selepas pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.

    Kebiasaannya pada hari isnin, selasa, dan rabu adalah hari yang tiada banyak news.

    Demikianlah tip-tip ini saya terangkan untuk memantapkan lagi urusniaga dalam memasuki pasaran forex agar dapat menambahkan lagi keberkesanannya.

    Sekian sahaja penerangan tentang tip-tip yang diberikan dan penting bagi anda untuk membuat latihan bagi memahirkan diri anda membuat Formula Teknik ini dan saya amat yakin bahawa anda akan dapat mempelajarinya dengan cepat untuk membuat Formula Teknik ini.

  • Kelas Teknik Mystery

    Your Preferred Our Partner

    Confidential Mystery Signal Page 27 of 27

    KEJAYAAN

    Untuk berjaya anda perlu mengamalkan perkara berikut;-

    1- Disiplin & Dedikasi

    2- Jangan mudah menggelabah atau bimbang

    3- Jangan masuk market bila signal belum keluar

    4- Jangan TAMAK dan jangan TAMAK dan Jangan TAMAK

    5- Bagi orang muslim yang hendak open market sila dahulukan dengan selawat keatas Junjungan kita Rasulullah s.a.w sebanyak 3 kali dengan ucapan terakhir SAYA TIDAK TAMAK.

    6- Bagi yang bukan muslim berdoalah mengikut kepercayaan anda agar usaha anda mendapat kejayaan.

    Jika perkara tersebut boleh anda terapkan dalam jiwa anda maka kejayaan pasti menanti anda

    Percayalah bahawa Anda Adalah Yang Terbaik dan anda boleh melakukannya

    Akhir kata saya ingin merakamkan penghargaan kepada anda kerana dapat sama-sama untuk menimba ilmu dengan saya semoga ianya dapat bermanfaat kepada kita semua.

    Sekian, terima kasih.

    Contoh gambar rajah 4 Rajah di atas menunjukkan garisan putus-putus berwarna hijau dengan jarak 10 pips daripada garis paras tertinggi zon Australia adalah garis Signal untuk BUY, dan garisan putus-putus bewarna merah dengan jarak 10 pips daripada garis paras terendah zon Australia adalah garis Signal untuk SELL . Isyarat (Signal) Jadi mengapa saya memberi tahu hal ini ? Saya memberi tahu hal ini kerana keutamaan Buy & Sell ini ada faedahnya kepada signal. Sekiranya signal yang dikeluarkan pada hari itu searah dengan keutamaan hari ini maka peluang untuk mendapatkan profit lebih cerah lagi. Sebagai contoh, jika keutamaan pada hari tersebut adalah Buy kemudian Signal yang dikeluarkan adalah Buy maka peluang untuk mendapatkan pip akan lebih banyak diperolehi dari pada pair tersebut. Tip News Jika news banyak dikeluarkan pada hari trading, maka signal ini akan terjejas dan untuk mengetahui news yang ada pada hari-hari trading, anda boleh melawati : http://www.forexfactory.com/ selepas pukul 12 tengah hari waktu Malaysia. Kebiasaannya pada hari isnin, selasa, dan rabu adalah hari yang tiada banyak news. Demikianlah tip-tip ini saya terangkan untuk memantapkan lagi urusniaga dalam memasuki pasaran forex agar dapat menambahkan lagi keberkesanannya. Sekian sahaja penerangan tentang tip-tip yang diberikan dan penting bagi anda untuk membuat latihan bagi memahirkan diri anda membuat Formula Teknik ini dan saya amat yakin bahawa anda akan dapat mempelajarinya dengan cepat untuk membuat Formula Teknik ini.