tamadun islam assignment

23
MUQADIMAH Tamadun adalah konsep yang sangat menarik untuk di pelajari dan dikaji secara ilmiah.Ilmu pengetahuan tentang ketamadunan dapat membantu kita mengetahui asal usul istilah tamadun serta proses perkembangan tamadun.Sebagai insan yang bertamadun alangkah bertuah sekiranya pengetahuan tentang tamadun dapat menyumbang ke arah pembinaan ketamadunan dalam diri sendiri, keluarga masyarakat dan seterusnya negara kita yang bertamadun tinggi. FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM (MELAYU,CINA,INDIA DAN PERIBUMI) 1. KEPIMPINAN Kepimpinan merupakan faktor penting dalam sesebuah negara kerana ia boleh mempengaruhi interaksi dalam masyrakat majmuk di dunia ini,kerana pemimpin atau raja yang bersikap adil dan toleran membolehkan interaksi berlaku dalam keadaan aman begitulah sebaliknya. i ) Sebagai contoh pemimpin yang bertoleransi iaitu Nabi muhammad saw sendiri tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang. Sementara Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul pula melantik penganut Hindu menjadi pegawai. Ii ) Pada pemimpin yang tidak bertoleransi pula sebagai contoh,Di India iaitu Sultan Shamsuddin dimana beliau memerintah secara keras terhadap penganut Hindu. Selain itu Han Wu Ti juga mengamalkan pemerintahan secara memihak kepada cendikiawan Konfusianissme berbanding sami Buddha. 1 | Page

Upload: syazami-sabri

Post on 17-Nov-2015

133 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

y

TRANSCRIPT

MUQADIMAH Tamadun adalah konsep yang sangat menarik untuk di pelajari dan dikaji secara ilmiah.Ilmu pengetahuan tentang ketamadunan dapat membantu kita mengetahui asal usul istilah tamadun serta proses perkembangan tamadun.Sebagai insan yang bertamadun alangkah bertuah sekiranya pengetahuan tentang tamadun dapat menyumbang ke arah pembinaan ketamadunan dalam diri sendiri, keluarga masyarakat dan seterusnya negara kita yang bertamadun tinggi.FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN ISLAM (MELAYU,CINA,INDIA DAN PERIBUMI)1. KEPIMPINANKepimpinan merupakan faktor penting dalam sesebuah negara kerana ia boleh mempengaruhi interaksi dalam masyrakat majmuk di dunia ini,kerana pemimpin atau raja yang bersikap adil dan toleran membolehkan interaksi berlaku dalam keadaan aman begitulah sebaliknya.i ) Sebagai contoh pemimpin yang bertoleransi iaitu Nabi muhammad saw sendiri tidak menyekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah sebaliknya hak mereka dilindungi undang-undang. Sementara Kerajaan Islam Ghaznawi, Delhi dan Moghul pula melantik penganut Hindu menjadi pegawai.Ii ) Pada pemimpin yang tidak bertoleransi pula sebagai contoh,Di India iaitu Sultan Shamsuddin dimana beliau memerintah secara keras terhadap penganut Hindu. Selain itu Han Wu Ti juga mengamalkan pemerintahan secara memihak kepada cendikiawan Konfusianissme berbanding sami Buddha.

A. SIKAP GOLONGAN AGAMAWAN Seperti sami,padri dan alim ulama biasanye mereka berusha mewujudkan suasana harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan yang tinggi kerana dengan sikap dan akhlak mulia yang di tonjolkan oleh mereka terutamanya ulama islam di Alam Melayu memudahkan interaksi dan islamisasi berlaku.Dimana mereka telah bejaya memberi tasawur Islam sebenar kepada penduduk Alam Melayu sehingga dapat mendirikan pendidikan formal antaranya institusi yang dikenali sebagai pondok ( pesantren) di Jawa dan ( dayah) di Acheh,sehinggalah lahirnya ulama di Alam Melayu seperti Hamzah Fansuri,Abdul Rauf al-Singkeli Walo Songo dan sebagainya.Namun begitu ada juga sikap golongan agamawan yang mencetuskan konflik sepertii ) Paus Urban II dalam perjumpaan besaran dengan pengant Kristian di Perancis pada 1095M, menyeru berperang dengan orang Islam yang dikatakan zalim ke atas penganut Kristian

ii ) Pada zaman pemerintahan Dinasti Han pula ramai sami dan penganut Buddha ditangkap dan dipenjarakan.

A. GEOGRAFIDalam perkara ini dimana bentuk mukabumi dan kemudahan serta infrastruktur yang baik memainkan peranan penting dalam faktor interaksi.sebagai contoh:i ) Cina mengalami interaksi yang pesat kerana ada dua hala iaitu jalan sutera darat dan jalan laut. Oleh itu interaksi dengan Negara Arab telah berlaku sejak 3M lagi dihubungkan dengan jalan Sutera darat yang merentasi Khurazan, Samarkhan, Xinjiang sehingga ke Peking dan juga jalan laut merentasi laut Arab ke Benua Kecil India, Kepulauan Melayu hingga ke Canton di Tenggara Cina. Laluan ini membolehkan kedua negara berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan. Terdapat catatan yang mengatakan kapal-kapal China telah pun sampai di Teluk Parsi dan berdagang di pelabuhan Siraf pada 5M.Ii ) Pelabuhan Melaka pula dengan kedudukan yang strategik serta terlindung dari angin monsun menjadikan ia tempat tumpuan persinggahan para pedagang.

B. PERKAHWINANIa memainkan peranan penting kerana semasa di Alam Melayu interaksi berlaku antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab menerusi faktor ini. Melalui proses ini juga secara tidak langsung proses islamisasi telah berlaku kerana bagi membolehkan mereka berkahwin dengan pedagang Arab yang beragama islam, wanita tersebut diislamkan terlebih dahulu. Setelah kahwin keluarganya pun memeluk islam. Walaupun begitu ada terdapat perkahwinan antara pedagang yang berkahwin dengan putri pemerintah tempatan dan perkahwinan antara wanita Islam dengan lelaki bukan Islam seperti Megat Iskandar Shah dengan Putri Pasai Muqadimah

C. PERDAGANGANContoh:

i ) Perdagangan antara Arab dan Cina telah berlaku sejak 3M lagi dan pesat pada abad 8M sehingga pedagang Arab dan Parsi dapat membuat penempatan seperti di Kwang Co (Canton), Chang Chow dan Chuan Cow dan mendirikan masjid di Guangzhou dan Guanzhou dan berlakulah islamisasi.ii ) Interaksi tamadun Alam Melayu/ Asia Tenggara dengan negara Arab berlaku apabila pedagang Arab yang hendak ke China singgah di Alam Melayu sementara menunggu angin atau cuaca yang baik untuk meneruskan perjalanan. Oleh itu berlakulah proses islamisasi seperti catatan Marco Polo tentang pengislaman Perlak pada 1292M, dimana pedagang berjaya memujuk penduduk Perlak memeluk Islam. Disamping itu juga pedagang gemar berdakwah mengembangkan Islam atas anjuran Hadis:Sampaikan dariku walaupun satu ayat iii) Interaksi Tamadun India dengan Alam Melayu / Asia Tenggara bermula sejak kurun pertama Masihi. Nama Wilayah Asia Tenggara dalam Kitanramayana ialah Suvarnapvipa (Semenanjung Emas) dan Suvarnabbhumi (Bumi Emas).D. MISI POLITIKFaktor ini amat penting dalan interaksi kerana ia menjamin keharmonian

Contoh:

Hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan dengan China-menurut teori Islam ke Alam Melayu dari China, berdasarkan catatan sejarah pada abad ke 15M Melaka telah buat hubungan diplomatik dengan China pada tahun 1404 dan pada tahun berikutnya Melaka telah menerima beberapa utusan begitu juga sebaliknya. Tujuannya untuk mendapatkan perlindungan Melaka dari ancaman Siam. Pada awalnya China menghantar Laksamana Cheng Ho(Islam). Dasar perlindungan China ialah bertujuan politik dan dakwah Islam menyebabkan berlakunya islamisasi. Hal ini telah memberi kesan terhadap negeri negeri di Kepulauan Melayu yang lain seperti Kedah, Johor, Kampar dan sebagainya.2. PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN2.1 a)PERSAMAAN TEOLOGISemua Tamadun berasaskan kepada ketuhanan dan kerohanian

*Semua agama tekankan konsep ketuhanan kecuali agama Buddha tekankan falsafah moral dan etika

*Aspek-aspek tertentu dalam Islam,Kristian dan Yahudi ada persamaan seperti kehidupan selepas mati dan pembalasan akhirat.

*Beberapa aspek konsep Buddhisma dan Hinduisme sama seperti kelahiran semula dan karma b) PERBEZAAN TEOLOGI

*Manifestasi ketuhanan berbeza misalnya, konsep monotheisme dalam Islam berbeza antara Islam(konsep tauhid), Kristian(Trinity) dan Hindu(Trimurti).

*Beberapa Aspek tertentu contohnya:perbezaan antara Hindu dengan Buddhisme, seperti konsep reinkarnasi atau penjelmaan semula.

*Manifestasi konsep kenabian, amalan(ibadah) dan konsep hari Pembalasan berbeza.

2.2 PERSAMAAN ETIKAA. PENDIDIKAN

i) PERSAMAAN

*Pendidikan sebagai pembentukan peribadi (character building), tugas pengembangan ilmu suatu yang mulia. Kesedaran ini menjadikan Inner being di beri kepentingan dalam konsep pendidikan Islam, Kristian, Hindu dan lain- lain. Transformasi dalaman perlu didahulukan.

ii) PERBEZAAN *Cara transfomasi dan elemen yang di utamakan Islam-tauhid peranan penting dalam transfomasi manusia. Buddha dan Hindu-transfomasi sifat(character) dicapai melalui proses mencari diri sendiri (self-discovery).B. EKONOMI

i ) PERSAMAAN Kegiatan ekonomi tradisional berlaku dalam konteks moral semesta

*Buddha ajaran jalan lapan lapis

*Islam- konsep halal haram berhubung rapat dengan akhlak

*Tamadun China- falsafah Konfusianisme memberi perhatian terhadap golongan petani dan pandang rendah golongan pedagang yang dikatakan sentiasa terlibat dengan penipuan. ii ) PERBEZAAN Penipuan ,rasuah dan lain-lain tidak dinafikan terdapat dalam tamadun moden. Yang membezakan ekonomi tamadun tradisional dengan zaman moden ialah kayu pengukur.C. KELUARGA

Asas pembentukan masyarakat dihayati oleh tamadun tradisional. Contoh:

i ) Tamadun China

- ajaran confucius tekankan hubungan kasih sayang dan wujud ketenteraman dan harmoni dalam masyarakat

- 3 dari konsep wu lun (lima hubungan) ialah hubungan yang penting dalam keluarga iaitu hubungan bapa-anak,abang adik, dan hubungan suami- isteri

- Kesetiaan anak kepada bapa=rakyat terhadap maharaja. Amalan menyembah nenek moyang lahir dari konsep ini. ii ) Tamadun Islam

hubungan anak dengan ibubapa berasaskan hak dan tanggungjawab masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab yang digariskan dalam Islam

- Keredhaan ibubapa kunci keredhaan Allah

- Kriteria memilih pasangan ditetapkan untuk keharmonian keluarga.

iii) Tamadun India

- keluarga juga unit penting

- pembinaan keluarga bermatlamat membuat sistem sokongan fizikal dan rohani disamping penerus zuriat.

- ikatan kasih sayang amat dipentingkan

D. KOMUNITI Komuniti atau masyarakat adalah penting dan identiti individu (pemikiran,pandangan semesta,sikap perilaku dll) adalah berkait rapat dengan komuniti. Oleh itu identiti individu mencerminkan komunitinya. Lazimnya dibentuk oleh sistem agama dan kepercayaan, nilai moral yang juga bersumberkan agama dan adat resam.

i ) Tamadun Islam

- wujud hubungan berdasarkan ikatan kekerabatan, agama dan kemanusiaan termasuk yang bukan islam. - Konsep ummah melampaui batasan bangsa,warna kulit atau geografi

- Kasih sayang dan tolak ansur ditekankan untuk mewujudkan persaudaraan dan perpaduan

- Peranan dan fungsi wanita diletakkan sesuai dengan fitrah dan sifat semulajadi wanita. Berbeza dengan pandangan barat ia meletakkan wanita sama dengan lelaki

- Turut mengiktiraf kedudukan dan hak wanita seperti pemilikan harta dan pencarian ilmu. Berbeza dengan Tamadun India Awal sutti. Prinsip egalitarian tidak menerima wujud perhambaan. Tiada perbezaan kecuali takwa.

ii)Tamadun China

- Dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Cina berasaskan kuasa lelaki dan bapa. - Sistem kekeluargaan berasaskan hubungan darah

- Sistem kelas ditentukan oleh tahap pendidikan dan kemahiran

iii)Tamadun India

- Berbeza dengan lain kerana peraturan lebih ketat.asaskan sistem kasta yang rigid yang diwarisi dari nenek moyang. - Sistem kasta pengaruhi bidang ekonomi, politik dan perundangan.

- Hubungan sesama anggota dlam komuniti ditekankan oleh konsep Dharma.

E. ALAM SEKITAR - merupakan anugerah tuhan dan manusia sebagai penjaga.

F. KESIHATAN - Ia dipengaruhi oleh keadaan alam sekitar

- Segala yang wujud saling berhubungan

- Mengubati penyakit merupakan proses keseimbangan.

3. POLITIK DAN KERAJAAN

Falsafah Tamadun Tradisional menekankan moraliti atau akhlak sebagai asas kerajaan

3.1 Tamadun Islam

- Politik dan agama tidak boleh dipisahkan

- Prinsip pemerintahan pula mestilah adil, wasatiyyah, syura dan lain-lain 3.4 Tamadun Awal Melayu

- Kesetiaan raja, rakyat tidak dibenarkan derhaka.

3.5 Tamadun China

- Confusius beri panduan dalam hubungan antara pemerintah dengan rakyat

- Raja perlu baik moralnya.

- Tidak anjur menentang raja yang tidak bermoral tetapi akan di tarik oleh Tien(Maha Agong) melalui pelbagai bala bencana seperti banjir, perang dan lain-lain.4. INSTITUSI KEAGAMAAN

Ia wujud dan berperanan dalam masyarakat sebagai pusat agama, sosial,ekonomi, politik dan pendidikan

Contoh;

i)Tamadun Islam

- Masjid sebagai pusat ibadah, ekonomi, pentadbiran, ilmu dan sosial

ii)Tamadun Barat

Gereja sebagai pusat ibadah, sosial dan ilmu. iii)Tamadun Hindu dan Buddha kuil peringkat awal turut berfungsi sebagai pusat pendidikan ilmu keagamaan Golongan Brahmin, terpelajar dan berperanan sebarkan ilmu. Bagi kuil Buddha hal sama berlaku, sami-sami yang fasih berbahasa Pali dan Sanskrit sumber rakyat memahami ajaran buddha.

5. IMPAK INTERAKSI a.Pengaruh dalam Sistem Pemerintahan

*Institusi beraja-pengaroh konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha dalam

menubuhkan legimitasi keatas golongan pemerintah dan bangsawan.

*Kerajaan di dunia sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja di anggap titisan dan

jelmaan Tuhan Sive Buddha yang melahirkan konsep Dewaraja.

*Istana dibina atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika Gunung Kosmik

Mahameru,rumah Tuhan yang terletak di alam semesta. *Candi sebagai menumen batu dibina sebagai tempat jamuan makan bagi Dewaraja supaya pemerintahnya dianggap suci oleh rakyat

*Upacara pertabalan seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat-wakili puncak Gunung Kosmik Mahameru

*Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4,16,32-berasaskan 4kardinal

penjurualam yang dikali 4

*penggunaan gelaran seperti:

i.Duli Yang Maha Mulia(Debu Di bawah Tapak Kaki Raja Yang paling Suci)

ii.Seri Paduka Baginda (Capal Suci Di Bawah Tapak Kaki Dewaraja)

iii.Seri Nara Diraja (bertugas mengisytiharkan perlantikan Raja) iv.Bendahara (sebagai menteri)

v.Laksamana (sebagai ketua tentera)

b. Bahasa

*Percampuaran bahasa Sanskrit dan Tamil dalam bahasa Melayu

i.Pinjaman Bahasa Sanskrit

Dari segi fonologi,aspirasi /h/ dalam sanskrit digugurkan dan dipindahkan tempat:

Bhumibumi

BhedaBeda/beza

Bhasabahasa

Arthahharta

Bhaktibakti

Bhudibudi

Arghahharga

Vokal /a/ dalam sukukata pertama diganti dengan e pepet:

nagaramnegara

panajaranpenjara

dandadenda

Vokal e pepet disipkan di tempat gugus konsonanPutrahPutera

CakravalaCakerawala

Sah-amSastera

CakramCakera

Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokalAkasahAngkasa

UpamaUmpama

c. Kesenian

*seni tari

*seni bina-seperti masjid India,semua kubah ke atas merujuk kepada tuhan yang Esad. Kesusasteraan

*wayang kulit

*Cerita- Hikayat Seri Rama,Pendawa Lima dll.

6.KESAN INETRAKSI ANTARA TAMADUN6.1 Kesan Negatifa) Jurang Perbezaan Ekonomi

Pemerintahan penjajah tidak mengambil berat tentang kebajikan dan masalah rakyat tempatan.

Disemenanjung Tanah Melayu, para petani sentiasa di lindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus menjadikan mereka pembekal makanan kepada masyarakat bandar.

Orang Melayu sebenranya digalakkan mengeusahakan tanaman sara diri sedangkan di kawasan bandar masyarakat asing terutamanya Cina terus sibuk dan maju dengan kegiatan ekonomi eksport dan import.

Pada masa yang sama kawasan yang berpontensi untuk dimajukan diambil oleh Inggeris dan kaum imigran. Bagi peribumi, hanya wartakan tanah yang jauh dari pembangunan dan kurang berpontensi dari segi ekonomi. Kawasan yang berpontensi samada kaya dengan logam atau sebur untuk tanaman biasanya dikeluarkan dari senarai Tanah Simpanan Melayu.

Justeru itu orang Melayu hidup dalam kemiskinan.

Penjajah hanya benarkan mereka menjadi pekebun kecil sahaja.Jika ada perkampungan baru dibuka, orang Melayu akan dikenakan syarat tertentu seprti hanya menanam padi, kelapa dan buahan.

Pendapat seharian mereka hanya secukup hidup bergantung kepada kesihatan, saiz keluarga,keadaan pasaaran, iklim dan masalah penjagaan tanaman. Mereka sentiasa bekerja keras untuk menampung kekurangan pendapatan dengan mengambil upah seperti membina parit atau menebang hutan atau buruh kasar.

Berlakulah jurang perbezaan dlam ekonomi- wujud jurang perbezaan antara orang kaya dengan orang miskin, antara orang bandar dengan luar bandar.

Pembangunan lebih tertumpu ke kawasan yang bersedia menerima perubahan, dimana kawasan Pantai Barat Semenanjung lebih maju dari kawasan Pantai Timur.

Pembadaran yang dicirkan oleh penumpuan kepada penduduk asing terutama kaum Cina.

Secara ringkasnya : Akiabt dasar `pecah dan perintah`pihak British-menyebabkan berlakunya perbezaan tumpuan ekonomi:

Melayu - Petani,sara diri dan nelayan

Cina - Sektor perdagangan dan perlombongan

India - Estet

Ketidakseimbangan antara kawasan antara desa dan bandar berlanjutan hingga pascapenjajahb) Kesan Sosial Jurang perbezaan yang berlaku dalam sektor ekonomi turut mempengarahui keadaan sosial sekeliling.

Kemasukan ekonomi moden telah mengubah struktur masyarakat Melayu dan pribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas kelas.

Penglesan masyarakt terdiri daripada:

Kelas Atasan golongan bangsawan Melayu, saudagar, pengurusan dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina.

Kelas pertengahan Orang Cina dan sedikit orang India, Melayu dan lain lain kaum Bumiputera.

Kelas bawahan majoriti orang Melayu dan peribumi.

Seolah olah wujud susun lapis dan kelas masyrakat berdasarkan lunas perkauman.

c) Pencapaian yang tidak seimbang, contoh yang dekat boleh kita ambil adalah pendidikan.

Berlaku pencapaian yang tidak seimbang bukan sajaja dalam ekonomi tetapi dalam pendidikan juga.

Sistem pendidikan penjajah mewujudkan sekolah mengikut kaum, mengikut tempat tinggal masing masing.

Pengasingan dalam sistem pendidikan boleh dikenali

Melayu:

2 jenis sekolah :

Sekolah venakular - Aliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan.

Sekolah Melayu berbentuk pendidikan asas kerana tidak di galakan untuk terlalu pandai.

India

Sistem Tamil dibina di estet Guru yang diimport dari terus dari India Mutu pelajaran sangat rendah Tiada peruntukan atau tiada langsung pelajaran di peringkat menengah Pelajar lepasan dari sekolah ini tidak berpeluang dapat pekerjaan yang baik kebayakannya terpaksa bekerja di estet.Cina

Sistem sendiri Tradisi - pentingkan pelajaran Guru dan buku teks dibawa terus dari negara China Justeru itu pelajar lebih pentingkan pergolakan politik, ekonomi dan sosial yang belaku di negara China dari perkembangan di Tanah Melayu pada ketika itu.Orang asli Sabah dan Sarawak

Dapat dilihat di zaman penjajah, aliran pendidikan berasingan dan tidak bercadang untuk menyatupadukan bagi mengelakan lahir semangat perpaduan dan nasinalisme antara mereka.6.2

Kesan Positif

a) Perlembagaan

Bahagian 1, Perkara 3(1) agama Islam sebagai agama Persekutuan/rasmi negara, walaubagaimanapun rakyat bebas mengamalkan agama lain di Malaysai.

Raja/Sultan bertindak sebagai ketua agama manakala Melaka, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan Sarawak ketua agama adalah Yang Di Pertuan Agung.

b) Dasar Pendidikan Negara

Semua dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Penyata Fenn-Wu, Undang Undang Pelajaran 1952, Pernyata Razak, Pernyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebagsaan dan lain lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan membentuk atau memupuk perpaduan bangsa.

Ia memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini di lupuskan dan digantikan dengan sistem yang lebih seragam dan menyeluruh.

Keseragaman lebih menjaminkan perpaduan rakyat.

Peruntakan yang besar juga di sediakan untuk perkembangan pendidikan di Sabah dan Sarawak.

Ringkasan mengenai dasar dasar pelajaran:

i) Penyata Barnes

Bentuk satu pelajaran bercorak kebangsaan.Hanya ada jenis sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah dan Bahasa Inggeris di sekolah menengah.ii) Penyata Fenn Wu

Ianya dilahirkan akibat tidak kepuasan hati kaum ketika itu. Dimana sekolah Cina dikekalkan. Bahasa Cina dijadikan bahasa ketiga selepas Bahasa Melayu dan Inggeris.Sekolah Cina juga dibenarkan diuruskan secara berasingan serta sukatan pelajaran sekoah Cina bertumpu secara menyeluruh kepada Tanah Melayu.

iii) Ordinan Pelajaran 1952

Dua jenis sekolah kebangsaan didirikan dengan Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah. Sekolah Venakular Cina dan Tamil pula tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan. Para pelajar sekolah kebangsaan Melayu akan belajar bahasa Melayu bermula dari darjah tiga lagi.Kemudahan juga disediakan untuk belajar bahasa Cina dan Tamil di sekolah kebangsaan.

iv) Pernyata Razak

Ianya bertujuan

Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan,

Melahirkan perpaduan antara kaum Menyediakan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap.

Antara cadangannya adalah:

2 jenis sekolah rendah diwujudkan.

Umum Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Jenis umum - dengan bahasa Inggeris, Cina atau Tamil sebagai bahasa pengantar.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah

2 jenis sekolah menengah juga di wujudkan

SMK Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Bahasa Inggeris adalah wajib.

SM(j)Kebangsaan- Bahasa pengantar andalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu adalah wajib

Satu sukatan pelajaran yang sama di semua sekolah rendah

Penyata Razak telah menjadi asas kepada Penggubalan Undang Undang Pelajaran 1957 dan Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961.

Penyata Rahman Talib

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti Pelajaran percuma Kelas peralihan untuk sekolah venakular ke sekolah menegah aliran Melayu. Jemaah Nazir Persekutuan diadakan untuk mengawal mutu pendidikan Pengenalan kepada pelajaranVokasional Menyemak dan baharui kurikulum seperti wajib mengambil pelajaran Tatarakyat untuk melahirkan sikap toleransi dan persefahaman kaum.Penekanan pelajaran Sejarah untuk melahirkan semangat patriotik dan setiakan negara. Pembaharuan sukatan Ilmu Alam Membentuk rakyat supaya bangga dan hormati lambang kerajaan seperti bendera,lagu kebangsaan,lagu negeri dan lain lain lagi.Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961

Matlamat utamanya adalah untuk wujudkan persefahaman dan perpaduan rakyat. Antara strateginya adalah:

Guna satu kurikulum yang sama di semua sekolah. Penggunaan satu bahasa pengantar Bahasa Melayu di semua sekolah dan Universiti.

Buku teks yang sama. Perluaskan pendidikan vokasional dan teknikal.

Sekolah rendah menggunakan sisyem KBSR (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah)- berdasarkan 3M (Membaca, Mengira dan Menulis). Sekolah menengah menggunakan sistem KBSM (Kurikulum bBesepadu Sekolah Menengah).

Satu jadual waktu yang sama semua sekolah

Satu sistem peperiksaan yang sama.

Sistem penggal persekolahan yang sama.

Sistem peraturan dan pentadbiran yang sama.

Dasar Intergrasi Nasioanal

Perpaduan dan Intergrasi Perlaksanaan proses ini telah mewujudkan indentiti nasional dikalangan kaum yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah parti politik. Kementerian Perpaduan negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 dengan objektif penubuhannya adalah: Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan intergrasi nasional. Memberi bantuan khidmat masyarakat. Membangunkan dan mengintergrasikan masyarakat Orang Asli. Memajukan kepentingan dan peglibatan wanita dalam pembangunan negara. Menyelaraskan progran kependudukan dan pembangunan negara. Untuk menjayakan program ini beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), Jabatan Perpaduan Negara (JPN), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA),Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan NegaraBahasa Melayu sebagai alat perpaduan.

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara (termaktub dalam Perkara 152) mesti digunakan untuk maksud maksud rasmi.

Terdapat juga kelonggaran bahasa bahasa lain digunakan

Sekarang telah pun termaktub dalam Akta bahasa kebangsaan 1963

ULASAN Dalam hal ini kami telah mengenal pasti bahawa menifestasi tamadun Islam dalam pelbagai bangsa,budaya dan wilayah.Kita patut sedar bahawa tamadun Islam bukanlah tamadun yang bersifat tertutup tetapi sikap terbuka dan menyebabkan Tamadun Islam telah menjelmakan bersama dengan pelbagai temadun di dunia.Dalam konteks ini Tamadun Islam bukan sahaja memberi pencapaian kepada tamadun lain malah telah menerima kebaikan dari tamadun yang lain untuk dimanfaatkan oleh tamadun Islam.Selain itu sifat sejagat tamadun Islam telah menyebabkan Tamadun Islam telah mudah diterima oleh masyarakat tamadun lain.Malah yang uniknya tamadun Islam bukan saja dapat bertapak dalam tamadun lain dengan aman damai tetapi tamadun lain juga telah menjadi pendokong dan pelopor tamadun Islam di tempat mereka sepertimana yang berlaku di China,India,dan Asia Tenggara.Pendek kata kehadiran tamadun Islam bersama-sama tamadun lain banyak menfaatkan masyarakat tamadun tersebut dalam pelbagai aspek kehidupan. Namun satu perkara yang jelas dalam tamadun Islam ialah tamadun ilmu kepada semua manusia sejagat.Nilai asas tamadun Islam ialah tunduk pada Allah yang satu dan tidak pernah menjadi penghalang kepada tamadun lain dalm proses dasar kenal- mengenal untuk memperkukuhkan hubungan sesama manusia..

.

15 | Page