assg mz taradisional

Upload: rosidah-darus

Post on 07-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    1/20

    Soalan A

    1.0 Pengenalan

    Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, sekaligus

    mewujudkan kepelbagaian persembahan tradisional yang unik dan berbeza-beza antara

    satu sama lain.

    Menurut Misroni ( 2000 : 94 ), faktor penghijrahan penduduk Asia Barat, benua India,

    Cina dan Siam telah membawa bersama budaya mereka dan tukang tukang khusus dalam

    pelbagai kesenian, tinggal menetap di negara ini dan bergaul dengan penduduk tempatan. Di

    sinilah bermulanya daya kreativiti dan penciptaan peralatan muzik tradisinal diantaranya

    seperti rebab, kompang, rebana dan sebagainya.

    Dalam konteks muzik di Malaysia, menurut Profesor Madya Tan Sooi Beng &

    Patricia Matusky ( 1998 : 2 3 ), muzik di Malaysia dikategorikan kepada lima kategori iaitu

    a. Muzik Klasik Ia melibatkan muzik yang berkait dengan kawasan bandar atau istana.

    Contoh muzik ini seperti joget gamelan, gamelan Jawa dan nobat.

    b. Muzik Rakyat Terdapat di kalangan masyarakat desa dan komuniti petani. Contohnya

    muzik seperti dikir barat yang popular di Kelantan, rodat ( Terengganu ), cak lempung

    ( Negeri Sembilan ) dan sebagainya..c. Muzik Sinkretik Ia kerap kali terdapat dalam budaya bandar, dapat juga didengar di

    kawasan desa yang mana unsur unsur asli daripada muzik rakyat dan klasik digabungkan

    dengan unsur unsur luar seperti muzik Arab, India, Cina, Portugal dan lain lain negara

    barat. Cara persembahan pula berasal dari pelbagai sumber seperti rentak zapin, inang, masri,

    joget, muzik dondang sayang, ghazal dan keroncong.

    d. Muzik Popular Ia adalah muzik komersial yang disebarkan melalui media massa iaitu

    piring hitam, radio, TV yang mana ia mengutamakan alat muzik barat dan ciri-ciri muzik

    barat.

    e. Muzik Seni Kontemporari Ia merujuk kepada muzik yang berasaskan ciri-ciri muzik

    barat yang mengutamakan alat-alat muzik barat atau gabungan alat dan ciri muzikal barat

    serta tempatan.

    Muzik sinkretik yang menggabungkan unsur unsur muzik luar dan tempatan memberi

    makna kepada kita bahawa proses muzik multi cultural yan ingin diperkenalkan di negara

    kita sebenarnya telah lama diimplementasikan dalam konteks muzik di negara ini. Contohnya

    beberapa lagu asli yang mengandungi frasa yang didapati dalam muzik rakyat Cina seperti

    1

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    2/20

    lagu Mas Merah, manakala lagu Seri Mersing pula mempunyai frasa melodi dari Timur

    Tengah. ( Tan Sooi Beng & Matusky P. 1998 : 71 ) Muzik genre Ghazal , Dondang Sayang

    dan Boria adalah termasuk dalam kategori Muzik sinkeretik.

    Pada hakikatnya persembahan tradisional tempatan memang banyak berbaur

    dengan unsur-unsur budaya luar. Misalnya ghazal, dondang sayang dan boria .Persembahan

    genre muzik ini banyak di pengaruhi budaya asing dari Arab, India dan Portugis

    (Eropah) yang kemudiannya dicorakkan dengan cita rasa tempatan.

    Genre ketiga-tiga muzik ini menggunakan suara penyanyi sebagai melodi utamanya.

    Teks nyanyian yang berkisar tentang kasih sayang , unsur-unsur nasihat dan seloka menjadi

    tema utama dalam persembahan muzik ini.

    Walaupun begitu, setiap persembahan adalah berbeza-beza antara satu sama lain.

    Persembahan tradisional tempatan lazimnya dipersembahkan ketika waktu lapang. Ini

    disebabkan pada zaman dahulu, hiburan moden seperti hari ini tidak ada. Justeru,

    persembahan sebegini dapat memberi hiburan kepada masyarakat tempatan setelah

    penat bekerja seharian.

    Pada hari ini, kebanyakan persembahan tradisional merupakan sesuatu yang

    menarik dan menghiburkan. Justeru, tidak hairanlah persembahan tradisional bukansahaja dikenal di kalangan para pelancong yang berkunjung ke negara ini.

    Tugasan ini akan mengupas berkaitan persembahan tradisional genre Ghazal,

    Dondang Sayang dan Boria dari aspek sejarah, rentak serta maksud teks lagu dan fungsi

    alatan muzik yang mengiringi persembahan genre tersebut.

    2.0 Ghazal

    2.1 Pengenalan

    Persembahan muzik tradisional Melayu di rantau ini banyak dipengaruhi oleh

    budaya luar termasuklah yang dibawa daripada para pedagang Arab. Ia juga berbaur

    dengan unsur-unsur ajaran agama Islam yang di anuti.

    Biarpun begitu,terdapat juga persembahan yang diresapi oleh unsur-unsur Hindu

    yang dibawa oleh para pedagag India. Semua ini cuba dicorakkan semula dengan

    mengadunkannya dengan rentak dan irama warisan kebudayaan tempatan.

    2

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    3/20

    2.2 Sejarah dan Latar Belakang

    Menurut penulis Adibah Amin, perkembangan ghazal di Malaysia telah dikaitkan

    dengan kedatangan wayang Parsi dari India ke Johor pada awal abad kedua puluh. Beberapa

    pegawai tentera seperti Kolonel Musa, Kolonel Yahya dan Major Lomak yang begitu tertarik

    dengan muzik ghazal telah mempelajari alat-alat muzik harmonium dan tabla daripada

    kumpulan Parsi itu. Mereka menyanyikan melodi ghazal dengan senikata pantun asli. Alat-

    alat muzik seperti gambus dan biola ditambahkan. Adibah Amin juga berpendapat bahawa

    ghazal sangat popular di kalangan orang bangsawan dan orang berpangkat tinggi terutamanya

    pada dekad 1930-an.

    Nyanyian ghazal dipercayai bermula pada kurun ke 10. Pada kurun ke 13 , ghazal

    dibawa masuk ke Negara India semasa India diterokai oleh negara-negara Islam. Nyanyian

    ghazal yang popular di negeri Johor sebenarnya berasal dari negara Parsi. Kebanyaknya

    daripada teks lagu nyayian ghazal mempunyai pengaruh dari negara Parsi (Iran) , Pakistan

    dan India.

    Pada asalnya ghazal dinyanyikan dalam bahasa Hindi dan Urdu dan diiringi oleh alat

    muzik bertali yang dikenali sebagai sarenggi, harmonium dan tabla. Bentuk asal ghazal yang

    berasal dari India masih dipersembahkan oleh komuniti India Muslim Malaysia.

    Dalam bahasa Hindustan permainan ghazal disebut gamat . Pancaragam gamat

    menggunakan empat jenis alat bunyian iatu syaringgi , sitar , harmonium dan tabla . Gamat

    merupakan kesenian masyarakat Hindu di India yang sering diadakan di majlis-majlis besar .

    Seorang penyanyi perempuan yang handal dan terkenal biasanya dibayar hingga

    seribu rupee semalam untuk menyanyi dalam persembahan gamat . Gamat juga dimainkan

    dalam upacara-upacara ibadat mengikut kepercayaan agama masing-masing .

    Di kalangan kaum Melayu, ghazal paling terkenal di selatan Semenanjung Malaysia

    khususnya di negeri Johor. Kewujudannya di negeri-negeri lain di Utara Semenanjung iaitu

    negeri Perak, Kedah dan Pulau Pinang adalah dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu

    malaui negeri Johor.

    Pada abad ke 19 , kerajaan Johor telah menjalin huungan yang erat dengan kerajaan Riau

    Lingga. Catatan sejarah menyatakan bahawa beberapa bangsawan Johor telah berulang-alik

    ke Riau bagi mempelajari kesenian ghazal dan seterusnya memperkenalkannya kepada Sultan

    3

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    4/20

    Johor. Sungguh pun ghazal dinyayikan dalam Bahasa Melayu , tetapi gaya lagu dan

    komposisi ghazal tetap dipengaruhi oleh Hindusta dan Parsi.

    Nama-nama bangsawan seperti Allahyarham Datuk Bentara Luar dan Mohd Salleh

    bin Perang sering dikaitkan dengan perkembangan muzik ghazal di Johor. Semasa membuka

    daerah-daerah baru di Johor , mereka turut memperkenalkan seni ghazal yang dimainkan di

    rumah-rumah penghulu dan pada hari keramaian. Selain daripada Allahyarham Datuk

    Bentara Luar , tardapat ramai lagi pembesar istana yang menyumbangkan dan

    memperkenalkan kesenian muzik ini. Di antaranya ialah Ungku ahmad bin Mohd Khalid ,

    Ungku Mohammad bin Mohd Khalid, Ungku Sulaiman bin Daud, Ungku Abd Aziz bin Abd

    Majid dan Encik Dapat.

    Berbeza dengan negeri-negeri lain, ghazal cukup popular di Negari Johor. Ghazal

    sering dijadikan persembahan utama pada hari keramaian dan majlis-majlis

    perkahwinan. Justeru, boleh dikatakan setiap daerah di negeri Johor mempunyai

    kumpulan ghazal mereka sendiri . Ada kalanya kumpulan-kumpulan ini akan saling

    bersaing dalam sesuatu pertandingan ghazal.

    Allahyarham Tuan Haji Musa yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Lomak

    dianggap oleh peminat peminat ghazal dan masyarakat umum di Johor sebagai tokohutama atau Bapa Ghazal di negeri itu .

    Persembahan ghazal adalah suatu cara permainan bunyi-bunyian dan nyanyian

    sebagai hiburan dalam kesenian Melayu yang ditiru menurut cara orang Hindu . Ghazal

    mempunyai sejarah yang menarik dan unik.

    2.3 Rentak.

    Rentak dalam nyanyian ghazal adalah berbeza dengan rentak-rentak yang lain. Hal ini

    adalah kerana, rentak asal nyayian ghazal adalah bersandarkan kepada rentak yang berasal

    dari Parsi.

    4

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    5/20

    Tal dalam genre ghazal adalah dikenali sebagai rentak. Tal merupakan perkataan

    Hindustan yang bermaksud irama. Tal berperanan sebagai penetapan had atau harakat-

    harakat lagu yang dimainkan mengikut had panjang dan pendek. Tal mestilah dipatuhi agar

    muzik yang dimainkan sedap didengar dan tidak menyakitkan telinga.

    Pelbagai jenis Tal dalam sistem Hindustani yang dipraktikkan dalam lagu-lagu

    ghazal. Antaranya ialah Khirwa yang terdiri dari 8 bit, Dadra 10 bit, dan Teen 16 bit. Kini,

    kebanyakan Tal-tal muzik ghazal tidak dipraktikkan lagi. Hanya Tal Khirwa dan Dadra

    sahaja yang masih digunakan.

    2.4 Fungsi Alat Muzik

    Ghazal tidak dimainkan di tempat yang terbuka sebaliknya diadakan ditempat yang

    khas. Peralatan muzik tradisional ghazal yang berasal dari Parsi adalah terdiri daripada

    harmonium, biola , gambus, alat muzik bertali sarenggi dan tabla. Di Malaysia alat muzik

    sarenggi jarang digunakan disebabkan oleh kesukaran mencari pemain sarenggi.Ghazal

    Melayu yang dipopularkan di Johor menggunakan alat muzik seperti harmonium, satu set alat

    perkusi tabla , gambus, gitar, tamborin dan violin.

    Peti harmonium.

    Merupakan alat muzik tradisional yang berasal dari India. Digelar sebagai penghulu alat

    muzik dalam permainan ghazal. Berperanan penting dalam persembahan muzik ghazal iaitu

    bagi memulakan persembahan dan menentukan masa (timming) bagi seorang penyanyi

    memulakan nyanyian.

    Tabla.

    Terdiri daripada dua buah gendang. 1 gendang besar (Bam) dan 1 gendang kecil (Din)

    Mempunyai massala yang membuatkannya lebih bergema.Meningkah dan mengiringi

    muzik agar lebih rancak dan enak didengar.

    Gambus dan Violin.

    Kedua-dua alat muzik ini berfungsi sebagai alat yang mencoraki latar belakang rentak lagu-

    lagu ghazal.Contohnya dalam lagu-lagu Jawa dan Melayu.Kesemua alat ini perlu dituning

    terlebih dulu.

    Ghazal mencantumkan alat-alat dan ciri-ciri muzik India, Melayu dan Barat. Skel muzik

    Baratl yang lazim digunakan ialah skel diatonik major-minor . Ini menghasilkan kedua-dua

    tekstur belapis muzik Melayu dan harmoni Barat dihasilkan. Harmonium dan biola

    5

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    6/20

    memainkan variasi melodi penyanyi dengan patah lagu dan bunga-bunga tersendiri . Gitar

    dan gambus berfungsi mengawal tempo. Juga berfungsi sebagai alat peningkah dan

    dimainkan semasa biola dan harmonium berehat. Gitar dan harmonium pula bermain not bes

    dan triad barat. Rentak muzik ringan dari India, rentak asli dan joget Melayu digunakan. Lagu

    dicipta dalam bentuk strofi iaitu setiap rangkap dinyanyikan dengan variasi melodi yang

    sama.

    2.5 Maksud teks.

    Persembahan ghazal adalah antara persembahan yang banyak diadakan di

    Negara kita. Perkataan ghazal diambil daripada perkataan Arab yang bermaksud puisi

    kasih. Nyanyian ini berasaskan pantun dan puisi yang dinyayikan dalam Bahasa Melayu.

    Antara lagu ghazal yang popular ialah Sri Mersing, seri Mahligai dan Gunung Banang.

    Contoh sebahagian teks dari lagu ghazal Sri Mersing

    Sri Meresing lagulah melayu

    Dikaranglah oleh biduan dahulu

    Hatiku runsing bertambahlah pilu

    Mengenangkan nasib dagang piatu

    Pantai Meresing jajahan Johor

    Pantainya indah sudah mahsyur

    Hatiku runsing dapat dihibur

    Patah dihati jiwa terkubur

    Dari teks lagu Sri Mersing di atas jelas menunjukkan keindahan bahasa yang digunakan.

    Merupakan bait-bait pantun yang dikarang indah dengan pembayang dan maksudnya. Setiap

    baris perkataan diakhiri dengan bunyi ritma yang sama

    3.0 Dondang Sayang

    3.1 Pengenalan

    Dondang sayang bermaksud nyanyian kasih. Dondang adalah berasal dari perkataan

    dendang iaitu nyanyian dan sayang pula bermaksud kasih. Persembahan dondang

    sayang cukup terkenal di Melaka berbanding di tempat-tempat lain di Negara ini.

    Daya tarikan serta keunikan persembahan dondang sayang adalah menggunakan konsep

    6

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    7/20

    pantun dalam seni kata sebagai tema persembahan. Dondang sayang diminati oleh orang

    Melayu , termasuklah masyarakat Cina Peranakan yang lebih dikenali sebagai Baba dan

    Nyonya serta masyarakat Serani khususnya di negeri Melaka.

    Dondang sayang sukar dipersembahkan. Lagu dondang sayang mesti dipelajari bersungguh-

    sungguh kerana mempunyai banyak kelainan dengan lagu-lagu tradisi yang lain. Gelaran

    yang pernah diberikan kepada lagu dondang sayang ialah penghulu lagu.

    3.2 Sejarah dan Latar belakang.

    Dondang sayang dikatakan berasal dari daerah Riau, Indonesia walaupun ada

    pendapat yang mengatakan dondang sayang mula dikesan di negeri Melaka. Beberapa

    penulisan tentang dondang sayang lebih menekankan kepada aspek pantun yang dinyayikan

    dalam lagu ini tetapi kurang pengkajian berkaitan asal usul lagu dondang sayang itu sendiri.

    Menurut Tan Sooi Beng (1997) , ada dua teori sejarah asal usul dondang sayang.

    Pertama dondang sayang dipercayai berasal dari Penyegat, Riau , Indonesia dan yang kedua

    berasal dari Melaka iaitu zaman kegemilangan kerajaan Melayu Melaka ada abd ke 15.

    Berhubung asal usul dondang sayang , terdapat beberapa pendapat lain yang menyanggah

    pendapat sebelumnya. Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa dondang sayang wujudpada saat saat terakhir Kesultanan Melayu Melaka iaitu pada akhir abad ke 15. Dipercayai

    dondang sayang dilahirkan di Pulau Sebang , Tampin , Melaka.

    Penciptaanya dikatakan dibuat khas untuk meraikan Datuk Temenggung yang

    melawat daerah tersebut sebagai pembesar negeri dalam pemerintahan kerajaan Melayu

    Melaka ketika itu. Lantas, para penduduk pun menebang pokok kelapa dan batangnya untuk

    dibuat rebana dan gendang. Alat-alat tersebut dijadikan alat muzik bagi mengiringi nyanyian

    dondang sayang.

    Sementara itu, ada pula pendapat yang menyatakan dondang sayang lahir daripada

    kesan pengaruh seni lagu yang dibawa oleh Portugis di sekitar kurun ke 16. Malah

    masyarakat Portugis yeng pernah mendiami negeri Melaka sekian lama didakwa melahirkan

    lagu tersebut.

    Ini bersandarkan kepada dua faktor iaitu alat muzik biola dibawa masuk ke rantau ini

    dari Eropah. Malah kegemaran bersuka ria dan berhibur merupakan cara hidup orangPortugis yang berbeza berbanding kehidupan orang Melayu. Justeru, masyarakat tempatan di

    7

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    8/20

    Melaka telah mengasimilasikan banyak tradisi dari masyarakat Portugis dalam kehidupan

    seharian mereka. Suatu hakikat yang harus diakui bahawa genre dondang sayang terus

    diperkemaskan lagi dengan kedatangan alat-alat muzik barat seperti biola. Alat muzik

    tradisional yang digunakan ialah rebana , gendang dan gong.

    Walaupun pelbagai pendapat diutarakan, keistimewaan menyanyikan lagu dondang

    sayang amat bergantung kepada nyanyian pentunnya. Tanpa dinyayikan dengan pantun , lagu

    dondang sayang tidak akan meninggalkan kesan kerana dianggap sebagai persembahan yang

    tidak lengkap. Malah nyayian dalam pantun inilah yang paling menarik perhatian penonton

    kerana mereka akan tekun mengikuti sejauh mana kebolehan dan kecekapan para

    penyanyinya bersoal jawab atau pun berjual beli pantun. Cara berjual beli pantun ini juga

    menguji ketangkasan fikiran si penyanyi keran penyampainya juga harus seiring dengan

    irama muzik yang berkumandang.

    3.3 Rentak

    Rentak dalam genre dondang sayang selalunya bergantung kepada penyanyi dan teks

    lagu. Sekiranya teks lagu tersebut berunsur lucu , maka rentak yang dimainkan oleh alat

    perkusi adalah agak cepat. Sebaliknya, jika teks lagu tersebut berunsur kisah yang sedih ,

    maka alat muzik rebana dan tetawak akan dimainkan dengan tempo yang perlahan.

    Persembahan dondang sayang bermula dengan gesekan biola dan iringan alt-alat

    muzik. Kemudian, pantun dondang sayang mula dinyayikan mengikut rentak dan irama

    paluan gong serta gesekan biola sehingga tamat. Dua buah rebana dipalu dengan rentak yang

    tersendiri. Salah sebuah daripada rebana itu dipalu dengan seragam untuk menentukan rentak

    lagu dan sebuah rebana lagi dengan rentak tambahan untuk irama yang lebih mangashikkan.

    Gong dipalu mengikut rentak rebana. Kedua-dua paluan haruslah beriringan agar

    rentak muzik berasa canggung pada pendengaran orang ramai. Malah, memberi peluang

    kepada penyanyi menjual beli pantun dengan selesa. Dalam sesebuah persembahan biasanya

    ahli-ahli muzik akan duduk berdekatan antara satu sama lain.

    Pemuzik juga harus mengikut tempo penyanyi. Setiap penyanyi mempunyai

    temponya sendiri dan semasa menyanyi mereka mengikut tempo sendiri. Oleh itu, pemuzik

    perlu bersedia dan menukar tempo mengikut penyanyi.

    8

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    9/20

    Tetawak atau gong berperanan bagi memastikan lagu tersebut mempunyai tempo

    yang tetap dan konsisten. Hal ini adalah kerana, keunikan nyayian dondang sayang adalah

    pada teks lagu tersebut bukanya irama atau rentak lagu.

    3.4 Fungsi Alat Muzik.

    Suatu ensemble dondang sayang , biasanya terdapat empat orang pemain violin, dua

    orang memainkan rebana dan seorang akan memainkan gong atau tetawak. Pemain violin

    biasanya akan menjadi ketua kumpulan. Ketua kumpulan memainkan peranan penting dalam

    ensemble ini bagi memberikan kaunter melodi untuk melodi asal dondang sayang.

    Irama gesekan biola adalah sebagi pembuka dan pengiring utama kepada nyanyian.

    Pukulan rebana pula sebagi peningkah yang diselangi dengan paluan gong atau tetawak

    sebagi pelengkap lagu.

    Keunikan lagu dondang sayang juga terletak kepada bentuk melodimya. Lagu

    dondang sayang berasaskan satu melodi sahaja. Ia mempunyai bentu atau form stropik di

    mana setiap stanza mempunyai tujuh baris vokal. Bentuk muzik adalah berasaskan struktur

    pantun empat kerat dengan ulangan beberapa baris pantun.

    Alat muzik yang biasanya digunakan bagi mengiringi nyanyian dondang sayang ialahviolin, biola , dua set rebana dan tetawak atau gong. Kadangkala terdapat juga lat muzik lain

    yang digunakan seperti akordian, seruling dan beberapa lagi violin.

    3.5 Maksud Teks.

    Penyanyi akan memulakan lagunya setelah rentak antara biola dan rebana

    diselaraskan. Seterusnya pantun dinyanyikan baris demi baris yang biasanya terdiri dari

    pantun empat kerat. Cara berbalas pantun dalam dondang sayang dapat melahirkan suasana

    yang gembira. Semasa berbalas pantun salah seorang penyanyi yang gagal menjawab pantun

    yang dijual kepadanya dikira sebagai kalah.

    Ini biasanya berlaku dalam sesuatu pertandingan dondang sayang. Bagi persembahan

    biasa, kedua-dua orang penyayi sudah tahu dan biasa dengan setiap pantun yang dinyayikan.

    Persembahan dondang sayang boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Persembahan

    dimulakan dengan gesekan biola, kemuadian pantun pengenalan dan seterusnya pantun dijual

    olaeh pemantun atau penyanyi.

    9

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    10/20

    Lazimya orang yang pandai menyanyikan lagu dondang sayang juga berkebolehan

    mengarang pantun secara spontan. Sebaliknya orang yang pandai berpantun belum tentu

    dapat menyanyikan dondang sayang dengan baik.

    Penyanyi dondang sayang akan lebih ghairah atau bersemangat apabila pantunnya

    dapat menjawab soalanya . Jawapan yang tepat seakan memberikan ilham baru kepada

    penyanyi untuk mencipta pantun yang lain untuk mengatasi lawanya.

    Pada umumnya , tema teks pantun-pantun yang dinyayikan adalah berkisar kepada

    masalah budi, kasih sayang , kias, ibarat, sindiran dan senda gurau yang disampaikan secara

    sopan. Pembayang maksud setiap pantun sering diambil dari alam sekeliling atau keindahan

    alam dan kadang-kala menyebut watak individu yang terkenal dalam masyarakat atau nama

    tempat. Penggunaan perkataan seperti Ala sayang, Ala dendang, Ala kawan, Cik adik sering

    digunakan. Contoh teks:

    Soal Burung putih burung dara

    Bersama dengan burung kedidi

    Dari mana datang asmara ala sayang

    Menjadi idaman pemuda pemudi?

    Jawab Pancing ikan pakai perahu,

    Bawa sebilah pisau belati,

    Kalau Cik Adik hendak tahu ,

    Dari mata turun ke hati.

    Dua baris yang pertama dikenali sebagai pembayang. Pembayang memainkan peranan

    penting kerana ia memulakan tempo untuk nyanyian dondang sayang. Teks dalam bahagian

    pembayang biasanya mengisahkan tentang sesorang atau perkara am. Dua baris teks yang

    seterusnya dikenali sebagai maksud. Bahagian inilah yang membawa maksud pantun

    tersebut. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu-lagu dondang sayang adalah terdapat

    pada dua baris yang terakhir ini.

    4.0 Boria

    10

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    11/20

    4.1 Pengenalan

    Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negeri utara Malaysia, terutama

    Pulau Pinang. Secara umumnya asal permainan boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di

    Parsi.

    Persembahan boria mempunyai dua segmen iaitu sketsa dan nyanyian. Nyanyian

    boria diketuai oleh seorang tukang karang (biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika

    menyanyi). Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya

    berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.

    Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi

    dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi. Alat-alat muzik boria

    telah berubah mengikut peredaran masa.

    4.2 Sejarah dan latar belakang.

    Dalam suatu kajian berkaitan boria , kesenian ini diadakan telah wujud sejak zaman

    kerajaan Bani Umaiyah lagi yang diketuai oleh Yazid bin Muawiyah yang juga merupakan

    musuh ketat kepada Saidina Husain , anak Saidina Ali bin Abu Talib yang juga cucu

    Rasulullah .

    Permusuhan antara kedua-dua pihak itu berakhir dengan peristiwa tragis , yakni

    hingga berlakunya kematian ke atas Saidina Husain dalam suatu peperangan di Karbala .

    Peristiwa malang tersebut berlaku pada 10 Muharam tahun 62 Hijrah .

    Sehubungan dengan peristiwa itu , kematian Saidina Husain disambut oleh pengikut-

    pengikut Yazid dengan rasa megah dan riang . Mereka mengadakan perayaan secara besar-

    besaran dengan menyanyi dan menari beramai-ramai sambil memuji kehandalan pahlawan-

    pahlawan mereka .

    Justeru , dipercayai bentuk perayaan puak Yazid itulah yang dibawa oleh pengikut-

    pengikutnya yang datang ke Pulau Pinang . Bagaimanapun , kesenian ini telah disesuaikan

    dengan suasana tempatan . Pada hari ini boria mengalami perubahan dengan syair-syair yang

    didendangkan tidak lagi bekisar kisah permbunuhan Saidina Hussein r.a sebaliknya diselang

    selikan dengan peristiwa-peristiwa yang terdapat dalm Kitab Taurat, Injil serta cerita rakyat

    dari timur.

    11

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    12/20

    Di Malaysia , boria mula bertapak pada kurun ke 19 di Pulau Pinang. Pada peringkat

    awal , boria di Pulau Pinang dimainkan dari sebuah rumah ke sebuah rumah . Di beberapa

    tempat lain , terdapat kumpulan boria yang mengadakan persembahan pada bulan puasa

    bertujuan mengejutkan orang bangun dari tidur untuk bersahur .

    Ada juga kumpulan boria yang mengadakan persembahan pada 9 Muharam hingga 10

    Muharam secara besar-besaran . Hari tersebut dinamakan hari Karbala , sempena dengan

    Perang Karbala yang mengorbankan dua orang cucu Rasulullah iaitu Hasan dan Husain .

    4.2 Rentak

    Persembahan boria merangkumi seni muzik , tarian, lakonan dan teks yang berunsur

    komik. Ensemble boria mempunyai seorang ketua, penyanyi korus dan para pemuzik.

    Persembahan dimulakan dengan sketsa komik. Sketsa ini kemudianya diikuti oleh sebuah

    tarian yang diiringi oleh penyanyi korus dan penyanyi solo. ( Kementerian Kebudayaan ,

    Kesenian dan Pelancongan Malaysia).

    Muzik boria dipegaruhi oleh muzik popular barat dan tempatan. Ia menggunakan

    rentak popular barat iaitu cha-cha, slow rumbha, mambo dan fox trot. Muzik boria juga

    menggunakan set dram/ bongo/ kongga untuk menghasilkan rentak barat. Terdapat unsur

    rentak aslli seperti inang, joget dan zapin. Menggunakan gong dan rebana untuk hasilkan

    rentak asli. Walaupun terdapat unsur muzik barat, gaya nyanyian merupakan gaya tradisi

    Melayu yang memberi penekanan pada penghujung frasa.

    Rentak dalam lagu boria adalah bergantung kepada kisah yang akan disampaikan.

    Terdapat dua segeman dalam persembahan boria iaitu sketsa dan nyanyian. Seorang ketua

    yang di kenali sebagai tukang karang akan mengetuai nyanyian boria. Tukang karang

    biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi.

    4.3 Fungsi Alat Muzik .

    Muzik boria berbentuk strofik dan melodi yang sama digunakan oleh tukang karang

    serta sailors. Walau bagaimanapun, muzik ini mula berubah pada tahun 1950-an Sehinggan

    tahun 1990-an, tambahan muzik pembukaan dan penutup dibentuk untuk menyediakan penari

    masuk dan meninggalkan pentas. Kebanyakan melodi muzik boria dibentuk berdasarkan skel

    diatonik. Ia menggunakan meter empatan. Teksturnya adalah homofonik. Harmoni yang

    digunakan ialah kod asas I,iv, v/ Kadang kala alat saksofon juga digunakan.

    12

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    13/20

    Alat muzik yang digunakan oleh kumpulan boria pada masa dahulu terdiri daripada

    biola , maracas dan tabla . Keupayaan para pemuzik untuk untuk membawa irama yang dapat

    mengiringi nyanyian tukang karang adalah merupakan aspek yang sangat penting. Oleh itu,

    kadang kala alat muzik yang digunakan hanyalah gendang dan violin. Walau bagaimanapun,

    sekiranya lebih banyak alat muzik digunakan maka semakin baiklah persembahan boria

    tersebut.Violin, gambus , marwas , tabla , gendang , akordian dan harmonika adalah di antara

    alat muzik yang sering digunakan.

    Kumpulan boria masa kini pada umumnya diiringi oleh sebuah pancaragam biasa

    yang kebanyakan adalah kugiran.

    4.4 Maksud Teks.

    Bentuk persembahan boria terbahagi kepada beberapa bahagian yang terdiri daripada

    bahagian pembukaan atau permulaan , bahagian tarian atau nyanyian dan bahagian penutup .

    Dalam bahagian permulaan , boria dimulakan dengan suatu lakonan pendek yang

    menjadi tema keseluruhan pantun atau syair yang akan dinyanyikan oleh tukang karang .

    Lakonan ini lebih merupakan perbualan sahaja . Isi lakonan atau perbualan adalah tentang

    sesuatu perkara yang berlaku dan lakonan biasanya diselitkan dengan unsur jenaka .

    Sebaik sahaja selesai sketsa itu , bermulalah tarian dan nyanyian . Kumpulan ini

    diketuai oleh seorang juara yang dipanggil sebagai Tukang Karang yang bertindak sebagai

    pemimpin dan penyanyi utama dalam persembahan mereka .

    Pada masa dahulu , pantun-pantun dikarang dengan bebas dan berunsur lucu . Pada

    masa ini , biasanya tema pantun atau syair telah ditetapkan terlebih dahulu . Lazimnya ,

    pantun-pantun yang dikarang berisi nasihat dan pujian kepada sesuatu perkara . Penggunaan

    ritma yang sama pada akhir perkataan bagi setiap rangkap dapat memberi impak yang puitis

    dan harmoni dalam persembahan boria. Contohnya petikan teks dari persembahan kumpulan

    Boria Anak Tanjung di bawah :

    Kalimah bismillah bermula kata

    Alhamdulillah bersyukur kita

    Perihal Pulau Pinang tajuk cerita

    Boria Anak Tanjung membawa berita

    13

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    14/20

    Lainlah buluh lainlah parang

    Lain dahulu lain sekarang

    Perubahan Pulau Pinang yang cukup terang

    Boria Anak Tanjung cuba menerang

    Soalan B.

    Keindahan muzik tradisional semakin terpinggir disebabkan oleh kebanjiran

    budaya-budaya asing dan muzik moden. Muzik pop seperti rock, rap, salsa dan heavy

    metal semakin digilai oleh generasi muda. Generasi muda dewasa ini semakin tidak

    mengenali dan berminat dengan khazanah muzik tradisional kita. Justeru itu, usaha-usaha

    perlu dilakukan bagi melestarikan genre-genre muzik tradisional kita khususnya ghazal,

    dondang sayang dan boria.

    Berdasarkan senario tersebut, langkah-langkah berikut dicadangkan bagi melestarikan

    genre muzik tradisional tersebut agar lebih positif dan cenderung kepada perkembangan yang

    lebih sihat lagi.

    i. Pertandingan realiti.

    Sudah menjadi trend masa kini rancangan realiti sangat menarik minat masyarakat.

    Justeru , pertandingan nyanyian realiti ghazal, dondang sayang dan boria dilihat dapat

    mempopularkan genre muzik tersebut . Contohnya rancangan realiti TV Akademi

    Fantasia, ramai bakat baru dapat dicungkil dan diberikan pendedahan tentang muzik dan

    teknik-teknik nyanyian yang betul. Anak muda yang mempunyai minat terhadap muzik

    genre tradisional ini diberikan pendedahan tentang muzik tradisonal khususnya ghazal,

    dondang syang dan boria. Pendedahan dari peringkat mencipta teks atau pantun yang

    betul , muzik dan persembahan genre tersebut mesti dilakukan dengan sistematik dan

    terancang. Perancangan rapi harus dilakukan dengan disertai oleh promosi yang menarik

    dan meyeluruh.

    Media elektronik seperti televisyen, radio dan media cetak boleh membantu

    mempromosikan pertandingan realiti tersebut. Dengan cara demikian bakat-bakat muda

    dapat dicungkil dan secara tidak langsung dapat menarik dan memupuk minat generasi

    muda terhadap genre muzik ghazal, dondang sayang dan boria tersebut.

    14

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    15/20

    ii. Kajian Semula Kurikulum Pendidikan Muzik

    Kurikulum pendidikan muzik di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah

    perlu dikaji semula agar mewujudkan aspek budaya tradisional. Pendedahan tentang

    muzik tardisional perlu dimasukkan kedalam kurikulum Pendidikan Muzik. Genre muzik

    ini seharusnya mempunyai kesinambungan dari peringkat rendah ke peringkat menengah

    rendah dan seterusnya ke peringkat menengah tinggi.

    Jika di peringkat sekolah rendah tumpuan adalah kepada pengetahuan asas muzik,

    adalah dicadangkan pendidikan di peringkat menengah rendah menjurus kepada

    pengkhususan sebagai persiapan melangkah ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya

    menghadapai peperiksaan asas di peringkat sekolah menengah. Kajian semula kurikulum

    ini juga adalah untuk memberi laluan kepada perancangan kurikulum khusus seni muzik

    di peringkat universiti agar institusi pengajian tinggi (lPT) dapat melahirkan graduan

    yang memenuhi ke hendak pasaran semasa.

    iii. Pengwujudan Sekolah Seni

    Kementerian Pelajaran telah mewujudkan sekolah seni di Johor dan Sarawak dalam

    Rancangan Malaysia Ke Sembilan sebagai sekolah perintis. Hal ini merupakan satu hasrat

    yang murni, dan dapat mengembangkan bakat dan minat anak muda dalam pelbagai genre

    muzik. Seharusnya genre muzik tradisional seperti ghazal , dondang syang dan boria tidak

    dipinggirkan. Hal ini adalah kerana dengan cara ini dilihat dapat menyemarakkan dan

    memupuk generasi muda agar menghargai budaya kita.

    Dalam konteks ini adalah diharapkan sekolah seni dapat diwujudkan di semua negeri

    untuk member lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar yang cemerlang dalam

    bakat dan seni untuk mendapat pendidikan formal dalam bidang ini, sepertimana

    pewujudan sekolah vokesional bagi mereka yang cenderung kepada bidang vokesional.

    iv. Mengatasi Masalah Kekurangan Guru Muzik

    Tidak dinafikan masalah pelaksanaan pendidikan seni muzik secara menyeluruh di

    semua peringkat pendidikan dipengaruhi oleh kekurangan guru muzik yang khusus dan

    mahir. Kekurangan ini perlu diatasi dengan segera dengan memberi insentif seperti

    biasiswa atau pinjaman kepada pelajar muzik dan guru muzik sedia ada serta belum

    terlatih untuk melanjutkan pelajaran seni muzik di dalam dan luar negara.

    15

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    16/20

    Khidmat pakar-pakar muzik tradisional lama atau otai dalam ghazal, dondang

    sayang dan boria juga boleh digunakan bagi menurunkan ilmu genre muzik tersebut

    kepada generasi pelapis.

    v. Mengatasi kekurangan alat muzik.

    Pembelajaran seni muzik perlu seiring antara pendekatan secara teori dan secara

    amali. Bagaimanapun, pendekatan secara amali sering dibebani oleh kekurangan

    peralatan muzik. Dalam hal ini Kerajaan perlu menyediakan peruntukan setiap tahun

    kepada Kementerian Pelajaran khusus untuk pembelian peralatan ini. Disamping itu,

    pihak sekolah juga wajar mengambil inisiatif sendiri untukmendapatkan sumber

    kewangan bagi menampung peruntukan Kerajaan. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

    memainkan peranan penting membantu Kerajaan melaksana projek yang boleh menjana

    tabung sekolah ke arah pencapaian hasrat murni ini.

    vi Memantapkan Pendidikan Seni Muzik dalam aktiviti Ko-Kurikulum.

    Kementerian Pelajaran juga disarankan mewajibkan setiap sekolah menengah

    menubuhkan sebuah Kelab Kebudayaan. Mungkin masalah yang timbul ialah kekurangan

    kepakaran atau guru dalam mengajar genre ghazal , dondang sayang dan boria. Oleh itu,

    adalah disarankan agar Kementerian Kebudayaan membekalkan tenaga pengajar tersebut

    ke sekolah sekolah menengah bagi membimbing dan membantu guru dalam aktiviti

    Kelab Kebudayaan.

    Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan juga perlulah

    mengadakan pertandingan Ghazal, dondang sayang dan boria dari peringkat sekolah,

    daerah dan seterusnya ke peringkat kebangsaan. Dengan cara ini, secara tidak langsung ia

    dapat melestarikan muzik dan budaya tradisional kita.

    vi. Penyelidikan berkaitan Muzik Tradisional

    Pemeliharaan muzik tradisi melalui kaedah pendidikan diterajui oleh ASWARA di

    bawah KeKKWa. Usaha ini wajar diteruskan, malah perlu dikembangkan agar

    pembelajarannya meliputi lebih banyak lagi muzik tradisi yang terdapat di negara ini.

    Selain daripada ASWARA,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), sebagai

    agensi pelaksana aktiviti kebudayaan dan kesenian KeKKWa, juga mengendali beberapa

    siri bengkel jangka pendek merangkumi pendidikan mencipta teks atau pantun genre

    16

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    17/20

    muzik tradisional, pendidikan bermain alat muzik secara amali, serta pembuatan alat

    muzik melalui projek industri budaya.

    vii. Menghasilkan jenama muzik Malysia.

    Khazanah rentak muzik tradisional Malaysia seperti ghazal, zapin, joget, inang, asli,

    etnik Sarawak dan Sabah dan sebagainya, mampu dijadikan jenama muzik Malaysia jika

    pandai disesuaikan dengan rentak kontemporari antarabangsa. Niche ini kurang diterokai

    oleh pencipta lagu tanahair mungkin kerana tidak mahu menanggung risiko dan dikhuatiri

    tidak mendapat sambutan. Namun demikian, Malaysia harus mempunyai identiti

    muziknya tersendiri dan perlu diusahakan secara eksperimental pada peringkat awal, dan

    selanjutnya dijadikan satu identiti kepada negara ini. Pendekatan ini juga secara tidak

    langsung akan memberi satu nafas dan pemangkin baru kepada industri muzik Malaysia

    dalam memberi kesan positif .

    viii. Aktiviti Penggalakan

    Bagi menggalakkan kecenderungan dalam muzik tradisi di kalangan rakyat Malaysi

    terutama generasi muda, beberapa siri pertandingan muzik tradisi harus dilaksanakan sama

    ada yang berbentuk muzik secara keseluruhan atau mengiringi artis dalam pertandingan

    nyanyian. Sebagai contoh, pertandingan muzik tradisi iaitu muzik ghazal, muzik dondang

    sayang , dan muzik boria. Pertandingan Bintang Asli Remaja anjuran KeKKWa yang

    sewaktu ketika dulu, hendaklah diteruskan kerana pertandingan nyanyian seperti ini

    memerlukan muzik tradisi sebagai pengiring artis. Secara tidak langsung pertandingan ini

    dapat menghidupkan semula persembahan muzik tradisi di samping membuka ruang dan

    peluang yang lebih banyak ke arah penciptaan lagu-Iagu berlandaskan muzik tradisi.

    ix. Aktiviti Penyemarakan

    Kegiatan muzik tradisi boleh terbantut seandainya tiada usaha jitu ke arah

    menyemarakkannya ke seluruh pelosok negara. Setakat ini muzik tradisi hanya popular

    diluar-Iuar bandar dan amat jarang sekali diketengahkan di bandar-bandar. Persembahan

    dibandar seringkali hanya tertumpu kepada majlis-majlis rasmi kerajaan

    melibatkanpembesar-pembesar negara sahaja, dan amat kurang dipersembahkan secara

    konsert. Persembahan atau konsert dari artis-artis ternama dimestikan mendendangkan

    sekurang-kurangnya sebuah lagu dari genre ghazal atau dondang sayang atau boria. Begitu

    17

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    18/20

    juga dalam penghasilan album mereka , dimestikan memuatkan sekurang-kurangnya sebuah

    lagu genre tersebut. Pihak radio pula dimestikan untuk memutarkan lagu genre tersebut .

    Justeru sebagai agensi kerajaan, Istana Budaya dilihat perlu memberi lebih banyak

    peluang kepada persembahan muzik tradisi dengan penganjurannya secara eksklusif, selaras

    dengan pentas Istana Budaya yang bertaraf dunia. Di samping itu adalah wajar persembahan

    dilangsungkan secara keliling di bandar-bandar utama negara untuk memberi peluang kepada

    masyarakat menikmati muzik tradisi dalam bentuk penganjuran yang eksklusif.

    Kesimpulan.

    Memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, sekaligus

    mewujudkan kepelbagaian persembahan tradisional yang unik dan berbeza-beza antara

    satu sama lain. Malah keunikan inilah yang menjadikan persembahan tradisional bersifat

    majmuk, yang suatu daya tarikan kepada perlancong asing untuk datang ke negara ini.

    Apatah lagi dalam persembahan tertentu, ia tidak mungkin dapat disaksikan di negara-

    negara lain.

    Genre muzik ghazal, dondang sayang dan boria adalah merupakan genre muzik tradisi

    yang amat menarik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Teks nyanyian yang

    mempunyai pengajaran dan maksud tertentu disertai dengan tarian dan melodi yang menarik

    perlu diserapkan kepada generasi muda. Hari ini, genre muzik ini semakin terpinggir dengan

    kemunculan muzik popular dan moden. Generasi muda semakin tidak mengetahui muzik

    tradisional ini sedangkan ia adalah merupakan budaya kita yang perlu dipelihara. Satu usaha

    18

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    19/20

    yang bersepadu dan perancangan pembangunan seni muzik genre ghazal , dondang sayang

    dan boria perlu dilakukan.

    (5048pp)

    Rujukan.

    19

  • 8/6/2019 assg mz taradisional

    20/20

    20