mz assg.doc

21
Huraikan lima contoh latihan teknik nyanyian fonasi yang dapat membantu murid-murid untuk menyebut senikata lagu di atas dengan sebutan yang mudah. Fonasi atau phonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang terhasil daripada bunyi. Pertuturan dihasilkan dengan berbagai cara, bukan sahaja melibatkan sebutan dari segi vowel dan konsonan, malah melibatkan segala aktiviti yang berkaitan dengan bunyi yang dihasilkan melalui sebutan contohnya seperti bercakap, menjerit, ketawa, menyanyi dan sebagainya. Hasil pertuturan ini terjadinya melalui bunyi yang dihasilkan daripada vokal kod yang terdapat di kawasan tekak. Bunyi yang terhasil akan dibentuk oleh kawalan otot-otot mulut, lidah, lelangit dan bibir yang akhirnya keluar menjadi sebutan tertentu. Teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman “Voice Training”, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk “Vocal Pedagogy” menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalamkata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal. Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik fonasi ini. Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku “Basics of Singing”

Upload: megja

Post on 10-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Huraikan lima contoh latihan teknik nyanyian fonasi yang dapat membantu murid-murid untuk menyebut senikata lagu di atas dengan sebutan yang mudah.Fonasi atau phonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang terhasil daripada bunyi. Pertuturan dihasilkan dengan berbagai cara, bukan sahaja melibatkan sebutan dari segi vowel dan konsonan, malah melibatkan segala aktiviti yang berkaitan dengan bunyi yang dihasilkan melalui sebutan contohnya seperti bercakap, menjerit, ketawa, menyanyi dan sebagainya. Hasil pertuturan ini terjadinya melalui bunyi yang dihasilkan daripada vokal kod yang terdapat di kawasan tekak. Bunyi yang terhasil akan dibentuk oleh kawalan otot-otot mulut, lidah, lelangit dan bibir yang akhirnya keluar menjadi sebutan tertentu.Teknik fonasi merupakan salah satu teknik terpenting bagi mendapatkan kualiti suara yang baik. Menurut sumber laman sesawang iaitu nukilan Paul Mason di laman Voice Training, fonasi adalah satu penghasilan suara kesan getaran yang terhasil daripada peti suara dan juga aliran udara. satu artikel di laman sesawang Wikipedia di bawah tajuk Vocal Pedagogy menyatakan fonasi adalah pembunyian yang berlaku di kotak suara yang bergetar seakan-akan berkala. Selain itu di dalamkata lain, proses menyuarakan yang menggunakan pembunyian yang panjang di mana ia berlaku di bahagian larynx yang mengubah aliran udara. Proses ini secara fisiologinya di panggil supra-glottal.

Terdapat beberapa jenis latihan bagi mendapatkan hasil yang baik dari teknik fonasi ini. Berikut adalah jenis latihan fonasi yang boleh dipraktikkan bagi menghasilkan kualiti suara yang baik. Saya juga telah mengambil contoh latihan fonasi dari buku Basics of Singing karya Jan Schmidt dan Heidi Counsell Schmidt dan seperti yang tertera di bawah:1. Membuat aktiviti menguap sambil membuka rongga suara. Di awal aktiviti, mulakan dengan pic yang tinggi kemudian diluncurkan ke pic yang rendah. Semasa menguap gunakan bunyi vokal ah atau oh. Contoh notasi (a)

Kemudian latihan tersebut diteruskan kepada pergerakan yang lebih sukar iaitu meluncurkan pic tersebut ke atas dan ke bawah. Contoh notasi seperti di atas(b)

2. Membuat aktiviti dengan mengeluarkan suara iaitu lebih kepada bentuk nyanyian dengan mengawal pernafasan di sekitar hidung ke dalam pic yang mempunyai not yang tinggi dan yang rendah. Contoh notasi:

3. Selain itu juga, latihan fonasi boleh dilakukan secara muzikal tetapi menggunakanaktiviti berkaitan dengan pergerakan dan bunyi-bunyian alam sekeliling. Antaracontoh aktiviti tersebut ialah:a. Animal Farm

i. The Donkey

1. Haiwan yang mempunyai dua suara? (suara atas/tinggi dan suara bawah/rendah) Jawapannya adalah keldai.

2. Kanak-kanak disuruh mengimitasi keldai(hee-haw)

3. Pastikan sebutan dengan jelas

ii. The Horse

1. Kuda juga menggunakan gabungan dua suara (rendah dan tinggi)

2. Kanak-kanak diajar membuat bunyi kuda (hyeee)

3. Imitasi bunyi ini memerlukan sokongan yang kuat pada abdomen4. Latihan Woofers and Tweeter

a. Little Dog

i. Kanak-kanak diajar mengimitasi bunyi seekor anjing (yip-yip)

ii. Pastikan suara mereka ringan dan tinggi

b. Dog Fight

i.Kanak-kanak secara berpasangan disuruh membunyikan suara anjing bergaduh sesame sendiriii.Seorang menggunakan bunyi woof manakala seorang lagi menggunakan bunyi yip, yipiii.Latihan ini menggunakan sokongan abdomen

c.Tweeters

i.Kanak-kanak disuruh mengimitasi suara burung

1. Burung kakak tua yang sedang bercakap Polly want acracker!

2. Gagak ca-ca

3. Cuckoo koo-koo-koo5. Latihan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan seperti latihan pembentukan mulut bagi menghasilkan sebutan vowel a,e,i,o,dan u dengan sebutan :

- Pic mendatar, menaik dan menurun

- Panjang/lanjut ( a..........e........i........o........u......)

- Pendek/terputus-putus (aaaa/eeee/iiii/oooo/uuuu )Selain itu juga latihan fonasi boleh dilakukan dengan latihan pembentukan mulut termasuk lidah,gigi,bibir dan lelangit untuk

menghasilkan artikulasi lirik lagu yang baik

- Sukukata terbuka . Contoh , la / ma/ mo/ lo / ma

- Sukukata tertutup . Contoh, ka....n, ma....n,..tu....p

- Cuba nyanyikan satu lagu dan sila beri fokus pada perletakkan lidah mengikut suku kata laguTerangkan dengan contoh lima cara bagaimana nyanyian solfa dengan isyarat tangan Curwen dapat diaplikasikan untuk membantu murid-murid memahami kedudukan pic lagu Bunga Berkembang

Kodaly menggunakan system do bergerak yang berasal dari Guido Arezzo (Itali) pada Abad ke 11. Dalam system ini, tonik solfa atau tonik pusat dalam sesebuah lagu ialah do dalam nada major dan la dalam nada minor. Ini memudahkan pelajaran nyanyian semerta.

Nada Major : d r m f s l t d

Nada minor : l t d r m f s l

Tonik Solfa menekankan perhubungan pic dan fungsinya dalam sesuatu sitem tonal. Apabila kanak-kanak dapat menguasai tonik solfa dengan selesa melalui nyanyian, membaca dan menulis skor mereka boleh diperkenalkan dengan not nama abjad.Nyanyian pic dalam jeda minor ke 3 (so mi) merupakan pengajaran asas. Dengan menggunakan tonik solfa kanak-kanak yang kenal dua not yang berpic ini boleh membacakan not ini pada baluk dimana-mana posisi. Kodaly berpendapat skel pentatonic (5 ton) amat sesuai digunakan kerana skel itu merupakan skel asas untuk lagu rakyat Hungary yang berciri mood minor.Manakala isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang berasal dari Hebrew dan Mesir kuno. Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-kanak biasanya menggunakan satu tangan (tangan yang menulis) untuk isyarat tangan. Isyarat-isyarat ini dilakukan di bahagian hadapan badan dengan permulaan do pada aras bahagian pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan ditunjukkan. Jarak so mi lebih jauh dari jarak so la atau do re. Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi pada jarak yang berdasarkan skala.Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Kaedah ini digunakan untuk sistem do bergerak (movable do) yang mana pic do bergantung kepada nada lagu. Misalnya dalam nada C major-minor, pic do ialah not C. Manakala bagi nada D major-minor, pic do ialah not D. Isyarat tangan dan gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil melihat notasi muzik. Salah satu turutan dalam mempelajari solfa adalah seperti berikut:

- so mi -

- la so mi -

- la so mi re -

- la so mi re do -

- la so mi re do la -

- la so mi re do la so -

- la so fa mi re do -

- ti la so fa mi re do -

- do` ti la so fa mi re do -

- do re mi fa so la ti do` -Kaedah isyarat tangan dan solfa ini sangat membantu dalam menentukan ketepatan pic semasa menyanyi tetapi latihan berterusan di dalam kelas adalah amat perlu. Apabila isyarat tangan digunakan sambil membunyikan solfa secara tidak langsung murid akan merasakan pic melalui pendengaran dalaman mereka. Kedudukan solfa sama ada tinggi atau rendah secara tidak langsung akan diingati mengikut kedudukan isyarat tangan. Antara contoh aktiviti seperti:Peringkat pertama: latihan awal (perkenalkan lagu)Lagu hendaklah diperkenalkan kepada murid terlebih dahulu. Gunakan piano ataupun kibod untuk mengiringi lagu. Setelah lagu dikuasai, murid-murid hendaklah menepuk tangan mereka untuk mengiringi lagu tersebut. Aktiviti boleh dilakukan secara berpasangan bertujuan kawan-kawan boleh mendengar nyanyian kawan mereka.

Peringkat kedua: membaca seni kata mengikut notasi atau melodi lagu

Murid-murid akan diajar menyanyi lagu mengikut nilai not dan secara melodi secara baris demi baris seterusnya rangkap demi rangkap.

Peringkat ketiga: latihan pic menggunakan solfa

Tuliskan solfa pada skor lagu bagi membantu murid menghafal. Seterusnya murid akan menyanyikan lagu menggunakan teknik solfa yang telah di letakkan tadi. Dalam keadaan ini ketepatan pic masih tidak lagi diperolehi.

Peringkat keempat: latihan isyarat tangan

Murid akan didedahkan dengan latihan isyarat tangan. Melalui kedudukan tangan ini murid akan tahu sama ada not yang dinyanyikan itu berada pada pic tinggi ataupun rendah. Aplikasikan isyarat tangan pada skor lagu.

Peringkat kelima: menyanyikan sambil membuat isyarat tangan dan solfa

Murid akan menyayikan lagu dengan menggunakan solfa dan isyarat tangan untuk merasai ketepatan pic. Sekiranya murid sudah menguasai, nyanyikan lagu dengan membuat isyarat tangan. Ulang latihan sehingga murid menguasai ketepatan picGuru boleh menguji murid nyanyian murid dengan iringan kibod ataupun piano.

Berdasarkan kaedah baris demi baris, tuliskan sepuluh urutan bagaimana anda akan memperkenalkan lagu tersebut kepada murid-murid untuk menarik minat mereka.

(a) Memperdengar lagu secara keseluruhan dengan muziknya.

Sebagai langkah pertama, guru akan memperdengarkan lagu Bunga Berkembang kepada murid secara keseluruhan dengan muziknya berulang-ulang sebanyak tiga hingga empat kali supaya murid dapat mengingati corak irama dan melodi lagu tersebut.b) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan dengan iringan dan tanpa iringan muzik.

Guru akan menggunakan kemahiran vokal untuk menyanyikan lagu Bunga Berkembang dengan iringan dan tanpa iringan muzik. Dalam masa yang sama murid akan memerhati notasi lagu dan mendengar dengan teliti lagu yang dinyanyikan. c) Membimbing murid membaca lirik lagu secara keseluruhannya.

Murid akan dibimbing membaca dan menyebut lirik lagu dengan sebutan yang betul secara keseluruhan.d)Menepuk irama lagu

Murid akan menepuk corak irama lagu secara individu dan berpasangan untuk mendapatkan melodi lagu yang sebenar

e)Membaca senikata lagu mengikut nilai not

Murid akan membaca senikata lagu mengikut nilai not baris demi baris dan seterusnya rangkap demi rangkap secara berpandu oleh guru.

f)Membaca senikata lagu mengikut melodi lagu

murid akan membaca senikata mengikut melodi lagu baris demi baris dan seterusnya rangkap demi rangkap dengan iringan kibod atau piano.

g)Mendengar guru menyayi keseluruhan lagu secara hummimg

Murid akan mendengar sambil mengikut dalam hati semasa guru menyanyikan lagui secara hummning.

h)Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan vokal

a,e,i,o,u) berulang-ulang.

Murid akan menghummingkan keseluruhan lagu secara berulang-ulang. i) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan tanpa iringan muzik.

Tanpa iringan muzik murid menyanyikan keseluruhan lagu Bunga Berkembang secara berpandu j)Menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan muzik

Dengan iringan muzik murid akan menyanyikan lagu secara berpandu sambil membuat pergerakan kreatif.Cadangkan satu contoh aktiviti improvisasi dan satu contoh aktiviti soal jawab yang sesuai untuk mengajar konsep irama dan melodi kepada murid-murid berdasarkan lagu di atas.

Improvisasi merupakan satu aktiviti yang boleh meningkatkan imaginasi dan kreativiti pelajar. Improvisasi merupakan gabungan atau lanjutan kepada aktiviti eurhythmics (pergerakan berirama).Sebelum melakukan aktiviti improvisasi, pengalaman dan pengetahuan asas tentang elemen irama dan pic diperlukan. Berdasarkan elemen asas tersebut maka pelajar melakukan pengubahsuaian, penambahan atau lanjutan. Pelbagai aktiviti improvisasi boleh dilakukan dengan penggunaan suara, tubuh badan dan alat perkusi. Piano merupakan instrumen utama yang digunakan untuk memainkan melodi atau irama asas sebelum pelajar membuat improvisasi terhadap apa yang didengari. Tumpuan aktiviti improvisasi adalah sesuatu yang dilakukan secara spontan, bukannya ditulis atau dirancang terlebih awal. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru akan memainkan irama dengan menggunakan piano dan murid menjawab irama tersebut dengan bertepuk tangan contohnya, irama yang dimainkan guru dengan menggunakan piano dan murid membalas irama guru dengan bertepuk tangan dan membuat improvisasi pada irama tersebut. Secara tidak langsung dua aktiviti telah berlaku serentak iaitu improvisasi dan soal jawab.

Konsep irama membawa maksud susunan notasi muzik di dalam skor tanpa elemen pic. Mainkan saja irama yang terdapat pada bar pertama lagu menggunakan kibod dan murid mendengar ataupun mengajuk. Jika murid dapat buat maka pengajaran kita berjaya. Kemudian minta murid mengubah corak irama tersebut tanpa mengubah meter lagu. Apabila guru memainkan corak irama yang asal murid akan membalas corak irama dengan ciptaan mereka sendiri.

Konsep melodi yang terhasil daripada Rentak dan Pitch. Dicadangkan cikgu mengajar nyanyian di mana konsep ini lebih jelas disampaikan kepada murid. Bagi konsep melodi pula, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengimprovisasikan lagu Bunga Berkembang. Guru boleh meminta murid untuk improvisasikan rentak lagu dari sederhana kepada rancak menggunakan rentak seperti zapin ataupun inang serta penggunaan tempo yang laju.

Analisis skor lagu di atas dan terangkan bagaimana seseorang guru muzik dapat memperkenalkan tiga konsep muzik berikut iaitu tekstur, bentuk dan harmoni kepada murid-murid semasa kelas pendidikan muzik.Meter

Secara konvensionalnya, detik dihimpunkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Lazimnya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Berdasarkan keratan lagu ini, meter lagu adalah dalam meter 4/4. Jelas sekali melaui penyusunan corak iramanya dalam meter 4/4

Tanda nada

Tanda nada lagu Bunga Berkembang ini adalah G major di mana terdapat tanda kromat syap pada not F. lagu juga bermula dengan not G dan diakhiri dengan not G

Tekanan

Semasa menyanyi atau memainkan sesuatu corak irama seringkali terdapat detik yang dirasakan lebih kuat atau lebih diberi penegasan yang lebih daripada detik-detik lain. Menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan. Simbol ( ^ dan > ) digunakan sebagai tanda tekanan pada detik yang berkenaan. > > > > > > >Tempo

Tempo adalah unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Sesetengah lagu boleh dicipta dalam tempo cepat, lambat atau sederhana. Tempo boleh dinyatakan dengan menggunakan istilah seperti Allegro, Andante dan Moderato. Tempo juga boleh dinyatakan dalam bentuk digit mengikut sukatan metronome. Di dalam lagu Bunga Berkembang ini tempo lagu adalah sederhana kerana terdapat perkataan moderato ditulis dibahagian atas skor lagu.

Corak Irama

Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap ( rehat ) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata. Semasa menulis corak irama, pembahagian meter adalah penting sebagai panduan dan sukatan nilai not dalam setiap bar agas menepati bilangan detik yang ditetapkan mengikut meter yang digunakan.Bagi lagu ini corak iramanya ialah:Pic

Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.Di dalam lagu ini not rendah adalah C tengah dan not tertinggi adalah C atas.

Tekstur

Tekstur adalah berkaitan dengan jalinan lapisan-lapisan suara dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang terdapat dalam sesebuah gubahan.Bentuk

Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini boleh diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik. Dalam lagu ini bentuk lagu adalah AAB.

Harmoni

Harmoni adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang berbunyi serentak. Ini melibatkan kaunter melodi yang terdiri daripada dua lapisan suara, dalam bentuk kaunter melodi, kord, dron dan ostinato. Lagu Bunga Berkembang ini boleh diharmonikan dengan not ketiga atas di mana menaikkan not kepada not ketiga untuk dijadikan kaunter melodi atau harmoni lagu tersebut.

Memperkenalkan tiga konsep muzik berikut iaitu tekstur, bentuk dan harmoni kepada murid-murid semasa kelas pendidikan muzik.

TEKSTUR/JALINANTekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi bunyi yang didengar1. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau tebal atau banyak solo,duet,trio.quartet,okestra2. Ia ditentukan oleh pembentukan harmoni monofoni,homofoni,polifoni

Objektif untuk konsep tekstur ialah:

Murid dapat1. Mengenal pasti sama ada lagu atau muzik yang didengar atau dinyanyikan oleh seorang,dua atau lebih

2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni (satu bunyi yang sama),homofoni(melodi yang diiringi melalui alat piano atau gitar) dan polifoni(dua atau lebih melodi dibunyikan serentak).Oleh yang demikian dalam konsep ini semasa kelas pendidikan muzik guru boleh memperdengarkan lagu dalam bentuk duet ataupun secara harmoni kemudian murid akan meneka tekstur lagu tersebut.

BENTUK

Satu paten atau corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic atau ton motif.Gabungan siri pic-pic menghasilkan satu idea muzik frasaRangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar seksyen, koras, rangkap

Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan

Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan intro, kodaKonsep bentuk membawa maksud perubahan sesuatu lagu itu pada bentuk lain.Objektif untuk konsep bentuk ialah:

Murid dapat membezakan dan mengenal pasti

1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan atau dimainkan

2. Rangkaian lagu berangkap dan korusnya

3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzikContoh aktiviti seperti korus pada lagu Bunga Berkembang, ianya mudah disampaikan dengan menggunakan kibod. Guru boleh berhenti dimana-mana saja bahagian lagu tersebut kemudian sambung semula jika murid masih belum tangkap.HARMONI

Hasil gabungan dua pic atau lebih disusun secara menegak dan dinyanyikan atau dimainkan serentak

1. Dua pic boleh dibunyikan serentak jeda

2. Gabungan tiga atau lebih pic dimainkan serentak triad, kord

3. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabung dan dibunyikan serentak round, polifoni, deskan, kaunter melodi

4. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni kord iringan,homofoni

Objektif untuk konsep harmoni ialah:

Murid dapat

1. Membezakan antara melodi (rangkaian) dan harmoni (himpunan pic iringan)

2. Mengenal pasti antara lagu atau muzik satu suara dan lagu atau muzik dua atau lebih suara

3. Menyanyi lagu pusingan round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah

Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

C.H Lee (2004). Pendidikan Muzik KBSR Tahun 4. Rhythm Distributor Sdn. Bhd

Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm

Distributor Sdn. Bhd

Loh, P.K.(1991). A handbook of music theory.Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat

Perkembangan Kurikulum.