assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan salam sejahtera

2
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Harimau Yang Tamak.”. Yang terlena, sedar-sedarkan. Yang tersedar, dengar-dengarkan Yang terdengar fikir-fikirkan. Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu akan dikabulkan oleh baginda. Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.” Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa. “Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa. “Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar. “Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau tergagap-gagap. “Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.

Upload: salhawatiy

Post on 19-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Skrip

TRANSCRIPT

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.Terima kasih Pengerusi MajlisYang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Harimau Yang Tamak..

Yang terlena, sedar-sedarkan.Yang tersedar, dengar-dengarkanYang terdengar fikir-fikirkan.Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu akan dikabulkan oleh baginda.Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu, timbullah rasa tamak di hati harimau. Aku mesti minta supaya rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku akan lebih kuat daripada Singa.Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi mengadap Maharaja Singa.Hah! Engkau datang juga, Harimau? tegur Singa. Apakah kehendak engkau? Harimau terkejut mendengar suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.Patik Patik mahu makan tujuh tujuh kata Harimau tergagap-gagap.Tujuh apa? sergah Maharaja Singa lebih keras.Tujuh hari sekali! jelas Harimau terketar-ketar.Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan dapat rezeki tujuh hari sekali, kata Singa.Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah tersebutkan tujuh hari sekali. TuankuPatikPatikSudah! potong Maharaja Singa. Tiap-tiap binatang hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja. Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan badannya tidak bermaya.

Ingat kawan-kawan,1.Orang yang tamak selalu rugi.2.Berfikirlah dahulu sebelum berkata-kata3.Kita mesti berusaha jika inginkan sesuatu bukan dengan jalan yang mudah.

Sebelum mengundur dirimarikita fikirkan, rezeki yang ada patut disyukuri, kelak tidak kufur nikmatnya,jangan suka tunggu diberiberusaha sendiri lebih manfaatnya. Sekian, terima kasih.