assalamualaikum w.b.t., salam sejahtera dan salam · pdf fileakan juga direalisasikan dalam...

30

Upload: phamnhan

Post on 16-Feb-2018

279 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April
Page 2: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

2

Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menulis sepatah

dua kata dalam Buletin Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Edisi Pertama bagi tahun 2010.

Kehadiran buletin yang memaparkan sumbangan kreatif dan berita Pengurusan JKN Sabah akan

membolehkan semua warga Bahagian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang lain termasuk Pusat

Tanggungjawab (PTJ-PTJ) di bawah jabatan ini mengetahui dan memahami dengan lebih lanjut tentang

aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh warga Bahagian Pengurusan JKNSabah.

Semoga buletin ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan diharap Bahagian/PTJ yang lain juga

dapat menyediakan buletin seumpama ini untuk tatapan semua.

Sekian, terima kasih.

( DR. MOHD. YUSOF BIN HJ. IBRAHIM )

Penaung

Buletin Pengurusan

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Page 3: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

3

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa yang

telah berusaha dan bertungkus lumus menyiapkan Buletin Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

(JKNSabah) yang julung-julung kalinya diterbitkan pada tahun ini.

Walaupun Buletin Pengurusan ini diterbitkan sebagai bacaan ringan dalam bentuk berita bergambar,

tetapi ianya memainkan peranan penting sebagai wadah Bahagian Pengurusan JKNSabah yang memberi

manfaat kepada semua pembaca. Buletin ini bukan sahaja merekodkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh

setiap Unit di Bahagian Pengurusan, tetapi juga memuatkan karya dan sumbangan kreatif daripada semua

warga Bahagian Pengurusan. Sumbangan seumpama ini menunjukkan semua warga berupaya dan

berkemampuan untuk menghasilkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi sekiranya diberikan dorongan dan

saluran yang sewajarnya.

Melalui penerbitan seperti ini, adalah diharapkan agar semua warga dapat mengimbau kembali

pengalaman semasa melaksanakan sesuatu aktiviti tersebut yang telah dibukukan bentuk media cetak. Saya

yakin dan percaya sokongan, kerjasama dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan dalam penerbitan ini

akan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, Penyayang, Kerja Berpasukan dan

Profesionalisme adalah budaya kerja kita.

Semoga usaha yang murni ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan liputan maklumat, laporan

dan sumbangan karya yang lebih menarik untuk tatapan semua warga JKNSabah.

Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan!

Sekian, terima kasih.

( TOISIN GANTOR )

Penasihat

Buletin Pengurusan (Edisi Pertama)

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Page 4: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

4

Unit Latihan & Kompetensi 6 Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Bagi Kumpulan Sokongan II Kementerian Kesihatan

Malaysia Tahun 2010

Unit Pembangunan 7

Kursus Perolehan Tanah dan Penyediaan Skop Kerja Lawatan Sambil Belajar Penetapan Ketua Perkhidmatan bagi Skim

Perkhidmatan yang sedang Berkuatkuasa dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan Unit Pentadbiran 12 Unit Perkhidmatan 13

Urusan Faedah Persaraan Melalui Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS

Unit Aset & Stor 14

Naziran Aset Tenom, Keningau & Tambunan

Page 5: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

5

Unit Perolehan 17

Kursus Perolehan Kerajaan Unit ICT 20

Bengkel Kesedaran ICT dan Technology Update Jawatankuasa Wakil ICT JKN Sabah Bil. 1/2010

Pelaksanaan Kursus / Latihan Basic PHP Sumber Terbuka

Unit Psikologi & Kaunseling 26

Ujian Tajma E-Psybermatrix Kursus Kepimpinan Pegawai Pengurusan

Anugerah Pekerja Contoh Bulanan

Unit Kewangan 28 ePenyata Gaji

Page 6: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

6

Antara komponen pengubahsuaian PTK

Kementerian Kesihatan Malaysia ialah kaedah Laporan Khas PTK Kumpulan Sokongan II (gred 1 hingga 16) yang memberi tumpuan penilaian terhadap aspek pengetahuan, nilai peribadi dan kemahiran penjawat bagi Kompetensi Generik dan Kompetensi Fungsional di dalam laporan berkenaan. Calon-calon akan dinilai oleh Panel Penilai yang terdiri daripada dua (2) orang iaitu Pegawai Penilai Pertama LNPT dan Pegawai Penilai Kedua LNPT mereka yang mengetahui tahap dan kebolehan dalam ketiga-tiga aspek penilaian iaitu pengetahuan, nilai peribadi dan kemahiran bagi kedua-dua Kompetensi Generik dan Fungsional pada Tahap Kecekapan (TK) yang berkenaan. Bagi calon yang yang hanya mempunyai seoang penilai LNPT, Ketua Jabatan perlu menetapkan seorang pegawai di Gred 27 dan ke atas yang mempunyai hubungan kerja secara langsung dengan calon sebagai penilai kedua.

Bagi calon yang terlibat dengan pelaksanaan Sijil Latihan Peningkatan Atendan Kesihatan (SLPAK) dan Pembangunan Profesional Berterusan (PTK-CPD), Laporan Khas hanya digunakan untuk menilai Kompetensi Generik sahaja.

Anggota yang telah memenuhi syarat menduduki PTK dan ingin memohon menduduki PTK hendaklah dibuat melalui Borang OMR yang boleh didapati daripada PTJ masing-masing. Permohonan adalah dibuka mulai bulan Mei tahun semasa dan tarikh tutup adalah pada bulan Julai tahun yang sama. Permohonan yang berjaya akan dipaparkan dalam portal Bahagian Pembangunan Kompetensi, KKM.

Garis Panduan Bagi Laporan Khas Penilaian Tahap Kecekapan Kumpulan Sokongan II Di Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Bagi Kumpulan Sokongan II Kementerian

Kesihatan Malaysia Tahun 2010

Disediakan oleh: Christni Alus Ketua Unit Latihan dan Kompetensi

Page 7: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

7

KURSUS PEROLEHAN TANAH DAN PENYEDIAAN SKOP KERJA

Pada 7 hingga 8 Julai 2010, Unit Pembangunan JKNS telah mengadakan Kursus Perolehan Tanah dan Penyediaan Skop Kerja Projek-projek Pembangunan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang bertempat di Bilik Seminar Terengganu Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Jalan UMS, Kota Kinabalu. Pembukaan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan), Dr. Mary Wong Lai Lin. Penyertaan kursus tersebut terbuka kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dalam urusan perolehan tanah dan penyediaan skop di PTJ masing-masing. Tujuan kursus adalah bagi memberi pendedahan terhadap perundangan tanah di negeri Sabah dan tatacara yang perlu diikuti dalam permohonan perolehan tanah untuk kegunaan Kementerian. Kursus ini juga diadakan untuk berkongsi ilmu dalam menyediakan skop kerja yang efektif bagi pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri Sabah. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Ibrahim. Dalam ucapan penutupan, Tuan Pengarah telah menyampaikan hasrat agar kursus seumpama ini dapat diadakan lagi di masa hadapan. Para peserta pula meminta agar diadakan kursus yang lebih terperinci. Secara umumnya, objektif kursus ini telah tercapai berdasarkan respon daripada peserta semasa dan selepas kursus diadakan.

Disediakan oleh: Dicky Shafari Md. Ali

Page 8: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

8

Pada 28 hingga 30 Julai 2010, Unit Pembangunan JKNS telah mengadakan lawatan sambil belajar ke JKN Johor dan JKN Melaka. Lawatan tersebut disertai oleh dua belas (12) peserta pelbagai gred di Unit Pembangunan dan Unit Perolehan JKNS. Tujuan lawatan ini diadakan untuk menimba ilmu serta melawat t apak - tapak projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan yang berkenaan.

Disediakan oleh: Dicky shafari Md. ALi

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Page 9: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

9

Di antara tempat yang dilawati adalah Hospital Permai Johor, KK Johor Jaya, Hospital Batu Pahat dan KK Batu Pahat di Johor. Manakala di Melaka pula, lawatan ke Hospital Alur Gajah, KD Brisu dan Klinik Kesihatan Jenis 3 serta kuarters Tengkera. Lawatan ini diadakan hasil daripada inisiatif Unit Pembangunan dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ahli rombongan. Unit Pembangunan mendapati lawatan seumpama ini wajar diadakan bagi memperluaskan ilmu, bertukar-tukar idea serta pengetahuan dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik dan efesien.

Page 10: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

10

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010 memaklumkan keputusan kerajaan mengenai penetapan Ketua Perkhidmatan bagi 243 skim yang sedang berkuatkuasa dalam perkhidmatan awam persekutuan.

Kementerian Kesihatan Malaysia adalah selaku ketua perkhidmatan bagi 43 skim perkhidmatan. Seramai 22 anggota di JKNS yang terlibat dengan opsyen pertukaran ketua skim perkhidmatan yang melibatkan 4 skim iaitu:- i) Penolong Pegawai Penerangan (Pegawai Seranta) ii) Pereka, Pereka (Pelukis) iii) Juruaudio Visual

iv) Jurufoto, Ahli Fotografi

Bagi tujuan pelaksanaan opsyen ini, Unit

Perkhidmatan Seksyen Pengesahan telah

mengadakan satu taklimat ringkas pada

25 Oktober 2010 di JKN Sabah.

Penetapan Ketua Perkhidmatan bagi Skim Perkhidmatan yang

sedang Berkuatkuasa dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Page 11: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

11

BIL. PUSAT TANGGUNGJAWAB TEMPOH PENGAUDITAN

1. Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu

8 Februari 2010 – 12 Mac 2010

2. Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April 2010 – 23 April 2010

3. Hospital Kudat 2 Jun 2010 – 1 Julai 2010

4. Hospital Papar 21 Julai 2010 – 17 Ogos 2010

PELAKSANAAN PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN OLEH UNIT DALAM JABATAN KESIHATAN NEGERI

SABAH SETAKAT 1 OKTOBER 2010

Page 12: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

12

Sepanjang bulan Jun 2010 sehingga September 2010, sebanyak empat (4) siri Perhimpunan Pagi telah dijalankan iaitu pada 17/6/2010, 07/07/2010, 02/08/2010, dan 06/09/2010. Perhimpunan Pagi merupakan medan Pengarah Kesihatan Negeri (PKN) mahupun pegawai-pegawai atasan yang lain menyampaikan amanat serta maklumat semasa kepada semua a nggota JKN Sabah. Sepanjang bulan Jun 2010 sehingga September 2010 juga, sebanyak dua (2) siri Mesyuarat Pagi telah diadakan di mana mesyuarat ini dipengerusikan oleh PKN sendiri dan ahlinya terdiri daripada semua TPKN. Mesyuarat Pagi merupakan antara mesyuarat terpenting jabatan ini kerana ia menjadi tempat untuk PKN berbincang secara terperinci dengan semua TPKN mengenai isu-isu berkaitan pengurusan, perubatan, kesihatan awam, farmasi dan pergigian. Terdapat beberapa laporan seperti aduan awam, kewangan, pembangunan, E-Masa dan UKAPS juga dibentangkan serta dibincangkan dalam mesyuarat ini.

Bagi Mesyuarat Pengurusan pula, sebanyak dua (2) siri mesyuarat telah diadakan yang dioengerusikan oleh TPKN (Pengurusan) sendiri iaitu pada 16/6/2010

dan 27/9/2010. Mesyuarat ini penting kepada

pegawai-pegawai di Bahagian Pengurusan kerana ia menjadi tempat untuk membincangkan isu-isu kewangan, pembangunan, perolehan, ICT, pentadbiran dan sebgainya.

Selain itu, tujuan mesyuarat ini adalah untuk TPKN (Pengurusan)

memaklumkan maklumat semasa serta isu-isu dalam mesyuarat-mesyuarat

yang dihadiri di peringkat Kementerian

Page 13: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

13

Bagi tujuan pelaksanaan di JKN Sabah, Unit Perkhidmatan Seksyen HRMIS telah mengadakan beberapa siri taklimat mengikut zon di seluruh Sabah seperti berikut:- i) 23-25 Ogos 2010 di Hospital Lahad Datu bagi PTJ di Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. ii) 14-15 Oktober 2010 di Ibu Pejabat JKNS bagi PTJ dari Zon Utara. iii) 20-22 Oktober 2010 di Ibu Pejabat JKNS bagi PTJ dari Kota Kinabalu. iv)10-11 November 2010 di Ibu Pejabat JKNS bagi PTJ dari Zon Selatan.

Berdasarkan kepasa surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam JPA/PEN(S)228/25/11(2) bertarikh 23 Jun 2010 dan surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.4/2010 berkenaan Pelaksanaan Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS.

Mulai 1 Ogos 2010, penghantaran maklu-

mat ke Jabatan Perkhidmatan Awam

(Bahagian Pasca Perkhidmatan) yang

tidak melalui HRMIS tidak akan diproses

oleh JPA.

Urusan-urusan yang perlu melalui Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS ialah: i) persaraan wajib mengikut umur ii) persaraan pilihan iii) kematian dalam perkhidmatan iv) maklumat asas bakal pesara

Urusan Faedah Persaraan Melalui

Modul Penamatan Perkhidmatan HRMIS

Page 14: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

14

Naziran Aset Tenom, Keningau &

KATA-KATA HIKMAH...

Naziran Pengurusan Aset Bil.4/2010 telah dijalankan pada 4 Ogos 2010 hingga 6 Ogos 2010 di lima (5) PTJ iaitu Hospital Tenom, Pejabat Pergigian Kawasan Keningau, Hospital Keningau, Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau dan Hospital Tambunan. Naziran tersebut turut disertai oleh pegawai dan kakitangan dari Unit Perolehan, Unti Kewangan & Akaun serta Unit Perkhidmatan, JKN Sabah. Naziran Pengurusan Aset ini diketuai oleh Pn. Roza J. Anthony Mojigoh dan dibantu oleh En. Mohd Safar Bin Ag Jaludin. Tujuan Naziran dilaksanakan bagi memastikan pematuhan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 tahun 2007 oleh semua PTJ di bawah JKN Sabah, di samping mengenalpasti masalah serta berkongsi maklumat mengenai pengurusan asset yang perlu dilaksanakan.

Page 15: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

15

Semoga naziran ini akan dipanjangkan

ke semua PTJ agar pengurusan aset

JKN Sabah terus dapat dimantapkan

dan memastikan pemeriksaan aset JKN

Sabah dapat mencapai 100% menjelang

bulan October 2010.

Page 16: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

16

KATA-KATA HIKMAH...

Sesi Latihan Sistem Pengurusan Aset telah dijalankan pada 6 Julai 2010 betempat di Bilik Mesyuarat, Aras 3, Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Sesi latihan ini dikendalikan oleh En. Pg Mohd Sharul Hisham dan En. Mohd Safar Bin Ag Jaludin daripada Unit Pengurusan Aset & Stor, JKN Sabah. Sesi latihan ini telah dihadiri oleh sepuluh (10) orang wakil daripada enam (6) PTJ iaitu Hospital Duchess of Kent, Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan, Pejabat Pergigian Kawasan Sandakan, Kolej Kejururawatan Sandakan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan serta Hospital Kinabatangan. Sistem ini dipanjangkan ke Hosptial Duchess of Kent agar dapat menjadi ‘pilot project’ kepada penggunaan sistem tersebut di kawasan Sandakan setelah sistem ini digunakan oleh enam (6) PTJ di kawasan Kota Kinabalu. Sistem ini akan terus dipanjangkan ke seluruh kawasan Sabah secara berperingkat menjelang tahun 2011.

Page 17: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

17

Disediakan oleh: Rohaya PPTK Unit Perolehan

Aktiviti naziran merupakan salah satu SKT Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan JKNSabah untuk memantau pematuhan prosedur perolehan di peringkat PTJ selaras dengan pekeliling/peraturan kewangan/Perbendaharaan yang berkuatkuasa. Setakat Ogos 2010, Unit Perolehan telah melaksanakan naziran ke sepuluh

(10) PTJ seperti berikut:

Hasil penemuan naziran mendapati beberapa ketidakpatuhan dari segi prosedur/tatacara

perolehan dan PTJ telah diberi masa 2 minggu untuk memberikan melaksanakan tindakan

pembetulan tersebut.

Bil Tarikh Lawatan Nama PTJ -PTJ

1. 15.4.2010 PKK Tawau

2. 26.4.2010 Hospital Ranau

3. 11.5.2010 Hospital Beaufort dan Pergigian Beaufort

4. 4.6.2010 Hospital Likas

5. 4-6.8.2010 Hospital Tambunan Hospital Keningau PKK Keningau PPK Keningau Hospital Tenom

Page 18: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

18

Penyelaras Kursus Cik Rohaya Mohd Amin bersama

urusetia kursus Encik Taib Musah

dan Pn Misbahwati Hussain.

kntrol2..

Snym seindah

suria...

Da 2 cewek dkt

aq~best nye...

Para peserta kursus tekun mendengar sesi

ceramah.

Sa lpa sda d mna mo

tulis...

Concentrate…

jan tido~

Dr. Mohan a/l A. Gopal Naidoo, membuat pertanyaan ten-tang kemusykilan dalam urusan perolehan.

Rasa syg heh… ummm

lpa lirik la pla.. hehe

Aduii..susa2..

Emm suara yg

fantastic..

Uit, geng send mms

la~ check dlu...

Unit Perolehan, Bahagian Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah mengadakan Kursus Perolehan Kerajaan pada 20 hingga 22 Mei 2009 bertempat di Hotel Tang Dynasty Kota Kinabalu untuk Ketua-Ketua PTJ, PPT dan Pembantu Tadbir Kanan dari semua PTJ. Penceramah daripada Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya telah dijemput khas untuk memberikan ceramah berkaitan prosedur perolehan kerajaan.

Page 19: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

19

Apakah yang di-

fikirkan oleh pe-

serta2 ini?

Termenung jauh nun d sana...

Di akhir penutupan kursus, Dr. William Gotulis memberikan

ucapan penutup dan lega melepaskan tanggungjawab sebagai Penghulu Kursus yang telah disandang selama 3 hari.

Penyampaian sijil kepada peserta oleh Mantan TPKN

(Pengurusan) Dr Mary Wong Lai Lin.

Seramai lebih kurang 40 ketua PTJ 40 PPT serta 30 PTK menghadiri kursus ini. Dr William Gotulis telah dilantik sebagai Penghulu. Kursus telah dirasmikan oleh mantan TPKN (Pengurusan) iaitu Dr. Mary Wong Lai Lin.

Pegawai Penceramah daripada Jabatan Audit Negara

Cawangan Kota Kinabalu memberikan sesi ceramah

tentang penemuan audit.

K… Pa ya sa mo

nyanyi ni.. Huhu..

Hehehe bukan sijil

lam ni, buku & fail

ja ni.. Yes! Sijil!

Yahoo~

Sa pn mo~

takkan sa teda~

Bila la masa utk mkn

ni~ lpar sda sa...

Page 20: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

20

Pegawai Teknologi Maklumat dan Wakil ICT daripada semua lima puluh (50) PTJ JKN Sabah.

Bengkel ini telah dihadiri oleh semua...

Bengkel Kesedaran ICT dan Technology Update Jawatankuasa Wakil ICT JKN Sabah Bil. 01/2010 telah diadakan daripada 9 Jun 2010 hingga 11 Jun 2010 di Zen

Laporan bulan Jun hingga September 2010

Bengkel Kesedaran ICT dan Technology Update Jawatankuasa Wakil ICT JKN Sabah Bil. 1/2010

Page 21: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

21

Pelaksanaan Kursus / Latihan Microsoft Office

Powerpoint 2007 dan OpenOffice.Org

Kajian Pembangunan Sistem Pengurusan

Kesihatan Negeri Sabah (eSHEM)

Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM)

2011 – 2015 Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelaksanaan Kursus / Latihan Microsoft Office Powerpoint 2007 dan OpenOffice.Org (Writer, Calc & Impress) telah diadakan daripada 15 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010 dan 21 Jun 2010 hingga 24 Jun 2010 yang bertempat di Makmal Komputer Universiti Terbuka Malaysia cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Peserta adalah daripada kalangan pegawai dan kakitangan di Bahagian Pengurusan JKN Sabah.

Pejabat Pengurusan Projek (PMO) di Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) KKM sedang dalam proses pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) 2011-2015 KKM. Beberapa sesi khusus persediaan program dan aktiviti berkaitan pembangunan PSTM telah diadakan. Sesi Taklimat & Pengumpulan Maklumat Bagi Fasa Analisa Persekitaran Bisnes & ICT Semasa Pembangunan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) 2011 - 2015 KKM bagi zon Sabah akan diadakan pada 04 Oktober hingga 05 Oktober 2010. Semua PTJ di JKN Sabah dan JKN Wilayah Persekutuan Labuan telah dijemput untuk menghadiri sesi berkenaan yang akan diadakan di Hotel Beverly Kota Kinabalu, Sabah.

Kajian analisis keperluan pembangunan Sistem Pengurusan Kesihatan Negeri Sabah (eSHEM) telah diadakan pada 27 Julai, 20 Ogos dan 07 September 2010 yang dihadiri daripada kalangan Penolong Pegawai dan Pegawai Teknologi Maklumat daripada Unit ICT Bahagian Pengurusan dan PTJ Hospital JKN Sabah. Fasa pertama pembangunan melibatkan Modul Pendaftaran Pesakit dan Pengurusan Hasil untuk digunakan oleh fasiliti kesihatan di negeri Sabah yang tidak disediakan projek ICT seperti Hospital IT (HIS) dan Teleprimary Care (TPC) oleh pihak KKM. Pengarah Kesihatan Negeri telah dimaklumkan mengenai inisiatif projek ICT berkenaan dan kertas kerja permohonan kelulusan pembangunan eSHEM daripada Ketua Program di peringkat KKM sedang disediakan.

Page 22: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

22

Taklimat dan edaran perisian antivirus

kepada PTJ

Perolehan lesen perisian antivirus telah dibuat pada bulan Mac 2010 (Sophos - 380 lesen) dan pada bulan Ogos 2010 (PCOP - 515 lesen) untuk diedarkan ke PTJ-PTJ sebagai langkah untuk mengurangkan ancaman serangan virus pada peralatan komputer. Sehubungan dengan itu satu sesi taklimat kepada pegawai IT dan wakil ICT PTJ-PTJ yang terlibat dari pihak pembekal telah diadakan pada 18 Ogos 2010 di Bilik Mesyuarat Utama, Ibu Pejabat JKN Sabah untuk menerangkan ciri-ciri perisian, cara-cara instalasi dan seterusnya penyeliaan penggunaan secara Central Monitoring.

Kursus Basic PHP telah diadakan pada 20 September hingga

24 September 2010 di Makmal Komputer Kolej Sains

Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu.

Page 23: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

23

Peserta kursus adalah daripada kalangan Penolong Pegawai dan

Pegawai Teknologi Maklumat di Unit ICT Bahagian Pengurusan dan PTJ

Hospital JKN Sabah.

Selain daripada penambahbaikan terhadap kepakaran Pegawai IT

yang terlibat, kursus ini dapat membantu melaksanakan

tugasan harian di pejabat dan seterusnya sebagai alat pengaturcaraan untuk

pembangunan eSHEM.

Page 24: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

24

APA ITU PERISIAN SUMBER TERBUKA? Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai. Sumber terbuka tidak sahaja bermaksud akses kepada kod sumber. Terma pengedaran bagi perisian sumber terbuka harus menepati kriteria-kriteria berikut: 1. Pengedaran Semula Bebas Lesen tersebut tidak menghadkan mana-mana pihak dari menjual atau memberi perisian sebagai komponen daripada satu edaran perisian lengkap yang mengandungi aturcara dari pelbagai sumber. Lesen ini tidak memerlukan sebarang royalti atau lain-lain bayaran bagi penjualan tertentu. 2. Kod Sumber Aturcara tersebut perlu mengandungi kod sumber, dan membolehkan pengedaran kod sumber serta pengedaran dalam bentuk kompil. Dimana sesetengah bentuk produk tidak diedarkan bersama kod sumber, harus terdapat satu cara yang diketahui ramai bagi mendapatkan kod sumber pada kos reproduksi berpatutan atau boleh dimuat turunkan melalui Internet tanpa sebarang bayaran. Kod sumber haruslah menjadi bentuk utama seorang pengaturcara membuat pindaan terhadap sesuatu aturcara. Kod sumber yang sengaja mengelirukan tidak dibenarkan. Bentuk pertengahan seperti output prapemproses atau penterjemah tidak dibenarkan. 3. Kerja Bersumber Lesen tersebut harus membenarkan modifikasi serta kerja bersumber dan perlu membenarkan ia diedarkan di bawah terma yang sama dengan lesen perisian asal. 4. Keutuhan Kod Pencipta Kod Sumber Lesen tersebut boleh menghadkan kod sumber daripada diedarkan dalam bentuk berpinda hanya jika lesen tersebut membenarkan pengedaran fail tampung bersama kod sumber dengan tujuan meminda aturcara tersebut pada masa pembuatan. Lesen tersebut perlu secara jelas membenarkan edaran perisian yang dibangunkan dari kod sumber yang telah dipinda. Lesen tersebut boleh menghendaki kerja bersumber menggunakan nama yang lain atau nombor versi yang lain daripada perisian asal. 5. Tiada Diskriminisasi Terhadap Seseorang Atau Kumpulan Lesen tersebut tidak boleh mendiskriminisasi terhadap seseorang atau sekumpulan orang. 6. Tiada Diskriminasi Terhadap Usaha Bidang Lain Lesen tersebut tidak boleh menghalang sesiapa lain daripada mengguna-semula aturcara tersebut bagi sebarang usaha dalam bidang lain. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh melarang sesiapa daripada menggunakan aturcara dalam bidang perniagaan ataupun digunakan dalam kajian genetik.

Page 25: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

25

KELEBIHAN SUMBER TERBUKA

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber_terbuka

7. Pengedaran Lesen Hak yang dikaitkan dengan aturcara harus bersabit kepada sesiapa yang mengedar semula aturcara tersebut tanpa perlu dikeluarkan lesen tambahan. 8. Lesen Tidak Boleh Khusus Kepada Satu Produk Hak yang dikaitkan dengan aturcara tidak boleh bergantung kepada aturcara tersebut sebagai sebahagian daripada distribusi perisian tertentu. Jika aturcara ini diekstrak daripada distribusi tersebut atau digunakan atau diedarkan dibawah terma lesen aturcara tersebut, semua pihak yang mana aturcara itu telah diedarkan harus mempunyai hak yang sama dengan mereka yang mendapat hak bersamaan edaran aturcara asal. 9. Lesen Tidak Boleh Menghadkan Perisian Yang Lain Lesen tersebut tidak boleh meletakkan larangan kepada perisian lain yang diedarkan bersama perisian asal. Sebagai contoh, lesen tersebut tidak boleh menghadkan bahawa aturcara yang lain diedarkan di atas medium sama harus juga perisian sumber terbuka.

Tiada paksaan untuk menaiktarafkan sesuatu perisian Pembekal namun bagi perisian berbayar perlu untuk mengekalkan imbuhan pendapatan mereka. (Contohnya: • Sistem pengoperasian lama bagi Microsoft yang sudah tamat tempoh akan kehilangan support, penyelesaiannya hanya dengan menaiktaraf sistem tersebut. ) Kos efektif Perisian Sumber Terbuka selalunya datang dengan kos yang percuma. Ini membantu syarikat dan seterusnya negara untuk menggunakannya. Lebih selamat disebabkan kod sumber adalah terbuka, lebih ramai yang memeriksa kod sumber dan dengan itu lebih banyak kesilapan dijumpai dan dibetulkan. Hasil terakhir yang diperolehi akan lebih selamat dibandingkan dengan kod sumber tertutup bagi kod sumber yang sama.

Page 26: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

26

Unit Psikologi dan Kaunseling mempunyao program ujian psikologi yang dinamakan ujian Psikologi TAJMA e-Psybermatrix yang dilaksanakan secara online. TAJMA e-Psybermatrix adalah satu cabang penyelidikan baru yang mengaplikasikan bidang ICT sepenuhnya di dalam proses pengukuran dan pembaikan psikologi manusia. “E-Psybermatrix direkabentuk untuk memberikan data saintifik seseorang individu atau sekumpulan individu dari aspek personality, emosi, pemikiran dan minat kerjaya yang berasaskan prin-sip psikologi dan budaya masyarakat Malaysia. Ia merupakan suatu siri alat ukur yang menyemak suatu hipotesis dan membuat keputusan tentang tindakbalas tingkahlaku manusia dengan persekitaran.” Dr. Mohd. Tajudin b. Hj. Ninggal, K.B.P. Perisian web TAJMA Psybermatrix mengandungi tiga profil psikologi iaitu, Profil Personaliti TAJMA (PPT), Profil Minat Kerjaya

TAJMA (PMKT), dan Profil Stress TAJMA (PST) yang direka berasaskan budaya masyarakat Malaysia bagi mengurangkan kadar bias dan ketidak tepat dapatan ujian tersebut.

Kepada yang berminat dang ingin mengetahut personaliti diri perlu mentadbir e-Psybermatrix dengan mengemukakan maklumat iaitu nama, jawatan dan gred kad pengenalan serta Pusat Tanggungjawab kepada Cik Hairuni Bt Kasuagi sebagai penyelaras ujian di talian 088-265960 sambungan 206. Maklumat ini akan digunakan bagi tujuan pendaftaran dalam sistem bagi mendapatkan password dan ID ujian TAJMA daripada Institut Pengurusan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKKM). Setiap daripada pengguna ujian ini akan memperolehi ID dan password masing-masing. Segala keputusan ujian dalam aplikasi ini hanya boleh diperolehi dan dicapai oleh pengguna tersebut.

Page 27: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

27

Pada 28 Julai 2010 hingga 30 Julai 2010 bertempat di Beringgis Beach Resort, Papar telah diadakan Kursus Kepimpinan Siri ke-2 untuk pegawai-pegawai pengurusan Bahagian Pengurusan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai empat puluh lima (45) peserta pelbagai skim perkhidmatan yang terdiri daripada Pegawai Psikologi, Pegawai Teknologi Maklumat, Akauntan, Penolong Akauntan, Penolong Pegawai Tadbir dan Pembantu Tadbir Kanan.

Objektif utama kursus ini adalah meningkatkan kefahaman peserta tentang kepimpinan secara umum dan mempelajari cara

menjadi pemimpin yang berkesan. Selain itu, peserta faham tentang ciri-ciri pemimpin yang baik dan stail kepimpinan yang baik serta dapat menguasai kemahiran interpersonal khususnya dari segi komunikasi berkesan dan ketrampilan diri bagi seseorang pemimpin.

KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI PENGURUSAN BAHAGIAN PENGURUSAN JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH DI

BERIGGIS BEACH RSORT, PAPAR PADA 28 JULAI 2010 HINGGA 30 JULAI 2010

Page 28: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

28

Sistem ePenyata Gaji dibangunkan untuk membolehkan Penyata Gaji Bulanan dan Penyata PendapatanTahunan disampaikan terus kepada pengguna. Sistem ini dilaksanakan selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 3 Tahun 2010. Mengikut amalan sebelum ini, Penyata Gaji Bulanan dan Penyata PendapatanTahunan penjawat awam dicetak dan diedarkan oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam melalui pusat pembayar gaji.sistem ePenyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan disampaikan terus kepada pengguna melalui laman web www.anm.gov.my selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Pengguna boleh memuat turun daripada Sistem, Penyata gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan semasa sehingga Jun tahun berikutnya. Setiap pengguna Sistem yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jabatan Akauntan Negara Malaysia tidak akan bertanggunjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas

maklumat yang disampaikan melalui sistem. Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata pendapatan Tahunan adalah di bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan. Sila berhubung dengan pegawai di Unit

Kewangan & Akaun untuk sebarang maklumat

lanjut.

Page 29: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

29

NAMA : HASINIAH SENIN JAWATAN : PEMBANTU TADBIR

KANAN N22 UNIT : PERJAWATAN &

PERTUKARAN

BULAN JANUARI

BULAN FEBRUARI

NAMA : ELIZABETH MARGARET

CHIN

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KANAN N22

UNIT : PERKHIDMATAN

BULAN MAC

NAMA : ASNAN SULUNG SULAIMAN JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

UNIT : PERKHIDMATAN

BULAN APRIL

NAMA : LINDA YUBIH

JAWATAN : PEMBANTU

TADBIR N17 UNIT : PEMBANGUNAN

BULAN MEI

NAMA : ASNIYAH BTE RAMLI

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17 UNIT : PEROLEHAN

BULAN JUN

NAMA :JAINEH BIN ABIDIN

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR KANAN N22

UNIT : KEWANGAN & AKAUN

BULAN JULAI

NAMA : KARIN ANABEL MOSIOS

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

UNIT : LATIHAN & KOMPETENSI

BULAN OGOS

NAMA : ROZIDAH BTE RODJIT

JAWATAN : PEMBANTU TADBIR N17

UNIT : PERKHIDMATAN

DISEDIAKAN OLEH: HAIRUNI KASUAGI PEGAWAI PSIKOLOGI UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING

Anugerah Pekerja Contoh Bulanan Bahagian Pengurusan

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Januari 2010- Oktober 2010

BULAN SEPTEMBER

NAMA :ROHAYA MD. AMIN

JAWATAN : PEN. PEG. TADBIR N32

UNIT : PEROLEHAN

BULAN OKTOBER

NAMA :FADZILLAHTUL HANIM

JAWATAN : AKAUNTAN W41 UNIT : KEWANGAN & AKAUN

Page 30: Assalamualaikum w.b.t., Salam Sejahtera dan Salam · PDF fileakan juga direalisasikan dalam pelaksanaan tugas seharian. Sesungguhnya, ... Kolej Jururawat Masyarakat Tawau 12 April

Hak Cipta Terpelihara

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Disember 2010