amanat pengurusan risda 2012 · 2013-12-10 · 2 amanat pengurusan risda 2012 (23 november 2011)...

22
1 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 Disampaikan oleh : Y. Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad Zuki bin Mohamad Ketua Pengarah RISDA Pada : 23 Disember 2011 Tempat : INFRA, Bangi Falsafah Kasihi Pekebun Sayangi RISDATema Memenangi Produktiviti Memeluk Kesejahteraan

Upload: others

Post on 26-Mar-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

1

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

AMANAT PENGURUSAN RISDA

2012

Disampaikan oleh :

Y. Bhg. Dato’ Hj Wan Mohamad Zuki bin Mohamad

Ketua Pengarah RISDA

Pada :

23 Disember 2011

Tempat :

INFRA, Bangi

Falsafah

“Kasihi Pekebun Sayangi RISDA”

Tema

“Memenangi Produktiviti Memeluk Kesejahteraan”

Page 2: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

2

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

Kata-kata Aluan

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam kasih

sayang. Saudara Shah pengerusi majlis kita pada pagi ini, saudara Sayuthi pembaca

doa kita. Yang saya hormati dan kasihi sahabat-sahabat saya Tn. Haji Mohamat bin

Muda (TKP Pembangunan), Tn. Haji Ahmad Sufi bin Alias (TKP Pengurusan Korporat),

sahabat saya Dato Ali Nordin (CEO RISDA Holding), Dato Kamarudin, Pengarah-

Pengarah Bahagian, PRN, CEO anak syarikat dan tidak lupa tuan puan serta para

hadirin yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t dapat kita

berjumpa di satu dewan yang indah ini di INFRA yang mana satu kelainan seperti mana

yang dikatakan oleh pengerusi majlis kita. Saya terutamanya ingin mengucapkan terima

kasih dan tahniah kepada kumpulan Koir kita di atas persembah tadi yang mana telah

mencapai ke tahap antarabangsa bagi saya. Ini adalah kerana mereka telah mendapat

liputan yang cukup luas iaitu hampir merata tempat dan mereka menunjukkan reaksi

yang cukup gembira dan keseronokan dalam melaksanakan tugas sebagai penyanyi

Koir. Kita di RISDA pun macam itu, kita nak ada keseronokan.

Terutamanya juga saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima

kasih kepada warga RISDA samada diperingkat pucuk pimpinan, peringkat

pertengahan dan juga peringkat pelaksana kerana telah meletakkan RISDA ditahap

yang cukup hebat dan cemerlang iaitu telah mendapat pengiktirafan yang tinggi

samada dari kerajaan, kumpulan sasar dan stakeholder kita. Kedudukan kita yang

dicapai pada hari ini tidak sewenang-wenangnya dicapai tanpa keringat, usaha dan

penat lelah tanpa mengenal waktu yang telah disumbangkan oleh tuan puan sekalian.

Penghargaan Kepada Warga RISDA

Kita telah melalui sejarah yang panjang sejak penubuhan RISDA yang mana

selaku tanam semula getah sampailah penubuhan RISDA 1973. Kita telah menempa,

melakar dan mencipta sejarah yang gemilang. Kegemilangan ini, kehebatan ini dan imej

yang baik ini telah dicipta oleh tuan puan sendiri kerana warga RISDA telah

menunjukkan kehebatan. Dengan ini, banyak sumbangan yang tuan puan lakukan

khususnya dalam meningkatkan taraf ekonomi para pekebun kecil sekalian. Di

kalangan kita pun ada sebahagian besarnya adalah anak-anak pekebun kecil. Ini lahir

daripada usaha yang telah kita laksanakan bersama iaitu meningkatkan pendapatan,

melarikan diri dari tahap kemiskinan tegar, menyumbang kepada kesejahteraan

pekebun kecil dan akhirnya mereka dan keluarga telah mencapai tahap yang cukup

membanggakan. Ada dikalangan anak-anak pekebun kecil kita menjadi doktor,

Page 3: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

3

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

engineer dan juga berbagai-bagai jawatan termasuklah pegawai-pegawai RISDA. Inilah

yang kita usahakan selama ini di samping menyumbang kepada kemakmuran negara

dan pendapatan negara. Ini telah membangunkan negara secara keseluruhannya

kerana kita tahu industri getah ini pada asalnya tunjang kepada pembangunan rakyat

Malaysia atau negara kita. Sebelum kita diambil alih oleh pendapatan-pendapatan dari

sumber lain termasuklah petroleum, microchip dan sebagainya. Namun demikian getah

tetap relevan dan menjadi penyumbang utama dan telah menjadi begitu penting

tambah-tambah lagi ditahap harga yang begitu memberangsangkan sekarang ini.

Semalam kita telah mencapai harga SMR 20 sehingga RM 10.44 dan ini adalah satu

kekayaan dan memberi limpahan khususnya kepada para pekebun kecil dan kita

semua.

Saya ingin ucapkan terima kasih kepada tuan puan kerana tahun ini walaupun

kita menghadapi kesukaran, menghadapi beberapa cabaran khususnya dari segi isu

benih, ketidakcukupan benih, pengkhususan tugasan yang kita buat sedikit sebanyak

telah menjejaskan kerja-kerja kita. Namun demikian, atas kesungguhan dan ikthiar yang

kita laksanakan bersama, kita telah mencapai prestasi pembangunan 2011 sebanyak

86.65% iaitu setakat November dan saya yakin akan mencapai 100% pada akhir

Disember ini seperti kebiasaan kerana kita rasa tanggungjawab ini memang disedari

oleh kedua-dua timbalan saya, CEO anak syarikat dan tuan puan semua. Ini kerana

betapa pentingnya kita mencapai matlamat hakiki kita, tugasan khas kita, tugasan asas

kita yang menjadi tonggak RISDA ini adalah berkaitan dengan program tanam semula.

Kita juga secara tidak langsung telah mencapai pendapatan pekebun kecil rata-

rata sebanyak RM 2000/bulan/keluarga dan miskin tegar telah kita kurangkan kepada

tahap 0.6% sahaja dan ini sebenarnya dikira sudah berada di tahap penghapusan

kemiskinan tegar. Ini kerana 0.6 % ini mungkin mereka dikalangan yang kurang upaya,

uzur dan sebagainya. Jadi sebenarnya kita telah berjaya menghapuskan miskin tegar di

kalangan pekebun kecil. Tambahan pula dengan harga yang menarik sekarang ini

insyaallah kita dapat menghapuskan miskin tegar sepenuhnya dalam masa terdekat ini.

Kita juga sebenarnya telah mendapat banyak pengiktirafan daripada kerajaan,

organisasi-organisasi berkaitan yang membuat pemantauan terhadap kita. Kita juga

telah mencapai sepertimana yang tuan puan tahu iaitu Sijil Bersih Laporan Kewangan

RISDA selama lima tahun berturut-turut, Anugerah Kecekapan Telefonis dan terakhir

sekali ialah Anugerah 5 Star Rating Laman Web yang mengumpul markah sebanyak

100% berbanding tahun lepas iaitu 98%. Ini merupakan satu kebanggaan kita kerana

bukan calang-calang organisasi yang boleh mencapai ke tahap ini. Di kalangan agensi-

agensi di bawah KKLW, RISDA telah menjadi nombor satu dari segi portal laman web

kita ini. Terima kasih kepada bahagian dan kakitangan yang berkenaan.

Page 4: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

4

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

Antara kejayaan kita dari segi kesihatan, riadah, sukan dan sebagainya iaiah kita

berjaya menjadi juara Makspen. Ini adalah kejayaan kita juga walaupun juara bersama

sebenarnya hakikatnya kitalah juara. Kita mengetahui kenapa sebenarnya kita

mendapat juara bersama itu, tetapi tidak mengapa yang penting kita tetap juara. Ini

kerana dari awal kejohanan sehingga kini RISDA tidak pernah lagi mendapat naib johan

malah sentiasa johan. Hal ini perlu diaplikasikan dalam tugas seharian kita iaitu untuk

menjadi no.1 dalam apa jua perkara kerana orang akan memandang dan ingat yang

no.1 bukan no.2. Oleh itu, bagi mencapai perkara ini, warga RISDA hendaklah

menggembeleng tenaga dan berusaha keras serta bersatu padu bagi mendapatkan

no.1 dari semua aspek iaitu no.1 dari segi tugas, no.1 dari segi imej, no.1 dari segi

disiplin, no.1 dari segi koir, no.1 dari segi sukan, no.1 dari segi riadah, no.1 dari segi

KPI dan sebagainya.

Bajet RISDA Tahun 2012

Tahun 2012 adalah tahun yang luar biasa, tahun yang melakar sejarah dan

tahun yang diberi tanggungjawab yang cukup berat. Saya tidak menggunakan istilah

beban yang berat tetapi saya menggunakan istilah tanggungjawab yang berat. Kita

menganggap peruntukan bajet yang besar pada tahun 2012 yang diberikan kepada kita

merupakan satu tanggungjawab. Apabila itu tanggungjawab, maka itu adalah satu

ibadah, apabila satu ibadah maka menjadi satu kewajipan untuk kita laksanakan

dengan kebaikan samada bila kita melakukan ibadah kita tidak mahu ibadah itu

dilambat-lambatkan, tugasan itu dilambat-lambatkan dan kita buat dengan penuh tertib

dan laksanakan mengikut semua peraturan dan masa yang ditetapkan. Inilah harapan

kita kerana tahun depan jumlah besar peruntukan yang diperolehi adalah sebanyak RM

1.8 billion tahun depan. Bayangkan, saya ingat tiada organisasi yang mendapat

peruntukan yang sebanyak ini iaitu 1.8 billion. Dengan pecahan jumlah belanja

pembangunan RM 397 juta iaitu Bantuan Langsung Kerajaan RM 140 juta, NKEA

Getah RM 159 juta dan daripada sumber-sumber yang diberi kerajaan itu, RISDA lagi

memberi sumbangan dari sumber dalaman sebanyak RM 97 juta dan bagi mengurus

bajet pembangunan tersebut, kita diperuntukkan sebanyak RM 237 juta untuk program

belanja mengurus dengan pecahan Bantuan Langsung Kerajaan RM 216 juta dan

sumber dalaman RM 21 juta. Di samping itu wang amanah KKLW sebanyak RM 1.1

billion.

Bayangkan tahun depan, saya ingat Dato Ali, Dato Kamarudin yang berada di

depan ini, dalam sejarah mereka tidak pernah RISDA diberi kepercayaan yang begitu

hebat, keyakinan yang tinggi oleh kerajaan kepada RISDA , keyakinan kepada warga

RISDA untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Kita yakin boleh dan bila yakin boleh ini

Page 5: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

5

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

perlu dilaksanakan dengan perbuatan bukan sekadar kata-kata. Dengan ini, warga

RISDA perlu bekerja lebih cekap, bekerja lebih masa apabila diperlukan dan perlu

utamakan kualiti kerja yang dilakukan.

Kejayaan dapat dicapai dengan gerak kerja yang dilakukan dan oleh sebab itu

saya perkenalkan konsep “make thing happen @ bagi jadi”. Kita tidak mahu dengan

alasan-alasan yang remeh, ini tidak boleh sebab itu, itu tidak boleh sebab ini. Kita perlu

cari jalan penyelesaian supaya semua perkara boleh dilaksanakan bagi jadi. Kalau

arahan diberi, laksanakan bagi jadi dalam konteks peraturan yang ada, tidak langgar

tatacara kerja yang ada, itulah yang kita mahukan. Tahun depan kita tidak boleh

bergerak business as usual anymore, urusan kita tidak boleh bergerak dalam keadaan

biasa atau norma biasa. Tahun depan adalah tahun yang mencabar dan kita harapkan

warga RISDA dan saya sendiri akan turut berubah supaya kita dapat menyambut

tanggungjawab yang diberikan kepada kita iaitu 1.8 billion ini dengan sempurna. Ini

adalah tanggungjawab kita kerana kita mempunyai kumpulan sasar yang

mengharapkan bantuan kita. Kita mempunyai kumpulan-kumpulan miskin yang kita

perlu angkat taraf kehidupan mereka. Mereka adalah sebahagian daripada kita samada

mereka berada di semenanjung, Sabah atau Sarawak kerana mereka adalah rakyat

Malaysia.

Falsafah dan Tema RISDA

Kita harus mengambil kesempatan ini dan tidak lagi membazir waktu, maksud

saya membazir waktu ialah kita ada beberapa tempoh waktu sahaja berkhidmat di

RISDA sebelum bersara. Kita perlu menyumbang sesuatu kepada RISDA, kita perlu

menyumbang ke arah peningkatan pendapatan pekebun kecil dalam falsafah “Kasihi

Pekebun Sayangi RISDA”. Kita semua harus menggunakan falsafah ini dan tidak

harus bekerja dalam pasukan yang berpecah-belah, saya tidak lagi akan

menggambarkan kita berpuak puak di kalangan kita. Marilah kita bersatu padu

membina hubungan yang kukuh kerana dari pengalaman saya ketika melawat al-Hamra

mendapati sebuah kerajaan yang dulunya berdiri teguh akhirnya jatuh ke pemerintahan

lain kerana sikap berpuak-puak dan tidak bersatu padu. Ini yang saya ingin gambarkan

betapa pentingnya kita bersatu padu, bergerak dalam satu hati, satu suara, dan satu

gerakan. Oleh sebab itu, pentingnya hari ini saya hendak terangkan visi dan misi

RISDA supaya tuan puan dapat bergerak bersama saya, bersama barisan tertinggi

RISDA. Apabila kita sama-sama memahami visi dan misi kita, insyaallah gerak kerja

akan lebih teratur dan hasrat kita untuk mencapai tema yang diperkenalkan iaitu

“Memenangi Produktiviti Memeluk Kesejahteraan”.

Page 6: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

6

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

Peningkatan Produktiviti

Dimana kita selama ini? Adakah kita telah memenangi produktiviti dalam arus

peperangan kita, arus perjuangan kita dalam memenangi produktiviti ini. Rata-rata kita

tahu bahawa produktiviti ini mampu menjana pendapatan di mana kalau satu tahap

produktiviti meningkat, kita dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Kita ingin

sekurang-kurangnya mencapai 1,400 kg/ha/thn dan kita mensasarkan KPI sebanyak

1,600 kg/ha/thn bagi getah dan 18 mt/ha/thn bagi sawit. Adakah kita telah mencapai

pada hari ini? Inilah satu persoalan. Disamping kejayaan-kejayaan kita, kecemerlangan

kita selama ini, sumbangan kita ke atas peningkatan pendapatan pekebun kecil, adakah

tugasan kita telah sempurna? Tentunya banyak lagi ruang untuk penambahbaikan,

ruang untuk kita memperbaiki, ruang untuk kita memberi khidmat pengembangan dan

ruang untuk kita susun atur kerja kita. Kerana daripada hasil makmal yang kita perolehi,

ada petunjuk-petunjuk yang masih banyak lagi perkara yang perlu kita buat walaupun

walaupun kita telah hebat dan cemerlang. Contohnya apabila melihat dari aspek GAP,

pada keseluruhannya masih banyak lagi perlu dipertingkatkan, banyak lagi kebun yang

tidak dibaja, banyak lagi aktiviti rangsangan pokok tidak dibuat, aktiviti penyelenggaraan

kebun tidak dilaksanakan dengan baik, masa penuaian yang tidak sistemetik samada

telah mengutip getah dan buah lerai dengan baik dan tandan kosong digunakan untuk

kesuburan pokok sawit. Adakah kita memperkatakan 1,400 kg/ha/thn dan 1,600

kg/ha/thn telah kita capai sepenuhnya?

Indicator sebenarnya kita berasaskan focus group. Focus group ini menjadi satu

sumber rujukan kita iaitu sebanyak 60,000 ha sahaja. Kita ada bertebaran di seluruh

negara hampir 1 juta ha. Adakah 1 juta ha itu telah mencapai sekurang-kurangnya

1,400 kg/ha/thn? Sudah pasti, saya rasa masih banyak ruang lagi yang perlu kita

perbaiki. Ada yang capai dan ada yang tidak. Purata produktiviti pekebun kecil

sekarang ini adalah 1,256 kg/ha/thn di semenanjung dan 600-800 kg/ha/thn di Sabah

dan Sarawak. Maknanya kita masih terdapat banyak ruang lagi untuk tambah kepada

1,400 kg/ha/thn. Kita mesti usahakan macam mana mahu pastikan bagi jadi. Adakah

kita beretorik sedangkan kerja kita tidak buat? Contohnya kita kata nak tingkatkan

produktiviti, adakah kita membaja, adakah kita membuat penyelengaraan kebun?

adakah kita buat torehan yang baik? adakah kita menggunakan rangsangan? Satu lagi

hasil makmal kita perolehi, daripada focus group itupun hanya 15% sahaja yang

membaja. Saya harap reporter jangan report yang ini. Hanya 5% guna rangsangan

eteral yang kita warwarkan. Sudah pasti banyak lagi ruang kita perbaiki. Disini

persoalannya adakah pegembangan kita aktif? Adakah ilmu pengetahuan pegawai-

pegawai kita mencukupi untuk laksanakan tugas ini? Adakah kita harus perkenalkan

teknologi baru kepada pekebun kecil? Jadi hari ini, marilah kita muhasabah diri, melihat

lebih dalam lagi kerana selama ini kita melihat pekebun kecil itu, pekebun kecil ini,

Page 7: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

7

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

kenapa kita tidak melihat kepada kita. Adakah aku tidak kembangkan teknologi dengan

betul? dan sebagainya. Kursus formal informal hampir 500 ribu peserta terlibat untuk

setiap tahun. Saya rasa, kalau 500 ribu setiap tahun, sepatutnya tidak timbul produktiviti

1,200 kg/ha/thn. Sejak bila lagi kita buat kursus ini, tidak kurang daripada 10 tahun.

Maknanya ada sesuatu yang missing link orang kata. Ada sesuatu yang perlu kita

perhati bersama. Saya bukan untuk menuduh salah siapa, saya cuma menceritakan

yang benar berdasarkan makmal yang kita lakukan. Inilah kedudukan kita sebenar tapi

bukan bermakna kita tidak berjaya tetapi kita tidak boleh berpuas hati dengan tahap

sekarang dan kita mesti lebih lagi.

Matlamat Tanam Semula 2012

Tahun ini kita hanya membuat penanaman semula sebanyak 14 ribu ha

sedangkan tahun 2012 TSGG 34,310 ha, TBKG 3,000 ha dan daripada itu kita ada

NKEA Getah 10 ribu ha, TSGS sambungan RMK9 100,771 ha TSGG berturut RMK10

14,597 ha. Ini merupakan satu jumlah yang cukup besar dengan peruntukan yang

diberikan dan kita harus memikirkan macam mana untuk mencapainya. Di Sabah dan

Sarawak, dengan kekurangan tenaga kerja, infrastruktur yang belum lengkap lagi

mereka mempunyai matlamat tanam semula yang tinggi iaitu di Sabah 6,500 ha dan

Sarawak 5,000 ha. Di semenanjung pula didahului oleh Negeri Sembilan iaitu 6,100 ha.

Saya kesian dan simpati kepada sahabat-sahabat kita, kakitangan kita yang berada

Sarawak di mana tenaga kerja tidak sampai 100 orang harus menjalankan 5,000 ha

dan di Sabah tidak sampai 400 orang harus menjalankan 6,500 ha. Kita di

semenanjung, adakah kita berlaku adil kepada mereka dengan matlamat di semanjung

ada yang 400 ha, ada yang 500 ha dengan tenaga kerja yang ada 500 orang, 700

orang lebih, 400 orang lebih tetapi kita tidak cukup laju lagi. Kita perlu mula dari

sekarang lagi, mula menyalakan lilin kita, mula menyalakan dapur kita kerana bermula

tahun depan sahaja yang akan datang tidak berapa lama lagi, jangan kita baru mahu

mencari kayu api, mencari itu, mencari ini.

Penstrukturan Semula Organisasi

Sebab itulah perubahan yang saya cuba lakukan ialah seawal 3,4 bulan lepas

lagi iaitu dengan penstrukturan semula organisasi kita, banyak perubahan diperingkat

PRD yang saya lakukan, menempatkan pegawai-pegawai yang difikirkan boleh

melaksanakan tanggungjawab yang bersesuaian. Kita juga telah membuat perubahan

di bahagian-bahagian ibu pejabat samada kita memperkasakan atau mewujudkan

semula dan menjadikan unit kepada bahagian. Antaranya ialah kita telah menaiktaraf

Page 8: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

8

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

Unit Kominukasi Korporat kepada Bahagian Komunikasi Korporat dan juga Unit Estet

kepada Bahagian Estet dan datanglah juga dengan perubahan pegawai dan

kakitangan. Saya juga ingin membuat perubahan kepada pegawai-pegawai panas yang

berada di kerusi panas. Maknanya mereka tidak boleh duduk lama dikerusi tersebut jadi

kita mahu menstrukturkan semula selepas melakukan perbincangan dengan timbalan-

timbalan saya. Saya tiada niat lain melainkan supaya kita dapat memikul

tanggungjawab yang diberikan pada tahun 2012.

Kita juga telah mewujudkan PT- PT baru supaya delivery system kita dapat

disegerakan contohnya kita tubuhkan PRD Beaufort, PRD Jeli dan akan menubuhkan

lagi PRD di Sabah dan Sarawak kerana di sana jaraknya jauh dari satu tempat ke satu

tempat. Kita juga telah berusaha untuk dekatkan delivery system dengan

memperbanyakkan pejabat-pejabat stesen. Kita susun semula pegawai-pegawai kita,

AP 42/2010 telah kita berhentikan supaya tuan puan dapat melakukan kerja-kerja dari

A-Z. Sekarang ini saya mengkaji dan dari maklum balas yang saya terima yang dibawa

oleh kesatuan tuan puan, kesatuan pegawai kanan di mana yang menyumbang kepada

kepada kelembapan kita mencapai matlamat yang disasarkan ialah skop kerja. Kerana

apabila pegawai yang membuat tanam semula, pegawai lain tidak membantu dan

pegawai yang buat pengembangan sekadar buat pengembangan sahaja. Akhirnya kita

akan melahirkan pegawai-pegawai kita yang mahir hanya dalam bidang masing-masing

sahaja. Bayangkan kalau tuan puan esok-esok akan menjadi ketua kepada PT, jadi

ketua stesen ataupun dinaikkan pangkat. Tuan puan hanya mengetahui bidang tertentu

sahaja sedangkan tuan puan perlu memimpin kumpulan secara keseluruhannya. Oleh

sebab itu kita telah menyusun semula, menambah baik pekeliling itu dan sekarang tuan

puan mempunyai kuasa kerja yang lebih fokus dari A-Z terhadap sebarang pekerjaan

kita. Dengan ini, tiada di kalangan kita terlepas tanggungjawab kita supaya pekebun

kecil dapat dibela oleh kita semua.

Inisiatif Memudahkan Tanam Semula

Saya berkata tadi dengan matlamat tanam semula kita yang tinggi merupakan

tanggungjawab yang berat pada tahun 2012. Oleh yang demikian, dengan

tanggungjawab yang berat, adakah kita mahu berpeluk tubuh? Mahu melakukan kerja

seperti biasa? Tidak boleh. Oleh itu pihak pengurusan telah membuat inisiatif yang baru

iaitu:

i. Memperluaskan skop bayaran kemajuan kerja bagi bayaran bantuan pertama TS

individu (1st payment)

ii. Menyusun semula kuasa melulus tanam semula

Page 9: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

9

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

iii. Memperkasa penggunaan pengkalan data

iv. TS online sebagai one touch point

v. Mewujudkan skim baru RTBB

vi. Mewujudkan Skim Galakan Tanam Semula (SEGATAS) di semenanjung

vii. Mewujudkan Elaun Sara Hidup bagi Pekebun Kecil (ESHPI).

Ini kerana apabila program tanam semula dimulakan, sebelum mendapat hasil

pekebun kecil kita mendapat wang sara hidup. Ini kita akan gerakkan semula dan

berunding dengan pihak pemaju supaya perkara ini dapat diusahakan.

Bekalan Baja

Begitu juga kita melihat banyak projek kita dari segi pembekalan baja ambil

sendiri oleh pekebun kecil berlaku kegagalan dan tidak mendapat sambutan yang

cukup baik. Oleh itu, kite terpaksa berhentikan program ini dan akan menyusun

program-program lain termasuklah sistem baja berpusat yang mana dahulunya berada

di bawah tanggungjawab BBIP dan akan dipindahkan kepada PRN berkaitan bagi

memudahkan serta mengurangkan lapisan pengurusan. Sebagai contoh, setor di

Gading Galoh di Pantai Timur akan diletakkan di bawah tanggungjawab PRN Kelantan,

setor di Sungai Petani di kawasan Utara akan diletakkan di bawah PRN Kedah dan

setor di Segamat di bawah tanggungjawab PRN Johor. Ini adalah kerana BBIP tidak

sepatutnya melakukan tugas operasi dan juga pemantauan serentak. Oleh demikian,

untuk memindah tanggungjawab ini kepada PRN masing-masing akan ada

penambahan pegawai dan kakitangan. Insyaallah pada tahun 2012, delivery system ini

dapat dilakukan dengan baik.

Selain itu, saiz beg baja yang pada asalnya 25 kg/beg akan dikurangkan kepada

10 kg/beg kerana untuk memudahkan pekebun kecil membaja. Ini kerana daripada

data yang diperolehi, majoriti pekebun kecil adalah mereka yang telah berusia dan uzur

di mana berumur antara 55 hingga 60 tahun dan terdapat juga berumur 70 tahun.

Dengan faktor kesihatan pada usia sebegini, sukar untuk mereka menjalankan aktiviti

membaja dan kesannya baja yang dibekalkan tidak sampai ke pokok sedangkan 50%

faktor peningkatan produktiviti berpunca dari baja. Di samping itu, ia juga bertujuan

memudahkan generasi kedua melibatkan diri dalam aktiviti membaja di mana beban

beg baja telah dikurangkan dan sukatan pembajaan adalah senang iaitu 1 beg baja 10

kg untuk 10 pokok (1 pokok = 1 kg). Insyaallah kalau kita amalkan seluruh kampung,

seluruh pekebun kecil yang mana kita memperoleh baja setiap tahun sebanyak RM 60

Page 10: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

10

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

juta. Bayangkan RM 60 juta kalau kita bagi dalam bentuk duit kepada pekebun kecil

untuk 5 tahun, sudah tentu kaya raya pekebun kecil. Kita boleh buat andaian mungkin

ada faktor-faktor yang menyebabkan baja ini tidak sampai ke pokok. Setiap tahun RM

60 juta mana perginya. Memang boleh jadi baja yang dibekalkan tidak menepati

spesifikasi, tidak membaja ada juga, mungkin ada yang serah kepada orang lain untuk

membaja, mungkin ada kebocoran, mungkin dijual dan sebagainya. Jadi saya nak

pastikan baja RM 60 juta ini tidak berlaku pembaziran, biar makanan yang mahu bagi

sampai ke pokok kerana itu adalah tanggungjawab kita. Oleh sebab itu, kita laksanakan

Gerakan Membaja walaupun orang mungkin berkata baja ini kita telah dapat setiap

tahun. Jangan terkejut saya katakan tadi hanya 15% sahaja daripada focus group kita

membaja. Itu belum termasuk baja tambahan, baja dua pusingan, tiga pusingan dan

sebagainya. Jadi inilah kelemahan-kelemahan kita yang patut kita muhasabah diri dan

kita baiki bersama.

Amalan Pertanian Baik@GAP

Disamping kerja-kerja yang kita laksanakan melalui kerja-kerja ladang yang

meningkatkan produktiviti dan sebagainya, kita akan laksanakan pendekatan-

pendekatan mudah. Kita mahu naikkan pendapatan pekebun kecil pada tahun 2015

kepada RM 2,500/bln dan pada tahun 2020 RM 4,000/bln. Macam mana kita mahu

capai? Ditahap mana kita sekarang? Pendapatan pekebun kecil boleh ditambah melalui

apa? Adakah tanah kebun mereka akan bertambah setiap inci setiap bulan? Jadi tiada

pilihan lain, untuk memenangi produktiviti, untuk peluk kesejahteraan, untuk beri nikmat

kepada pekebun kecil adalah melalui usaha kita berkaitan dengan unsur-unsur 4 GAP

yang kita akan laksanakan tahun 2012. Waima khusus, waima gerakan kerja kita,

waima kita berdepan dengan pekebun kecil dan sebagainya. Kita akan beri nasihat,

khidmat pengembangan, tunjuk ajar dan transfer teknologi berkaitan 4 GAP ini iaitu:

i. Penanaman/penyelenggaraan

ii. Pembajaan

iii. Rangsangan

iv. Penuaian

Kita akan tumpukan perkara ini kerana melalui Amalan Pertanian Baik inilah kita

dapat meningkatkan pendapatan pekebun kecil. Bayangkan kita boleh pastikan RM 60

juta baja itu sampai ke setiap pokok, bayangkan semua kebun pekebun kecil kita dijaga

Page 11: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

11

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

dan dibersihkan, bayangkan kita telah dapat menunjuk ajar kepada mereka sistem

torehan yang baik dan bayangkan kita dapat memberi khidmat pegembangan

berkenaan cara penuaian yang baik. Dengan ini, kita boleh tingkatkan produktiviti

mereka yang rata-rata sekarang ini daripada 1,200 kg/ha/thn kepada 1,400 kg/ha/thn

dan daripada 1,400 kg/ha/thn kepada 1,600 kg/ha/thn. Kita sasarkan peningkatan

sekurang-kurangnya 200 kg/ha/thn. 200 kg sekarang ini dengan harga di kampung RM

5 sekilo, kita sudah dapat RM 1,000 untuk satu hektar. Kalau 2 hektar kita mampu

tambah pendapatan RM 2,000/thn. Kita dapat tingkatkan pendapatan mereka dengan

cara ini. Jadi kalau kita kata Kasihi Pekebun Sayangi RISDA, inilah caranya. Dengan

cara menggalakkan mereka mengamalkan Amalan Pertanian Baik, tunjuk ajar mereka

cara-cara membaja dengan baik, cara menoreh dengan baik.

Untuk laksanakan 4 GAP inilah kita menggariskan beberapa bahagian yang

harus bertanggungjawab. Bahagian Pengembangan (BPPT) - Semua pegawai-

pegawai pelaksana perlu ditingkatkan ilmu amalan pertanian baik ini iaitu ilmu

penjagaan kebun, ilmu pembajaan, ilmu penorehan dan ilmu penuaian. Ini kerana

sekarang ini kita bukan lagi pendamping tetapi RISDA pada tahun 2012 akan jadi

pembimbing kerana kita harus membimbing pekebun kecil. Untuk membimbing kita

perlukan ilmu pengetahuan dan tuan puan perlu mengetahui cara untuk mengajar orang

kampung. Inilah tanggungjawab Pengarah Pengembangan yang baru untuk

memastikan semua pegawai-pegawai pelaksana melalui kursus GAP ini dengan

kerjasama Bahagian Latihan.

Disamping itu Bahagian Latihan – Memastikan semua pegawai pelaksana

RISDA yang berkhidmat mulai tahun 1997 dan ke atas perlu mengikuti kursus-kursus

dan latihan yang berkaitan dengan 4 GAP tersebut yang mana lebih kepada hands-on

iaitu 80% diladang dan 20% kelas. Kalau kursus membaja, kita sama-sama membaja

dan kalau kursus menoreh kita sama-sama menoreh. Ini kerana, didapati ada

sebahagian daripada PPR tidak yakin untuk berdepan dengan pekebun kecil. Apabila

ingin memberi taklimat semasa Gerakan Membaja ada yang lari dari kawasan dan kita

tidak boleh salahkan mereka kerana mereka tidak diberi pendedahan yang secukupnya.

Disebabkan hal ini, kita ingin menumpukan dari segi komunikasi dan kaedah berucap

hadapan orang ramai untuk beri keterangan. Dengan adanya ilmu pengetahuan dan

pengalaman akan mampu memberikan keyakinan diri kepada mereka.

Kursus formal dan informal perlu dikaji semula kerana tiada guna kita bagi bajet

beratus ribu setiap tahun tetapi tidak berkesan. Kalau kursus informal dalam bentuk

pendampingan adalah tidak berkesan kerana hanya dengan cara memanggil 4,5 orang

berdamping dengan mereka, minum air dan balik. Yang kita mahu lakukan ialah

pembimbing untuk memberi nasihat kepada pekebun kecil kerana ada di kalangan

pekebun kecil ialah bekas pengurus-pengurus, penjawat awam dan ada juga di

Page 12: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

12

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

kalangan mereka lepasan universiti pertanian. Inilah yang perlu kita usahakan bersama

untuk memperkuatkan lagi ilmu di dada kita supaya kita dapat menjadi pembimbing.

Pembimbing ini menjadi contoh dan teladan kepada orang lain serta kita perlu

menguasai diri kita dengan ilmu pengetahuan.

Pada tahun 2012 kita akan fokus kepada 4 GAP ini sahaja dan saya tidak mahu

membebankan pegawai-pegawai lain melainkan perlu sahaja. Sesetengah orang GAP

pun tidak tahu contohnya semasa temuduga pegawai pertanian G41, apabila saya

tanya maksud GAP, tidak dapat jawab. Perkara ini yang harus kita baiki bersama. 4

GAP ini kalau tuan puan laksanakan dan dengan input baja sebanyak RM 60 juta,

insyaallah saya yakin kita boleh capai KPI kita, kita boleh angkat pendapatan pekebun

kecil kita kepada pendapatan yang boleh beri kesejahteraan kepada mereka. Tidak

lama lagi kita ada mekanisma di mana apabila pembekalan baja dibuat di sesebuah

kawasan, sekiranya dalam tempoh tertentu baja tersebut tidak ditabur di ladang

pekebun kecil, kita anggap PPR kawasan tersebut gagal melakukan khidmat

pengembangan. Kita akan pastikan jadi kerana kalau PPR gagal bermakna PRD gagal,

PRN pun gagal dan seterusnya sampai ke KP turut gagal dan ini bermaksud semua

peringkat gagal.

Jadi sekarang ini ada audit pemantauan akan dibuat terhadap kawasan yang

dibekalkan baja dan cukup tempoh yang ditetapkan tetapi masih tidak menjalankan

aktiviti membaja maka PPR tersebut gagal dari segi khidmat pengembangan. Bukan

saya maksudkan tuan puan harus membaja sendiri tetapi banyak kaedah membaja

yang boleh dilakukan iaitu secara gotong royong, bridget kampung dan menggunakan

buruh asing. Tapi kalau setakat 2,3 ha, bukan susah sangat orang kampung sendiri

boleh membaja tambah-tambah baja 10 kg/beg akan diadakan. Benda-benda begini

kita mahu pastikan jadi dan kita tidak mahu lagi tengok beg baja di bawah pokok,

bawah rumah dan sebagainya. Kita mahu nilai baja itu sampai ke pokok dan pokok

subur dan itulah yang kita harapkan. Jadi semua pegawai kanan dan pengarah

bahagian yang terlibat diarah untuk membuat lawatan pemantauan ladang sebanyak 2

kali sebulan di peringkat ibu pejabat dan 4 kali sebulan diperingkat PRN.

Ini penting bagi kita kerana KPI kementerian pada masa tersebut Dato Ali pun

ada bersama saya dan kita tetapkan 1,450 kg/ha/thn. Kita boleh capai tapi hanya focus

group. Saya mahu capai kesemua ladang pekebun kecil di seluruh negara. Kalau

bercakap pasal focus group memang sudah capai dan tiada masalah tetapi kita mahu

semua pekebun kecil termasuk di luar focus group pun capai. Insyaallah saya dapat

rasakan kalau gerakan ini dilakukan seperti momentum hari ini, kita akan mendapat

kejayaan. Sebagai makluman tuan puan, Program Gerakan Membaja ini telah

mendapat pengiktirafan di peringkat tertinggi. Pihak kementerian mengiktiraf program

membaja ini sebagai satu program yang cukup baik, exco-exco luar bandar pun telah

Page 13: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

13

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

iktiraf dan memuji tindakan RISDA yang laksanakan peringkat seluruh negara malah

saranan ini sebenarnya datang daripada Y.A.B Perdana Menteri kita sendiri semasa

beliau merasmikan pemberian dividen RTBB kita di Pekan tempoh hari.

Saya mengharapkan anak syarikat kita mencapai KPI yang ditetapkan samada

dari segi delivery system iaitu pengangkutan atau sebagainya. Harus tidak menjadi

alasan lagi pekebun kecil kita menerima baja lewat dan benih lewat. Benih-benih kita

patut disediakan dengan mencukupi dan tidak timbul lagi masalah tidak cukup benih

pada masa akan datang. Sebab itu saya berterima kasih kepada CEO RSSB kerana

benih yang kita kehendaki pada tahun 2012 akan dapat diselesaikan cuma RSSB perlu

follow through kerana perancangan sahaja tidak mencukupi, on paper sahaja tidak

mencukupi kalau ia tidak dilahirkan dengan pembekalan benih yang sebenar. Sebab

itulah saya berterima kasih kepada tuan puan yang selama ini bersama saya berusaha

melakukan Gerakan Mengutip Biji Getah itu. Perancangan itu, RSSB tidak boleh capai

tanpa biji getah. Sebab itu orang kata impian setinggi gunung manapun, kalau tiada

sebiji getah tidak akan ke mana. Kita rancang macam mana pun tapi kalau tiada biji

getah tiada guna. Dengan persetujuan RSSB kita membayar RM 3.00 sekilo kepada

pekebun kecil atau tuan puan yang mencari biji getah. Syukur alhamdulillah kerana

tidak sampai 3,4 bulan kita telah mencapai sasaran 300 mt.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada tuan puan atas usaha-usaha ini

kerana saya lihat inilah ibu kepada masalah kita kerana tanpa biji getah tidak wujudlah

RISDA dan tanpa benih tiadalah tanam semula. Segalanya bermula daripada biji getah.

Tahun 2012 saya mahu RSSB membuat perancangan yang lebih teliti. Jangan sesekali

mencari alasan kerana biji getah kita bagi, tanah kita bagi, duit kita bagi, pendahuluan

kita bagi, kakitangan kita bagi dan market pun sudah ready.Jadi sepatutnya tidak timbul

lagi masalah jika dibandingkan dengan pembekal luar yang perlu menyediakan

semuanya sendiri. Begitu juga RFSB dalam pengangkutan sepatutnya tidak timbul

masalah kerana semua kita bekalkan dan market juga sudah ready. Jadi atas

kesedaran inilah semua orang di anak syarikat harus fikir kembali dengan apa yang

berlaku. Tuan puan ditempatkan di anak syarikat kerana kita harapkan tuan puan dapat

memberi perkhidmatan yang paling professional. Jangan pula berlaku di mana

produktiviti pekebun kecil lebih tinggi berbanding ladang anak syarikat kita.

Menambah Sumber Pendapatan

Selain daripada 80% dari segi ladang, kita tidak lupakan 20% aktiviti lain yang

mampu meningkatkan pendapatan pekebun kecil antaranya ialah industri kecil dan

sederhana, industri bunga getah, industri kerepek pisang dan industri kraftangan dan

berbagai lagi. Tidak lama lagi kita akan membina RISDA Mart di seluruh negara iaitu di

Page 14: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

14

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

atas tanah RISDA yang sesuai. Ini bertujuan untuk mempamerkan produk-produk

pekebun kecil supaya produk mereka mendapat tempahan dari semua pihak kerana

buat masa sekarang sukar untuk membuat tempahan bunga daun getah. Oleh itu, kita

akan membuka gerai secara kecil-kecilan berukuran 10 kaki x10 kaki di tempat yang

strategik bagi mempermudahkan orang ramai mendapatkan produk. Kita akan terus

memperbanyakkan kelab usahawan kerana mereka banyak menyumbang kepada

keberkesanan kerja kita.

Semaian Transit

Hasil auditan yang diperoleh, didapati 60% semaian transit yang dilakukan

menemui kegagalan dan hanya 40% lagi tinggal tetapi peluang untuk berjaya adalah

tipis. Inilah hakikatnya setelah kajian dibuat. Setiap semaian transit, kita belanjakan

tidak kurang 300-400 ribu. Apabila benih tidak mencukupi, kita menuding jari kepada

RSSB. Sekarang kita diberi peluang untuk menyediakan semaian transit sendiri tetapi

gagal. Oleh itu, kita perlu muhasabah diri. Saya telah berbincangan dengan Tn.Haji

Mohamad Muda supaya duit RTBB yang dikeluarkan untuk tujuan semaian transit dapat

dikembalikan untuk membekalkan benih. Kita telah membeli kenderaan, alat sprinkle

dan sekarang timbul pula alasan semaian transit tidak mempunyai sumber air,

sedangkan sebelum membuka semaian transit mesti ada syarat-syarat yang perlu

dipatuhi seperti sumber air dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa kita tidak

mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak membuat kerja dengan betul.

Oleh sebab itu kita perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah yang

dihadapi.

Terdapat cadangan supaya mengkaji semula laporan 3:3:1:3 kerana ada pihak

yang mengatakan laporan ini telah ditokok tambah dan bukannya laporan sebenar.

Saya tidak pasti samada betul ataupun tidak dan berkemungkinan benar atau tidak

berkenaan kenyataan ini. Oleh sebab itu saya meminta Pengarah Pengembangan

melihat semula aspek-aspek pengembangan yang dilakukan. Saya berharap tuan puan

dapat menerima apa yang diperkatakan dengan hati yang terbuka dan fikirkan semula

serta muhasabah diri masing-masing. Ini kerana kita tidak mahu menjadi orang nombor

2 atau 3, tetapi RISDA mahu menjadi peneraju pekebun kecil. Untuk menjadi peneraju

kita perlu bekerja keras bukannya duduk setempat sahaja. Langkah seribu batu

bermula dengan langkah yang pertama. Bermula tahun 2012, bertebarlah tuan puan

menemui pekebun kecil. Momentum kita telah pun bermula dari sekarang lagi. Ucapan

terima kasih kepada CEO RISDA Holding iaitu Dato Ali Nordin kerana telah memberi

satu ikrar bahawa semua anak syarikat yang berada di bawah tanggungjawab beliau

Page 15: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

15

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

akan menyokong RISDA ke arah mencapai matlamat yang ditetapkan. Gerakan anak

syarikat akan diperhebatkan dan bekerjasama antara satu sama lain.

Hubungan Dengan Agensi/Ngo Luar Yang Berkaitan

Saya sekarang ini telah melakukan satu pendekatan dimana kita mahu berkawan

dengan musuh kita. Dulu kita selalu bergaduh dengan LGM dan MPO. Kita kata buruk

kepada mereka dan mereka kata buruk kepada kita. Apabila kita berbaik-baik, kita akan

mendapat banyak manfaat antaranya ialah belajar ilmu dengan mereka, mereka dapat

bantu dan sokong kita dan akhirnya sama-sam mendapat nikmat.

Inisiatif Sayangi Staf

Tadi saya katakan bahawa kita akan memberi kesejahteraan kepada pekebun

kecil , tetapi ini tidak bermakna saya akan meninggalkan kesejahteraan warga RISDA.

Ini kerana kesejahteraan warga RISDA menjadi keutamaan seiring dengan

kesejahteraan pekebun kecil. Oleh itu, kita menyusun beberapa program untuk

kesejahteraan warga RISDA. Pada tahun 2012 kita telah membuat satu syarat untuk

memilih dan menghantar dua orang warga RISDA yang bertuah untuk menunaikan

ibadat umrah atas kecemerlangan kerja mereka. Inisiatif ini akan diberikan kepada

warga RISDA yang memenuhi syarat-syaratnya. Pada peringkat awal kita akan

menghantar dua orang dan seterusnya akan meningkatkan jumlahnya sekiranya ramai

yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Sumbangan One-Off sebanyak RM 100 akan diberikan kepada semua staf gred

1-16 untuk pembukaan akaun Tabung Haji. Kita juga mahu mewujudkan baju korporat

yang baru di mana mulai tahun 2012 kita akan memakai baju korporat yang sama.

Diharapkan dengan memakai baju korporat yang sama, kita akan menjadi warga yang

bersatu hati dan jiwa. Terima kasih kerana telah mendapat maklum bahawa PRN telah

mula mencontohi saya dalam mengadakan program-program sarapan pagi bersama

kakitangan. Ini kerana, dalam kesibukan kerja yang kadang kala kita tidak

berkesempatan menziarahi mereka ketika berlaku kematian. Jadi di masa yang sesuai

saya akan mengadakan majlis perjumpaan dengan semua peringkat. Di Ibu Pejabat

akan disediakan mesin urut kepada mereka yang lalui perjalanan jauh serta penat

berkerja terutamanya pemandu agar mereka sentiasa siap siaga dalam menjalankan

tugas.

Saya sedaya upaya akan mendekatkan tuan puan dengan keluarga sekiranya

terdapat di antara tuan puan yang hendak menjaga ibubapa yang uzur dan kritikal. Kita

Page 16: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

16

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

juga berjanji bahawa orang yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak selepas tiga tahun

akan dibawa balik ke semenanjung. Pengurusan yang baik apabila kita berjanji, kita

akan tunaikan kerana manusia dipegang pada janji dan lembu dipegang pada tali. Oleh

sebab itu, kakitangan baru kena bersedia untuk berkhidmat ke sana pula kerana kita

mahu berlaku adil. Jika di izin Allah s.w.t pejabat baru kita setinggi 28 tingkat akan siap

dibina dan ini melambangkan kejayaan kita pada masa akan datang. Selain itu, kita

juga menyediakan kemudahan pinjaman basikal melalui Tabung Kebajikan Kakitangan

RISDA (TKKR) kepada semua staf RISDA untuk menggalakkan staf kita beriadah

dalam melahirkan staf yang cergas dan sihat. Program berbasikal akan dianjurkan dan

kita memilih basikal kerana ia boleh melibatkan semua pihak di samping kos yang

murah. Kita juga akan memberi sumbangan Aidilfitri kepada semua staf gred 1 hingga

16 di mana sumbangan ini dinaikkan dari RM 25 kepda RM 50.

Latihan kepada kakitangan akan diadakan seperti mentor mantee dan training of

trainers, kursus asas GAP selama 5 hari 4 malam di semua IKPK bagi semua staf

lantikan selepas tahun 2007 di mana yang berkhidmat kurang 5 tahun. Induksi Khusus

yang fokus kepada benih, pembajaan, tanam semula dan GAP. Bagi meningkatkan jati

diri dan keyakinan staf kita, satu MOU telah diadakan dengan Angkatan Tentera

Malaysia. Latihan tentera ini akan diwajibkan kepada staf baru di awal perkhidmatan

mereka supaya dapat mewujudkan individu yang lebih berdisiplin, pentingkan masa,

siap siaga, integriti dan berani menghadapi cabaran. Bicara tokoh juga diadakan setiap

hujung minggu di ahkir bulan di Ibu pejabat dan di peringkat negeri juga boleh untuk

mengadakannya. Ini kerana dalam kesibukan kita mengejar ilmu berkaitan GAP dan

sebagainya, kita juga dapat ilmu lain supaya pemikiran kita tidak tertutup. Kita juga

akan mengadakan majlis meraikan pesara bagi menghargai jasa-jasa yang telah

mereka sumbangkan. Kita akan terus memberi sokongan kepada kakitangan untuk

sambung belajar tetapi secara part time kerana tahun depan kita mempunyai misi yang

besar untuk dilaksanakan.

Inisiatif Sayangi Organisasi RISDA

Saya tidak mahu kita berpuak-puak dan marilah kita bekerja dalam satu pasukan

kerana dengan bekerjasama antara satu sama lain kerja kita akan menjadi lebih

mudah. Melalui pendekatan kasih sayang, insyaallah kita dapat melahirkan satu tahap

kesejahteraan yang tinggi dalam kalangan warga RISDA.

Dalam Inisiatif Sayangi Organisasi juga, kita akan terus meningkatkan imej

korporat melalui RISDA bersama media, Hari Kasihi Pekebun dan menganjurkan ekspo

produk daun getah ‘a touch of rubber’. Untuk makluman tuan puan di Morocco baru-

baru ini, bunga daun getah kita mendapat tempahan untuk dibekalkan berkontena

Page 17: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

17

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

banyaknya. Satu rundingan akan dibuat, jadi saya risau di mana untuk mendapatkan

bekalan tersebut. Kita perlu berfikir bersama untuk mencari penyelesaian kerana

permintaan bunga daun getah di sana di ibaratkan seperti pisang goreng panas.

Penduduk di sana begitu romantik kerana lelaki dan wanita sukakan bunga di mana

setiap kejayaan yang dirai memerlukan bunga. Hari ini mari kita mulakannya dengan

memberi bunga kepada staf tuan puan. Selain itu, kita juga mengadakan program

Merdeka Ride, syarahan kemerdekaan di bulan merdeka, musabaqah Al-Quran

sempena bulan Ramadhan, iklan hari raya sempena bulan perayaan dan treasure hunt

untuk generasi muda.

Saya telah meminta supaya Pengarah Bahagian Latihan untuk mengaturkan

satu kursus ala santai kepada pemandu-pemandu kita supaya membiasakan diri

mereka dengan jalan Kuala Lumpur. Ini kerana terdapat sebahagian daripada pemandu

kita akan mencari alasan untuk mengelakkan diri mereka apabila perlu memandu

kenderaan ke Kuala Lumpur. Terdapat satu situasi yang mana untuk pergi ke Chowkit

mereka perlu datang ke Ibu Pejabat dahulu barulah dapat pergi ke Chowkit. Kita akan

memilih 15 orang untuk setiap sesi yang mana mereka perlu pergi ke tempat-tempat

yang ditentukan tanpa berbekalkan GPS atau telefon bimbit. Tiada cara lain yang boleh

dilakukan untuk mengenal laluan melainkan mereka sendiri yang perlu meneroka. Kita

juga akan mewujudkan Buku Coffee Table RISDA serta Rancangan Talk Show RISDA

dilaksanakan melalui usahasama RTM. Kita akan membuat gerakan inovasi, berkerja

dalam pasukan dan mengamalkan pendekatan prihatin dan kasih saying termasuklah

tidak berpuak-puak. Inilah usaha-usaha kita yang akan dilakukan.

Dari segi aspek organisasi, kita akan menyusun semula struktur organisasi kita

kerana adalah penting tahun 2012 kita mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Mewujudkan lebih banyak jawatan baru atau menaiktaraf jawatan supaya semua orang

berpeluang untuk kenaikan pangkat dan peluang kerjaya menjadi lebih banyak. Saya

ingin memaklumkan bahawa saya tiada halangan untuk mengambil anak-anak warga

RISDA berkerja dengan RISDA. Ini kerana RISDA adalah tempat kita. Saya tidak lihat

dengan mengambil anak kakitangan akan menjejaskan perkhidmatan kita kerana ini

telah bermula sejak dari dahulu lagi. Tetapi apa yang penting, apabila kita mengambil

anak-anak kakitangan RISDA kita perlu menjaga imej kita. Jangan sampai mereka

melakukan apa sahaja disebabkan ibu bapa mereka berpangkat lebih tinggi seperti

memonteng kelas dan tidak hadir ke pejabat.

Untuk tahun 2011 kita memberi peluang kenaikan pangkat lebih kurang 40

orang di semua peringkat dan untuk kumpulan lain apabila tiba masanya kita memberi

peluang untuk kenaikan pangkat. Kenaikan pangkat adalah mengikut merit dan

pengalaman serta keutamaan diberikan kepada yang lebih senior dan perform.

Sekiranya terdapat dua calon yang mana ada yang baru dan yang lama dan kedua-

Page 18: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

18

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

duanya perform, kita akan mengambil yang lama. Jika ada yang baru dan yang lama

tetapi yang lama tidak perform kita terpaksa memberi peluang pada yang baru. Kita

juga membuka peluang kerjaya kepada semua gred jawatan dan bidang jawatan.

Sekarang ini, saya telah membuka peluang untuk kerjaya kepada orang W (kewangan),

J (kejuruteraan) dan F (teknologi maklumat). Kita memikirkan keupayaan seseorang itu

walaupun apa pun bidang yang mereka. Tuan puan jangan salah tafsir dan berfikiran

negatif apabila saya melakukan perkara ini. Ini adalah bertujuan supaya semua orang

ada peluang kerjaya dan mendapat nikmat perkhidmatan kerana RISDA adalah milik

kita bersama. Apabila milik bersama kita perlu kongsi bersama-sama dan memberi

peluang yang sama rata. Perkara ini dilakukan supaya jawatan RISDA ini, khususnya

jawatan Ketua Pengarah kekal kepada kita kerana tidak guna kita kata kita hebat tetapi

dalam kalangan kita tiada seorang pun yang boleh memimpin RISDA.

Saya menyeru kepada tuan puan semua supaya berusaha untuk menjadi

popular. Ini kerana dengan popularlah kita akan berlaku adil, mengamalkan kesamaan,

disukai orang kampung dan disukai oleh pemimpin. Kita popular disebabkan cekap

berkerja, membantu mereka yang kesusahan dan membantu meningkatkan

pendapatan serta memberikan perkhidmatan yang baik. Kita tidak mahu popular yang

tidak mendatangkan faedah seperti meminta tolong bos punch card, itu adalah

mengarut. Jadi saya mengharapkan tuan puan dapat menerima mesej yang saya

sampaikan dengan hati yang terbuka dan kita akan menumpukan kepada aktiviti yang

kita rancangkan iaitu GAP dan sebagainya. Menteri kita Dato Seri Shafie Afdal telah

meminta kita untuk menganjurkan program yang melibatkan generasi muda. Kita telah

pun menyahut saranan tersebut dengan mengadakan pertandingan futsal dan aktiviti-

aktiviti lain. Sabah dan Sarawak masih berhutang dengan saya untuk pertandingan

futsal kerana belum menganjurkan pertandingan futsal yang melibatkan generasi muda.

Kita telah membuat kertas kerja untuk mendapatkan peruntukan tambahan bagi

melibatkan generasi muda.

Jadi sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua, terima kasih kepada

Tn. Haji Sufi selaku pengerusi jawatankuasa induk bagi program ini. Kalau tuan puan

perhatikan pendekatan amanat yang saya berikan pada hari ini berbeza sedikit dengan

yang lalu yang mana ia bertunjangkan kepada tema Memenangi Produktiviti Memeluk

Kesejahteraan kerana sebenarnya selama ini seolah-olah kita tewas kepada produktiviti

yang kita tetapkan. Kita kalah sebab apabila kita cakap 1,600 kg/ha/thn kita tidak capai

dan apabila kita cakap 18 mt/ha/thn juga tidak capai secara puratanya kerana di

ladang-ladang masih ada lagi yang rendah dan masih banyak tanggungjawab yang

harus kita lakukan terutamanya untuk Sabah dan Sarawak. Insyaallah kita tidak abaikan

untuk kedua-dua negeri ini kerana ia juga bertunjangkan kepada falsafah Kasihi

Pekebun Sayangi RISDA. Mudah-mudahan dengan harapan itu, saya berharap agar

Page 19: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

19

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

tuan puan balik dan tolong sampaikan hasrat saya, hasrat RISDA ini kepada sahabat-

sahabat yang tidak berkesempatan hadir ke sini disebabkan dewan ini tidak mampu

untuk menampung jumlah yang ramai. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan

penghargaan yang tidak terhingga kepada tuan puan yang telah meletakkan RISDA

ditahap yang cukup hebat, cemerlang dan disanjungi oleh pelbagai pihak. Mudah-

mudahan usaha kita ini dirahmati oleh Allah s.w.t dan saya bersyukur sangat kerana

dalam bacaan doa oleh Ustaz Sayuthi pun ada menyebut tentang 4 GAP yang kita akan

laksanakan. Ini bermakna mesej yang kita mahu sampaikan telah diterima oleh setiap

orang dan menyelinap masuk ke dalam diri masing-masing. Setiap tugasan kita akan

sentiasa berkaitan dengan 4 GAP tersebut. Saya akan terus Kasihi Pekebun Sayangi

RISDA dan pendekatan kasih sayang akan terus dilaksanakan secara meluas di

RISDA. Dengan itu, saya akhiri ucapan saya dengan Wabillah hitaufiq

walhidayah wasalamualaikum w.b.r.t dan terima kasih.

Page 20: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

20

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

LAMPIRAN

Page 21: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

21

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)

Page 22: amanat pengurusan RISDA 2012 · 2013-12-10 · 2 AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011) Kata-kata Aluan Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia dan salam

22

AMANAT PENGURUSAN RISDA 2012 (23 NOVEMBER 2011)