assalamualaikum w

4
Assalamualaikum w.b.t Yang berusaha Puan/Tuan___________________________________ (Guru Besar) _______________________________, Guru Penolong Kanan 1. _______________________________, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. _______________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, ________________________ (Nama Sek.) Guru-guru yang diraikan dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Sebelum memulakan bicara izinkan saya membaca 2 rangkap pantun, Betik Masak lebat di pangkal Buat bekal dibawa belayar Baik budi cerdik akal Hormatkan guru tekun belajar Waktu malam mencencang halia Masak cencaru berserai wangi Arahan guru di patuh di setia Tanda hormat guru disayangi Marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat kita berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersama sama

Upload: qasehsafinah

Post on 05-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

JEMPUTAN KHAS

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum w

Assalamualaikum w.b.t

Yang berusaha Puan/Tuan___________________________________ (Guru Besar)

_______________________________, Guru Penolong Kanan 1.

_______________________________, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

_______________________________, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, ________________________ (Nama Sek.)

Guru-guru yang diraikan dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Sebelum memulakan bicara izinkan saya membaca 2 rangkap pantun,

Betik Masak lebat di pangkal

Buat bekal dibawa belayar

Baik budi cerdik akal

Hormatkan guru tekun belajar

Waktu malam mencencang halia

Masak cencaru berserai wangi

Arahan guru di patuh di setia

Tanda hormat guru disayangi

Marilah kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya, dapat kita

berhimpun dan menjayakan sambutan hari guru bersama sama dengan anak didik yang

dikasihi dalam suasana yang meriah, aman dan harmoni.

Sidang hadirin yang berbahagia,

Page 2: Assalamualaikum w

Saya ingin mengambil kesempatan dan peluang pada hari ini untuk mengucapkan

Selamat Hari Guru dan Terima kasih Cikgu buat semua guru di sekolah ini. Guru-guru di

sekolah ini begitu dedikasi, jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas dengan penuh rasa

tanggungjawab. Mereka telah mendidik, mengajar, membimbing malah turut mengasuh

murid-murid agar menjadi insan yang harmonis.

Tema Hari Guru tahun ini "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak" sangat

bertepatan dengan dunia pendidikan pada abad ke-21. Tema ini menghendaki agar kita

perlu kembali kepada tujuan asas pendidikan iaitu bukan sahaja untuk melahirkan insan

yang berpengetahuan tetapi insan yang berguna dan warga negara yang baik yang boleh

menyumbang kepada pembangunan negara bangsa yang bersatu padu dan berdaulat serta

selaras sebagai negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Berkonsepkan pembudayaan adab dan akhlak mulia dalam kalangan guru dan murid di

sekolah, guru adalah sebagai role model kepada murid dengan pendekatan “Membina Ilmu

Menyempurnakan Akhlak”. Hasil akhirnya bagi menghasilkan murid yang berketrampilan

“Berilmu dan Berakhlak”. Untuk itu, guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan

pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen

kerohanian, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi

murid. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta

membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa

yang berkualiti.

Kini, peranan guru dalam melonjakkan transformasi pendidikan negara harus

bergerak seiring dengan penerapan nilai-nilai murni. Anak-anak ibarat kain putih yang bersih

maka sememangnya ibu bapalah yang harus mencorakkannya. Namun, ibu bapa turut

meletakkan harapan yang tinggi agar anak-anak mereka turut memiliki sahsiah yang

sempurna semasa di sekolah.

Kerana apa? Kerana di sekolahlah, anak-anak ini berpeluang untuk

mengembangkan bakat, kebolehan, kecenderungan, mengeluarkan pendapat,

berkomunikasi dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya. Peluang tersebut tidak mereka

miliki semasa mereka berada di rumah atau bersama keluarga. Lebih-lebih lagi apabila para

guru dijadikan sebagai role model kepada keberkesanan pendidikan untuk murid-murid di

sekolah dan masyarakat

Page 3: Assalamualaikum w

Sidang hadirin yang dihormati,

Selaku YDP PIBG, saya turut merasakan betapa pentingnya sambutan hari guru

diadakan pada 16 Mei setiap tahun. Sambutan hari guru ini adalah satu pengiktirafan dan

penghargaan tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak

bangsa Malaysia. Justeru, wajarlah bagi murid-murid, ibu bapa dan masyarakat meraikan

sambutan hari guru . Inilah cara yang terbaik untuk melahirkan rasa terima kasih,

penghargaan dan penghormatan terhadap jasa insan yang tidak ternilai yang bernama guru.

Sebelum mengakhiri ucapan, marilah sama-sama kita hayati dua rangkap pantun ini:

.Cantik sungguh si bunga kemboja

dipakai nak dara menghias telinga

pelajar berjaya hidup bahagia

guru berjasa jangan dilupa

Harum mewangi si bunga tanjung

Tumbuh mekar di laman Tun Perak

Jasa dan baktimu terus disanjung

Membina ilmu menyempurnakan akhlak

Akhir kata, kepada semua para pendidik di sekolah ini, jasa, bakti dan pengorbanan yang

cikgu berikan amat dihargai dan disanjung tinggi. Sama-samalah kita memanjatkan doa agar

semua guru di SK. ____________________________ ini diberi kekuatan, kegigihan dan

kesihatan agar dapat melaksanakan tugas yang mulia ini.

Sekian, Terima kasih.