asgment perlembagaan

Upload: shahril-faizul

Post on 14-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    1/9

    3.1 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia

    by KULANZSALLEH on 24/07/2010

    Sejarah Perlembagaan PersekutuanMalaysia dapat

    dikatakan berasal sejak Tanah Melayu berlindung di bawah naungan kerajaan Inggeris pada akhir abad

    ke-19. Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak, Selangor, NegeriSembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sejarah perlembagaan

    moden negeri-negeri Persekutuan boleh dikatakan bermula pada 10 September 1899 apabila mesyuarat

    pertama Majlis Negeri Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan

    Tanah Melayu.

    Apabila Inggeris kembali, mereka telah merancang untuk memperkenalkan Malayan Union yang

    kemudiannya mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Akibat tentangan orang Melayu,

    Malayan Union kemudiannya telah dimansuhkan dan digantikan dengan perlembagaan baru iaitu

    Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan yang dibentuk dalam tahun 1948 ini berjalan dengan

    beberapa pengubahsuaian yang perlu hingga tahun 1957 apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapaikemerdekaan. Akta Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu menamatkan kedaulatan dan bidang

    kuasa Inggeris di Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan 1957 berkuat kuasa sehingga sekarang

    dengan beberapa pindaan penting. Antara pindaan yang telah dilakukan ialah Akta Malaysia yang

    diluluskan pada tahun 1963 meminda inter-alia Perkara 1 (1) dan (2) untuk memasukkan Sabah, Sarawak

    dan Singapura serta menukarkan nama Persekutuan kepada Malaysia.

    Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan Malayan Union, merupakan satu cubaan kerajaan

    British untuk menukar taraf negeri-negeri Melayu yang bernaung sebagai tanah jajahan. Kerajaan British

    ingin menjadikan negeri-negeri Melayu sebagai tanah jajahannya seperti Pulau Pinang, Melaka dan

    Singapura. Pihak British akan mempunyai kuasa penuh di Tanah Melayu, dan kedaulatan raja-raja

    Melayu akan terhapus. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) merupakan satu perkara

    yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Pembentukan Malayan Union telah berjaya memarakkan

    semangat kebangsaan orang Melayu. Malayan Union juga telah menyatupadukan orang Melayu,

    sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Mereka memulakan gerakan politik anti-British secara

    terbuka dan merupakan bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan serta menggubal

    undang-undang tertinggi negara yang mengambil kira unsur-unsur tradisi masyarakat di negara ini.

    http://kulanzsalleh.com/sejarah-penggubalan-perlembagaan-malaysia/http://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/http://kulanzsalleh.com/wp-content/uploads/2010/07/perlembagaan-persekutuan-tanah-melayu.pnghttp://kulanzsalleh.com/pengenalan-tentang-perlembagaan-malaysia/http://kulanzsalleh.com/sejarah-penggubalan-perlembagaan-malaysia/
  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    2/9

    Secara ringkasnya kronologi penggubalan Perlembagaan persekutuan adalah bermula daripada

    Perlembagaan Malayan Union dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

    Malayan Union 1946

    Maayan Union diwujudkan pada tahun 1946. Idea dan rancangan menubuhkan Kesatuan Tanah Melayu

    atau Malayan Union sebagai satu bentuk pemerintahan yang baru bagi Tanah Melayu telah mula dikajidan disusun oleh pihak Inggeris sejak Tanah Melayu mula jatuh ke tangan Jepun pada awal 1942.

    Pejabat Tanah Jajahan Inggeris di London secara diam-diam, tanpa menghebohkan kepada Raja-raja

    Melayu dan orang Melayu, telah mengambil keputusan untuk menubuhkan suatu pemerintahan yang

    bercorak Malayan Union bagi menggantikan Pemerintahan Tentera yang diperkenalkan oleh mereka.

    Perjumpaan Kongres Melayu Pertama 1946

    Pada 11 Mac 1946, satu perjumpaan telah diadakan dengan menggabungkan 41 pertubuhan Melayu

    bagi membentuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu. Ia bermatlamat untuk menyatupadukan orang

    Melayu dalam satu badan penyuaraan yang kuat supaya Malayan Union dimansuhkan. Ketika ini

    Kongres ini belum mempunyaai sebaaang rancangan kemasyarakatan dan ekonomi yang tertentu

    sebaliknya hanya mahu memulih kembali kedaulatan raja-raja Melayu dan hak-hak orang Melayu

    sebagai bumiputera.

    Penubuhan UMNO 1946

    Pada 11 Mei 1946, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan hasil perjumpaan

    yang diadakan oleh Kongres Melayu Pertama. UMNO banyak memainkan peranan dalam pembentukan

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang baru hasil daripada beberapa memorandum yang

    dikemukakan oleh pertubuhan tersebut kepada pihak British. Pada 2 Jun 1946, Malcolm MacDonald dan

    Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja bahawa Kerajaan British bersetuju menimbang

    syor Raja-raja dan Pertubuhaan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan akan menggubal

    perlembagaan baru untuk Tanah Melayu. Akhirnya pada 25 Julai 1946, Dato Onn Jaafar dan 11 lagi ahli

    jawatankuasa lain telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal perlembagaan baru untuk

    menggantikan Malayan Union.

    Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

    Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor dan membuat pindaan perlembagaan yang dicadangkan dan

    Kerajaan British akhirnya menerima perlembagaan tersebut dan dilaksanakan pada 21 Januari 1948 bagi

    menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu. Penubuhan ini dilakukan melalui

    perjanjian yang dinamakan Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut terdapat beberapa

    perubahan penting yang dilakukan dalam Perlembagaan Persekutuan 1948. Berikutan perjanjian

    tersebut Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948. Majlis Perundangan Persekutuan

    ditubuhkan di mana ia mempunyai kuasa membuat undang-undang. Pesuruhjaya Tinggi pula

    mempunyai kusa veto (pembatal) untuk menghalang rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis

    Perundangan Persekutuan.

  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    3/9

    Sejak tahun 1948, setiap negeri Melayu mempunyai perlembagaan masing-masing. Johor dan

    Terengganu telah pun mempunyai perlembagaan lebih awal lagi, masing-masing pada tahun 1895 dan

    1911. Ianya dipinda supaya sesuai dengan kehendak Perjanjian Persekutaun 1948.

    Pilihanraya Pertama

    Hasil kegiatan politik dan tuntutan daripada pelbagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun1940-an dan awal 1950-an telah memaksa kerajaan Inggeris memutuskan untuk mengadakan satu

    pilihan raya bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur pada Jun 1955. Pilihanraya pertama diadakan bagi

    memilih anggota-anggota Majlis Perundangan Persekutuan yang mengandungi 52 anggota yang dipilih,

    34 anggota yang dilantik dan 12 pegawai kerajaan, dan seorang Pengerusi dilantik oleh Pesuruhjaya

    Tinggi dengan persetujuan Raja-raja.

    Rundingan Kemerdekaan

    Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London untuk berunding dengan

    kerajaan Inggeris tentang kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan tersebut terdiri daripada 4 orang

    wakil parti Perikatan, 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

    W akil-wakil Perikatan dan Raja-raja Melayu telah mencapai persefahaman sebelum mereka tiba di

    London. Dalam rundingan yang berlangsung dari 18 Januari hingga 6 Februari 1956, persetujuan telah

    dicapai iaitu melaksanakan penubuhan segera Persekutuan Tanah Melayu berpemerintahan sendiri dan

    kemerdekaan yang sepenuhnya.

    Suruhanjaya Reid

    Pada bulan Mac 1956, satu Jawatankuasa Perlembagaan telah dibentuk bagi mengkaji dan merangka

    Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan sebuah kerajaan pusat. Jawatankuasa yang diketuai oleh

    Lord Reid ini turut dianggotai oleh Sir Ivor Jennings, Sir William Mckell, En. B. Malik dan En. Abdul

    Hamid. Suruhanjaya ini berfungsi untuk mengesyorkan satu Perlembagaan Persekutuan berdasarkan

    demokrasi berparlimen, mengadakan majlis mesyuarat dwi-dewan dan mempunyai Kerajaan

    Persekutuan yang kuat. Syor Suruhanjaya ini dibuat dengan mengambil kira unsure-unsur tradisi

    masyarakat Melayu di Tanah Melayu pada masa tersebut. Suruhanjaya ini juga diminta menjamin

    kedudukan istimewa orang Melayu dan hak-hak yang sah kaum-kaum lain. Semasa proses merangka

    rang undang-undang yang dimaksudkan, suruhanjaya ini telah menjalankan tugasnya pada Jun 1956,

    dan telah menggemukakan laporannya pada Disember 1956. Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 118

    kali persidangan telah diadakan. Selain itu, suruhanyaya juga telah menerima 131 memorandum yang

    dikemukakan oleh parti-parti politik, pertubuhan dan orang ramai. Antara 131 memorandum yang

    bertulis, dua daripadanya telah dikemukakan oleh Raja-raja Melayu dan parti Perikatan.

    Menggubal Rang Undang-Undang Perlembagaan

    Pada bulan Februari 1957, Rang Undang-Undang Perlembagaan yang pertama diumumkan tetapi ia

    telah mendapat banyak tentangan. Justeru satu lagi jawatankuasa yang terdiri daripada 11 orang ahli,

    iaitu 4 orang wakil Raja-raja Melayu, 4 orang wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhanjaya Tinggi British,

    Ketua Setiausaha dan Peguan Negara telah dibentuk untuk mengkaji semula perlembagaan tersebut.

  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    4/9

    Kemerdekaan Tanah Melayu

    Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diluluskan pada 27 Ogos 1957 dan

    dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957. Tarikh penguatkuasaannya adalah bersempena pengisytiharan

    Kemerdekaaan Tanah Melayu. Perlembagaan Persekutuan terbentuk hasil toleransi pelbagai kaum di

    negara ini, terutamanya tiga kaum terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India.

    Penubuhan Suruhanjaya Cobbold dan Referendum Di Singapura

    Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan bertujuan untuk meninjau dan mengkaji pendapat orang ramai di

    Sabah dan Sarawak tentang cadangan pembentukan Malaysia. Suruhanjaya ini telah memulakan

    tugasnya dalam bulan Februari 1962 hingga pertengahan bulan April tahun yang sama. Sewaktu

    bertugas di Sabah dan Sarawak, mereka telah berkesempatan untuk berjumpa dengan lebih 4000 orang

    dan menerima lebih kurang 2000 memorandum dan surat yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan

    politik, agama, kemasyarakatan dan kesatuan-kesatuan sekerja. Menjelang bulan Jun 1962, Suruhanjaya

    tersebut telah mengeluarkan satu laporan berhubung dengan maklum balas yang dikemukakan

    penduduk Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.

    Penubuhan Malaysia

    Pada bulan Julai 1963, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di London, di antara kerajaan British,

    Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Mengikut perjanjian ini Parlimen British

    akan meluluskan satu undang-undang untuk memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan

    Sarawak yang masing-masing akan mempunyai perlembagaan baru. Bagi Persekutuan Tanah Melayu,

    Parlimen Persekutuan akan meluluskan satu undang-undang yang dipanggil Akta Malaysia untuk

    meminda Perlembagaan Persekutuan. Akta Malaysia ini telah diluluskan pada 26 Ogos 1963.

  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    5/9

    3.2KONSEP PERLEMBAGAAN

    MAKNA DAN PERANAN PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-

    undang dasar yang dianggap penting untuk melicinkan pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.

    Perlembagaan menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaan dan hak-hak rakyat.

    Perlembagaan juga mengandungi prinsip yang membentuk institusi-institusi negara seperti eksekutif,

    perundangan dan kehakiman dengan menyatakan kuasa dan peranan setiap institusi tersebut dalam

    kerangka pemerintahan dan penradbiran sesebuah negara.Perlembagaan digubal untuk menjadi garis

    panduan tentang corak pemerintahan sistem politik dan pentadbiran sesebuah negara, di samping

    memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan juga menyatakan tanggungjawab dan

    kewajipan setiap warganegara terhadap pemerintah dan negara.

    KONSEP KETINGGIAN PERLEMBAGAAN

    Perlembagaan Persekutuan ialah undang-undang tertinggi di Malaysia dan menjadi tunggak semua

    undang-undang, sama ada yang sedia ada atau yang bakal digubal. Semua undang-undang yang digubal

    tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Jika wujud percanggahan, undang-undang

    berkenaan dianggap terbatal setakat bahagian yang bercanggah tersebut. Kedudukan Perlembagaan

    sebagai undang-undang tertinggi amat penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan Sistem

    Persekutuan seperti Malaysia. Ini memudahkan Kerajaan Persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan

    dan pentadbiran dengan licin, tanpa terpaksa bersaing dengan pihak-pihak lain terutama kerajaan

    negeri.Seiring dengan kedudukan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, parlimen

    memperolehi kuasanya daripada perlembagaan. Parlimen mempunyai kuasa yang terhad dan tidak

    boleh membuat undang-undang untuk perkara-perkara yang terletak di luar bidang kuasa yang

    diperuntukkan kepadanya. Makhamah mempunyai kuasa untuk membatalkan sesuatu undang-undang

    yang diluluskan oleh parlimen jika undang-undang tersebut berada di luar bidang kuasanya dan

    bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna makhamah juga tertakluk kepada

    kehendak Perlembagaan Persekutuan. Walaupun yang Dipertuan Agong menjadi Ketua Negara, baginda

    juga tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan. Baginda tidak boleh bertindak sesuka hati tetapi

    perlu menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya dalam Perlembagaan.

    Oleh itu, tidak ada institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan Perlembagaan

    Persekutuan. Kuasa tertinggi Perlembagaan ini dikenali sebagai ketinggian perlembagaan.

    http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.htmlhttp://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.htmlhttp://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.htmlhttp://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/01/konsep-perlembagaan.html
  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    6/9

    3.3UNSUR-UNSUR TRADISI DI DALAM KONTRAK SOSIAL

    PENGENALAN

    Jata Negara

    Kebanyakan Perlembagaan Persekutuan mengandungi amalan yang diwarisi daripada

    zaman penjajahan, kecuali peruntukan tentang pentadbiran, parlimen dan

    kewarganegaran.Terdapat fasal-fasal yang diwarisi sejak zaman penjajahan dan masih

    dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Unsur-unsur tradisi sebenarnya telah wujud

    sejak ratusan tahun yang lalu sebelum pembentukan perlembagaan pada tahun 1957. Ia

    dianggap sebagai satu kontrak sosial yang meliputi 4 aspektermasuklah institusi beraja,

    agama islam, bahasa melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu.(Mohd SallehAbas, 1985)

    Keempat-empat unsur tradisi ini diserap menjadi sebahagian daripada kandungan

    penting perlembagaan persekutuan. Ia berperanan menstabilkan sistem politik negara dan

    laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan

    mengambil kira faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun

    1957. (Mohamed Suffian Hashim, 1987).

    Ini menunjukkan betapa pentingnya unsur-unsur tradisi sehingga dilindungi dibawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isu-isu sensitif yang dilarang daripada dijadikan

    isu perbincangan awam. Ia juga merupakan satu pra-syarat dan permuafakatan yang telah

    dipersetujui dan diterima oleh orang Melayu dan bukan Melayu. Ini bermakna, orang Melayu

    diberikan hak istimewa, Islam menjadi agama persekutuan dan Bahasa Melayu diterima

    sebagai bahasa kebangsaan sebagai pra-syarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik

    bukan Melayu. (Mohd Salleh Abbas, 1985).

    http://theredzone88.blogspot.com/2012/03/unsur-unsur-tradisi-di-dalam-kontrak.htmlhttp://theredzone88.blogspot.com/2012/03/unsur-unsur-tradisi-di-dalam-kontrak.htmlhttp://theredzone88.blogspot.com/2012/03/unsur-unsur-tradisi-di-dalam-kontrak.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/-zM-snJLk3yQ/T2zHc3ueELI/AAAAAAAAAv8/Kww9-lrETIc/s1600/Jata+Negara.pnghttp://theredzone88.blogspot.com/2012/03/unsur-unsur-tradisi-di-dalam-kontrak.html
  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    7/9

    Pra-syarat ini menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah menerima satu formula

    bagi menyelesaikan masalah yang wujud tanpa melibatkan konflik antara etnik di Tanah

    Melayu pada ketika itu.-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    KONTRAK SOSIAL

    Muafakat Membawa Berkat

    Kontrak sosial adalah persetujuan yang dicapai sebelum merdeka di kalangan para

    pemimpin Melayu, Cina dan India dan parti-parti yang mereka wakili, UMNO, MCA dan

    MIC. Bagaimanapun, kontrak sosial harus dianggap sebagai satu persetujuan di kalangan

    masyarakat berbilang kaum, bukan hanya pemimpin atau kumpulan elit tertentu.

    Permuafakatan itu mendapat sokongan rakyat sebagaimana yang terbukti melalui

    kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Rakyat perlu memahami fakta sejarah

    bahawa kontrak sosial dicapai melalui proses muafakat dan musyawarah.(Sumber:

    Laman Web Tun Mahathir)

    Kontrak sosial bukan istilah yang wujud dalam Perlembagaan Persekutuan pada

    tahun 1957 tetapi permuafakatan yang mewakili semangat Perlembagaan. Dengan adanya

    kontrak sosial ketika proses ke arah mencapai kemerdekaan, usaha telah dapat dilakukanuntuk menggubal Perlembagaan. Ia merupakan muafakat antara kaum yang mewarnai

    Perlembagaan, persepakatan yang diterjemahkan ke dalam Perlembagaan. Walaupun istilah

    kontrak sosial tidak ada dalam Perlembagaan tetapi semangatnya ada pada ciri-ciri

    perlembagaan itu. Ini bermaksud Unsur-unsur tradisi dalam kontrak sosial telah disepakati

    semasa menggubal undang-undang persekutuan. Oleh itu pembentukan kontrak sosial

    dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya

    http://2.bp.blogspot.com/-_RhiIKElcJU/T2zMkoCpZVI/AAAAAAAAAwE/7ewubgh5nxU/s1600/muafakat.jpg
  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    8/9

    Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan

    kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin

    ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal. (Mohamed Jauhar Hassan, 1996)

    John Locke

    Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk

    Negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan sahaja

    soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan. Oleh itu,

    kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha untuk menegakkan

    keadilan sosial di Negara ini. Pengajaran utama yang harus dipelajari oleh kaum bukan

    melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana mencabar kedudukan orang melayu

    seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Teori kontrak sosial menurut

    pandangan ahli teori demokratik eropah seperti Thomas Hobbes (Leviathan, 1651) dan John

    Locke (Two Treaties of Goverment, 1690) ialah bahawa manusia mewujudkan Negara

    sebagai satu perjanjian bersama di mana setiap individu itu bersetuju kepadanya. Kontrak ini

    bererti individu-individu yang bebas bersetuju untuk menyerahkan haknya untuk memerintah

    diri sendiri itu kepada satu institusi bersama yang berkuasa dan berdaulat.

    Menurut bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai perjanjian formal dengan syarat

    tertentu antara dua pihak. Ia juga boleh bermaksud dokumen yang mengandungi syarat-

    syarat perjanjian atau undang-undang yang berkaitan dengan kontrak. Sosial pula boleh

    ditakrifkan sebagai yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Oleh itu, kontrak

    sosial boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk perjanjian atau permuafakatan yang ditulis dan

    ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan yang melibatkan semua masyarakat

    http://1.bp.blogspot.com/-UHuPczDGw28/T2zR907MNpI/AAAAAAAAAwM/JKrIiPbXS4o/s1600/John_Locke.jpg
  • 7/29/2019 asgment perlembagaan

    9/9

    disesebuah Negara. Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan

    perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam masyarakat

    majmuk di Negara ini. Kontrak atau perjanjian tidak boleh diubah secara satu pihak sahaja.

    Semua yang terlibat dalam perjanjian itu mesti setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah

    lagi kontrak sosial itu telah diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan

    Persekutuan.

    ~~~Sekian ~~~

    -Sampai setakat ini sahaja dahulu. Artikel akan datang akan membincangkan sedikit

    di mana rasionalnya unsur-unsur tradisi itu sendiri pada masa kini.-

    RUJUKAN

    Mohd Salleh Abas, 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohd Suffian Hashim, 1987. Mengenal Perlembagaan Malaysia, Dewan Bahasa danPustaka. Kuala Lumpur. Laman web Tun Mahathir. 2008. Dlm, 1 Klik. Kontrak Sosial darihttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1224-kontrak-sosial.html Mohd Jauhar Hassan, 1996. Keadilan Sosial dan Hubungan Kaum dalam KonteksMasyarakat Yang Berubah. Dlm, Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar. Keadilan Sosial. Kuala

    Lumpur: Institut Kajian Dasar, hal 147-148.