asgment pn asyikin-print baru

22
Aspek Nilai dalam Peribahasa Menurut Za’ba, peribahasa ialah susunan kata yang indah, pendek dan sedap didengar, mempunyai makna yang luas dan tersirat. Tujuan peribahasa adalah untuk mengindahkan pertuturan dan membantu dalam mengindahkan penulisan kreatif. Terdapat aspek nilai yang terkandung di dalam sesuatu peribahasa. Nilai murni dapat ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Menurut Scott dalam Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011), nilai merupakan sesuatu konsep bagi individu atau kelompok tentang perhubungan unggul yang digunakan untuk menilai sesuatu kebaikan atau keburukan, dan sesuatu kebenaran atau kesalahan. Aspek nilai boleh dilihat dalam sesuatu peribahasa. Peribahasa di atas bermaksud semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat seseorang itu, semakin merendah diri. Peribahasa di atas memaparkan nilai adat dan resam bangsa Melayu yang mementingkan nilai kerendahan hati, tidak bongkak dan sombong dalam kehidupan bermasyarakat. Sifat padi yang menunduk apabila telah berisi dikaitkan dengan sifat manusia yang merendah diri apabila telah memperoleh kesenangan ataupun kaya. Peribahasa ini menyarankan agar bangsa Melayu supaya sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri walaupun sudah berjaya dan berilmu dalam kehidupan bermasyarakat. Rasa rendah diri 1 “Ikut resmi padi, makin lama makin tunduk”

Upload: fara-mohd-lazim

Post on 03-Oct-2015

244 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

kkp

TRANSCRIPT

Aspek Nilai dalam PeribahasaMenurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang indah, pendek dan sedap didengar, mempunyai makna yang luas dan tersirat. Tujuan peribahasa adalah untuk mengindahkan pertuturan dan membantu dalam mengindahkan penulisan kreatif. Terdapat aspek nilai yang terkandung di dalam sesuatu peribahasa. Nilai murni dapat ditakrifkan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan. Menurut Scott dalam Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011), nilai merupakan sesuatu konsep bagi individu atau kelompok tentang perhubungan unggul yang digunakan untuk menilai sesuatu kebaikan atau keburukan, dan sesuatu kebenaran atau kesalahan. Aspek nilai boleh dilihat dalam sesuatu peribahasa.

Ikut resmi padi, makin lama makin tunduk

Peribahasa di atas bermaksud semakin banyak ilmu atau semakin tinggi pangkat seseorang itu, semakin merendah diri. Peribahasa di atas memaparkan nilai adat dan resam bangsa Melayu yang mementingkan nilai kerendahan hati, tidak bongkak dan sombong dalam kehidupan bermasyarakat. Sifat padi yang menunduk apabila telah berisi dikaitkan dengan sifat manusia yang merendah diri apabila telah memperoleh kesenangan ataupun kaya. Peribahasa ini menyarankan agar bangsa Melayu supaya sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri walaupun sudah berjaya dan berilmu dalam kehidupan bermasyarakat. Rasa rendah diri adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

Selain nilai merendah diri, peribahasa di atas juga memaparkan nilai sosial. Nilai sosial yang terdapat dalam peribahasa di atas ialah seseorang itu hendaklah bersikap merendah diri dan tidak berkelakuan sombong bagi membolehkan dirinya diterima oleh masyarakat. Apabila seseorang itu bersikap meninggi diri, masyarakat tidak akan menerima kehadirannya dan sukar untuk bekerjasama. Kita hendaklah sentiasa merendah diri dalam masyarakat agar kita diterima dan dihormati oleh masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, dalam masyarakat Melayu sememangnya mengamalkan sikap merendah diri dalam kehidupan dan seseorang yang telah mengalami proses sosial ini melalui pengalaman dan pembelajaran akan dapat mencapai nilai sosial tersebut. Sikap merendah diriiniperlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada. Apabila berada diluar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian

Peribahasa di atas bermaksud kita hendaklah tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan barulah kita akan memperoleh kesenangan. Sungai merupakan jalan pengangkutan utama, sumber makanan dan punca air masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Ketika itu, mereka belum mempunyai sistem paip. Jika mereka ingin mandi, membasuh baju atau menjala ikan, sungailah destinasi mereka. Betapa sukarnya kehidupan yang perlu dilalui oleh orang zaman dahulu berbanding kita yang berada pada zaman serba maju ini. Apabila ingin menjala ikan, mereka menggunakan rakit dan perlu menongkah arus sungai sehingga sampai ke hulu. Sekiranya air sungai deras dan rakit mereka terlanggar kerikil, rakit itu boleh tenggelam dan terbalik. Terpaksalah sang penjala ikan berenang pulang melawan arus sampai ke tepian sungai.. Salah satu nilai yang terdapat dalam peribahasa di atas ialah nilai agama. Masyarakat Melayu sememangnya berpegang pada sifat sabar yang terkandung dalam ajaran agama Islam. Sabar ialah salah satu akhlak yang mulia disisi agama islam. Ia merupakan pegangan bagi setiap individu mukmin. Al-Quran telah menjelaskan pada kita betapa pentingnya sifat sabar kerana ia mengandungi nilai yang tinggi dan utama daripada aspek agama dan budi pekerti. Malahan nabi dan rasul terdahulu pun mempunyai kesabaran yang sangat tinggi dalam usaha mengembangkan syariah Islam. Dalam ajaran agama Islam, sesiapa yang melakukan sesuatu dengan penuh kesabaran akan memperoleh kejayaan dengan lebih cemerlang. Dengan itu, masyarakat Melayu telah mengahasilkan peribahasa seperti di atas bagi menyemai nilai sabar dalam diri setiap anggota masyarakat untuk mencapai kejayaan.Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar kita mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Kita akan melalui segala kesusahan untuk berjaya seperti Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal, pelajar SMK Agama (Arab) Maahad Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan mencatat sejarah apabila mendapat 20A dalam peperiksaan SPM pada tahun 2008. Keluarganya yang miskin tidak menghalang beliau untuk merjaya. Bapanya hanya seorang nelayan dan ibunya pula merupakan seorang tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Namun, sifat gigih dan sabarnya dalam mengharungi segala kesusahan, beliau telah memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa kejayaan yang dapat diraih dengan adanya usaha yang disisipkan dengan kesabaran. Peladang tidak akan menuai hasil kiranya tiada kesabaran. Petani tidak akan memetik hasil titik peluhnya tanpa kesabaran, pelajar tidak akan berjaya dalam pengajiaannya jika tidak bersabar, malahan perjuangan tidak akan memperoleh kemenangan andai tiada kesabaran.

bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatPeribahasa di atas pula bermaksud kerjasama dalam anggota masyarakat dapat mewujudkan perpaduan . Orang Melayu lama menggunakan ruas betung untuk menyimpan air. Air terbentuk bulat apabila berada di dalam pembetung, begitu juga manusia, bulat kata dan bulat hati apabila bermuafakat. Muafakat pula diumpamakan dengan pembetung. Salah satu nilai budaya masyarakat orang Melayu ialah melakukan sesuatu perkerjaan dengan bergotong-royong kehidupan secara berkumpalan. Gotong-royong diamalkan dalam aktiviti seperti kenduri-kendara, menanam dan menuai padi, membersihkan rumah ibadat dan tanah perkuburan. Masyarakat Melayu kini, masih lagi giat bergotong-royong dalam melaksanakan apa sahaja untuk kepentingan masyarakat sekeliling. Dengan itu, perpaduan dapat dibentuk melalui semangat bekerjasama dan muafakat dalam masyarakat.Nilai yang terdapat dalam peribahasa di atas ialah nilai hubungan sosial. Masyarakat Melayu tradisional sangat menekankan ikatan atau hubungan yang erat di kalangan anggota-anggota kelompok. Sebagai contoh, masyarakat kampung yang bekerjasama dan bermuafakat dalam membersihkan kawasan kampungnya akan dapat melahirkan nilai hubungan sosial yang baik. Mereka dapat membuat keputusan bersama-sama, berkomunikasi, bantu-membantu serta hubungan silaturrahim akan terjalin. Dalam masyarakat kampung, hubungan sosial sangat dititikberatkan dan mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka menyedari bahawa sebagai anggota kelompok yang mempunyai hubungan sosial yang erat, mereka dapat membina kepentingan bersama. Dengan itu, nilai hubungan sosial akan terjalin melalui kesepakatan dalam anggota masyarakat.Selain itu, kelompok masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum seperti melayu, cina, india dan sebagainya juga turut menekankan nilai hubungan sosial. Mereka saling bekerjasama untuk melaksanakan sesuatu kerja. Hal ini dapat dibuktikan melalui penubuhan Community Liason Committee (CLC) yang ditubuhkan pada Januari 1949. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum. Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah. Kemerdekaan dapat dicapai melalui kerjasama dan kemuafakatan para pemimpin serta rakyat pelbagai kaum seperti bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Sememangnya nilai hubungan sosial terdapat dalam peribahasa di atas.Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan. Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.Justeru, memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa. Peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama.RujukanBukuAbdullah Hussain. (2003). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah (2010). Pengkategorian Peribahasa Melayu Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu Analisis Pragmatik. Selangor: Universiti Putra Malaysia.Aziz Deraman. (2007). Pengukuhan Bahasa dan Pemikiran Melayu Serantau. Dlm Irwandy (pnyt.). Bahasa dan pemikiran Melayu/Indonesia menyonsong 2025 (hlm 3-22). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ishak Ramly, 1990. Perkembangan Peribahasa dalam Bahasa Melayu dlm. Jurnal Dewan Bahasa Januari-Mei, 12023.Mohd Sharani Mohamad. (2000). 1001 peribahasa Melayu. Singapore: System Publishing House Pte. LtdNor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan, 2010. Remaja Malaysia dan Peribahasa Melayu dlm. Prosiding Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia, hlm. 100-08. Kuala Lumpur.Zaitul Azma Zainon Hamzah & Ahmad Fuad Mat Hassan.(2011). Peribahasa Melayu Penelitian Makna & Nilai. Selangor : Universiti Putra Malaysia.

JurnalSupyan Hussin dll. (2004). Kamus Peribahasa Melayu Digital yang Pertama, 3(1) : 49-61Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2011). Bahasa Dan Pemikiran Dalam Peribahasa Melayu, 11(3) : 31-49

Kepentingan Lambang-Lambang GambarKomunikasi boleh diertikan sebagai proses peralihan dan pertukaran maklumat oleh manusia melalui adaptasi dari dan ke dalam sebuah sistem manusia dan persekitarannya. Proses peralihan dan pertukaran itu dilakukan melalui simbol-simbol bahasa verbal mahupun bukan verbal yang dapat difahami bersama. Ada dua bentuk simbol bahasa yakni verbal dan bukan verbal. Manusia mempunyai fikiran, perasaan, dan perbuatan yang diluahkan melalui ungkapan kata-kata yang disebut verbal. Apabila kata-kata diucapkan maka ia dipanggil verbal vokal, apabila ditulis ia dipanggil verbal visual dan apabila dikomunikasikan melalui bahasa gambar ia dipanggil sebagai visual. Dalam hal ini bahasa komunikasi visual mempunyai peranan penting dan menjadi unsur utama dalam menyampaikan mesej dan idea sama ada yang nampak mahupun yang tidak nampak dalam sebuah logo. Logo adalah satu stimuli visual yang memberi identiti kepada sesebuah industri dalam strategi memperkenalkan sebuah jenama (Henderson,2003).Terdapat banyak kepentingan lambang gambar kepada diri kita. Antara salah satunya ialah dengan adanya lambang-lambang bahasa Melayu ini dapat memudahkan kita untuk memahami maksud yang ingin disampaikan tanpa diberitahu oleh orang lain. Sebagai contoh, apabila orang awam melihat lambang dilarang merokok di kawasan tersebut, mereka serta merta memahami maksud yang ingin disampaikan iaitu di kawasan tersebut adalah kawasan dilarang merokok. Mereka juga mungkin berfikir bahawa di kawasan itu merupakan kawasan yang selamat dan mempunyai ibu mengandung ataupun kanak-kanak dan tempat bekerja Lambang-lambang yang dipaparkan memudahkan orang awam memahami maksud dan tujuan yang ingin disampaikan. Mereka yang membuat kesalahan seperti merokok di kawasan larangan merokok tidak akan ditegur berulang kali kerana lambang dilarang merokok sudah dipaparkan. Dengan itu, perkara ini menjadi lebih mudah kerana mereka tidak akan melakukan sesuatu perkara yang salah dengan adanya lambang-lambang tersebut.Lambang-lambang dalam bahasa Melayu juga dapat menjimatkan penggunaan ruang yang berlebih-lebihan. Seperti yang kita ketahui bahawa lambang gambar tidak memerlukan ruang yang besar dan luas. Saiz lambang gambar sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan kepada pengguna. Mahupun kecil tetapi lambang gambar yang ingin disampaikan itu ringkas dan padat. Pengguna serta orang awam juga tidak perlu untuk membaca panjang lebar tetapi cukup hanya dengan melihat pada lambang gambar tersebut, mereka sudah mengetahui maksud yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, lambang wanita dan lelaki. Pengguna dapat memahami maksud dengan melihat lambang gambar tersebut bahawa lambang gambar wanita adalah bilik air yang khusus untuk wania sahaja dan lambang gambar lelaki adalah khusus untuk golongan lelaki sahaja. Hanya dengan lambang gambar yang kecil dapat menyampaikan maksud kepada pengguna. Dengan itu, lambang gambar tidak memerlukan ruang yang besar untuk meletakkannya kerana dengan ruang yang kecil lambang gambar tetap dapat dipaparkan dan maksud yang ingin disampaikan dapat difahami oleh pegguna dan orang awam.Bukan itu sahaja, malahan dengan adanya lambang-lambang gambar ini dapat memberikan imej negara yang baik kepada pelancong-pelancong asing. Pelancong asing juga turut memahami lambang gambar yang disediakan kerana lambang gambar itu bersifat umum dan dapat difahami oleh semua golongan masyarakat dari pelbagai negara. Sebagai contoh, apabila pelancong asing dan pengguna melihat lambang gambar kanak-kanak melintas, pelancong asing serta pengguna akan memperlahankan kenderaannya kerana mengetahui bahawa kawasan tersebut merupakan kawasan kanak-kanak melintas dan perlu memperlahankan kenderaan. Sikap pengguna yang bertanggungjawab mematuhi lambang gambar jalan raya ini boleh menjadi perhatian pelancong asing di negara kita. Oleh itu, pengguna mestilah sentiasa mematuhi lambang gambar agar negara dan masyarakat di negara ini dipandang tinggi seterusnya dapat merealisasikan wawasan negara 2020.Kepentingan lambang gambar juga dapat melahirkan pengguna yang berhemah dan dan mempunyai nilai murni yang tinggi. Sikap pengguna jalan raya yang mematuhi lambang gambar atau papan tanda jalan raya ini dapat melahirkan nilai muni dan sikap bertanggungjawab serta berhemah dalam diri. Hal ini sedikit sebanyak dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bertolak ansur. Sebagai contoh, lambang gambar dilarang memotong kenderaan yang dipaparkan di kawasan jalan raya akan dapat difahami oleh pengguna serta masyarakat dan mereka akan memandu kenderaan dengan berhemah tanpa memotong kenderaan yang berada di hadapan. Dengan demikian, sifat berhemah tinggi dan bertanggungjawab dapat dilahirkan dalam diri mereka seterusnya nilai-nilai murni dapat disemai dalam diri mereka. Bukan itu sahaja, kemalangan juga dapat dihindarkan dan kadar kemalangan akan menurun akibat daripada sikap pengguna yang mematuhi lambang-lambang gambar yang dipaparkan.Tambahan lagi, dengan adanya lambang gambar ini juga dapat meningkatkan penakulan bahan grafik iaitu lambang gambar dalam kalangan rakyat Malaysia. Pengguna dapat menakul lambang gambar dengan kreatif dan memahami maksud lambang gambar tersebut. Penakulan lambang gambar dapat ditingkatkan dan dikuasai oleh pengguna serta mereka akan dapat membuat andaian dengan betul mengenai lambang gambar tersebut. Sebagai contoh, lambang gambar jari diletakkan di mulut dan sudah pasti pengguna dan masyarakat dapat menakul lambang gambar tersebut dengan baik. Pengguna memahami maksud yang ingin disampaikan bahawa di kawasan tersebut tidak dibenarkan membuat bising dan perlu senyap kerana tanda jari diletakkan di mulut iaitu bahasa badan yang digunakan itu adalah bermaksud tidak boleh bercakap dan perlu senyap. Lantaran, dengan lambang gambar yang dipaparkan pengguna serta masyarakat dapat meningkatkan penakulan terhadap bahan grafik iaitu lambang-lambang gambar dan membuat andaian dengan betul dan tepat.Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, kepentingan lambang gambar yang seterusnya pula ialah lambang gambar mudah dipelajari dan difahami. Hanya dengan lambang gambar, semua golongan masyarakat dapat memahami maksud yang ingin disampaikan. Bukan sahaja golongan yang tua, tetapi golongan muda juga dapat memahami maksud yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang melihat sesuatu lambang gambar akan bertanya kepada ibu bapa mereka mengenai maksud lambang gambar tersebut. Ibu bapa akan memberitahu kepada anak-anak mereka mengenai maksud lambang gambar tersebut. Mereka akan mempelajari sesuatu mengenai lambang gambar tersebut. Mempelajari lambang gambar adalah mudah difahami dan diingati kerana simbol dan lambang gambar tersebut ringkas dan mudah terutamanya kepada kanak-kanak kerana meraka mempunyai daya ingatan yang tinggi. Golongan dewasa juga mudah untuk memahami maksud lambang-lambang gambar tersebut.Oleh hal yang demikian, jelas dibuktikan bahawa lambang gambar mudah dipelajari dan difahami oleh semua golongan lapis masyarakat.

Berdasarkan gambar rajah 1.1 di atas menunjukkan lambang gambar Dilarang Merokok. Lambang gambar tersebut menunjukkan rokok yang sudah dibakar kerana mempunyai asap dan palang merah itu menunjukkan bahawa tanda ini melarang seseorang merokok di kawasan tersebut. Lambang gambar yang telah saya peroleh ini terletak pada dinding hadapan kawasan sekolah. Dengan itu, pelawat mahupun sesiapa yang memasuki kawasan sekolah tidak dibenarkan untuk merokok kerana kegiatan merokok tidak boleh dilakukan dalam kawasan sekolah. Hal ini kerana dalam kawasan sekolah merupakan kawasan yang mempunyai ramai murid dan tempat untuk menuntut ilmu serta bekerja. Dengan itu, kawasan sekolah sememangnya tidak dibenarkan untuk merokok dan lambang gambar Dilarang Merokok amat sesuai dipaparkan dalam kawasan sekolah. Pada pandangan saya, lambang gambar Dilarang Merokok amat sesuai dengan motif yang ingin disampaikan. Hal ini dapat dibuktikan melalui sepuntung rokok yang sudah dibakar dan mengeluarkan asap terletak dalam bulatan yang berwarna merah dan mempunyai palang yang juga berwarna merah. Warna merah yang digunakan sesuai dengan maklumat yang ingin disampaikan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa warna merah menunjukkan sesuatu amaran dan tanda larangan. Jadi, jelas menunjukkan bahawa perbuatan merokok dilarang sama sekali di kawasan tersebut. Latar belakang lambang gambar yang berwarna putih adalah amat sesuai kerana dapat menunjukkan perbezaan warna manakala simbol rokok tersebut berwarna hitam dapat menonjolkan lagi maklumat tersebut dan memberi penekanan terhadap larangan yang ingin disampaikan. Bentuk papan yang bulat amat sesuai untuk memberi maksud larangan kerana saiz rokok yang tidak terlalu besar sesuai berada di dalam bulatan yang berwarna merah. Saiznya yang kecil menunjukkan lambang gambar yang ringkas dan padat.Lambang gambar Dilarang Merokok diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan dibaca serta pelawat dan sesiapa yang memasuki ke dalam kawasan sekolah serta warga sekolah mampu bertindak mengikut arahan pada lambang gambar tersebut. Lambang gambar yang diletakkan di hadapan kawasan sekolah iaitu tempat laluan pelawat dan sesiapa yang memasuki ke dalam kawasan sekolah menjadikan lambang gambar mudah dilihat dan difahami pada mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad dan tidak faham bahasa tempatan. Lambang gambar tersebut dipasang pada ketinggian yang sesuai dan tidak kabur serta dipasang dengan kemas. Dengan demikian, masyarakat dapat melihat dengan jelas dan memahami maksud lambang gambar dengan serta merta kerana kedudukan lambang gambar yang mudah kelihatan. Lambang gambar tersebut terdiri hanya satu lambang gambar sahaja. Hal ini tidak mengelirukan semua yang melihat lambang gambar tersebut.

Berdasarkan gambar rajah 2.1 di atas menunjukkan lambang gambar Amaran Mudah Terbakar. Lambang gambar tersebut menunjukkan gambar api. Berdarkan lambang gambar di atasa menunjukkan bahawa lambang gambar tersebut memberikan kita amaran bahawa bahan itu mudah terbakar kerana mempunyai simbol api. Selain itu, maksud lambang gambar iaitu memberi amaran turut memberikan kita arahan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Maklumat yang telah kita peroleh melalui gambar di atas adalah agar kita sentiasa berwaspada kerana bahan tersebut mudah terbakar. Di semua sekolah sememangnya terdapat lambang gambar ini terutamanya di bilik sains. Di bilik sains terdapat lambang gambar amaran Mudah Terbakar kerana mengandungi bahan-bahan api untuk mata pelajaran sains. Dengan itu, sememangnya perlu diletakkan di bilik sains untuk memastikan murid-murid sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan bahan tersebut. Pada pendapat saya , lambang gambar amaran Mudah Terbakar ini sesuai dengan motif yang ingin disampaikan. Warna kuning yang digunakan sememangnya sesuai untuk menyampaikan maklumat amaran tersebut. Latar belakang kuning amat sesuai kerana dapat menghasilkan warna yang lebih menonjol. Tambahan lagi, simbol yang digunakan pula berwarna hitam menjadikan fokus maklumat yang ingin disampaikan menjadi lebih jelas. Perbezaan latar belakang yang berwarna kuning dan simbol berwarna hitam menunjukkan warna yang kontra dan menjadikan fokus kepada simbol itu sendiri iaitu api yang bermaksud mudah terbakar. Bentuk papan yang bersegi tiga pula sesuai dengan amaran yang ingin disampaikan. Jika bentuk papan bulat sesuai untuk larangan manakala papan berbentuk segi tiga pula amat sesuai untuk sesuatu amaran yang ingin disampaikan. Dengan demikian, lambang gambar di atas sesuai digunakan pada papan yang bebrbentuk segi tiga.Lambang gambar amaran Mudah Terbakar ini telah diletakkan di tempat yang mudah dilihat oleh murid-murid dan sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut. Walaupun terdapat segelintir murid yang tidak cekap membaca tetapi apabila melihat lambang gambar tersebut, mereka dapat menakul gambar itu dengan baik. Hal ini melalui gambar murid lebih jelas dan dapat memberikan idea serta pendapat berdasarkan lambang gambar tersebut. Simbol api itu dapat difahami oleh murid-murid dan sesiapa sahaja. Justeru dari segi semantik, mereka dapat megemukakan makna mengenai lambang gambar tersebut. Bagi rajah 2.1 menunjukkan kategori bagi lambang gambar sahaja. Menggunakan simbol adalah kaedah yang berkesan dan mudah difahami dan diingati. Ayat yang mudah digunakan bagi membantu untuk lebih memahami maksud papan tanda tersebut. Walau bagaimanapun gabungan ayat dan simbol lebih berkesan jika dibandingkan penggunaan ayat sahaja atau simbol sahaja.

Menerusi rajah 3.1 menunjukkan lambang gambar yang berbentuk simbol lelaki dan perempuan. Lambang gambar ini kita sedia maklum bahawa simbol merujuk kepada tempat bilik air. Lambang gambar di atas menunjukkan juga terdapat pembahagian di antara dua simbol itu. Dengan itu, jelas menunjukkan bahawa di bahagian kiri adalah tandas milik perempuan manakala di bahagian kanan pula adalah tandas milik lelaki. Melalui simbol tersebut, kita dapat mengenalpasti yang mana khusus untuk perempuan dan lelaki. Mudah sahaja bahawa simbol di sebelah kiri itu mempunyai simbol baju yang mengembang. Hanya perempuan sahaja yang akan memakai baju seperti itu. Justeru, jelas menunjukkan bahawa simbol itu adalah untuk perempuan. Berlainan pula dengan simbol yang terletak di sebelah bahagian kanan iaitu simbol tersebut menunjukkan badan manusia yang tegak dan lurus berbeza dengan simbol baju perempuan. Dengan demikian, kita dapat mengenalpasti bahawa simbol di sebelah kanan adalah khusus untuk lelaki.Pada hemat saya mengenai warna yang digunakan adalah amat sesuai untuk dijadikan lambang gambar. Hal ini disebabkan penggunaan latar belakang yang berwarna putih dan simbol yang berwarna hitam menjadikan lambang gambar iaitu simbol itu menjadi lebih menonjol. Perbezaan warna yang ketara menjadikan fokus terhadap simbol itu lebih terserlah. Bentuknya juga kemas dan dan senang untuk dilihat serta dinilai. Sebagai contoh, jika pelancong asing melihat akan lambang gambar sebegini, mereka akan dapat menakul dan menilai lambang gambar ini serta merta. Hal ini disebabkan simbol yang digunakan begitu sesuai dengan jantina lelaki dan perempuan. Penggunaan papan yang berbentuk kotak sesuai dengan lambang gambar yang dihasilkan. Papan tanda yang berbentuk bulat tidak sesuai digunakan untuk lambang gambar pada rajah 3.1 di atas kerana menjadikan simbol tersebut tampak lebih sempit dan kecil. Penggunaan papan berbentuk kotak adalah sangat sesuai.RujukanBukuAbdullah Yusof et. al., 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Adn. Bhd.Alex, S. (2009). Analisis teks media, suatu pengantar untuk analisis Wacana, analisis Semiotik, dan analisis Framing. Bandung: Remaja Rosdakarya.Asmah Haji Omar. (1992). Bahasa Iklan Perniagaan, Satu Kajian Bahasa Retorik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaChuah Ju Nah. (1998). Kajian Sosiolinguistik Bahasa Iklan Cetak dengan Tumpuan Kepada Retorik. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.Noor Baithi Haji Omar.(1988). Retorik Dalam Bahasa Periklanan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan PustakaPalmer . F.R. (1992). Semantik. Penterjemah : Abdullah Hassan. Kuala Lumpur : Universiti Sains Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka.JurnalHazidi bin Haji Abdul Hamid (2002). Similar words, different meanings: A natural semantic metalanguage exploration of cultural differences. GEMA Online Journal of Language Studies, 2(1), 5-6.Listia Natdjadja. (2002). Pengaruh komunikasi visual antar budaya terhadap pemasaran produk pada pasar ekspor ditinjau dari warna dan ilustrasi desain kemasan. Journal Nirmana, 4(2), 158-168.

https://www.academia.edu/8172545/Esaimen_semantik_final_fullerjumpa lagi kita dalam ruangan diskusi bagi berkongsi tentang nilai Gagasan 1Malaysiayang seterusnya iaitu nilai rendah hati.

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakatMelayuyang menghormati orang yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudibahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.

Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya secara positif.

Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju danberjaya.

Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.

Semangat juang yangtinggidan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dannegara.

Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatandalamandan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

Sikap merendah diriiniperlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

Apabila berada diluarnegara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.2