aset alih-perbincangan

Upload: mzmjx

Post on 08-Mar-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

meeting aset

TRANSCRIPT

PERBINCANGAN ISU SEMASA :

Kedudukan Semasa Aset Alih

Status penghantaran Laporan Kedudukan Aset Alih Kerajaan Bagi Suku Tahun Keempat 2015 (1 Oktober 31 Disember 2016) telah dihantar ke PPD.

Aset Baru

Pada tahun lepas kita telah menerima 41 unit laptop 1 Malaysia berjenama Samsung. Semua telah direkodkan (KEW.PA-3) dan dilabelkan. Komputer dan barangan ICT yang lama dalam proses untuk pelupusan. Pegawai Aset berharap agar semua pihak dapat bekerjasama untuk memastikan setiap unit laptop berada dalam keadaan yang baik.

Pinjaman LaptopStatus pinjaman terkini ialah dua buah laptop dipinjam untuk bahagian kewangan sekolah. Sebuah laptop dipinjam oleh PK Hem. Pengecas laptop dipinjam oleh Pk Kokurikulum.

Aduan Kerosakan ICTSTS bagi tahun 2016 telah diisi dan diterima oleh sistem. KEW.PA-2 dan KEW.PA-9 dihantar ke PKG Kapit untuk rujukan.

Aset Alih Bukan Milik KPMSenarai aset alih bukan milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang rosak dan tidak digunakan juga akan dihantar ke PPD pada bulan Februari ini bagi tujuan pelupusan.

Pegawai aset meminta semua yang terlibat untuk mengisi borang KEW.PA-7 iaitu senarai aset alih kerajaan dan dihantar kepada beliau untuk pengemaskinian. Menjadi tanggungjawab pemilik tempat tersebut untuk mengemaskini maklumat aset dari semasa ke semasa.

Pengemaskinian no siri asetPegawai aset akan mengemaskinikan no siri aset lama yang masih digunakan.

Harta ModalNilai had semasa harta modal adalah RM 2000.00 ke atas.

HAL-HAL LAIN

VLE FrogEn Muhammad Zaid telah mengedarkan ID pengguna dan password kepada semua guru untuk melaksanakan Program VLE 1Bestarinet. Semua pihak perlu cuba untuk log in bagi mengaktifkan ID masing-masing.