asemen mte3114 pengenalan

2
PENDAHULUAN Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang. Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang. Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE 3114 yang mana memerlukan saya untuk menjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anak- anak murid saya dalam subjek Matematik. Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran dan juga Pengendalian Data. Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis, saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik

Upload: haryati-ismail

Post on 22-Nov-2014

625 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Asemen mte3114 pengenalan

PENDAHULUAN

Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang.

Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab soalan

mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan dilakukan berulang-

ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka. Masalah ini sangat

serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk mengenalpasti

faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk mengambil

langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan datang.

Bermulanya 23 Julai 2012 sehinggalah 21 September 2012, saya bersama-sama

lima orang lagi rakan seperjuangan saya iaitu Nur Salsabila, Nor Fazana, Mohamad

Safwan, Afifuddin dan Mohd Azizi telah menjalani sesi praktikum fasa kedua di Sekolah

Kebangsaan Seri Sentosa yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang. Bak kata

pepatah, sambil menyelam, minum air. Jadi, saya telah mengambil kesempatan ini

untuk melaksanakan tugasan individu bagi subjek MTE 3114 yang mana memerlukan

saya untuk menjalankan kritikal analisis terhadap miskonsepsi yang dihadapi oleh anak-

anak murid saya dalam subjek Matematik.

Skop yang telah saya kaji meliputi tiga topik kecil iaitu topik Geometri, Ukuran

dan juga Pengendalian Data. Untuk menjalankan kritikal analisis ini, saya telah

mengambil 19 spesimen iaitu murid-murid 4 Cemerlang. Sebelum memulakan analisis,

saya telah menjalankan beberapa kajian tentang topik geometri, ukuran dan

pengendalian data serta miskonsepsi-miskonsepsi yang kerapkali dilakukan oleh murid

dalam mempelajari ketiga-tiga topik ini.

Bagi miskonsepsi melibatkan topik geometri, saya telah mengenalpasti dua

miskonsepsi yang dilakukan oleh murid kelas 4 Cemerlang. Manakala bagi topik

ukuran, dua miskonsepsi juga yang saya berjaya kesan. Bagi topik pengendalian data

saya telah mengenalpasti satu miskonsepsi. Saya juga telah menjalankan kritikal

analisis mengenai apakah faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya

miskonsepsi-miskonsepsi tersebut dan cara untuk mengatasi miskonsepsi tersebut.