asas pengaturcaraan
TRANSCRIPT
ASAS PENGATURCARAAN C++
Unit – 2
@ jabatan teknologi maklumat
STRUKTUR ATURCARA C++
• Terdiri daripada sekurang-kurangnya sebuah fungsi yang diberi nama main() dan boleh ditambah dengan beberapa fungsi lain dengan nama-nama yang tersendiri.
• Aturcara yang mudah mungkin mempunyai fungsi main() sahaja, manakala sebuah aturcara yang kompleks mungkin mengandungi sebuah fungsi main() serta berpuluh-puluh malah beratus-ratus fungsi lain.
STRUKTUR ATURCARA C++
main()
fungsi_1()
fungsi_2()
::
fungsi_n()
Rajah 2.1: Format Aturcara C++
STRUKTUR ATURCARA C++• Sebuah fungsi pula, samada main() atau yang lainnya, adalah terdiri daripada 2 bahagian :
• kepala
dan
• badan.
• Bahagian kepala – mengandungi takrifan-takrifan
dan arahan-arahan
prapemproses.
STRUKTUR ATURCARA C++
Bahagian badan – hampir keseluruhannya mengandungi kod-kod aturcara dan juga takrifan-takrifan pembolehubah.
Secara umum, bahagian ini menentukan apakah sebenarnya yang dilakukan oleh fungsi berkenaan.
BADAN
KEPALA
STRUKTUR ATURCARA C++
# include<iostream.h>#define max 30void main(){
int a;cout<<"enter a number ";cin>>a;cout<<"a is = "<<a;
}
Rajah 2.2: Struktur Aturcara C++
JENIS DATA C++
JENIS DATA KATA KUNCI C++ NILAI YG DIPEGANG
void void Tiada sebarang nilai
integer int Integer (nombor bulat)
float float Perpuluhan (terapung)
double double Perpuluhan yang lebih persis
character char Aksara
boolean bool Benar atau palsu
wchar_t wchar_t Aksara
Rajah 2.3: Jenis Data C++
PERBEZAAN C DAN C++
Rajah 2.4: Perbezaan C Dan C++
ITEM C C++
Fail Kepala #include <stdio.h>
#include<iostream.h>
Fungsi Input scanf() cin>>
Fungsi Output printf() cout<<
TOKEN
• Token merupakan bahagian/unit didalam sebuah aturcara.
• Token terdiri daripada:
a. Pembolehubah
b. Pemalar
c. Kata Kunci
d. Rentetan
e. Operator
PEMBOLEHUBAH
• Pembolehubah merupakan pencam yang memegang nilai yang akan berubah-ubah sewaktu perlaksanaan program.
• Mewakili lokasi memori komputer untuk menyimpan nilai-nilai aksara, integer dan perpuluhan.
• Perlu diisytihar jenis data yang ingin digunakan terlebih dahulu.
Contoh:
int sum;
PEMALAR
• Pemalar merupakan pencam yang memegang nilai yang tidak akan berubah-ubah atau tetap.
• Mewakili lokasi memori komputer untuk menyimpan nilai-nilai aksara, integer dan perpuluhan.
• Perlu diisytiharkan jenis data dan mengumpukan nilai terlebih dahulu sebelum digunakan.
Contoh:
const float pi = 3.142 ;
KATA KUNCI C++
• Kata kunci juga dikenali sebagai perkataan rizab.
• merupakan pencam yang mempunyai tugasan dan makna yang tersendiri .
• tidak boleh digunakan sebagai nama pembolehubah atau pemalar.
• untuk kegunaan compiler bagi mengawal program.
KATA KUNCI C++
auto delete goto Operator
break do huge private
case double if protected
char else inline public
class enum int register
const extern long return
continue float near short
default for new sizeof
static switch typdef union
struct unsigned interrupt far
while volatile virtual void
Rajah 2.5: Antara Kata Kunci C++
OPERATOR
• Merupakan simbol yang akan melibatkan tindakan daripada “compiler”
• Operator ini pula akan melibatkan operan.
• Gabungan daripada operan dan operator akan membentuk sebuah ungkapan.
• Terdapat 4 kategori operator dalam C++
a. hubungan
b. logik
c. umpukan
d. matematik / aritmetik
OPERATOR
OPERATOR HUBUNGAN• Hasil akhir bagi operasi hubungan ialah sama ada
(benar – 1 ) atau (palsu – 0 ) sahaja.
OPERATOR PENERANGAN CONTOH
< Lebih kecil daripada x < y
<= Lebih kecil atau sama dengan x <= y
> Lebih besar daripada x >y
>= Lebih besar atau sama dengan
x >= y
= = Sama dengan x = =y
!= Tidak sama dengan x !=y
Rajah 2.6: Operator Hubungan C++
OPERATOR
OPERATOR SIMBOL CONTOH
dan && x && y
atau || x || y
tak ! ! x
Rajah 2.7: Operator Logik C++
OPERATOR LOGIK• Hasil akhir bagi operasi logik ialah sama ada
(benar – 1 ) atau (palsu – 0 ) sahaja.
OPERATOR
OPERATOR UMPUKAN
• mengunakan simbol (=)
• Operan di sebelah kiri akan menerima nilai umpukan daripada nilai / ungkapan / operan di sebelah kanan.
• Contoh :
a = b + c;
OPERATOR
• OPERATOR MATEMATIK / ARITMETIK
OPERATOR PENERANGAN CONTOH 1 CONTOH 2
+ penambahan x + y 6 + 2 = 8
- penolakkan x - y 6 - 2 = 4
* pendaraban x * y 6 * 2 = 12
/ pembahagian x / y 6 / 2 = 3
% Modulus (mod) x % y 6 % 2 = 0
Rajah 2.8: Operator Aritmetik C++
INPUT DAN OUTPUT
• <iostream.h>• Input output stream.
PERNYATAAN OUTPUT
cout<< “Masukkan satu nilai integer\n”;
paparan nilai pemalar/pembolehubah
cout<< “Nilai integer yang dimasukkan ialah :”<<a;
PERNYATAAN INPUT
cin >> a;
LATIHAN
1.Bina sebuah aturcara C++ yang ringkas.
a) aturcara ini akan menerima dua input berjenis integer daripada pengguna. b) dapatkan hasil tambah bagi kedua- dua integer yang diinputkan. c) cetak semula nilai yang dipegang oleh input pertama, input kedua dan hasil tambah kedua-dua input tadi.