asas kawalan motor

11
ASAS KAWALAN MOTOR Definisi Kawalan motor adalah disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawalnya. Kawalan pergerakan dicapai melalui interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system biologi. Sistem biologi manusia pula adalah suatu sistem yang bebas dan berfungsi mengikut keperluannya seperti sistem saraf, sistem otot, sistem rangka dan sistem peredaran darah. Bagi melakukan pergerakan sistem biologi sebenarnya dipengaruhi oleh daya-daya luar seperti daya gravity, inersia dan geseran. Daya ekstrinsik ini adalah bersifat dinamik. Kecekapan pergerakan bergantung kepada kecekapan system biologi Jenis lakuan motor. Jenis-jenis lakuan motor adalah lakuan motor tanpa kemahiran (involuntary movement) dan lakuan motor berkemahiran (voluntary movement) Lakuan motor tanpa kemahiran Lakuan motor tanpa kemahiran adalah semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawal. Pelaku tidak boleh memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil kerana berlaku secaa spontan dan dalam waktu yang singkat. Sebagai contohnya pantulan lutut, tarikan kaki atau tangan apabila terkena benda panas. Pergerakan

Upload: nadzmi-abd-mutalib

Post on 27-Jun-2015

1.368 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Kawalan Motor

ASAS KAWALAN MOTOR

Definisi

Kawalan motor adalah disiplin ilmu sains lakuan motor yang mengkaji postur dan

pergerakan manusia serta mekanisma yang mengawalnya. Kawalan pergerakan

dicapai melalui interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh system

biologi. Sistem biologi manusia pula adalah suatu sistem yang bebas dan berfungsi

mengikut keperluannya seperti sistem saraf, sistem otot, sistem rangka dan sistem

peredaran darah. Bagi melakukan pergerakan sistem biologi sebenarnya dipengaruhi

oleh daya-daya luar seperti daya gravity, inersia dan geseran. Daya ekstrinsik ini adalah

bersifat dinamik. Kecekapan pergerakan bergantung kepada kecekapan system biologi

Jenis lakuan motor.

Jenis-jenis lakuan motor adalah lakuan motor tanpa kemahiran (involuntary movement)

dan lakuan motor berkemahiran (voluntary movement)

Lakuan motor tanpa kemahiran

Lakuan motor tanpa kemahiran adalah semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar

kawal. Pelaku tidak boleh memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil kerana

berlaku secaa spontan dan dalam waktu yang singkat. Sebagai contohnya pantulan

lutut, tarikan kaki atau tangan apabila terkena benda panas. Pergerakan involuntary

hanya terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut.

Page 2: Asas Kawalan Motor

Sis. Reseptor menerima rangsangan diperingkat periferi Rangsangan diterima oleh neuron sensori ditukarkan kepada impuls sensori

Impuls bersinaps dengan neuron motor disaraf tunjang Impuls sensori seterusnya dihantar ke saraf tunjang

Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinapsSeterusnya impuls dihantar ke sis. efektor

Maklumat impuls yang diterima oleh sistem efektor akan menghasilkan pergerakan involuntary

Mekanisma umum pergerakan involuntary adalah seperti berikut:

Page 3: Asas Kawalan Motor

Lakuan motor berkemahiran

Lakuan motor berkemahiran merujuk kepada semua pergerakan yang dihasilkan secara

sedar atau didalam kawalan. Pelaku memilih dan menetukan untuk melakukan sesuatu

kemahiran. Lakuan voluntary adalah hasil daripada perlakuan yang terbina hasil

daripada perlakuan yang terbina melalui bakat, pengalaman dan latihan. Setiap

kemahiran yang dipamerkan akan membawa kepada perubahan perlakuan.

Mutu lakuan yang dihasilkan dipengaruhi oleh interaksi pelaku dengan persekitaran.

Interaksi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti tahap kemahiran dan

pengalaman. Contohnya kemahiran melontar kedalam dalam bola sepak, dimana

pemain yang melontar yang mempunyai kemahiran melontar yang baik akan dapat

melontar dengan tepat dan lancar kepada rakan atau tempat yang ingin diumpan

kepada rakan. Pemain yang berkemahiran juga jarang melakukan kesalahan teknikal.

Mekanisma umum pergerakan voluntary adalah seperti berikut:

Rangsangan fizikal diperingkat periferi diterima efektor

Neuron sensori terima rangsangan fizikal, menukarkan kepada impuls sensori

Imp.sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor

Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus

Impuls sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Beberapa integrasi sensiori motor akan berlaku di korteks serebral

Seterusnya impuls dihantar ke saraf tunjang dank e sis.efektor

Apabila sis.efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntary terhasil

Page 4: Asas Kawalan Motor

Jenis pergerakan berkemahiran

Individu bergerak balas terhadap persekitarannya. Individu bergerak dari suatu tempat

ketempat yang lain untuk memperoleh maklumat. Dalam permainan badminton

misalnya individu bergerak kearah bulu tangkis dan cuba mematikannya pada pihak

lawan untuk mendapat mata permainan. Semua pergerakan digelanggang dikawal oleh

pemain itu sendiri.

Pergerakan berkemahiran terbahagi kepada dua bahagian iaitu kemahiran generik dan

kemahiran berobjektif.

Kemahiran generik

Kemahiran generik adalah kemahiran yang diwarisi. Perkembangan ciri-ciri ini

bergantung kepada fungsi neurologi dan berlaku sejak lahir kedunia. Variasi makanan,

latihan dan keadaan alam sekeliling tidak begitu mempengaruhi kematangan.

Kematangan individu adalah secara semula jadi. Kemahiran motor berkembang

bersama dengan kematangan seseorang. Tindakbalas akan terbentuk apabila

pertumbuhan otot matang sepenuhnya. Sebagai contoh, secara fisiologi kemahiran

motor seseorang itu mudah dilatih pada peringkat kanak-kanak.perubahan kematangan

berlaku dengan cepat pada awal hayat dan berkurangan pada umur dua puluhan.

Proses ini berterusan mengikut tahap kematangan.

Kemahiran berobjektif

Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus.

Perolehan sesuatu kemahiran ini bergantung kepada perlakuan yang ingin dihasilkan.

Dalam proses kemahiran ini beberapa unsur penting harus diambil kira dalam

mengukuhkan penguasaan kemahiran tersebut. Antaranya unsur kecekapan,

ketepatan, ketekalan dan cepat bertindak balas apabila menerima rangsangan. Dalam

acara larian contohnya seseorang individu harus mempelajari teknik larian yang betul

jika ingin mendapatkan kelajuan optimum. Disamping itu juga faktor masa reaksi,

kecerunan badan dan gaya hayunan tangan membantu meningkatkan kelajuan

seseorang pelari pecut. Kemahiran berobjektif dapat dipertingkatkan menerusi latihan

Page 5: Asas Kawalan Motor

yang kerap dan praktis serta bersistematik. Kemahiran generik berobjektif terdiri

daripada pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.pergerakan lokomotor adalah

jenis pergerakan yang membolehkan sesaran jasad secara mendatar seperti berjalan

berenang, berlari dan berbasikal. Pergerakan bukan lokomotor adalah sejenis

pergerakan yang tidak menghasilkan sesaran jasad secara mendatar seperti

menyambut bola, membaling bola dan berdiri tegak.

Pengelasan kemahiran motor.

Kemahiran ini merujuk kepada pengetahuan mengenai sebarang pengetahuan motor

serta berkebolehan menggunakannya dengan cekap dan berkesan. Apabila seseorang

melakukan sesuatu aktiviti, dia mampu menunjukkan pergerakan yang menarik, kemas

dan berani.Kemahiran ini adalah hasil daripada perlakuan yang diperoleh daripada

bakat, pengalaman dan latihan. Selain itu, kemahiran juga dipengaruhi oleh faktor-

faktor lain seperti mental, kematangan, baka dan motivasi. Setiap kemahiran yang

dipamerkan akan membawa kepada perubahan perlakuan. Penentu kajayaan atau

kegagalan sesuatu aplikasi kemahiran itu datangnya daripada individu itu sendiri.

Terdapat 3 kriteria yang digunakan untuk membezakan kemahiran motor asas iaitu

ketepatan lakuan, stabiliti persekitaran dan ciri pergerakan

Ketepatan lakuan

Ketepatan lakuan adalah berdasarkan kepada jenis atau saiz otot utama yang terlibat

dalam menghasilkan kemahiran. Ketepatan lakuan terbahagi kepada 2 iaitu kemahiran

motor halus dan kemahiran motor kasar. Kemahiran otot kasar melibatkan penggunaan

otot-otot besar dan sebahagian besar anggota badan. Semua acara sukan terdiri

daripada kategori ini. Kemahiran motor halus melibatkan koordinasi saraf otot bagi

kerja-kerja yang memerlukan ketepatan. Kemahiran ini amat memerlukan ketelitian dan

berbeza daripada tugas lain. Perbezaan ini kerana darjah koordinasikan mata-tangan

yang tinggi dan ketepatan pergerakan tangan-jari.

Page 6: Asas Kawalan Motor

Ciri pergerakan

Ciri pegerakan sesuatu kemahiran berpandu kepada cara sesuatu kemahiran itu

dimulakan atau diakhiri.kemahiran ini juga dapat dibezakan berdasarkan titik mula dan

titik akhir perlakuan sesuatu kemahiran. Titik mula atau titik akhir kemahiran dikawal

oleh pelaku atau di luar kawalan pelaku. Pengelasan kemahiran motor berdasarkan

kriteria ciri pergerakan adalah kemahiran diskrit, kemahiran berterusan dan kemahiran

bersiri.

Kemahiran diskrit

Kemahiran diskrit adalah kemahiran yang mempunyai titik permulaan dan pengakhiran

yang spesifik. Kemahiran ini melibatkan pergerakan pantas dalam masa terhad.

Contohnya smesy dalam badminton dimana masa yang terhad ini tidak memberi

peluang untuk mengubah tindakbalas semasa kita melakukan tindak balas tersebut.

Contoh lainnya ialah menendang bola atau menembak. Terdapat juga pergerakan lain

yang memerlukan 2 atau lebih pergerakan dalam masa singkat tetapi mempunyai

permulaan dan pengakhiran yang spesifik iaitu merejam bola takraw dan melontar

peluru.

Kemahiran berterusan

Kemahiran berterusan adalah kemahiran yang melibatkan perlakuan yang sama

diulang berkali-kali dengan titik mula dan titik akhir yang arbitrari. Titik permulaan dan

akhiran pergerakan ditentukan oleh pelaku dan bukan disebabkan oleh tugasan

tersebut contohnya berenang dan berlari.

Kemahiran bersiri

Kemahiran diskrit boleh bercantum secara bersiri. Apabila kombinasi kemahiran ini

berlaku, maka ia dikenali sebagai kemahiran bersiri. Dalam kemahiran bersiri setiap

fasa merupakan respon kepada pergerakan sebelumnyadan rangsangan kepada

pergerakan seterusnya. Sebagai contoh, kemahiran melompat tinggi dan merejam

lembing. Dalam kemahiran tersebut pergerakan mesti dilaksanakan mengikut urutan

kemahiran tersebut.

Page 7: Asas Kawalan Motor

Stabiliti persekitaran

Kemahiran luar kawal (open motor skill)

Kemahiran luar kawal adalah kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang

berubah-ubah. Dalam hal ini, objek atau pelaku dalam keadaan bergerak semasa

perlakuan kemahiran itu dilaksanakan. Sementara kemahiran luar kawal pula faktor

persekitaran mempengaruhi tindakan atau perlakuan individu. Contohnya dalam

permainan bola sepak, pemain yang menerima hantaran daripada rakan sepasukan,

pemain boleh menentukan samada hendak membuat hantaran, merembat atau

membawa bola adalah tindakan yang tepat. Walaupun boleh melakukan tindakan

dengan baik tetapi pemain tidak boleh meramal adakah hantarannya akan disambut

oleh rakan atau pihak lawan, rembatannya akan ditepis oleh pihak lawan atau

menggelecek yang akan direbut pihak lawan. Ini bermakna pemain mempunyai pilihan

untuk memilih tindakan yang akan dilakukan terhadap rangsangan tetapi tidak akan

dapat meramal apa yang akan berlaku pada setiap tindakan yang diambil

Kemahiran terkawal (closed motor skill)

Keamahiran terkawal ialah kemahiran yang dihasilkan dalam persekitaran yang stabil

dan tindakan ditentukan oleh pelaku seperti bermain bowling dan melempar cakera.

Individu mengawal corak perlakuan yang bakal dihasilkan. Oleh itu seorang atlet harus

mempelajari sesuatu kemahiran dengan teknik yang betul agar mampu menguasai

kemahiran tersebut. Dalam acara lempar cakera misalnya pemain harus mengetahui

teknik yang betul, pemindahan tenaga dan sudut lemparan yang betul agar

lemparannya boleh mencapai sasarannya.