asas ilmu al-quran

17
1 ASAS ILMU AL-QURAN Siri I 1. FADHILAT AL-QURANULKARIM 1. ْ نَ عَ انَ مْ ثُ ع- ى ض ر له ال ه ن ع- ِ نَ عِ ّ ىِ بَ ّ لن ا- ى صل له ال ه ن ل ع م سل و- َ الَ ( ق« + ْ مُ كُ رْ يَ خْ نَ مَ مَ ّ لَ عَ ( تَ ن3 اْ رُ ( قْ ل اُ هَ مَ ّ لَ عَ و» Saidina Uthman RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” – Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah 2. ْ نَ عَ ( هَ شِ: اَ عْ ( تَ ل اَ ( قَ الَ ( قُ ولُ سَ رِ َ ّ ا- ى صل له ال ه ن ل ع م سل و- « ُ رِ ه اَ مْ ل اِ ن3 اْ رُ ( قْ ل اِ بَ عَ مِ ( ةَ رَ قَ ّ س ل اِ امَ رِ كْ ل ا+ ِ ( ةَ رَ رَ يْ ل ا ىِ ذَ ّ الَ وُ : اَ رْ ( قَ تَ ن3 اْ رُ ( قْ ل اُ عَ ( تْ عَ ( تَ Q نَ يَ وِ ه نِ فَ وُ هَ وِ هْ نَ لَ عٌ ّ ( اقَ سُ هَ لِ انَ رْ جَ : ا». Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Seseorang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. ” – Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah 3. ْ نَ عِ ذْ بَ عِ َ ّ اِ نْ ب وٍ رْ مَ عَ الَ ( قَ الَ ( قُ ولُ سَ رِ َ ّ ا- ى صل له ال ه ن ل ع م سل و- « ُ الَ ( قُ تِ بِ ح اَ صِ لِ ن3 اْ رُ ( قْ ل اْ : اَ رْ ( ق اِ ( قَ ( تْ ارَ وْ لِ ّ ( يَ رَ و اَ مَ كَ ( بْ نُ كُ لِ ّ ( يَ رُ ( ت ىِ ف اَ بْ q نُ ّ الذَ ّ نِ s اَ قَ t كَ لِ رْ يَ مَ ذْ بِ عِ رِ ج3 اٍ ( هَ ي3 ا اَ هُ : وَ رْ ( قَ ( ت».

Upload: mohamsm4

Post on 12-Jun-2015

14.102 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Ilmu Al-Quran

1ASAS ILMU AL-QURANSiri I

1. FADHILAT AL-QURANULKARIM

�م�ان� ع�ن� .1 �ى� ع�ن� - عنه الله رضى - عث �ب » ق�ال� - وسلم عليه الله صلى - النك�م� ي�ر� آن� ت�ع�ل�م� م�ن� خ� ر� ه� ال�ق� و�ع�ل�م� »

Saidina Uthman RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Yang terbaik antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.”

– Riwayat Bukhari, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah

ة� ع�ن� .2 �ش� سول ق�ال� ق�ال�ت� ع�ائ �ه� ر� ر� « -وسلم عليه الله صلى -الل اه& آن& ال�م� ر� ب&ال�ق� ع� ة& م� ر� ف� ام& الس� ة& ال�ك&ر� ر� ال�ذ&ى ال�ب�ر� � و� أ ر� آن� ي�ق� ر� ي�ت�ت�ع�ت�ع� ال�ق� و� ف&يه& و� ع�ل�ي�ه& و�ه�

اق9 ان& ل�ه� ش� ر� أ�ج� ».

Saidatina Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Seseorang yang ahli (mahir) dalam Al-Quran akan berada bersama para malaikat pencatat yang mulia dan jujur. Seseorang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat dan bersusah-payah untuk membacanya akan mendapat dua ganjaran. ”

– Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, dan Ibnu Majah

�د� ع�ن� .3 �ه� ع�ب �ن� الل سول ق�ال� ق�ال� ع�م�ر'و ب �ه� ر� ال� «- وسلم عليه الله صلى -الل ي�ق�

ب& اح& آن& ل&ص� ر� � ال�ق� أ ر� ت�ق& اق� ار� تEل� و� ر� ا و� تEل� ك�ن�ت� ك�م� إ&ن� الدJن�ي�ا ف&ى ت�ر� ن�ز&ل�ك� ف� م� ن�د� ر& ع& ا آي�ةO آخ& ؤ�ه� ر� ت�ق� ».

Saidina Abdullah bin ‘Amr RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :“ (Pada hari pengadilan kelak) akan dikatkan kepada orang Al-Quran, “Bacalah Al-Quran dengan tartil sebagaimana kamu telah membacanya didunia dan naiklah ( darjat demi darjat di dalam syurga ). Sesungguhnya tempat (kedudukan) kamu adalah pada ayat terakhir yang kamu baca. “

– Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Abu Daud, Nasai, Ibnu Majah, dan Ibnu Hibban

Page 2: Asas Ilmu Al-Quran

2ASAS ILMU AL-QURANSiri I

2. ADAB MEMBACA AL-QURAN

1. Duduk dengan penuh hormat dalam keadaan berwudhuk menghadap ke arah Qiblat.

2. Membersih mulut sebelum membaca Al-Quran (Siwak).

3. Memakai wangi-wangian.

4. Berpakaian menutup aurat dan kemas.

5. Membaca dengan khusyuk dan tawadhuk.

6. Membaca Al-Quran dengan suara merdu.

7. Berusaha untuk memahami makna ayat.

8. Usahakan hati supaya mengikut ayat yang sedang dibaca. Contohnya semasa lidah

membaca ayat rahmat, hati hendaklah penuh dengan kegembiraan semata-mata dan

sekiranya ayat azab yang dibaca maka hati hendaklah bergetar ketakutan.

9. Jangan membaca dengan cepat, bacalah dengan tartil dan bertajwid.

10. Jangan menyelangi bacaan Al-Quran dengan percakapan.

11. Berhenti membaca semasa batuk, bersin, menguap dan seumpamanya.

12. Harus memotong bacaan kerana perkara berikut :

a. Menjawab salam.

b. Mengucap Alhamdulillah selepas bersin.

c. Mengucap tasymit ‘yarhamukallah’ untuk menjawab bersin.

d. Menjawab suara azan.

13. Memulai bacan dengan taawwuz dan basmalah kecuali pada surah At-Taubah, maka tidak

boleh dimulai dengan basmallah walaupun di pertengahannya.

14. Bersujud tilawah bila datang kepada ayat sajadah.

15. Apabila berlalu di ayat yang menyebut nama Rasulullah SAW seperti Muhammad, Ahmad,

Nabi atau Rasul, hendaklah berselawat ke atas baginda.

16. Bertakbir dengan lafaz Allahu akbar di akhir surah Ad-Dhuha sehingga surah An-Nas.

17. Mengakhiri bacaan dengan lafaz ‘Sadaqallahul’azim’.

Page 3: Asas Ilmu Al-Quran

3ASAS ILMU AL-QURANSiri I

3. MEREKA YANG HARAM MENYENTUH MUSHAF

Mereka yang haram menyentuh Mushaf ialah :

1. Berhadas kecil

-Keluar sesuatu dari qubul atau dubur

2. Berhadas besar

- Melakukan perkara yang mewajibkan mandi wajib, iaitu :

a) Memasukkan zakar sehingga atau melebihi hasyafah (kepala zakar) ke dalam farajb) Keluar manic) Haidd) Nifase) Wiladah

Dalil : Ayat 79, Surah Al-Waqi’ah :

Maksudnya : Tiadalah yang menyentuhnya(mushaf) melainkan mereka yang suci

4. MEREKA YANG HARAM MEMBACA AL-QURAN

Mereka yang berhadas besar tidak boleh membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat atau

setengahnya.

Yang hanya dibenarkan ialah membaca ayat Al-Quran yang berkaitan dengan zikir pada waktu

yang berkaitan dengannya seperti membaca doa naik kenderaan.

Membaca ayat yang berkaitan dengan hukum kerana untuk memberi penerangan kepada orang

ramai juga dibenarkan, dengan syarat bacaan itu diniatkan zikir semata-mata.

Page 4: Asas Ilmu Al-Quran

4ASAS ILMU AL-QURANSiri I

5. CARA BACAAN YANG HARAM

Al-Alhan ( األلحان ) .1Membaca dengan lagu seperti nyanyian. Membaca dengan tarannum dibenarkan. Imam Syafie di dalam kitab Al-Mukhtasar menyatakan tidak mengapa membaca dengan lagu (taranum) selagi tidak keluar dari had Al-Quran. Tetapi jika terkeluar daripadanya maka haram cara bacaan yang tersebut.

At-Tarqis ( الترقيص ) .2Menarikan suara bacaannya serta menambahkan harakat mad dengan sebab memainkan peranan lagunya seolah seorang penari yang menggerak-gerakkan anggotanya semasa menari

At-Tar’id (الترعيد ) .3Membaca dengan cara menggetarkan suaranya seperti orang yang sangat sejuk atau suatu penyakit menimpanya.

At-Tahrif (التحريف ) .4Membaca Al-Quran secara beramai-ramai secara serentak dan berhenti serentak. Di antara mereka membaca beberapa klimah sahaja kemudian disambung oleh jemaah yang lain tanpa memikir mengenai Al-Quranul Karim.

Page 5: Asas Ilmu Al-Quran

5ASAS ILMU AL-QURANSiri I

6. PERKARA BID’AH DI DALAM BACAAN AL-QURAN

Maksud bid’ah di sini ialah membaca Al-Quran dengan cara tidak yang pernah Rasulullah SAW

membacanya. Contohnya :

1. Membaca bacaan dengan Lin ( لين ) dan Rakhawah ( رخاوة ) bererti melembutkan pada

semua huruf dengan menyerupai bacaan orang malas.

2. Takalluf ( تكلف ) : Membaca dengan cara menekankan huruf sekuat-kuatnya. Seakan-

akan orang sedang bergaduh.

3. Memotongkan huruf pada bahagian yang menyerupai saktah ( سكتة ). Selalunya perkara

ini berlaku pada hukum-hukum Izhar ( اظهار ), disebabkan hendak menjelaskannya.

4. Tidak menjelaskan bunyi huruf-huruf yang dimulai dan juga huruf-huruf yang diwaqaf di

atasnya.

5. Memanjangkan baris sehingga terjadi mad, ini boleh merosakkan makna.

6. Qalqalah ( قلقلة ) dibaca dengan kuat sehingga menyerupai baris hidup.

7. Mentafkhimkan ( تفخيم ) ra’ (ر ) pada tempat yang sepatutnya di tarqiqkan( ترقيق ).

8. Mengikuti sifat huruf kepada huruf yang berdekatan, terkadang sifat huruf itu perlu

ditarqiqkan ( ترقيق) tetapi oleh sebab berdekatan dengan huruf yang perlu ditafkhimkan

.maka ia dibaca secara tafkhim juga ( تفخيم )

9. Memanjangkan baris huruf-huruf yang sebelum huruf-huruf akhir yang diwaqaf sehingga

terjadi huruf mad. Contohnya : به dibaca بيه

10. Menggantikan huruf dengan huruf yang lain contohnya seperti المستقيم

di baca المسطقيم

11. Meringankan huruf-huruf yang bersabdu atau sebaliknya, terutama huruf yang dijadikan

waqaf.

12. Menghidupkan huruf-huruf yang berbaris mati seperti الحمدلله dibaca الحمدلله

13. Menambahkan harakah Mad Tabiie lebih dari 2 harakat seperti

Page 6: Asas Ilmu Al-Quran

6ASAS ILMU AL-QURANSiri I

14. Mengurangkan harakat Mad Tabiie kurang dari 2 harakat

15. Memuncungkan dua bibir dengan sekuatnya semasa menyebut huruf tafkhim (

yang berbaris di atas ( تفخيم

16. Melebihi harakat mad

Page 7: Asas Ilmu Al-Quran

7ASAS ILMU AL-QURANSiri I

7. AL-ISTI’AZAH

Hukumnya : Sunat ketika memulakan bacaan. Ada juga pendapat yang mengatakan ia wajib.

Lafaz nya ialah : الرجيم الشيطان من بالله أعوذ

Al-Isti’azah terbahagi kepada empat keadaan.

- Dua keadaan dibaca secara nyaring dan dua keadaan lagi dibaca secara perlahan.

- Bacaan secara nyaring adalah ketika di dalam majlis Ilmu atau majlis keramaian.

- Bacaan secara perlahan pula adalah ketika di dalam solat atau ketika bersendirian.

- Jika membaca Al-Quran secara bergilir-gilir memadai pembaca pertama sahaja membaca

Isti’azah, manakala pembaca berikutnya tidak perlu lagi mengulangi Isti’azah.

Persambungan Al-Isti’azah dengan Basmalah ada 4 wajah/cara :

1. Memotong semuanya di antara Ista’azah dengan Basmalah dan di antara Basmalah

dengan awal surah.

2. Memotong yang pertama sahaja dan disambungkan yang kedua dengan yang ketiga.

3. Menyambungkan yang pertama dengan yang kedua sahaja.

4. Menyambungkan kesemuanya.

Persambungan di antara dua surah ada 3 wajah/cara :

1. Memotongkan kesemuanya (akhir surah, Basmalah, awal surah)

2. Memotongkan akhir surah, dan disambungkan Basmalah dengan awal surah

3. Disambungkan kesemuanya.

Page 8: Asas Ilmu Al-Quran

8ASAS ILMU AL-QURANSiri I

8. BASMALAH

Hukumnya : Sunat membaca Basmalah di tiap-tiap awal surah kecuali surah At-Taubah.

Haram hukumnya membaca Basmalah di awal surah At-Taubah, ini adalah kerana :

1. Basmalah tidak tertulis di awal Surah At-Taubah. Sebaliknya, pada awal surah-surah

lain ada tertulis Basmalah.

2. Surah At-Taubah diturunkan waktu peperangan.

Membaca Basmalah di pertengahan surah hukumnya harus samada di pertengahan surah At-

Taubah atau mana-mana surah di dalam Al-Quran sekalipun satu ayat atau satu kalimah.

Basmalah di antara dua surah :

Ada tiga cara yang diharuskan :

1. الجميع قطع – iaitu wakaf di akhir surah dan basmalah.

2. بالسورة البسملة ووصل قطع – iaitu wakaf di akhir surah lalu basmalah disambung

dengan awal surah.

3. الجميع وصل – iaitu menyambung akhir surah dengan basmalah dan menyambung

basmalah dengan awal surah.

Ada satu cara yang tidak diharuskan :

Menyambung Basmalah dengan akhir surah lalu wakaf. Cara ini adalah ditegah sama

sekali kerana dikhuatiri Basmalah disangka letaknya di akhir surah.

Page 9: Asas Ilmu Al-Quran

9ASAS ILMU AL-QURANSiri I

9. KEPENTINGAN TALAQQI

Talaqqi atau membaca di hadapan guru adalah merupakan satu cara yang amat penting dalam

mempelajari Al-Quran.

Tidak cukup mempelajari Al-Quran dengan melihat atau membaca pada mushaf sahaja, tetapi ia

mestilah dibaca secara talaqqi musyafahah daripada mereka yang menghafaznya.

Talaqqi penting kerana terdapat perbezaan pada kalimah-kalimah Al-Quran ketika membaca atau

menyebut kalimahnya yang kadangkala tidak diketahui dengan berpandukan tulisan sahaja.

Bertalaqqi adalah sunnah Rasululah SAW . Baginda telah bertalaqqi Al-Quran secara musyafahah

daripada Jibril AS dan Jibril AS membacanya secara musyafahah daripada Allah SWT.

Al-Quran dipindahkan kepada kita secara mutawatir sehingga sekarang. Perpindahan ini

berdasarkan kepada sanad-sanad yang bersambungan antara pembaca dengan gurunya, gurunya

dengan para Ulama’, para Ulama’ dengan tabi’ tabi’in, tabi’ tabi’in dengan tabi’in, tabi’in dengan

para Sahabat RA, dan para Sahabat dengan Rasulullah SAW.

Page 10: Asas Ilmu Al-Quran

10ASAS ILMU AL-QURANSiri I

10. CARA PENGAMBILAN DARI GURU

1. Guru membaca di hadapan murid, manakala murid tersebut hanya mendengar sahaja.

2. Murid membaca di hadapan guru, manakala guru tersebut hanya menyemak sahaja.

Seelok-eloknya dihimpunkan kedua-dua cara tersebut.

Mereka yang mempelajari Al-Quran selain dari cara-cara tersebut di atas adalah tidak sah dan

dilarang membaca baik dalam solat ataupun di luar solat.

11. MARTABAT / PERINGKAT BACAAN

Martabat/peringkat bacan Al-Quran terbahagi kepada empat bahagian ;

1. Tartil ( الترتيل ) iaitu bacaan yang sederhana, tenang dan mengeluarkan setiap huruf

daripada makhrajnya dan memberikan haknya serta yang bersangkutan dengannya

bersama ‘mentadabbur’ maknanya.

2. Tahqiq ( التحقيق ) iaitu bacan yang seperti Tartil ( الترتيل ) tetapi bacaan ini lebih tenang.

Ia digunakan di dalam pengajian / pembelajaran.

3. Hadr ( الحدر) Iaitu cepat di dalam bacan dengan menjaga hukum-hukumnya.

4. Tadwir ( التدوير ) Iaitu martabat pertengahan di antara Tartil ( الترتيل ) dan Hadr (

.( الحدر

Bacaan Tartil adalah sebaik-baik bacaan kerana Al-Quran diturunkan dengan bacaan ini

sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Muzammil ayat 4 yang berbunyi:

Maksudnya : …dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil

Page 11: Asas Ilmu Al-Quran

11ASAS ILMU AL-QURANSiri I

12. RUKUN BACAAN AL-QURANULKARIM

Rukun bacaan Al-Quranulkarim ada tiga :

1. السند صحة :

Sah sanadnya iaitu membaca dan mempelajari dari seorang guru yang mahir yang mana

sanadnya bersambung terus kepada Nabi SAW. Hendaklah membaca dari awal sehingga

khatam dengan guru tersebut.

2. Mengetahui Rasam ‘Uthmani

Mengetahui tulisan ‘Uthmani seperti maqtu’, mausul, dan lain-lain.

3. Muafakat bacaannya pada satu wajah di antara beberapa wajah nahu walaupun dengan

wajah yang daif. Sekiranya mempelajari Al-Quran dengan guru yang mengetahui ilmu

nahu, maka masih sah bacaannya, ini menurut pendapat yang sahih.

Page 12: Asas Ilmu Al-Quran

12ASAS ILMU AL-QURANSiri I

Rujukan

1. Nailur Raja’ Bi Syarhi Safinatin Najah Al-Alamah Al-Faqih As Sayyid Ahmad Bin Umar As-Syathiri

2. Fadhailul Quran Syekhul Hadith Muhammad Zakaria Al-Kandahlawi

3. Fathur Rahman Fi Tajwidil Quran Syekh Sulaiman Bin Ibrahim Al Kambudi Al-Hafiz

4. Huda Ar-Rahman Fi Tajwidil Quran Ustaz Muhammad Alhadi Bin Muhammad Al-Hafiz

5. Ilmu Tajwid Al-Quran Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz

Page 13: Asas Ilmu Al-Quran

13ASAS ILMU AL-QURANSiri I