asal usul sejarah kg raja daerah besut

5
ASAL USUL SEJARAH KG RAJA DAERAH BESUT Sejarah Asal Daerah Besut Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai Daerah Besut ini ialah catatan: 1) Pelayaran Abdullah Ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah 2) Tuffatul Nafis oleh Raja Ali Haji Sejarah awal Daerah Besut agak kabur disebabkan tidak terdapat bukti-bukti bertulis. Terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut. Salah satu cerita terkenal mengenai asalnya nama Besut ini ialah kononnya berpunca dari zaman dahulu di mana dikatakan Daerah Besut ini merupakan salah satu kawasan di bawah kuasa Kerajaan Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan ”BE” yang dalam bahasa Siam bermakna daerah manakala ”SUT” menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan Daerah Besut ini. Cerita lain mengenai asal usul nama Besut ialah kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar Raja Sang Nyanya. Beliau ialah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan yang diketuai oleh seorang yang bernama BESUT. Dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang Pangan tersebut. Namun kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama Daerah Besut ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut dengan diketuai oleh Cik Latif yang dipercayai berasal dari Sumatera. Cik Latif dikatakan berjaya memujuk orang-orang

Upload: fatieyhahraniesyasuffian

Post on 17-Feb-2016

68 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bbb

TRANSCRIPT

Page 1: Asal Usul Sejarah Kg Raja Daerah Besut

ASAL USUL SEJARAH KG RAJA DAERAH BESUT

Sejarah Asal Daerah Besut Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai Daerah

Besut ini ialah catatan: 1) Pelayaran Abdullah Ke Kelantan oleh Munsyi Abdullah 2) Tuffatul

Nafis oleh Raja Ali Haji Sejarah awal Daerah Besut agak kabur disebabkan tidak terdapat bukti-

bukti bertulis.

Terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul Besut. Salah satu cerita

terkenal mengenai asalnya nama Besut ini ialah kononnya berpunca dari zaman dahulu di

mana dikatakan Daerah Besut ini merupakan salah satu kawasan di bawah kuasa Kerajaan

Siam. Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan ”BE” yang dalam bahasa

Siam bermakna daerah manakala ”SUT” menggambarkan satu tempat atau kawasan yang

paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok

yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan Daerah Besut ini. Cerita lain mengenai asal

usul nama Besut ialah kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang

digelar Raja Sang Nyanya. Beliau ialah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan

tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini

didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang Pangan yang diketuai oleh

seorang yang bernama BESUT. Dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua

orang Pangan tersebut. Namun kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama Daerah Besut

ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Dalam catatan ini ada

diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut

dengan diketuai oleh Cik Latif yang dipercayai berasal dari Sumatera. Cik Latif dikatakan

berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut dengan hanya

menawarkan segantang mata kail.

Beliau dan orang-orangnya berjaya membina sebuah perkampungan di tebing Sungai

Besut yang dinamakan Palembang. Palembang merupakan pusat pentadbiran Besut yang

pertama sebelum Kampung Raja. Setelah Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh

anaknya yang bernama Cik Kamat. Daerah Besut berada dalam keadaan huru-hara semasa

pemerintahan Cik Kamat kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-

pulau yang berada di sekitar laut Daerah Besut. Dalam buku ’Pelayaran Abdullah Ke Kelantan’,

Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun

ini diketuai oleh Panglima Ebeh dan Panglima Garang. Untuk menghadapi ancaman lanun-

Page 2: Asal Usul Sejarah Kg Raja Daerah Besut

lanun ini, Cik Kamat telah membuat keputusan meminta bantuan dari Terengganu. Sultan

Terengganu iaitu Sultan Mansur 1 (memerintah dari tahun 1726-179) yang dikenali sebagai

Marhum Berjanggut bersetuju membantu Cik Kamat dengan menghantar angkatan tentera yang

diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir. Tengku Kadir dan tentera dibawah

pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut

berundur ke Pulau Perhentian. Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan

lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk

memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut serta mendapat hak ke

atas Pulau Rhu. Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil

langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya dengan membina benteng di

sepanjang Sungai Besut berhampiran dengan Kota Palembang dan kemudian mendirikan

tempat kediaman yang baru di Kampung Raja. Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah

digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan

antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku

”Mengkaji Sejarah Terengganu”, peperangan ini dikenali sebagai Peperangan Besut. Institusi

Beraja di Besut bergolak semasa pemerintahan Tengku Ali. Peristiwa pemberontakan beliau

terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi akibat

dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Tengku Ali secara rahsia

berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Tengku Ali tidak

hadir semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu.

Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang

mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan. Sultan Omar terus menghantar surat

bantahan kepada pemerintahan Siam dan Singora dan memberi amaran kepada Kelantan

supaya tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000

orang tentera yang dketuai oleh Panglima Besar Orang Kaya Megat Seri Mahkota Raja (Wan

Abd. Rahman bin Ali) untuk menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali melarikan diri ke

Kelantan. Selepas peristiwa ini, pemerintahan Besut diwakilkan kepada Tengku Ngah. Apabila

Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara Baginda dengan Tengku

Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku

Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampung Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampung

Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang

ke Besut untuk menyelesaikannya. Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang

baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja

disebabkan kedudukan Kg. Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan kedudukan Kg.

Page 3: Asal Usul Sejarah Kg Raja Daerah Besut

Lampu di barat matahari jatuh. Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah

menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan

hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak

mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam di mana di Kg.

Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama. Wakaf-wakaf, Balai

Polis dan lain-lain juga dibina. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga

sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau

seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk Kota Palembang dan Kg.

Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaimana yang diasaskan

oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering

datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan

membuat Bunga Emas untuk dihantar ke Siam. Tengku Ngah dikatakan mangkat pada tahun

1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun. Setelah kemangkatan Tengku Ngah,

Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari

sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama

ialah Tengku Long atau gelarannya Tengku Seri Indera Segera. Kemangkatan Tengku Long

pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Perjanjian Bangkok pada

tahun 1909 di antara British dan Siam menyaksikan negeri-negeri utara Persekutuan Tanah

Melayu jatuh sebagai Tanah Jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut

turut menerima perubahan di mana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan

segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam. Pada tahun 1910,

kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang. Ini menyebabkan

penduduk-penduduk berpindah ke Kg. Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi

mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang