kegiatan perikanan di kuala besut dan kesannya kepada sosioekonomi penduduk ( pembangunan kawasan, ...

44
KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap aspek ekonomi memang tidak boleh di pertikaikan. Kekayaan sumber akuatik adalah pemberian alam yang tidak terhingga. Industri perikanan moden merupakan bidang yang berpotensi besar bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan penternak dan nelayan di samping mengurangkan kebergantungan import dari negara luar. Justeru itu, usaha ke arah memajukan sektor perikanan tidak harus bernoktah selagi tidak mampu mencetuskan transformasi sektor ini sebagai satu entiti komersial yang maju, moden dan berdaya saing. Di Malaysia, sektor pengeluaran makanan berasaskan perikanan kini diberi suntikan nafas baru supaya ia dapat dibangunkan secara terancang di samping menyediakan peluang kepada golongan sasar yang terdiri daripada pengusaha berskala komersial atau agro- entrepreneurs mahupun nelayan tradisional. 1

Upload: dhea-ct

Post on 29-Jul-2015

5.937 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing. Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan. Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan 1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang enggan berkerjasama.Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari kumpulan ikan Selar dan Cincaru.Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484 tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perika

TRANSCRIPT

Page 1: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA

SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN, INFRASTRUKTUR

DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

BAB 1

PENGENALAN

1.1Pengenalan

Sejak dahulu lagi, kepentingan sektor perikanan dan sumbangannya terhadap

aspek ekonomi memang tidak boleh di pertikaikan. Kekayaan sumber akuatik

adalah pemberian alam yang tidak terhingga. Industri perikanan moden

merupakan bidang yang berpotensi besar bagi membantu meningkatkan taraf

hidup golongan penternak dan nelayan di samping mengurangkan

kebergantungan import dari negara luar. Justeru itu, usaha ke arah memajukan

sektor perikanan tidak harus bernoktah selagi tidak mampu mencetuskan

transformasi sektor ini sebagai satu entiti komersial yang maju, moden dan

berdaya saing. Di Malaysia, sektor pengeluaran makanan berasaskan perikanan

kini diberi suntikan nafas baru supaya ia dapat dibangunkan secara terancang di

samping menyediakan peluang kepada golongan sasar yang terdiri daripada

pengusaha berskala komersial atau agro-entrepreneurs mahupun nelayan

tradisional.

1

Page 2: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Peluang ini di terjemahkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9)

yang menggariskan dasar dan hala tuju strategik baru yang di dokong oleh

program dan projek khusus bagi memartabatkan sektor perikanan khususnya

dan pertanian umumnya sebagai jentera ketiga penjana pertumbuhan ekonomi

negara. Perancangan jangka panjang ini adalah selaras dengan Pelan

Pengeluaran Ikan Negara yang merupakan pendekatan masa depan secara

tersusun dan bersepadu dari segi pengeluaran, kualiti dan keselamatan

makanan, latihan, pemasaran, pemindahan dan penggunaan teknologi,

pembangunan usahawan kecil dan sederhana serta penglibatan sektor swasta.

Sub-sektor perikanan yang terdiri daripada perikanan tangkapan (laut pantai, laut

dalam dan tuna), akuakultur (air tawar dan air payau) dan pemprosesan

perikanan, dilihat mampu menghasilkan sumbangan yang besar dalam

pembangunan sektor perikanan di negara ini.

Walau bagaimanapun, kita terpaksa berdepan dengan satu kenyataan bahawa

sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu

diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi

dan kesejahteraan sosial rakyat berkekalan. Justeru itu, perancangan ke arah

pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan sumber akuatik yang berkesan

perlu dilakukan dengan berpaksikan. Kod Amalan Untuk Perikanan Yang

Bertanggungjawab (Code Of Conduct For Responsible Fisheries, CCRF) seperti

yang disarankan oleh Food and Agriculture Organization of the United Nations

(FAO). Kod Amalan ini mula diperkenalkan dan diterima secara sebulat suara

2

Page 3: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

pada tahun 1995 apabila perikanan dunia tidak mampu lagi menampung

pembangunan dan eksploitasi sumber yang berlaku dengan pantas dan tidak

terkawal. CCRF menyediakan prinsip dan piawaian antarabangsa bagi amalan

bertanggungjawab yang menyentuh aspek-aspek biologi, teknologi, ekonomi,

sosial, persekitaran dan komersial. Ia boleh digunapakai kepada semua sub-

sektor perikanan termasuk pemprosesan serta perdagangan ikan dan produk

perikanan, operasi penangkapan ikan, akuakultur, penyelidikan perikanan dan

integrasi perikanan ke dalam pengurusan kawasan pesisir pantai.

Berikutan dengan pembangunan pesat Negara, pengurusan sumber asli turut

menjadi semakin kompleks dan rumit. Pertambahan penggunaan sumber asli

perlu diimbangi dengan keperluan pada masa akan datang. Seperti sumber-

sumber asli yang lain, sumber perikanan juga turut akan mengalami kepupusan

sekiranya dieksplotasi melebihi kadar kemampuan sumber tersebut untuk

memulih sendiri secara semulajadi. Selain itu, keadaan ini akan turut

membahayakan alam sekitar marin dan ekosistemnya. Ini kerana kerosakan

yang dialaminya tidak akan dapat dipulihkan akibat impak negatif aktiviti

pembangunan di daratan mahupun di pesisiran pantai. Oleh yang demikian,

sistem pengurusan efektif perlu mengambil perhatian akan faktor-faktor tersebut

yang sekaligus akan meliputi kesemua faktor yang boleh memberi kesan

terhadap sumber perikanan laut.

3

Page 4: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Di bawah Dasar Pertanian Negara, ikan merupakan sumber protein penting dan

keperluan ikan negara akan dipenuhi melalui penggunaan kaedah penangkapan

moden dan pembangunan sepenuhnya sumber-sumber perikanan. Dalam usaha

memajukan sektor perikanan, kerajaan tidak terlepas daripada menghadapi

cabaran untuk mengekalkan sumber perikanan laut dalam. Berdasarkan kepada

keperluan dan isu pembangunan dalam sektor ini, pengurusan sumber perikanan

perlulah berkesan bagi memastikan kemampanan sumber perikanan negara

terus terjamin. Ini secara amnya memberikan manfaat yang ketara kepada

negara dan khususnya masyarakat yang terlibat dalam pekerjaan sebagai

nelayan.

Seperti sedia maklum sumber perikanan berlainan daripada sumber-sumber asli

yang lain dan ianya bukanlah hak milik individu. Tanggungjawab menguruskan

sumber perikanan terletak diatas bahu kerajaan yang dikendalikan oleh Jabatan

Perikanan, sama ada di Sabah atau semenanjung Malaysia. Memandangkan

sumber perikanan, sama ada di Sabah mahupun Semenanjung perkara ini

amatlah rumit untuk diurus, maka ia memerlukan satu pendekatan yang

menyeluruh disamping perancangan yang teliti untuk mengekalkan stok ikan

yang ada tanpa mengalami kepupusan seperti yang berlaku di beberapa negara

lain didunia. Perkara ini jelas seperti yang termaktub dalam Seksyen 6 Akta

Perikanan 1985. Dalam usaha untuk menguruskan sumber perikanan secara

berkesan

4

Page 5: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Dalam usaha mnegurus sumber perikanann secara lebih berkesan pihak

kerajaan telah mengambil beberapa pendekatan dengan mnegambil kira

keadaan sosioekonomi masyarakat nelayan setempat. Ini termasuklah

menetapkan bilangan lesen agi sesuatu jenis peralatan menagkap ikan bagi

sesuatu kawasan pembekuan lesen baru dan mempertingkatkan

penguatkuasaan. Setakat ini usaha-usaha yang dijalankan telah didapati

memberi kesan positif dan memberangsangkan dalam sektor perikanan dengan

penambahbaikan dalam perlagai keperluan yang diperlukan oleh nelayan. Bagi

memperluaskan lagi pengururan perikanan negara, Jabatan Perikanan Malaysia

teleh memperkenalkan program MCS (Monitoring ,Control and Surveillance)

dengan bantuan Kerajaan Canada melaui ‘ Canadian International Development

Agency’ ( CIDA). Dengan terlaksananya program ini akan membolehkan Jabatan

perikanan mengawal sumber perikanan negara dengan lebih berkesan. Program

MCS telah diakui sebagai satu pendekatan yang terbai dalam pengurusan

sumber perikanan yang melibatkan aktivit perikanan dalam sesebuah negara.

Bagi membolehkan penaksiran sumber perikanan dibuat maka beberapa

penyelidikan telah dilakukan dari semaa kesemasa. Ianya boleh dilaksanakan

dengan mempertingkatkan kemampuan penyelidikan itu sendiri. Sebagaimana

yang dinyatakan dalam perlembagaan negara, penyelidikan merupakan

tanggungjawab Kerajaan Pusat sepenuhnya. Menurut peruntukan Konvensyen

Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai undang-undang Laut (UNCLOS), sekiranya

negara dapat mengeksploitasi sumber perikanan di perairan Zon Ekonomi

5

Page 6: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Eksklusif, ia hendaklah membernarkan negara jirannya mengeksploitasi sumber

tersebut. Kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana ia akan merugikan negara.

Tambahan pula di bawah program Kawasan Pembangunan Asean Timur-Brunei,

Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA), peluang untuk menerokai bidang

perikanan laut dalam semakin cerah dan terbuka. Dalam keadaan sekaranf ianya

sesuai dilaksanakan menerusi kerjasama di antara pengusaha-pengusaha dari

negara-negara yang terlibat dalam program BIMP-EAGA.

Pengeluran perikanan negara dijangka akan terus meningkat ke tahap

sederhana dalam lingkungan 3 hingga 5 peratus setahun bagi memenuhi

permintaan pasaran tempatan dan angtarabangsa. Peningkatan ini dijangka

disumbangkan oleh pertambahan pengeluaran perikanan laut dalam dan

akuakultur. Sungguhpun demikian,sektor perikanan di negara ini secara

relatifnya adalah kurang maju jika dibandingkan dengan negara-negara Asean

yang lain seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Dalam satu kertas kerja yang

dikeluarkan oleh LKIM pada tahun 1985, menyatakan bahawa Thailand telah

mengusahakan perairan lautnya dengan sepenuhnya dan telah mengadakan

perjanjian yang dibuat secara usaha sama menerusi permit bagi meneroka

sumber ikan negara-negara seperti Australlia, India dan Saudi Arabia. Hasil

pembangunan perikanan yang pesar menjadikan Thailand negara yang ke 9

penting dalam pengeluran ikan. Disamping itu, negara jepun juga sebagai

negara pertama, Korea Selatan yang ke 8, Indonesia yang ke 10, Filipina ke 12

dan Malaysia hanya berada pada tempat ke 24. Secara geografinya kedudukan

6

Page 7: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Malaysia sewajarnya meletaknan negara ini sebagai pengeluar sumber

perikanan setanding dengan negara-negara Asean Maritim yang lain. Hal ini

didapati berlaku disebabkan oleh peneroaan sektor perikanan yang lebih

tertumpu kepada kawasan perairan pantai sahaja dan penerokaan kurang

dilakukan di perairan laut dalam.

Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) dan dengan

pengistiharan ini keluasan perairan negara telah bertambah dari 47,000 batu

persegi kepada 162,000 batu persegi. Ini secara tidak langsung telah

menyediakan tambahan sumber perikanan negara dan memberi peluang kepada

kita untuk mengeksploitasinya. Sumber ini perlulah ditangani dengan bijaksana

supaya hak yang diterima dapat digunakan sepenuhnya oleh malaysia.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha

bagi memenuhi syarat memiliki sepenuhnya ZEE. Ini dapat dilihat dengan usaha

mengadakan Akta Zon Eksklusif Ekonomi 1984 dan Akta Perikanan 1985 yang

bertujuan mengurus dan menerokai sumber-sumber ikan ke tahap yang optimun

tanpa menjejaskan sumber-sumber tersebut. Susulan dari keadaan ini kerajaan

telah sedaya upaya memajukan sektor perikanan negara.

Dasar Pertanian Negara (DPN) 1984 telah memberi tekanan yang khusus

kepada pembangunan industri perikanan. Pihak kerajaan khususnya Jabatan

Perikanan telah menyediakan pelbagai kemudahan dan galakan seperti

mengadakan kajian sumbe ryang komprehensif pada tahun 1985-1987,

7

Page 8: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

menyediakan kemudahan kredit, latihan, insentif dan sebagainya kepada

penduduk. Permintaan ikan negara untuk tujuan makanan menjelang tahun 2010

diaggarkan sebanyak1,579,800 tan metrik, sementara penawaran ikan

dianggarkan sebanyak 1,298,860 tann metrik iaitu 82,2 peratus dari keperluan

negara. Dalam keadaan pengeluran ikan dunia mengalami kemerosotan.

Kemerosotan pendaratan ikan dunia adalah akibat dari 70 peratus daripada

sumber perikanan dunia telah diterokai sepenuhnya.

1.2 Latar belakang kajian

Malaysia merupakan negara yang mengeluarkan hasil pertanian yang aktif di

dunia. Perkembangan sektor pertanian di Malaysia giat dijalankan dengan

pelbagai kemudahan dan perkembangan yang aktif yang dilakukan oleh kerajaan

sepanjang tahun. Kegiatan perikanan merupakan kegiatan yang mendapat

perhatian di dalam negara untuk dimajukan dan dikembangkan sebagai salah

satu sektor yang berpotensi untuk dimajukan sebagai sektor penyumbang utama

kepada kemajuaan industri pertanian negara pada masa kini.

Sumber ikan merupakan sumber semulajadi yang boleh berkembang ataupun

berkurang. Manakala nelayan pula bergantung hidup kepada salah satu kegiatan

manusia yang tertua sekali iaitu menangkap ikan sama ada yang dilakukan

secara tradisional atau menggunakan teknologi moden. Pembiakan atau

pengurangan sumber ikan bergantung kepada tindakan manusia dan alam

8

Page 9: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

sekitarnya. Perusahaan perikanan mempunyai peranannya dalam ekonomi

Malaysia kerana ia menyumbang ke arah bekalan sumber protein utama rakyat,

sumber pekerjaan, sumber keuntungan kepada pemodal dan membawa masuk

pertukaran wang asing melalui eksport hasil perikanan negara ke luar negara.

Pembangunan kawasan perusahaan perikanan harus mengambil kira ciri-ciri

dasar laut, topografi dan hidrografi yang menentukan metedologi dan teknologi

menangkap ikan. Penggunaan metodologi dan teknologi yang tidak mengambil

kira ciri-ciri hidrografi akan membazirkan sumber perikanan serta merosakkan

kawasan pembiakan ikan. Perbezaaan dalam penggunaan alatan menangkap

ikan akan mengakibatkan jumlah pendaratan ikan yang berbeza yang seterusnya

menentukan pendapatan pengusahanya. Selain itu, daripada terdapat konflik di

antara pengusaha dengan pentadbir berpunca daripada penggunaan metodologi

dan teknologi yang tidak sesuai dangan masa dan ruang perairan.

Sistem pemasaran dan segala kemudahannya seperti kilang air batu, bekalan

minyak, pengangkutan serta agensi pemasaran harus cekap sekiranya matlamat

menyingkirkan orang tengah yang menindas kaum nelayan dicapai. Petempatan

nelayan dari segi paburan, saiz, komposisi, corak dan struktur perlu dirancang

serta dilaksanakan secara bersepadu. "Pekan Nelayan" dan "Perusahaan

Perikanan Laut Dalam" di Zon Ekonomi Eksklusif perlu dilaksanakan segera

untuk memastikan nasib dan perencanaan masa depan nelayan yang berhala

tuju dapat di realisasikan. Kod Amalan ini telah diperkemaskan lagi dengan

9

Page 10: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

mengambilkira senario perikanan yang berbeza di Asia Tenggara. Southeast

Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC) telah memulakan program

Penserantauan Kod Amalan untuk Perikanan yang Bertanggungjawab (Regional

Code Of Conduct For Responsible Fisheries) sejak tahun 1998. Melalui program

ini, SEAFDEC telah menghasilkan empat garis panduan teknikal untuk perikanan

bertanggungjawab di Asia Tenggara yang terdiri daripada:

1) Garis Panduan Serantau untuk Operasi Menangkap Ikan yang

Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fishing Operation)

2) Garis Panduan Serantau untuk Akuakultur yang Bertanggungjawab

di Asia Tenggara (Responsible Aquaculture)

3) Garis Panduan Serantau untuk Pengurusan Perikanan yang

Bertanggungjawab di Asia Tenggara (Responsible Fisheries

Management)

4) Garis Panduan Serantau untuk Amalan Lepas Tuai dan

Perdagangan yang Bertanggungjawab di Asia Tenggara: (Responsible

Post-Harvest Practices and Trade)

10

Page 11: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

1.3 Pernyataan masalah

Sumbangan sektor perikanan di Malaysia terus memainkan peranan pentinga

dan berkesan dalam pembangunann sosioekonomi negara. Selain daripada

penyumbang kepada bekalan bahan protein kepada sebahagian besar rakyat

malaysia. Sektor ini juga telah menyediakan peluang pekerjaan, penyumbang

kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing.

Memandangkan sektor perikanan juga memainkan peranan yang besar kepada

pembangunan negara, pengurusan sumber yang komprehensif telah dibuat bagi

menjamin pengekalan sumber perikanan supaya berterusan.

Perkembangan sektor perikanan di Malaysia telah banyak memberikan

sumbangan yang positif kepada ekonomi negara dan penduduk setempat yang

berhampiran dengan sumber perikanan. Proses kemajuan yang dilakukan untuk

memajukan sektor perikanan ini telah memberikan impak yang positif kepada

perkembangan sosioekonomi penduduk yang terlibat dengan sumber perikanan

ini. Untuk memastikan kelicinan pelaksanaan strategi Jabatan Perikanan dalam

menguruskan sumber perikanan jabatan ini telah merumuskan Akta Perikanan

1985 dan semua peraturan-peraturan Perikanan yang dilaksanakan di

bawahnya. Selain itu, Ketua Pengarah Perikanan telah diberi kuasa untuk

melaksanakan pendekatan-pendekatan bertujuan pemuliharaan pengurusan dan

pembangunan perikanan termasuk perikanan muara dan lautan di perairan

11

Page 12: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

perikanan Malaysia di samping mengambil tindakan kepada mereka yang

enggan berkerjasama.

Perkembangan yang berlaku ini telah memberikan sumbangan dari aspek

pembangunan kawasan setempat, perkembangan kegiatan pasar tani dan taraf

hidup penduduk di sekitar. Proses kemajuan yang berlaku hasil daripada

perkembangan sektor perikanan ini telah meningkatkan pembangunan kawasan

setempat hasil daripada perkembangan sektor perikanan ini. Perkembangan

kemajuan yang berlaku seperti pembinaan bangunan baru, pusat perniagaan

baru, kawasan pendaratan ikan, infrastruktur dan pelabuhan pendaratan ikan

akan dapat memberikan pulangan yang positif kepada penduduk sekitar.

Perkembangan ini akan memberikan satu landasan baru kepada penduduk

untuk memajukan diri dan menggunakan kemudahan yang disediakan. Dengan

pelbagai kemudahan yang disediakan ini maka penduduk setempat akan dapat

menikmati kemudahan yang lebih baik dan taraf hidup mereka akan lebih

meningkat berbanding sebelum ini. Sumber perikanan maritim di Pantai Timur

Semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama

seperti sumber ikan pelagik kecil, tuna neritik dan ikan demersal. Diantara jenis

ikan pelagik yang mempunyai nilai daganagan yang tinggi termasuk ikan

kembong ( Rastrelliger ) dan ikan selar (selar) daripada kajian bersama Malaysia

dan Thailands pada tahun 1992 di kawasan pembangunan bersama ( Joint

Development Area, JDA) didapati spesis ikan yang dominan di kawasan tersebut

12

Page 13: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

adalah ikan kembong dan ikan Aya, manakala spesis yang lain adalah dari

kumpulan ikan Selar dan Cincaru.

Walau bagaimanapun, dalam kajian ‘ R/V Rastrelliger’ yang dijalankan pada

tahun 1985-1987, menunjukkan bahawa kepadatan sumber pelagik ini adalah

rendah. Anggaran sumber ikan pelagik yang memberi pulangan yang besar di

perairan ZEE kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia ialah 66,850 tan

metik. Perangkaan Jabatan Perikanan 1993 telah menunjukkan bahawa 94,484

tan metrik ikan pelagik telah ditangkap oleh pukat jerut di perairan kawasan

Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ini menunjukkan sumber perikanan di

kawasan ini telah di eksploitasi melebihi tahap yang maksimum.

Selain itu, Kemajuan sektor perikanan juga akan dapat memajukan kegiatan

pasar tani dan perniagaan lain yang berhampiran. Hal ini kerana, hasil perikanan

kebanyakannya akan dijual di pasar borong atau pasar tani selain peraih yang

datang untuk membeli hasil tangkapan. Perkembangan sektor perniagaan ini

akan dapat membantu penduduk setempat untuk memperkembangkan

perniagaan mereka disampaing mereka juga dapat mengunakan kemudahan

yang ada di pasar tani, hasil daripada perkembangan sektor perikanan

terutamanya.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor perikanan memberikan pulangan

yang lumayan dalam perkembangan kegiatan pasar tani, namun demikian

13

Page 14: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

perkembangan sektor perikanan juga turut memberikan sumbangan dalam

perkembangan infrastruktur di kawasan yang terlibat. Sejauh mana

perkembangan sektor perikanan mempengaruhi perkembangan infrastruktur

akan dapat dilihat melalui kajian dan penyelidikan mengenainya. Hal ini demikian

kerana, sektor pengankutan amat penting dalam memastikan kelancaran

sesuatu sektor terutamanya sektor perikanan disebabkan kecekapan dalam

sektor pengankutan akan dapat memastikan hasil tangkapan dapat dihantar

kepada pengguna dalam jangka masa yang singkat dan pengguna dapat

menikmati hasil yang masih segar.

1.4 Kepentingan kajian

Kajian ini merupakan satu kajian yang penting dalam mengetahuai

perkembangan sektor perikanan dan perananya kepada penduduk setempat.

Kebanyakan kajian yang telah dilakukan hanyalah berfokus kepada kepentingan

pengeluaran hasil perikanan, hala tuju pemasaran hasil perikanan, industri hiliran

berasaskan sumber perikanan, jenayah maritim serta kurang menekankan kaitan

di antara perkembangan sektor perikanan kepada pembangunan sosioekonomi

penduduk terutama kepada perkembangan kawasan, infrastruktur dan aktiviti

perniagaan yang di jalankan di sekitar kawasan ini hasil daripada perkembangan

sektor perikanan.

14

Page 15: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Kajian ini amat penting dalam mengetahui perkembangan sosioekonomi

penduduk yang berhampiran dengan sumber perikanan di samping mengetahui

perkembangan yang berlaku hasil daripada kemajuan yang dibawa dengan

berkembangnya aktiviti perikanan. Perikanan merupakan satu sektor yang

penting dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk. Dengan ini, melalui kajian

yang akan dijalankan kita akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai

perkembangan sosioekonomi penduduk hasil daripada perkembangan

perusahaan perikanan yang banyak membantu dalam perkembangan kawasan

yang terdapatnya sumber perikanan untuk di majukan.

Kajian ini juga amat berguna sebagai garis panduan untuk mengetahui hala tuju

dan perkembangan kawasan kajian hasil daripada perkembangan sektor

perikanan yang mambawa sinar baru kepada penduduk yang terlibat dengan

kegiatan nelayan terutamanya penduduk di Kuala Besut yang majoritinya

kegiatan utama mereka adalah dalam sektor perikanan. Melalui kajian ini kita

akan dapat menyedari perkembangan sektor perikanan di Kuala Besut turut

membawa perubahan kepada perkembangan sosioekonomi penduduk di Kuala

Besut yang terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan.

1.5 Skop dan batasan kajian

Kajian yang dilakukan ini terhad kepada penduduk di Kuala Besut yang terlibat

dengan kegiatan perikanan. Populasi yang dipilih ialah penduduk Kuala Besut

15

Page 16: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

yang mendiami sekitar kawasan ini dan terhad kepada penduduk yang terlibat

dengan kegiatan perikanan sahaja sebagai fokus utama kajian. Penduduk akan

ditanya mengenai perkembangan kegiatan perikanan dan kesannya kepada

sosioekonomi dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual yang

akan dilakukan sendiri oleh pengkaji. Soalan yang akan dikemukan berfokus

kepada perkembangan kegiatan perikanan, perkembangan kawasan serta

kemajuan yang semakin ketara di lihat dikawasan ini hasil daripada

perkembangan kegiatan perikanan yang berlaku. Jawapan yang dipilih melalui

soal selidik akan disemak dan dilakukan pengiraan dan draf awal mengenai

dapatan kajian dan semakan. Dapatan kajian adalah tertakluk kepada populasi

persampelan dan jangka masa kajian yang dilakukan dalam masa yang terhad.

1.6 Matlamat dan objektif kajian

Objektif umum kajian ini ialah mengkaji kesan perkembangan sektor perikanan

kepada pembangunan yang berlaku terhadap sosioekonomi penduduk di Kuala

Besut. Untuk mencapai matlamat ini, pengkaji telah mengariskan beberapa

objektif khusus iaitu:

(i) Mengetahui perkembangan kegiatan perikanan di Kuala Besut.

(ii) Mengetahui kesan kegiatan perikanan kepada perkembangan

infrastruktur di Kuala Besut

(iii) Mengenal pasti masalah dalam meningkatkan perkembangan kegiatan

pembangunan di Kuala Besut

16

Page 17: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

(iv) Mencadangkan langkah-langkah dalam meningkatkan sosioekonomi

penduduk.

17

Page 18: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

1.7 Kerangka konseptual

Kegiatan perikanan di kuala besut

Kesan kepada sosioekonomi penduduk

Infrastruktur

aktiviti perniagaan

Pembangunan kawasan

sumber perikanan

pembangunan kawasan di kuala

besut

Perniagaan berasaskan sumber

perikanan

Pembangunan jalan raya, pembinaan bangunan baru

Kemudahan penduduk

tempatan dan luar

Pernigaan sendiri dan kerajaan

Aktiviti naik taraf jalan kampung dan bangunan di Besut

Hipotesis kajian

Kesan kegiatan perikanan membawa perubahan kepada sosioekonomi penduduk Kuala

Besut

18

Page 19: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

1.8 Organisasi Penulisan Laporan

Organisasi penulisan laporan menceritakan mengenai perkara yang berkaitan

dengan bab-bab yang akan dikemukakan oleh pengkaji dalam menyiapkan

keseluruhan kajian yang dilakukan. Dalam bab pertama meliputi aspek-aspek

latar belakang kajain, pernyataan masalah, skop dan batasan kajian, matlamat

kajain dan objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian, teori kerangka

konseptual dan organisais penulisan laporan. Di dalam bab dua pula

merangkumi ulasan-ulasan literatur dan kajian lepas yang melibatkan

pembacaan, penghuraian dan perbincangan secara menyeluruh berkaitan kajian,

laporan dan penulisan ilmiah berkaitan tajuk kajian. Manakala di dalam bab tiga

pula merangkumi penghuraian mengenai metodologi kajian yang merangkumi

lokasi kawasan, keperluan data, kaedah pengumpulan data dan kaedah analisis

data serta sampel dan kaedan persampelan.

Selain itu, dalam bab empat pula melibatkan analisis data dan penemuan. Dalam

bab ini pengkaji akan menganalisis data-data primer dalam bentuk analisis

deskriptif dan mempersembahkan data dalam bentuk graf dan carta. Penyelidik

juga akan menyatakan penemuan kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji

dengan mengaitkan data-data sekunder dan ulasan literatur bagi mnegukuhkan

dapatan kajian yang telah ditemui dalam kajian yang telah dilakukan. Manakala

akhir sekali dalam bab lima pengkaji akan mengemukakan cadangan yang

berkaitan dengan kajian dan membuat kesimpulan secara keseluruhan berkaitan

19

Page 20: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

dengan penemuan dan kajian yang telah dilakukan. Dengan ini disertakan rajah

organisasi laporan seperti rajah di bawah.

BAB 2

ULASAN LITERATUR

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

BAB 4

ANALISIS DATA DAN PENEMUAN

20

BAB 1

PENGENALAN

BAB 5

CADANGAN DAN KESIMPULAN

Page 21: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

2.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kajian dalam bidang perikanan boleh merangkumi

bidang kajian yang luas dan pelbagai aspek boleh dilakukan kajian

mengenainya. Skop dan kajian yang terperinci perlu dilakukan dalam setiap

aspek untuk mendapat input yang sebenar. Oleh itu, kajian yang dilakukan

dalam bidang ini dilakukan dengan penuh terperinci dan dengan kajian yang teliti

untuk mendapat hasil yang berkualiti

21

Page 22: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

BAB 2

ULASAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

2.1.1 Sejarah Besut

Sejarah kewujudan kuala besut tidak dapat dibuktikan secara jelas, namun

demikian berdasarkan catatan Munsyi Abdullah dalam Pelayaran Abdullah ke

Kelantan dan buku Tuffatul Nafis karangan raja Ali Haji. Sejarah besut banyak di

perolehi daripada cerita yang menerangkan asal usul besut, salah satu cerita

mengenai nama besut kononya berpunca dari zaman dahulu di mana daerah ini

merupakan salah sebuah kawasan yang berada di bawah pemerintahan

kerajaan siam. Nama Besut dikatakan timbul dari perkataan BE dalam bahasa

Siam bermakna “daerah” manakala “sut” mengambarkan tempat atau kawasan

paling jauh atau penghujung sesuatu kawasan. Ini jelas boleh dipercayai

berdasarkan faktor jarak antara Bangkok yang merupakan pusat pentadbiran

siam dengan Besut amatlah jauh.

Selain itu, terdapat satu lagi cerita mengenai sejarah kewujudan nama Besut,

menurut cerita kononya dahulu kawasan ini diperintah oleh seorang raja yang

digelar Raja Sang Nyanya yang merupakan ketua lanun yang sangat zalim yang

22

Page 23: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

menyebabkan tidak ramai orang yang ingin tinggal di kawasan ini. Namun

demikian selepas raja ini meninggal kawasan ini di ambil alih oleh kumpulan

penduduk yang terdiri daripada orang Pangan yang ketua mereka bernama

BESUT, dengan ini dipercayai nama BESUT adalah di ambil daripana nama

ketua Pangan itu. Namun kesemua cerita mengenai sejarah kawasan ini tidak

dapat di buktikan sepenuhnya, ini kerana bukti yang menyentuh mengenai

kewujudan daerah ini amat sedikit sebagaimana catatan Munsyi Abdullah dalam

Pelayaran Abdullah ke Kelantan dari buku Tuhfatul Nafis karangan Raja Ali Haji

yang mana dalam catatanya ini ada diceritakan mengenai kumpulan pedagang

Pattani (Selatan Siam) telah datang ke Besut dengan diketuai.

Dalam catatan ini dicertiakan mengenai sekumpulan pedagang dari pattani

(Selatan Siam yang datang ke Besut dengan diketuai oleh seorang yang

bernama Cik Latif. Dipercayai Cik Latif ini berasal dari Sumatera dan telah biasa

berdagang di Pattani. Cik Latif telah menawarkan segantang Mata Kail kepada

orang Pangan dan berjaya menyuruh irang pangan keluar dari daerah ini ke Hulu

Besut. Dengan ini beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah

perkampungan di tebing sungai Besut yang diberi nama Palembang mengambil

sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang dijadikan pusat

pentadbiran pertama di Kuala Besut sebelum kampung Raja.

Walau bagaimanapun selepas Cik Latiff meninggal dunia dan diganti dengan Cik

Kamat. Semasa pemerintahan Cik Kamat Besut berada dalam keadaan huru

hara kerana ancaman lanun. Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, Cik

23

Page 24: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Kamat tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan

meminta bantuan dari Terengganu. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan

Terengganu masa itu iaitu Sultan Mansur 1, yang dikenali sebagai Marhum

Berjanggut. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1

telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu

Tengku Kadir. Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya

mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur

ke Pulau Perhentian. Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan

lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu

untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai Orang Besar Besut

serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

2.2 Sejarah sektor perikanan

Selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970, Jabatan

Perikanan telah di beri tanggungjawab membasmi kemiskinan dan menyusun

semula masyarakat nelayan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975)

dan Ketiga (1976-1980), sebanyak RM 96 juta diperuntukkan kepada Jabatan ini

bagi membantu nelayan memiliki vessel, enjin dan pukat melalui Skim Bantuan

Subsidi Nelayan. Sebanyak RM 45 juta diperuntukkan untuk mengadakan

infrastruktur perikanan. Pada tahun 1982, jabatan ini telah memperkenalkan

dasar perlesenan yang lengkap dan seragam bagi membantu pembangunan dan

pengurusan sumber perikanan.

24

Page 25: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Bermula tahun 1981, kerajaan mengistiharkan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang

melibatkan pertambahan kawasan perairan negara dari 47,000 kepada 160,000

batu nautika persegi. Selain itu, Akta perikanan turut diperkenalkan dan

dikuatkuasakan pada januari 1986. Jabatan perikanan turut giat menjalankan

penyelidikan perikanan bagi memantapkan lagi kegiatan perikanan negara.

Beberapa penemuan penyelidikan telah dihasilkan seperti ternakan ikan laut

dalam sangkar, udang harimau, siput sudu dan pembenihan ikan dan udang.

Pada tahun 1972 sebuah Institut Latihan Nelayan telah ditubuhkan di Batu

Maung, Pulau Pinang. Institut ini menawarkan kursus bertaraf sijil kepada

nelayan seperti Sijil Kecekapan Jeragan, Pekerja Enjin, jurumudi, Pembuat

Pukat, Pelayaran dan Kejuruteraan

Tanggungjawab Jabatan Perikanan telah dipertingkatkan melalui usaha untuk

membaikpulih dan melindungi sumber perikanan melalui pengeluaran lesen dan

pengurusan sumber secara rasional, pembinaan tukun tiruan dan penubuhan

Taman Laut. Langkah-langkah awal aktiviti ini telahpun dimulakan pada awal

tahun 70an dan telah dipertingkatkan pada tahun 80an. Penerokaan perikanan

laut dalam telah dilancarkan pada 1 7 September 1987 oleh YA.B. Perdana

Menteri Malaysia bersama dengan Perdana Menteri Negara Thai. Jabatan telah

mengambil langkah mengeluar lesen dan melatih nelayan laut dalam bagi

mempergiatkan aktiviti ini.

25

Page 26: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Jabatan juga telah memainkan peranan yang cukup aktif diperingkat

antarabangsa dan serantau. Antara pertubuhan yang disertainya ialah Pusat

Pembangunan Perikanan Asia Tenggara (SEAFDEC -sejak 1967), Program

Teluk Bengala (BOBP-sejak 1978), Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO),

Program Rangkaian Pusat-Pusat Akuakultur Asia dan Pasifik (NACA -sejak

1980) dan Program Laut China Selatan (SCSP). Sebuab Departmen

Penyelidikan dan Pengurusan Sumber Perikanan Marin (MFRDMD) telah

ditububkan pada 1992 sebagai departmen SEAFDEC yang keempat. Tahun

1993 telah menandakan permulaan kepada era baru dalam perkembangan dan

sumbangan sektor perikanan yang lebih bermakna terhadap ekonomi negara;

apabila Dasar Pertanian Negara (1992 - 2010) yang dilancarkan telah

menggariskan masa depan pembangunan sektor perikanan terutamanya

perikanan laut dalam dan akuakultur

2.3 Sumbangan sektor perikanan

2.3.1 Menambahkan pendapatan negara

Sektor perikanan pada tahun 2004 telah menghasilkan 1,537,988 tan metrik

pengeluaran ikan bernilai RM 5,505.9 juta termasuk 456 juta ekor ikan hiasan

yang bernilai RM 106.03 juta. Pengeluaran ikan mencatatkan peningkatan

sebanyak 3.64% dari segi pengeluaran dan sebanyak 6.17% dari segi nilai.

Mengikut sektor, pengeluaran perikanan tangkapan marin menyumbang

26

Page 27: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

1,331,645 tan metrik atau 87% daripada pengeluaran ikan negara yang bernilai

RM 4,241.4 juta. Perikanan pantai masih kekal sebagai penyumbang utama

dengan pengeluaran sebanyak 1,060,150 tan metrik atau 69% daripada

keseluruhan pengeluaran ikan negara. Sektor perikanan laut dalam telah

menyumbang 271,495 tan metrik iaitu 17.6% daripada keseluruhan pengeluaran

ikan negara. Sektor akuakultur pula telah mencatatkan pengeluaran sebanyak

202,225 tan metrik, menghasilkan 13.2% daripada jumlah pengeluaran ikan

negara. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.72% jika dibandingkan dengan

pengeluaran pada tahun 2003. Bagaimanapun, pengeluaran daripada sektor ini

menunjukkan kenaikan dari segi nilai pengeluaran sebanyak 7.86% daripada RM

1,172.31 juta pada tahun 2003 kepada RM 1,264.5 juta pada tahun 2004.

2.3.2 Peluang pekerjaan

Kegiatan perikanan di Kuala Besut menyumbang pekerjaan kepada penduduk

yang tinggal di Kuala Besut. Hampir 98% penduduk disini berkerja sebagai

nelayan dan terlibat dalam kegiatan yang berasaskan perikanan. Perkembangan

kegiatan perikanan ini menyumbang kepada penduduk pekerjaan sebagai

nelayan,pembuat bot, industri keropok, membuat pukat dan industri hiliran yang

berasaskan kegiatan perikanan. Selain itu, perkembangan kegiatan ini juga telah

membolehkan penduduk dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik hasil

daripada perkembangan kegiatan perikanan ini yang menyumbang kepada

pendapatan penduduk di sini.

27

Page 28: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

2.3.3 Pembangunan kawasan

Perkembangan kegiatan perikanan ini telah banyak membangunkan kawasan di

Kuala Besut. Kegiatan perikanan yang giat dijalankan disini telah membawa

perubahan kepada pembinaan jalan raya yang lebih baik, projek naik taraf jeti

pendaratan ikan, perkembangan kawasan dan pelbagai kemudahan lain yang

ditambah dikawasan ini seperti masjid, stesen bas, stesen kereta sewa dan

kegiatan perniagaan lain.

2.4.2 Taraf hidup penduduk meningkat

Perkembangan kegiatan perikanan ini telah membawa kepada perkembangan

kegiatan susulan seperti perniagaan kecil-kecilan dan perusahaan kecilan seperti

pasar tani dan kegiatan membuat keropok di Kuala Besut. Hasil daripada

perkembangan ini telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk dan hampir

98% penduduk di sini mempunyai peluang pekerjaan dan dapat menikmati

segala kemudahan yang ada dan menggunakannya. Kadar kemiskinan di

kawasan ini juga adalah pada tahap yang sederhana. Ini jelaslah menunjukkan

walaupun penduduk terlibat dengan kegiatan perikanan, namun taraf hidup

mereka masih pada tahap yang tinggi dan mempunyai pendapatan yang lebih

baik dan dapat menampung hidup.

28

Page 29: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kawasan kajian

Kajian ini dijalankan di Kawasan nelayan di Kuala besut yang merupakan

kawasan perkampungan yang terdiri daripada golongan nelayan. Kajian yang

dijalankan di kawasan ini bertujuan untuk mendapat gambaran sebenar dari

responden yang terdiri daripada nelayan. Kuala Besut di pilih sebagai lokasi

kajian kerana bertepatan dengan tajuk yang diambil dan kawasan ini merupakan

kawasan yang giat dilakukan aktiviti perikanan. Di kawasan ini hampir 98%

penduduk terlibat dalam kegiatan perikanan iaitu sebagai nelayan. Pemilihan

kawasan ini adalah amat bertepatan dengan kajian yang akan dilakukan kerana

kawasan ini mempunyai pelbagai kemudahan nelayan, kegiatan pembangunan

perikanan, aktiviti hiliran yang berasaskan perikanan dan aktiviti perniagaan yang

berasaskan sumber perikanan dijalankan di kawasan ini.

Selain itu, lokasi kegiatan perikanan yang dijalankan di kawasan ini juga jelas

memperlihatkan saling kaitan antara sumber perikanan dan pembangunan

penduduk nelayan di kawasan ini. Saling kaitan ini dapat dilihat dimana

perkembangan sektor perikana di Kuala Besut telah membawa banyak

perubahan kepada sosioekonomi penduduk. Hal ini terbukti dimana di Kuala

29

Page 30: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Besut sekarang telah di bangunkan pelbagai kemudahan seperti Bank Pertanian,

Lembaga Kemajuan ikan (LKIM), pejabat pos, pusat pelancongan, jeti

pendaratan ikan, pendalaman muara di kawasan pendaratan, perkembangan

pasar tani, stesen bas, kemudahan infrastrktur dan sosial lain bagi kemudahan

penduduk di Kuala Besut.

Namun demikian, kepelbagaian pembangunan yang dilakukan disebalik kesan

kegiatan perikanan telah menarik pengkajia untuk melihat kesan kegiatan

perikanan kepada sosioekonomi penduduk seperti dalam aspek perkembangan

kegiatan pasar tani, perkembangan infrastruktur dan perkembangan

pembangunan kawasan Kuala Besut. Kajian mengenai perkembangan pasar tani

dilakukan untuk mengetahui setakat mana kegiatan perikanan memberi kesan

kepada kewujudan pasar tani dan bagaimana hasil perikanan yang diperolehi

dipasarkan kepada pengguna. Kajian yang dijalankan mengenai perkembangan

infrastruktur dilakukan untuk mengenai bagaimana perkembangan kegiatan

perikanan memberi kesan positif kepada pembangunan infrastruktur kawasan ini

seperti kegiatan naik taraf jalan raya, pembanguan kemudahan pendaratan ikan,

bangunan dan sebagainya untuk kemudahan penduduk di Kuala Besut.

30

Page 31: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

3.1.1 Lokasi

Rajah 3.1: Peta kawasan kajian.

Sumber: http://www.dromoz.com/directory/place/?id=1087

31

Kuala Besut,Terengganu

Page 32: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Daerah besut merupakan salah satu daerah di dalam negeri Terengganu yang

merupakan pntu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri

Kelantan. Daerah ini mempunyai keluasan 123,3678 hektar iaitu kura-kira 9.52

daripada keluasan negeri Terenganu. Daerah Besut mempunyai aggaran

penduduk seramai 140,891 orang iaitu ketiga teramai bagi Negeri Terengganu.

Pertumbuhan purata penduduk ialah 2.89% setahun. 93.8% penduduk ialah

berketurunan melayu, dan nisbah lelaki dengan perempuan ialah 101 kepada

114 orang pada tahun 1998 berbanding 84 orang pada tahun 1983 dengan ini

jelas menunjukkan mejoriti penduduk daerah ini menetap di kawasan luar

bandar.

3.1.2 Kedudukan Geografi

Topografi daerah ini adalah landai disebelah utara dan beralun disebelah

selatan. Keadaan fizikal ini telah menjadikan kawasan rendah sebagai lembah di

lembangan Sungai Besut. Sebanyak 35.8 peratus daripada keluasan mempunyai

ketinggian kurang daripada 20 meter. Kawasan berbukit diselatan mempunyai

ketinggian melebihi 200 meter dan di kiri kanan sempadan daerah tersergam

Banjaran Gunung Tebu dan Hutan Simpan Pelagat. Daerah ini diairi oleh Sungai

Besut yang mengalir dari Hulu Besut hingga ke muara Sungai di Kuala Besut

dan Laut China Selatan. Pusat Pentadbiran daerah Besut ialah di Kampung

Raja. Pusat-pusat tumpuan utama ialah Jerteh dan Kuala Besut. Pusat-pusat

kecil daerah pula terdiri daripada Bukit Payong, Pasir Akar, Kg. Renek, Jabi,

Apal dan Tembila. Daerah Besut mempunyai 15 mukim pentadbiran. dan

32

Page 33: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

kawasan berhalangan di daerah Besut berjumlah 113,241 hektar termasuk

kawasan hutan, pertanian, perladangan, tapak bina dan saliran. Guna tanah

daerah Besut dipecahkan kepada pertanian 33,089.6 hektar, bangunan 27,761.9

hektar, industri 517.5 hektar, rizab hutan 56,243 hektar, tanah kerajaan

persekutuan 733.5 hektar dan lain-lain kegunaan 204 hektar.

3.1.3 Kawasan pentadbiran

Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Negeri Terengganu: Kuala

Terengganu, kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu dan

Besut. Kemudiannya pada 1 Januari 1985, sebuah daerah baru, Setiu dibentuk.

Kini terdapat tujuh daerah di Terengganu iaitu Besut, Dungun, Kemaman, Kuala

Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu. Di antara daerah-daerah ini,

33

Page 34: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Hulu Terengganu mempunyai kawasan yang terluas iaitu hampir satu pertiga

daripada keluasan Negeri Terangganu.

3.1.4 Keluasan kawasan di negeri Terengganu

DAERAH KELUASAN (hektar) PERATUS

Besut 123,367.8 9.52

Dungun 273,503.1 21.11

Hulu Terengganu 387,462.6 29.91

Kemaman 253,559.9 19.57

Kuala Terengganu 60,528.1 4.67

Marang 66,654.3 5.15

Setiu 130,436.3 10.07

JUMLAH 1,295,512.1 100.00

Sumber: Majlis Daerah besut 2008

34

Page 35: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

3.1.5 Kemudahan yang terdapat di Kuala besut.

 Nama  Alamat  No.Tel Faks

 Jabatan Kerja

 Raya Besut

 21200 Besut,

 Terengganu Darul Iman

 09-

6956133

 09-6956557

 Mahkamah

Rendah

 Syariah Daerah

 Besut

 Kampung Raja,

 22200 Besut,

  Terengganu

 09-

6956922

 09-6958820

 Jabatan

Kebajikan

 Masyarakat

 Daerah Besut

 Tingkat 1,Bangunan Persekutuan

Besut

 22200 Besut

  Terengganu Darul Iman

 09-

6956042

 09-6957003

 Tenaga

Nasional

 Berhad

 Pencawang Masuk Utama,

 Jalan Kuala Besut,

 Kampung Seberang Jerteh,

 22000 Jerteh, Terengganu.

 09-

6971532

-

 Jabatan

 Pengangkutan

 Cawangan Kecil Besut,

 22200 Kota Putra,

 09-

6958757

 09-6958723

35

Page 36: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

 Jalan  Terengganu

3.2 Keperluan data

Secara amnya, data yang diperlukan dalam kajian yang dilakukan ini

dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu data sekunder dan data primer. Data

sekunder diperoleh daripada laporan yang dikeluarkan oleh agensi kerajaan

yang berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan agensi yang

terlibat lain. Manakala data primer diperoleh hasil daripada proses soal selidik

yang akan dijalankan di kawasan kajian untuk mendapatan maklumat lanjut

mengenai kajian ini.Data-data yang diperlukan dalam kajian ini meliputi data

pembangunan di Kuala Besut, perangkaan perikanan, data pembangunan

kawasan serta lain-lain data yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan

di kawasan ini.

3.3 Kaedah pengumpulan data

Kaedah pengumpulan data merupakan kaedah yang penting dalam memastikan

data yang dikumpul mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Bagi menjamin

mutu kajian ini berlaku dengan lancar, pengkaji memilih untuk mendapatkan data

dan mengumpul data dan maklumat penting yang diperlukan daripada sumber

primer dan sumber sekunder. Sumber primer yang akan digunakan oleh

36

Page 37: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

pengkaji ialah dengan mengunakan kaedah temu bual dan soal selidik yang

akan dilakukan di kawasna kajian untuk mendapat bukti dan maklumat yang

diperlukan mengenai kajian yang dijalankan. Soalan-soalan yang akan

dikemukan meliputi pembangunan kawasan, perkembangan kemudahan dan

kegiatan pasar tani yang dijalankan dikawasan ini.

Selain itu, pengkaji juga akan mengemukakan soalan kepada responden seperti

jantina responden, pendapatan, umur, pekerjaan. Pengkaji berpendapat dengan

memilih cara ini untuk melakukan kajian, pengkaji akan dapat mendapatkan

maklumat secara terus dengan penduduk dan dapat mengetahui sendiri

mengenai maklumat yang sepatutnya pengkaji perolehi. Maklumat juga pengkaji

akan perolehi secara terus tanpa melalui pihak lain. Dengan cara ini pengkaji

akan dapat perolehi maklumat secara terperinci dan maklumat yang diperoelhi

oleh pengkaji akan lebih dipercayai kerana pengkaji sendiri yang mendapatkan

maklumat tersebut.

Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pengumpulan bahan

sekunder. Bahan sekunder merangkumi dokumen-dokumen dan bahan

penerbitan. Dokumen dan bahan penerbitan juga melibatkan pembacaan

pengkaji terhadap bahan seperti jurnal,artikel, keratan akhbar, latihan ilmiah,

kertas seminar, prosiding dan bahan bacaan daripada internet. Selain itu,

pengkaji juga mendapatkan maklumat daripada buletin yang dikeluarkan oleh

37

Page 38: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Kementerian Pertanian, Lembaga Kemajuan Perikanan Malaysia dan buku

Perangkaan Perikanan Malaysia.

38

Page 39: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Permasalahan kajian

Pembentukan objektif dan matlamat kajian

Pembentukan kerangka konseptual kajian

Keperluan data yang akan digunakan

Kaedah pengumpulan data

Analisis data

Variasi pemilihan kawasan perikanan

Cadangan dan kesimpulan kajian

Data Primer

Soal selidik

Temu bual

Data sekunder

Jabatan kerajaan yang berkaitan

LKIM Majlis Daerah

Persatuan NelayanLain-lain

39

Page 40: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

3.4 Kaedah analisis

Kaedah analisis data merupakan satu aspek penting dalam membuktikan

kesahihan data yang diperolehi supaya boleh dipercayai dan dilakukan kajian

terperinci. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob ( 2005) analisis dalam aspek

sekarang membawa penegertian bahawa seseorang itu melakuka prosedur

statistic terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan

dalam metodologi. Maklumat dan data yang diambil daripada soala selidik yang

dilakukan dari jabatan yang berkenaan akan dikumpulkan dan disemak dengan

teliti supaya data yang diperolehi mempunyai kesahihan yang tinggi. Data

kuantitatif yang didapati daripada soal selidik akan dianalisis melalui kaedah

statistic dengan menggunakan perisian SPSS ( Statistical package For Sosial

Science). Program SPSS merupakan kaedah yang bermutu tinggi dan tepat

dalam menganalisis data. Data-data seperti data kuantitatif dan kualitatif perlu

dikumpulkan untuk diuji dengan menggunakan statistik diskriptif dan inferens

untuk melihat hubungan antara variable. Data dan maklumat yang diperolehi

akan dilakukan pemerincian dengan memberikan penerangan dengan

menggunakan jadual dan graf bagi memudahkan pemaparan hasil dapatan

kajian yang dilakukan. Pemaparan dalam bentuk ini adalah memudahkan

penyampaian maklumat untuk mudah difahami oleh pembaca.

40

Page 41: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

3.5 Sampel kajian

Dalam kajian yang berkaitan dengan kegiatan perikanan Kuala Besut, sample

kajian yang dipilih yang terdiri daripada sebahagian daripada keseluruhan

populasi yang ada. Sampel soal selidik yang dipilih secara rawak terdiri daripada

nelayan di Kuala Besut serta penduduk sekitar yang tinggal di kawasan ini.

Sampel yang digunakan untuk kajian ini ialah 100 orang. Ini bagi memudahkan

pengkaji mendapatkan data daripada sampel yang tidak ramai serta mengatasi

masalah kekangan masa dan kewangan untuk ke lokasi kajian. Kaedah

persampelan yang digunakan adalah persampelan kebarangkalian rawak mudah

yang mengandaikan bahawa setiap pengunjung yang terlibat dalam aktiviti

perikanan mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel.

3.6 Kaedah persampelan

Kaedah persampelan yang dipilih ialah persampelan kebarangkalian. Dengan

cara ini pengkaji memilih teknik persampelan rawak secara berlapis sebagai

terknikyang sesuai dalam menentukan sampel bagi kajian yang dilakukan

terhadap penduduk di Kuala Besut. Melalui kaedah ini pengkaji akan

menjalankan satu langkah iaitu mengambil sampel dengan mengasingkan

dahulu sampel unsur-unsur dalam populasi kepada kumpulan tidak bertindih

yang setiap satunya dinamakan lapisan atau strata. Selepas itu, pengkaji akan

mencabut satu sampel secara rawak mudah daripada tiap-tiap lapisan ini.

41

Page 42: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

3.7 Peralatan dan jadual kerja

Keseluruhannya, sesuatu proses penyelidikan yang dilakukan memerlukan data

dan bahan kajian yang khusus untuk melakukan penyelidikan, namun dalam

kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya menggunakan set borang soal

selidik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan

kajian yang dilakukan. Set-set soalan yang digunakan ini digunakan untuk

mendapatkan data-data yang berkaitan dengan kajian seperti maklumat

penduduk, jantina dan sebaginya yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan.

Manakala dalam proses pengumpulan data, kajian ini akan menggunakan

kemudahan komputer dan perisisan SPSS untuk memproses maklumat dan data

yang diperlukan untuk kajian.

Bagi melakukan penyelidikan ini ke kawasan kajian, ianya akan bermula selepas

minggu peperiksaan semester sebelumnya. Selepas peperiksaan akhir

semester, pelajar akan melakukan perbincangan dengan penyelia mengenai

penyelidikan yang akan dijalankan pada semester akan datang dan pengkaji

juga akan menjalankan penyelidika pada cuti semester kerana pada waktu ini

terdapat kelapangan masa yang banyak dan boleh digunakan untuk melakukan

penyelidikan dan kajian ke lokasi. Antara perkara yang akan dilakukan semasa

cuti semester ialah:

42

Page 43: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

I. Mengemas kini maklumat, objektif kajian dan metodologi kajian yang akan

dijalankan

II. Membuat ulasan literatur dan mengemaskini maklumat yang sepatutnya

dilakukan

III. Mereka bentuk soalan soal selidik dan fokus yang akan diberikan dalam

set soalan soal selidik

IV. Membuat pra ujian

V. Melakukan proses soal selidik ke lokasi kajian

VI. Mengumpul set-set soalan soal selidik

Selepas cuti semester berakhir, penyelidikan akan dimulakan dengan melakukan

kerja-kerja menganalisis set-set soalan soal selidik, menganalisis data, membuat

laporan, membuat penyemakan laporan, berjumpa penyelaran dan seterusnya

menghantar laporan untuk disemak oleh penyelia.

3.8 Kesimpulan

Dalam bab tiga ini pengkaji akan melakukan beberapa pendekatan yang telah diambil dan

sepatutnya dilaksanakan dalam kajian yang akan dijalankan. Pendekatan ini meliputi

penerangan secara jelas mengenai lokasi kajian dengan memaparkan peta lokasi kajian,

keperluan data dalam melakukan kajian, kaedah pengumpulan data daripada sumber

primer dan sekunder dan penjelasan mengenainya, kaedan analisis data yang akan

43

Page 44: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

dilakukan, pembentukan hipotesis kajian serta kaedah persampelan yang akan digunakan

dalam melancarkan proses kajian yang akan dilakukan oleh pengkaji. Segala maklumat

dan paparan maklumat yang diberikan oleh pengkaji adalah bertujuan untuk

memantapkan lagi kajian yang dijalankan oleh pengkaji disamping memudahkan gerak

kerja pengkaji menjalankan penyelidikan mengikut langkah yang sepatutnya dilakukan

dan tidak mengelirukan pengkaji melakukan kajian. Segala maklumat dan penjelasan

yang diberikan oleh pengkaji adalah untuk memudahkan lagi kelancaran kajian yang

akan dilaksanakan oleh pengkaji.

44

Page 45: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

Bil Perkara

Cuti

semester

Minggu pembelajaran

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14

1 Mengemas kini maklumat,objektif dan metodologi kajian

2 Merangka soalan soal selidik

3 Pra ujian (pilot servey)

4 Kerja lapangan ( menjalankan soal selidik)

5 Ujian literatur

6 Menganalisis data

7 Menulis draf laporan penyelidikan

8 Pengubahsuaian dan pembetulan

9 Laporan akhir penyelidikan

Jadual kerja penyelidikan

45

Page 46: KEGIATAN PERIKANAN DI KUALA BESUT DAN KESANNYA KEPADA SOSIOEKONOMI PENDUDUK ( PEMBANGUNAN KAWASAN,  INFRASTRUKTUR DAN AKTIVITI PERNIAGAAN): KAJIAN KES DI KUALA BESUT TERENGGANU

46