asal usul nama bintulu

Upload: kcl-potassium-chloride

Post on 16-Oct-2015

154 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

l

TRANSCRIPT

Asal Usul Nama Tempat di Malaysia - BintuluNama 'Bintulu' diambil bersempena nama sungai Mentulau - yang bererti 'kepala'(ulau) dalam dialek Melanau Bintulu. Sebagaimana yang telah kita ketahui, pada zaman dahulu, antara aktiviti yang dilakukan oleh penduduk di sini ialah memotong kepala musuh yang mengancam keselamatan diri dan keluarga mereka. Setelah dibunuh, kepala tersebut diambil, disalai (pengawetan) dan disimpan sebagai satu kemegahan dan tanda keperwiraan. Tidak berapa jauh dari hulu Sungai Sebiew, ada dua orang bersaudara yang bernama Bernik dan Jelab, serta beberapa orang pengikutnya, membina rumah berhampiran sungai kecil yang mempunyai tebing yang rata dan luas. Pada mulanya, sungai tersebut tidak bernama. Sungai tersebut diberi nama Mentulau kerana di situlah tempat Bernik, Jelab dan pengikut-pengikut mereka menyalai kepala. Lama-kelamaan perkataan MENTULAU ini bertukar menjadi BINTULU dan bersempena nama sungai itu, daerah ini dinamakan sebagai Bintulu. (Sumber : Hj.Abd.Rahman Kenai; Bintulu Centenary 1861-1961)

Menurut sumber lain, nama Bintulu diambil sempena perkataan 'metuk ulau' dalam dialek Melanau Bintulu yang bererti mengambil kepala yang dibuang di sungai. Begitulah serba-sedikit sejarah bagaimana Bintulu mendapat nama.-------Adapun nama bandar Bintulu ini ialah berasal dari perkataanmetu ulauiaitu datangnya dari dialek penduduk asal Bintulu yang mendiami Bintulu keti dahulu kala.Erti"Metu Ulau"di dalam bahasa orang-orang Bintulu ialah"memungut kepala". Sebab dikata metu ulau ialah kerana ada sebatang sungai di kawasan Bintulu ini tempatnya gugurnya kepala orang yang dipenggal ketika dalam pertempuran.Ada kisah lain yang menyatakan terdapat satu tempat di kawasan Sungai Sebezaw yang sering dijadikan tempat untuk menyalai kepala musuh yang baru diperolehi ketika perang tercetus. Ini dilakukan bagi mengelakkan kepala ini menjadi buruk dan berbau busuk.Menurut ceritanya, di sebelah ulu Sungai Sebezaw ada sebatang anak sungai yang rata dan luas tebingnya serta biasa dijadikan tempat untuk menyalai kepala oleh dua bersaudara iaitu Berngek dan Jalab serta pengikut mereka selepas tamat pertempuran dengan munsuh.

Diceritakan bahawa Berngek telah menamakan anak sungai in isebagai Sg. Metu Ulau kerana di situlah merekan menyalai kepala musuh yang tewas dalam pentempuran. Perkataan metu ulau yang telah terpakai sekali sekala di kalangan penduduk Bintulu di masa yang silam itu telah menjadi "Mentulau" apabila perkataan itu disebut oleh orang-orang yang datang dari luar kawasan Bintulu.Kesudahannya dari perkataan atau sebutan "Bentulu" dan akhirnya bila ditulis perkataan "Bintulu" pula yang muncul. Siapa dan bilakah pula perkataan Bintulu ini muncul tidaklah diceritakan secara lanjut hingga ke hari ini.

- ''Mentulau - '' ulau SebiewBernikJelab Mentulau Bernik JelabmenyalaiMENTULAU BINTULU Hj.Abd.Rahman;18611961

' metuk ulau '

ulaukala.Erti Ulau ulauSebezawSebezawBerngekJalabmunsuh

Berngekisebagai SGUlau menyalai pentempuran ulau Mentulau Bentulu