asal usul karnatak

12
Asal usul karnatak Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih dari itu. Sehingga kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing- masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak. Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India Andra Pradesh (Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu) dan juga di mana-mana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal. Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama. Apa itu muzik karnatak ? Salah satu antara dua genre dominan dalam muzik klasik India Berdasarkan melodi dan bukan berdasarkan simfoni Lagu digubah untuk pelbagai alat muzik untuk dimainkan bersama karnatak klasik Bagaimana karnatak dipersembahkan ? Persembahan karnatak merupakan sebuah persembahan tradisional masyarakat kaum India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur dalam sesebuah Konsert Karnatak konsert muzik dipersembahkan dengan para senimannya duduk. Seniman utama duduk di tengah pentas menghadap penonton. Seniman berikutnya masing-masing duduk di sebelah kiri dan kanan seniman utama, setiap mereka menghadap satu sama lain. Kadang- kadang, seniman yang lebih muda yang tugasnya hanyalah untuk

Upload: faridpangeran

Post on 21-Jun-2015

415 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asal usul karnatak

Asal usul karnatak

Muzik klasik India telah wujud dalam 2 jangka masa seribu tahun atau lebih dari itu. Sehingga kira-kira abad ke-12 dalam era baru, kesemua tempat di India menggunakan hanya satu sistem muzik klasik. Setelah itu, kebanyakan negara-negara di utara India berada di bawah kepimpinan pemerintah Islam dari negara Turki dan Afghanistan (sehingga kira-kira 1700 dalam era baru, apabila British mengambil alih tapok pemerintahan). Pemerintah-pemerintah ini masing-masing membawa masuk pengaruh muzik Persia mereka sendiri, puisi, dan kesenian lain ke India. Ini membawa pengaruh yang besar kepada muzik klasik India di Utara India. Di selatan India pula, pengaruhnya adalah di kebanyakan kawasan luar bandar dan ini menyebabkan kawasan ini mengekalkan gaya yang asli, tetapi telah juga meresap ke dalam sejumlah sistem muzik rakyat di Selatan India. Pada sekitar kurun ke-14, gaya muzik di daerah-daerah utara dan selatan masing-masingnya adalah cukup berbeza untuk dikenali sebagai muzik Hindu dan Karnatak.

Kini, muzik Karnatak masih bertapak kukuh di empat negara selatan India – Andra Pradesh (Aandhra Pradesh), Karnataka (Karnaatakaa), Kerala (Kayralaa), dan Tamil Nadu (Tamil Naadu) – dan juga di mana-mana tempat di seluruh dunia di mana ramai orang Selatan India tinggal. Bandar Chennai di Tamil Nadu menjadi tuan rumah untuk pesta muzik Karnatak setiap tahun dari pertengahan Disember hingga pertengahan Januari. Daerah lain di seluruh dunia dengan kepadatan penduduk selatan India yang tinggi juga biasanya mempunyai pesta yang sama.

Apa itu muzik karnatak ?

Salah satu antara dua genre dominan dalam muzik klasik India

Berdasarkan melodi dan bukan berdasarkan simfoni

Lagu digubah untuk pelbagai alat muzik untuk dimainkan bersama

karnatak klasik Bagaimana karnatak dipersembahkan ?

Persembahan karnatak merupakan sebuah persembahan tradisional

masyarakat kaum India yang bermula sejak berkurun lamanya. Struktur

dalam sesebuah Konsert Karnatak konsert muzik dipersembahkan dengan

para senimannya duduk. Seniman utama duduk di tengah pentas

menghadap penonton. Seniman berikutnya masing-masing duduk di sebelah

kiri dan kanan seniman utama, setiap mereka menghadap satu sama lain.

Kadang-kadang, seniman yang lebih muda yang tugasnya hanyalah untuk

Page 2: Asal usul karnatak

mengekalkan pic konsert tersebut (dengan membunyikan satu alat muzik

bertali disebut thanpoora) duduk di belakang seniman utama

Komponen dalam persembahan karnatak

Terdapat dua gaya persembahan:-

Berpusatkan lagu

Berpusatkan melodi

Berpusatkan Lagu

Gaya yang berpusatkan lagu meletakkan tekanan pada :

Nyanyian atau permainan sesuatu lagu seperti mana penggubah

menetapkannya

batas gubahan yang menggambarkan sifat spontan seniman dan penguasaan terhadap melodi dan irama

menyanyikan pelbagai lagu dalam melodi yang berlainan untuk menerangkan emosi yang berbeza-beza

Berpusatkan Melodi

Fokus sepenuhnya kepada gubahan,dengan hanya satu garis lirik

untuk dipenuhi seperti asasnya yang mana digubah.

Konsert secara langsung biasanya mengambil masa kira-kira 2 hingga

3 jam, walaupun salah satunya yang mengambil masa yang lama

bukan yang tidak umum.

Page 3: Asal usul karnatak

Kesimpulan:

Terdapat berbagai-bagai muzik di seluruh dunia dan muzik Karnatak adalah salah satu muzik yang unik dan mempunyai ciri-ciri yang kompleks. Ciri-ciri inilah yang menjadikannya lain daripada yang lain dan rakyat negara India Selatan yang memiliki muzik ini telah berusaha mengekalkannya agar ianya tidak luput ditelan dek zaman. Misalnya, mereka mengadakan festival atau perayaan muzik Karnatak setiap tahun bagi memastikan muzik klasik ini tidak dilupai. Begitu juga sama halnya dengan muzik di negara kita yang harus sentiasa dikekalkan dari zaman ke zaman agar identiti negara kita terpelihara dan diperturun dari generasi ke generasi. Seterusnya, tamadun negara terpelihara dan terjaga agar menunjukkan bahawa kita juga mampu mengekalkan sesuatu warisan di negara kita seperti negara-negara yang lainnya.

Kategori: Repertoire Peralatan Dalam Persembahan

Konsep Asas Muzik Karnatak

Ghatam (alat muzik)

Merupakan satu belanga yang diperbuat daripada tanah liat

Pemain menggunakan jari, ibu jari, tapak tangan, dan tumit tangan

untuk memukul permukaan luar ghatam

Bunyi pic rendah yang berangin disebut “gumki” dihasilkan dengan

memukul bahagian mulut belanga dengan tangan terbuka

Ton yang berlainan boleh dihasilkan dengan menepuk bahagian

berlainan di sekeliling belanga dengan setiap lain-lain bahagian tangan

Sama bentuknya dengan belanga buatan India tetapi direka khas

sebagai alat muzik

Page 4: Asal usul karnatak

Dua jenis ghatam ialah:

•Madras – ringan dan tidak perlu dipukul dengan kuat, untuk gaya pukulan yang laju•Manamadurai – berat, tebal, dengan serpihan loyang yang amat halus dicampur dalamtanah liatnya, susah dimainkan tetapi menghasilkan bunyi alat logam yangtajam berdering yang disukai kebanyakan pemain

Thayambaka (alat muzik)

Merupakan gendang solo Chenda yang unik di Kerala, Selatan India

Pemainnya menggunakan satu pemukul dan tangan yang satu lagi

memainkan alat tersebut, tanpa menggunakan dua kayu pemukul

Thayambaka biasanya dimainkan oleh seorang ketua dan dibantu 3-4

pemain lain yang menggunakan Veekku Chenda dan 3-4 pemain

Elathalam

Jalatarangam

Jalatarangam dalam bahasa Sanskirt bermaksud “gelombang air”

(“jala”=air, “tarangam”=gelombang)

Terdiri daripada satu set tembikar daripada pelbagai saiz diisi dengan

air megikut pic/not yang dikehendaki

Disusun dalam bentuk separuh bulatan dihadapan pemain dalam

urutan menurun mengikut saiz, dari kiri ke kanan.

Cara ‘tuning’:

- Menukar kuantiti air di dalam tembikar mengubah picnya.

- Tembikar yang besar men geluarkan bunyi yang lebih besar dan dalam manakala yang

Page 5: Asal usul karnatak

paling kecil menhasilkan bunyi seperti loceng

Tambura

Alat-alat Muzik Yang Lain:

Miruthangam

Morsing

Sruti Box

Thavil

Konsep Asas Muzik Karnatak

Terdapat dua konsep utama dalam muzik Karnatak: melodi (raagam)

dan pusingan irama (thaalam).

Melodi dan pusingan irama mempunyai nama yang unik untuk

mengenal pasti kedua-duanya.

Selain daripada nama ini, melodi tertentu juga boleh ditunjukkan

dengan melihat nombornya (contohnya dalam “melodi nombor 25”).

Melodi

Page 6: Asal usul karnatak

Satu melodi terdiri daripada dua bahagian: not muzik yang khas atau

spesifik (svaram) yang dibenarkan dalam melodi (dalam setiap oktaf)

Aturan pergerakan (sanchaaram) dalam sesebuah melodi menentukan

not yang mana satu harus selalu dinyanyikan bersama dan bagaimana

seseorang itu dibenarkan untuk bergerak dari not ke not semasa

menyanyi atau memainkan melodi ini.

Melodi dikumpulkan dalam melodi (janaka raagam) major (atau ibu)

dan melodi (janya raagam) minor (atau anak)

Terdapat tepat 72 melodi major dan beberapa ribu melodi minor.

Pusingan Irama

Pusingan irama (thaalam) ialah satu set rentak (aksharam) yang

disusun dalam satu kumpulan. (Contoh: 4+2+2 ialah satu rentak 8

dalam pusingan irama dengan 3 kumpulan.)

Terdapat 35 pusingan irama primer: tujuh jenis pusingan irama dengan

lima ciri (jaathi) dalam setiap jenis.Di antara 35 ini, biasanya hanya

sesetengah sahaja digunakan dalam kebiasaan.

Berikut adalah di antaranya, dengan nama dalam tulisan Italic:

4 - seperti dalam 1234 (eka).

2+3 - seperti dalam 12123 (khanda chaapu), kadang-kadang

dimainkan sebagai 4+6 (1122112233).

2+4 - seperti dalam 121234 (roopaka).

3+2+2 - seperti dalam 1231212 (thriputa).

Page 7: Asal usul karnatak

3+2+2 - seperti dalam 1231212 (misra chaapu), kadang-kadang

dimainkan sebagai 6+4+4 (11223311221122).

4+2+2 - seperti dalam 12341212 (aadhi); ini merupakan pusingan

irama yang amat lazim.

7+2+1 - seperti dalam 1234567121 (jhampa).

5+5+2+2 - seperti dalam 12345123451212 (ata

Kategori: Alat-alat Muzik Karnatak Alat-alat Muzik Yang Digunakan Alat-alat muzik yang sering digunakan dalam persembahan Karnatak:

KANJIRA

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini

mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat

yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka

sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga

4 inci dalamnya. Juga berfungsi

seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempa

CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat

muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala.

Alat muzik ini

Page 8: Asal usul karnatak

dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali,

Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri

Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak

dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan

2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda

terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai

variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

MRIDANGAM

Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai.

Seorang

pemain mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan

kanannya manakala memukul selaput besar dengan tangan kirinya.

Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan

dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan

pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.

Page 9: Asal usul karnatak

VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada

alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-

dua tangan

digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh

didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu

Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat

muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat

monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat

berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar

menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan

berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India.

Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang

yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai

Page 10: Asal usul karnatak

persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi

memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu

teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu

atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang

terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal

bunyi.

SARASWATI VEENA

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya

dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama

Tuhan Hindu Saraswati

yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam

masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat

muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena

yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik

Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan

dalam persembahan muzik karnatak di India.

Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri

daripada alat muzik:

Mandolin Violin Tambura

Kategori: Alat-alat Muzik Karnatak