asal usul gerak

2
SEJARAH PENGGERAK MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA Sejarah penubuhan gerakan mahasiswa ini adalah bermula pada 21 Disember 2008 di Unversiti Malaya. Berikutan kebangkitan besar yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2008/2009. Penubuhan gerakan mahasiswa yang bersifat pro-establishment ditunjangi oleh Presiden-presiden Kolej Kediaman, Persatuan Cina Universiti Malaya, Persatuan India Universiti Malaya dan turut disertai oleh beberapa persatuan lagi yang memerlukan sebuah gerakan yang mempunyai nafas baru kepada university. Dengan menggunakan slogan falsafahnya iaitu “Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa Untuk Mahasiswa” sedikit sebanyak Penggerak Mahasiswa telah berjaya memperoleh sokongan pelajar, khususnya yang menetap di kolej-kolej kediaman. Sehubungan itu, dengan berteraskan prinsip Agama, Ilmu, Perpaduan dan Kebajikan. Penggerak Mahasiswa kini dilihat sebagai sebuah gerakan pro-establisment yang sangat berbeza pembawakannya daripada Aspirasi yang dilihat seperti dikawal oleh individu tertentu. Maksud empat prinsip yang dibawa oleh Penggerak Mahasiswa adalah: 1) Agama Dengan menjadikannya sebagai prinsip yang pertama, ia adalah merupakan asas penyatuan kepada mahasiswa. Dalam membawakan prinsip ini, titik persamaan dicari dan menolak api perpecahan. Hal ini adalah selaras dengan Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan. 2) Ilmu Prinsip ini diambil memandangkan universiti adalah tempat bagi golongan mahasiswa untuk menimba ilmu. Perkara ini sekaligus melahirkan budaya intelektual dalam kalangan mahasiswa agar dapat terus menyumbang ilmu yang diperolehinya itu kepada masyarakat di luar sana. Sehubungan itu, pencapaian akademik adalah menjadi keutamaan di samping bergiat aktif dalam pelbagai bidang yang diceburi. 3) Perpaduan Dalam usaha untuk menentukan hala tuju sebuah gerakan/organisasi. Elemen perpaduan turut menjadi asas penting kerana demi memastikan suara atau idea yang dibawa

Upload: mat-pe-ning

Post on 15-Dec-2015

10 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

fdf

TRANSCRIPT

Page 1: Asal Usul Gerak

SEJARAH PENGGERAK MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA

Sejarah penubuhan gerakan mahasiswa ini adalah bermula pada 21 Disember 2008 di Unversiti Malaya. Berikutan kebangkitan besar yang dilakukan oleh Pro Mahasiswa semasa Pilihan Raya Kampus sesi 2008/2009. Penubuhan gerakan mahasiswa yang bersifat pro-establishment ditunjangi oleh Presiden-presiden Kolej Kediaman, Persatuan Cina Universiti Malaya, Persatuan India Universiti Malaya dan turut disertai oleh beberapa persatuan lagi yang memerlukan sebuah gerakan yang mempunyai nafas baru kepada university.

Dengan menggunakan slogan falsafahnya iaitu “Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa Untuk Mahasiswa” sedikit sebanyak Penggerak Mahasiswa telah berjaya memperoleh sokongan pelajar, khususnya yang menetap di kolej-kolej kediaman. Sehubungan itu, dengan berteraskan prinsip Agama, Ilmu, Perpaduan dan Kebajikan. Penggerak Mahasiswa kini dilihat sebagai sebuah gerakan pro-establisment yang sangat berbeza pembawakannya daripada Aspirasi yang dilihat seperti dikawal oleh individu tertentu.

Maksud empat prinsip yang dibawa oleh Penggerak Mahasiswa adalah:

1) Agama Dengan menjadikannya sebagai prinsip yang pertama, ia adalah merupakan asas penyatuan kepada mahasiswa. Dalam membawakan prinsip ini, titik persamaan dicari dan menolak api perpecahan. Hal ini adalah selaras dengan Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

2) Ilmu Prinsip ini diambil memandangkan universiti adalah tempat bagi golongan mahasiswa untuk menimba ilmu. Perkara ini sekaligus melahirkan budaya intelektual dalam kalangan mahasiswa agar dapat terus menyumbang ilmu yang diperolehinya itu kepada masyarakat di luar sana. Sehubungan itu, pencapaian akademik adalah menjadi keutamaan di samping bergiat aktif dalam pelbagai bidang yang diceburi.

3) Perpaduan Dalam usaha untuk menentukan hala tuju sebuah gerakan/organisasi. Elemen perpaduan turut menjadi asas penting kerana demi memastikan suara atau idea yang dibawa tercapai apabila wujudnya persetujuan dalam kalangan ahli-ahli kumpulannya sendiri. Hal ini mengambil kira dari pelbagai aspek seperti agama, bangsa dan budaya kerana melalui konsep perpaduan yang dicapai inilah akan memperlihatkan utuhnya sebuah organisasi itu.

4) Kebajikan Demi untuk menyelaraskan pendirian dengan persetujuan yang dicapai sewaktu penubuhannya dahulu bahawa, kesinambungan untuk meneruskan terdahulu adalah mestilah kepada berpaksikan mahasiswa. Hal ini kerana platform melalui pemilihan MPP adalah salah satu solusi untuk memperjuangkan hak dan kebajikan mahasiswa.