asal usul bahasa melayu

Upload: emi-echizen

Post on 07-Jan-2016

376 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

ASAL USUL BAHASA MELAYU

KONSEP MELAYU1. Dari segi akademik, konsep Melayu merupakan konsep yang meliputi ruang yang luas dan tempoh masa yang panjang akibat daripada keluasan dan bilangan penutur bahasa tersebut. Banyak pendapat yang diutarakan oleh para sarjana tentang konsep Melayu.

a) Penggunaan istilah Melayu pada peringkat awal dapat dikesan sekitar 100-150 M. Ptolemy telah menggunakan istilah maleukolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis.b) Gerini mengaggap istilah Melayu berasal daripada bahasa Sanskrit, iaitu malayakolon.

2. Dalam sebuah kitab Hindu purba, iaitu Purana yang ditulis sebelum zaman Gautama Buddha sehingga 500M, telah ditemui istilah Malaya dvipa.

3. Istilah Melayu juga terdapat dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman Dinasti Tang. Dalam buku itu ada dicatatkan istilah Mo-lo-yu.

4. Perkataan Melayu juga dikatakan berasal daripada perkataan Himalaya yang bermaksud tempat bersalji.

5. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau mengembara yang merujuk kepada orang Indo-Melayu atau Austronesia yang bergerak dari Yunan.

6. Dalam buku yang bertajuk Susur Galur Bahasa Melayu, Asmah Hj. Omar (1985), menyatakan bahawa istilah Melayu digunakan dalam pengertian yang luas dan sempit.

7. Istilah Melayu merujuk kepada nama bangsa atau bahasa wujud setelah adanya Kerajaan Melaka yang kemudiannya berkembang sebagai sebuah kerajaan agung.

8. Pada mulanya istilah Melayu hanya merujuk kepada keturunan raja-raja Melayu dari Sumatera.

9. Bagaimanapun, bermula pada abad ke-17, penggunaan istilah Melayu yang merujuk kepada bangsa semakin meluas.

10. Pada tahun 1972 UNESCO menggunakan nama Melayu untuk merujuk suku bangsa di Semenanjung, termasuk orang-orang Melayu di Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

11. Konsep Melayu yang digunakan UNESCO ini sama dengan konsep Indonesia yang digunakan dalam pengelompokan bahasa Austronesia.

12. Pada masa yang sama UNESCO melancarkan The Oceanic Culture Study Project yang meliputi keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.

13. Dalam Perlembagaan Malaysia, iaitu Perkara 153 mengatakan bahawa seseorang itu dapat ditakrifkan sebagai Melayu apabila memiliki ciri-ciri seperti: a) lazimnya berbahasa Melayub) berkebudayaan Melayuc) beragama IslamBUKTI-BUKTI KEWUJUDAN BANGSA MELAYU

Empat buah batu bersurat dijumpai di:1. Kedukan Bukit, Palembang (683 Masihi)2. Talang Tuwo, Palembang (684 Masihi)3. Kota Kapur, Pulau Bangka (686 masihi)4. Karang Berahi, Meringin daerah Hulu Jambi (686 Masihi)a. Penutur-penutur berasal daripada golongan Austronesia dating dari daerah Yunanb. Kemudian, mereka berhijrah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru dan dikenali sebagai Melayu-Proto.c. Seterusnya, mereka berpindah pula ke Asia Tenggara pada Zaman Melayu Logam dan mereka dipanggil atau diberi gelaran Melayu-Deutro.

SALASILAH BAHASA MELAYU

Filum bermaksud kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas.

Rumpun pula bermaksud kelompok bahasa yang berusia antara 2500-5000 tahun ke atas.

Keluarga bermaksud kelompok bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun.

Keluarga bahasa dapat dipecahkan kepada beberapa subkeluarga.

Austronesia

Salasilah Bahasa

Orang Melayu dikatakan berasal dari induk Austronesia.

Dipercayai induk Austronesia menuturkan bahasa Austronesia.

Bahasa-bahasa rumpun bahasa Austronesia tersebar luas dari Famosa (di utara) hingga ke New Zealand (di selatan) dan dari Madagaskar (di barat) hingga ke Kepulauan Easter (di timur).

Bahasa Austronesia berasal daripada filum bahasa Austris.

Rumpun bahasa Austronesia dibahagikan kepada dua, iaitu rumpun Austronesia

Barat dan rumpun Austronesia Timur.

Rumpun keluarga Austronesia Barat melahirkan keluarga bahasa Indonesia, manakala rumpun Austronesia Timur melahirkan tiga keluarga bahasa iaitu kelurga bahasa Melanesia, Mikronesia dan Polinesia.

Keluarga bahasa Indonesia dipecahkan kepada dua subkeluarga, iaitu subkeluarga Indonesia Pusat dan subkeluarga Filipina-Farmosa.

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

Tempat asal bahasa Melayu dikaitkan dengan tempat asal penuturnya, iaitu tempat asal orang Melayu. Terdapat dua hipotesis tentang tempat asal orang Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik, iaitu:a) Kawasa Asia Tengahb) Kawasan Nusantara

KAWASAN ASIA TENGAH Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara. Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro. Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang dituturkan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.

KAWASAN NUSANTARA Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier. Berdasarkan kepada bukti bahasa pula, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet. Ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia. Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini. Dari segi perkembangan manusia pula, didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah. Tambahan lagi, kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan bukti ini, bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.

PERBEZAAN CIRI-CIRI ANTARA BAHASA MELAYU KUNO DAN BAHASA MELAYU KLASIK

Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Srivijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan Srivijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno. Batu bersurat tersebur ialah Batu Bersurat Kedukan,Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi.Dari segi tulisan, keempat-empat betu bersurat awal yang dijumpai semasa pemerintahan kerajaan Srivijaya ini menggunakan tulisan Palava. Tulisan Palava ialah sejenis tulisan India Selatan purba yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan ialah tulisan Kawi dan Nagiri. Perkataan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud penyair. Pada peringkat awal, tulisan Kawi ditulis pada daun lontar dan kemudian diubah suai dan diukir pada batu. Berdasarkan keempat-empat batu bersurat yang dinyatakan sebelum ini, terdapat kira-kira 283 patah perkataan daripada 50 baris teks yang tertera di atas batu-batu itu. Bahasa Sanskrit sangat berpengaruh dalam bahasa Melayu kuno kerana bahasa Melayu ketika itu masih kekurangan kosa kata untuk mengungkap konsep-konsep baharu. Bahasa Melayu klasik mempunyai fungsi yang penting semasa zamannya kerana selain menjadi lingua franca, iaitu bahasa yang digunakan dalam pergaulan seharian dan urusan-urusan rasmi, bahasa Melayu klasik juga menjadi bahasa ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu klasik merupakan bahasa Melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri. Masyarakat Melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat Melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. Bahan bukti tentang bahasa Melayu klasik adalah dalam bentuk surat dan karya-karya kesusuteraan. Bahan bukti yang paling penting ialah dua pucuk surat Sultan Tarnate kepada Raja Portugal. Kedua-dua surat itu menggunakan tulisan jawi. Surat-surat lain yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi ialah surat-surat antara raja-raja Melayu dengan Sir Thomas Stamford Raffles. Selain menulis surat, pujangga-pujangga istana turut menyalin naskhah-naskhah tertentu atau mengarang karya-karya sastera. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, sebuah karya agung telah dihasilkan iaitu Sejarah Melayu atau Salalatus Salatin. Selain kesusasteraan sejarah, teks undang-undang turut dihasilkan. Contohnya, HukumKanun Melaka dan Undang-undang Laut. Dengan adanya system tulisan, iaitu tulisan jawi, bahasa Melayu klasik telah dapat dirakam. Fungsi tulisan jawi pada ketika itu amat penting kerana tulisan jawi bukan sahaja membolehkan perhubungan sesama raja-raja Melayu atau hubungan raja-raja Melayu dengan pihak luar, malah telah membolehkan karya-karya sejarah, sastera dan undang-undang dihasilkan dalam bentuk bertuils. Tulisan jawi juga telah mengangkat martabat bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu apabila banyak ilmu Islam yang ditulis dalam bahasa Melayu.