asal usul bahasa melayu

Upload: alynnsakina

Post on 09-Oct-2015

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

notappismp

TRANSCRIPT

ASAL USUL BAHASA MELAYU Jika kita ingin mengetahui asal usul bahasa Melayu,kita mestilah mencari asal usulnya dan meneroka liku-liku pertumbuhannya,maka kita hendaklah terlebih dahulu mengetahui asal usul bangsanya.Bahasa dan bangsa mempunyai perkaitan yang erat sekali.Bunyi cogan kata Majulah bangsa dan majulah bahasa,bukan sahaja tepat usaha menegakkan bahasa kebangsaan oleh sesebuah Negara merdeka yang ingin membina identitinya,tetapi juga bagi pertumbuhan sesuatu bahasa dan perkembangan bukan sahaja dari segi sistem dan strukturnya tetapi juga dari segi kawasan penyebarannya. Secara umumnya,tempat asal lahirnya orang atau keturunan Melayu ini amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih diselidiki dengan mendalam.Demikian juga asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.Penggunaan istilah Melayu boleh dikatakan sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan orang Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi.Terdapat tanda-tanda sejarah yang cuba membuktikan kehadiran perkataan Melayu.Antaranya ialah catatan orang cina yang menyatakan bahawa terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu yang mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar tahun 644-645 Masihi.Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke Negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China.Walaubagaimanapun,letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan