asaimen-fizik

12
Pengenalan Umum telah mengetahui bahawa setiap yang berada di bumi ini mempunyai unsur-unsur yang terbentuk secara kimia, fizikal dan juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Daripada langit hinggalah ke dasar bumi, terdapat berjuta elemen yang telah di jumpai mahupun tidak di jumpai. Fizik adalah sesuatu unsur atau keadaan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena- fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan. Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani “Physikos” yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia. Bidang ilmu fizik dikelaskan kepada beberapa cabang seperti mekanik, haba, bunyi, optik, elektrik, keelektomagnetan , fizik dan sebagainya. Justeru itu, di sini saya lebih fokuskan bidang elektrik dalam kajian saya ini iaitu penebat atau konduktor elektrik. Kebanyakkan konduktor elektrik adalah daripada elemen logam, namun begitu, di sini saya ingin 1

Upload: syamimi

Post on 09-Nov-2015

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PengenalanUmum telah mengetahui bahawa setiap yang berada di bumi ini mempunyai unsur-unsur yang terbentuk secara kimia, fizikal dan juga mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Daripada langit hinggalah ke dasar bumi, terdapat berjuta elemen yang telah di jumpai mahupun tidak di jumpai. Fizik adalah sesuatu unsur atau keadaan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.Fizik ialah satu cabang sains yang menkaji fenomena-fenomena alam di sekeliling kita. Fenomena alam ialah kejadian semulajadi yang dapat diperhatikan melalui pelbagai deria manusia. Fizik juga banyak mempengaruhi kehidupan harian kita. Sistem komunikasi yang canggih telah membolehkan kita berhubung antara satu sama lain pada bila-bila masa di mana-mana tempat. Pelbagai jenis tenaga juga membolehkan banyak fenomena dan aktiviti kehidupan harian dilaksanakan.Perkataan fizik berasalkan daripada perkataan Yunani Physikos yang bermakna alam semesta. Segala penerokaan dan pemerhatian tentang fenomena alam semulajadi yang merupakan ciptaan Tuhan adalah termasuk dalam skop kajian fizik. Penyelidikan tentang fenomena fenomena alam telah mendorong manusia mencipta pelbagai bahan dan alat yang baru untuk meningkatkan keselesaan kehidupan manusia. Misalnya ciptaan komputer, telefon bimbit, televisyen telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia.Bidang ilmu fizik dikelaskan kepada beberapa cabang seperti mekanik, haba, bunyi, optik, elektrik, keelektomagnetan , fizik dan sebagainya. Justeru itu, di sini saya lebih fokuskan bidang elektrik dalam kajian saya ini iaitu penebat atau konduktor elektrik. Kebanyakkan konduktor elektrik adalah daripada elemen logam, namun begitu, di sini saya ingin mengkaji konduktor elektrik yang bukan logam. Bahan konduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan elektrik dan habaJadi di dalam uji kaji ini, saya akan mengkaji beberapa bahan bukan logam yang boleh menjadi konduktor elektrik antaranya bahan grafit, air dan sebagainya. Saya juga akan menerangkan mengapa ia menjadi konduktor haba selepas menjalankan uji kaji ini. Mungkin akan menerangkan secara fizikal mahupun kimia. Ia juga akan memberitahu bahawa bukan logam juga boleh menjadi konduktor haba yang berkesan.

Pelaporan ExperimentUji Kaji Kekonduksian Elektrik Bukan LogamPernyataan MasalahApakah bahan bukan logam yang boleh mengkonduksikan elektrik?TujuanMenentukan bahan bukan logam sebagai konduktor elektrik.HipotesisApabila grafit, asid hidroklorik serta air di sambungkan dengan voltan yang tinggi iaitu 3.0 V, serta terdapat gerakan jarum ammeter yang membuktikan ada arus yang mengalir melalui konduktor menjadikan mentol akan menyala.Pembolehubah(i)Dimanipulasikan: Jenis Bahan Bukan Logam(ii)Bergerak Balas: Bacaan Ammeter, A(iii)Dimalarkan: Jumlah Bekalan Voltan, 3.0V

BahanHablur Garam, Larutan Garam, Grafit, Asid Hidroklorik (HCl) 1.0 Mol dan Air (H2O)RadasAmmeter, Mentol, Sel Kering 1.5V, Bikar 250cm3, Klip Buaya

Kaedah1) Bahan dan radas di susun dan di sediakan.2) Litar di susun secara sesiri di mana,2 buah sel kering 3.0 V di sambungkan dengan ammeter dengan menggunakan klip buaya.3) Mentol telah di letakkan di antara sambungan sel kering dengan ammeter.4) Bahan konduktor yang ingin di uji iaitu grafit di sambungkan di antara ammeter dan sel kering. (rajah 1)5) Apabila selesai di sambungkan, pemerhatian di lihat berdasarkan nyalaan mentol serta bacaan arus di ammeter.6) Langkah ke 4 dan ke 5 di ulang dengan menggunakan jenis konduktor yang lain iaitu Hablur Garam, Larutan Garam, Asid Hidroklorik (HCl) 1.0 Mol dan Air (H2O)7) Untuk jenis konduktor yang bersifat cecair, ia akan di masukkan ke dalam bikar sebanyak 20 mililiter dan di sambungkan dengan menggunakan rod besi. (rajah 2)8) Untuk hablur garam juga menggunakan teknik yang sama seperti air serta asid hidroklorik di mana ia akan di masukkan ke dalam sebuah bikar dan di sambungkan dengan rod besi. (rajah 3)9) Semua pemerhatian dan bacaan ammeter telah di rekodkan di dalam sebuah jadual

Gambar RajahBateri 3.0V

GrafitAmmeterMentolWayar Penyambung

Rajah 1

Bateri 3.0V

Bahan Cecair (Larutan)BikarRod KarbonAmmeterWayar PenyambungMentol

Rajah 2Bateri 3.0V

MentolAmmeterBikarRod KarbonHablur GaramWayar Penyambung

Rajah 3

Penjadualan Data

Jenis Konduktor Nyalaan MentolBacaan Ammeter, A

GrafitMenyala0.18

Hablur GaramTidak Menyala0.00

Larutan GaramMenyala0.15

Asid Hidroklorik, HClMenyala0.20

Air, H2OTidak Menyala0.00

PerbincanganSetelah menjalankan tugasan ini, terdapat tiga jenis konduktor yang berjaya dengan menyalanya mentol serta mempunyai bacaan arus pada ammeter. Juga terdapat dua jenis konduktor yang tidak bertindak sebagai konduktor kerana tiada bacaan ammeter di catatkan.Grafit adalah salah satu bahan yang dapat mengkonduksi elektrik apabila mentol menyala menanda arus telah mengalir, ia juga mencatat bacaan ammeter 0.18 A, ini kerana ia mempunyai unsur karbon di dalamnya yang boleh mengalirkan arus elektrik jika di sambungkan dengan sel kering. Ia juga salah satu bahan separuh logam yang boleh mengkonduksi elektrik. Ini kerana separuh logam adalah ia masih mempunyai sifat logam dan juga unsur asli karbon yang boleh mengkonduksi elektrik.Larutan garam juga adalah jenis konduktor yang kedua dapat mengkonduksi elektrik dengan bacaan ammeter sebanyak 0.15 A sedikit rendah berbanding grafit dan ia juga dapat menyalakan mentol tersebut. Larutan garam mempunyai cas elektron yang bebas bergerak menyebabkan ia boleh mengkonduksi elektrik walaupun secara larutan.Bagi hablur garam pula, ia merupakan bahan yang sama dengan larutan garam namun ia tidak di campurkan dengan cecair, hablur garam adalah bahan yang tidak mengkonduksi elektrik kerana ion yang terdapat di dalamnya tidak bebas bergerak tanpa kehadiran dalam bentuk larutan mahupun leburan. Ia menunjukkan bacaan sifar pada ammeter memberitahu bahawa tiada arus yang dapat di alirkan melalui bahan tersebut.Asid Hidroklorik, HCl pula adalah bahan yang menunjukkan bacaan ammeter yang tertinggi di antara tiga bahan yang mengkonduksi elektrik iaitu 0.20 A serta dapat menyalakan mentol dan menunjukkan ada arus yang mengalir melalui HCI tersebut. Ini kerana di dalam HCI terdapat ion-ion yang bercas serta bebas bergerak dan teorinya sama dengan larutan garam yng boleh mengkonduksi elektrik.Air, H2O juga adalah bahan yang tidak mengkonduksi elektrik dalam uji kaji ini, ia tidak menunjukkan sebarang bacaan ammeter yang dapat menyalakan mentol tersebut. Ini kerana voltan yang terlalu rendah tidak dapat mengalirkan arus untuk melaluinya. Ini kerana hanya voltan yang tinggi sahaja dapat menjadikan air sebagai konduktor elektrik yang baik.Secara keseluruhan bagi bahan yang boleh mengkonduksi elektrik adalah:Jenis KonduktorPartikel Bahan Keadaan

GrafitatomPepejal

Asid Hidroklorik HCIionCecair

Larutan GaramionCecair

Bagi bahan yang tidak dapat mengkonduksi elektrik adalah seperti berikut:Jenis KonduktorPartikel BahanKeadaan

Hablur garamatomPepejal

Air H2OionCecair

KesimpulanApabila grafit, asid hidroklorik serta air di sambungkan dengan voltan yang tinggi iaitu 3.0 V, serta terdapat gerakan jarum ammeter yang membuktikan ada arus yang mengalir melalui konduktor menjadikan mentol akan menyala. Hipotesis di terima.

Refleksi Setelah di telusuri secara bestari, pelbagai refleksi dapat di ambil dalam proses menyelesaikan tugasan ini. Saya berpendapat tugasan ini amat bagus kerana ia memberi saya ilmu pengetahuan secara keseluruhan tentang bidang Komponen Alam Fizikal. Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu tentang bidang ini, namun setelah menyelesaikan tugasan ini, lama kelamaan saya faham akan konsepkonsep yang terdapat dalam bidang ini. Selain itu saya juga telah mengetahui pelbagai perkara tentang alam kehidupan. Sebelum menjalankan uji kaji ini, saya seorang yang kurang arif dalam bidang-bidang fizik ini terutamanya elektrik, ia menjadi susah bagi saya untuk memahaminya. Saya juga telah sedikit sebanyak mempelajarinya semasa di sekolah namun ada yang lupa apabila tidak selalu mengaplikasikan dalam kehidupan. Saya juga masih keliru antara ogam serta bukan logam yang boleh mengkonduksi elektrik. Selain itu saya juga amat kurang arif dalam mengendalikan radas di dalam makmal terutamanya bagi uji kaji elektrik. Namun begitu, setelah menjalankan uji kaji ini saya telah memahami dan mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan seperti menganalisis bahan yang boleh mengkonduksi elektrik, mengendalikan sesuatu uji kaji, dan sebagainya. Saya juga dapat mengetahui punca-punca yang mempengaruhi jenis bahan tersebut untuk menjadi konduktor elektrik atau tidak. Sejujurnya saya amat suka akan tugasan in kerana banyak memberikan ilmu pengetahuan dalam bidang sains secara menyeluruh terutamanya di dalam elektik ini. Semasa menjalankan tugasan ini, saya mengalami beberapa masalah iaitu kurang sumber rujukan yang membantu dalam menyelesaikan tugasan ini, mungkin kerana kurang mahir dalam mencari maklumat, tetapi saya tetap berusaha mencari maklumat di laman sesawang, di perpustakaan dan sebagainya agar tugasan ini dapat di selesaikan pada tarikh da waktu yang di tetapkan. Tempoh tugasan yang singkat bagi saya sebagai pelatih guru baharu sedikit sebanyak mengganggu dalam menyelesaikan tugasan ini. Di samping untuk menyelesaikan tugasan lain, namun pembahagian masa amat penting dalam menyelesaikan tugasan ini.

Tambahan pula bagi mengatasi masalah ini, saya dan beberapa rakan saya telah berkolaborasi dalam mencari maklumat agar dapat menjimatkan masa sekali gus dapat berbincang tentang bidang ini. Ini juga memberi kelebihan kepada kami dalam mengulangkaji pelajaran. Walaupun kami berkolaborsi dalam menyelesaikan tugasan namun huraian dan penerangan dilakukan secara individu agar keaslian penulisan itu dapat dizahirkan. Kami juga kekurangan sumber rujukan seperti buku serta jurnal, dan kami telah mengambil langkah inisiatif dengan merujuk jurnal dalam talian agar memudahkan kerja kami dan menjimatkan masa. Saya berharap segala usaha kami ini akan membuahkan hasil yang sempurna. Walaubagaimanapun saya harus menempuh segala cabaran yang ada dalam menyelesaikan tugasan ini kerana sebagai seorang bakal pendidik, pelbagai lagi halangan dan cabaran yang perlu saya tempuhi dalam memastikan segala tugasan saya dapat di selesaikan dengan sempurna.

Rujukan

Arus Elektrik. Wikipedia Ensiklopedia Bebas. Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Arus_elektrik.John E. Lind, Jr. & David R. Sageman (1970). Electrical Conductivity of Concentrated Solutions. Volume 74 (17), 3269-3273.Kamus Dewan. (2013). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Risiko Renjatan Elektrik (Mei 2014). Diakses pada 11 Mac 2015, daripada http://www.myelectinfo.com/risiko-renjatan-elektrik/.http://lets-explore-science.blogspot.com/2012/11/bahan-konduktor-dan-bahan-penebat.htmldi muat turun pada 19 Mac 2015https://azriza.wordpress.com/fizik-2/fizik/di muat turun pada 19 Mac 2015

Lampiran Grafit di gunakan sebagai konduktor.Mentol menyala

Larutan garam di gunakan sebagai konduktorMentol menyala1