artikel jurnal pendidikan bagi isu

9
Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian. Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal PENILAIAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK MELALUI PORTFOLIO. Dihasilkan oleh Lihanna Borhan. Di dalam kajian beliau tersebut menggunakan pendekatan penilaian portpolio di kalangan kanak-kanak terutamanya kepada kanak-kanak di dalam Tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, Konsep penilaian amatlah penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan perkembangan murid- murid kita. Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Di dalam penilaian formatif terdiri daripada penilaian melalui portpolio yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. 1

Upload: cik-baco

Post on 05-Dec-2014

6.838 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian.

Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal PENILAIAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK MELALUI PORTFOLIO. Dihasilkan oleh Lihanna Borhan. Di dalam kajian beliau tersebut menggunakan pendekatan penilaian portpolio di kalangan kanak-kanak terutamanya kepada kanak-kanak di dalam Tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, Konsep penilaian amatlah penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan perkembangan murid-murid kita.

Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, Melalui aktiviti penilaian, guru dapat memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Di dalam penilaian formatif terdiri daripada penilaian melalui portpolio yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.

Penilaian adalah satu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang disyorkan digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan di samping itu penyelia boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan yang wujud. Penilaian berbentuk soal selidik dan temu bual juga harus digunakan supaya maklum balas yang diperoleh memberi gambaran yang keseluruhan dan sebenar. Hasil maklum balas ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan kursus-kursus lain pada masa hadapan.projek. Beberapa teknik penilaian boleh dan pernah digunakan untuk menilai pelaksanaan sesuatu kurikulum. Di antaranya ialah pemerhatian, termasuk temubual dengan guru, pengetua dan murid-murid dan guru-guru mata pelajaran berkenaan.

1

Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Sering kali apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan  yang utama  perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin  taraf bacaan  murid di sekolah rendah dengan berpendapat  taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan  dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih  model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.

 

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan  anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti  yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya  dalam pendidikan,  masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti  menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian  anda mungkin  sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda  akan dapat merancang  langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

Di dalam kajian tersebut, didapati aspek-aspek seperti berikut adalah sesuai diperhatikan semasa menyelidik akan keberkesanan sesuatu program atau pengajaran dalam mata pelajaran yang ingin diajarkan kepada murid-murid yang mana aspek aspek ini haruslah dititikberatkan termasuk latar belakang murid-murid, peranan pengetua, perananan kakitangan sekolah, guru-guru, keberkesanan sesuatu sekolah itu, kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran, keberkesanan kursus yang diikuti dan cara guru-guru melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ini termasuk untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan guru-guru yang tamat menyertai kursus. Model Penilaian autentik melalui portpolio ini digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajran dan merupakan aspek yang penting di dalam kajian ini. Kemudian keputusan dibuat sama ada berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan program perlu diteruskan dengan mengambil beberapa perubahan yang dikenal pasti punca kelemahan program tersebut.

2

Jika dibandingkan dengan model penilaian lain, penilaian autentik melalui portpolio ini yang mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan produk boleh membuat kajian dengan menggunakan keempat-empat dimensi tersebut atau menggunakan salah satu kombinasi yang terdapat dalam dimensi penilaian autentik melalui portpolio. Ini bergantung kepada kehendak program tersebut. Model penilaian autentik melalui portpolio lebih menekankan kepada mengumpulkan maklumat dengan tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Maklumat ini juga dijadikan sebagai panduan untuk memantapkan lagi sesuatu program sama ada di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hasilnya nanti keputusan akan dibuat sama ada hendak meneruskan, memperbaiki, menambahkan atau memberhentikan sesuatu program itu.

Di dalam artikel tersebut menyatakan proses pembinaan portfolio boleh dibahagikan kepada empat proses utama iaitu penentuan kriteria pemilihan, pemilihan item portfolio, interpretasi portfolio dan perkongsian portfolio serta interpretasinya melalui perbincangan. Kriteria pemilihan menjelaskan apakah yang akan dimasukkan ke dalam portfolio. Ia seharusnya digubal berdasarkan objektif sesuatu program pendidikan itu dengan bersandarkan kepada pola perkembangan kanak-kanak. Semua ini juga boleh ditulis dengan jelas sebagai "statement of purpose" supaya portfolio yang dihasilkan tidak lari daripada tujuan asal penilaian (Grace, 1992).

Selain itu, penilaian autentik melalui portfolio ini merupakan satu kaedah yang berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Malah la boleh diubahsuai mengikut keperluan program dan juga kanak-kanak individu. la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara lebih menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak langsung mengubah fokus penilaian kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan penilaian. Akhir sekali, portfolio berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan ibu bapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibubapa ke arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek.

Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain). Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran. Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. selain itu, tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak (vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi

3

dalam tahun atau tahap yang sama.  Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah, tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan (patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya.

Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu program penilaian yang berkesan. 

Oleh itu, setiap guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan hanya untuk memenuhi kriteria peperiksaan awam sahaja. Bermula dengan murid-murid dari tadika di sekolah rendah hinggalah berakhir ke tingkatan 6 di sekolah menengah, proses pembelajaran perlulah mengikut tahap dan pemeringkatan yang berlandaskan aspek-aspek dalam teori pendidikan. Dalam rancangan mengajar, hasilan pembelajaran ditetapkan, diikuti pula dengan perancangan aktiviti pengajaran yang distrukturkan mengikut adegan-adegan pengajaran (instructional events) – Gagne, R.M (1985) iaitu bermula dengan aktiviti set induksi yang bertujuan menarik perhatian serta aktiviti bimbingan dan juga aktiviti-aktiviti yang melibatkan maklum balas dan penilaian. Malah dalam komponen sesuatu Model Reka Bentuk Pengajaran, aspek penilaian amat dititik beratkan sebagai salah satu komponen yang bertujuan menguji sejauh mana perancangan yang dibuat mampu menepati objektif pengajaran, kesesuaian bahan yang digunakan serta kemampuan penerimaan murid. Dalam hal ini setiap guru-guru harus memainkan peranan yang penting dan bertindak memenuhi kehendak proses pembelajaran. Aspek penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif adalah penting dan harus dilaksanakan dengan sempurna bagi setiap tahap dan peringkat murid.

Oleh itu usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus digandakan dari peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan sahaja. Elemen-elemen yang mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi serta kerohanian harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kokurikulum. Guru juga harus menggunakan kreativiti dan membuat inovasi agar murid mampu menyusun strategi kognitif dalam usaha menerima pengajaran dan pembelajaran yang tidak hanya menumpukan pada aktiviti hafalan semata-mata dalam usaha melahirkan murid yang lebih global dari segi kemahiran dan pemikiran. Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada “tekanan” atau “menarik nafas lega” jika sesuatu keputusan dibuat oleh pihak atasan mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan.

4

Di dalam penilaian terdapat dua bentuk penilaian ke atas pelajar sekolah menengah telah dicadangkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990), yang terdiri dari (i) penilaian dalam bentuk peperiksaan; di peringkat kebangsaan di bawah kawalan Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar pada tahap-tahap yang tertentu, dan (ii) penilaian secara berterusan manakala, di peringkat sekolah di bawah kawalan guru-guru di sepanjang tahun persekolahan. Penilaian berbentuk peperiksaan adalah bertujuan untuk pemilihan dan pensijilan yang akan mengagihkan pelajar mengikut norma yang telah ditetapkan. Tetapi apa yang lebih penting ialah penilaian secara berterusan dengan menggunakan berbagai jenis penilaian bagi memenuhi fungsinya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar supaya bimbingan sewajarnya dapat dilakukan.

            Bagi melaksanakan bentuk penilaian secara berterusan ini, guru-guru harus mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan dengan penilaian kerana dengan pengetahuan dan kepercayaan yang mencukupi maka guru-guru akan dapat melaksanakan tujuan penilaian ini dengan sewajarnya. Selain dari itu guru-guru haruslah bersedia untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab kerana seperti yang dinyatakan di atas bahawa hasil dari penilaian ini akan melibatkan pelajar apabila sesuatu keputusan telah dibuat ke atas masa depan dan pendidikan mereka. Penilaian alternatif secara berterusan bermaksud menilai pelajar dari semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, berbagai jenis alat pengukuran perlu digunakan untuk tujuan mengukur dan seterusnya membuat penilaian. Guru-guru harus mengamalkan penggunaan berbagai alat pengukuran ini untuk memastikan maklumat yang diperoleh dapat menggambarkan kebolehan pelajar dengan lebih menyeluruh.

5

Rujukan

Hamzah Ihsan (1990). Kesediaan guru sekolah rendah melaksanakan sistem penilaian dalam kurikulum baru sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur: Tidak diterbitkan

Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang.(1989). Pengujian dan penilaian dalam pendidikan. Kuala Lumpur ,Kumpulan budiman.

Lihanna Borhan. 2003. Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak Melalui Portpolio. Selangor: Universiti Malaya.

Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong( 1988 ). Pengajaran dan Pembelajaran

Tan Choon Keong, Crispina Gregory K Han. 2012. Pengajaran, Teknologi Dan Penaksiran 1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Yap Yee Khiong , Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar ( 1989 ). Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan ( 3rd.ed ). Petaling Jaya , Selangor : Longman Malaysia.

6