artikel jurnal institut pengetua

Upload: ailee-neo

Post on 06-Apr-2018

349 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    1/96

    Artikel Jurnal Institut Pengetua, Universiti Malaya,

    Kuala Lumpur, Jilid 1, Bilangan 1 , Februari 2001.

    [ * Penulis-penulis dalam jurnal ini telah berjaya menamatkan pengajian dan telah

    memperolehi Ijazah Sarjana Kepengetuaan buat pertama kalinya ditawarkan oleh

    universiti tempatan ]

    Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan oleh Abd Razak Wahid*

    Pengenalan

    Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan selaras dengan kemajuan

    ekonomi, sosial dan politik. Pelbagai dasar dan program seperti KBSR, KBSM, FalsafahPendidikan Negara dan sebagainya telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meningkatkan mutupendidikan negara.

    Sesuatu perubahan yang dilaksanakan di sekolah perlulah dirancang dengan rapi supaya ia bolehditerima dan mendatangkan hasil yang positif. Ia seharusnya melibatkan semua warga sekolah danmasyarakat sekitar. Sejauhmana sesuatu perubahan itu berjaya dan berkesan bergantung kepadapelbagai faktor. Mengikut Fullan (1982), Pengetua adalah orang yang paling penting dalammembuat perubahan di sekolah. Pengetua boleh dianggap sebagai goal-setter, advocator, initiator,communicator, suporter, coordinator, coach, evaluator, manager, information provider dan rolemodel dalam melaksanakan perubahan di sekolah.

    Terdapat pelbagai gelaran yang diberikan kepada Pengetua dalam membuat perubahan di

    sekolah. Hall dan Hord (Huseein, 1993 : 53) mengatakan Pengetua sebagai pemudah caraperubahan yang mengandungi tingkah laku yang dinamik dan produktif. Pengetua jenis inimenganggap peranan mereka ialah memberi sokongan dan bimbingan kepada guru-guru. Ada

    juga yang mengatakan Pengetua sebagai penjaga perubahan yang mempunyai tingkah laku yangpasif dan reaktif.

    Pengetua sebagai pemudah cara perubahan dikatakan mempunyai tiga gaya tingkah laku iaitusebagai responder, pengurus dan perintis.

    Gaya responder ialah gaya memberi peluang kepada staf untuk memimpin misalnya mereka diberipeluang mengemukakan pendapat sebelum keputusan dibuat. Gaya pengurus pula ialah tingkahlaku yang responsif terhadap situasi atau orang di mana pengurus atau Pengetua memulakantindakan dengan menyokong dan menyediakan kemudahan. Biasanya mereka hanya melibatkan

    diri berdasarkan apa yang telah ditetapkan sahaja. Perintis pula ialah gaya Pengetua yangmempunyai wawasan, dasar dan matlamat yang jelas. Gaya ini melibatkan Pengetua percaya apayang dilakukannya adalah yang terbaik untuk pelajarnya. Pengetua dikatakan tegas, mempunyaipengharapan yang tinggi dan menjelaskan kepada guru bagaimana matlamat boleh dicapai. Ia jugatidak menerima sesuatu program itu tanpa melihat kesesuaiannya dengan keperluan sekolah.Sesuatu program akan dibincangkan bersama staf dan keputusan yang dibuat adalah berdasarkankepada matlamat sekolah. (Rutherford, 1984).

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    2/96

    Beberapa kajian yang dijalankan mendapati Pengetua gaya perintis adalah lebih berjaya dalammelaksanakan perubahan berbanding Pengetua yang mengamalkan gaya responder ataupengurus. Misalnya kajian oleh Hord dan Hall (Huseein, 1993 : 56). Kajian oleh Rutherford (1984)pula mendapati Pengetua yang mengamalkan gaya pemula lebih berjaya melaksanakanperubahan berbanding dengan Pengetua yang mengamalkan gaya responder atau pengurus.Perbandingan ini dibuat berdasarkan enam dimensi tingkah laku iaitu penetapan wawasan danmatlamat sekolah, menstruktur sekolah sebagai tempat bekerja, mengurus perubahanbekerjasama dan menurunkan kuasa, membuat keputusan membimbing dan memberi sokongandan menstruktur semula peranan kepimpinan mereka.

    Berdasarkan kepada dapatan-dapatan kajian di atas jelas bahawa Pengetua perlu memainkanpelbagai peranan dari mula hinggalah ke akhir program perubahan tersebut. Melalui kepimpinanyang dinamik dan proaktif, sesuatu perubahan, pembaharuan dan inovasi dapat dilaksanakansecara berkesan.

    Definisi dan Konsep

    Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan (change). Mengikut JaafarMuhamad (1999 : 463), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalah hasil daripada

    pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru. MengikutCarzo dan Yanouzas (Jaafar, 1999 : 464),

    "Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan danstatus stabil yang lain."

    Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi seperti sekolah haruslah melibatkan ciri-ciriyang berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur-ansur serta menyeluruh ke arah yang lebih baikatau penambahbaikan. Perubahan juga dikaitkan dengan memperkenalkan sesuatu tingkahlakubaru atau amalan-amalan baru yang diharap akan dapat memperbaiki amalan atau keadaaan yangsedia ada di sekolah. Oleh itu perubahan tidak dapat dipisahkan daripada konsep "transfomasi","inovasi" dan penambahbaikan.

    Mengikut James A. F Stoner dan Charles Winkel (1989 : 439), agen perubahan sebagai individuyang bertanggungjawab memegang peranan kepimpinan dan mengurus proses perubahanterhadap sistem klien (individu, kumpulan atau organisasi). Agen perubahan ini boleh terdiri darianggota di dalam atau di luar organisasi. Walau bagaimanapun agen dari luar tidak berkepentingandipercayai lebih mudah diterima berbanding agen dari dalam organisasi berkenaan.

    Rusinah Sirun (1999 : 254) pula menyatakan agen perubahan sebagai:

    "Change agents are individuals group that take responsibility for changing the existing pattern ofbehavior of a person or social system".

    Mengikut Shahril (2000), Pengetua sebagai agen perubahan bermaksud orang atau individu yang

    pertama atau utama yang membuat modifikasi dalam organisasi sekolah. Justeru itu sebagai agenperubahan, Pengetua haruslah membuat penyesuaian serta perubahan dalam bidang tertentu agaria sesuai dengan perubahan persekitaran supaya sekolah sebagai sebuah institusi sosial dapatterus hidup dan berfungsi. Persoalannya mampukah Pengetua yang dibebani dengan tugassebagai pentadbir, pemimpin pengajaran dapat melaksanakan perubahan secara berkesan?

    Mengapakah Sekolah Memerlukan Perubahan

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    3/96

    Perubahan tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi termasuk sekolah. Ini keranapersekitaran yang turut berubah. Oleh itu jika kita hendak terus hidup dan berfungsi kita tidak bolehlari dari melakukan perubahan.

    Keadaan ini seperti memetik kata-kata Charles Handy (Hussein, 1993 : 223),

    "If you put a frog in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to death. Weto, wiil not survive if we dont respond to the radical way in which the world is changing".

    Perubahan dalam bentuk sesebuah organisasi berlaku disebabkan oleh desakan luaran dandorongan dalaman. Mengikut Stoner J.A.F (1989), desakan luaran yang mendesak kepadaperubahan ialah kenaikan kos, kekurangan sumber, kemajuan teknologi, permintaan dari luar(pengguna) dan kekurangan peruntukan kewangan dari kerajaan. Keadaan ini menyebabkansesebuah organisasi itu terpaksa mengubah struktur, matlamat dan kaedah-kaedah operasinya.Manakala desakan dalaman pula terdiri dari strategi baru, teknologi, sikap dan tingkah laku. Walaubagaimanapun kedua-dua penggerak luaran dan dalaman ini saling berkait.

    Mengikut Jaafar Muhammad (1999 : 464), terdapat beberapa objektif perubahan dilakukan dalamsesebuah organisasi termasuk sekolah. Antara objektif tersebut ialah :

    Meningkatkan motivasi iaitu perubahan sebagai alat untuk menarik dan meningkatkanminat kerja di kalangan kakitangan dan pelajar.

    Meningkatkan daya pengeluaran perubahan sebagai cara untuk meningkatkan dayapengeluaran dari segi kualiti dan kuantiti. Contoh di sekolah ialah meningkatkanpenghasilan kerja guru dan pencapaian pelajar melalui pelbagai pendekatan.

    Mengurangkan konflik dalam sesebuah organisasi yang terdiri dari bahagian dan unit.Perbezaan dari segi tugas, kebolehan, kepentingan, latar belakang, ekonomi, sosial, politikdan teknologi, matlamat individu dengan organisasi juga akan mewujudkan konflik. Dalamkeadaan seperti ini perubahan perlu dilakukan untuk mengurangkan konflik. Sebagai

    Pengetua yang bijak, ia harus menggunakan kesempatan dari konflik yang wujud untukmengukuhkan lagi kepimpinan.

    Desakan Luaran

    Beberapa tekanan luaran (external force) terhadap perubahan yang dikenalpasti ialah : kerajaanpusat, kementerian, kehendak masyarakat dan ibu bapa, perubahan teknologi, permintaan sahamburuh dan perubahan ekonomi negara (Shahril, 2000).Sebagai sebuah negara yang mengamalkansistem pendidikan berpusat, segala dasar dan undang-undang berkaitan dengan pendidikan telahditentukan oleh kerajaan pusat dan Kementerian Pendidikan yang merupakan "stackholder". Salahsatu tugas Pengetua di sekolah ialah memastikan segala dasar dan undang-undang tersebutdipatuhi. Pengetua sebagai pemimpin seolah mempunyai kuasa yang terbatas. Ini bermaknaPengetua harus melaksanakan segala dasar-dasar baru yang diarahkan kepadanya oleh pihak

    atasan berdasarkan kebijaksanaannya, misalnya perlaksanakan KBSR, KBSM, Sekolah Bistari,Sekolah Berkesan dan sebagainya.

    Sekolah adalah institusi sosial yang menyediakan perkhidmtan pendidikan kepada klien yang terdiridaripada pelajar, masyarakat dan ibu bapa. Kepada klien, sudah tentu mereka mengharapkansesuatu yang terbaik diberikan kepada anak-anak mereka. Oleh itu mereka dikatakan mempunyaikuasa secara tidak langsung untuk mendesak dan menggerak perubahan dilakukan di sekolah.Peranan badan-badan seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru amat penting dalam membantu danmemberi sokongan kepada Pengetua melaksanakan perubahan sekolah. Mengikut Wyant Et Al

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    4/96

    (Hussein, 1993 : 54), sekolah yang berjaya melaksanakan perubahan ialah yang dibiayai olehbadan-badan luar selain daripada penglibatan Pengetua sendiri.

    Dalam dunia moden, perkembangan teknologi begitu pantas bergerak. Di sekolah perananteknologi amat penting. Kegagalan pihak sekolah berkembang selaras dengan kemajuan teknologiakan menghalang kepada kecemerlangan pendidikan. Penggunaan alatan moden di sekolah

    seperti komputer, mesin dan jentera serta teknik-teknik baru dalam pentadbiran, pengajaran danpembelajaran akan membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah. Perkembangan terkinidalam dunia pendidikan yang menekankan penggunaan multimedia seperti Sekolah Bistarimendesak supaya perubahan dilasanakan di sekolah. Untuk melaksanakan perubahan ini sudahtentu memerlukan Pengetua yang memiliki pengetahuan, kemahiran serta kuasa kepakaran(expertise power) yang tinggi (Al Ramaiah, 1999 : 8).

    Salah satu matlamat pendidikan negara ini ialah menyediakan pendidikan kepada rakyat agardapat memenuhi keperluan tenaga buruh bagi membangunkan ekonomi negara dalam pelbagaisektor. Dalam konteks ini Pengetua harus peka dengan keperluan dan permintaan tenaga buruhnegara. Semua tuntutan ini mendesak dan menghendaki Pengetua memikirkan semua hal-halberkaitan dengan mata pelajaran dan pengaliran (streaming) pelajar disekolahnya sesuai dengankeperluan negara.

    Desakan Dalaman.

    Perubahan dalam organisasi sekolah juga berpunca dari situasi dalam organisasi sekolah itusendiri. Antara beberapa sumber desakan dalaman ialah kepimpinan dalam organisasi,komunikasi, membuat keputusan dan strategi motivasi kurang berkesan.

    Di sekolah Pengetua sebagai pemimpin pentadbiran dan pengajaran. Sesuatu perubahan itu bolehberlaku akibat desakan dalaman iaitu dari Pengetua itu sendiri sebagai pemimpin. Untuk menjadiperintis perubahan, Pengetua haruslah seorang yang kreatif, inovatif, proaktif dan berwawasan. "Tolearn is to change, to change is to creat" (Handy C. 1989). Hanya Pengetua yang dinamik danproaktif yang boleh melaksanakan perubahan dengan berkesan.

    Pengetua juga perlu melakukan perubahan untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan. Salahsatu sebab kepimpinan Pengetua kurang berkesan berpunca dari "miskomunikasi" iaitu banyakmaklumat tidak sampai terus kepada guru, kakitangan bukan guru, pelajar dan masyarakat.Terdapat banyak sebab berlakunya ketidaksampaian maklumat tersebut. Oleh itu untukmenjadikan kepimpinan Pengetua lebih berkesan, satu perubahan komunikasi perlu dilakukan disekolah. Komunikasi perlu harus melibatkan pelbagai hala bukan dari atas ke bawah meja sahaja.

    Perubahan juga perlu dilakukan apabila wujudnya pelbagai masalah di kalangan anggotaorganisasi, misalnya masalah guru dan Kalangan pelajar seperti melanggar peraturan sekolah,tidak menghormati guru, mencuri, gengsterisme, mengugut, bergaduh semakin meningkat. Inimenunjukkan bahawa terdapat aspek-aspek tertentu berkaitan dengan disiplin perlu dikaji dandibuat perubahan.

    Bentuk-bentuk Perubahan di Sekolah.

    Terdapat pelbagai bentuk perubahan yang boleh dilakukan dalam sesebuah organisasi sekolah.Biasanya perubahan di sekolah dikaitkan dengan konsep penambahbaikan iaitu satu bentukperubahan yang terancang secara berterusan. Perubahan terancang bermaksud:

    That the change is acticipated, directed and made to accur.The and product of the succesfulplaned changed effort is the atainment of a predetermined objectives (Hussein, 1993 : 262)

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    5/96

    Pernyataan di atas bermaksud perubahan terancang bertujuan untuk mengubah keadaan yangkurang memuaskan pada masa kini. Keadaan kurang memuaskan itu wujud akibat amalan danpengurusan bilik darjah secara yang tidak berkesan, masalah disiplin dan prestasi pelajar.Matlamat perubahan terancang di sekolah adalah untuk mendapatkan perseimbangan antara apayang diharapkan (ideal) dengan apa yang tercapai (real). Secara umumnya perubahan terancangdi sekolah memerlukan strategi dan pelan tindakan Antara strategi termasuklah pembangunanorganisasi seperti meningkatkan keupayaan dan kebolehan ahli seperti guru-guru dan kakitanganbukan guru di sekolah.

    Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 487), seseorang pengurus yang peka dan bertanggungjawabakan membuat sesuatu untuk memelihara keutuhan organisasinya apabila berlaku tekanan untukperubahan. Ia akan menilai dan memastikan bahawa setiap perubahan yang dilakukan adalahtepat dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Keadaan yang sama juga sepatutnya dilakukanoleh pengetua apabila melaksanakan perubahan di sekolah.

    Mengikut Harold J. Leavitt ( Stoner, 1989 : 446), sesebuah organissi boleh diubah denganmenukarkan tiga perkara iaitu struktur, teknologi dan manusia. Mengubah struktur organisasimelibatkan usaha-usaha menyusun semula sistem-sistem dalamannya seperti garisan-garisankomunikasi, hubungan pihak yang berkuasa, penyatuan mekanisma, darjah pemusatan dan

    merekabentuk semula tugas, aliran kerja atau hierarki pengurusannya. Perubahan ini perludilakukan apabila keadaan organisasi sudah tidak atau kurang berfungsi. Dalam konteks sekolah,Pengetua boleh memerlukan perubahan dengan mengadakan penyusunan struktur tugas guru-guru dan kakitangannya mengikut keperluan dan kepakaran masing-masing selaras denganmatlamat organisasi. Untuk meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja, faktor-faktor seperti minat,kepakaran, kemahiran guru perlu diambil kira dalam menstrukturkan tugas guru-guru. Kaedahpemancaran juga sering digunakan iaitu dengan mewujudkan beberapa pasukan atau

    jawatankuasa kecil supaya tugas dan aktiviti dapat dijalankan dengan licin. Apabila ada kakitanganyang kurang berkesan, Pengetua haruslah mengkaji kelemahan dan sebab-sebabnya bagimembolehkan penyusunan semula tugas dilakukan. Contohnya dalam pemilihan guru-guru untukmengajar kelas dan dalam matapelajaran tertentu, pembentukan jawatankuasa kurikulum, disiplindan sebagainya. Walau bagaimanapun dalam aspek tertentu kuasa Pengetua adalah terbatas,contohnya pemilihan guru di sekolah, pertukaran guru, kenaikan pangkat dan sebagainya.

    Mengubah teknologi organisasi bererti menukarkan kelengkapan, proses dan teknik penyelidikandan kaedah pengeluarannya. Pendekatan bentuk ini telah diasaskan oleh Federick Taylor (Stoner,1989 : 448), menerusi Teori Pengurusan Sainstifik di mana ia mengatakan perubahan teknologiyang canggih boleh meningkatkan produktiviti dan mendatangkan kesan positif kepada organisasi.Dalam konteks industri yang menekankan pengeluaran barangan perubahan teknologi amatpenting. Di sekolah perubahan teknologi yang melibatkan pengurusan sekolah secara saintifik akanmeningkatkan lagi keberkesanan perjalanan dan operasi kerja. Penggunaan alatan moden sepertimesin fotostat, komputer, audio visual, teknik dan model-model pengajaran dan pembelajaranmoden akan memudahkan pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pada masa yang samateknologi moden ini dapat mewujudkan iklim pembelajaran lebih menarik, bermotivasi dan tidakmembosankan.

    Satu bentuk perubahan lagi ialah perubahan manusia. Perubahan manusia bermaksud perubahankepada subordinat dalam aspek kemahiran, jangkaan tanggapan dan kelakuan manusia. Kelakuanmanusia adalah sukar diubah. Manusia secara keseluruhannya tidak menentang semua perubahantetapi mereka akan menentang apa yang mereka anggap boleh menggugat kedudukan mereka.

    Terdapat pelbagai teknik untuk mengubah dan memandu individu dan kumpulan untuk bekerjalebih berkesan. Mengikut Stoner J. A. F (1989 : 454), antara teknik yang digunakan ialah latihansensitiviti, tinjauan maklum balas, proses perundingan, membina pasukan dan perkembanganantara kumpulan. Dalam konteks sekolah, Pengetua boleh melakukan perubahan tingkahlaku,sikap, tanggapan dan pengharapan guru-guru dan kakitangan sama ada secara individu, kumpulan

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    6/96

    atau keseluruhan organisasi sekolah. Sebagai contoh Pengetua menukarkan atau mengeluarkanguru-guru yang sering menimbulkan masalah yang merumitkan seperti kesukaran mendapat guruganti, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan guru pakar dan berpengalaman. Dalam hal ini Pengetuaharuslah menggunakan pendekatan yang fleksibel dan sesuai yang melibatkan kemahirankemanusiaan yang tinggi.

    Ada juga bentuk perubahan yang dilaksanakan di sekolah secara jangka panjang. Biasanyapendekatan ini merujuk kepada usaha membangunkan organisasi secara menyeluruh denganmemfokus kepada sifat serta kualiti hubungan kerja mereka. Antara kaedah yang biasa digunakanialah proses-proses penyelesaian masalah, membuat keputusan di sekolah melibatkan sama adaPengetua memilih untuk menyelesaikan masalah secara sendiri atau secara bersama-sama, yaknimelibatkan semua subordinatnya. Pengetua sebagai pemimpin sebaiknya melakukan perubahanmelalui penglibatan dan perkongsian kuasa dengan subordinatnya bukan secara autoriti.

    Perubahan juga boleh melibatkan budaya sekolah. Ia meliputi perubahan pola-pola aktiviti,interaksi, norma, nilai sikap dan perasaan yang wujud di sekolah. Dalam proses perubahan budayaini Pengetua haruslah mengenalpasti apa budaya yang tidak diperlukan dan apa budaya yangpatut dikekalkan. Ini penting kerana jika tersalah pilih ia akan menimbulkan tentangan dan tidakditerima oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. ( Jaafar Muhamad, 1999: 470 )

    Teori Dan Model Perubahan

    Terdapat pelbagai teori dan model perubahan yang dikemukakan oleh ramai pengkaji. Teori danmodel ini boleh dijadikan asas dan panduan kepada pemimpin organisasi termasuk Pengetuadalam melaksanakan sesuatu perubahan. Walau bagaimanapun penggunaan model-modeltersebut adalah bergantung kepada keadaan sesebuah organisasi atau sekolah. Biasanya modelini berkait rapat dengan gaya pengurusan dan kepimpinan sesebuah sekolah dan cara Pengetuamembuat keputusan.

    Teori Bidang Daya Penggerak

    Teori ini dikemukakan oleh Kurt Lewin (1952). Mengikut teori ini sebarang tingkahlaku adalah

    akibat keseimbangan antara daya penggerak tolakan dan daya penggerak penghalang. Dayapenggerak tolakan mendorong ke satu arah, manakala daya penggerak penghalang mendorong kearah yang lain. Prestasi yang muncul merupakan penyesuaian bagi kedua-dua set daya penggerakitu. Peningkatan daya penggerak tolakan mungkin akan meningkatkan prestasi atau sebaliknya,iaitu berlaku peningkatan daya penggerak menghalang. Contohnya apabila Pengetua memintaguru-guru bertugas di luar kemampuan dengan andaian akan meningkatkan kualiti kerja. Tindakanini mungkin boleh menyebabkan kebencian dan sikap memberontak yang boleh mengurangkantahap kerajinan dan kreativiti seseorang guru. Mungkin melalui pendekatan yang betul danterancang boleh mengubah kepercayaan dalaman, guru-guru akan sukarela melaksanakanperubahan dengan lebih efisyen. Lampiran 1 boleh menjelaskan Teori Bidang Daya Penggerakoleh Kurt Lewin.

    Teori ini menjelaskan perubahan organisasi boleh dipengaruhi oleh perubahan manusia, teknologi,

    perubahan struktur organisasi, proses dan keadaan. Proses perubahan dianggap sebagai satusistem di mana jika salah satu faktor tersebut berubah, maka faktor lain juga turut berubah. Iamenjelaskan perubahan perlakuan berlaku hasil dari tiga peringkat perubahan iaitu :

    i. Peringkat pencarian.ii. Perubahan baru.iii. Pembentukan semula.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    7/96

    Peringkat pencairan melibatkan tindakan menjadikan keperluan bagi perubahan begitu ketarasehinggakan individu, kumpulan atau organisasi dapat melihat atau menerimanya dengan baik.Perubahan baru memerlukan seorang agen perubahan yang terlatih untuk memupuk nilai, sikapdan perilaku yang baru melalui peroses-proses pengenalpastian dan penjiwan. Para anggotaorganisasi mengenalpasti nilai, sikap dan perilaku yang di bawa oleh agen perubahan danmenjiwainya apabila mereka telah melihat keberkesanannya. Peringkat terakhir iaitu pembekuansemula bererti memantapkan pola perilaku yang baru itu dengan bantuan alat-alat sokongan,supaya ia menjadi norma yang baru.

    Model Perubahan Autokratik

    Model ini percaya bahawa pengurusan yang berkesan ialah melalui kuasa. Mereka percayakejayaan melaksanakan perubahan dalam sekolah ialah dengan menggunakan kuasa yang adapada Pengetua. Dalam hal in Pengetua tidak akan bertolak ansur dalam melaksanakan perubahandi sekolahnya. Subordinat terpaksa mengikut apa yang diarahkan dari masa ke semasa. Merekapercaya bahawa terdapat dua bentuk gaya perubahan iaitu gaya perubahan kawalan dan gayapanduan logik.

    Dalam konteks sekolah gaya perubahan kawalan, biasanya subordinat diberi autoriti untuk

    menjalankan perubahan di bahagian atau unit masing-masing yang difikirkan sesuai asalkantindakan mereka selaras dengan komitmen mereka dan untuk kebaikan sekolah.

    Model Perkembangan dan Perubahan Terancang

    Salah satu model ialah Model Hubungan atau Linkage Model. Model ini menekankan betapapentingnya teori pendidikan dan dapatan kajian atau penyelidikan sebagai sumber untukmelaksanakan reformasi sekolah. Pendekatan utama model ini adalah mengubah amalan yangwujud di sekolah yang didapati tidak produktif atau tidak berkesan bagi mencapai wawasan ataumatlamat sekolah. Usaha yang dijalankan untuk memulihkan "The dyfunctions of the schoolorganization" seperti masalah disiplin , prestasi peperiksaan , gaya kepimpinan, perhubunganmanusia dalam sekolah dan kaedah pengajaran guru (Hussein, 1993 : 264 266)

    Model ini terdiri dari tujuh peringkat proses iaitu:

    i. Peringkat matlamat.ii. Peringkat penilaian.iii. Peringkat perancangan.iv. Peringkat latihan staf.v. Peringkat percubaan.vi. Peringkat tranformasi.vii. Peringkat budaya baru.

    Peringkat pertama ialah menetapkan matlamat dan arah tuju sekolah. Dalam merangka matlamatdan arah tuju, maklumat dapatan kajian dan bahan-bahan penulisan dirujuk. Pada masa yangsama segala pandangan dan pengalaman guru diambil kira.

    Peringkat kedua iaitu penilaian merujuk kepada segala amalan, dasar dan prosedur yang terdapatdi sekolah dinilai nagi mendapatkan norma untuk dibuat perbandingan dalam melaksanakanstrategi dan tindakan yang patut diambil. Peringkat perancangan pula ialah peringkat di manasekolah membuat perancangan secara menyeluruh dari segi kaedah dan strategiperlaksanaannya. Pada peringkat ini mungkin berlaku pengubahsuaian atau penstrukturan sekolahseperti falsafah, misi sekolah, dasar dan prosedur, sistem dan proses pengajaran danpembelajaran serta pembahagian tugas guru-guru. Seterusnya peringkat latihan staf di manaperkembangan staf dijalankan. Latihan ini bertujuan supaya mereka dapat memahami aspek-aspek

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    8/96

    pembaikan sekolah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah perbengkelan, seminar danpercambahan fikiran. Ia boleh dijalankan di peringkat sekolah.

    Peringkat percubaan pula memperlihatkan bagaimana guru mencuba amalan baru, penerapannilai-nilai baru dan pembinaan keyakinan diri terhadap perubahan tersebut. Peringkat tranformasipula dikatakan berlaku apabila amalan baru lebih berkesan mula diamalkan oleh semua guru

    secara menyeluruh dan pada masa yang sama proses pengubahsuaian terus berlaku terhadapmana-mana amalan dan strategi yang kurang berkesan. Peringkat terakhir ialah peringkatmembina dan memperkukuhkan budaya baru sekolah yang lebih produktif.

    Model Loucks Horsley dan Herget (1985)

    Dalam model ini idea program untuk perubahan datang dari pihak luar dengan melibatkanpersetujuan pihak bertanggungjawab dalam sistem pendidikan. Ini bertujuan bagi mendapatkankebenaran, sokongan kewangan, moral dan staf dari pihak tersebut. (Huseein, 1993 : 289). Modelini menyarankan tujuh langkah atau tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah dalammenambahbaikan sekolah tersebut. Langkah-langkah tersebut ialah:

    i. Pembentukan projek penambahbaikan sekolah

    ii. Penilaian dan penerapan matlamatiii. Pengenalpastian kaedah penyelasaian yang ideal.iv. Penyedian untuk perlaksaan.v. Perlaksaan program.vi. Penelitian kemajuan dan masalah.vii. Penyelengaraan dan institutionnalization.

    Di peringkat ini pembentukan projek dan penambahbaikan sekolah, penentuan harus dibuatterhadap apakah hasilan yang hendak dicapai dan apakah peranan yang dimainkan oleh "initiator".Selepas itu baru Pengetua berunding dengan pihak yang berkaitan untuk mengemukakan ideaprogram. Peringkat yang kedua iaitu penilaian dan penetapan matlamat pula memberi tumpuankepada dari manakah proses penambahbaikan harus dimulakan. Model ini menyarankan agarperubahan dimulakan dari ketidakpuasan hati, iaitu masalah yang dihadapi, jenis masalah,

    siapakah yang terlibat, apakah bukti dan sebabnya dan apakah matlamat jika masalah itu dapatdiatasi. Pada peringkat ini barulah terbentuknya wawasan. Peringkat pengenalpastian kaedahpenyelesaian pula melibatkan mengenalpasti sumber yang ada, menubuhkan kriteria kaedahpenyelesaian, mencari dari mana sumber boleh diperolehi, membuat keputusan danmengubahsuaikan kaedah itu kepada amalan-amalan di dalam bilik darjah. Dalam peringkatpenyediaan (unfreezing) untuk perlaksanaan, kesedaran dibina, pelaksanaan dipilih, menilaiamalan yang ada sekarang dan menetapkan pengharapan serta menentukan jangka masaperlaksanaannya.

    Peringkat yang seterusnya ialah peringkat perlaksanaan program (moving) iaitu mengadakanlatihan staf dan sokongan serta pengawasan oleh Pengetua. Penilaian kemajuan dan masalahdilakukan selepas program itu dilaksanakan beberapa ketika. Sebarang masalah yang timbul perludi atasi segera dan pengukuhan yang positif perlu diberikan kepada guru-guru. Peringkat terakhir

    ialah memastikan tindakan penyelesaian masalah tersebut menjadi norma dan amalan sekolahyang perlu diikuti secara berterusan (refreezing).

    Halangan dan Cabaran Yang Dihadapai Oleh Pengetua Dalam Melaksanakan Perubahan

    Setiap perubahan yang dilakukan tidak dapat lari dari menempuh pelbagai halangan dan cabaran.Walau bagaimanapun bagi seorang Pengetua yang berkesan ia harus boleh menjangka apakahhalangan yang bakal dihadapainya sebelum sesuatu perubahan dilaksanakan. Padanya halangan

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    9/96

    bukan sebagai masalah tetapi ia adalah cabaran yang harus di atasinya. Antara sebab-sebabberlakunya penentangan terhadap perubahan mengikut Shahril (2000) ialah:

    i. Ketidaktentuan masa depan.ii. Kehilagan kuasa individu.iii. Penentangan oleh kumpulan tertentu.

    iv. Ketidakpercayaan kepada pemimpin yang membuat perubahan.v. Terdapat kelemahan dalam apa sahaja perubahan dan pembaharuan yang bakaldilaksanakan.

    Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 43), faktor-faktor yang menghalang perubahan dilaksanakandalam sesebuah organisasi termasuk sekolah ialah:

    i. Pengurangan kuasa dan tanggungjawab.ii. Menambahkan beban kerja.iii. Kehilangan sumber ekonomi.iv. Ketidakselesaan.v. Kekurangan sumber kewangan.vi. Tidak yakin dengan kejayaan.

    vii. Faktor Agama, sosio eonomi dan politik.

    Pengurangan kuasa dan tanggungjawab berlaku apabila pekerja yang terlibat dengan perubahanmerasa takut kehilangan kuasa dan tangggungjawab mereka akan berkurangan dalam organisasi.Mereka menggangap dengan pengurangan kuasa tersebut akan menjejaskan kepentingan,kedudukan dan keselesaan mereka dalam organisasi berkenaan.

    Setiap perubahan yang dilaksanakan sukar diterima jika ia melibatkan penambahan beban kerjaterhadap kakitangan. Misalnya pertukaran mata pelajaran dan kelas yang diajar serta penambahanwaktu mengajar dan aktiviti kelas tambahan agak kurang digemari oleh guru. Ada juga pekerjayang menentang perubahan kerana mereka sendiri tidak dijelaskan tentang matlamat dan sebab-sebab perubahan dilakukan. Pada mereka apa akan berlaku pada masa hadapan masih belum

    jelas (Stoner, 1989).

    Wujudnya perasaan tidak percaya terhadap pemimpin atau Pengetua yang membuat perubahanjuga boleh menjadi penghalang kepada perubahan. Ketidakpercayaan ini mungkin berpunca darikelemahan pemimpin Pengetua itu sendiri yang tidak yakin samada perubahan itu boleh membawakejayaan atau kegagalan. Pengalaman kegagalan masa lalu akan mempengaruhi anggapanmereka bahawa kegagalan yang sama akan berulang lagi. Oleh itu kekurangan sokongan dankomitmen daripada kakitangan terhadap perubahan akan berlaku (Nona A. Prestine, 1991).

    Satu halangan yang peting kepada sebarang perubahan ialah kekurangan sumber. Mengikut NonaA. Prestine (1991), satu faktor yang menghalang dalam perubahan ialah kekurangan stabiliti.Kekurangan stabiliti meliputi kekurangan kepakaran atau maklumat penting dalam sesuatuperubahan dan kekurangan sumber kewangan. Masalah ini juga dihadapi di sekolah di mana selaindari menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan, Pengetua juga terpaksa mencari

    sumber dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru bagi menjayakan beberapa program sekolah sepertikelas tambahan dan sebagainya.

    Cadangan Untuk Mengurangkan Penentangan Terhadap Perubahan.

    Banyak pendapat dan cadangan yang diberikan untuk mengatasi atau mengurangkan halanganatau penentangan terhadap perubahan dalam sesebuah organisasi. Mengikut Jaafar Muhammad(1999 : 496) dan Stoner (1989), beberapa taktik yang boleh digunakan ialah:

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    10/96

    i. Pendidikan dan komunikasi.ii. Penglibatan bersama.iii. Kemudahan dan peralatan.iv. Perundingan.v. Manipulasi.vi. Penggunaan kuasa.

    Komunikasi dan pendidikan bermaksud semua kakitangan haruslah diberi penerangan danmaklumat yang jelas tentang matlamat perubahan. Terdapat pelbagai cara untuk menyampaikanmaklumat kepada kakitangan di sekolah, misalnya melalui memo, laporan, pekeliling danmesyuarat. Semua kakitangan juga haruslah dilibatkan dalam perbincangan dan membuatsebarang keputusan mengenai perubahan. Pengetua haruslah bersifat terbuka dalam menerimapandangan dan idea daripada guru-gurunya. Guru-guru dan kakitangan haruslah diberi kursus danlatihan supaya mereka meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu program yang hendakdilaksanakan.

    Satu lagi cara yang boleh digunakan ialah melalui taktik penglibatan. Sebarang keputusan yanghendak diambil haruslah melibatkan guru-guru dan kakitangan lain. Biasanya seseorang yangterlibat dalam proses memberi pandangan dan membuat keputusan tentang perubahan akan

    menyokong perubahan. Ini telah dibuktikan oleh kajian Coch dan French (1948) yang mendapatiterdapat kolerasi yang rapat antara penglibatan dengan kejayaan perubahan yang diperkenalkan.

    Bagi mengurangkan halangan terhadap perubahan kemudahan dan peralatan perlulah disediakan.Peralatan baru yang disediakan juga haruslah mampu menunjukkan ia lebih baik daripada yangsedia ada. Kemudahan kaunseling dan latihan juga perlu dipertingkatkan untuk memupukkeyakinan diri di kalangan guru-guru dalam menghadapi perubahan. Pengetua juga haruslahmemberi sokongan, galakan dan dorongan terhadap sebarang perubahan yang hendak dilakukan.Satu keadaan yang perlu diingat ialah perubahan perlulah dilaksanakan secara beransur-ansurbukannya sekali gus.

    Taktik lain yang boleh digunakan ialah manipulasi (Stoner, 1989). Ia bermaksud pengurus atauPengetua boleh mengamalkan kaedah memutarbelitkan fakta supaya ia kelihatan menarik.

    Sebagai contoh Pengetua boleh menonjolkan perubahan dan kejayaan-kejayaan yang dicapai danmenyembunyikan kelemahan hasil perubahan yang dilaksanakan. Tujuan manipulasi ialah untukmendapat sokongan dari kakitangan. Cara manipulasi lain yang boleh digunakan ialah denganmemberi sogokan atau menjanjikan ganjaran yang baik kepada ketua kumpulan yang menghalangkepada perubahan. Dengan cara ini diharap ketua kumpulan akan berpihak kepada pihakpengurusan atau Pengetua dan cuba mempengaruhi ahli yang lan agar menerima perubahan.

    Taktik yang terakhir ialah dengan menggunakan kuasanya untuk mengugut dan mendesak secaraasplisit dan implisit (Stoner, 1989), seperti pertukaran guru-guru, tidak menyokong kenaikanpangkat dan penilaian prestasi kepada guru-guru dan kakitangan yang enggan menerimaperubahan. Walau bagaimanapun taktik ini merupakan taktik yang kurang berkesan kerana iabersifat mengarah bukannya memimpin.

    Rumusan

    Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa perubahan dalam sesebuah organisasi termasuksekolah amat penting dilaksanakan. Tanpa perubahan sesebuah organisasi itu tidak akanmencapai kecemerlangan. Namun untuk melaksanakan perubahan bukanlah satu perkara yangmudah. Ia memerlukan pertimbangan dan penglibatan semua pihak supaya perubahan tersebutdapat dilaksanakan secara berkesan. Sebagai pemimpin sekolah dan agen perubahan, Pengetuaharus memahami dan menganalisis apa perubahan yang hendak dilaksanakan, tujuan, matlamat,bagaimana, bila dan siapa yang akan melaksanakan perubahan tersebut. Pengetahuan mengenai

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    11/96

    asas teori dan model perubahan juga amat penting untuk dijadikan panduan. Ini penting supayaperubahan yang dilaksanakan itu boleh meningkatkan pencapaian organisasi dan pada masa yangsama ia boleh diterima oleh kakitangan tanpa menimbulkan pelbagai halangan.

    ______________________________________________________________________________________________________________

    Bibliografi

    Fullan, M (1982), The Meaning of Educational Change, New York : Teacher Colege Press.

    Hussein Mahmood, (1993), Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah, Kuala Lumpur : DewanBahasa dan Pustaka.

    Jaafar Muhamad, (1999), Kelakuan Organisasi, Kuala Lumpur : Leeds Publications.

    Nona A. P, (1991), Share Decision Making In Restructing Essantial School : The Role of Prinsipal,Journal of Planning ang Changing, Vol. 22, No. 3/4., Illinois University : College of University.

    Ramaiah A. L, (1999), Kepimpinan Pendidikan, Cabaran Masa Kini, Kuala Lumpur : IBSB BukuSdn. Bhd.

    Rusinah Siron, (1999), Principle of Management, Kuala Lumpur,

    Rutherford W. L, (1984), Style and Behaviour of Elementary Scholl Principals, their Relationship toSchool Improvement : Education and Urban Society, 17 (1)

    Stoner J.A.F, (1989), Pengurusan, (Edisi Terjemahan), Kuala Lumpur : AMIZA.

    ________________________________________________________________

    ________________________________________________________________

    Lampiran 1

    Daya Penggerak Bagi Perubahan Daya Penggerak Bagi Mengekalka

    (Daya Penggerak Tolakan) (Daya Penggerak Menghalan

    Teknologi Baru Norma-norma Prestasi Kumpu

    Input Yang Lebih Kebimbangan Terhadap Peruba

    Persaingan Dari Kumpulan Lain Rasa Kepuasan Anggota

    Tekanan Penyelia Kemahiran Yang Dikuasai

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    12/96

    Tingkat Prestasi Semasa Tingkat Prestasi Yang Lebih Ti

    Bidang Daya Penggerak (Disesuaikan dari James A. F Stoner : 41)

    Laporan Kemajuan Pelajar : Satu Kajian Literaturoleh Abu MansorSathri*.

    Pengenalan

    Laporan kemajuan pelajar merupakan satu bentuk akauntabiliti pihak sekolah yang lebih khususkepada ibubapa (Dimmock dan ODonoghue, 1997). Ia merupakan salah satu kaedahmemaklumkan ibubapa tentang kemajuan anak mereka di sekolah (Lunenburg, 1995). Ini keranaibubapa mempunyai hak serta keperluan untuk mengetahui tentang kemajuan pendidikan anakmereka (Eissenberg dan Rudner, 1988; Gibson, 1984). Melaporkan kemajuan pelajar merupakansalah satu aktiviti pengetua yang berkait dengan kurikulum dan pengajaran. Sebagai seorang

    pemimpin pengajaran, pengetua perlu memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkankemajuan pelajar (Hussein, 1997). Menurut Glatthorn (1997), berkomunikasi secara berkesandengan ibubapa adalah berkait dengan tugas pentadbiran yang merupakan salah satu dari dua rolutama seorang guru.

    Definisi Laporan Kemajuan Pelajar

    Istilah "pelaporan" sering dikaitkan dengan prosedur formal dalam sekolah di mana gurumenyediakan pernyataan bertulis tentang pencapaian pelajar (Dimmock dan ODonoghue, 1997).Menurut Griffin dan Nix (1991), konsep ini seharusnya diperluaskan dan menyatakan bahawapelaporan adalah satu proses transmittingmaklumat kepada stakeholders untuk mewujudkankesedaran, minat, polisi, matlamat, operasi dan pencapaian sekolah, pelajar, guru dan komunitisekolah secara umum. Laporan kemajuan pelajarpada hemat mereka adalah the purposeful

    process of gathering, interpreting, recording andcommunicating to stakeholders, maklumat tentangkemajuan pelajar hasil daripada pengajaran dan pembelajaran.

    Fungsi Laporan Kemajuan Pelajar

    Laporan kemajuan pelajar menurut Reid (1984), merupakan wahana untuk memaklumkan ibubapatentang kemajuan anak mereka. Di samping itu, fungsi informingini tambah beliau, membolehkanpelajar mengetahui akan keupayaan dan kemajuannya "as a person", peluang dalam peperiksaanawam, pendidikan masa depan dan career possibilities. Reid juga berpendapat, laporan kemajuanpelajar mempunyai fungsi motivatingkerana ia mampu mengubah tingkah laku dan prestasiseseorang pelajar. Menurut beliau, laporan yang "good andbad"effective in producing aresolution to work harder, with bad report the seemingly stronger stimulus. Involvingmerupakanfungsi terakhir laporan kemajuan pelajar pada pandangan Reid di mana ia adalah berkait dengan

    penglibatan ibubapa dalam proses pendidikan. Ini penting kerana kajian menunjukkan bahawapenglibatan ibubapa memberi impak positif dalam meningkatkan pembelajaran pelajar dan sekolah(Hoover-Dempsey dan Sandler, 1995; US Department of Education, 1994). Menurut NationalEducation Association (dalam Reid, 1984), laporan kemajuan pelajarhas a greater potential forinterpreting the school program, for securing cooperation between home and school, and for

    promoting development.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    13/96

    Format Laporan Kemajuan Pelajar

    Dimmock dan ODonoghue (1997) menyatakan, terdapat lima format laporan kemajuan pelajaryang biasa digunakan iaitu single sheet, report book, slipreport, letter report, dan gred card.Mereka juga berpendapat, di samping mengenal pasti format laporan yang hendak digunakan,terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama ialah kesan halo. Menurut

    Woolfolk (1998), kesan halo adalah merujuk kepada kecenderungan untuk melihat aspek-aspektertentu pelajar berdasarkan gambaran keseluruhan sama ada positif atau negatif. Kesan inihendaklah dielakkan kerana penilaian guru terhadap pelajar adalah tidak realistik. Kedua,pelaporan tidak membebankan guru kerana themorereports teachers had to complete, the lesstime they spent on each (Reid, 1984). Ketiga, masa penyerahan yang sesuai dan akhirnyakekaburan pelaporan kerana jika ia kurang jelas "fog rating"adalah tinggi (Broadfoot, 1990).

    Menurut Davies dan Skinner (1992), ibubapa melihat pelaporan as asummative record ofachievement and than as a plan of action. Sebagai alat komunikasi, mereka mencadangkan agaribubapa dilibatkan secara langsung in the design of documents. Tambah mereka, walau apapunformat pelaporan yang dipilih, ia mestilah tidak terlalu banyak maklumat sehingga ibubapaoverwhelmed, misinterpret and do not grasp its significanceatau kurang maklumat iaitu tidakmenambah apa yang telah diketahui oleh ibubapa. Sebaliknya ia hendaklah membuka ruang dan

    peluang kepada ibubapa agar dapat memainkan peranan yang lebih bermakna dalam pendidikananak-anak mereka.

    Sistem Markah/Gred

    Maklumat pencapaian dalam kad kemajuan pelajar sering ditunjukkan melalui sistem markahdan/atau gred. Menurut Glasser (1998), tujuan utama sistem gred digunakan ialah untuk memberimaklumat kepada pelajar, ibubapa dan pihak lain yang berminat tentang pencapaian pelajar dan toserve as asubstitute for pay. Penilaian berdasarkan gred, simbol, markah atau peratus hasalwaysbeen a controversial area (Macbeth, 1990). Menurut Wiggins (1994) dan Hall (1990), maklumatpencapaian pelajar yang ditunjukkan melalui sistem gred tidak lengkap untuk difahami dan

    ditafsirkan oleh ibubapa mahupun para pelajar tentang perkembangan pembelajaran mereka.Kajian Goacher dan Reid (1985), pula menunjukkan bahawa di samping ibubapa merasakanmaklumat pelaporan tidak lengkap, mereka juga dan tidak begitu faham bagaimana asas-asaspenggredan ditetapkan.

    Penggunaan sistem markah/gred dalam pelaporan menimbulkan beberapa implikasi. Pelajar yangmendapat markah/gred yang baik akan merasa dihargai, dan mempunyai self fulfilling prophecyyang positif. Bagi pelajar di mana markah/gred pelaporannya rendah, sikap kendirinya negatif,inferior, dan putus asa untuk berusaha. Menurut Woolfolk (1998), pelajar yang menerima lowgrades are more likely to withdraw, blame others, , or feel responsible for the low grade buthelpless to make improvements. Ada kemungkinan pelajar akan meniru dalam peperiksaan untukmeningkatkan markahnya kerana gred encourage cheating(Glasser, 1969). Pertentangan antarapihak sekolah dengan para ibubapa juga boleh berlaku dan akhirnya mereka menarik diri kerana

    penglibatan ibubapa dalam aktiviti-aktiviti sekolah adalah dipengruhi oleh the grade level of theirchildren (Gettinger dan Guetschow, 1998).

    Perbezaan antara gred B dan C mungkin disebabkan oleh satu atau dua markah, tetapi the effectof the difference can be large for a student(Woolfolk, 1998). Gred sepatutnya berperanan untukmerangsang pelajar agar berusaha dan belajar dengan lebih bersungguh-sungguh and to stimulatehis parents tosee that he does so serta bukanlah the be-all and end-all of education (Glasser,1969). Gred juga mestilah jelas dan mudah difahami to communicate usefulinformation to parents(Seyfarth, 1999).

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    14/96

    Komen Dalam Laporan Kemajuan Pelajar

    Komen guru dan pengetua sekolah dalam laporan kemajuan pelajar adalah penting kerana komenbertulis guru kepada tugasan pelajar boleh meningkatkan pencapaiannya (Page, 1958) dan

    memberi penjelasan lanjut tentang perkembangan pembelajaran seseorang pelajar (Brualdi, 1998).Sesuatu komen yang dibuat, di samping menjurus kepada aspek-aspek yang perlu dilakukanpenambah baikkan, ia hendaklah diimbangi dengan cadangan-cadangan yang boleh membantupelajar (Butler dan Nisan, 1986; Elawar dan Corno, 1985). Komen secara bertulis adalah sangatmembantu when they apersonalized and when they provide constructive criticism(Woolfolk, 1998).

    Lantaran pentingnya komen guru dan pengetua dalam laporan kemajuan pelajar, ia hendaklahditulis dengan berhemat dan berhati-hati agar mencapai matlamatnya. Di samping itu, menurutDocking (1984), we should not forget the"second audience"of a report, namely, other teachers.Bagi memberi panduan kepada guru untuk menulis komen dalam laporan kemajuan pelajar soalan-soalan yang diutarakan oleh Elawar dan Corno (1985) berikut boleh digunakan, iaitu:

    1. Apakah kelemahan utama pelajar?;2. Apakah punca kelemahan tersebut?;3. Bagaimanakah guru boleh membantu pelajar supaya kelemahan tersebut tidak

    diulangi?; dan4. Apakah kekuatan pelajar yang wajar diiktiraf dan dinyatakan?

    Parent-Teacher ConferenceBagi Melaporkan Kemajuan Pelajar

    Parent-teacher confrence merupakan another means of communicating with parents (Seyfarth,1999). Ia merupakan sesi perjumpaan di antara pihak guru dengan ibubapa bagi melaporkan

    kemajuan pelajar. Kemahiran komunikasi adalah penting di sini kerana the more skilled teachersare at communicating, themore effective they will be at conducting confrences with parents(Woolfolk,1998). Di antara garis panduan yang boleh diikuti bagi menjayakan pertemuan guru-ibubapa (lihat Rajah 2 di Lampiran) ialah:

    1. Plan ahead;2. Begin with a positive statement;3. Listen actively;4. Establish a partnership;5. Plan follow-up contacts; dan6. End with a positive statement.

    Rumusan

    Laporan kemajuan pelajar menurut Dimmock dan ODonoghue (1997), bukanlah hanya masalahyang melibatkan pihak guru dan ibubapa semata-mata sebaliknya it is a whole-school issue withsignificant managerial and organizational implications.Bagi memperbaiki dan meningkatkan lagiprosedur pelaporan kemajuan pelajar kepada ibubapa, mereka mencadangkan cara-cara berikutkepada pentadbir sekolah, iaitu:

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    15/96

    1. Mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli komuniti sekolah untuk mengetahui

    laporan kemajuan pelajar yang memenuhi hasrat mereka;2. Mendefinisikan semula tujuan pelaporan dan reconceptualizing its place within a

    curriculum context;

    3. Pastikan semua pihak yang terlibat have sufficient time for the delivery of a quality

    reporting process;

    4. Menyediakan sistem teknologi komputer yang sesuai bagi memudahkan prosedurpelaporan yang berkualiti dibuat;

    5. Latihan dalam perkhidmatan diberi kepada para guru; dan6. Menilai kepentingan pelaporan dan to contextualize it in relation to other forms of

    school accountability.

    ___________________________________________________________________________________

    Bibliografi

    Broadfoot, P. (1990). Reporting to Parents on Student Achievement: The UK Experience. Working

    Papers on Public Education, Vol. 2.

    Brualdi, A. (1998). Teacher Comments on Report Cards. ERIC Clearinghouse on Asessment andEvaluation. Washington DC. (ED 423309).

    Butler, R., & Nisan, M. (1986). Effects of No Feedback, Task-Related Comments, and Grades onIntrinsic Motivation and Performance. Journal of Educational Psychology, 78, 210-224.

    Davies, J. & Skinner, V. (1992). Parental Responses to Records of Achievement: A Primary SchoolCase Study. Educational Research, Vol. 34(2), 117-131.

    Dimmock, C.A.J., & ODonoghue, T.A. (1997). Managerial Imperatives for the Improvement ofSchool Reporting to Parents. International Journal of Educational Management, Vol. 11.

    Docking, R.A. (1984). Writing School Report. Unicorn, Vo. 10(4), 332-348.

    Eissenberg, T.E., & Rudner, L.M. (1988). Explaining Test Results to Parents. ERIC Clearinghouseon Test Measurement and Evaluation. American Institutes for Research, Washington DC. (ED302559).

    Elawar, M.C., & Corno, L. (1985). A Factorial Experiment in Teachers Written Feedback onStudent Homework: Changing Teacher Behavior a Little Rather Than a Lot. Journal of EducationalPsychology, Vol. 77, 162-173.

    Gettinger, M., & Guetschow, K.W. (1998). Parental Involvement in Schools: Parent and Teacher

    Perception of Roles, Efficacy, and Opportunities. Journal of Research and Development inEducation, Vol. 32(1), 38-52.

    Gibson, R. (Eds.). (1984). Teacher-Parent Communication Holbein. Dalam Goulding et al. CaseStudies in Educational Management. London: Paul Chapman/Oxford University Press.

    Glasser, M.D. (1969). School Without Failure. New York: Harper & Row, Inc.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    16/96

    Glasser, M.D. (1998). The Quality School: Managing Students Without Coercion.New York:HarperCollins Publishers, Inc.

    Glatthorn, A.A. (1997). Differentiated Supervision (2nd ed.). Alexandria, Virginia:ASCD.

    Goacher, B., & Reid, M.I. (1985). School Reports to Parents. Windsor: NFER-Nelson.

    Griffin, P., & Nix, P. (1991). Educational Assessment and Reporting: A NewApproach. Sydney:Harcourt Brace Jovanovich.

    Hall, K. (1990). Determining the Success of Narrative Report Cards. EDRS, MFOI/PC03.

    Hoover-Dempsey, K.V., & Sandler, H.M. (1995). Parental Involvement in Childrens Education: WhyDoes it Make a Difference? Teacher College Record, Vol. 95, 310-331.

    Hussien Mahmood. (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

    Lunenberg, F.C. (1995). The Principalship: Concepts and Applications.Englewood Cliffs, NewJersey: Prentice Hall.

    Macbeth, A. (1990). Involving Parents Effective Parent-Teacher Relations. London: Heinemann.

    Page, E.B. (1958). Teacher Comments and Student Performances: A 74 Classroom Experiment inSchool Motivation. Journal of Educational Psychology. Vol. 49, 173-181.

    Reid, M.I. (1984). School Reports to Parents: A Study of Policy and Practice in the SecondarySchool. Educational Research. Vol. 26(2), 12-87.

    Seyfarth, J.T. (1999). The Principal: New Leadership for New Challenges. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

    U.S. Department of Education. (1994). Strong Families, Strong School: BuildingCommunityPartnership for Learning. Washington DC: Author.

    Wiggins, G. (1994). Toward Better Report Cards. Educational Leadership. Vol. 52(2), 28-37.

    Woolfolk, A.E. (1998). Educational Psychology. Needham Heights, MA: Allyn and Bacon.

    Pengurusan Pengajaran Tatabahasa Dalam Mata Pelajaran BahasaMelayu Di Sekolah Secara Berkesan oleh Mohd Zaki bin Zakaria*[Lulus Sarjana

    Kepengetuaan dengan cemerlang]

    1.0 Pendahuluan

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    17/96

    Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengutarakan bahawapengajaran tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolahmenengah hendaklah menitikberatkan penggunaannya dalam konteks. Saranan ini ditegaskan lagiapabila Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah disemak semula mulai tahun1991. Dalam tahun 1995, sukatan pelajaran yang telah disemak semula telah diterbitkan. Padabahagian tatabahasa, mukadimahnya menyatakan bahawa tatabahasa perlu diajarkan secaraterancang dalam konteks yang sesuai. Banyak tafsiran yang telah dibuat daripada kenyataantersebut.

    Sebenarnya, telah timbul kekeliruan daripada penyataan tentang pengajaran dan pembelajarantatabahasa dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah tahun 1983, iaitu unsur-unsur tatabahasa mestilah diajarkan secara tidak formal. Dalam satu kajian oleh pihak PusatPerkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapati ada sebilangan guruyang langsung tidak mengajar tatabahasa dalam pengajaran

    Bahasa Melayu disekolah rendah. Anggapan guru-guru bahawa konsep tidak formal itumembawa maksud unsur tatabahasa hanya diajar jika perkara ini timbul dalam bahan yang tidakdirancang. Pada peringkat ini ada guru yang tidak sedar bahawa tatabahasa mesti diajar setiapwaktu pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Oleh yang demikian, seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi menjelaskan kekeliruan yang timbulini pihak Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian

    Pendidikan Malaysia telah menyemak semula Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang dahulunya lebih dikenali dengan KurikulumBaru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1991.

    2. Tujuan Pengajaran Tatabahasa

    Kemahiran bahasa berdasarkan tatabahasa yang betul perlu dikuasai murid dan pelajar. Padaperingkat sekolah rendah mahupun menengah pengajaran tatabahasa hendaklah menitikberatkanpenggunaan. Oleh itu, tatabahasa perlu diajarkan secara terancang dalam konteks yang sesuai.

    Pengajaran tatabahasa bertujuan supaya murid dapat :

    i. Mmengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannyadengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan;

    ii. menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks

    iii. menggunakan frasa yang betul

    iv. menggunakan ayat dengan betul, tepat dan gramatis; dan

    v. membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul.

    (Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, 1995. m.s. 12).

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    18/96

    3.0 Organisasi Kandungan

    Tatabahasa bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah dan sekolah menengah terdiridaripada dua bahagian iaitu morfologi dan sintaksis cuma di sekolah menengah ditambah denganbahagian sebutan dan intonasi. Sebutan yang dimaksudkan di sini ialah sebutan Bahasa Melayubaku manakala intonasi yang dimaksudkan pula ialah intonasi ayat Bahasa Melayu mengikut pola-

    pola ayat yang berikut :-

    i. ayat penyata biasaii. ayat tanyaiii. ayat perintahiv. ayat terbalik atau songsang.

    Rujukan bagi aspek tatabahasa adalah berdasarkan buku tatabahasa pegangan iaitu TatabahasaDewan.

    2. Konsep Pengajaran Tatabahasa Secara Berkesan

    Berdasarkan falsafah dan kebijaksanaan yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Sekolah Rendah tahun 1995 dan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengahtahun 1987, pengajaran tatabahasa yang berkesan semestinya disusun dan diolah secaraterancang mengikut perkara-perkara berikut :-

    i. pemeringkatan kandungan ilmu

    ii. bahan atau konteks yang bermakna

    iii. strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

    iv. bahan bantu mengajar yang berkesan.

    Aspek-aspek pengajaran tatabahasa yang terancang biasanya diketemui ketika gurumenyampaikan pelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas. Guru yang merancang pelajarannya akansedar dan tahu kandungan ilmu tatabahasa yang sepatutnya diajarkan pada hari itu atau hariselepasnya. Buku Rekod Pengajaran seseorang guru juga akan menunjukkan perancanganpengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    1. Pemeringkatan Kandungan Ilmu

    Pemeringkatan kandungan ilmu tatabahasa bermaksud membuat pemeringkatankandungan ilmu mengikut aras kesukaran dari mudah ke susah atau mengikuthirarki pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    19/96

    Malaysia telah mengambil daya usaha membantu guru dalam hal pemeringkatankandungan ilmu tatabahasa dengan menghasilkan buku Huraian SukatanPelajaran. Buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini telahmembahagikan kandungan ilmu tatabahasa mengikut tahun pembelajaran iaitudari Tahun 1 hinggalah ke Tahun 6, begitu juga bagi sekolah menengah, iaitu dariTingkatan I hingga Tingkatan V. Sebagai contoh; kandungan ilmu tatabahasa bagiTahun 1 di dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dimulakandengan kata nama iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama dibawah kandungan golongan kata, bahagian morfologi. Seterusnya diikuti dengankata kerja, kata adjektif dan sebagainya sehinggalah ke bahagian sintaksis.Pemeringkatan juga dibuat dan dijelaskan pada contoh-contoh ilmu di atas. Olehyang demikian, kandungan ilmu seperti kata nama am dan kata nama khas dansebagainya seperti di atas akan muncul semula pada Tahun 2 tetapi dengancontoh dan huraian yang berlainan yang lebih sukar daripada Tahun 1.

    Konsep pemeringkatan kandungan amat penting dalam pengajaran tatabahasayang terancang dalam konteks yang sesuai. Melalui pemeringkatan kandunganilmu tatabahasa guru akan mudah membuat perancangan pengajaran dari aspekbahan, konteks atau isi pelajaran yang sesuai mengikut kemampuan murid danpelajar. Guru akan sedar dan jelas penggunaan bahan, konteks dan isi pelajaranyang paling sesuai untuk dimasukkan kandungan ilmu tatabahasa tadi. Dengandemikian, pengajaran tatabahasa akan lebih berkesan.

    2. Bahan Dan Konteks Yang Bermakna

    Bahan dan konteks ialah isi pelajaran yang akan digunakan bagi pengajaran matapelajaran Bahasa Melayu. Isi pelajaran boleh terdiri daripada pelbagai jenis ilmuseperti sains dan teknologi, sejarah, geografi, sastera dan sebagainya dan dalampelbagai bentuk bahan seperti bahan bacaan dan bahan grafik. Guru mesti kreatifdan inovatif dalam memasukkan kandungan ilmu tatabahasa dalam bahan dan

    konteks yang digunakan. Sebagai contoh; guru hendak mengajar ayat satu subjekdan dua predikat, guru boleh membina ayat seperti ini Air mengandungi oksigendan hidrogen. Ayat ini mengandungi ilmu sains dan pada masa yang sama muriddan pelajar tahu bahawa ayat tersebut ialah ayat yang mengandungi satu subjekdan dua predikat.

    Beberapa pertimbangan mesti difikirkan terlebih dahulu sebelum memasukkankandungan ilmu tatabahasa yang diajarkan kepada murid dan pelajar. Antara asaspertimbangan di atas ialah kemampuan murid dan pelajar, kesesuaian isipelajaran, tidak dibuat-buat (artificial), mengikut pemeringkatan ilmu yangdicadangkan dalam Huraian Sukatan Pelajaran dan konsep penggunaantatabahasa yang betul. Untuk memasukkan aspek tatabahasa dalam isi pelajaran(bahan dan konteks) memerlukan perancangan yang amat teliti. Ini akan

    menjadikan pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu lebihmenyeronokkan, lancar, bersahaja dan berkesan sesuai dengan konsepmenitikberatkan penggunaannya.

    4.3 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Sesuai

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    20/96

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam konteks ini ialah konsep 5 P yangdiutarakan dan disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, KementerianPendidikan Malaysia iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihandan pengayaan. Di samping itu, strategi pengajaran dan pembelajaran jugabermaksud bagaimana guru menggunakan kaedah, pendekatan, teknik dan aktivitiyang berkesan dan paling sesuai dalam pengajaran tatabahasa dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Sudah tentu bagi pengajaran yang berkesan guru yangmengajar mata pelajaran Bahasa Melayu semestinya menggabungjalinkan antaraaspek kemahiran berbahasa iaitu lisan (mendengar dan bertutur), membaca danpenulisan dengan aspek kemahiran bahasa iaitu tatabahasa sendiri, peribahasa,penjodoh bilangan dan perbendaharaan kata. Jika tiada penggabungjalinan antaraaspek-aspek yang dikatakan tadi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu tidaklengkap dan akan menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Sebagai contoh;

    jika guru hanya mengajar aspek kemahiran berbahasa sahaja tanpamenggabungjalinkannya dengan aspek tatabahasa atau aspek bahasa yang lainmaka murid dan pelajar hanya dapat berbahasa melayu sahaja tetapi tidak tahupenggunaan tatabahasa yang betul. Ini sebenarnya, menyimpang dari konseppengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu itu sendiri. Penyerapan membantuguru menimbulkan aspek ilmu dan nilai dalam sesuatu pengajaran dan ini akanmenjadikan pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu lebih

    bermakna dan berkesan. Penilaian pula membantu guru membuat analisis tentangaspek tatabahasa yang manakah patut diberi pemulihan dan pengayaanseterusnya.

    3. Bahan Bantu Mengajar Yang Berkesan

    Bahan bantu mengajar yang dirancang dengan baik dapat membantu guru menerangkan sesuatupelajaran itu dengan lebih berkesan. Pengajaran tatabahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayuakan lebih menarik dan bermakna. Bahan bantu mengajar akan menimbulkan rangsangankeinginan pelajar-pelajar. Seperti kata-kata Edgar Dale (1964) dalam teorinya cone of

    experiencemengatakan bahawa proses pembelajaran bermula dengan menanggap objek-objekkonkrit dan beransur-ansur menanggap aspek semi-abstrak hingga akhirnya kepada yang lebihabstrak.

    Bahan bantu mengajar berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran yang akandigunakan malah ada yang mengatakan ia adalah sebahagian daripada kaedah, pendekatan danteknik yang digunakan. Oleh itu, adalah amat penting untuk menentukan bahan bantu mengajaryang paling sesuai dan berkesan kepada pelajar agar pengajaran tatabahasa dapat disampaikanmelalui saluran yang tepat sekali.

    5. Kesimpulan

    Tatabahasa adalah salah satu aspek bahasa yang sangat penting. Seseorang pelajar tidak dapatmenulis dengan baik tanpa menguasai tatabahasa. Walau bagaimanapun, aspek-aspek kemahiranberbahasa seperti lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan penulisan yang asas perludikuasai terlebih dahulu sebelum mempelajari aspek tatabahasa dengan sepenuhnya. Padaperingkat sekolah rendah dan menengah, pengajaran tatabahasa hendaklah menitikberatkanpenggunaan. Oleh itu, tatabahasa perlu diajarkan secara terancang dalam konteks yang sesuai.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    21/96

    Dalam pengajaran dan pembelajaran, tatabahasa hendaklah disepadukan dengan kemahiran asasberbahasa melalui bahan ilmu yang menjadi isi pelajaran yang dirancang oleh guru.Aspektatabahasa sangat luas. Oleh yang demikian, pemeringkatan dan pemilihan aspek tatabahasa iniperlu dibuat dengan begitu teliti yang mengambil kira tahap keupayaan pelajar.

    [Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, Pusat Perkembangan Kurikulum, KualaLumpur, 1996]

    Kepemimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millennium Baru oleh

    Rahimah Haji Ahmad,Pengarah, Institut Pengetua, Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya.

    Pengenalan

    Dalam memperkatakan tajuk ini, landasannya ialah kepemimpinan itu adalah untuk perubahandalam menghadapi cabaran-cabaran milleniuim baru - cabaran dunia siber , dan semuanya iniboleh dirangkum sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu perkembangannya, yangmemerlukan manusia berfikir dan membuat keputusan pantas untuk kekal "on course". Dunia dimana struktur sukar untuk dikekalkan dunia di mana institusi sekolah dan pendidikan benar-benar mengambil rupa "cecair"- yang perlu mengubah dan mengambil rupa bentuk yang diacukanoleh masyarakat.

    Tidak perlu lagi diperkatakan betapa banyaknya perubahan yang berlaku diakhir-akhir ini,khususnya dalam dekad terakhir abad ke20, berbanding dengan yang berlaku dalam 100 tahunsebelumnya. Dalam jangka hayat kita sahaja, dapat disaksikan umpamanya sistem komunikasi

    yang mengambil masa satu bulan (melalui surat, atau istilah hari ini "snail mail") kepada caraperhubungan serentak melalui percakapan telefon, kepada perutusan melalui e-mail, dankonferensi beramai serta "chat room"nya, dan juga telefon bergambar. Di kalangan pensyarah-penyarah kita hari ini, ada yang menyempurnakan pemeriksaan tesis /disertasi melalui konferensitelefon vivavocenya melalui telefon dan "video-conferencing". Sudah semestinya, kepemimpinandi zaman ini memerlukan kemahiran dan keupayaan yang berlainan daripada kepemimpinan dimasa lepas.

    Konsep kepemimpinan membawa berbagai pengertian kepada orang-orang berlainan. Mungkinpengertian itu berbeza di antara kita berasaskan pemahaman kita masing-masing dan kerangkaketeorian dan skema pemikiran kita sebelum ini, serta sifat peribadi kita sendiri. Namun tidak bolehkita pertikaikan bahawa setiap orang daripada kita ingin menjadi pemimpin yang baik.

    Kertas kerja ini diilhamkan atas andaian bahawa calon-calon Sarjana Kepengetuaan mengikutiprogram ini kerana ingin meningkatkan diri - dan boleh digolongkan ke dalam kumpulan yangsecara sedar ingin menjadi pemimpin. Walaupun mungkin tidak semua akan menjadi pengetua,atau memegang jawatan pentadbiran dalam masa terdekat, adalah diandaikan semuanyaberpotensi dan berupaya untuk memimpin. Mengikut Schlechty (1990),

    "A leader is a person who is in a position to influence others to act and who has, as well, themoral, intellectual, and social skills required to take advantage of that position".(hal. xix)

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    22/96

    Walaupun kita akui bahawa mereka yang menduduki jawatan lebih tinggi mempunyai lebih banyakpeluang untuk memimpin, tetapi harus juga diingat bahawa:

    Bukan semua yang menduduki jawatan-jawatan tertentu itu mempunyai keupayaan untukmempengaruhi orang lain melainkan melalui penggunaan kuasa autoriti jawatan.

    Ada yang mempunyai autoroti terhad tetapi mempunyai keupayaan untuk memimpin, dan

    Potensi kepemimpinan berada di semua tahap hiraki dalam organisasi.

    Maka persoalan kepemimpinan sekolah adalah persoalan semua yang terlibat. Isunya adalahsama ada mereka yang mempunyai keupayaan memimpin (leadershipcapacity), atau yangmempunyai potensi boleh mempengaruhi orang lain sanggup menggunakan keupayaan merekadan sama ada organisasi itu menggalakkan mereka menggunakan keupayaan tersebut.

    Stoll dan Fink (1996) dalam bukunya Changing our schools menyatakan tidak ada persoalan lagibahawa kepemimpinan yang berkesan ialah penentu (key determinant) dalam menggerakkanperubahan yang positif di sekolah atau dalam sistem persekolahan. Namun yang masih kurang

    jelas persetujuannya ialah apakah itu kepemimpinan berkesan?

    Adakah pemimpin yang baik menekankan daya kesinambungan atau perubahan? (Dogood leaders attend primarily to forces of continuity or change?)

    Adakah pemimpin itu pengurus yang berkesan, agen perubahan, pemimpin programpendidikan, pemudahcara, atau ahli politik, penyelia, pentadbir atau pihak berkuasa? ( Areleaders effective managers, change agents, leaders of the educational programmes,politicians, facilitators, supervisors, administrators, moral authorities?)

    Adakah pemimpin yang baik berkongsi kepemimpinannya dengban orang lain? (Do goodleaders share leadership with others?) (hal.101)

    Jawapannya ialah mungkin "Ya, mengikut keadaan"

    Rata-rata, semua literatur dalam bidang kepemimpinan memberi ciri-ciri penting kepemimpinan dan di akhir-akhir ini nampaknya persetujuannya jelas bahawa keberkesanan memerlukan

    kepemimpinan iaitu mereka yang berkedudukan yang boleh mempengaruhi orang lain:

    mengetahui kemana mereka hendak tuju (dalam bahasa canggihnya, vision),

    menangani isu-isu dan tugasnya dengan bersunguh-sungguh ( with passion andpersistence) dan perjuangan yang melebihi keperluan diri sendiri , atau (" for a causebeyond oneself), dan akhir sekali

    adanya sifat keperihatinan terhadap orang lain (caring and compassionfor others)

    Persolan kita hari ini ialah pemimpin sekolah untuk masa depan sama ada pemimpin masadepan (future leaders) atau pemimpin untuk sekolah masa depan (leaders for schools of the future)dan pemimpin yang mempunyai pandangan ke hadapan (futuristic leaders) kerana untuk menerokamasa depan itu memerlukan kepemimpinan.

    Semua yang terlibat dalam profesion pendidikan perlu menjadi leaders of the future keranaapabila seseorang itu berkecimpung dalam alam pendidikan, tidak kira apa peranan rasminya, iaterlibat dengan pendidikan anak bangsa untuk masa depan. Sebagai guru, seseorang itu mengajaranak-anak yang akan menjadi orang dewasa di masa depan, sebagai pegawai, seseorang itumembantu memimpin dan memudahcarakan perkembangan anak-anak untuk masa depan. Iniselaras dengan kata-kata Schleschty tadi, bahawa pemimpin adalah seseorang yang bolehmempengaruhi orang lain bertindak. Maka adalah tanggungjawab kita semua, tidak kira apakahkedudukan kita, agar kita memberi panduan dan kepemimpinan yang berlandaskan kemahiranmoral, intelektual, dan sosial.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    23/96

    Keberkesanan dan ketidak berkesanan sekolah seringkali dipersoalkan, dan rata-rata ramai yangmenyalahkan guru kerana gurulah merupakan orang terpenting di sekolah.

    Namun, harus kita teliti, secara amnya, sekolah kita memang sudah lama menjadi instrumenpembangunan masyarakat, dan memang sudah cukup baik di sepanjang masa. Hanya kini kitaperlu prihatin ianya perlu ditambah baik kerana masa sudah banyak berubah dan keperluan

    berubah. Bukannya sekolah tidak berkesan, tetapi keberkesanan itu adalah untuk sekolah di masalepas, 10 tahun dahulu sedangkan kita ketahui perubahan dalam 5 tahun akhir inipun jauh lebihbanyak daripada perubahan 20 tahun sebelumnya. Maka apa yang berkesan di masa lepas, malahapa yang berkesan hari ini mungkin tidak sebegitu berkesan di masa depan 5 tahun darisekarang, lebih-lebih lagi di dekad akan datang.

    Persoalan kita ialah kita sekian lama menyediakan guru berasaskan amalan dan ilmu yang sediaada. Rata-rata program penyediaan guru berpegang kepada kurikulum yang sedikit sahajaberubah, memfokuskan kepada pedagogi penghajaran seolah-olah memberi preskripsi.Preskripsi tidak ada tempat dalam alam pendidikan di masa depan. Pendidikan tidak sama denganperubatan di mana bila satu-satu diagnosis dibuat, maka diikuti oleh preskripsi ubatnya. Dalampendidikan, diagnosis tidak semuanya tepat, kerana sebenarnya sekolah kita sudahpun"berkesan" secara umumnya, yang diperlukan ialah jangkaan untuk menambah baik. Jangkaan ini

    perlu dibuat berlandaskan masa lepas, dibina atas yang kita ada di masa lepas tetapi dengankesedaran bahawa ianya perlu disesuaikan dengan perubahan masa kini dan keadaan di masadepan.

    Implikasinya di sini ialah kita perlu juga mengubah paradigma sekolah dan kepemimpinan sekolah.

    Sekali lagi saya memetik Stoll dan Fink (1990) yang menyatakan,

    We have arrived at a place in our own thinking, however, which suggests that traditionaldescriptions of leadership which tend to sort leaders into categories or typologies are inappropriatefor the post-modern age and the challenges it brings to educational leaders". (hal.101)

    Realiti keadaan di sekolah hari ini ialah imej kepemimpinan tidak dapat diaplikasikan sepenuhnya

    kepada sekolah. Sekolah dan pengajaran ialah sesuatu yang paling kompleks kerana organisasisekolah adalah sepenuhnya organisasi manusia.

    Tidak perlu dihuraikan betapa kompleksnya manusia Allah swt tidak memberi kita keupayaanuntuk membaca minda orang lain, Allah juga tidak mencipta manusia serupa walaupun ada yangseiras rupa, malah kembar sekali pun, setiap individu itu unik. Tidak akan sampai masanya kitaboleh memahami setiap individu, termasuk diri kita sendiri sepenuhnya tidak kiralah apa yangditeorikan oleh "Johari Window"

    Apa yang realitinya, ialah pemimpin sekolah hari ini berhadapan dengan keadaan yangmemerlukan banyak hal,

    perlu memenuhi keperluan pelajar, mengambil kira kebajikan tenaga pengajarnya, baik personal maupun professional,

    mempunyai pemikiran terbuka dengan ibu bapa dan komuniti, dan juga

    menjalankan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran.

    Semuanya dalam kekangan masa dan syarat serta peraturan birokrasi moden. Tambahan pula,sebagai pemimpin, mereka harus bersifat visionary, pengasih dan di masa yang sama tekal dancekal.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    24/96

    Walaupun kita ketahui peranan pengetua sebagai pemimpin sekolah yang terpenting ialah sebagaipemimpin pengajaran, iaitu menekankan dan menentukan pengajaran" (yang merupakan corebusinesssekolah), berjalan sebaik mungkin dan sentiasa bertambah baik, beliau tidak dapatmelarikan diri daripada "paperwork" dan yang penting sekali mesyuarat-mesyuarat yang perludikendalikan dan dihadiri. Ini realitinya. Walaupun pengetua ingin sepenuhnya menumpukanperhatian kepada kurikulum dan perkembangan staf di sekolah ataupun penyeliaan pengajaranyang membantu guru, kebanyakan masa pengetua dan guru besar dihabiskan untuk memenuhituntutan-tuntutan pentadbiran, dan gangguan-gangguannya seperti telefon, menghadiri danmempenguruiskan mesyuarat yang tidak berkaitan dengan kurikulum dan pengajaran secaralangsung.

    Realiti ini perlu diambil kira oleh pemimpin futuristic, selain daripada yang selalu dilaung-laungkantentang vision dan mission, objektif dan lain-lain lagi. Bennis dan Nanus (1986) membezakanantara pengurusan dan kepemimpinan dengan ungkapan, " Managers are people who do thingsright, and leaders are people who do the right things", seolah-olah menyatakan pengurus itu hanyamemastikan kerja-kerja berjalan dengan baik, dan pemimpin itu memstikan tugasnya dijalankandengan betul. Diaplikasikan kepada pendidikan, maka kepemimpinan pendidikan seharusnyamementingkan "yang terbaik" iaitu memastikan pengajaran berlaku dengan baik.

    Tetapi dalam keadaan realitinya, pemimpin pendidikan walaupun ingin mementingkan kepemipinanpengajaran masih tidak dapat melepaskan diri daripada tugas pengurusan, dan perlumenjalankan tugas dengan baik, dan menyempurnakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.Pemimpin pendidikan yang berkesan, perlu perihatin kepada kedua-dua struktur dan budaya,kesinambungan dan perubahan bertindak sebagai pengurus dan pemimpin, transaksional dantransformasional. Maka tidak ada satu model sedia ada yang paling sesuai, dan dengan realitisekolah dalam alam perubahan di masa depan, mungkin tidak akan ada model yang sesuai bagisemua keadaan di setiap masa. Lagipun, kerana setiap organisasi itu unik, mempunyai iklim danbudayanya sendiri , sama dengan setiap individu itu unik, - berkesan di sebuah sekolah tidaksemestinya berkesan di sekolah lain.

    Pemimpin sekolah memerlukan kemahiran memimpin untuk menentukan wujudnya perubahan danpenambahbaikan dan juga penyesuaian dengan keadaan, dan kemahiran pengurusan untuk

    menentukan semuanya berjalan lancar.

    Dalam memperkatakan kepemimpinan di zaman pasca moden ini, adalah dikatakan kepemimpinanharus bersifat "relational" iaitu berlandaskan hubungan antara pemimpin dan ahli organisasi yangmenggalak dan memastikan penyertaan sebenar semua ahli. Stoll dan Fink (1996) menggunakankonsep "invitational" sementara Komives, Lucas dan MacMahon (1998) menggunakan konsep"inclusive".

    Kedua-dua ini mengutarakan bahawa dalam proses kepemimpinan semua ahli seharusnyamenjemput atau menerima penyertaan ahli. Mengikut Stoll dan Fink (1996),

    " Leadership is about communicating invitational messages to individuals and groups with whomleaders interact in order to build and act on a shared and evolving vision of enhanced educational

    experiences for pupils " (hal 109).

    Untuk ini kepemimpinan memerlukan (1) optimisme, iaitu optimis dan mempunyai ekspektasi tinggiterhadap keupayaan orang lain, (2) penghormatan, iaitu penghorman terhadap keindividualanorang lain dan dengan itu tindakan adalah dengan sopan dan tertib dalam semua interaksi; (3)mempunyai kepercayaan terhadap integeriti orang lain, iaitu mempercayai orang lain akanbertindak mengikut lunas yang diharapkan, dan (4) secara terang dan ikhlas menjemput, menerimadan menggalakkan penyertaan orang lain dalam prosesnya, menyokong dan membina iklim yangmenggalakkan perkembangan maksimum.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    25/96

    Pada asasnya, pemimpin di zaman pasca moden ini, perlu memfokuskan kepada aspekkemanusiaan, yang menggalakkan penyertaan semua dalam proses kepemimpinan, menghormatisetiap individu dan perihatin bahawa penyertaan yang bermakna dari semua pihak - kepemimpinankolaboratif seebnar, mennggalakkan keupayaan kepemimpinan di kalangan semua ahli,pembuatan keputusan yang sebenar-benarnya partisipatif. Ini melibatkan kesabaran mendengardan mengamal secara reflektif, dan memberi tuju hala.

    Sebagai akhir kata, untuk mencapai semua ini, maka adalah penting pemimpin itu memahamidirinya sendiri, memahami orang lain di sekelilingnnya, dan mengikut terminologi Stoll dan Fink(1996) lagi, menjemput dirinya secara personal dan professional, serta menjemput orang lainsecara personal dan profesional ringkasnya, bersifat terbuka menghadapi segala-galanya.Perubahan dan daya sosial yang sentiasa berubah, yang membentuk struktur masyarakat danpendidikan, memerlukan stail kepemimpinan yang agak berbeza daripada yang selama inidipromosikan , dan kepemimpinan kini haruslah mementingkan pembelajaran untuk mengenali dirisendiri dan keadaan serta persekitaran agar dapat menangani kepelbagaian dalam organisasi itusendiri. Akhir kata, untuk mengenali diri sendiri, saya meminjam kata-kata Corvey (1994), dalambuku barunya,

    "A meaningful life is not a matter of speed or efficiency. It is a matter of what you do and why you

    do it, rather than how fast you can get it done".

    Untuk itu kita perlu mengenali apakah yang penting bagi kita, sebagai individu dan personal iaitu"personally important", dan sebagai penting kepada kita sebagai seorang profesional

    professionally important. Setelah itu, maka kita imbangkan, dan tentukan prioritinya untukbertindak supaya segala yang berlaku dijalankan mengikut perspektif yang betul. Hanya dengancara ini sahaja pemimpin itu adalah seimbang antara dirinya sebagai individu dan dirinya sebagaiahli profesional yang menjalankan tugas profesionalnya. Mengikut Corvey lagi, ini akanmengecilkan jurang antara " the clock" iaitu jadual kerjanya, dan " the compass" iaitu perkara yangmenjadi petunjuk bagi dirinya. Kompas ini seharusnya menjadi halatuju yang perlu diikut dan dibuatsetelah kita mencapai imbangan apakah sebenarnya kita hendak dalam hidup kita .

    Corvey menggunakan istilah "personal leadership" dan untuk itu,kita perlu fokuskan kepada "doing

    the right things" dengan panduan kompas kita apa yang kita ketahui terbaik setelah kitamengimbangkan keperluan diri kita dan keperluan profesional kita.

    Bibliografi

    Bell, J. dan Harrison, B.T. (eds). 1995. Vision and values in managing education: Successfulleadership principals and practice. London, David Fulton Publsihers lnc.

    Bennis, W. and Nanus, B. 1986. Leaders: The strategies for taking charge. San Francisco, JosseyBass.

    Corvey, S.R. 1994. First things first: Coping with ever increasing demands of the workplace.London, Simon Schuster UK Ltd.

    Komives, S.R. ; Lucas, N. dan MacMahon, T.R. 1998. Exploring leadership: For college studentsswho want to make a difference.San Francisco, Jossey Bass.

    Loader, D. 1997. The inner principal. London, The Falmer Press.

    Lambert, L. 1998. Building leadership capacity.Alexandria, Va. ASCD

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    26/96

    MacBeath, J. (eds). 1998. Effective school leadership: responding to change,London, PaulChapman Publishing.

    Schlechty, P.C. 1990. Schools for the 21stCentury : Leadership imperatives for educational reform.San Francisco, Jossey Bass.

    Stoll, L dan Fink, D. 1996. Changing our schools : Linking school effectiveness and schoolimprovement. Buckingham, Open University Press.

    Melindungi Pihak Sekolah Daripada Dakwaan oleh Ling Kee Eng * [Lulus

    Sarjana Kepengetuaan dengan cemerlang]

    1. PENGENALAN

    Pengurus (pengetua) sekolah, guru-guru dan kakitangan lain sekolah terdedah kepadadakwaan (litigation) atas berbagai tuduhan seperti kegagalan melaksanakantanggungjawab, kecuaian, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang mungkinberlaku. Di antara punca-punca dakwaan tersebut, kecuaian merupakan bidang yang amatluas dan pihak sekolah paling berkemungkinan didakwa atas tuduhan ini. Semua sekolahbertanggungjawab untuk menjaga kesihatan dan keselamatan para pekerja dan anakmuridnya. Selain itu, pihak sekolah perlu memberi pendidikan kepada anak murid kitaseperti mana dikehendaki oleh undang-undang dan peraturan-pertauran yang sedia ada.Kegagalan memenuhi "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care), kegagalan melaksanakantanggungjawab, dan kegagalan mematuhi arahan serta peraturan boleh mengakibatkanpihak sekolah menghadapi dakwaan sivil atau pun jenayah (civil or criminal suit).Tindakan-tindakan mahkamah yang diambil terhadap sekolah sudah tentu akan memberikesan yang serius kepada sekolah dan mesti dielakkan. Misalnya, kajian menunjukanbahawa banyak sekolah telah mengetepikan beberapa program (seperti membatalkanlawatan) untuk mengelakkan berbagai dakwaan (Natt, J.G., 1999) yang mungkin dibawaterhadap mereka. Yang rugi tentunya adalah para pelajar sekolah kita.

    Kertas ini membincangkan punca-punca yang mungkin memyebabkan pihak sekolah, iaitu,pengurus, guru-guru dan kakitangan lain didakwa. Barangkali kes-kes dakwaan ini tidakdapat dihapuskan sama sekali tetapi ianya boleh dikurangkan ke tahap minimum.Pengurus sekolah perlu proaktif dan sentiasa mengambil langkah-langkah untukmelindungi diri sendiri serta guru-guru daripada dakwaan (litigation).

    2. PUNCA-PUNCA YANG BOLEH MENGAKIBATKAN SEKOLAH DIDAKWA DANLANGKAH-LANGKAH MENGURANGKANNYA

    Punca-punca utama yang menyebabkan pihak sekolah didakwa ke mahkamah termasukkecuaian(negligence), kegagalan melaksanakan tanggungjawab, kegagalan menepatikehendak undang-undang (akta dan peraturan-peraturan), penyalahgunaan kuasa danpenyelewengan. Punca-punca tersebut di atas akan dihuraikan dengan lebih lanjut dibawah dan langakah-langkah yang boleh diambil oleh pengurus untuk mengelakkandakwaan dibincangkan.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    27/96

    1. Kecuaian (Negligence)

    Kecuaian (negligence) dikaitkan dengan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care). Semua sekolahmempunyai kewajiban berjaga-jaga (owe a duty of care) kepada pekerja-pekerja dan anak-anakmuridnya. Ini bermakna pengurus sekolah atau pengetua perlu melindungi kesihatan dankeselamatan para guru dan muridnya. Ini termasuk mengambil langkah-langkah untuk mengenal

    pasti dan seterusnya mengurangkan risiko-risiko yang boleh dijangka (forseeable risks) daripadaberlaku.

    Perbuatan seseorang (defenden) boleh dikatakan cuai oleh mahkamah apabila ketiga-tiga syaratberikut dipenuhi:

    i. Defenden mempunyai tanggungjawab "kewajiban berjaga-jaga" ( requirement to exercise

    duty of care) terhadap plaintif,

    ii. Defenden telah tidak melakukan "kewajiban berjaga-jaga" (failure to exercise duty of care)

    dan,

    iii. Plaintif mengalami kecederaan atau kerugian (damage has occurred) akibat dari

    kegagalan defenden melakukan kewajibannya.

    Walau bagaimana pun, bukti bahawa defenden telah cuai tidak perlu "beyond reasonable doubt"dalam tuntutan sivil (contoh tuntutan terdadap kecuaian), tetapi mahkamah akan membuatkeputusan berdasarkan kepada "balance of probabilities".

    Setakat manakah tahap berjaga-jaga (standard of care) yang perlu diambil oleh pihak sekolahsupaya tidak dianggap sebagai cuai dalam menjalankan tugas-tugasnya? Mengikut keputusanhakim mahkamah dalam kes Blyth v. Birmingham Waterworks Co. (1856), "tahap berjaga-jagamunasabah"yang akan diambil oleh seseorang dalam situasi berkenaan adalah memadai.

    "Negligence is the omission to do something which a reasonable man, guided upon thosecircumstances, which ordinarily regulate the conduct of human affairs, would do, or doingsomething which a prudent and reasonable man would not do."

    Beberapa faktor yang akan diambil kira oleh mahkamah untuk menentukan kelakuan yangmunasabah termasuk :

    a. Adakah sesuatu kejadian boleh dijangka akan berlaku (forseeability)?

    b. Adakah sesuatu kejadian mungkin mengakibatkan kecederaan (likelihood of harm)?

    c. Apakah keseriusan kecederaan jika ianya dijangka berlaku (seriousness of accident)?

    d. Setakat manakah langkah-langkah pencegahan boleh diambil secara praktik (practicality of

    precautions)?

    e. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan amalan yang

    biasa (common practice)?

    f. Adakah aktiviti yang menyebabkan kecederaan atau kerugian merupakan sesuatu yang

    memenuhi kewajiban untuk mengambil risiko yang lebih tinggi (neccessity to take greaterrisks)?

    Untuk meminimumkan kemungkinan pihak sekolah didakwa kerana kecuaian, pengurus sekolahmesti memahami konsep kecuaian dan bagaimana beliau boleh dipersalahkan. Secara amnya, jikapengetua telah mematuhi segala arahan serta peraturan semasa menjalankan tugas-tugas hariandan melaksanakan "kewajiban berjaga-jaga" (duty of care) yang wajar, maka beliau harus selamatdan telah dilindungi dari sebarang dakwaan yang mungkin berlaku. Pengetua juga perlu mahirmendapat kerjasama dan melibatkan pihak ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah sebelum ianyadibawa ke mahkamah. Langkah-langkah berikut boleh dijadikan rujukan dan panduan.

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    28/96

    1. Memastikan Keselamatan Struktur Fizikal Sekolah

    Undang-undang menghendaki tuan punya premis (bangunan dankawasan tanah) memastikan premisnya adalah selamat digunakan ataudidiami oleh semua pihak yang mempunyai hak menggunakannya atauberada di situ. Jadi keadaan fizikal sekolah hendaklah sentiasa

    diselenggarakan dengan baik kerana segalah kerosakan danketidaksempurnaan yang terdapat pada kemudahan fizikal tidak selamatuntuk digunakan oleh semua pihak. Contohnya tangga dan serambibangunan mesti mempunyai pelindung yang sesuai dan kukuh untukmemastikan tiada murid berkemungkinan terjatuh ke bawah. Siling yangsetengah terjatuh dan bumbung yang bocor mesti dibaiki dengan kadarsegera. Dalam bilik darjah, kipas, wayar elektrik uzur, kerusi lama danlain-lain perlu diperiksa dari masa untuk memastikan keselamatanpenggunaannya. Suis dan soket yang rosak mesti diganti. Semak-semak panjang di kawasan sekolah mesti di tebas untuk mengelak segalabentuk bahaya seperti menjadi tempat perlindungan ular yang bolehmendatangkan kemudaratan. Pokokjuga boleh mendatangkan bahayasekiranya ianya tumbang ditiup angin.

    Dalam The Registration of Schools Ordinance, 1950. Schools(General) Regulations, sekolah dikehendaki memastikan bilik-bilik darjahmemenuhi syarat-syarat, iaitu di antaranya, spesifikasi keluasan, tingkap,pengudaraan, ketinggian siling, dan ruang yang mencukupi untuk setiapmurid, cahaya yang cukup terang, bilangan maksimum murid yangdibenarkan dalam setiap bilik dan lain-lain lagi. Pengetua perlumemastikan peraturan tersebut dipatuhi untuk mengelak dakwaan keranakecuaian. Selain daripada itu, peraturan yang sama mengatakan bahawapengetua bertanggungjawab membenarkan pihak-pihak yang berhaksahaja untuk menggunakan premis sekolah.

    Dalam kes Carmarthenshire County Council v. Lewis[1995], seorang

    murid berumur empat tahun telah ditinggalkan seketika oleh gurunya.Murid tersebut keluar dari kawasan sekolah dan menyebabkan suatukemalangan jalanraya terjadi di mana seorang pemandu lori mati.

    Akhirnya, pihak sekolah dipersalahkan kerana guru tidak mengawasimurid dan sekolah juga dipersalahkan (vicariously liable) kerana gagalmengunci pintu masuk sekolah. Kecuaian untuk memastikan keadaansekolah selamat telah menyebabkan pihak sekoah didakwa.

    2. Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas

    Guru, mengikut undang-undang common law, dikehendaki membuatpenyeliaan yang munasabah (reasonable degree of supervision) ke atasmurid-murid di bawah jagaannya sewaktu kelas berjalan. Kegagalan

    berbuat demikian boleh menyebabkan beliau didakwa jika murid tercederaakibat kecuaiannya.

    Dalam kes Government of Malaysia & Ors. v. Jumat Bin Mahmud & Anor.,plaintif asal telah tercedera akibat perbuatan nakal kawannya sehinggaakhirnnya menjadi buta pada sebelah mata. Mahkamah Tinggi telahmemutuskan bahawa pihak guru telah cuai dalam penyeliaannya. Tetapiselepas rayuan dibuat kepada Mahkamah Persekutuan, didapati bahawaguru berkenaan tidak boleh dipersalahkan kerana kecederaan yang

  • 8/2/2019 Artikel Jurnal Institut Pengetua

    29/96

    dialami oleh murid adalah akibat dari kemalangan yang tidak dapat diduga(not reasonably forseeable) oleh seseorang dalam keadaan yang biasa.

    3. Memastikan Keselamatan Sewaktu Kelas Yang Menjalankan Amalidan Ketukangan (Sains, Sains Pertanian, Teknil, Vokasional, Muzik,Sains Rumah Tangga)

    Semua makmal dan bengkel kerja amali mesti mempunyai peraturanbertulis yang diedarkan kepada setiap murid pada hari pertama merekamenggunakan makmal atau bengkel tersebut. Peraturan tersebut perluditerangkan kepada murid oleh guru dengan jelas sehingga mereka betul-betul faham akannya. Peraturan-peraturan tersebut juga perlu dipamerkanpada papan kenyataan setiap makmal atau bengkel dan diingatkankepada murid dari semasa ke semasa.

    Kelas-kelas amali atau kelas praktikal hanya boleh dikendalikan olehguru-guru terlatih dalam mata pelajaran yang berkenaan sahaja. Jikaterdapat guru sementara, pengetua mesti memastikan bahawa merekatidak melakukan atau menyuruh pelajar melakukan percubaan-percubaan

    yang berbahaya. Pengetua dengan bantuan Guru Kanan Sains harusmenapis rancangan kerja guru-guru tersebut bagi kerja amali (SuratPekeliling