artikel bulan ini berita buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di...

12
Artikel Bulan Ini Fiqh Pengurusan Ibadah Qurban Kembalikan Masyarakat Berbudi Bahasa Berhutang Haji Berita Buletin Nafahat Jalan Robbi Siri Ke 17 Program Qurban Jamuan Perdana <<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>> Zulhijjah 1438 / Muharram 1439 — Ogos / September 2017 Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

Upload: nguyenhanh

Post on 30-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Artikel Bulan Ini

Fiqh Pengurusan Ibadah

Qurban

Kembalikan Masyarakat

Berbudi Bahasa

Berhutang Haji

Berita Buletin

Nafahat Jalan Robbi

Siri Ke 17

Program Qurban

Jamuan Perdana

<<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>>

Zulhijjah 1438 / Muharram 1439 — Ogos / September 2017

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

Page 2: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

SIDANG REDAKSI

Penaung:

Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor)

Penasihat:

Hisam Satari

(Ketua Pusat Pengajian Acis )

Editor:

Mu’allim Bin Mohd Bakri

Sidang Pengarang:

Nurul Nisha Mohd Shah

Nur Nabilah Azimoha

PENERBIT

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban

Persiaran Seremban Tiga/1,

70300 Seremban 3

Negeri Sembilan, Malaysia

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada

pembaca budiman sekalian. Buletin ACIS siri

ketiga berjaya diterbitkan walaupun agak ter-

lewat daripada kebiasaan. Edisi kali ini,

memuatkan tiga artikel, iaitu “Fiqh Pengurusan

Ibadah Qurban”, “Kembalikan Masyarakat Ber-

budi Bahasa dan “Berhutang Haji”. Edisi kali ini

juga, kami menyajikan beberapa aktiviti yang

telah dianjurkan oleh ACIS, UiTM N. Sembilan

dan unit-unit lain dalam bentuk berita dan lensa.

Semoga Buletin kali ini dapat memberi manfaat

kepada semua warga UiTM. Selamat membaca.

3 - 6

10

11 - 12

7 - 9

6

Fiqh Pengurusan Ibadah Qurban

Kembalikan Masyarakat Berbudi Bahasa

Berhutang Haji

Berita Buletin ACIS UiTM N9

Nafahat Jalan Robbi Siri 17

Majlis Qurban UiTM Kampus Seremban

Jamuan Perdana UiTM Kampus Kuala Pilah

Ceramah Idul Adha UiTM Kampus Rembau

Buku Baru

Jika berminat untuk

menghantar sebarang artikel

atau komen, boleh email ke

[email protected]

Keterangan Gambar Cover

Gambar kenangan peserta-peserta program Nafahat

Jalan Robbi siri ke 17 di UiTM Kampus Seremban

bersama Penceramah Shaikh PHDR Mahmoud Mrglani

disamping ditemani oleh Tim. Rektor HEA dan

Penolong Rektor Kampus UiTM Seremban

Page 3: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Oleh : Nur Nabilah Binti Azimoha (ACIS UiTM Kampus Seremban)

Ibadah qurban adalah amalan yang

sangat dituntut dalam Islam. Ianya telah

disyariatkan pada tahun ke dua hijrah.

Tujuan ibadah qurban adalah untuk men-

dekatkan diri kepada Allah. Amalan ibadah

qurban di Malaysia kebiasaanya dilakukan

di masjid, surau, balairaya, padang awam

dan juga rumah persendirian. Secara am-

nya, qurban bermaksud nama sesuatu

yang disembelihkan ataupun nama

ternakan yang disembelih pada hari

Aidiladha seperti unta, lembu, biri-biri dan

sebagainya. Qurban juga bermaksud

menyembelih binatang ternakan bertujuan

taqarrub kepada Allah swt pada masa

tertentu.

Perkataan ‘taqarrub’ adalah per-

buatan dan amalan yang bertujuan untuk

mendekatkan diri kepada Allah swt se-

bagaimana firman Allah dalam surah al-

Kauthsar ayat 2 dan juga surah al-Hajj ayat

36. Pelaksaan ibadah qurban pada hari

Aidiladha adalah sebagai tanda mengingati

pergorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam

melaksanakan perintah Allah. Pada hari ini,

kita umat Islam perlulah meneruskan kisah

sejarah penuh bermakna pergorbanan Nabi

Ibrahim yang digelar Khalilulah bersama

anaknya Nabi Ismail a.s. Inilah yang di

gambarkan manifestasi kelas pertama

sebagai hamba kepada tuhannya dalam

membuktikan keimanan dan ketakwaan

mereka dalam meletakan Islam di puncak

mercu.

Di dalam Islam, ibadah qurban

hendaklah dilakukan seperti berikut;

a) Penyembelihan hendaklah dilakukan

pada hari Nahar iaitu 10 Zulhijjah dan

Hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13

Zulhijjah.

b) Penyembelihan dilakukan apabila ber-

lalu masa bacaan dua rakaat sunat

Aidiladha serta bacaan kuthbah.

c) Waktu penyembelihan dilakukan

sama ada siang ataupun malam

sehingga Hari Tasyrik yang terakhir

(13 Zulhijjah) sebelum terbenamnya

matahari.

d) Melakukan penyembelihan selepas

terbit matahari dan sebelum solat

Aidiladha adalah tidak mendapat

pahala dan tidak dikira sebagai

ibadah.

Pendahuluan Tempoh Perlaksanaan Ibadah Qurban

3

Page 4: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Pengagihan daging qurban kepada

fakir miskin sedikit sebanyak dapat

mengambarkan kesyukuran rezeki yang

dianugerahkan oleh Allah untuk turut

berkongsi kepada golongan yang lebih

memerlukan. Malahan, ianya juga

sebagai kifarah kepada pelakunya sama

ada disebabkan kesilapan-kesilapan

yang telah dilakukan atupun dengan

sebab kecuaian dalam melaksanakan

kewajipan disamping memberi kelegaan

kepada keluarga yang berqurban dan

juga orang lain.

Pengagihan daging qurban

hendaklah dicapai persepakatan oleh

jawatankuasa yang dibentuk untuk

memudahkan proses pengagihan daging

qurban kepada golongan sasaran seperti

berikut;

a) Memastikan daging qurban cukup

untuk diagihkan kepada pihak-

pihak yang disenaraikan.

b) Menyenaraikan senarai penerima

daging qurban mengikut

keutamaan.

c) Mengutamakan golongan fakir dan

miskin yang telah dikenalpasti

status mereka.

d) Mengagihkan daging qurban

kepada mereka yang tinggal di

kawasan terpencil.

e) Menyediakan kontena (jika perlu)

untuk menempatkan daging

sebelum diagihkan ke kawasan

pendalaman

f) Mengagihkan daging qurban

kepada golongan berada sekiranya

terdapat lebihan daging tersebut.

Seperti kebiasaanya di negara kita,

ibadah qurban dilakukan secara

berkumpulan atas nama penduduk

kampung, persatuan, kementerian,

jabatan dan sebagainya. Kadang-kadang

ianya juga sudah menjadi projek tahunan

bagi pihak-pihak berkenaan. Jika dlihat

daripada amalan kebiasaan ibadah

qurban yang dilakukan, kumpulan

tersebut akan menentukan wakil mereka

untuk menguruskan pembelian,

penyembelihan binatang qurban dan

pengagihan dagingnya di pusat-pusat

penyembelihan.

Oleh yang demikian, terdapat

beberapa perkara yang mesti diketahui

oleh individu sebelum mewakilkan

urusan ibadah qurban kepada

persatuan, agensi ataupun syarikat

tertentu seperti berikut;

a) Hendaklah mengetahui kadar harga

bagi satu bahagian yang ditawar-

kan oleh persatuan, agensi terbabit.

b) Hendaklah mengetahui kadar upah

yang diambil oleh persatuan atau-

pun agensi tersebut

c) Hendaklah mengagihkan mengikut

hukum syarak

Agihan Daging Qurban

Mewakilkan Orang Lain Melaksanankan Ibadah Qurban

4

Page 5: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

d) Hendaklah mengetahui orang yang

menjadi wakil untuk menyembelih

binatang qurban.

Secara umumnya, sebagai syarikat

ataupun agensi yang mengendalikan ibadah

qurban seharusnya memastikan segala

elemen-elemen seperti berikut dipenuhi;

a) Urusan jual beli seperti akad, jenis

haiwan qurban dan fizikal haiwan yang

cukup syarat.

b) Kadar harga bagi satu bahagian

qurban yang ditawarkan

c) Kadar kos(upah) pengurusan yang di-

ambil

d) Cara pengagihan dan penerima daging

qurban.

Begitu juga agensi yang

mengendalikan program ibadah di luar

negara, mereka hendaklah menjelaskan

perkara-perkara berikut seperti urusan jual

beli seperti akad, jenis haiwan qurban dan

fizikal haiwan yang cukup syarat, kadar

harga bagi satu bahagian yang ditawarkan

yang ditawarkan oleh syarikat atau

persatuan, menetapkan kadar kos

pengurusan semasa di awal akad bukan di

selepas akad, menetapkan kos pengurusan

yang terlibat di luar negara selepas akad

adalah ditanggung oleh persatuan, agensi

dan bukan pihak individu.

Amalan melaksanakan ibadah qurban

di luar negara terutama di negara-negara

miskin begitu sinonim di negara kita.

Tujuannya adalah untuk membantu saudara

-saudara kita dan juga golongan yang me-

merlukan. Kebiasaanya, masyarakat Islam

di negara ini melantik wakil melalui agensi

atau badan-badan tertentu yang

menawarkan khidmat ibadah qurban di

tempat-tempat tertentu di luar negara seperti

Rohinya, Kemboja, Filipina dan sebagainya.

Walaubagaimanapun jumlah wang yang

diberikan kepada pihak agensi yang dilantik

untuk melaksanakan qurban di luar negara

adalah terlaksana selagi mana wang di

belanja mengikut akad yang dipersetujui.

Akad tersebut hendaklah;

a) Akad penyerahan dengan lafaz yang

khusus bukannya lafaz yang am

kerana lafaz am mengandungi

ketidakjelasan (gharar)

b) Menjelaskan jenis, sifat dan kadar

harganya

c) Orang yang menjadi wakil tidak boleh

mewakilkan kepada orang lain kecuali

mendapat izin daripada pewakil

(muwakkil) atau wakil tidak mampu

untuk melaksanakanya.

Pengurusan Qurban Oleh Syarikat, Agensi dan Badan Dalam Negara

Penyerahan Wang Bagi Ibadah Qurban Di Luar Negara

5

Page 6: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Ibadah qurban merupakan simbolik

pengabdian hamba kepada tuhannya

bahkan juga sebagai syiar untuk men-

dekatkan diri kepada Allah swt. Dalam

konteks umat Islam di Malaysia, kemeriahan

ibadah qurban turut dirasa apabila men-

jelang Hari Raya Aidiladha dan musim haji.

Bagi pihak yang terlibat dalam

mengendalikan program ibadah qurban,

mereka memikul satu amanah yang besar

untuk memastikan setiap pelaksanaannya

disempurnakan mengikut hukum syarak.

Oleh itu, amanah ini tidak boleh dikhianati

dan dicemari dengan niat yang tidak baik

seperti meraih keuntungan, populariti dan

sebagainya. Antara amanah yang dipikul

seperti membeli binatang yang cukup syarat

dan sempurna, meniatkan, menyembelihkan

dan mengagihkan menurut hukum yang

telah ditetapkan. Jelasnya, pengurusan

yang sistematik dan sempurna menjadi

tanda aras dan jaminan yang kukuh bahawa

matlamat pensyariatan ibadah qurban dapat

dicapai dengan cemerlang. Selamat Hari

Raya Aidiladha.

Abu Abdul Rahman Muhamamd Al-‘Alawi, 2010,

Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid ‘Asiri.

Said bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani,2009, Manasiq

al-Haj wal Umrah fi Islam fi Dhaw al Kitab

wal Sunnah, t.tp: Markaz Dakwah wal

Irsyad.

Muhammad bin Salih ‘Uthmaini, 2008, Ahkam al-

Adhiyah wal Zakat, t.t

Garis Panduan Pelaksanaan Ibadah Qurban,

2013, Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia.

Rujukan

Kesimpulan

SINOPSIS BUKU

Sesungguhnya kehidupan manusia di atas muka bumi ini hanyalah sementara, ibarat kapal berlayar di lautan yang pasti akan singgah berlabuh di pelabuhan. Sedangkan penghujung kepada kehidupan manusia adalah menerima balasan serta ganjaran dari Allah Ta'ala sama ada kesenangan mahupun kesengsaraan.

===. Manusia adalah makhluk yang lemah yang pastinya memerlukan pertolongan dalam kehidupan mereka. Sekiranya semasa di dunia manusia berada dalam keadaan yang susah, mereka masih lagi dapat meminta tolong sesama lain, namun bila tiba saat hari pembalasan (akhirat), siapakah pula yang dapat menjadi penyelamat selain daripada amalan kita sendiri.

===

Itulah hakikat naluri manusia di dunia ini

yang ingin dilayan dengan sebaik mungkin

dalam mengharapkan bantuan, pertolongan.

Namun adakah kita pasti akan dilayan,

disambut serta diraikan dengan begitu mulia

apabila kita menghadap Rab al-Jalil kelak?

Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Tajuk Buku

VVIP ALLAH di Mahsyar

Penulis : Muhammad Muzakkir bin Othman

(Pensyarah ACIS UiTM Caw. Pahang)

Penerbit : Pustaka Haji Abd Majid

Harga : RM 22

Hubungi : 017 6070323 (ust. Muzakkir)

6

Page 7: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Pada 17 Ogos 2017 bertempat Di Dewan TPSU 2

UiTM Kampus Seremban, sebuah program yang

diberi nama Nafahat Jalan Robbi (NJR) telah di-

anjurkan oleh ACIS UiTM Kampus Seremban

bersama Persatuan al-Syaziliah Semalaysia. NJR

merupakan sebuah program motivasi khas dalam

bidang pembangunan spiritual atau rohani yang

disertakan dengan praktikal adab dan akhlak.

Program NJR ini di sampaikan oleh Shaikh PHDR

Mahmoud Mrglani. Seramai lebih kurang 200

orang peserta sekitar Negeri Sembilan serta Staf

UiTM turut hadir ke program NJR ini. Program ini,

telah diadakan secara bersiri dan kali ini UiTM

Kampus Seremban menjadi tuan rumah untuk siri

yang ke-17. Turut hadir ke program ini adalah

Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ramli (Tim. Rektor

HEA) dan Prof. Madya Mohammad Nor Othman

(Penolong Rektor UiTM Kampus Seremban)

bertindak sebagai merasmikan program.

Prorgam NJR atau dalam Bahasa melayunya

adalah “Jalan Menuju Robbi” adalah sebuah

program yang mampu mendidik seseorang

muslim agar dapat menempuhi jalan melayakkan

dirinya di gelar Hamba Allah. Sesungguhnya

inilah jalan yang di tempuh oleh penghulu

sekelian nabi dan rasul iaitu Nabi Muhammad

SAW dan jalan inilah yang Baginda ajarkan

kepada para Sahabat beliau RA, para Tabi'in,

para Salafus Soleh, para Auliya, para Muttaqin,

Mukminin, Mukhlisin, Muhsinin dan semua umat

Islam dari satu generasi ke generasi yang

seterusnya. Jalan ini akan meningkatkan kita dari

darjat atau Maqam Islam ke Maqam Iman dan

seterusnya ke Maqam Ihsan. Sebab hanya orang

yang telah mencapai Maqam Ihsan sahaja yang

mendapat jaminan dari Allah agar selamat dunia

dan akhirat.

Semoga program NJR ini dapat memberi manfaat

Dunia dan Akhirat kepada seluruh umat Islam

dan khususnya buat staf UiTM Cawangan Negeri

Sembilan.

7

Page 8: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Pada 4 September 2017 bersamaan 13

Zulhijjah 1438, Majlis Qurban telah diadakan

di perkarangan Pusat Islam UiTM Kampus

Seremban. Program ini dianjurkan oleh

Bahagian Hal Ehwal Islam, ACIS bersama

BMES dan PHSB dengan kerjasama PSKK,

PEWANI dan warga kampus, UiTM

Cawangan Negeri Sembilan, Kampus

Seremban. Sebanyak tiga ekor lembu di

korbankan, dan seekor kambing diaqiqahkan.

Program korban ini bermula seawal jam

8.00 pagi. Selain daripada staf, program

korban ini juga turut disertai oleh penduduk-

penduduk sekitar Taman Seremban 3 dan

Jemaah Masjid Rasah Jaya. Turut serta

memeriahkan majlis ini adalah kehadiran

Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor UiTM)

dan Prof. Madya Mohammad Nor Othman

(Penolong Rektor, UiTM Kampus Seremban)

yang bersama-sama gotong-royong

mengagih-agihkan daging kurban.

Program korban ini berjaya diselesaikan

tepat pukul 12.30 tengahari dengan jamuan

tengahari yang disediakan secara gotong

royong

8

Page 9: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Jamuan Perdana UiTM Kampus Kuala

Pilah telah diadakan pada 5 September

2017 sempena sambutan Hari Raya

Korban.

Pelbagai juadah makanan telah disediakan

secara gotong royong oleh staf UiTM.

Ceramah sempena Idul Adha telah

disampaikan oleh Ust Faizul pada 22

Ogos 2017 di UiTM Kampus Rembau.

Objektif program adalah untuk mem-

berikan pemahaman dan penjelasan

kepada staf UiTM mengenai segala per-

masalahan berkaitan dengan ibadah

kurban

9

Page 10: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Isu “lawak bodoh” atau

“Troll” bukanlah suatu perkara

baru dalam masyarakat kita

masa kini. Bahkan perkara ini

telah menjadi sesuatu yang

telah diterima dan dianggap

biasa oleh segelintir golongan

masyarakat. Dan apabila ada

antara kita yang cuba untuk

menegur perbuatan dan ting-

kah laku yang tidak beradab ini

dikatakan pula terlalu serius

dan tidak sporting. Namun, di-

manakah adab dan etika

masyarakat yang selama ini

menjadi pegangan dan budaya

hidup kita? Tiada agama dan

adat di dunia ini yang

mengajarkan penganutnya

untuk berkelakuan buruk

apatah lagi menyinggung

perasaan orang lain. Namun

segala perkara baik dan terpuji

yang diajarkan seakan telah

ketinggalan zaman dan tidak

relevan lagi untuk diaplikasi-

kan.

Hakikatnya, semua

pihak perlu memainkan

peranan masing-masing dalam

mengembalikan peradaban

yang kian hilang. Bermula

dengan kehidupan di dalam

rumah, pergaulan antara ibu

bapa dan adik beradik

mencerminkan bagaimana

pembawakan diri seseorang

kanak-kanak sewaktu bersama

-sama rakannya. Ibu bapa ter-

lebih dahulu perlu menunjuk-

kan contoh teladan yang baik

kepada anak-anak.Gunakanlah

bahasa yang sesuai dan positif

sewaktu berbicara dengan

anak-anak. Panggillah anak-

anak dengan panggilan yang

baik. Elakkan daripada

menggunakan kekerasan

seperti memukul anak-anak jika

mereka melakukan kesalahan.

Bertegaslah kepada anak-anak

kecil yang menggunakan kata-

kata kesat seperti ‘hoi’, ‘bodoh’

dan sebagainya. Hal ini ditakuti

mereka akan terbawa-bawa

sehingga dewasa nanti. Bak

kata pepatah Melayu, melentur

buluh biarlah daripada

rebungnya. Jangan jadikan

situasi-situasi tersebut sebagai

bahan jenaka untuk dimuat

naik di laman sosial. Perbuatan

ambil ringan seperti itulah yang

membuatkan anak-anak ini

menganggap bahawa per-

buatan itu tidak salah dan men-

gulanginya lagi.

Selain itu, pihak sekolah

terutamanya para pendidik

harus memperkemas pendidi-

kan akhlak kepada para

pelajar. Setiap pendidik perlu

meniatkan dalam hati masing-

masing supaya mereka dapat

dijadikan contoh ikutan atau

role model oleh anak-anak

didik mereka. Para pendidik

juga harus mendekatkan diri

dengan pelajar agar mereka

dapat memahami masalah atau

situasi yang dihadapi oleh para

pelajarnya. Apabila para pelajar

ini merasa dekat dengan

pendidiknya maka pastinya

mereka akan mudah ter-

pengaruh untuk mengikut

setiap nasihat yang diberikan

oleh pendidik tersebut. Perkara

ini harus diambil tindakan

segera kerana apa yang dapat

kita lihat kini kebanyakkan

remaja menjadikan artis

sebagai idola atau role model

dan melihat para pendidik

mereka sebagai “musuh” yang

tidak memahami keinginan hati

mereka. Bimbingan yang

sewajarnya perlu diberikan

agar generasi masa kini akan

lebih bertatasusila dan

berakhlak mulia.

Masyarakat secara am-

nya juga tidak terlepas

daripada tanggungjawab ini.

Sebagaimana yang diketahui,

kita semua belajar daripada

keadaan sekeliling kita. Jika

setiap hari kita melihat pertutur-

an yang tidak beradab, kata-

kata kesat, emosi yang tidak

terkawal, jadi bagaimana kita

mahu melahirkan generasi

yang tenang dan aman? Setiap

individu perlu berusaha untuk

menjadi contoh yang baik

kepada insan lain. Kawallah

kata-kata apabila menulis di

media sosial. Gunakan kata-

kata positif dan baik semasa

bercakap dengan orang lain.

Tunjukkan sifat-sifat mulia

seperti menghormati orang

yang lebih tua, memberikan

senyuman kepada orang lain

dan sebagainya. Keadaan ini

dapat membantu melahirkan

masyarakat yang lebih baik dan

berbudi bahasa. Usaha yang

sedikit tetapi berpanjangan

(istiqamah) adalah lebih baik

demi mencerminkan kemurnian

ajaran Islam yang sebenarnya.

Rasullullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang beriman

kepada Allah dan hari akhir

maka hendaknya dia berkata

yang baik atau diam”

(HR. Bukhori Muslim)

Oleh : Nurul Nisha Binti Mohd Shah (Fakulti Komunikasi & Pengajian

Media UiTM Kampus Rembau)

10

Page 11: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (ACIS UiTM Kampus Seremban)

Ibadat haji merupakan satu ibadat yang diwajibkan ke atas umat Islam. Namun begitu, perlu difahami bahawa apa-bila Allah mewajibkan ibadat haji ke atas umat Islam, kewajipan tersebut hanya terpakai ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak. Secara dasarnya terdapat enam syarat yang mewajibkan seseorang umat Islam itu menunaikan haji. Syarat-syarat tersebut adalah beragama Islam, berakal, baligh, merdeka, berada dalam keadaan dan suasana persekitaran yang memungkinkan dirinya bermusafir dengan selamat ke Tanah Suci dan yang terakhir memiliki ke-mampuan dari sudut jasmani (sihat tubuh badan) dan kebendaan (wang ringgit) untuk menunaikan ibadat haji.

Daripada syarat-syarat yang dinyatakan, jelas menunjukkan bahawa lima syarat yang pertama merupakan syarat-syarat yang biasa dan mampu diadaptasikan oleh semua umat Islam. Namun begitu, syarat yang keenam merupakan syarat kemampuan yang mungkin memberikan sedikit kesukaran untuk sebahagian umat Islam untuk mengadaptasikannya. Ke-

mampuan disini lebih ditumpukan kepada kemampuan dari sudut kebendaan iaitu perbelanjaan untuk pergi menunaikan haji. Perlu dinyatakan disini, bahawa apa yang dimaksudkan dengan kemampuan dari sudut kebendaan ialah seseorang itu memiliki sumber kewangan yang cukup untuk menampung kos perpelanjaan menunaikan ibadat haji dan kos per-belanjaan yang perlu disediakan bagi orang-orang yang berada di bawah tanggungannya seperti anak dan isteri serta keperluan rumah tangga sepanjang tempoh dirinya tidak berada di tanah air kerana melakukan ibadat haji. Walaupun dalam mazhab shafie terdapat sedikit kelonggaran bahawa menunaikan haji bukanlah suatu kewajipan yang perlu disegerakan dan tidak boleh ditangguhkan. Ini bukan bermakna kita boleh melewat-lewatkannya dengan suka hati. Perlu di-ingatkan bahwa menyegerakan pelaksanaan ibadat haji adalah yang paling utama. Ini perlu diberi perhatian kerana dengan terlaksananya ibadat haji maka gugurlah tanggungjawab Rukun Islam tersebut dari terus terpikul di atas bahu kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud: “Maka bersegeralah di dalam melakukan perkara-perkara kebajikan (yang wajib dan yang sunat), kepada Allah tempat kembali kamu semua”. Namun begitu, dalam permasalahan pergi haji sambil berhutang sering menjadi per-soalan oleh masyarakat pada masa kini. Antara persoalan yang timbul adalah ter-dapat individu yang mampu pergi haji tetapi masih belum mampu melunaskan hutang piutang yang tertunggak dengan individu lain. Sekiranya, berlaku situasi ini,

11

Page 12: Artikel Bulan Ini Berita Buletin - seremban.uitm.edu.my menetapkan kadar kos pengurusan semasa di awal akad bukan di selepas akad, menetapkan ... Fiqh al-Adhiyah, Jeddah : Dar al-Majid

adalah amat wajar bagi individu tersebut me-nyelesaikan terlebih dahulu hutang piutang tersebut. Pembayaran hutang adalah termasuk perkara-perkara besar yang perlu disegerakan kerana ia melibatkan hak orang lain. Justeru itu, ia jangan risau dan gundah gulana kerana syarat wajib menunaikan haji padanya hanya wujud sekiranya ia benar-benar memiliki jumlah kewangan yang mencukupi, dan bersih (tidak melibatkan hak orang lain). Bagaimanapun, sekiranya hutang piutang yang tertunggak itu merujuk kepada bayaran-bayaran ansuran bulanan yang seseorang sering dilakukan kerana membeli rumah atau kereta (sistem jual beli dengan pembayaran tertangguh), maka ia tidak wajar menunggu sehingga tempoh masa pembayaran ansuran tersebut selesai sepenuhnya. Oleh yang demikian, sekiranya ia memiliki baki simpanan di dalam simpanan yang mencukupi untuk menampung kos menunaikan ibadat haji, maka ia telah wajib dan layak untuk menunaikan kewajiban haji. Permasalahan yang seterusnya pula adalah berkaitan melakukan ibadat haji secara berhutang dengan bank atau dengan individu-individu tertentu. Situasi ini menunjukkan bukanlah suatu tindakan yang baik dan menepati syariat. Ini kerana, Allah SWT telah berfirman dalam dalam Surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud: “dan Allah mewajibkan manusia menunaikan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu bagi sesiapa yang mampu dan terdaya (dari segi segala aspek) untuk sampai kepadanya”. Kemampuan yang dinyatakan dalam ayat ini termasuklah ke-mampuan dari sudut kewangan. Sekiranya seseorang masih belum berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji dari sudut kewangan adalah wajar ia menangguhkan dahulu ibadat haji tersebut. Selain daripada itu, berhutang itu juga merupakan satu per-buatan yang perlu dielakkan dalam kehidupan kita. Berhutang dalam Islam hanya diperlukan sekiranya berada dalam keadaan yang amat darurat. Oleh itu, adalah tidak

wajar seseorang itu berhutang kerana ingin menunaikan haji kerana ianya seolah-olah bertentangan dengan objektif dan falsafah di dalam ibadat haji yang mana ibadat tersebut dilaksanakan berasaskan kepada kemampu-an kewangan sebenar seseorang dan bukan-lah dengan cara berhutang dengan orang lain atau pun pihak bank. Kesimpulannya, ibadat haji merupakan Rukun Islam yang amat wajar disegerakan sekiranya kita telah memiliki sumber kewangan yang mencukupi, dan memiliki kesihatan yang sempurna. Janganlah kita sesekali terfikir untuk menangguhkan ibadat haji sehingga hari tua atau selepas umur pencen kerana ini adalah tindakan yang kurang bijak kerana melakukan ibadat haji kebiasaannya melibatkan pelbagai cabaran dan dugaan dari segi kewangan dan kesihatan. Oleh yang demikian, ibadat ini lebih dituntut dilaksanakan ketika usia masih muda dan tubuh masih sihat. Selain itu, syarat “kemampuan” yang perlu difahami oleh umat Islam yang ingin mengerjakan haji seperti yang dinyatakan dalam al-Quran merupakan suatu rahmat kepada umat Islam. Kita tidak akan ditaklifkan melainkan menurut kadar kemampuan masing-masing. Walaubagaimanapun, setiap Umat Islam hendaklah berniat dan bertekad dengan sesungguh hatinya untuk menunaikan ibadat haji pada masa akan datang. Rujukan ’Ibn ’Abi al-Khair al-

cUmrani (2002), al-Bayan fi Fiqh al-

’Imam al-Shafici, 13 j. c. 1. Beirut, Lubnan: Dar

al-Kutub al- cIlmiyyah

Lembaga Urusan dan Tabung Haji (1995), Ibadah Haji, Umrah dan Ziarah, Kuala Lumpur: Utusan Sendirian Berhad.

Mustafa a-Khin,(Dr.), Mustafa al-Bugha, cAli al-Sharbaji

(2000), al-Fiqh al-Manhaji cala Madhab al-

’Imam al-Shafici, 3 j. c. 4. Damsyik: Dar al-

Qalam

Wahbah al-Zuhayli (Prof.) (Dr.) (2002), al-Fiqh al-’Islami wa ’Adillatuhu, 11 j. c. 4. Birut: Dar al-Fikr

Yayasan Penyelenggara Penterjemah / Pentafsir al-Qur’an (2002), al-Qur’an dan Terjemahnya, Arab Saudi: Kompleks Pencetakan al-Qur’an al-Karim kepunyaan Raja Fahd.

12