artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

19
1 MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGUKUHAN EHSAN Oleh; Razaleigh Muhamat @ Kawangit Abstrak Pengukuhan kepada Konsep Ehsan adalah pengukuhan dan bimbingan bentuk akhlak Islamiyyah yang dapat memberi panduan berguna kepada golongan Muallaf untuk berakhlak dengan akhlak Islamiyyah. Kertas kerja ini membincangkan berkaitan konsep Iman, Islam dan Ehsan, perkaitan antara elemen tersebut dan perlaksanaan elemen-elemen tersebut yang akhirnya membentuk akhlak Islamiyyah. Hasilnya, golongan Muallaf dapat mengetahui dan memahami perkaitan Antara akidah Islam dengan pekerjaan mereka seharian yang selari dengan apa yang dianjurkan Islam Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Pengukuhan Islam, Iman, Islam, Ehsan Pendahuluan Kehidupan setiap individu tidak sempurna melainkan terjalin hubung kait yang unik. Hubungkait itu mendasari dan meliputi seluruh aspek kehidupan insan. Jalinan ini adalah fitrah kehidupan iaitu insan mempunyai hubungan dengan penciptanya kerana insan itu di cipta dan buka tercipta dengan sendiri. Apabila tercipta, insan adalah makhluk dan mempunyai kehidupan sendiri yang memerlukan persekitaran bagi meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini melalui jalinan hubungan insan dengan alam. Inilah asas kepada seluruh kehidupan kita. Hubungan ini dapat diterjemahkan kepada perlunya setiap insan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah yang tujuanya bukanlah demi kepentinganNYA, tetapi demi kebahagian dan kesenangan bagi memperoleh yang terbaik dalam kehidupan setiap insan. Kesimpulannya insan dan alam saling bergantungan dan memerlukan kehidupan yang berpandukan peraturan yang di tetapkan oleh Allah. Rangkuman seluruh kehidupan terbina apabila insan beriman kepada Allah melalui rukun iman yang dijadikan dasar kepada hubungan dengan Allah. Manifestasi kepada keimanan itu terjalin melalui ibadah dan tindakan-tindakan yang menjelaskan kedudukan insan sebagai hamba iatu rukun Islam dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya.

Upload: razaleigh-muhamat-kawangit

Post on 16-Mar-2016

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pendidikan muallaf melalui pengukuhan konsep-konsep islam

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

1

MODUL PENDIDIKAN MUALLAF: PENGUKUHAN EHSANOleh;

Razaleigh Muhamat @ Kawangit

AbstrakPengukuhan kepada Konsep Ehsan adalah pengukuhan dan bimbingan bentuk akhlak Islamiyyah yang dapat memberi panduan berguna kepada golongan Muallaf untuk berakhlak dengan akhlak Islamiyyah. Kertas kerja ini membincangkan berkaitan konsep Iman, Islam dan Ehsan, perkaitan antara elemen tersebut dan perlaksanaan elemen-elemen tersebut yang akhirnya membentuk akhlak Islamiyyah. Hasilnya, golongan Muallaf dapat mengetahui dan memahami perkaitan Antara akidah Islam dengan pekerjaan mereka seharian yang selari dengan apa yang dianjurkan Islam

Kata Kunci: Pendidikan Muallaf, Pengukuhan Islam, Iman, Islam, Ehsan

Pendahuluan

Kehidupan setiap individu tidak sempurna melainkan terjalin hubung kait yang unik. Hubungkait itu mendasari dan meliputi seluruh aspek kehidupan insan. Jalinan ini adalah fitrah kehidupan iaitu insan mempunyai hubungan dengan penciptanya kerana insan itu di cipta dan buka tercipta dengan sendiri. Apabila tercipta, insan adalah makhluk dan mempunyai kehidupan sendiri yang memerlukan persekitaran bagi meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini melalui jalinan hubungan insan dengan alam.

Inilah asas kepada seluruh kehidupan kita. Hubungan ini dapat diterjemahkan kepada perlunya setiap insan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah yang tujuanya bukanlah demi kepentinganNYA, tetapi demi kebahagian dan kesenangan bagi memperoleh yang terbaik dalam kehidupan setiap insan. Kesimpulannya insan dan alam saling bergantungan dan memerlukan kehidupan yang berpandukan peraturan yang di tetapkan oleh Allah. Rangkuman seluruh kehidupan terbina apabila insan beriman kepada Allah melalui rukun iman yang dijadikan dasar kepada hubungan dengan Allah.

Manifestasi kepada keimanan itu terjalin melalui ibadah dan tindakan-tindakan yang menjelaskan kedudukan insan sebagai hamba iatu rukun Islam dan apa sahaja yang terkandung di dalamnya. Hubungan ini dimurnikan dengan keikhlasan hamba iaitu insan dalam tindakan dan perlakuan seharian yang dinamakan sebagai Ehsan. Oleh itu, tidak kira siapa hamba itu, sama ada sebagai suami, isteri, ibu ataupun bapa, anak, menjawat jawatan sebagai peguam, doktor, pentadbir, mahupun hanya seorang petani ataupun menjadi orang biasa sekalipun, ia tetap mendokong dan memerlukan jalinan hubungkait dengan Allah dalam apa jua bentuk sekalipun.

Pembentukan Keperibadian Muslim

Dalam Islam setiap individu akan dipertangungjawab ke atas amalan yang akan dilakukannya. Jika seseorang berada di dalam organisasi maka ia akan dipertangungjawabkan atas amanahnya. Adanya individu yang sempurna dari segi sahsiahnya ia akan menyebabkan sesebuah organisasi berfungsi dengan lebih mudah.

Page 2: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

2

Konsep ini adalah alternatif yang lebih menumpukan kepada pembentukan keperibadian individu dalam organisasi dari perjalanan organisasi itu sendiri. Konsep ini selaras dengan kejayaan harakah Islam pada zaman awal Islam (sahabat) kerana mereka adalah golongan yang berkeperibadian tinggi. Untuk membentuk keperibadian Islam kepada setiap individu dalam organisasi yang juga akan memberi kesan kepada kesempurnaan perjalanan organisasi.

Lima elemen yang perlu dimaksudkan ialah iman, ibadat, ihtisab, Ehsan dan ikhlas.a. Iman – Eleman ini menghendaki setiap individu mempunyai iman yang betul.

Natijahnya individu tersebut hanya menaruh harapan dan keyakinan terhadap Allah dalam semua aktiviti kehidupannya sama ada berjaya atau gagal. Keyakinan ini sangat penting dalam dakwah kerana hidayat adalah milik Allah. Hakikat iman akan dirasai apabila seseorang berdakwah. (Abdul Ghafar Don)

b. Ibadat – Al-Quran sering mengaitkan di antara iman dan amal soleh. (Abdul Ghafar Don). Ibadat secara umumnya dapat didefinasikan melalui Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan Aku tidak ciptakan jin dan manusia kecuali kepada untuk (mereka) beribadat kepada-Ku.”

c. Ihtisab – Ihtisab ialah yakin terhadap janji-janji Allah s.w.t. dalam konteks ibadah ia akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan apabila manusia menyakini akan ganjaran-ganjaran yang akan diberikan oleh Allah s.w.t. (Abdul Ghafar . Don) Yakin dengan janji dan ganjaran Allah s.w.t. boleh menghilangkan sifat mengharapkan ganjaran manusia di dunia ini. Ganjaran yang disediakan di akhirat untuk kerja-kerja dakwah amatlah besar. Pendakwah tidak sepatutnya menagih atau mengharapkan apa-apa ganjaran manusia di dunia ini. (Abdul Ghafar Don)

d. Ehsan – Ehsan bukan bermaksud memberi kelebihan dan nikmat semata-mata. Dalam konteks yang lebih luas ia beerti membuat kebajikan dan berusaha untuk meninggikan nilai manusia dan mendidik jiwanya ke arah mendekati Allah s.w.t. dengan perkataan lain, Ehsan bermaksud usaha seseorang untuk memperbaiki amalannya. Ehsan boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah sekiranya kita melakukan ibadah seolah-olah kita melihat Allah s.w.t. melihat kita. Kita hendaklah berusaha untuk memperbaiki tawajuh kita kepada Allah s.w.t. serta memperbaiki kualiti amalan yang dilakukan. Ciri islah mesti dikekalkan secara berterusan dalam amalan kita. Allah s.w.t. mengkehendaki manusia untuk mengawasi amalan mereka dan cuba untuk memperelok – kannya. (Abdul Ghafar Don) Allah s.w.t. menjelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud: “Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi segala pekerjaanmu” (Surah al-Infithar: 10)

e. Ikhlas – Ikhlas atau niat yang betul semata-mata kerana Allah s.w.t. adalah penting untuk menjadikan sesuatu amalan itu bernilai dan diterima oleh Allah s.w.t. ia juga menjadi sumber kepada pertolongan Allah s.w.t. kerana Allah akan bersama dengan orang yang ikhlas. (Abdul Ghafar Don).

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memberlanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah s.w.t.” (Surah al-Baqarah: 272)

Page 3: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

3

Memahami konsep tiga iaitu konsep Iman, Islam dan Ehsan

Asas perkataaan Islam dalam bahasa arab adalah salama yang bermaksud selamat. Dari segi istilahnya, ia membawa maksud mentauhidkan Allah s.w.t. dengan sepenuh ketaatan, kepatuhan, kecintaan serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ajaran-Nya.Konsep kepatuhan membawa maksud menurut, mengikut, dan mendekatkan diri dengan segala perintah yang disyariatkan Allah s.w.t. Kepatuhan ini juga berasaskan kepada perasaan sedar akan keesaan Allah s.w.t. dan kekuasaan-Nya atas segala sesuatu dibandingkan dengan kedaifan dan kekerdilan diri sendiri.

Manakala, kecintaan pula membawa pengertian kepatuhan yang perlu lahir daripada rasa cinta kepada Allah s.w.t. Ini bedasarkan kesedaran manusia kepada limpah kurnia Allah s.w.t., nikmat-nikmat dan rahmat-Nya. Kesedaran ini juga lahir daripada rasa kagum pada kemuliaan dan kesempurnaan Allah s.w.t.

Definisi Ehsan

Ehsan ialah melakukan ibadah yang meliputi segala pengamalan dan perbuatan dengan Ehsan serta menyakini yang Allah s.w.t. mengetahui dan menyaksikan segala perbuatan. Menghayati konsep Ehsan secara hakikatnya adalah pengiktirafan tertinggi kepada setiap yang dilakukan secara fizikal ataupun lahiriah, spiritual atau rohaniah dan emosi adalah disandarkan hanya kepada Allah s.w.t. segala perkara yang dilakukan atauun dikerjakan hanya kerana-Nya. Bukan untuk orang lain. Justeru, wujudlah kelangsungan hubunganhamba dengan Maha Pencipta yang mendominasikan kehidupan manusia.

Konsep Ehsan

Etika kerja adalah segala prinsip akhlak atau moral yang mempengaruhi kelakuan individu atau kumpulan dalam melakukan kerja. Dalam istilah lain, etika kerja ini disebut sebagai ‘Ehsan’ maksudnya, melakukan sesuatu dengan tekun, mahir dan moral yang tinggi.

Rasulullah berkata dalam hadis beliau bahawa ‘iman’ adalah percaya dan yakin itu dalam perbuatan yang sebenar. Sementara ‘Ehsan’ pula adalah ‘saudara menyembah Allah seolah-olah sauda melihatnya. Dia melihat saudara walaupun saudara tidah melihatnya’. Maksudnya melakukan sesuatu dengan baik hingga sampai pada tahap maksimum.

Dalam hadis lain pula Rasulullah menyatakan prinsip ‘Ehsan’ perlu diterapkan dalam semua kerka yang dilakukan hingga kepada kerja menyembelih binatang. Antara contoh ‘Ehsan’ dalam menyembelih binatang adalah “menggunakan pisau yang tajam” dan “meletakkan binatang dalam keadaan yang selesa”. Maksudnya , lakukan dengan beretika.

Di dalam al-Quran , Allah menyatakan tentang keperluan menjawab salam dengan cara sempurna. Menjawab dengan lebih komprehensif daripada salam yang diterima atau sekurang-kurangnya sama. Maksudnya dengan cara terbaik.

Page 4: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

4

Berbanding dengan nilai akidah dan ajaran Islam. Nilai akhlak terlepas daripada kesan hukuman dan undang-undang. Iaitu seperti hak dan kewajipan, sah dan batal, terkecuali dlam bentik moral atau akhlak sahaja. Contohnya, sembahyang yang cukup rukun dan syaratnya tetap sah walaupun orang yang bersembahyang itu rendah dan mungkin tidak membantu dalam mencapai sebahagian objektifnya. Contohnya menjadi perisai bagi dirinya menolak kerja jahat. Begitu juga menyembelih haiwan juga halal, walaupun menggunakan pisau yang tumpul. Namun, penyembelihan itu tidak beretika kerana tidak mengurangkan azab binatang itu ketika disembelih.

Etika kerja adalah berkaitan dengan nilai moral kerja. Tidak timbul soal tidak melaksanakan tanggungjawab yang di tetapkan. Sekiranya termasuk masalah cuai dan tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab, ia bukan soal etika atau akhlak lagi. Ia lebiH asas daripada etika dan akhlak, iaitu ajaran Islam menetapkan hak dan kewajipan berhubung dengan kerja tersebut. Namun, ia tidak menafikan pentingnya etika kerja dalam mencapai matlamat hidup yang Berjaya. Kera ia menjadi asas kecemerlangan dan mutu kerja yang tinggi.

Berpegang kepada Ehsan

Kefahaman asas mengenai konsep Islam, iman dan Ehsan. Semua ini merupakan isi akidah Islam, yang menjadi kandungan perbincangan dalam ilmu akidah, dan yang mesti dipelajari dan difahami oleh semua Muslim. Jika tidak, seseorang Muslim itu boleh dikatakan tidak mempunyai asas akidah. Di antara iman dan Islam, perlu ada Ehsan. Ehsan ialah melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah S.W.T sentiasa mengawasi apa yang kita lakukan.

Oleh itu tingkatan Ehsan ini mencakupi perkara lahir dan juga batin. Ehsan dalam hadis Nabi di atas ialah beribadah seolah-olah kamu melihat Allah ataupun merasakan Allah melihat kita. Oleh itu Ehsan ini maksudnya kita melakukan amal ibadah serta kerja dengan sehabis baik kerana apabila kita merasakan Allah melihat kita tentulah segala kerja kita akan dilakukan dengan sehabis baik. Samalah juga apabila kita bekerja di pejabat dalam keadaan bos melihat kerja kita sudah tentu kerja yang akan kita buat dilaksanakan dengan sehabis baik.

Ini dapat kita fahami daripada prinsip fitrah kejadian manusia sendiri. Daripada tiada kepada ada, daripada muda kepada tua, daripada kecil menjadi besar, daripada rendah kepada tinggi, daripada kosong akal kepada berakal dan daripada jahil kepada ilmuan. Tiga putaran kehidupan didunia ini dapat diperhatikan daripada mati kepada hidup, daripada hidup kepada mati dan daripada mati kepada kekal hidup kembali di alam akhirat.

Sebenarnya, segala permasalahan ataupun kerumitan serta kejadian dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita adalah manifestasi kegagalan manusia bagi memahami keseimbangan yang diperlukan dalam kehidupan. Kita gagal pada hari ini bgi memahami tujuan kehidupan, hidup kita sebagau insan, matlamat kehidupan dan pengertian kehidupan itu sendiri.

Page 5: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

5

Justeru, berlaku kerosakan sosial ataupun permasalahan semasa yang melanda umat manusia diserata tempat. Contohnya pertumpahan darah sesama sendiri, peperangan saudara, pergaduhan, pembunuhan, kezaliman, penindasan dan pembohongan. Berlaku juga, kemelesetan ekonomi akibat ketamakkan manusia, kemelesetan akhlak dan moral, hilang kawalan diri, bunuh diri, tuduh menuduh, serta fitnah sesama sendiri.

Ada juga masalah sosial seperti pembuangan bayi, perzinaan, perdagangan wanita dan pelacuran, penderaan dan apa sahaja kemelut lain yang dilakukan oleh manusia. Hilangnya keimanan kepada Tuhan sekalian alam ini adalah punca sebenar masalah ini berlaku.

Bagi memahami dengan lebih jelas pengertian Ehsan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata “kamu menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi sekiranya kamu tidak melihatnya, sesungguhnya Dia melihat kamu”.

Ini juga adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Jibrail yang masyhur di mana hadrat Jibrail telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai Ehsan.

Maka jawab baginda Rasulullah s.a.w. bahawa Ehsan adalah:

يراك فانه تراه تكن لم فان تراه كأنك الله تعبدوا أن

Maksudnya: Ehsan itu adalah hendaklah kamu menyembah Allah s.w.t. seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya kamu tidak melihat-Nya hendaklah kamu rasakan Allah s.w.t. melihat kamu.

Penyembahan Allah s.w.t. di dalam keadaan seolah-olah melihat-Nya adalah peringkat Musyahadah (persaksian) dan peringkat yang kedua adalah martabat Muraqabah. Kedua-duanya adalah maqam Ehsan yang dimiliki oleh para sadiqqin sepertimana pada pendapat Al-Iman An-Nawawi di dalam menjelaskan hadis ini. Seorang hamba sekiranya berupaya untuk menyaksikan Allah s.w.t. nescaya ia akan merasa malu untuk berpaling ke sana dan ke sini didalam solatnya.

Ini beerti setiap individu perlu mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dengan sepenuh jiwa raga dan perasaan seolah-olah kita melihat Allah s.w.t. Sekiranya kita tidal dapat melihat Allah s.w.t. dengan pancaindera kita, hendaklah kita merasakan yang Allah s.w.t. melihat kita. Secara tidak langsung, kita melakukan segala amal dan perbuatan dengan penuh kesungguhan dan penuh keyakinan yang segalanya didalam pemerhatian dan pengawasan Allah s.w.t.

Contoh yang mudah untuk kita fahami adalah seperti berikut. Kita adalah jurujual yang perlu menjaga jualan dan kewangan, jadi kita perlu jujur dan amanah biarpun majikan kita tidak memerhatikan kita. Apabila penerapan Ehsan ini berjaya diterapkan dalam diri kita

Page 6: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

6

ataupun kepada golongan Muallaf sekalipun pasti tiada siapa yang menjadi pencuri ataupun perompak.

Dalam masa yang sama, tiada yang sanggup mengatakan berpuasa tetapi menipu. Tiada juga yang mahu meninggalkan ibadat melainkan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kerana Allah s.w.t.

Kelebihan Ehsan kepada Golongan Muallaf

Islam sebagai agama terakhir, mempunyai konsep akhlak yang begitu indah untuk diterapkan dan perlunya memahami konsep Ehsan dengan baik. Semuanya merupakan pancaran cahaya petunjuk Al Qur’an, yang ditonjolkan dengan perilaku Rasulullah s.a.w dalam kehidupan sehari-hari. Setiap golongan Muallaf mesti memahami konsep ini kerana ia memberi banyak kelebihan dalam kehidupan bukan hanya dalam beribadat sahaja. Antara kelebihan Ehsan kepada golongan Muallaf ialah:

i. Akan Sentiasa Mentaati Perintah dan Menjauhi Larangan Allah S.W.T dengan ikhlas.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “…Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi

tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Ugama yang benar.” (Al-Bayyinah 5: 98)

Demikianlah perintah Allah s.w.t kepada kita manusia yang sentiasa mengharap dan meminta dari Allah. Tugas dan amanah kita sebagai hamba adalah mentaati segala perintah Nya dan menghindari segala yang dilarang. Keikhlasan dalam melaksana urusan agamaterlalu sukar. Banyak sekali halangan dan godaannya kerana natijah kebaikan itu amat besar sekali. Kebanyakan manusia melakukan sesuatu dengan mengharap dilihat atau dikenali, atau mahu diingati, atau mahu mendapat keuntungan sedikit darinya. Ini kerana mereka tidak memahami konsep Ehsan dengan baik.

Dengan memahami konsep ini manusia akan lebih ikhlas melaksanakan perintah Allah walau tidak ada yang melihat. Konsep ini sangat perlu untuk diterapkan dalam diri golongan Muallaf. Mereka mestilah melakukan amal dengan sebaik-baiknya kerana keikhlasan ini merupakan ciri-ciri ketaqwaan sehinggakan memberi tangan kanan tangan kiri tidak tahu.

ii. Manusia akan sentiasa amanah, jujur dan menepati janji.

Kejujuran sangat dijunjung tinggi dalam Islam, setiap Muslim harus memiliki sifat ini, sebagaimana yang dituturkan oleh Allah Ta’ala dalam Alqur’an dan ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya. Allah s.w.t. mewajibkan kepada setiap Muslim untuk

memiliki sifat jujur. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah, dan hendaklah kamu bersama orang-orang yang benar”. (at Taubah: 119)

Page 7: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

7

Demikian juga Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan kejujuran kepada kita semua, dalam sebuah hadits sahih Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jaminlah kepadaku enam perkara dari diri kalian, niscaya aku akan menjamin bagi kalian surga, jujurlah jika kalian berbicara…”. (HR. Hakim)

iii. Timbul Nikmat dan Keseronokan Beribadah

Apabila konsep ini dihayati dengan baik, akan timbul nikmat dan keseronokan dalam beribadah. Ini kerana kita akan merasakan yang kita sedang diperhatikan, bukan keseorangan. Apabila perasaan ini timbul, semangat untuk beribadah itu akan menjadi lebih kuat. Golongan Muallaf juga memerlukan penghayatan ini supaya mereka tidak merasa yang agama Islam adalah susah.

iv. Bekalan Yang Paling Utama

Oleh itu berusahalah kamu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan manfaat pada agamamu dengan menuntut keredhaan Allah dan rasulNya dan membuat amalan yang menghampirikan diri kepada Allah Ta’ala serta member manfaat kepadamu di Akhirat. Dapatkanlah Akhiratmu yang jauh perjalanannya lagi amat payah jalannya itu serta banyak pula seterunya. Ia memerlukan bekalan yang banyak. Bekalannya yang utama dan paling member manfaat ialah taqwa kepada Allah Ta’ala seperti

firmanNya yang memberi maksud: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya)” (Surah Al-Baqarah: 197)

Taqwa itu suatu lafaz yang mengandungi dua makna iaitu mengerjakan dan menjunjung segala perintah dan menjauhi segala larangan. Oleh itu hendaklah anda berusaha dengan sedaya upaya untuk menjunjung segala yang diwajibkan ke atas anda sekadar yang terkuasa oleh anda bermulla daripada mengenal Allah, sifat-sifat yang wajib bagiNya, yang mustahil dan yang harus padaNya. Begitu juga berhubung dengan hak rasulNya. Kemudian hendaklah kketahui tentang sembahyang dengan segala rukun dan syaratnya, sunnatnya dan yang membatalkannya. Begitu juga zakat jika anda mampu.

Kemudian hendaklah anda tujukan dengan amalan-amalan tersebut dengan ikhlas dan benar iaitu disucikan hati dengan amalannya kerana Allah Ta’ala bukan kerana selainNya. Tujuan anda itu ialah untuk mendirikan hak ubudiyah serta menegakkan dan memperkatakan rububiyahNya. Janganlah anda tamakkan pada selainNya sama ada pahalaNya atau syurgaNya atau takutkan nerakaNya. Janganlah anda meminta balasan atas amalan itu, kerana amalan itu adalah nikmatNya yang dikurniakan kapadamu itu adalah

Page 8: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

8

nikmatNya yang dikurniakan kepadamu dan anda perlu bersyukur atas nikmatNya dan tiada sebab anda patut meminta balasan yang dengan atas namamu. Inilah Jalan Mustaqim yang lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang.

Ikhlas dan benar kepada Allah sewaktu menghadapiNya dan beramal hasil daripada kasih sayangNya serta qabulNya yang membukakan mata hati dan meluluskan segala rahsia dengan nur yakin. Dari sini terhasillah kelazatan ibadat dan taat serta terbukalah mata hatinya kepada hakikat dunia yang dani’ah iaitu berkurangan lagi fana dan hakikat Akhirat sebagai negeri yang sebenar lagi kekal dan tempat orang mu’min. Di sanalah terdapat keredhaan paling besar, melihat wajahNya yang mulia dan berjiran dengan Tuhan Yang Ra’ufur-Rahim. Dengan itu berolehlah ia akan Al-Fauzul-Azhim dan kebahagian yang abadi lagi sarmadi. (Zainal Abidin. 2004. 346)

Barangsiapa yang berada di bawah petunjuk dan taqwa semasa di dunia, maka Akhirat lebih memperolehi petunjuk lagi terlebih kuat dalilnya. Barangsiapa buta di dunia, maka di Akhirat ia lebih buta dan lebih sesat jalannya lagi. Kerana inilah syeikh-syeikh ahli Tas.a.wuf menyuruh supaya disucikan hati dan jernih-kannya daripada segala kekeruhan dan kekotoran supaya kuat keyakinan dan supaya dapat merealisasikan hakikat Tauhid dengan zauq dan wujda tanpa memerlukan kepada dalil dan bukti. (Zainal Abidin. 2004. 347)

a) Tawakal

Tawakal iaitu anda menyerahkan kepada Tuhan segala urusan kehidupan anda di dunia dan di Akhirat kerana Dia tidak mensia-siakan hambaNya yang menyerahkan kepadaNya dan yang tidak menyerah kepadaNya walaupun seterusnya namun Dia tidak melupakannya dan tidak lalai tentang mereka seperti orang kafir yang berkhidmat lagi menyerah diri kepadaNya.

b) Zuhud

Bersifat zuhud iaitu benci terhadap sesuatu (dunia) yang merintangi atau menghalanginya daripada Tuhannya, kerana diketahuinya bahawa dunia ini sebagai tempat orang ang tidak punya negeri dan harta bagi orang yang tidak punya harta, dan ia diumpamakan sebagai bangkai yang busuk. Ia membesarkan nikmat Allah dan bersyukur terhadap segala nikmat Allah itu tidak terkira banyaknya dan tidak dapat disebut perhitungannya.

c) Syafaqah

Syafaqah bererti kasih sayang terhadap segala makluk Allah, kerana diketahui bahawa Tuhan mengeluarkan sesuatu daripada adam kepada wujud adalah dengan ikhtiarNya dan diberikannya berbagai-bagai imdad atau pertolongan dariNya. Dijadikannya dengan hikmatNya. Betapa pula ia tidak mengasih sayang kejadian Tuhannya yang ia sendirinya mengasihiNya teristimewa pula saudaranya yang mukminin yang mana keimanan

Page 9: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

9

seseorang itu tidak sempurna sehinggalah ia mengasihi untuk saudaranya apa yang dikasihi untuk dirinya. (Zainal Abidin. 2004. 348)

d) Tawadhu’

Tawadhu’ kepada Allah. Tawadhu’ di sini ialah yang tidak membawa kepada maksiat seperti anda tawadhu’ kerana keduniaan seseorang atau kemegahan seseorang dari kalangan yang bermaksiat. Demikianlah sesetengah daripada kesempurnaan sifat ubudiyah yang dipuji. Hendaklah anda bersungguh-sungguh berkhidmat kepada Tuhanmu dalam hidupmu yang singkat ini dan hendaklah anda memperbanyak dengan berbagai-bagai ibadat dan amaln ketaatan siang dan malam selama usiamu yang pendek itu. Jika anda andaikan usia anda itu seratus tahun. Ia terlalu pendek tidak sampai seperempat hari Akhirat, hanya sepersepuluh hari Akhirat sahaja.

e) Helm

Hendaklah anda melazimkan sifat” yang bererti ”حلم menanggung atau memikul segala kesulitan yang menimpa penyembah-penyembah Allah iaitu dengan bersabar menghadapi segala yang menyakiti yang datang daripada manusia tanpa dihina oleh Syaitan, tiada dorongan hawa nafsu dan tidak dirangsang oleh kemarahan, kerana yang dikatakan berani itu bukanlah orang yang sanggup menyerang atau membanting, tetapi yang dikatakan berani ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah.

f) Haq

Hendaklah anda mengikut yang Haq. Maksudnya Al-Haq ialah Allah Ta’ala. Al-Haq itu sebahagian dari nama Allah Ta’ala. Ertinya ialah mengikut agama yang haq. Kemungkinan maksudnya ialah segala hukum yang sebenar. Wahai orang yang diberi taufiq, anda tidak mengikut yang haq melainkan apabila anda berpegang kepadanya, mengikuti segala perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. (Zainal Abidin. 2004. 351)

g) Wali

Wali itu ialah seorang yang arif dengan Allah Ta’ala dan dengan sifatNya serta kekal mengamalkan ketaatan dan menjauhi segala maksiat. Bererti tidak mengerjakan maksiat sama sekali kerana ia bukan ma’shum, serta tidak tenggelam di dalam kelazatan dan syahwat yang mubah. Tiada keistimewaan menghalangnya apabila ia kuat bertujuan untuk beribadat. Ia dinamakan beribadat. Ia dinamakan wali kerana Allah Ta’ala memerintahnya dalam pekerjaannya, ia tidak menyerah kepada dirinya dan tidak kepada orang lain sejenak pun, kerana ia diperintah beribadat kepada Allah secara berterusan tanpa diselangi perbuatan maksiat. (Zainal Abidin. 2004. 353)

h) Jahil

Jahil itu ialah suatu penyakit bagi diri. Mula-mula kurang mengambil tahu tentang amalan-amalan agama, kemudian berani menjatuhkan diri de dalam jurang kebinasaan, kemudian

Page 10: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

10

kurang rasa malu, kemudian bercita-cita untuk memperolehi kemenangan di Akhirat. Itulah keadaan orang yang ditunggang nafsu bil sur iaitu yang menyuruh kepada kejahatan.

i) Riya’

Beramal supaya dipuji oleh manusia. Sementara Sum’ah pula ialah beramal seorang diri kemudian memberitahunya kepada orang lain supaya dipuji untuk mendapatkan kebaikan daripada mereka.

j) Ikhlas

Ikhlas bererti Allah membebaskan anda daripada kedua-duanya. Barangsiapa berazam untuk beribadat kemudian meninggalkannya kerana takut kepada manusia, ini bererti riya’ kecuali jika ditinggalkan kerana mahu melakukannya di dalam khalwat yang mana adalah sunat. (Zainal Abidin. 2004. 364)

Cara Pengukuhan Ehsan dalam kehidupan

a. Menyembah dan beribadah kepada Allah.b. Memelihara kesucian aqidah tidak terbatal.c. Mengerjakan ibadah fardhu ain dan sunat.d. Hubungan baik dengan keluarga, jiran dan masyarakat.e. Melakukan perkara-perkara yang baik.f. Amalkan sifat-sifat mahmudah.g. Bersyukur atas nikmat Allah S.W.T.

Resepi Mantap yang Melazatkan Amal Soleh

Ada beberapa sebab yang dapat membantu seorang hamba untuk memperoleh kenikmatan beramal soleh. Antara sebab tersebut ialah:

1) Merasa selalu diawasi Allah dan mengikhlaskan amalan hanya untuk-Nya.

Ibnul Jauzi berkata, “Allah lebih dekat kepada hamba-Nya daripada urat nadi. Akan tetapi,Allah berhubungan dengan hamba-Nya secara ghaib dan seakan-akan jauh darinya. Allah memerintah untuk mengarahkan niat kepada-Nya, supaya menadahkan tangan kepada-Nya dan meminta kepada-Nya. Hati mereka yang jahil merasakan bahawa Allah itu jauh. Oleh kerana itu, antara mereka ada yang terjerumus dalam kemaksiatan jika mereka diawasi oleh orang yang hadir dan melihat, nescaya mereka akan menahan diri dari kesalahan tersebut.

2) Melawan hawa nafsu.

Firman allah yang bermaksud: “Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan);

Page 11: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

11

dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. (Surah Al-ankabut: 69)

Dari Ibnu Abi Razin, dia berkata: Tsabit Al-Banani berkata, “aku melawan hawa nafsuku supaya dapat mengerjakan solat selama dua puluh tahun dan aku merasakan nikmatnya selama dua puluh tahun”

Al-Allamah Ibnul Qayyim berkata: “perasaan nikmat dengan pengabdian ini hanya boleh dikecapi dengan menguatkan kesabaran terhadap perasaan enggan dan letih terlebih dahulu. Apabila seseorang mampu bersabar dan benar dalam kesabarannya, nescaya dia dapat mencapai kenikmatan ini.

3) Mentaddabur (mengkaji dan menyelidik) Al-Quran serta mengenali Asma’ dan sifat Allah.

Imam Ibnu Taimiyah berkata: “setiap kali seorag hamba merasakan kenikmatan solat, maka solat ketertarikannya pada solat maka semakin kuat. Ini terjadi sesuai dengan kadar kekuatan iman. Faktor penyebab kuatnya iman itu ada banyak. Sesungguhnya di dalam hati terdapat makrifatullah, cinta kepadanya, memurnikan ketaatan kepada hanya kepada Allah, takut kepada-Nya, mengharapa Kepada-Nya, dan sebagainya.

Manusia berbeza-beza dan bertingkat-tingkat dalam hal ini. Semua yang terdapat dalam ahati itu akan bertambah kuat setiap kali seorang hamba semakin mentadabbur al-Quran, memahami dan mengenali nama-nama, sifaat-sifat dan kebesaran Allah serta menyibukkan diri dengan beribadah kepada-Nya.

4) Memperbanyakkan amalan sunnah.

Sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan-amalan wajib kemudian dengan amalan-amalan sunat, nescaya Allah akan dekat kepada-Nya. Allah menaikkan darjat imannya ke darjat Ehsan sehingga dia menyembah Allah dengan merasa selalu diawasi-Nya dan seakan-akan dia melihat-Nya. Akibatnya, hatinya akan dipenuhi dengan makrifatullah, kecintaan-Nya, keagungan-Nya dan sebagainya.

5) Bersahabat dengan orang soleh dan bersaing dengan mereka dalam beramal soleh.

Antara contohnya adalah solat jemaah, solat jumaat ,solat sunat dan dan mengunjungi majlis-majlis ilmu. Sebelumnya telah disebutkan sebahagian informasi dalam daripada para salaf yang menunjukkan makna ini.

6) Memerhatikan ibadah-ibadah fardiyah (individu).

Antara contohnya adalah qiamullail, iktikaf dan berzikir kepada Allah ketika sedang bersendirian. Sebelumnya juga telah disebutkan masalah ini.

Page 12: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

12

7) Membaca nas-nas yang menjanjikan pahala dalam beramal soleh.

Oleh kerana itu, kita mendapati bahawa kaedah al-kitab dan as-Sunnah adalah menghubungkan antara perintah Allah dengan janji pahala dan larangan ancaman seksa, bahkan sebhagiaan mereka membuat karangan tersendiri dalam masalah ini.

8) Menjalankan ibadah secara pelbagai.

Syariat memberikan variasi dalam beribadah. Antaranya ada variasi dalam ibadah badan, harta dan badan, amalan lahiriah dan amalan batiniah.

Aspek Dalam Ehsan

Ehsan meliputi tiga aspek yang fundamental. Ketiga hal tersebut adalah ibadah, muamalah, dan akhlak. Ketiga hal inilah yang menjadi pokok bahasan dalam Ehsan.

1.      Ibadah

Kita berkewajiban Ehsan dalam beribadah, iaitu dengan menunaikan semua jenis ibadah, seperti shalat, puasa, haji, dan sebagainya dengan cara yang benar, iaitu menyempurnakan syarat, rukun, sunnah, dan adab-adabnya. Hal ini tidak akan mungkin dapat ditunaikan oleh seorang hamba, kecuali jika saat pelaksanaan ibadah-ibadah tersebut ia dipenuhi dengan cita rasa yang sangat kuat (menikmatinya), juga dengan kesadaran penuh bahwa Allah senantiasa memantaunya hingga ia merasa bahwa ia sedang dilihat dan diperhatikan oleh-Nya. Minimal seorang hamba merasakan bahwa Allah senantiasa memantaunya, kerana dengan inilah ia dapat menunaikan ibadah-ibadah tersebut dengan baik dan sempurna, sehingga hasil dari ibadah tersebut akan seperti yang diharapkan.

  Kini jelaslah bagi kita bahwa sesungguhnya arti dari ibadah itu sendiri sangatlah luas. Maka, selain jenis ibadah yang kita sebutkan tadi, yang tidak kalah pentingnya adalah juga jenis ibadah lainnya seperti jihad, hormat terhadap mukmin, mendidik anak, menyenangkan isteri, meniatkan setiap yangmubah untuk mendapat ridha Allah, dan masih banyak lagi. Oleh karena itulah, Rasulullah Salallahu ‘Alaihi Wasallam. menghendaki umatnya senantiasa dalam keadaan seperti itu, yaitu senantiasa sedar jika ia ingin mewujudkan Ehsan dalam ibadahnya.

2.    Muamalah

Dalam bab muamalah, Ehsan dijelaskan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. pada surah An-Nisaa’ ayat 36, yang berbunyi sebagai berikut, “Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun     dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapak, karib kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat maupun yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.”Berikut ini adalah mereka yang berhak mendapatkan Ehsan tersebut :

Page 13: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

13

a. Ehsan kepada kedua orang tuab. Ehsan kepada karib kerabatc. Ehsan kepada anak yatim dan fakir miskind. Ehsan kepada tetangga dekat, tetangga jauh, serta teman sejawate. Ehsan kepada ibnu sabil dan hamba sahayaf. Ehsan dengan perlakuan dan ucapan yang baik kepada manusiag. Ehsan dalam hal muamalahh. Ehsan dengan berlaku baik kepada binatang

 3. Akhlak

Ehsan dalam akhlak sesungguhnya merupakan buah dari ibadah dan muamalah. Seseorang akan mencapai tingkat Ehsan dalam akhlaknya apabila ia telah melakukan ibadah seperti yang menjadi harapan Rasulullah dalam hadits yang telah dikemukakan di awal tulisan ini, yaitu menyembah Allah seakan-akan melihat-Nya, dan jika kita tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah senantiasa melihat kita. Jika hal ini telah dicapai oleh seorang hamba, maka sesungguhnya itulah puncak Ehsan dalam ibadah. Pada akhirnya, ia akan berbuah menjadi akhlak atau perilaku, sehingga mereka yang sampai pada tahap Ehsan dalam ibadahnya akan terlihat jelas dalam perilaku dan karakternya.

Jika kita ingin melihat nilai Ehsan pada diri seseorang “yang diperoleh dari hasil maksimal ibadahnya”  maka kita akan menemukannya dalam muamalah kehidupannya. Bagaimana ia bermuamalah dengan sesama manusia, lingkungannya, pekerjaannya, keluarganya, dan bahkan terhadap dirinya sendiri. Berdasarkan ini semua, maka Rasulullahmengatakan dalam sebuah hadits, “Aku diutus hanyalah demi menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Kepentingan Ehsan Dalam Kehidupan

Allah berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).”(Surah al-Qasas, ayat 77)

Ehsan adalah tonggak yang dapat menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep Ehsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Jika diteliti, Ehsan sama pentingnya seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan Muslim sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya. Ehsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, Ehsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi. Konsep Ehsan menjurus kepada dua matlamat utama. Pertama, Ehsan dalam ibadat dan kedua, Ehsan dalam muamalat.

Ehsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah.Jika

Page 14: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

14

perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah. Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah s.a.w. Konsep Ehsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana Ehsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Setiap Muslim dituntut berEhsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik. Dalam konteks Ehsan dalam muamalat, Imam al-Asfahani memberi dua pengertian iaitu limpahan nikmat maslahah serta kepentingan pihak lain dan mempertingkatkan kualiti kerja itu sendiri. Pengertian yang pertama dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam.

Ehsan juga dianjurkan terhadap haiwan. Imam Muslim meriwayatkan, “Saidatina Aisyah bersama Rasulullah S.A.W ketika perjalanan jauh, menunggang unta begitu susah hendak dikendalikan. Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Maka Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berEhsan). Sesungguhnya apabila Ehsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila Ehsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.”

KESIMPULAN

Ehsan adalah puncak ibadah dan akhlak yang sentiasa menjadi target seluruh hamba Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Sebab, Ehsan menjadikan kita sosok yang mendapatkan kemuliaan dari-Nya.  Dan juga sebagai  puncak prestasi dalam ibadah, muamalah, dan akhlak. Oleh kerana itu, semua orang yang menyadari akan hal ini tentu akan berusaha dengan seluruh potensi diri yang dimilikinya agar sampai pada tingkat tersebut. Siapapun kita, apapun profesi kita, di mata Allah tidak ada yang lebih mulia dari yang lain, kecuali mereka yang telah naik ketingkat Ehsan dalam seluruh sisi dan nilai hidupnya.

Rukun agama yamg ke-3 ini iaitu Ehsan menjadi pengikut yang kukuh terhadap segala amal ibadah kita yang berpandukan kepada hukum-hukum fiqah yang disyariatkan oleh Allah S.W.T. Di samping itu, ia juga menjadi landasan untuk mengukuhkan keimanan kita serta berdasarkan kepada tauhid yang terpancar dalam Rukun Ehsan seperti menjadi salah satu daripada sendi kepada agama Islam yang dibawakan oleh Nabi Muhammad S.A.W, Nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.WT untuk manusia pada akhir zaman.

RUJUKAN

Al-Quran Al-KarimAbdul Ghafar Don. 2000. Dakwah dan Pengurusan Islam di Malaysia, Bangi: Penerbit UKM

Page 15: Artikel 4 modul pendidikan muallaf pengukuhan islam

15

Amat Johari Moian Dan Ann Wan Seng. 2011. Tatkala Syahadah Di Lafaz. Cetakan Pertama. Diterbit Oleh Mustread Sdn.Bhd

Mahmood Zuhdi Abdul Majid. 2010. Manusia dan Alam, Selangor: PTS Islamika Sdn Bhd.Sakinah Salleh. 2011. Iman-Ehsan-Formula Kejayaan Hakiki Dan Abadi. Cetakan

Pertama. Selangor: Pts Millennia Sbn Bhd.Sami Bin Muhammad Bin Jadulllah Isham Hasanain. 2010. Beribadah Selazat Coklat.

Kuala Lumpur: Percetakan Zafarhttp://4ssyifa.wordpress.com/2012/05/17/makalah-agama- islam-Ehsan/