laporan eksklusif facebook marketing · beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita...

34

Upload: others

Post on 28-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

1

2

LAPORAN EKSKLUSIF

FACEBOOK MARKETING

Disediakan oleh,

Mohd Zulfadli

www.SmartUsaha.com

© Hakcipta Terpelihara Qlik Media Network – 2014

- anda boleh sebarkan laporan ini dengan apa jua cara -

3

Mukadimah

Laporan Eksklusif Pemasaran Facebook ini mendedahkan beberapa teknik, kaedah

dan strategi untuk berjaya dalam perniagaan dengan menggunakan Facebook.

Saya doakan laporan ini memberikan manfaat kepada anda. Terdapat beberapa

penaja yang telah terlibat menjayakan penghasilan laporan ini. Anda akan melihat

maklumat penaja pada beberapa muka surat tertentu.

Akhir kata, salam maju jaya!

1.0 Empat Bentuk Ayat Status Facebook yang Mudah Mendapat Like

Mendapat Like untuk tulisan kita di Facebook adalah penting, kerana ia juga salah

satu proses penjenamaan dan juga interaksi bersama Fans. Selain itu, apabila

sesebuah status tulisan mendapat Like, Friends kepada Fans yang Like itu dapat

melihat status tersebut. Akhirnya mereka juga akan masuk ke Fan Page kita.

Persoalannya, apakah bentuk ayat yang mudah mendapat Like?

1. Tulisan yang ringkas

Pengguna Facebook mahukan suasana yang santai. Mereka boleh sahaja

membaca tulisan yang panjang lebar, tetapi tidak selalu. Jadi, tulisan yang ringkas

dan pendek adalah santai kerana ia mudah dibaca.

Namun, ayat yang ringkas itu haruslah membuatkan Fans gembira, bersemangat,

rasa dihormati dan seronok. Elakkan ayat-ayat yang menyakitkan hati mereka.

2. Tulisan berinformasi

Salah satu bentuk tulisan yang banyak dibaca oleh orang adalah tulisan yang

bermaklumat, iaitu terdiri daripada fakta, berita dan perkara yang berguna untuk

mereka. Tulis ayat yang berkaitan dengan bidang perniagaan anda. Apakah

maklumat yang berguna untuk Fans (prospek) anda?

4

3. Tulisan “How To”

Jika tulisan berinformasi suka dibaca oleh kebanyakan orang, tulisan “how to”

(cara buat sesuatu) pula akan menyebabkan kita ataupun bisnes kita mendapat

tempat di hati mereka.

Ini kerana, tulisan berbentuk “how to” amat membantu mereka melakukan

ataupun menyelesaikan sesuatu. Contohnya jika kita menjual ‘produk makanan’

(contohnya rempah segera), kita boleh kongsikan cara memasak dengan

menggunakan rempah itu, secara percuma di Fan Page.

4. Tulisan beserta gambar (imej)

Mana-mana jenis tulisan di atas, jika disertakan dengan gambar yang menarik dan

berkaitan, pembaca akan lebih rasa mahu klik Like. Ini adalah fitrah manusia yang

sukakan sesuatu yang ‘indah’ pada pandangan mata, selain sudah terbukti melalui

kajian para Facebook Marketer.

2.0 Lima Jenis Produk Paling Laris di Facebook

Semakin ramai yang berminat untuk menjual di Facebook, lagi-lagi setelah

membaca banyak kisah kejayaan yang diraih oleh orang lain. Selain itu, pengguna

Facebook di Malaysia juga semakin biasa ‘membeli-belah’ di Facebook. Ia sudah

tidak asing lagi bagi mereka.

Perkembangan ini adalah satu berita dan perkara yang baik untuk kita. Tidak

mengambil peluang ini sama ada untuk menjana pendapatan tambahan ataupun

sepenuh masa, adalah satu kerugian yang amat besar.

Salah satu perkara yang menyebabkan ramai orang yang tidak mula berniaga dan

menjual di Facebook adalah kerana tidak tahu produk yang dapat dijual dan tidak

tahu bagaimana cara mendapatkan produk yang akan dijual itu.

5

Dalam perniagaan online mahupun offline, ia bukan mengenai “apa yang ingin

kita jual”, tetapi persoalan yang betul adalah “produk apakah yang ramai mahu

beli”. Apabila kita bertanyakan soalan yang betul, barulah kita dapat tahu produk

yang laris dan laku di Facebook.

Tidak begitu sukar untuk mengetahui produk yang paling laris di Facebook. Salah

satu caranya adalah dengan melihat produk usahawan dan peniaga lain jual. Jika

produk itu laku, maka itu bermaksud produk jenis itu mendapat sambutan di

Facebook.

Berikut adalah lima jenis (kategori) produk yang paling laris di Facebook:

1. Pakaian (terutama pakaian wanita).

2. Makanan kering (seperti rempah segera, serunding daging, dan

sebagainya).

3. Buku (terutama buku yang topiknya ada pasaran yang besar).

4. Produk kesihatan seperti makanan tambahan.

5. Produk penjagaan diri seperti rawatan wajah.

Setelah mengetahui produk yang terlaris di Facebook, di manakah kita dapat

perolehi produk ini untuk mula menjualnya? Ada beberapa cara:

1. Jadi ahli dropship mana-mana syarikat seperti EdyMart.com dan

MuslimNiaga.com. Dengan bayaran bulanan dan keahlian seumur hidup,

kita boleh menjual banyak produk tanpa menyimpan stok di rumah.

2. Cari pembekal dan beli secara borong. Cara untuk mencari pembekal amat

mudah. Gunakan Google.com dengan menaip “pembekal + nama produk”.

Contohnya, “pembekal + kerepek”. Hubungi mereka dan buat temujanji

untuk berjumpa. Pastikan mereka ada rekod yang bersih dan bukan penipu.

Elakkan berurusan tanpa mengetahui maklumat mereka sepenuhnya.

3. Affiliate. Ini adalah pilihan yang paling mudah. Namun kadar keuntungan

yang diperolehi adalah amat rendah berbanding dua cara di atas.

6

3.0 Lima Sebab Utama Anda Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook

1. Ratusan Juta Pengguna Facebook

Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna

Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita

tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh

tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.

Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook

terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan,

ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana

website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau

paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.

2. Facebook Ads

Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita

boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang

tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di

mana-mana laman web pengiklanan yang lain.

Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya

beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak

kerugian dan kegagalan.

3. Facebook Mobile

Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti

Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi,

kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.

Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet

dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus

online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat

bekerja).

7

Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi

kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada

bila-bila masa.

4. Facebook Bersifat Viral

Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang

buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya

jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu

mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.

Sifat viral ini juga dipanggil sebagai ‘promosi dari mulut ke mulut’. Selain

Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap

berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita

memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan

menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.

5. Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka

Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka

mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan

mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-

rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca

tulisan rakan-rakan FB mereka.

Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan

Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu

mengenai kita.

9

4.0 7 Cara Membina Hubungan Baik dengan Fans dan Friends di Facebook

Mempunyai Fans ataupun Friends yang ramai di Facebook adalah sia-sia jika kita

tidak membina berinteraksi dengan mereka. Ini kerana apabila kita tidak

berkomunikasi secara konsisten, kepercayaan mereka terhadap kita adalah tidak

sepenuhnya.

Hal ini tidak bermaksud kita perlu kenal setiap orang Fans dan Friends, tetapi

bagaimana cara mendorong mereka untuk memberikan komen kepada tulisan

status kita, menghubungi kita melalui Inbox dan juga klik Like pada status yang

kita tulis.

Berikut adalah tujuh cara untuk berinteraksi dengan mereka:

1. Tanya Soalan

Bertanyakan soalan kepada Fans adalah salah satu cara yang amat berkesan.

Bertanya kepada mereka bermaksud kita memberi peluang kepada mereka

menunjukkan pengetahuan yang mereka ada. Walaupun jawapan yang mereka

berikan tidak begitu baik, kita ucapkan saja terima kasih kepada mereka. Apabila

bertanya soalan sebegini, gunakan ayat pertanyaan yang ringkas sahaja.

2. Kongsi cerita dan aktiviti

Sebagai usahawan, sudah semestinya kita banyak aktiviti pada setiap hari.

Kongsikan perkara bisnes yang sedang, telah ataupun yang akan kita lakukan. Jika

boleh, tulis ia secara umum dan tergantung agar Fans ataupun Friends bertanya

untuk lebih tahu.

Contohnya, kita nyatakan begini: “Baru balik dari pejabat pos. Hantar 10

bungkusan kepada pelanggan dari beberapa negeri.” Apabila kita tulis begini,

mereka akan bertanya, produk apa yang kita jual dan lain-lain soalan.

10

3. Letak gambar menarik

Kita boleh meletak gambar yang menarik perhatian mereka. Gambar itu sama ada

milik kita ataupun kita kongsikan daripada sumber lain. Gambar-gambar yang

menarik adalah seperti gambar yang lucu, keindahan alam, dan termasuklah

gambar berkaitan bisnes kita seperti gambar bungkusan produk.

Asasnya, manusia lebih sukakan gambar (imej) berbanding teks. Malah mengikut

kajian, status Facebook yang disertakan dengan imej lebih mendapat respons

yang tinggi berbanding teks sahaja.

4. Balas komen

Ini adalah bahagian yang paling penting. Apabila ada Fans atau Friends

memberikan komen di status kita, kita perlu cepat-cepat membalas komen itu.

Jika mereka bertanya, bantu kefahaman mereka dengan menjawab dengan jelas

dan mudah.

5. Berkomunikasi melalui Inbox

Apabila kita berkomunikasi melalui Inbox, ia adalah satu perkara yang amat baik.

Ini kerana, ia bermaksud Fans atau Friends itu sudah mula berminat untuk tahu

lebih lanjut mengenai produk kita ataupun diri kita.

Pastikan kita berhubungan dengan hemah terhadap mereka. Jawab pertanyaan

mereka sehingga mereka faham dan jelas. Jika mereka belum berminat, berikan

mereka masa. Malah selang beberapa masa selepas itu, kita boleh hubungi

mereka kembali dengan tawaran diskaun.

Mereka tidak akan ada halangan jika kita hubungi mereka melalui Inbox kerana

mereka sudah mula biasa dan telah mengenali kita. Cuma kita tulis mesej dengan

bahasa yang baik dan jangan sesekali memaksa mereka membeli produk kita.

6. Berikan komen yang bernas dan positif sahaja

Apabila mereka memberikan komen, tugas kita adalah memberikan komen yang

terbaik dan tidak melukakan mereka. Jika dapat balas komen dengan ringkas, ia

11

lagi baik. Selain ia mudah dibaca, ruangan komen akan menjadi satu ruangan

perbincangan dengan berbalas komen.

Akhirnya, status itu akan menjadi viral dan dapat dilihat oleh rakan-rakan mereka

yang belum menyertai (Like) Fan Page kita. Biarkan mereka terus bertanya di

ruangan komen, kerana ia baik untuk proses pembinaan hubungan.

7. Buka ruangan ‘wall’ kepada umum

Ini adalah satu perkara yang amat penting. Sekali fikir, kita takut untuk buka

ruangan wall kepada umum kerana takut mereka menulis ayat-ayat iklan dan

promosi di wall Facebook Page kita. Ia bukanlah perkara besar kerana kita boleh

memadam tulisan sebegitu.

Membuka wall kepada umum agar mereka dapat menulis sesuatu adalah satu

tindakan yang menguntungkan kerana mereka dapat terus berkomunikasi dengan

kita tanpa melalui Inbox, ruangan komen, sebaliknya terus di ruangan terbuka.

Fans lain pula akan membaca jawapan dan balasan kita yang profesional. Tulisan

mereka di wall kita juga adalah salah satu cara untuk memperbanyakkan

kandungan perbincangan tanpa perlu kita sendiri memikirkannya.

13

5.0 7 Cara Mendapatkan Fans untuk Facebook Page

Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan ‘fans’ (Likes) untuk Facebook Page. Di

antaranya adalah seperti berikut:

1. Blog

Jika anda mempunyai blog, gunakan ia sebaik mungkin untuk mendapatkan fans.

Caranya sama ada anda menulis satu post khas mengenai Facebook Page anda,

letak link FB Page di mana-mana bahagian blog, ataupun gunakan ‘widget’ yang

disediakan oleh Facebook di sini:

http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

2. Youtube

Hasilkan video yang berinformasi, menghiburkan dan santai. Tempoh video tidak

perlu terlalu panjang. Sudah cukup sekitar 1 hingga 3 minit sahaja. Pada bahagian

‘description’, letak link ke Facebook Page. Youtube adalah enjin carian kedua yang

digunakan oleh pengguna Internet untuk mencari sesuatu maklumat.

3. Video viral di Facebook

Selain menggunakan Youtube, gunakan juga fungsi ‘upload’ video di Facebook

Page. Anda boleh gunakan video yang telah diupload di Youtube ataupun video

yang lain. Seeloknya, video itu adalah berkaitan dengan bidang bisnes dan jualan

yang dilakukan.

Sebaik-baik video adalah video yang mempunyai sebab untuk disebarkan oleh

penonton. Antaranya adalah seperti video yang lucu, berinformasi dan

menyentuh perasaan.

4. Iklan banner

Ini adalah kaedah pengiklanan yang terkenal pada awal bidang perniagaan

Internet wujud di Internet. Namun lama kelamaan ia semakin kurang efektif.

Namun jika kita lakukan sebaik mungkin, ia juga dapat membantu.

14

Beberapa petua yang boleh digunakan adalah, gunakan banner yang lebih

menggunakan teks, kurang animasi dan slot iklan itu berada di kedudukan yang

mudah mendapat perhatian oleh pelawat web tempat kita mengiklan.

5. Facebook Ads

Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah

fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari

dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu

sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-

juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul.

Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu

mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.

6. Ebook viral

Tulis apa-apa topik yang kita tahu dalam beberapa muka surat (seeloknya lebih

daripada 10 muka surat), di mana tulisan kita itu akan memberikan manfaat

kepada pembaca.

Dalam ebook percuma itu, kita letak maklumat diri dan bisnes yang kita lakukan,

termasuk link ke Facebook Page. Mereka yang rasa bermanfaat dengan ebook itu,

akan pasti mahu mendapatkan lagi maklumat berguna daripada kita.

7. Advertorial atau Review

Keluarkan sedikit kos untuk bisnes kita diulas oleh mana-mana blogger. Cari blog

yang berkaitan dengan bisnes kita dan hubungi pemilik blog itu. Tanya mereka

jumlah caj yang mereka kenakan untuk satu ulasan di blog mereka. Ulasan itu

sama ada mengenai produk, Fan Page ataupun bisnes kita.

15

6.0 Berniaga di Facebook: Kepada Siapa Anda Menjual?

Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook adalah kerana

usahawan dan peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka.

Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, kita perlu sejelasnya

‘mengenali’ siapakah pelanggan yang setepatnya. Kita tidak boleh promosikan

secara umum begitu sahaja kerana tidak semua orang sesuai atau memerlukan

produk yang kita jual.

Sasaran pelanggan kita haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika kita

menjual pakaian muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian

itu lebih sesuai untuk wanita muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan

bekerjaya. Maka itulah sasaran kita yang sebenar.

Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran kita yang sebenar?

1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai

itu, kita akan mula tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk

tersebut.

2. Kita sendiri yang takrifkan. Katakan kita menjual minuman kesihatan yang baik

untuk kecergasan sama ada wanita ataupun lelaki. Walaupun ia sesuai untuk

lelaki dan wanita, kita boleh lakukan pemasaran dengan menumpu kepada satu

jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan

melalui mesej promosi kita seperti ayat iklan.

Kesimpulan

Sebelum kita mula melakukan pemasaran dan promosi, kita perlu jelas dengan

sasaran pelanggan yang kita mahukan. Daripada situ, barulah kita mudah untuk

mendapat jualan kerana mesej iklan yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat

dan mengena.

16

7.0 Satu Cara Paling Mudah untuk Menguasai Seni Pengiklanan Facebook Ads

Menggunakan fungsi “Facebook Ads” adalah umpama menggunakan senapang

penembak tepat (sniper rifle). Kita boleh menentukan siapa yang boleh membaca

iklan itu. Jika kita menjual pakaian wanita, kita boleh tentukan iklan itu untuk

pengguna Facebook yang berjantina wanita sahaja.

Nampak seperti mudah. Namun hakikatnya tidak begitu. Ramai orang yang jika

dilihat mereka sukses sahaja menggunakan iklan berbayar di Facebook,

sebenarnya mereka telah banyak kali gagal sebelum meraih hasil yang besar.

Begitu juga kita dan sesiapa sahaja. Kita juga boleh menguasai seni mengiklan di

Facebook dan menguasainya dalam masa yang cepat jika betul caranya.

Di antara cara mudah dan cepat untuk menguasai pengiklanan “Facebook Ads”

adalah dengan belajar daripada orang yang telah berjaya. Mereka biasanya sudah

menghabiskan banyak masa dan tenaga utk mengkaji iklan yang berkesan dalam

menghasilkan jualan. Kita pula hanya siap belajar sahaja tanpa perlu bersusah

payah.

Di antara cara untuk belajar adalah dengan membeli panduan seperti ebook

panduan FB Ads yang ada di pasaran sama ada dari luar negara mahupun dalam

negara. Pembelajaran melalui panduan sebegini adalah lebih mudah difahami,

selain disertakan dengan contoh sebenar.

Selain itu, kita juga boleh menyertai seminar, kursus dan juga ‘personal coaching’.

Sudah ramai yang meraih hasil yang besar setelah mereka belajar melalui kursus

dan personal coaching. Hidup mereka sebelum dan selepas belajar cara yang

betul adalah amat berbeza.

Hubungi individu seperti Internet Marketer ataupun usahawan yang telah

menggunakan FB Ads dengan jayanya. Setiap daripada mereka mempunyai

pengalaman dan formula tersendiri. Gunakan formula itu untuk produk anda.

Kita ada dua pilihan dalam menguasai seni pengiklanan Facebook Ads:

17

1. Kita cuba-cuba sendiri dalam masa yang lama, dan bersedia untuk menanggung

kos ‘kegagalan’ yang banyak.

2. Belajar daripada orang lain dalam masa beberapa jam sahaja, dan kemudian

buat keuntungan yang besar berkali-kali.

Apakah pilihan kita?

19

8.0 Dari Facebook ke Emel: Bagaimana Membina Hubungan Baik dengan

Pelanggan Melalui Emel

Tidak dinafikan, Facebook semakin mendapat tempat di hati kebanyakan orang,

terutama rakyat Malaysia. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh sebuah laman

web dan semasa artikel ini ditulis, Malaysia menduduki tangga ke-17 pengguna

Facebook paling terbanyak.

Namun kita telusuri kembali sejarah lampau. Banyak laman sosial seperti

MySpace, Friendster dan lain-lain akhirnya ditinggalkan sedikit demi sedikit oleh

penggunanya. Begitu juga dengan Facebook, kita juga tidak tahu apa yang akan

berlaku pada satu hari nanti.

Atas kesedaran itu, kita perlu fikirkan strategi agar kita dapat meneruskan

perniagaan kita walaupun Facebook tidak lagi menjadi satu tempat singgahan

ramai. Salah satu strategi itu adalah “email marketing”.

Melalui kaedah pemasaran emel itu, kita tidak perlukan sebuah laman web yang

canggih, sebaliknya kita hanya menggunakan sebuah sistem pengurusan emel

pelanggan yang dipanggil sebagai “autoresponder”.

Dengan sistem autoresponder, kita boleh menyimpan sekurang-kurangnya nama

dan emel prospek (bakal pembeli) dan juga pelanggan sedia ada. Contoh

autoresponder yang banyak digunakan oleh usahawan online adalah seperti

Aweber.com dan Getresponse.com.

Dengan menggunakan autoresponder, kita dapat menghubungi ribuan pelanggan

dan prospek pada bila-bila masa sahaja yang kita mahu dengan hanya sekali klik

sahaja. Buka (login) sistem autoresponder, tulis emel dan klik “send”. Begitu

mudah tanpa kita perlu hantar emel satu persatu kepada setiap pelanggan.

Walaupun dikatakan Facebook itu hebat, namun ia bukan milik kita. Jadi kita perlu

usahakan sesuatu seperti menyimpan maklumat pelanggan pada satu tempat

yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa.

20

Walaupun dikatakan pengguna Internet pada masa ini lebih kerap melayari

Facebook, namun mereka tetap memerlukan emel untuk urusan pendaftaran

Facebook, urusan kerja dan juga urusan peribadi. Emel adalah satu-satunya

teknologi yang akan terus kekal dalam tempoh masa yang lebih panjang. Jadi

menggunakan autoresponder untuk memanjangkan hayat bisnes kita adalah satu

pilihan yang tepat.

Facebook Page dan Autoresponder

Apabila kita menggabungkan dua ‘teknologi’ ini bersama-sama, bisnes yang kita

lakukan akan menjadi semakin hebat, terurus dan ada jaminan masa hadapan. Ini

kerana, kita simpan maklumat pengguna dan prospek dengan baik dan mereka

dapat dihubungi pada bila-bila masa sahaja.

Dengan menggunakan Facebook Page, kita boleh menambah aplikasi iFrame.

Anda boleh menggunakan fungsi Search di Facebook dan taip “iFrame”. Ia akan

menyenaraikan aplikasi-aplikasi iFrame yang boleh dimasukkan ke Facebook Page.

Dengan aplikasi itu, kita boleh meletak laman web yang ‘simple’ di mana para

‘fans’ boleh memasukkan nama dan alamat emel mereka dalam borang yang

sediakan di situ. Laman web simple itu biasanya dipanggil sebagai Squeeze Page.

Hubungi mana-mana individu yang menyediakan servis rekabentuk laman

squeeze page jika anda tiada kemahiran mengenainya. Selain itu, boleh juga

dapatkan mana-mana panduan yang ada di Internet untuk memasukkan laman

web ke Facebook melalui aplikasi iFrame tadi.

9.0 Mengapa Wajib Menggunakan Facebook Page untuk Bisnes

Facebook Page atau disebut juga sebagai ‘Fan Page’ adalah salah satu kemudahan

yang disediakan oleh pihak pihak Facebook untuk usahawan dan perniagaan. Ini

bagi memudahkan pihak usahawan mengasingkan aktiviti perniagaan mereka

daripada personal profile.

21

Menggunakan Facebook Page untuk menjual produk, servis, membina pengikut

untuk bisnes, mengembangkan jenama dan apa jua tujuan, mempunyai banyak

kelebihan:

1. Boleh Tambah Aplikasi

Aplikasi adalah seumpama aksesori. Kita boleh tambah ruangan-ruangan lain yang

tiada pada Facebook Page. Contohnya kita ingin meletak website di Facebook

Page kita, maka kita boleh gunakan aplikasi seperti iFrame. Jika kita guna personal

profile, kita tidak dapat melakukan hal ini.

2. Landing Tab

‘Landing Tab’ adalah satu bahagian yang digunakan oleh pemilik Fan Page untuk

menarik minat prospek untuk klik Like Page yang mereka layari. Selain itu, landing

tab juga dapat digunakan untuk melakukan promosi bagi satu-satu produk dan

boleh juga digunakan untuk memperkenalkan diri kita dan perniagaan kita.

Selain meletak maklumat, kita juga boleh meletak video, gambar dan imej. Malah,

kita boleh meletak website ataupun blog secara ‘live’ pada bahagian tab. Untuk

satu Fan Page, kita boleh memasang sebanyak mana tab yang kita mahukan,

tetapi sebaiknya tidak terlalu banyak agar tidak membuat ‘fans’ atau prospek

keliru.

3. Statistik

Facebook Page mempunyai satu fungsi statistik yang dipanggil sebagai Insights.

Kita dapat tahu tulisan status kita yang mendapat lebih banyak respons dan yang

mana kurang. Dari situ kita dapat tahu pelajari tulisan-tulisan yang pengikut (fans)

sukakan.

Selain itu, kita juga dapat tahu beberapa maklumat asas fans kita seperti jumlah

fans mengikut umur, negeri / bandar kediaman dan jantina.

4. Keterbiasaan Pembeli Rakyat Malaysia

Jika dahulu rakyat Malaysia suka membeli melalui blog, tetapi kini mereka lebih

selesa dan suka berurus niaga melalui Facebook. Semakin ramai rakyat Malaysia

22

yang membeli produk di Facebook. Jadi amat rugi jika usahawan tidak mengambil

peluang untuk berniaga di Facebook.

5. Mindset Pengguna Facebook

Pengguna Facebook biasanya menganggap Personal Profile adalah untuk mencari

dan menambah kawan, seterusnya berkenalan. Ia bukan untuk bisnes dan

berniaga. Sebaliknya, mereka lebih selesa berurus niaga di Facebook Page.

Walaupun ada pengguna Facebook yang tidak kisah membeli melalui Personal

Profile, namun bagaimana pula dengan sebahagian pengguna yang lain? Gunakan

Facebook Page juga untuk menjual dan mempromosi agar pengguna FB yang

hanya mahu berurusan di FB Page tidak kita sia-siakan begitu sahaja.

10.0 Rahsia Utama Kejayaan Perniagaan dan Pemasaran di Facebook

Semakin ramai orang Malaysia yang berniaga di Facebook. Ada yang dapat untung

besar, ada yang dapat hasil suam-suam kuku dan ada juga yang gagal mendapat

sebarang hasil yang memuaskan.

Kata bijak pandai, kejayaan ada caranya, kegagalan ada sebabnya. Dalam artikel

ini, kita akan perhalusi satu faktor kejayaan dalam perniagaan di Facebook, iaitu

“fokus”.

Fokus bermaksud tidak melakukan perkara yang tidak berkaitan dan yang tidak

dirancang. Kita hanya melakukan perkara dan tindakan yang mengarah kepada

hasil yang disasarkan. Contohnya kita mahu hasil RM500 sehari melalui jualan di

Facebook. Maka apakah tindakan dan usaha yang perlu dilakukan?

Untuk berjaya berniaga di Facebook ataupun berjaya melakukan pemasaran

bisnes di Facebook, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil serius:

23

1. Fokus pada satu jenis produk sahaja untuk satu Facebook Page

Contohnya, untuk Facebook Page A, kita hanya jual produk pakaian wanita sahaja,

manakala di Facebook Page B, kita jual produk pakaian untuk lelaki dewasa.

Begitulah bagi lain-lain jenis produk.

Tujuan kita fokus satu jenis produk pada satu page adalah agar prospek tidak

keliru dan kita pula mudah menguruskan jualan dengan lebih lancar. Selain itu,

proses pemasaran seperti melalui pengiklanan Facebook Ads akan lebih fokus dan

menumpu.

2. Fokus pada perancangan

Umpama pasukan tentera dalam satu peperangan kalah dan menang di medan

peperangan, sudah pasti mereka akan berbekalkan perancangan dan strategi

tersendiri. Apakah yang akan berlaku apabila mereka tidak mengikuti strategi

yang telah ditetapkan? Sudah pasti pasukan itu akan kacau bilau, hilang tumpuan

dan akhirnya boleh kecundang.

Begitu juga kita dalam perniagaan di Facebook. Apabila kita telah mempunyai

perancangan yang telah jelas dan teratur, tanggungjawab kita adalah mengikut

perancangan itu sepenuhnya. Lakukan tindakan yang dirancang mengikut caranya

dan pada masa yang ditetapkan.

3. Pastikan fokus pada tujuan bisnes sahaja.

Betapa ramai usahawan yang mahu menjadi ‘hero’ di Facebook dengan menulis

hal-hal politik, isu semasa dan sebagainya. Tiada halangan untuk itu, tetapi

apabila kita sudah terlebih sudu daripada kuah, kita akan rugi. Perniagaan kita

akan terabai, perancangan hanya tinggal perancangan, dan banyak lagi kerugian

akan berlaku.

Elakkan terlibat dengan perbincangan isu-isu semasa di Facebook. Perbincangan

sebegini di Facebook akan menjadi sia-sia tanpa ada kawalan dan tujuan yang

satu. Jika anda mahu terlibat dengan politik semasa dan seumpamanya, medan

sebenar adalah di dunia nyata, bukan di Facebook.

24

Banyak menulis isu-isu panas di Facebook hanya akan menimbulkan ketegangan ,

selain banyak maklumat yang ditokok tambah dan diselewengkan. Selain itu, biar

pihak yang lebih arif sibuk dengan sesuatu isu. Tugas kita pula adalah menjana

ekonomi diri sendiri, keluarga dan negara.

Setkan minda, apabila kita berada di Facebook, tujuan kita hanyalah satu, iaitu

untuk bisnes sahaja. Apabila kita serius untuk fokus, kita bukan sahaja meraih

kejayaan untuk diri sendiri, malah mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

Ini juga usaha dakwah dan perjuangan, secara halus.

26

11.0 Satu Teknik Mudah Membina Kredibiliti di Facebook

Setiap perniagaan mempunyai pengemudinya, iaitu usahawan. Untuk

memastikan sesebuah perniagaan, produk dan jenama bisnes dikenali ramai,

pengemudi itu perlu melakukan sesuatu, iaitu promosi. Promosi ada banyak jenis

seperti promosi terang-terangan dan promosi secara halus.

Seorang usahawan yang dikenali dengan hati budi yang baik, suka berkongsi ilmu

dan membantu usahawan lain, akan mula dikenali dan dipercayai ramai sedikit

demi sedikit. Soalnya, bagaimana cara melakukannya?

Boleh dikatakan kebanyakan usahawan telah mempunyai akaun Facebook

masing-masing. Adalah amat rugi jika kita sebagai usahawan tidak

mempelbagaikan cara pemasaran di Facebook.

Artikel ini akan mendedahkan satu kaedah yang boleh dilakukan di Facebook,

iaitu dengan menggunakan Group. Group (komuniti) adalah satu ruang

berkumpulnya pengguna Facebook yang mempunyai minat yang sama.

Berikut adalah cara-caranya:

1. Guna nama sebenar di Facebook

Seorang usahawan harus telus di medan media sosial seperti di Facebook.

Menggunakan nama samaran boleh, tetapi ia sedikit berisiko. Orang lain akan

menganggap kita ada niat yang tidak baik. Pelanggan dan pembeli hanya mahu

berurusan dengan orang yang telus sahaja. Begitu juga kita, sama sekali ‘takut’

untuk membeli barang daripada orang yang menggunakan identiti palsu.

2. Gunakan gambar sebenar atau gambar yang elok

Gunakan gambar yang sebenar. Elakkan menggunakan gambar-gambar seperti

bunga, kartun dan seumpamanya, kerana ia tidak profesional dan tidak

mencerminkan kita sebagai seorang usahawan.

27

Jika boleh, letak foto yang terkini. Bagi usahawanita (wanita Islam) yang tidak

mahu mendedahkan gambar sebenar atas sebab privasi, boleh gunakan logo

bisnes. Elakkan meletak gambar produk. Manakala bagi lelaki, setakat ini tiada

alasan kukuh untuk tidak mendedahkan foto sebenar.

Kelebihan meletak foto sebenar di Facebook profile adalah, prospek dan

pelanggan semakin mempercayai dan meyakini kita.

3. Join group yang berkaitan sahaja

Group apakah yang perlu disertai? Bagaimana cara menyertai sesebuah group?

Berapa banyak group yang perlu saya sertai?

Anda sertai group yang berkaitan dengan perniagaan dan juga bidang jualan anda.

Untuk group berkaitan perniagaan, di sana terkumpul ramai usahawan. Kita boleh

berkenalan dengan mereka dan bina kredibiliti di sana sebagai usahawan yang

boleh sama-sama berkongsi pengalaman.

Manakala group berkaitan bidang jualan, katakan anda menjual pakaian, maka

sertai group yang berkaitan dengan pakaian. Kongsikan tip-tip dan panduan yang

berkaitan pakaian.

Untuk menyertai group, kita boleh mencari group dengan menggunakan fungsi

carian (search) di Facebook. Masukkan perkataan berkaitan dan klik search.

Kemudian klik pada Groups. Anda akan disenaraikan dengan group yang boleh

disertai.

Selain itu, gunakan juga fungsi carian Group di sini:

https://www.facebook.com/findgroups

Anda tidak perlu menyertai banyak group. Pilih group yang aktif dan lebih

menumpu kepada perbincangan dan perkongsian. Tidak kisah group itu ramai ahli

ataupun tidak, yang penting adalah kualiti ahli group. Elakkan group yang

memfokus kepada iklan semata-mata.

4. Gunakan gambar atau imej

28

Untuk menjadikan perkongsian anda di group lebih menarik perhatian ahli group,

gunakan imej ataupun foto yang sesuai dan berkaitan. Contohnya, jika anda

berkongsi tentang bisnes offline anda, sertakan sekali gambar kedai anda.

5. Penulisan dalam bentuk tip

Tidak perlu menulis terlalu panjang di group. Penulisan dalam bentuk senarai tip

adalah lebih digemari berbanding penulisan yang agak panjang lebar.

6. Perkongsian pengalaman sebenar

Selain berkongsi fakta dan ilmu dalam bentuk tip/panduan, ahli group juga amat

suka dengan perkongsian pengalaman sebenar. Berikan inspirasi dan motivasi

kepada mereka tanpa menyuruh mereka bermotivasi, tetapi kongsikan cerita

yang memberi mereka suntikan semangat.

7. Berikan komen positif

Apabila berkomuniti di group, sikap bertolak ansur adalah amat penting. Selain

berkongsi, kita juga perlu memberikan komen yang positif kepada ahli lain apabila

mereka berkongsi tip, panduan dan pengalaman. Ucapkan juga terima kasih,

tahniah dan sebagainya. Jika kita tidak tahu untuk komen, elakkan berikan komen

agar tidak ada ahli yang terluka.

30

12.0 Teknik Halus Menjual Produk di Facebook Personal Profile

Facebook personal profile adalah bahagian utama apabila kita memasuki (login)

ke Facebook. Di sini kita boleh mempunyai maksimum 5000 orang kawan

(Friends). Kita boleh ‘add’ pengguna Facebook yang lain, ataupun mereka yang

‘add’ kita.

Persoalan di sini adalah, bolehkah kita menjual produk di personal profile?

Bukankah ia hanya untuk berkenalan, berkawan, bersantai dan menambah

kenalan baru?

Jawapannya, boleh dengan bersyarat. Syaratnya adalah kita menggunakan teknik

yang betul dan berkesan. Pernah dengar pepatah “bagai menarik rambut dari

tepung”? Dalam artikel ini, kita akan gunakan konsep yang sama, iaitu dipanggil

sebagai “soft selling”.

Soft selling adakah teknik menjual “sambil menyelam minum air”, iaitu sambil kita

kongsikan sesuatu di bahagian status Facebook, orang akan mahu beli produk

kita, ataupun bertanya mengenai bisnes dan produk kita.

Cara untuk melakukannya cukup mudah, seperti berikut:

1. Soft selling bukan promosi terang-terangan. Jangan guna perkataan seperti

“beli sekarang”, “klik sekarang”, “hubungi saya sekarang”, “promosi terhad!”,

“diskaun hebat!” dan sebagainya. Ia tidak sesuai di personal profile.

2. Gunakan ayat bentuk bercerita. Contohnya katakan kita baru balik dari pejabat

pos, kita letak sekali gambar yang telah diposkan dan beritahu kita baru saja balik

dari pejabat pos.

Contoh lain, kita ceritakan respons pelanggan dalam bentuk bercerita, seperti,

“Saya amat gembira kerana kebanyakan pelanggan yang guna produk ini hantar

SMS perkembangan yang positif.” Sertakan gambar produk bersama tulisan

tersebut.

31

3. Beritahu tugas yang sedang dilakukan. Contoh: “Sedang siapkan tempahan

pelanggan. Perlu diposkan sebelum jam 3 petang ini.”

4. Kongsi cerita sebenar. Contohnya anda bercerita mengenai bisnes yang sedang

dilakukan. Mengapa menceburi bisnes itu, matlamat, perancangan dan

sebagainya. Sebut nama produk jika perlu.

5. Boleh letak link website ataupun fan page bisnes di setiap perkongsian soft

selling seperti di atas, tetapi elakkan terlalu kerap. Beritahu link informasi produk

setelah ada yang bertanya di ruangan komen.

6. Wujudkan sebuah album khas produk. Letakkan maklumat jelas bagi setiap

produk. Elakkan letak harga. Biar prospek bertanya sendiri sama ada di bahagian

komen gambar ataupun melalui Inbox.

13.0 Teknik Mudah Membina Pelanggan Berulang di Facebook

Dalam perniagaan, sama ada perniagaan offline ataupun online, formula yang

jarang didedahkan adalah memaksimakan keuntungan melalui pelanggan sedia

ada. Menjual kepada mereka adalah lebih mudah berbanding mendapatkan

pelanggan baru.

Selain mempromosikan produk kepada pelanggan baru, kita juga perlu terus

berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan sedia ada. Persoalannya,

bagaimana?

Sebelum itu, anda perlu menjual produk yang sesuai. Untuk memastikan

pelanggan sedia ada membuat pembelian lagi dan lagi, serta berterusan dengan

konsisten, produk yang dijual harus sesuai.

Anda perlu menjual produk yang “pakai habis buang”. Setelah pembeli habis

menggunakan produk itu, mereka perlu beli lagi. Contoh produk sebegini adalah

seperti makanan dan produk kesihatan.

32

Anda juga boleh menjual banyak produk sama jenis (kategori). Contohnya, selain

anda menjual karipap segera di Facebook Page, anda juga menjual serunding

daging, dodol dan sebagainya. Semua produk itu adalah dalam kategori yang

sama iaitu makanan.

Contoh lain pula adalah seperti menjual pelbagai jenis tudung. Terdapat pelbagai

jenama, warna dan jenis kain. Sudah pasti pelanggan yang membeli tudung jenis

A, pada satu hari nanti mereka akan membeli tudung jenis B pula.

Baik, teknik mudah yang dimaksudkan pada tajuk artikel ini adalah Facebook

Group. Wujudkan sebuah Facebook Group khas untuk pelanggan anda. Masukkan

(add) mereka ke dalam group itu, atau minta mereka klik pada “Join Group”.

Seni Komunikasi dengan Pelanggan Sedia ada

Setelah kita masukkan mereka ke dalam group khas itu, kita perlu berinteraksi

dengan cara yang berbeza, tidak sama seperti saat permulaan mereka membeli

daripada kita. Cara perbualan, tulisan dan jawapan harus lebih ‘mesra’. Elakkan

bahasa yang mengarah-arah dan meletak mereka sebagai pelanggan semata-

mata. Anggap mereka sebagai ‘kenalan’.

Bina satu komunikasi yang harmoni bersama mereka tanpa terlalu kerap menjual

dan membuat promosi. Apabila ingin membuat promosi di group tersebut, tulis ia

dalam bentuk “soft” seperti ‘Ada stok produk A baru masuk. PM saya kalau mahu

tempah ya. ;) ’. Elakkan promosi yang “hard” seperti ‘beli sekarang’ atau ayat-ayat

yang ‘menakut-nakutkan’ mereka.

Pelanggan sedia ada adalah aset paling penting bagi kita. Mereka perlu dilayan

dan dijaga dengan baik agar selain mereka terus membeli daripada kita, mereka

juga akan mencadangkan produk yang kita jual kepada rakan-rakan mereka yang

lain. Ini berlaku setelah mereka berpuas hati dengan layanan dan komunikasi baik

yang kita berikan kepada mereka.

33

14.0 Tiga Komponen Wajib Ada Pada Facebook Ads Anda

Pengiklanan berbayar di Facebook yang dikenali sebagai FB Ads semakin

digunakan oleh ramai usahawan dan peniaga Internet di Facebook. Namun dalam

keghairahan itu, ramai juga yang telah rugi besar kerana kos iklan terlampau

tinggi berbanding untung yang diperolehi.

Dalam satu-satu iklan di FB, tiga komponen berikut adalah perkara yang wajib

ada:

1. Sasaran harus tepat

Siapakah sasaran pelanggan untuk produk yang kita promosikan? Jantina mereka,

umur, tempat tinggal, negara dan juga minat (interest) mereka. Ada dua situasi

yang mesti dielak dalam proses penetapan sasaran pelanggan ini pada ruangan

“Ads Manager’, di mana walaupun penetapan sasaran telah dilakukan, tetapi kita

telah tersalah pilihan dan penetapan.

Situasi kedua pula adalah langsung tidak menetapkan sasaran yang menumpu,

sebaliknya mengiklankan kepada sesiapa sahaja dengan andaian lebih ramai yang

baca iklan, maka lebih ramai yang akan beli. Situasi kedua ini akan menyebabkan

kita rugi besar dalam pengiklanan di Facebook.

2. Gunakan imej yang menarik perhatian

Imej yang digunakan seeloknya adalah imej yang menarik perhatian, sama ada ia

berkaitan dengan teks iklan ataupun tidak. Namun sebaiknya ia berkaitan dengan

produk yang dijual. Tujuan utama imej di iklan adalah untuk mencuri perhatian

mata pengguna Facebook (pelanggan sasaran) agar membaca iklan, jadi ia

haruslah gambar yang mampu menarik mata pengguna Facebook.

Tugas iklan yang dibina adalah untuk memastikan mereka tertarik untuk

membaca dan klik pada iklan tersebut. Seterusnya, tugas menjual adalah laman

web jualan ataupun ayat jualan di Facebook Page.

34

Warna imej dicadangkan berwarna terang, manakala objek dalam gambar itu

adalah objek yang menarik pada fitrah jiwa manusia. Gambar-gambar, foto

ataupun imej yang mempunyai ciri memberi inspirasi, gembira, memotivasikan,

santai dan ceria, biasanya mampu mencuri perhatian mata pembaca iklan.

Seperkara lagi, imej menarik yang digunakan juga berfungsi agar iklan kita lebih

diutamakan berbanding iklan-iklan yang lain. Walaupun iklan kita tidak berada

paling atas, namun disebabkan imej yang digunakan adalah menarik, pembaca

iklan akan terus menumpu pada iklan kita sehingga terlupa pada iklan-iklan yang

lain.

3. “Call to Action”

Call to Action adalah “ayat arahan”. Komponen ini wajib ada agar iklan yang

dibaca akhirnya diklik. Contoh ayat arahan adalah seperti “Klik di sini”, “Daftar

sekarang” dan sebagainya. Ayat arahan ini adalah ayat yang menerangkan apakah

yang pembaca iklan perlu buat selepas mereka membaca iklan kita. Tanpa ayat

arahan sebegini, kemungkinan besar mereka hanya membaca iklan tanpa klik

padanya.

- anda boleh sebarkan laporan ini dengan apa jua cara -