arahan mukasurat : 2 dari 13 kerja penyediaan soalan ...pspa]-fppsm-02.pdf · 6.4.2 sekiranya...

15
1 Jun 2003 Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Mukasurat : 2 dari 13 FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02 Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003 SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir : 1.0 TUJUAN Arahan kerja ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan kaedah menyediakan soalan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran yang ditawarkan oleh FPPSM mengikut standard yang ditetapkan. 2.0 SKOP Arahan kerja ini meliputi penyediaan soalan peperiksaan akhir yang melibatkan semua maklumat dan standard yang perlu diikuti semasa menyediakan soalan peperiksaan akhir. Tugas ini melibatkan semua staf akademik sama ada staf sepenuh masa, sambilan dan kontrak. 3.0 TERMINOLOGI Soalan Peperiksaan Akhir Soalan atau kumpulan soalan dalam kertas soalan peperiksaan akhir. 4.0 SINGKATAN TD(A) KJ TP KP Timbalan Dekan (Akademik) Ketua Jabatan Timbalan Pendaftar Ketua Panel 5.0 DOKUMEN RUJUKAN Peraturan Akademik (kursus Diploma, Integrasi dan Sarjana Muda program pengajian sepenuh masa), UTM. Edisi keenam 1998. Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid (1992). Tatabahasa Dewan, Jilid 1 : AYAT, Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah, Farid, Hashim (1992). Tatabahasa Dewan, Jilid 2 : PERKATAAN, Dewan Bahasa dan Pustaka. Prosedur Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir.

Upload: vuongdiep

Post on 15-Mar-2018

230 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 2 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

1.0

TUJUAN Arahan kerja ini disediakan bertujuan untuk menjelaskan kaedah menyediakan soalan peperiksaan akhir bagi mata pelajaran yang ditawarkan oleh FPPSM mengikut standard yang ditetapkan.

2.0 SKOP

Arahan kerja ini meliputi penyediaan soalan peperiksaan akhir yang melibatkan semua maklumat dan standard yang perlu diikuti semasa menyediakan soalan peperiksaan akhir. Tugas ini melibatkan semua staf akademik sama ada staf sepenuh masa, sambilan dan kontrak.

3.0 TERMINOLOGI Soalan Peperiksaan Akhir

• Soalan atau kumpulan soalan dalam kertas soalan

peperiksaan akhir.

4.0 SINGKATAN TD(A) KJ TP KP

• Timbalan Dekan (Akademik) • Ketua Jabatan • Timbalan Pendaftar • Ketua Panel

5.0 DOKUMEN RUJUKAN • Peraturan Akademik (kursus Diploma, Integrasi dan Sarjana Muda program pengajian

sepenuh masa), UTM. Edisi keenam 1998. • Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid (1992). Tatabahasa Dewan, Jilid 1 : AYAT,

Dewan Bahasa dan Pustaka. • Nik Safiah, Farid, Hashim (1992). Tatabahasa Dewan, Jilid 2 : PERKATAAN, Dewan

Bahasa dan Pustaka. • Prosedur Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir.

Page 2: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 3 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

6.0

KETERANGAN ARAHAN KERJA

6.1 Penentuan Tajuk Utama Tentukan tajuk-tajuk utama yang akan dimasukkan ke dalam soalan peperiksaan akhir. Penentuan tajuk-tajuk utama ini mestilah mengikut kriteria berikut :

6.1.1 6.1.2

Tajuk-tajuk yang terkandung dalam silabus setiap mata pelajaran yang diajar bagi menentukan pelajar dinilai berdasarkan tajuk yang ditetapkan yang boleh memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelanggan luar. Dipersetujui oleh semua pensyarah yang terlibat dengan pengajaran dan penyediaan soalan peperiksaan akhir.

6.2 6.3

Bentuk Soalan Tentukan bentuk soalan peperiksaan akhir. Bentuk yang dipilih mestilah dipersetujui oleh semua pensyarah yang terlibat dengan pengajaran dan penyediaan soalan peperiksaan akhir. Antara bentuk yang boleh digunakan ialah seperti berikut : • Semua soalan objektif. Bentuk soalan objektif yang boleh digunakan ialah anika pilihan, kenyataan betul atau salah, isikan tempat kosong. • Semua soalan subjektif. • Gabungan soalan objektif dan soalan subjektif. Rujuk lampiran 1. Kerahsiaan Soalan Peperiksaan Akhir Pastikan aspek kerahsiaan dipelihara di sepanjang proses penyediaan soalan peperiksaan akhir. Antara perkara yang berkaitan dengan kerahsiaan ialah : (i) tidak menyediakan soalan peperiksaan akhir di tempat umum. (ii) tidak mendedahkan soalan peperiksaan akhir kepada umum.

Page 3: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 4 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

(iii)

(iv) (v)

serahkan kertas soalan peperiksaan akhir kepada jurutaip yang dikhaskan sahaja untuk urusan penaipan. dalam proses membuat pembetulan, pastikan kertas draf soalan peperiksaan akhir tidak jatuh ke tangan orang yang tidak berkenaan. kerja-kerja yang berkaitan dengan klip kertas soalan, membungkus, dan menanda bungkusan mesti dilakukan di dalam bilik kebal.

6.4

Jumlah Soalan Yang Perlu Disediakan

6.4.1 6.4.2

Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi satu bahagian sahaja dan berbentuk soalan esei, sediakan sekurang- kurangnya dua (2) soalan esei lebih daripada jumlah soalan esei yang perlu dijawab. Contohnya, sediakan sekurang- kurangnya lima (5) soalan esei jika tiga (3) soalan perlu dijawab. Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi dua bahagian atau lebih yang terdiri daripada soalan esei atau soalan berbentuk pengiraan, sediakan sekurang-kurangnya satu (1) soalan lebih daripada jumlah soalan yang perlu dijawab bagi setiap bahagian soalan. Contohnya bagi Bahagian A jawab dua daripada tiga soalan yang disediakan, dan Bahagian B jawab tiga soalan daripada empat soalan yang disediakan.

6.5 Soalan Wajib (tanpa pilihan) Soalan wajib dijawab (tanpa pilihan) dibenarkan mengikut kriteria berikut : (a) Soalan objektif aneka pilihan, kenyataan betul atau salah, dan isi tempat kosong. Kertas soalan peperiksaan akhir dibolehkan sama ada keseluruhan atau sebahagian terdiri daripada soalan objektif. Jika keseluruhan soalan peperiksaan akhir terdiri daripada soalan objektif sahaja, kelulusan dan persetujuan daripada KJ dan KK diperlukan.

Page 4: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 5 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

(b)

Soalan esei yang terdiri daripada pengiraan atau keterangan ringkas tentang konsep-konsep penting. Soalan wajib dijawab bentuk begini mestilah menyumbang tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan markah peperiksaan akhir.

6.6 Gaya Bahasa Gunakan bahasa, struktur ayat, dan ejaan mengikut gaya Tatabahasa Dewan. Soalan peperiksaan akhir mestilah menggunakan ayat yang mudah difahami, ringkas, jelas dan tepat.

6.7

Penggunaan Istilah

6.7.1 6.7.2 6.7.3

Guna istilah yang tepat. Rujuk buku istilah mata pelajaran tertentu untuk menterjemah istilah khusus. Tulis istilah khusus dalam bahasa Melayu dan istilah bahasa Inggeris atau singkatan dalam kurungan dengan cara yang betul. Contoh : selepuk (lump-sum) tokokan (mark-up) Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Keluaran Negara Kasar (KNK) Nilai Bersih Kini (NPV) Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris dimasukkan dalam teks soalan, istilah tersebut mestilah ditulis dengan huruf condong (italic). Contoh : 1. (a) Cadangkan jenis penyelidikan yang akan dibuat berdasarkan

kepada angkubah univariate.

Page 5: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 6 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

6.8

Penulisan Angka Tulis angka dengan cara yang betul. Contoh :

(a) (b)

1 000 bukan 1,000 10 000 bukan 10,000 Nilai matawang ditulis seperti berikut : RM1 000 bukan RM1,000 RM dan angka 1 000 perlu dirapatkan.

6.9

Panduan Menyediakan Soalan Esei

6.9.1 Susun soalan yang bersifat teori dan konsep asas terlebih dahulu daripada soalan yang bersifat analisis/perbincangan. Contoh :

1. (a) Beri definisi inflasi. (b) Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan inflasi. (c) Bincangkan bagaimana dasar fiskal dapat digunakan untuk mengurangkan inflasi. (20 markah)

6.9.2 Tentukan jumlah/bilangan yang perlu dijawab bagi soalan berkait dengan beberapa kriteria atau faktor. Contoh :

1. (a) Nyatakan dengan contoh lima faktor yang mempengaruhi inflasi.

6.9.3

Susun penomboran soalan mengikut format berikut :

1. Huraikan kenyataan berikut dengan satu contoh yang sesuai. (a) Komunikasi pemasaran yang mengandungi (i) pengiklanan (ii) promosi jualan

Page 6: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 7 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

6.10

Soalan Kajian Kes Sediakan soalan kajian kes mengikut kriteria berikut :

(a)

Jika soalan berkait dengan kajian kes yang dipetik daripada buku Inggeris, maka kajian kes mesti diberikan kepada pelajar sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh peperiksaan. Kajian kes mestilah tidak melebihi tiga (3) muka surat untuk pelajar Sarjana Muda. Masa menjawab tidak melebihi 2 jam.

(b)

Jika kajian kes berbentuk terjemahan, maka petikan kajian kes hendaklah diberi semasa peperiksaan akhir diadakan. Kajian kes tersebut mestilah tidak melebihi sepuluh (10) muka surat untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda. Masa menjawab tidak melebihi 3 jam.

6.11 Penggunaan Simbol Nyatakan makna simbol yang digunakan dalam soalan berbentuk pengiraan. Jika beberapa simbol yang sama digunakan dalam beberapa soalan berbentuk pengiraan, nyatakan makna simbol tersebut dalam helaian berasingan pada permulaan soalan.

6.12 Panduan Menyediakan Soalan Objektif

(a) Setiap soalan aneka pilihan mestilah mempunyai empat (4) opsyen jawapan.

(i) Tulis opsyen jawapan dengan huruf besar dan selari ke bawah. Contohnya :

A. Faktor luaran sahaja. B. Faktor dalaman sahaja. C. Faktor luran dan faktor dalaman. D. Faktor sampingan.

Page 7: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 8 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

(ii)

Jika jawapan bersambung dengan soalan, maka jawapan hendaklah bermula dengan huruf kecil. Contoh :

Objektif peletakan harga ialah untuk A. memaksimumkan keuntungan. B. bersaing dengan para pesaing. C. melariskan jualan. D. menjaga hati pelanggan.

(iii) Jika jawapan merupakan ayat secara berasingan daripada ayat dalam soalan, maka jawapan hendaklah bermula dengan huruf besar. Contoh :

Yang mana antara kenyataan berikut adalah salah. A. Kos tetap ialah kos pelaburan terhadap hartanah. B. Kos tetap tidak boleh berubah dalam operasi pengeluaran. C. Kos berubah tidak boleh berubah dalam operasi pengeluaran. D. Kos total sentiasa berubah dalam operasi pengeluaran.

(b) Taip soalan objektif menggunakan jarak mengikut ketetapan.

(i) Jarak di antara setiap soalan objektif ialah 3.0 langkau. Jarak di antara opsyen jawapan ialah 1.5 langkau. Jarak bagi maklumat dalam soalan yang berbentuk romani ialah 1.0 langkau. Jarak di antara maklumat soalan berbentuk romani dan opsyen jawapan ialah 2.0 langkau. Contoh: I. Pengiklanan. II. Promosi jualan. III. Jualan bersemuka. IV. Perhubungan awam.

Page 8: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 9 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

Jarak di antara opsyen jawapan ialah 1.5 langkau. Contoh : A. I sahaja. B. I dan II. C. II, III dan IV. D. Semua di atas.

(c) (d)

Soalan objektif yang menggunakan perkataan kecuali untuk menunjukkan kontras antara soalan dengan jawapan, tulis perkataan kecuali dengan huruf kecil dan bold. Contoh :- Berikut ialah beberapa faktor yang dapat mempengaruhi permintaan satu barang kecuali A. harga barang. B. pendapatan. C. jumlah penjual. D. cita rasa. Bagi soalan bentuk BETUL/SALAH, gunakan huruf B untuk kenyataan betul, dan huruf D untuk kenyataan salah.

6.13 Penaipan Taip soalan peperiksaan akhir mengikut kriteria yang ditentukan, iaitu :

(i) (ii) (iii)

Font TIMES NEW ROMAN saiz 12. Jarak 1.5 langkau di antara baris. Kaedah penaipan : selepas koma (,) tekan space-bar sekali. selepas noktah (.) tekan space-bar dua kali.

6.14 Peruntukan Masa Masa yang diperuntukkan bagi menjawab soalan mestilah bersesuaian dengan bentuk soalan. Contohnya, peruntukkan masa 30 minit bagi menjawab satu soalan esei, dan 1.5 minit untuk menjawab satu soalan objektif, kenyataan betul atau salah dan isi tempat kosong.

Page 9: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 10 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

6.15

Peruntukan Markah

6.15.1

Tentukan markah peperiksaan akhir mengikut ketetapan Peraturan Akademik UTM. Wajaran peperiksaan akhir hendaklah dinilai tidak melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan markah.

Jumlah markah peperiksaan akhir ditulis di kulit luar soalan peperiksaan akhir. Sekiranya jumlah markah kertas soalan ialah 100, maklumat tambahan perlu ditulis menunjukkan wajaran yang berkaitan. Contoh : MARKAH : 100 (MENYUMBANG 40 PERATUS KEPADA MARKAH KESELURUHAN)

6.15.2 6.15.3

Markah bagi setiap soalan subjektif mestilah ditulis pada bahagian akhir soalan, di sebelah kanan, dengan jarak 1.5 langkau daripada ayat terakhir soalan. Contoh:- (a) Beri tiga sebab berlakunya inflasi. (b) Jelaskan bagaimana Dasar Fiskal dapat digunakan untuk mengurangkan kadar inflasi. (20 markah)

Jumlah markah bagi setiap bahagian mestilah ditulis pada arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan akhir (rujuk maklumat di para 6.16 (b) (ii)).

6.16 Arahan Kepada Calon

(a) (b)

Arahan di kulit luar . ARAHAN KEPADA CALON : BAHAGIAN A : Jawab SEMUA soalan. BAHAGIAN B : Jawab TIGA (3) soalan sahaja. Arahan di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan akhir.

Page 10: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 11 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

(i)

Sekiranya soalan peperiksaan akhir terdiri daripada satu bahagian sahaja, arahan di bahagian dalam kertas soalan tidak perlu di tulis. Arahan di kulit luar kertas soalan sudah memadai.

(ii) (iii)

Sekiranya soalan peperiksaan terdiri daripada dua bahagian atau lebih, arahan bagi setiap bahagian soalan perlu ditulis di bahagian dalam kertas soalan peperiksaan akhir. Contoh : • BAHAGIAN A : (10 markah) Arahan : Wajib di jawab. • BAHAGIAN B : (30 markah) Arahan : Jawab tiga soalan sahaja. Bagi soalan bentuk objektif aneka pilihan, kenyataan betul atau salah, dan isi tempat kosong, jawapan boleh ditanda sama ada dalam kertas soalan, atau borang OMR atau buku jawapan. Arahan tambahan diperlukan di bahagian dalam kertas soalan. Contoh : BAHAGIAN A : (20 markah) Arahan : Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang tepat, dan tanda jawapan dalam borang OMR.

Page 11: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 12 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

(iv)

• BAHAGIAN B : (10 markah) Arahan : Jawab semua soalan. Tanda B bagi benar dan D bagi salah bagi kenyataan berikut dalam kertas jawapan. Sekiranya soalan peperiksaan akhir terdiri daripada satu bahagian sahaja, dan berbentuk soalan objektif, arahan tambahan perlu ditulis di bahagian dalam kertas soalan. Nota : Bagi jawapan yang perlu dibuat dalam kertas soalan, maklumat tambahan seperti nama pelajar, nombor kad pengenalan, nombor seksyen dan nama pensyarah perlu ditulis di kulit luar kertas soalan.

6.17 Kulit Luar Kertas Soalan Kulit luar (cover page) kertas soalan peperiksaan akhir mestilah mengandungi maklumat berikut : • Logo UTM • Semester dan sesi pengajian • Kod Mata Pelajaran • Nama Mata Pelajaran • Kod Kursus • Masa Peperiksaan • Tarikh Peperiksaan • Markah • Arahan kepada calon. • Bilangan muka surat kertas soalan peperiksaan akhir. (Perhatian : kulit luar dikira sebagai muka surat 1).

Contoh kulit luar kertas soalan peperiksaan akhir yang ditetapkan oleh FPPSM disertakan seperti di Lampiran 1 dan Lampiran 2.

Page 12: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir

Mukasurat : 13 dari 13

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN

No. Rujukan : AK(PSPA)/ FPPSM-02

Semakan : 0 Tarikh Keluaran : 01.06.2003

SUMBER MANUSIA Pindaan Terakhir :

6.18

Penomboran Muka Surat Letakkan nombor muka surat di tengah bahagian bawah setiap kertas soalan.

(i) (ii)

Muka surat yang mengandungi soalan bermula dengan muka surat 2. Kulit luar dikira sebagai muka surat 1, tetapi angka 1 pada kulit luar tidak perlu ditulis.

7.0 CARTA ALIR Tiada

8.0 DOKUMEN SOKONGAN Tiada

9.0 REKOD KUALITI Rekod Kualiti • Kertas soalan peperiksaan akhir. • Jadual kerja penyediaan soalan

peperiksaan akhir. • Lampiran 1 : bentuk soalan • Lampiran 2 : bentuk kulit soalan

luar semester I • Lampiran 3 : bentuk kulit soalan

luar semester II

No. Rujukan Fail KJ UTM.29(S)/14.12/4 (52) Fail KJ Fail KJ Fail KJ

Lokasi Bilik KJ PTA Bilik KJ Bilik KJ Bilik KJ

Page 13: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

LAMPIRAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER I SESI 2002/2003

KOD MATA PELAJARAN : SHM 5143 MATA PELAJARAN : EKONOMI KEJURUTERAAN KURSUS : 4 SEE MASA : 2 JAM 30 MINIT TARIKH : FEBRUARI 2003 MARKAH : 100 (MENYUMBANG 50 PERATUS KEPADA MARKAH KESELURUHAN) ARAHAN KEPADA CALON : BAHAGIAN A : Jawab SEMUA soalan.

BAHAGIAN B : Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

BAHAGIAN C : Jawab SATU (1) soalan sahaja.

KERTAS INI TERDIRI DARIPADA 6 MUKA SURAT SAHAJA (TERMASUK MUKA SURAT INI).

Page 14: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

LAMPIRAN 2

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER II SESI 2002/2003

KOD MATA PELAJARAN : SHM 5143 MATA PELAJARAN : EKONOMI KEJURUTERAAN KURSUS : 4 SEE MASA : 2 JAM 30 MINIT TARIKH : FEBRUARI 2003 MARKAH : 40 ARAHAN KEPADA CALON : BAHAGIAN A : Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

BAHAGIAN B : Jawab EMPAT (4) soalan sahaja.

KERTAS INI TERDIRI DARIPADA 6 MUKA SURAT SAHAJA (TERMASUK MUKA SURAT INI).

Page 15: Arahan Mukasurat : 2 dari 13 Kerja Penyediaan Soalan ...PSPA]-FPPSM-02.pdf · 6.4.2 Sekiranya kertas soalan peperiksaan akhir mengandungi ... Sekiranya istilah dalam bahasa Inggeris

1 Jun 2003

FAKULTI PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

Nama Dokumen : Arahan Kerja Penyediaan Soalan Peperiksaan Akhir Nombor Rujukan : AK(PSPA)/FPPSM-02 Edisi : 1 Tarikh Keluaran : 1 Jun 2003

Disediakan Oleh : Timbalan Dekan : PROF. MADYA KHAIRI (Akademik) IZWAN ABDULLAH

Tandatangan : Tarikh :

Diluluskan Oleh : Dekan : PROF. MADYA DR. HJ. MOHD. TAIB BIN HJ. DORA

Tandatangan : Tarikh :