portal rasmi majlis daerah kampar (mdk) · web view6.6 borang-borang pendaftaran yang memenuhi...

12
KEJOHANAN PIALA YANG DIPERTUA @ PENGERUSI MMS MAJLIS DAERAH KAMPAR EDISI KE II TAHUN 2016 1. NAMA PERTANDINGAN & PIALA PUSINGAN : 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Kejohanan Piala Yang Dipertua @ Pengerusi MMS Majlis Daerah Kampar Edisi II Tahun 2016. 1.2 Pihak penganjur menyediakan sebuah Piala Pusingan untuk pertandingan ini. 2. HAK KAWALAN DAN PENGURUSAN PERTANDINGAN : Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan ini adalah di bawah Jawatankuasa Pertandingan, tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelaras Kelab Sukan MD Kampar. 3. HAK MILIK PIALA : Piala Pusingan yang dipertandingkan adalah milik Kelab Sukan Majlis Daerah Kampar dan tidak boleh menjadi milik terus oleh pasukan yang memenanginya. 4. KELAYAKAN PEMAIN / PASUKAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN : 4.1 Penyertaan adalah dari kalangan pasukan yang dijemput oleh pihak penganjur. 4.2 Jemputan kepada mana-mana pasukan adalah hak mutlak penganjur. 4.3 Pemain yang didaftarkan terbuka kepada warganegara Malaysia. 5. PEMAIN-PEMAIN YANG TIDAK LAYAK DIDAFTARKAN : 5.1 Pemain-pemain yang sedang menjalani penggantungan permainannya oleh mana-mana Persatuan Bolasepak Daerah/Negeri/Malaysia dimana penggantungan tersebut disahkan dan diiktiraf oleh Badan Induk Bolasepak Negeri atau Badan Induk Bolasepak Negara (FAM). 5.2 Pemain-pemain yang mewakili pasukan dalam Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, Piala Presiden dan SUKMA tidak layak didaftarkan (bermula dari tahun 2014). 6. PENDAFTARAN PASUKAN : 6.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan : 6.1.1 22 orang pemain 6.1.2 Seorang pengurus, seorang jurulatih dan seorang fisio. 6.2 Pengurus & jurulatih boleh bermain untuk pasukannya dengan syarat mereka disenaraikan dalam SENARAI PEMAIN YANG DIDAFTARKAN .

Upload: others

Post on 12-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.

NAMA PERTANDINGAN & PIALA PUSINGAN :

1.1

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bolasepak Kejohanan Piala Yang Dipertua @ Pengerusi MMS Majlis Daerah Kampar Edisi II Tahun 2016.

1.2

Pihak penganjur menyediakan sebuah Piala Pusingan untuk pertandingan ini.

2.

Hak kawalan dan pengurusan PERTANDINGAN :

Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan ini adalah di bawah Jawatankuasa Pertandingan, tertakluk kepada Jawatankuasa Penyelaras Kelab Sukan MD Kampar.

3.

HAK MILIK PIALA :

Piala Pusingan yang dipertandingkan adalah milik Kelab Sukan Majlis Daerah Kampar dan tidak boleh menjadi milik terus oleh pasukan yang memenanginya.

4.

KELAYAKAN Pemain / Pasukan Dan Syarat-Syarat Am PENYERTAAN :

4.1

Penyertaan adalah dari kalangan pasukan yang dijemput oleh pihak penganjur.

4.2

Jemputan kepada mana-mana pasukan adalah hak mutlak penganjur.

4.3

Pemain yang didaftarkan terbuka kepada warganegara Malaysia.

5.

PEMAIN-PEMAIN YANG TIDAK LAYAK DIDAFTARKAN :

5.1

Pemain-pemain yang sedang menjalani penggantungan permainannya oleh mana-mana Persatuan Bolasepak Daerah/Negeri/Malaysia dimana penggantungan tersebut disahkan dan diiktiraf oleh Badan Induk Bolasepak Negeri atau Badan Induk Bolasepak Negara (FAM).

5.2

Pemain-pemain yang mewakili pasukan dalam Liga Super Malaysia, Liga Perdana Malaysia, Piala Emas Raja-Raja, Piala Presiden dan SUKMA tidak layak didaftarkan (bermula dari tahun 2014).

6.

PENDAFTARAN PASUKAN :

6.1

Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan :

6.1.122 orang pemain

6.1.2Seorang pengurus, seorang jurulatih dan seorang fisio.

6.2

Pengurus & jurulatih boleh bermain untuk pasukannya dengan syarat mereka disenaraikan dalam Senarai pemain yang didaftarkan .

6.3

Pendaftaran hendaklah dibuat menggunakan Borang Pendaftaran yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

6.4

Borang pendaftaran yang lengkap hendaklah

6.4.1

DITAIP atau ditulis dengan kemas dan disertakan dengan

6.4.2

Salinan kad pengenalan pemain-pemain dan pegawai-pegawai

6.5

6.6

Borang-borang pendaftaran yang memenuhi syarat-syarat 6.4.1 & 6.4.2 saja yang akan diterima.

Penerimaan pendaftaran pasukan & pemain adalah hak J/K Pertandingan.

7.

BAYARAN PENYERTAAN :

7.1

Bayaran penyertaan untuk kejohanan ini adalah sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja)

Pertaruhan/Cagaran=RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus Sahaja)

JUMLAH

= RM600.00 (Ringgit Malaysia Enam Ratus Saja)

7.2

Wang pertaruhan/cagaran sebanyak RM100.00 akan dikembalikan setelah pasukan menamatkan saingan dan setelah diambil kira perkara-perkara di bawah ini terlebih dahulu (sekiranya ada) :

7.2.1

Denda memberi kemenangan percuma.

7.2.2

Lain-Lain hukuman denda yang dikenakan oleh J/K Pertandingan jika difikirkan perlu.

8.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN :

Borang Pengesahan Penyertaan, PENDAFTARAN PEMAIN-PEMAIN DAN PEGAWAI-PEGAWAI Dan Borang Senarai Pemain bersama bayaran penyertaan (tunai) hendaklah disampaikan pada atau sebeluM 17 OGOS 2016kepada pihak penganjur dialamat :

KELAB SUKAN

MAJLIS DAERAH KAMPAR,

31900 KAMPAR, PERAK

9.

FORMAT PERTANDINGAN :

Akan Dijalankan secara liga berkumpulan satu pusingan DAN bergantung kepada jumlah pasukan.

9.1

Liga BERKumpulan Satu Pusingan

9.1.1

Semua pasukan akan bermain antara satu sama lain dalam satu pusingan

9.1.2

Mata diberi seperti berikut:Menang = 3 Seri = 1 Kalah = 0

9.1.3

Jika terdapat persamaan mata antara pasukan-pasukan untuk penentuan kedudukan selepas semua perlawanan tamat, ianya ditentukan berdasarkan pasukan yang

i.mempunyai perbezaan gol yang lebih

ii.mempunyai jumlah jaringan gol yang lebih

iii.menang ke atas pasukan yang berkenaan dalam perlawanan peringkat

kumpulan

iv.lebih banyak menang dalam peringkat kumpulan atau

v.lain-lain keputusan yang ditentukan oleh J/K Pertandingan dan keputusan ini adalah muktamad.

9.1.4

Penentuan kumpulan akan dilakukan secara undian.

9.1.5

Dua pasukan teratas dari setiap kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir

9.1.6

Jika terdapat persamaan mata antara pasukan-pasukan untuk penentuan kedudukan selepas semua perlawanan tamat, ianya ditentukan seperti 9.1.3

10.

JANGKAMASA PERMAINAN :

10.1

Masa perlawanan ialah 35 minit setiap separuh masa dengan masa rehat tidak lebih 10 minit kecuali dengan izin pengadil.

10.2

Bagi pertandingan Kalah-Singkir, peringkat Suku Akhir, Separuh-Akhir dan Akhir, jika keputusan seri selepas masa sebenar, masa tambahan 10 minit setiap separuh masa akan diberi dan jika masih seri, tendangan dari tanda penalti akan dijalankan.

10.2.1 Tendangan penalti sebanyak 5 kali dari setiap pasukan dan jika seri,

10.2.2 Tendangan penalti akan dilaksanakan secara `SUDDEN DEATH’ dan jika masih

seri,

10.2.3 Penentuan pemenang akan diserahkan kepada J/K Pertandingan di mana

keputusannya adalah muktamad.

10.3

Untuk penentuan pemenang bagi tendangan dari tanda penalti seperti 10.2, pemain-pemain tidak dibenarkan untuk meninggalkan padang setelah tamat masa sebenar kecuali dengan izin pengadil.

10.4

Dalam perkara 10.2, jika pada pendapat J/K Pertandingan, keadaan cuaca atau lain-lain keadaan diluar kawalan tidak mengizinkan tendangan dari tanda penalti dijalankan atau diteruskan, maka J/K Pertandingan berhak menentukan tatacara penentuan pemenang di mana keputusanya adalah muktamad.

11.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN :

11.1

Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang yang berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persekutuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

11.2

Setiap pasukan hendaklah mengemukakan nama 11 (sebelas) orang pemain dan 11 (sebelas) orang pemain simpanan serta NOMBOR JERSI mereka di dalam borang yang disediakan sebelum perlawanan.

11.3

Lima (5) pertukaran menurut undang-undang yang ditetapkan oleh J/Kuasa Pertandingan dari sembilan (11) orang pemain simpanan boleh dilakukan dalam sesuatu perlawanan termasuk masa tambahan. Mana-mana pemain yang diganti tidak boleh bermain semula dalam perlawanan tersebut termasuk pengambilan tendangan dari tanda penalti.

11.4

Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Jika ketua pasukan digantikan, maka lilitan tersebut hendaklah diberi kepada pemain yang mengambil alih tempat sebagai ketua pasukan.

12.

BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI :

12.1

Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 9 orang pemain untuk memulakan permainan. Pasukan yang gagal berbuat demikian apabila pengadil hendak memulakan permainan akan dikira kalah dan kemenangan percuma diberi kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 – 0 dan (3) tiga mata.

12.2

Jika kedua-kedua pasukan gagal menurunkan 9 orang pemain apabila pengadil hendak memulakan perlawanan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada J/K Pertandingan yang akan mengambil tindakan yang difikirkan patut.

12.3

Kesalahan bagi 12.1 &12.2 akan menyebabkan tindakan tatatertib diambil ke atas pasukan/pasukan-pasukan yang terbabit.

13.

TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN :

13.1

Pasukan yang menarik diri setelah mengesahkan penyertaan dengan menjelaskan segala bayaran atau selepas penyertaan ditutup tetapi sebelum pertandingan dimulakan tanpa kelulusan atau memberikan alasan yang wajar, akan/boleh dikenakan tindakan oleh J/K Pertandingan.

13.2

Pasukan yang menarik diri semasa pertandingan dijalankan, maka segala keputusan yang melibatkan pasukan berkenaan tidak akan diambil kira, mengikut budibicara J/K Pertandingan.

13.3

Pasukan yang gagal melaporkan diri untuk sesuatu perlawanan kecuali dalam hal bencana alam yang sebab-sebabnya kemudian diterima oleh J/K Pertandingan, atau enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamat perlawanan, maka pasukan yang ingkar itu dianggap telah kalah dan kemenangan diberi kepada lawannya dengan jaringan 3 – 0 atau lebih mengikut jaringan gol pada masa meninggalkan padang dan tiga mata.

13.4

Pasukan yang melakukan kesalahan seperti 13.2, & 13.3 akan didenda sebanyak RM 100.00 dan ianya akan dipotong dari wang cagaran.

13.5

Pasukan yang telah didenda dan telah dipotong wang cagarannya hendaklah membayar wang cagaran semula sebelum memulakan perlawanan seterusnya.

13.6

Jika pasukan tersebut tidak menjelaskan semula wang pertaruhan seperti 13.5 di atas, maka perlawanan pasukan itu yang seterusnya akan digantung walaupun pasukan itu hadir untuk bermain bersama-sama pasukan lawan.

13.7

Sekiranya pasukan berkenaan gagal untuk memenuhi syarat-syarat seperti 13.5 di atas sebelum perlawanan seterusnya, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dari Pertandingan ini.

14.

PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN :

14.1

Jika pengadil berpendapat bahawa padang atau keadaan tidak sesuai untuk permainan kerana keadaan cuaca atau hal-hal di luar jangkaan atau kawalan dan perlawanan tidak dapat dijalankan atau sekiranya perlawanan dihentikan akibat hal-hal di luar kawalan kedua-dua pasukan, maka Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan tindakan yang sewajarnya.

14.2

Jika pengadil memberhentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan jaringan 3 – 0 atau jaringan semasa perlawanan dihentikan dan tiga mata . Tindakan spt. 13.4, 13.5 & 13.6 akan dilaksanakan.

15.

TINDAKAN TATATERTIB :

15.1

Pemain yang menerima 2 (dua) amaran bertulis (kad kuning) dalam 2 (dua) perlawanan yang berasingan, digantung SATU perlawanan berikutnya.

15.2

Pemain yang menerima 2 (dua) amaran bertulis (kad kuning) dalam satu perlawanan dan menerima perintah keluar padang, digantung SATU perlawanan berikutnya.

15.3

Jika pemain yang sama seperti 15.1 di atas, setelah menjalani penggantungan satu perlawanan, menerima amaran bertulis kad kuning bagi kali Ke 3 dan ke 4 dalam dua perlawanan yang berasingan seterusnya seperti 15.1, pemain tersebut akan digantung SATU perlawanan berikutnya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib dan begitulah seterusnya.

15.4

Pemain yang menerima perintah keluar padang (kad merah) secara terus, digantung 1 (SATU) perlawanan berikutnya dan boleh dikenakan tindakan tatatertib seterusnya oleh J/K Tatatertib. Sekiranya J/K Tatatertib tidak dapat mendengar kesnya atau tiada sebarang tindakan susulan atau keputusan diambil, maka pemain berkenaan boleh bermain setelah tamat pengantungan 1 perlawanan.

15.5

Jika setelah menjalani pengantungan 1 perlawanan seperti 15.4 di atas, dan setelah atau sebelum bermain semula dalam perlawanan seterusnya, J/K Tatatertib memutuskan pemain berkenaan dikenakan penggantungan perlawanan tambahan, maka pemain berkenaan akan dikenakan penggantungan tambahannya dalam perlawanan/perlawananan-perlawanan seterusnya.

15.6

Pemain yang menerima Kad Merah kedua setelah menjalani penggantungan seperti 15.4, akan digantung DUA perlawanan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib dan begitulah seterusnya.

16

PENANGGUHAN PERLAWANAN :

16.1

Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan, tetapi J/kuasa Pertandingan berhak menangguhkan mana-mana perlawanan ataupun tempat perlawanan atas sebab-sebab tertentu di mana keputusannya adalah muktamad.

17.

WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN:

17.1

Waktu bermula perlawanan akan dikeluarkan oleh J/K Pertandingan setelah undian dibuat.

17.2

“Masa Menunggu” selama 15 minit akan diberikan kepada pasukan yang gagal hadir pada masa yang ditetapkan yang diberi atas budibicara Pengadil Perlawanan.

17.3

Pasukan yang gagal hadir selepas masa menunggu, dikira telah memberi kemenangan percuma seperti dalam 13.3 dan tindakan seperti 13.4 juga akan dikuatkuasakan.

18.

PAKAIAN DAN WARNA PASUKAN:

18.1

Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan warna jersi bagi pasukan tuan rumah.

18.2

Sekiranya persamaan warna jersi berlaku, maka pasukan tuan rumah yang memakai warna jersi yang didaftarkan berhak untuk memakai warna jersi yang dipakai dan pasukan pelawat hendaklah menukar warna jersi mereka.

18.3

Sekiranya pasukan tuan rumah tidak memakai warna jersi yang didaftarkan, maka pasukan tuan rumah hendaklah menukar warna jersi mereka dan pasukan pelawat berhak memakai warna jersi yang ada ketika itu.

18.4

Tuan rumah ialah pasukan yang namanya disebut dahulu dalam jadual perlawanan.

18.5

Walaubagaimanapun setiap pasukan hendaklah menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna.

19.

PERLANGGARAN PERATURAN / SYARAT PERTANDINGAN :

19.1

Sebarang bantahan atau perlanggaran syarat akan diputuskan oleh J/K Pertandingan dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dibawa ke sebarang Mahkamah.

19.2

J/K Pertandingan berhak membuat sebarang siasatan terhadap mana-mana pasukan/pemain bagi membuktikan pelanggaran peraturan & syarat serta menerima bantahan apabila perlu.

19.3

Siasatan seperti 19.2 boleh dibuat tanpa menerima sebarang bantahan apabila difikirkan perlu dan jika ia membuktikan mana-mana pasukan/pemain telah melanggar peraturan & syarat pertandingan, maka J/K Pertandingan berkuasa mengambil tindakan seperti 19.5 dan keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh dibawa ke sebarang Mahkamah.

19.4

Pemain, pegawai atau pasukan yang melanggar Peraturan Dan Syarat-Syarat Pertandingan atau undang-undang permainan, boleh dikenakan tindakan oleh J/K Pertandingan.

19.5

Tindakan tatatertib yang dikenakan atas pemain-pemain, pegawai-pegawai atau pasukan-pasukan akan berkuatkuasa serta-merta sehingga tempoh pengantungan habis kecuali pihak yang terbabit mendapat pelepasan.

19.6

Pihak yang dikenakan tindakan tatatertib diberi peluang dalam tempoh pertandingan untuk mengemukakan satu surat tunjuk sebab/hukuman untuk merayu kepada J/K Tatatertib.

19.7

Tindakan tatatertib yang dikenakan akan berkuatkuasa untuk pertandingan ini sahaja KECUALI BAGI KES YANG SERIUS yang mana disahkan oleh Persatuan Bolasepak Daerah Kampar dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

20.

BANTAHAN :

20.1

Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada J/K Pertandingan dalam masa 2 jam selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan. Bantahan hendaklah disertakan wang tunai RM500.00 serta dokumen yang berkaitan. Sekiranya bantahan ditolak, wang bantahan ini tidak akan dipulangkan.

20.2

Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta yang dibuat oleh seseorang Pengadil di padang permainan.

21.

PENGADIL PERTANDINGAN :

Pihak penganjur akan menyediakan pengadil yang bertauliah bagi mengadili pertandingan ini.

22.

HADIAH-HADIAH :

JOHAN

:RM3,000.00 + PIALA PUSINGAN + piala iringan & 25 HADIAH IRINGAN

KEDUA

:RM2,000.00 + 25 HADIAH IRINGAN

semifinalis:RM500.00 + RM 500.00

23.

HAL HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN :

Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan-peraturan pertandingan ini dan segala taksiran peraturan hendaklah diputuskan oleh J/K Pertandingan dan keputusannya itu adalah muktamad. J/K Pertandingan berhak meminda mana-mana syarat yang sedia ada dan keputusannya adalah muktamad.

24.

Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan :

24.1

Mesyuarat pengurus-pengurus pasukan serta undianakan diadakan pada :

Tarikh:1 september 2016

Masa:8.30 malam

Tempat:RUMAH REHAT KAMPAR

24.2

Pengurus atau wakil dikehendaki hadir untuk mesyuarat di atas.

24.3

Pasukan yang tidak mempunyai wakil adalah dikira bersetuju dengan segala keputusan atau undian yang dibuat pada mesyuarat tersebut.

BORANG PENGESAHAN PENYERTAAN

........................................................

........................................................

........................................................

........................................................

Tarikh :

Yang Dipertua,

Kelab Sukan MD Kampar,

31900 Kampar.

PENGESAHAN PENYERTAAN KEJOHANAN PIALA YANG DIPERTUA @ PENGERUSI MMS MAJLIS DAERAH KAMPAR EDISI KE II TAHUN 2016

Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan kami dari ...........................................................

berminat dan ingin mengesahkan penyertaan kami ke kejohanan ini.

3.Bersama-sama ini disertakan bayaran yuran penyertaan berjumlah RM 500.00 dan cagaran RM 100.00 secara tunai / cek di alamat YANG DIPERTUA KELAB SUKAN MAJLIS DAERAH KAMPAR.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

....................................................... ......................................

(KETUA JABATAN / PENGURUS PASUKAN) (Cop Jabatan)

BORANG PENDAFTARAN PEMAIN & PEGAWAI

NAMA PASUKAN

BIL

NAMA

NO. K. PENGENALAN

JAWATAN

1

PENGURUS

2

JURULATIH

3

FISIO

SENARAI PEMAIN

BIL

NAMA

NO. K/P

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

* Adalah disahkan bahawa nama-nama di atas adalah nama yang sah untuk mewakili jabatan kami ke KEJOHANAN PIALA YANG DIPERTUA @ PENGERUSI MMS MAJLIS DAERAH KAMPAR EDISI KE II TAHUN 2016.

............................................................. ....................................

( KETUA JABATAN / PENGURUS PASUKAN) (COP JABATAN)