arahan kawad kaki tkrs dan ikatan

11
ARAHAN KAWAD KAKI TKRS Kawad Statik: a. Pasukan di bawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah). kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan. b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”. c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”. (masa mula dikira) d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”. e. Melapor. Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”. f. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”. g. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan: g.1. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”. g.2. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”. g.3. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang.....pusing” g.4. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan....pusing”. g.5. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”. h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.

Upload: aen

Post on 25-Dec-2015

1.859 views

Category:

Documents


114 download

DESCRIPTION

tunas kadet remaja sekolah

TRANSCRIPT

Page 1: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

ARAHAN KAWAD KAKI TKRS

Kawad Statik:

a. Pasukan di bawa masuk oleh Ketua Pasukan ke litar dengan 3 barisan, berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah). kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang akan ditolak 5 markah pasukan.

b. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan, kanan....pusing”.

c. Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”. (masa mula dikira)

d. Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.

e. Melapor. Ketua Pasukan melapor ‘siap untuk diuji’ kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Pasukan melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa hukuman ketika melapor, contoh; “Assalamulaikum Tuan, Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah L3 siap untuk diuji tuan, terima kasih tuan”.

f. Selepas melapor, tutup barisan. Bahasa hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.

g. Memulakan kawad statik selepas tutup barisan. Pasukan diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik berikut mengikut urutan:

g.1. Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”.

g.2. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.

g.3. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang.....pusing”

g.4. Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang, kanan....pusing”.

g.5. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan, belakang....pusing”.

h. Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.

i. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’. Bahasa hukuman: “Dari kanan, cepat jalan”.

j. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.

k. Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.

l. Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.

m. Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.

n. Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.

o. Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil, hormat ke hadapan.......hormat”.

p. Berhenti di tengah litar. Bahasa hukuman, “skuad ..... henti”.

q. Perlahan jalan. Bahasa hukuman: “dari kanan, perlahan.....jalan”.

Page 2: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

r. Berhenti di hujung litar. Bahasa hukuman: ‘skuad ....... henti”.

s. Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kanan, belakang....pusing”.

t. Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’. Bahasa hukuman: “Dari kiri, cepat jalan”.

u. Berhenti di tengah litar. Bahasa hukuman: ‘skuad ....... henti”.

v. Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan, kiri......pusing”.

w. Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.

x. Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.

y. Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat jalan”. (Ketua Pasukan akan bersama-sama skuad ketika mara mengadap – 7 langkah)

z. Tamat bahagian kawad statik dan dinamik.

aa. Ketua Pasukan dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad. (Bahasa hukuman : Assalamualaikum tuan. Mohon kebenaran menjalankan tugas lain … tuan. Terima kasih ..tuan)

ASAS- ASAS IKATAN TALI TEMALI

Berikut adalah antara ikatan-ikatan yang perlu ahli - ahli TKRS pelajari dalam sukatan TKRS yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran.

SIMPULAN

Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Ianya digunakan pada benda-benda yang kecil dan sederhana. Simpulan digunakan pada setiap tempat dan masa seperti di rumah, di hospital, mengikat kasut, bungkusan dan memulakan jahitan.

Contoh-contoh simpulan ialah:-

1. buku sila.

2. tindih kasih.

Ikatan

Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting dan lilit balak.

Mematikan hujung tali

Mematikan hujung tali ini perlu supaya tali tidak terburai dihujungnya. Kebiasaannya hujung tali dimatikan dengan lilit pemati biasa dan lilit pemati selit.

Page 3: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

JENIS-JENIS IKATAN DAN SIMPULAN

a) Simpulan angka 8 / figure of 8

b) Figure of eight on a bight

c) Figure of eight follow the through

d) Simpul mati / end knot

e) Buku sila / reef knot

f) Ikatan manuk / clove hitch

g) Body Bowline Knot

h) Simpul pengail / fisherman knot

i) Tindih kasih / bow line

j) Double Fisherman Knot

IKATAN BUKU SILA

Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Fungsi

Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.

Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.

Teknik

i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.

ii. Masukkan hujung A dibawah B.

iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah.

Page 4: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

1. BUNGA GETI BERGANDA

Ikatan Bunga Keti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya. Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.

Fungsi

Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.

Mengikat tali kesuatu tanjul.

Teknik

i. Mulakan simpul.

ii. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul.

iii. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul .

Page 5: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

2. IKATAN BUNGA GETI

3. IKATAN MANUK

IKATAN SIMPUL MANOK ( Clove Hitch )

Ikatan Simpul Manok biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat pada kayu atau sebagainya.

Fungsi

Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.

Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan selamat.

Page 6: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

Teknik

i. Mulakan simpul pada kayu.

ii. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.

iii. Tarik hujung tali.

4. IKATAN MATA KAIL

IKATAN PENGAIL

Fungsi

Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.

Ikatan ini kuat dan kukuh.

Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

Teknik

i. Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali.

ii. Lakukan 2 lingkaran tali.

iii. Pada hujung tali itu boleh diikat.

Page 7: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

5. IKATAN PENCURI

6. IKATAN TINDIH KASIH

SIMPULAN TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.

Fungsi

Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.

Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa.

Teknik

i. Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.

ii. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.

iii. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut.

Page 8: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

7. IKATAN BELIT

IKATAN SIMPUL MATI

Ikatan Simpul Mati / Thumb Knot. Ikatan simpul mati dibentuk dengan membuat satu lingkaran dan kepala tali dimasukkan ke dalam lingkaran dan di tarik. Satu ikatan yang tidak mudah terurai sebab itu le dipanggil simpul mati. Satu simpulan tali yang mudah yang biasa digunakan untuk sebagai ikatan di hujung

Fungsi

Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang.

Teknik

i. Letakkan tali kecil

ii. Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua.

iii. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah.

iv. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas.

Page 9: Arahan Kawad Kaki Tkrs Dan Ikatan

8.IKATAN ANGKA LAPAN

Fungsi

1. Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.

2. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal

3. Lebih berguna kerana mudah dibuka.