planmalaysia - townplan.gov.my tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... tindakan ini...

28
PLANMalaysia

Upload: votu

Post on 26-Mar-2018

257 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

PLANMalaysia

Page 2: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan
Page 3: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri MalaysiaPetikan ucapan sempena Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) & Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016.

“...Inovasi dan kreativiti ini ada hubung kait antara satu sama lain. Mana-mana negara, syarikat atau organisasi yang tidak mengamalkan inovasi sebagai budaya organisasi itu akan dipintas dan akhirnya ketinggalan dalam dunia yang semakin mencabar. Begitu juga bagi sesebuah kerajaan, kita terpaksa laksanakan penyampaian kerajaan dengan baik dan lebih berkesan untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. Di sini terletaknya kemampuan kita membudayakan inovasi dalam organisasi, saya yakin kita boleh lakukan lebih banyak dengan kekangan kewangan dan sumber yang terhad...”

Page 4: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

YBhg. Tan Sri Dr. Ali bin HamsaKetua Setiausaha NegaraPetikan ucapan sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2016.

“...Inovasi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan merupakan agenda penting bagi kita memacu negara mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam hal ini, penjawat awam perlu bersikap konstruktif dan kritis dalam mencari penyelesaian secara kreatif dan inovatif bagi menggalakkan daya saing negara sama ada di peringkat nasional mahupun global. Sehubungan itu, budaya inovatif inovatif dengan menggunakan pendekatan pemikiran di luar kotak adalah penting kepada penjawat awam dalam menjayakan setiap aspirasi dan dasar Kerajaan...”

Page 5: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Prakata Ketua PengarahAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan keizinanNya, Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia bagi tempoh 2017-2020 telah disiapkan dengan jayanya selaras dengan penjenamaan semula jabatan “Perancangan Melangkaui Kelaziman” (Planning : Beyond Conventional). Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia merupakan hasil semakan semula ke atas Pelan Tindakan Inovasi tahunan yang disediakan sebelum ini.

Indeks inovasi dan kreativiti menjadi teras yang akan digunakan sebagai panduan untuk menentukan sejauh mana negara ditransformasikan menjadi 20 negara teratas di dunia menjelang 2050. Sehubungan itu, Pelan Tindakan ini dihasilkan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi melalui inovasi dan kreativiti bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan perancangan bandar dan desa kepada rakyat. Pelan Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program inovasi PLANMalaysia. Melalui 6 Strategi Inovasi dan 15 Langkah Pembudayaan Inovasi yang telah digariskan di dalam pelan ini, saya amat berharap agar seluruh warga PLANMalaysia baik di ibu pejabat, negeri, pegawai kader mahupun pegawai Unit Pusat Setempat di Pihak Berkuasa Tempatan dapat menghayati dan menjadikannya satu cabaran.

Saya berharap strategi, langkah dan program yang dirangka bukanlah setakat untuk memenuhi KPI dan sasaran kerja tahunan semata-mata, tetapi ianya merupakan satu komitmen yang bersepadu bagi semua warga PLANMalaysia di dalam menterjemahkan agenda inovasi nasional sebagai satu budaya dalam perkhidmatan awam.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menyumbang tenaga dan idea untuk menghasilkan dan melaksanakan Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017-2020.

Sekian, terima kasih.

Dato’ TPr Zainuddin bin AhamadKetua Pengarah PLANMalaysia

Page 6: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Prakata Pengerusi Jk Pemandu InovasiAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam PLANMalaysia.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia telah berjaya disediakan bagi tempoh pelaksanaan 2017 - 2020. Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia ini bertujuan menggalakkan warga PLANMalaysia sertai, terlibat dan menjadi warga PLANMalaysia yang inovatif selaras dengan tagline “Get Involved, Think Creative, Be Innovative”. Usaha ini adalah merupakan suatu tindakan PLANMalaysia untuk menambahbaik dan memurnikan sistem penyampaian perkhidmatan perancangan bandar dan desa kepada rakyat.

Saya yakin Pelan Tindakan Inovasi ini membolehkan warga PLANMalaysia merancang pelbagai program secara lebih teratur dalam usaha membudayakan kreativiti dan inovasi. Justeru langkah dan program yang dirangka dalam pelan ini, adalah lebih menyeluruh dan sistematik dalam memberi panduan kepada setiap warga PLANMalaysia untuk membudayakan inovasi dalam tugas harian. Saya amat berharap dengan berpandukan pelan ini, PLANMalaysia mampu melahirkan warga PLANMalaysia yang kreatif, inovatif dan dapat melahirkan idea-idea baru untuk tujuan penambahbaikan berterusan dalam perancangan bandar dan desa.

Selain itu, saya juga berharap kaedah Strategi Lautan Biru Kebangsaaan (NBOS) yang menggunakan ERRC iaitu hapuskan (Eliminate), kurangkan (Reduce), tingkatkan (Raise) dan wujudkan (Create) turut digunakan sebagai nilai tambahan bagi pencetusan idea dalam pembudayaan inovasi selaras dengan Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Akhir kata, saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menggembleng tenaga bagi merealisasikan Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia ini.

Hjh Kamariah binti IbrahimTimbalan Ketua Pengarah (Pembangunan)PLANMalaysia

Page 7: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

1.0 Pengenalan ms1

2.0 Dasar Inovasi PLANMalaysia ms2

3.0 Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017-2020 ms8

4.0 Penutup ms19

Kandungan PELAN TINDAKAN INOVASI PLANMalaysia

Get Involved Think Creative Be Innovative* *

Page 8: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

1.0 PENGENALAN

Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan HARI KUALITI yang diperkenalkan sejak tahun 1987 kepada HARI INOVASI berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada tahun 2009. Ini selari dengan hasrat kerajaan yang menetapkan bahawa agenda transformasi negara hendaklah berpaksikan inovasi dan kreativiti. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, usaha pembaharuan dan penambahbaikan sistem penyampaian perlulah berasaskan inovasi dan kreativiti dalam mendukung agenda transformasi tersebut.

Sebagai usaha dan sokongan untuk membudayakan inovasi dan kreativiti dalam Perkhidmatan Awam, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengeluarkan dua panduan yang berkaitan iaitu Panduan Peningkatan Budaya Inovasi Dalam Perkhidmatan Awam 2010 dan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016 : Garis Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Seiring dengan perubahan teknologi dan corak pembangunan negara yang semakin pesat, agensi kerajaan perlu sentiasa mengorak langkah untuk menggunakan pendekatan baharu dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar dan perkhidmatan. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menambah baik pengurusan inovasi dan KIK agar pelaksanaannya memenuhi konsep Cepat, Tepat, Integriti – Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi (CTI – PCI) serta menyokong Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS), Prinsip Inovasi Nilai (Value Innovation) dan konsep Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA). Tumpuan diberikan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi.

11

Page 9: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

2.0 DASAR INOVASI PLANMalaysia MatlamatMeningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan berterusan dan mengekalkan status PLANMalaysia berprestasi tinggi.

Penyataan Dasar InovasiMembudayakan Inovasi dan Kreativiti dalam amalan kerja warga PLANMalaysia.

Objektifi. Melahirkan warga PLANMalaysia yang inovatif dan kreatif.ii. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan inovasi di kalangan warga PLANMalaysia.iii. Menjana inovasi dan kreativiti melalui penyelidikan dan pembangunan yang berterusan (research and development).iv. Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak stakeholder dan pelanggan.

Tagline

1.1 TUJUAN Bagi memastikan usaha tersebut dicapai, Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020 telah disediakan sebagai satu kaedah terancang dan sistematik untuk melaksanakan dan meningkatkan pembudayaan inovasi di peringkat Jabatan. Penyediaan Pelan Tindakan ini merupakan salah satu langkah penting dalam menyahut saranan Yang Amat Berhormat (Y.A.B) Perdana Menteri yang inginkan penekanan kepada aspek inovasi dan kreativiti sektor awam dibudayakan supaya dapat memberi kesan dalam peningkatan kualiti Perkhidmatan Awam.

2 2

Get Involved Think Creative Be Innovative* *

Page 10: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Pencapaian Program Inovasi PLANMalaysiaProgram inovasi di peringkat PLANMalaysia dilaksanakan melalui Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia yang diadakan buat pertama kalinya pada tahun 2010. PLANMalaysia juga telah menyertai pelbagai pertandingan inovasi sama ada di peringkat Negeri, Kementerian, Kebangsaan dan Antarabangsa seperti FutureGov, Geospatial World Excellence Award, Commonwealth Public Administration and Management Award (CAPAM), Environmental System Research Institute (ESRI), World Intellectual Property Organization Award, Malaysian Productivity Corporation (MPC), Innovative Planning Award, Anugerah Geospatial Kebangsaan, Anugerah Ketua Pengarah MAMPU, Anugerah Inovasi Menteri, Anugerah Inovasi Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (AI-KSU), Konvensyen KIK Kementerian serta Kebangsaan dan sebagainya.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat : Anugerah Special Achievement In GIS, Environmental System Research

Institute (ESRI) 2012, San Diego, California.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat : Anugerah Future City of The Year 2012, FutureGov Summit, Chiang Mai, Thailand.

3

Kerjasama Strategik Pembangunan Sistem Pemantauan Bandar Selamat : Anugerah Inovasi KSU 2011.

3

Page 11: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Sistem Pemantauan Bandar Selamat : Anugerah Geospatial World Excellence Award 2014, Geneva, Switzerland.

Sistem Pemantauan Bandar Selamat : Commonwealth Public Administration and Management Award (CAPAM) 2014 Category : Innovative Use of Information Technology in Public Service, Putrajaya.

MyTownNet : Tempat Ke-2 Anugerah Inovasi KSU 2013.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Khas Juri bagi Kategori Innovative Planning Award 2014.

4 4

Page 12: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Tempat Ke-3 Sektor Awam, Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam dan Anugerah Emas 3 Bintang di Konvensyen National Team Excellence 2015.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Inovasi Menteri KPKT 2015.

Kumpulan INFYNYTY : Johan (Kategori Pengurusan) & Persembahan Terbaik Pertandingan Kumpulan Inovatif dan

Kreatif (KIK) KPKT 2014.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Ketua Pengarah Mampu (Kategori Pengurusan) Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-31 2014.

55

Page 13: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Pemerkasaan GIS9 Ke Arah Memakmurkan Negeri dan Mensejahterakan Rakyat : Anugerah MyGDI Kebangsaan (Agensi Negeri) 2016.

Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-Plan) : Anugerah MyGDI Kebangsaan

(Agensi Persekutuan) 2016.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Emas & Anugerah Khas The Most Promising Innovative And Creative Circle, Mini Konvensyen On Team

Excellence Wilayah Sabah 2015.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Emas Regional Convention Team Excellence Malaysian Productivity Corporation (MPC) Wilayah Sabah & Sarawak 2015.

6

Page 14: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Emas (Kategori Hakcipta) 2016 dan Anugerah Emas World Intellectual Property Organization (WIPO).

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Emas International Convention On Quality Control

Circles (ICQCC) 2016, Bangkok, Thailand.

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Diamond International Quality & Productivity Convention (IQPC) 2016, Bali, Indonesia.

7

Kumpulan INFYNYTY : Anugerah Emas, 45th International Exhibition Of Inventions Geneva, Switzerland & Anugerah Khas

Thailand Award For Best International Inventions 2017.

7

Page 15: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Bagi memperkukuhkan program-program ke arah pengisian inovasi,dua Jawatankuasa ditubuhkan di peringkat jabatan iaitu:-

• Jawatankuasa Pemandu Inovasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

• Jawatankuasa Pemandu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

Dalam usaha meningkatkan budaya inovasi dalam perkhidmatan awam dan membudayakan inovasi di kalangan warga kerja, Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020 telah disediakan. Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia ini adalah selaras dengan Pelan Tindakan Inovasi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang telah dilancarkan pada 11 November 2011. Ianya mengandungi 6 Strategi yang digubal untuk meningkat dan memperkasakan program inovasi di peringkat Jabatan.

3.0 PELAN TINDAKAN INOVASI PLANMalaysia 2017-2020

88

Page 16: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

6Strategi 15LangkahPembudayaanInovasi

1234

5

6

Menggalakkan usaha peningkatankreativiti dan inovasi

Membudayakan inovasi di kalanganwarga PLANMalaysia

Menyelaras dan menggalakkan cetusan idea kreatif dan inovatif

Memberi pengiktirafan kepada semua sumbangan kreatif dan inovatif

Mempromosi hasil kreativiti dan inovasi untuk dijadikan amalan baik diorganisasi lain

Menggalakkan pembentukan semangat bekerjasama sebagai satu kumpulan

Inovasi

99

Page 17: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

LangkahPembudayaanInovasi

Menggalakkan pembentukan semangat

3.1 Strategi dan Langkah-langkah Pembudayaan Inovasi

Langkah-langkah1. Menganjurkan Pertandingan Inovasi / KIK untuk membentuk minda kritis dan kreatif di kalangan semua warga PLANMalaysia;2. Mengadakan Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia;3. Menganjurkan lawatan ke agensi yang menerajui bidang inovasi dan kreativiti;

Dalam usaha untuk mencapai 6 Strategi Inovasi tersebut, 15 langkah berikut akan dilaksanakan bagi meningkatkan budaya inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerja PLANMalaysia.

10

Strategi 1 : Menggalakkan usaha peningkatan kreativiti dan inovasi

Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia 2016, Dewan Kristal, KPKT. 10

9

Page 18: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Langkah-langkah4. Melaksanakan kursus berkaitan Inovasi; dan5. Menggalakkan penyertaan wakil Jabatan pada setiap program inovasi Kementerian dan Agensi lain.

Strategi 2 : Membudayakan inovasi di kalangan warga PLANMalaysia

Kursus Pemantapan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di KPKT.

Sesi Hands-On Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di I-KPKT. 1111

Page 19: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Langkah-langkah6. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi bagi penyelaras dan membincang hala tuju inovasi Jabatan;7. Menggalakkansesipercambahanfikiransebagaiagendadalam Mesyuarat Bahagian / Unit / Jabatan;

Langkah-langkah8. Penghargaan kepada pemenang dan peserta Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia;9. Menjalankan kerjasama strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk pengiktirafan hasil inovasi; dan10. Pencalonan individu/kumpulan bagi mewakili Jabatan untuk menerima anugerah-anugerah di peringkat Kementerian, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Strategi 3 : Menyelaras dan menggalakkan cetusan idea kreatif dan inovatif

Strategi 4 : Memberi pengiktirafan kepada semua sumbangan kreatif dan inovatif

Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia 2016

Sambutan Hari Inovasi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

2015

12 12

Page 20: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Langkah-langkah11. Mempromosi ciptaan Inovasi Jabatan yang boleh digunakan oleh semua Jabatan / Kementerian dan muat naik ke Hab Inovasi Sektor Awam (HISA); dan12. Menyertai pameran-pameran untuk mempromosi ciptaan inovasi dari Jabatan

13

Strategi 5 : Mempromosi hasil kreativiti dan inovasi untuk dijadikan amalan baik di organisasi lain

Pameran 45th International Exhibition Of Inventions Geneva, Switzerland.

Laman Web Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).13

Page 21: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Laman Web Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).

Langkah-langkah13. Melaksanakan bengkel kerja berpasukan setiap bahagian di Jabatan;14. Memperbanyakkan program sosial Jabatan untuk mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan; dan15. Menggalakkan penubuhan KIK peringkat Bahagian di PLANMalaysia dan PLANMalaysia@Negeri.

Strategi 6 : Menggalakkan pembentukan semangat bekerjasama sebagai satu kumpulan

14Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia 2016, Dewan Kristal, KPKT.

14

Page 22: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Dalam usaha untuk meningkatkan dan menggalakkan budaya inovasi di kalangan semua warga kerja PLANMalaysia, program-program telah dirangka mengikut strategi dan langkah-langkah untuk menjayakan Pelan Tindakan Inovasi Jabatan bagi tahun 2017 - 2020.

3.2 Jadual Perincian Program Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020

Jadual 1 : Perincian Program Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020

15

Bil. Program Pelan Tindakan Inovasi Catatan

1. Strategi 1 : Menggalakkan usaha peningkatan kreativiti dan inovasi

Menganjurkan Pertandingan Inovasi / KIK untuk membentuk minda kritis dan kreatif di kalangan warga PLANMalaysia seperti : a. Pertandingan Inovasi; b. Pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovatif; c. Pertandingan Multimedia; d.PertandinganFotografi; e. Pertandingan lain yang bersesuaian.

Julai

2. Menganjurkan Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia (termasuk saringan Hari Inovasi).

Ogos

3. Menganjurkan lawatan ke agensi yang menerajui bidang inovasi dan kreativiti untuk meningkatkan kerjasama dengan agensi luar.a. MOSTI b. SIRIMc. Technology Park Malaysiad. Agensi Inovasi Malaysiae. Yayasan Inovasi Malaysiaf. Malaysian Association of Creativity & Innovationg. MaGIC (Malaysian Global Innovation & Creativity Centre)h. Lain-lain agensi yang bersesuaian

Dari semasa ke semasa

2018

2019

2017

2020

////

////////////

////

////

////

15

Page 23: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

3.2 Jadual Perincian Program Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020

Jadual 1 : Perincian Program Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020

Bil. Program Pelan Tindakan Inovasi Catatan

4. Strategi 2 : Membudayakan inovasi di kalangan warga PLANMalaysiaPelaksanaan kursus berkaitan inovasi.a. Kursus Pemantapan KIK.b. Sesi Hands-On KIK :- - Teknik dan kaedah Design Thinking; - Teknik dan kaedah Blue Ocean Strategy.

Mac Mei

5. Menggalakkan penyertaan wakil Jabatan pada setiap program inovasi Jabatan, Kementerian dan Agensi lain.a. Menggalakkan PLANMalaysia@ Negeri, Bahagian-bahagian dan Pejabat-pejabat Projek untuk turut serta dalam pertandingan inovasi / KIK peringkat Jabatan.b. Menggalakkan penyertaan sebagai wakil-wakil dalam program-program berkaitan inovasi di Kementerian dan agensi lain.

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2011

Seminggu selepas pertandingan dijalankan

6. Strategi 3 : Menyelaras dan menggalakkan cetusan idea kreatif dan inovatifMesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi sebagai penyelaras dan membincang hala tuju inovasi Jabatan.a. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Inovasi.b. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu KIK.

1 kali setahun

2 kali setahun

2018

2019

2017

2020

////////

////

////

////

////

16 16

Page 24: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

17

Bil. Program Pelan Tindakan Inovasi Catatan

7. Menggalakkansesipercambahanfikiransebagai agenda dalam mesyuarat bahagian / unit / jabatan.a. Bahagian/Unit mengumpul idea untuk memantap inovasi jabatan.b. Bahagian Korporat menyelaras aduan pelanggan untuk input inovasi Jabatan.

Dari semasa ke semasaMengikut aduan yang diterima

8. Strategi 4 : Memberi pengiktirafan kepada semua sumbangan kreatif dan inovatif Penghargaan kepada pemenang dan peserta Sambutan Hari Inovasi PLANMalaysia

a. Hadiah atau sijil penghargaan kepada pemenang dan peserta pertandingan.

b. Senarai pemenang akan dipaparkan di laman web Jabatan dan di Galeri Rosli Buyong.

Mengikut Pekeliling Perbendaharaan Bil. 4/2011

Seminggu selepas pertandingan dijalankan

9. Menjalankan kerjasama strategik dengan agensi-agensi yang berkaitan untuk pengiktirafan hasil inovasi.

a. Menyelaras dengan agensi terlibat dalam usaha pengiktirafan hasil inovasi untuk dipatenkan.

Mengikut jumlah projek inovasi yang dihasilkan

2018

2019

2017

2020

////

////

////

////

////

17

Page 25: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

18

Bil. Program Pelan Tindakan Inovasi Catatan

10. Mencalonkan individu / kumpulan bagi mewakili Jabatan untuk pertandingan bagi anugerah-anugerah di peringkat Kementerian, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

a. Menghantar wakil Jabatan untuk pertandingan bagi anugerah di peringkat Kementerian, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa.

Mengikut kelayakan syarat anugerah

11. Strategi 5 : Mempromosi hasil kreativiti dan inovasi untuk dijadikan amalan baik di organisasi lain.Mempromosi ciptaan Inovasi Jabatan yang boleh digunakan oleh semua Jabatan / Kementerian.a. Mengedar surat makluman penggunaan projek inovasi untuk dikongsi bersama dengan semua Jabatan / Kementerian.b. Mengkomersialkan produk inovasi yang telah dihasilkan.c. Muat naik produk inovasi ke Hab Inovasi Sektor Awam (HISA).d. Mempromosi produk inovasi melalui pelbagai kaedah.

Dari semasa ke semasa

12. Menyertai pameran-pameran untuk mempromosi ciptaan inovasi dari Jabatan.

a. Menghantar projek inovasi yang memenangi pertandingan peringkat Kementerian untuk dipamerkan di pameran anjuran Kementerian.

Dari semasa ke semasa mengikut keperluan

2018

2019

2017

2020

////

////

////

////

////

////

18

Page 26: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

Bil. Program Pelan Tindakan Inovasi Catatan

13. Strategi 6 : Menggalakkan pembentukan semangat bekerjasama sebagai satu kumpulan

Melaksanakan bengkel kerja berpasukan setiap bahagian di Jabatan.a. Setiap Bahagian / Unit digalakkan menganjurkan bengkel ‘team building’ untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan.

Dari semasa ke semasa mengikut keperluan Bahagian / Unit

14. Memperbanyakkan program sosial Jabatan untuk mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan warga PLANMalaysiaa. Mengadakan program perkongsian ilmu inovasi, majlis bersama Ketua Jabatan dan sebagainya.

Dari semasa ke semasa mengikut keperluan Bahagian / Unit

15. Menggalakkan penubuhan KIK

a. Menggalakkan penubuhan KIK peringkat Bahagian / Unit / Pejabat Projek dan PLANMalaysia@Negeri.

Dari semasa ke semasa mengikut keperluan Bahagian / Unit

4.0 PENUTUP

Pelan Tindakan Inovasi PLANMalaysia 2017 - 2020 disediakan sebagai langkah untuk merancang dan menggalakkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di kalangan warga kerja. Dengan adanya Pelan Tindakan Inovasi ini, setiap warga PLANMalaysia diharap dapat menghayati dan melaksanakan kreativiti dan inovasi dalam menjalankan tugasan harian. Di samping itu, adalah menjadi hasrat Jabatan untuk menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai budaya untuk mencetuskan idea kreatif bagi mempertingkatkan sistem perkhidmatan Jabatan.

2018

2019

2017

2020

////

////

1919

////

Page 27: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan
Page 28: PLANMalaysia - townplan.gov.my Tindakan... · lebih berkesan untuk kepentingan dan ... Tindakan ini memberi arah tuju yang lebih jelas dalam merangka program ... Sistem Pemantauan

PELAN TINDAKAN INOVASI PLANMalaysia2017 - 2020

Disediakan oleh:

Bahagian KorporatPLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa)

www.townplan.gov.my

Get Involved Think Creative Be Innovative* *