app android: matan al-ajruumiyyah...

2
App Android: Matan Al-Ajruumiyyah (Terjemahan) Written by Mazuki Izani Sunday, 10 April 2016 00:58 - Last Updated Sunday, 10 April 2016 01:31 Alhamdulillah saya sudah berjaya siapkan satu aplikasi android bertajuk Matan Al-Aajuruumiyyah (Terjemahan) khusus untuk pencinta-pencinta bahasa Arab. App ini boleh dimuat-turun di Google Play Store secara PERCUMA. Kitab Matan Al-Aajurrumiyyah dieja dengan pelbagai ejaan, antaranya Al-Jurumiyah, Jurumiyah, Aljurumiyah, dan lain-lain. Kitab Matan Al-Aajurrumiyyah adalah sebuah kitab nahu bahasa Arab yang sangat popular di pondok-pondok di Malaysia dan pesantren-pesantren di Indonesia. Kitab ini dikarang oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin Muhammad bin Dawud Ash-Shanhaji An-Nahwi yang terkenal dengan gelaran Ibnu Aajurruum. Shanhaji adalah kata nama yang dinisbahkan kepada pekan terkenal iaitu Shanhaj, dikatakan juga ia dinisbahkan kepada satu kabilah di Morocco. Pendapat yang lebih sahih ialah ia sebuah nama kabilah di Morocco kerana Ibnu Aajurruum lahir, menetap dan meninggal di wilayah ﻓاﺲ(Fez) di Morocco. 1 / 2

Upload: lephuc

Post on 13-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

App Android: Matan Al-Ajruumiyyah (Terjemahan)

Written by Mazuki IzaniSunday, 10 April 2016 00:58 - Last Updated Sunday, 10 April 2016 01:31

Alhamdulillah saya sudah berjaya siapkan satu aplikasi android bertajuk MatanAl-Aajuruumiyyah (Terjemahan) khusus untuk pencinta-pencinta bahasa Arab. App ini bolehdimuat-turun di Google Play Store secara PERCUMA. 

Kitab Matan Al-Aajurrumiyyah dieja dengan pelbagai ejaan, antaranya Al-Jurumiyah,Jurumiyah, Aljurumiyah, dan lain-lain. Kitab Matan Al-Aajurrumiyyah adalah sebuah kitab nahubahasa Arab yang sangat popular di pondok-pondok di Malaysia dan pesantren-pesantren diIndonesia. Kitab ini dikarang oleh Abu ‘Abdillah Muhammad bin Muhammad bin DawudAsh-Shanhaji An-Nahwi yang terkenal dengan gelaran Ibnu Aajurruum.

Shanhaji adalah kata nama yang dinisbahkan kepada pekan terkenal iaitu Shanhaj, dikatakanjuga ia dinisbahkan kepada satu kabilah di Morocco. Pendapat yang lebih sahih ialah ia sebuahnama kabilah di Morocco kerana Ibnu Aajurruum lahir, menetap dan meninggal di wilayah فاس(Fez) di Morocco.

1 / 2

App Android: Matan Al-Ajruumiyyah (Terjemahan)

Written by Mazuki IzaniSunday, 10 April 2016 00:58 - Last Updated Sunday, 10 April 2016 01:31

Ibnu Ajurrum (672H/1273M – 723H/1323M) adalah seorang ahli tata bahasa Arab yang berasaldari فاس (Fez). Salah satu karyanya, al-Muqaddimah al-Ajurrumiyyah fi Mabadi’ Ilmal-Arabiyyah sangat terkenal di seluruh dunia. Aajurruum (ومرآج) adalah perkataan bahasa Amazigh atau Berber. Amazigh merupakanbahasa utama di Afrika Utara, dituturkan di Morocco dan Algeria, sebahagian di Tunisia, Libya,Mesir, Mauritania, Nigeria, dan Mali. Bahasa ini secara rasmi ditulis dengan menggunakanhuruf Berber. Jumlah penuturnya mencapai hampir sekitar 13 juta orang. Aajurruum (ومرآج)memberi maksud yang faqir dan juga ahli sufi. Datuk beliau yang bernama Dawud merupakanorang pertama yang digelar dengan gelaran ini. Kitab Matan Al-Aajurrumiyyah merupakan sebuah kitab yang ringkas namun padat yangmengandungi kaedah-kaedah ilmu nahu bahasa Arab. Ia menjadi kitab rujukan para pelajarpemula dalam mendalami ilmu nahu / kaedah bahasa Arab di pelbagai belahan dunia. Selainringkas, kitab Matan Al-Aajurrumiyyah ini juga mudah dihafal oleh para pelajar maupunpengajar. Antara kandungan kitab ini ialah : Jenis-jenis Al-Kalam (الكلام أقسام)BAB AL-I'RAB(باب الإعراب) TANDA-TANDA I'RAB(باب علامات الإعراب) Fashl (Mu'rab) (المعرب)AL-Af'AAL (Tentang Fi'il)(باب الأفعال) ISIM-ISIM MARFU'(باب مرفوعات الأسماء) - Faa’il (لاعفلا ابب)- Naaib Faa'il (هلاعف مسي مل يذلا ولعفملا ابب)- Mubtada Dan Khabar (ربخالو أدتبملا ابب)- Amil-Amil Yang Masuk Kepada Mubtada Dan Khabar (الداخلة على المبتدأ والخبر)لاموعلا ابب- Na'at (Sifat) (تعلنا ابب)- 'Athaf (فطعلا ابب)- Taukid (يدكولتا ابب)- Badal (لدبلا ابب)ISIM-ISIM MANSUB(باب منصوبات الأسماء) - Maf’ul bih (هب ولعفملا ابب)- Masdar (ردصملا ابب)- Maf'ul Muthlaq (المطلق المفعول باب)- Dzharaf Zaman & Makan (انكملا فرظو انملزا فرظ ابب)- Haal (الحلا ابب)- Tamyiz (يزيملتا ابب)- Istisna (اءنثتسالإ ابب)- Laa Naafiah Lil Jins (سنلجل ةيافالن لا)- Munada (Yang Dipanggil) (ىادنملا ابب)- Maf’ul Min Ajlih (هلجأ نم ولعفملا ابب)- Maf’ul Ma’ah (هعم ولعفملا ابب)ISIM-ISIM MAKHFUDH(باب المخفوضات من الأسماء)

Ciri-ciri Aplikasi ini ialah: --------------------------------------- Boleh digunakan tanpa sambungan internet. - Nota bentuk PDF juga disediakan- Penggunaan sangat simple Aplikasi ini boleh dimuat-turun di  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.abqarie.alajurrumiyyah  . {flike}{fcomment}

2 / 2