aplikasi skype dalam p&p teknologi maklumat tingkatan 4

14
APLIKASI SKYPE DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT TINGKATAN EMPAT DISEDIAKAN OLEH: NIK NOR SAHBANU BT NIK ZAKIAH DIN NURUL WAHIDA BINTI ABD WAHAB

Upload: yuyu-wahida

Post on 21-May-2015

2.916 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

APLIKASI SKYPE DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TEKNOLOGI MAKLUMAT TINGKATAN EMPAT

DISEDIAKAN OLEH:NIK NOR SAHBANU BT NIK ZAKIAH DIN

NURUL WAHIDA BINTI ABD WAHAB

Page 2: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

MODEL SEGI TIGA (2010)

Page 3: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Model ID yang digunakan• Model Segi Tiga (2010)

Page 4: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Analisis• peringkat penerokaan tentang apa yang perlu

dipelajari oleh pelajar, pembelajaran dengan lebih mendalam tentang pelajar dalam konteks tertentu dan memahami realiti konteks pengajaran

• Skype adalah sebuah aplikasi web yang digunakan sebagai medium komunikasi di dalam subjek Teknologi Maklumat Tingkatan Empat.

• Skype digunakan oleh pelajar untuk belajar daripada guru, berkongsi maklumat dengan pelajar-pelajar yang lain

• mengadakan persidangan dan menerima nota serta latihan daripada guru.

• Dengan menggunakan Skype, guru tidak perlu lagi bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk melihat hasil kerja para pelajarnya

Page 5: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Perkara yang perlu diambilkira pada Fasa Analisis

Ciri-ciri Umum PelajarCiri-ciri Umum PelajarDi dalam pemilihan aplikasi web, ciri-ciri yang diambilkira adalah pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar. Semua pelajar yang menggunakan aplikasi Skype mengetahui asas menggunakan komputer. Aktiviti pembelajaran menggunakan Skype melibatkan seramai 20 orang pelajar pada satu-satu masa.

Tajuk dan Kandungan PelajaranTajuk dan Kandungan PelajaranKesesuaian pemilihan Skype sebagai medium pengantaraan guru dan pelajar juga turut dipilih berdasarkan kepada tajuk dan kandungan pelajaran.

Stail Pembelajaran PelajarStail Pembelajaran PelajarPemilihan aplikasi web Skype dipilih berdasarkan stail pembelajaran pelajar. Stail pembelajaran dengan menggunakan aplikasi ini lebih berpusatkan pelajar. Pelajar aktif dalam menjawab soalan dan mengeluarkan pendapatnya. Guru hanya perlu memberi panduan kepada pelajar untuk meneruskan sesi pembelajarannya

Page 6: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Rekabentuk

• Setelah analisis dilakukan, proses reka bentuk pula akan dijalankan.

• Pada peringkat ini, hasil pembelajaran yang hendak dicapai dan isi kandungan yang diberikan akan dinilai semula.

• Ia akan membawa kepada susunan dan mencapai matlamat proses merancang pengajaran bagi menjamin kualiti sesebuah pengajaran.

• Di dalam pendidikan, fasa reka bentuk adalah fasa pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran, pembinaan item-item untuk ujian dan pemilihan strategi pengajaran

Page 7: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Perkara yang perlu diambilkira pada Fasa Rekabentuk

Objektif PengajaranObjektif PengajaranGuru perlu mengenalpasti objektif pengajaran yang ingin disampaikan dan melihat sama ada objektif pengajaran bersesuaian dengan teknik penggunaan Skype sebagai medium pengantaraan ataupun tidak.

KosKosDalam memastikan objektif dan matlamat penggunaan Skype di dalam pengajaran subjek Teknologi Maklumat Tingkatan Empat, pemilihan perisian dan perkakasan amat dititikberatkan dan ini semua agak memakan kos. Setiap spesifikasi perkakasan dan perisian mempunyai kos yang berbeza-beza. Jadi, untuk memastikan matlamat dan objektif tercapai, kos yang diperlukan mestilah bersesuaian dengan perisian dan perkakasan yang dipilih itu dapat menjamin kualiti sesebuah pengajaran.

Page 8: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

PeralatanPeralatanPemilihan perkakasan yang sesuai dapat menjamin proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Spesifikasi setiap perkakasan yang dipilih amat penting bagi mengelakkan berlaku sebarang perkara yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap pelajar seramai 20 orang serta guru perlu mempunyai komputer atau laptop yang dibekalkan dengan webcam serta mikrofon. Komputer atau laptop juga perlu disambung dengan internet yang mempunyai kapasiti kelajuan yang tinggi bagi memastikan pembelajaran dapat di jalankan dengan lancar antara guru dan pelajar-pelajar.

Page 9: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Implementasi

• Pelajar seramai 20 orang yang menggunakan Skype dalam pembelajaran mereka akan ditemubual secara berstruktur, semistruktur dan tidak berstruktur dan menjawab soalan soal selidik sama ada secara terbuka, tertutup dan berskala untuk mendapatkan ketetapan maklumat.

Page 10: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

• Hasil daripada maklumat tersebut, kajian akan dilakukan bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan penggunaan Skype dalam pembelajaran subjek Teknologi Maklumat Tingkatan Empat

Page 11: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Penilaian

Fasa Analisis • para pelajar akan dinilai semula sama ada mereka boleh

menggunakan aplikasi Skype dengan sempurna atau tidak.

• Sekiranya masih terdapat kelemahan di kalangan pelajar, guru akan menunjukkan demo penggunaan aplikasi Skype sebelum mengaplikasikannya dalam pembelajaran mereka.

• Fasa penilaian akan terus memperbaiki masalah yang dihadapi pada fasa analisis sehingga proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Page 12: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Rekabentuk

• Objektif pengajaran dan pembelajaran dititikberatkan iaitu dari segi isi kandungan pembelajaran, kos dan peralatan yang terlibat dalam penggunaan aplikasi Skype.

• Penilaian juga dilakukan berkaitan dengan kos dan peralatan yang terlibat dalam penggunaan Skype iaitu pelajar berkemampuan atau tidak untuk memiliki peralatan seperti webcam dan mikrofon untuk diadakan persidangan secara atas talian dengan guru mereka serta berkomunikasi antara mereka bagi berkongsi maklumat pembelajaran.

Page 13: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Fasa Implementasi

• Proses penilaian kemudiannya dilakukan setelah semua maklumat daripada pelajar dapat dikumpulkan.

• Sebarang masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan Skype akan disenaraikan dan akan diperbaiki dan diadakan penambahbaikan dari masa ke semasa sehingga mendapat hasil pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dengan menggunakan aplikasi Skype dalam pembelajaran mereka.

Page 14: Aplikasi Skype dalam P&P Teknologi Maklumat tingkatan 4

Kesimpulan

• Model segitiga (2010) digunakan dalam aplikasi Skype untuk pembelajaran subjek Teknologi Maklumat Tingkatan empat.

• Dengan mengaplikasikan aplikasi Skype dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan meningkatkan kefahaman pelajar di samping menyediakan pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam aspek pendidikan.