aplikasi kaedah penyelesaian masalah dalam … · was conducted to explore the application of...

26
APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENGAJARAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN NURUL IZZATEY BINTI ASHAARI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: truonghanh

Post on 03-Aug-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM

PENGAJARAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN

PEMAKANAN

NURUL IZZATEY BINTI ASHAARI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM PENGAJARAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya NURUL IZZATEY BINTI ASHAARI

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

Alamat tetap: CIK SARIMAH BINTI ISMAIL E5/89 RUMAH PETUGAS, (Nama Penyelia) FELDA CHIKU 07, 18300 GUA MUSANG, KELANTAN Tarikh: 24 APRIL 2009 Tarikh: 24 APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”

Tandatangan : .

Nama Penyelia :

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 4: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM

PENGAJARAN KURSUS ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN

PEMAKANAN

NURUL IZZATEY BINTI ASHAARI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

Page 5: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

ii

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL IZZATEY BINTI ASHAARI

Tarikh : 24 APRIL 2009

Page 6: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat suamiku yang tercinta, Mohd Sufian bin Ismail

Segala pengorbanan dan sokonganmu yang tidak pernah putus dalam menghadapi

dugaan hidup selama ini tidak ternilai.

Hanya Allah S.W.T yang berhak membalasnya.

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Buat ayahanda dan bonda, Ashaari bin Majid,

Rabiah binti Awang Teh, Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidupku. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telahku tunaikan jua

dan buat kakanda dan adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat bapa dan ibu mertuaku, Hj. Ismail bin Mamat,

Hjh. Napisah binti Mat ’Ail Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha

mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Page 7: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda. Adalah sukar bagi saya

untuk menyebut nama mereka satu persatu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu saya semasa membuat kajian ini dijalankan sehingga siap.

Walau bagaimanapun, jasa mereka tetap saya kenang buat selamanya.

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan khas kepada

penyelia saya iaitu Cik Sarimah Bt. Ismail yang tidak kenal erti penat lelah dalam

memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar

sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan

yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu

tetap saya abadikan dalam hidup saya.Ucapan yang sama juga ditujukan kepada

suami dan keluarga yang telah memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini.

Selain daripada itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua teman

seperjuangan yang telah sudi berbincang, memberi pandangan yang kritis dan

sokongan moral hingga dapat menghasilkan sebuah kajian yang bersifat ilmiah ini.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat

serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Page 8: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

v

ABSTRAK

Pembelajaran aktif merupakan salah satu pendekatan pembelajaran yang

menggalakkan penglibatan pelajar secara langsung. Salah satu contoh pendekatan

pembelajaran aktif ialah pembelajaran berasaskan penyelesaian masalah. Kaedah

Penyelesaian Masalah merupakan salah satu kaedah yang dapat melibatkan aktiviti

pelajar mencari maklumat untuk menyelesaikan masalah yang diberikan kepada

mereka. Di samping itu, pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk

merasai pengalaman dan kemahiran menyelesaikan masalah sendiri. Kajian ini

dijalankan bertujuan untuk meninjau aplikasi Kaedah Penyelesaian Masalah dalam

pengajaran kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) di

Universiti Teknologi Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip Kaedah Penyelesaian

Masalah. Prinsip tersebut ialah melakukan aktiviti dengan menggunakan proses

pemikiran peringkat tinggi, topik-topik yang dipelajari terdapat dalam silibus kursus

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112), masalah yang diberikan

melibatkan kognitif, peruntukan masa untuk menyelesaikan masalah mencukupi dan

pensyarah bertindak sebagai fasilitator terhadap penglibatan pelajar dalam

menyelesaikan masalah. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif yang

dilakukan terhadap 100 sampel kajian yang terdiri daripada pelajar yang mengambil

kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112). Instrumen kajian

yang digunakan berbentuk soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi telah

dianalisis menggunakan perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) 16.0 for

Windows. Hasil dapatan kajian menunjukkan Kaedah Penyelesaian Masalah yang

diaplikasikan dalam pengajaran kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

(SPL 1112) menepati prinsip-prinsip kaedah pengajaran berasaskan penyelesaian

masalah.

Page 9: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

vi

ABSTRACT

Active learning is one of learning approaches that encourage students to

involve directly. Problem Based Learning (PBL) is one of example of the active

learning approaches. PBL is the method for student to find the information to solve

the problem that was given themselves. Besides that, they will explore the experience

and skill to solve the problem it self. By referring to the PBL principles, this study

was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in

Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112) at the Universiti Teknologi

Malaysia. Those principles are conducting activities using higher order thinking,

topics that being study are include in the Basic Food Preparation and Nutrition (SPL

1112) course, problems given involved the cognitive level, sufficient time to solve

the problem and the lecturer acts as a facilitator towards student involvement during

solving the problem. This descriptive study was conducted by 100 on Basic Food

Preparation and Nutrition (SPL 1112) students. Research instrument used was

questionnaire. Data collected was analyzed using Statistic Package for Social Science

(SPSS) 16.0 for Windows. Finding of this study showed that the Problem Based

Learning that applied in teaching Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

student was consistent with PBL principles.

Page 10: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

Page 11: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

viii

1.8.1 Aplikasi 9

1.8.2 Kaedah Penyelesaian Masalah 9

1.8.3 Pengajaran 10

1.8.4 Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan (SPL 1112) 10

1.8.5 Pembelajaran Aktif 10

1.9 Kesimpulan 11

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Kursus Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan (SPL 1112) 12

2.3 Pembelajaran Aktif 13

2.4 Sejarah Kaedah Berasaskan

Penyelesaian masalah (PBL) 14

2.5 Model dan Teori Kaedah Penyelesaian

Masalah 15

2.5.1 Model John Dewey 15

2.5.2 Model Polya 16

2.5.3 Model Lester 17

2.5.4 Proses penyelesaian masalah Model

Rudnick dan Krulick 19

2.6 Kaedah Pengajaran 20

2.6.1 Kaedah Perbincangan 21

2.6.2 Kaedah Tunjuk Cara 22

2.6.3 Simulasi 23

2.6.4 Kaedah Bercerita 24

2.7 Kaedah Pengajaran Berasaskan

Penyelesaian Masalah 24

2.7.1 Pendekatan Kaedah

Penyelesaian Masalah 25

2.7.2 Konsep Penyelesaian

Masalah 25

Page 12: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

ix

2.7.3 Ciri-Ciri Pendekatan Secara

Penyelesaian Masalah 26

2.7.4 Perlaksanaan Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) 27

2.7.5 Pemikiran dan Penyelesaian

Masalah 29

2.7.6 Kebaikan-kebaikan Kaedah

Penyelesaian Masalah 29

2.8 Perbandingan Langkah-Langkah

Kaedah Penyelesaian Masalah 30

2.9 Kaedah Pengajaran Penyelesaian

Masalah dalam pendidikan 31

2.9.1 Aplikasi Penyelesaian Masalah dalam

Kajian Pendidikan Teknikal 33

2.9.2 Kajian Pendidikan di dalam Mata

Pelajaran Reka cipta 33

2.9.3 Kajian Pendidikan di dalam Mata

Pelajaran Lukisan Kejuruteraan 34

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 36

3.2 Reka Bentuk Kajian 37

3.3 Tempat Kajian 37

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 38

3.6 Kesahan Item 40

3.7 Kajian Rintis 40

3.8 Prosedur Kajian 42

3.9 Analisis Data 43

3.10 Kesimpulan 44

Page 13: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Data Bahagian A 46

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Bangsa 46

4.2.3 Umur 47

4.2.4 Taraf Kelayakan Melanjutkan

Pelajaran Ke UTM 47

4.3 Analisis Data 48

4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 49

4.3.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 50

4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 52

4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 54

4.3.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 56

4.4 Analisis Data Bahagian C 58

4.4.1 Analisis Item 1 : Pengalaman

Pelajar 58

4.4.2 Analisis Item 2 : Kelebihan

Proses Pembelajaran Penyelesaian

Masalah 59

4.4.3 Analisis Item 3 : Kelemahan Proses

Pembelajaran Penyelesaian Masalah 60

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 61

5.2.1 Apakah pelajar melakukan aktiviti

dengan menggunakan proses

pemikiran peringkat tinggi? 62

5.2.2 Apakah topik-topik yang dipelajari

dengan kaedah penyelesaian

masalah terdapat dalam silibus

kursus Asas Penyediaan Makanan

Page 14: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xi

dan Pemakanan (SPL 1112)? 63

5.2.3 Apakah masalah yang diberikan

melibatkan kognitif pelajar? 64

5.2.4 Apakah peruntukan masa yang

diberikan untuk menyelesaian

masalah mencukupi? 65

5.2.5 Apakah pensyarah bertindak

sebagai fasilitator terhadap

penglibatan pelajar dalam

menyelesaikan masalah? 66

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 69

5.4.1 Cadangan kepada pelajar 69

5.4.2 Cadangan kepada pensyarah 71

5.4.3 Cadangan kepada Fakulti

Pendidikan 71

5.5 Cadangan kajian lanjutan 72

5.6 Penutup 73

RUJUKAN 74

LAMPIRAN A-C 78

Page 15: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 2.1 Perbandingan Langkah-Langkah Kaedah

Penyelesaian Masalah 30

Jadual 3.1 Senarai Responden yang Mengambil Kursus

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

mengikut seksyen bagi sesi 2008/20091 38

Jadual 3.2 Taburan item soal selidik mengikut aspek kajian 39

Jadual 3.3 Keputusan Alpha bagi Soalan Kajian

Kajian Rintis 41

Jadual 4.1 Tabuaran dan Peratusan Responden

Berdasarkan Jantina 46

Jadual 4.2 Taburan dan Peratusan Responden

Berdasarkan Bangsa 46

Jadual 4.3 Taburan dan Peratusan Responden

Berdasarkan Umur 47

Jadual 4.4 Taburan dan Kekerapan Responden

Berdasarkan Taraf Kelayakan ke UTM 47

Jadual 4.5 Analisis Aktiviti Menggunakan Proses

Pemikiran Peringkat Tinggi 49

Jadual 4.6 Analisis Topik-Topik Yang Dipelajari Dengan

Kaedah Penyelesaian Masalah Terdapat

Dalam Silibus Kursus Asas Penyediaan

Makanan Dan Pemakanan (SPL1112) 50

Page 16: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xiii

Jadual 4.7 Analisis Masalah Yang Diberikan Melibatkan

Kognitif Pelajar 52

Jadual 4.8 Analisis Peruntukan Masa Yang Diberikan

Untuk Menyelesaian Masalah Mencukupi 54

Jadual 4.9 Analisis Pensyarah Bertindak Sebagai Fasilitator

Terhadap Penglibatan Pelajar Dalam

Menyelesaikan Masalah 57

Page 17: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT

Rajah 2.1 Proses penyelesaian masalah Model

John Dewey 15

Rajah 2.2 Proses penyelesaian masalah Model Polya 16

Rajah 2.3 Proses penyelesaian masalah Model Lester 18

Rajah 3.1 Prosedur Kajian 42

Page 18: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xv

SENARAI SIMBOL

ABM : Alat Bantu Mengajar

IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam

JPTK : Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

SPH : Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

PBL : Problem Based Learning

KBKK : Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis

KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia

KUiTTHO : Kolej Universiti Tun Hussien Onn

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia

STPM : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPL 1112 : Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

SPSS : Statistic Package For Social Science

P&P : Pengajaran dan Pembelajaran

PMR : Peperiksaan Menengah Rendah

UPSR : Ujian Penilaian Sekolah Rendah

UTM : Universiti Teknologi Malays

Page 19: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Memohon Meminta Maklumat 78

B Pengesahan Perbincangan Soal Selidik 79

C Borang Soal Selidik 80

Page 20: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembelajaran aktif memerlukan penglibatan mental dan perbuatan pelajar

dalam sesebuah proses pengajaran dan pengajaran (P&P). Kaedah pembelajaran

secara penerangan atau kuliah dan tunjuk cara sahaja tidak akan memandu pelajar

kepada pembelajaran yang sebenar dan bersifat kekal. Hal ini demikian kerana

pelajar tidak mendalami sepenuhnya sesuatu topik dengan hanya mendengar guru

mengajar.

Pembelajaran yang bersifat aktif memerlukan pelajar melakukan kebanyakan

kerjanya. Melalui pembelajaran aktif, mereka menggunakan minda mereka untuk

mengkaji idea, menyelesaikan masalah dan menerapkan apa yang dipelajari.

Pembelajaran aktif juga adalah pantas, seronok, membantu dan menarik. Keadaan

ini kerana pelajar akan sentiasa beredar dari tempat duduk mereka, berlegar-legar dan

melahirkan perasaan mereka (Mel Siberman , 2004).

Pelajar yang berada di peringkat sekolah menengah perlu mengubah cara

belajar daripada mengingat atau menghafal fakta kepada kaedah secara aktif yang

melibatkan pelbagai kemahiran kognitif sebagai persediaan ketika melanjutkan

Page 21: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

2

pelajaran di peringkat universiti nanti. Oleh sebab itu, tenaga pengajar perlu inovatif

dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan

kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti kaedah penyelesaian masalah

atau problem based learning (PBL) (Berita Harian, 16 Ogos 2008).

Kaedah pengajaran yang aktif seperti pembelajaran berdasarkan penyelesaian

masalah atau problem based learning (PBL) mampu melahirkan individu yang

memiliki ilmu pengetahuan yang kekal dan mantap. Hal ini demikian kerana

pembelajaran aktif memiliki kriteria-kriteria seperti berikut (Bonwell, 1995):

i. Penekanan proses pembelajaran bukan kepada penyampaian maklumat oleh

pengajar melainkan pada pengembangan ketrampilan pemikiran analitis dan

kritis terhadap topik atau permasalahan yang dibincangkan

ii. Pelajar tidak hanya mendengarkan kuliah secara pasif tetapi melakukan

sesuatu yang berkaitan dengan kandungan kuliah

iii. Penekanan pada eksplorasi nilai-nilai dan sikap-sikap berkenaan dengan

kandungan kuliah

iv. Pelajar lebih banyak digalakkan untuk berfikir secara kritis, menganalisa

dan melakukan penilaian

v. Maklum balas yang lebih cepat akan terjadi pada proses P&P

Page 22: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan merupakan satu proses membantu dalam memajukan

pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani

akal, emosi, sosial, seni dan moral (Ee Ah Meng , 1989). Selepas kemerdekaan,

pendidikan di Malaysia telah berkembang dengan pesat. Secara tidak langsung,

sistem pentadbiran di Malaysia turut berubah dan terpaksa menerima pelbagai

perubahan yang berlaku. Begitu jugalah dengan Pendidikan Teknik dan Vokasional

(PTV) turut berubah dan berkembang bagi merealisasikan matlamat wawasan 2020

untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian, sekaligus negara

maju. Pendidikan Teknik dan Vokasional telah diperkenalkan di beberapa sekolah di

negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1918. Walau bagaimanapun, sekolah tersebut

di kenali sebagai Sekolah Tukang kerana pengajaran lebih berbentuk amali seperti

membaiki kenderaan dan membuat perabot (Muhd. Rashid, 2006).

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pendidikan tersebut dikendalikan

oleh Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK). Salah satu program

yang ditawarkan ialah Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPH).

Program SPH mempunyai pelbagai kursus yang perlu diambil berpandukan

kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Kebanyakan kursus yang ditawarkan oleh JPTK menggunakan pendekatan

penyelesaian masalah sama ada secara menyeluruh atau sebaliknya. Pendekatan

penyelesaian masalah mempunyai beberapa prinsip yang perlu diikuti untuk

mendapatkan hasil pembelajaran yang berkesan. Antara kursus yang menggunakan

kaedah penyelesaian masalah iailah Teknologi Kayu (SPL 1002), Hortikultur Hiasan

(SPL 3212) dan Perkhidmatan Bangunan : Perpaipan. Penyelidik hanya

memfokuskan kepada kaedah penyelesaian masalah dalam kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan (SPL 1112).

Page 23: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

4

Pemilihan seauatu kaedah pengajaran akan menentukan hasil pembelajaran.

Bagi melahirkan individu yang unggul, peranan pendidik dalam mewujudkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kreatif perlu dititikberatkan. Kementerian

Pengajian Tinggi (KPT) juga ingin melihat perubahan dalam corak pendidikan agar

melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan

(Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Sistem pendidikan negara pada hari ini memberikan penekanan kepada

perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu (Wan Mohd

Zahid, 2000). Seperti yang diketahui umum, sistem pendidikan di Malaysia adalah

berorentasikan peperiksaan iaitu pelajar wajib menduduki peperiksaan awam seperti

UPSR, PMR, SPM dan STPM. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lazimnya

digunakan ialah kaedah kuliah iaitu pembelajaran berpusatkan guru. Hasil dari

pembelajaran kaedah pengajaran secara kuliah didapati masih terdapat kelemahan

dalam melahirkan graduan yang menguasai kemahiran generik walaupun pencapaian

akademik yang terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Oleh sebab itu, para pendidik perlu mengorak langkah bagi membaiki dan

meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya ianya seiring

dengan teknologi terkini dan perkembangan semasa. Menjadi tanggungjawab

pendidik untuk menggunakan dan mempelbagaikan kaedah P&P bagi melahirkan

pelajar yang berkualiti. Antara kaedah P&P yang digunapakai ialah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) yang merupakan salah satu contoh yang baik untuk

proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Di

mana dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan

menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan

pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Rekabentuk PBL sebenarnya melibatkan beberapa aspek yang menjadi

tumpuan dalam pendidikan terutamanya aspek liputan pembelajaran di mana ia lebih

berpusatkan kepada pelajar. Hal ini demikian kerana PBL adalah satu pendekatan

pemusatan pelajar di mana menekanan yang efektif dalam meningkatkan kualiti

Page 24: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

5

pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif, bekerjasama, maklum balas yang

cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek

dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri (Lynda

Wee, 2004).

1.3 Penyataan Masalah

Pembelajaran aktif adalah segala bentuk pembelajaran yang menggalakkan

pelajar bergerak secara aktif dalam proses pembelajaran itu sendiri baik dalam

bentuk interaksi antara pelajar ataupun pelajar dengan pengajar. Pelajar akan terlibat

dalam setiap aktiviti kerana mereka sendiri menyertai dan melakukan aktiviti

pembelajaran tersebut.

Kaedah penyelesaian masalah atau problem based learning (PBL) merupakan

salah satu kaedah pembelajaran aktif. Melalui kaedah ini, pelajar akan terlibat secara

langsung dalam proses P&P. Kaedah ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan dalam

proses P&P cuma pelajar yang tidak menyedarinya.

Antara objekif pendidikan menggunakan kaedah berasaskan penyelesaian

masalah ini diperkenalkan ialah:

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip,

konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi

b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat,

berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan

c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan

dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan

sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme

d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat

e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada

keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif

(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005).

Page 25: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

6

Berdasarkan pernyataan diatas, berkenaan pengajaran berasaskan

penyelesaian masalah dan latar belakang masalah yang telah dihuraikan. Kursus

SPL 1112 menggunakan kaedah pembelajaran berasaskan masalah yang

memerlukan pelajar melakukan amali memasak. Mereka akan melalui peringkat-

peringkat penyelesaian masalah bermula daripada mengenal pasti masalah, mencari

maklumat, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan strategi penyelesaian

masalah dan menilai kajian tindakan serta membuat refeksi. Oleh kerana kaedah

PBL memerlukan masa dan langkah kerja yang khusus, pengkaji tertarik untuk

mengetahui sejauh mana pelajar mengaplikasikan kaedah ini dalam pembelajaran

mereka. Kajian ini dijalankan untuk meninjau aplikasi kaedah penyelesaian masalah

dalam pengajaran bagi kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

(SPL1112).

1.4 Objektif Kajian

Pendekatan pengajaran berasaskan penyelesaian masalah mempunyai

beberapa prinsip iaitu melakukan aktiviti dengan menggunakan proses pemikiran

peringkat tinggi, topik-topik yang dipelajari terdapat dalam silibus kursus SPL 1112,

masalah yang diberikan melibatkan kognitif dan peruntukan masa untuk

menyelesaikan masalah mencukupi dan masalah (Stepien and Pyke, 1997).

Sementara Ee Ah Meng (1993) menyatakan pensyarah perlu bertindak sebagai

fasilitator terhadap penglibatan pelajar dalam menyelesaiakan masalah.

Objektif kajian ini adalah untuk

i. Mengenal pasti sama ada pelajar melakukan aktiviti penyelesaian masalah

dengan menggunakan proses pemikiran peringkat tinggi

ii. Mengenal pasti sama ada topik-topik yang dipelajari menggunakan kaedah

penyelesaian masalah terdapat dalam silibus kursus Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan (SPL1112)

iii. Mengenal pasti sama ada masalah yang diberikan melibatkan kognitif pelajar

Page 26: APLIKASI KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH DALAM … · was conducted to explore the application of problem-based learning (PBL) method in Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112)

7

iv. Mengenal pasti sama ada peruntukan masa yang diberikan untuk

menyelesaian masalah mencukupi

v. Mengenal pasti sama ada pensyarah bertindak sebagai fasilitator semasa

pelajar dalam menyelesaikan masalah

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini cuba mencari jawapan berpandukan kepada penyataan masalah,

objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul iaitu ;

i. adakah pelajar melakukan aktiviti dengan menggunakan proses pemikiran

peringkat tinggi?

ii. adakah topik-topik yang dipelajari dengan kaedah penyelesaian masalah

terdapat dalam silibus kursus Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

(SPL1112)?

iii. adakah masalah yang diberikan melibatkan kognitif pelajar?

iv. adakah peruntukan masa yang diberikan untuk menyelesaian masalah

mencukupi?

v. adakah pensyarah bertindak sebagai fasilitator semasa pelajar dalam

menyelesaikan masalah?