apakah perbezaan ppk

20
Apakah perbezaan Kelas Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas ? 1. Pendidikan Pemulihan Khas Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah. 2. Pendidikan Khas Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. APA ITU PENDIDIKAN KHAS? Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and

Upload: hazmir-a-hamid

Post on 03-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

ppk

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Perbezaan Ppk

Apakah perbezaan Kelas Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Khas ?

1. Pendidikan Pemulihan Khas

Pendidikan Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak

mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat

ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing.

Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal

mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah

dan ke peringkat sekolah menengah.

2. Pendidikan Khas

Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan

penyelidikan yang tersendiri. Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk

memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan

khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan

keupayaan murid.

APA ITU PENDIDIKAN KHAS?

Pendidikan khas merupakan perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk

individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Kategori individu kurang upaya yang perlu

mengikuti program dan perkhidmatan pendidikan khas terdiri daripada mereka yang

mengalami kecacatan mental (mental retardation), bermasalah pembelajaran (learning

disabilities), gangguan emosi dan tingkah laku (emotional and behavioral disorder), gangguan

komunikasi – pertuturan dan bahasa (communication – speech and language disorder), hilang

pendengaran (hearing loss), hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah

(blindnees or low vision), kecacatan fizikal (physical impairments) dan golongan pintar

cerdas (giftedness).

Di Malaysia, Pendidikan khas dalam konteks Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan

melalui sekolah khas untuk murid-murid bermasalah penglihatan dan bermasalah

pendengaran. Manakala program pendidikan khas integrasi disediakan untuk murid-murid

berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, pendengaran dan penglihatan. Program tersebut

diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau

vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan

dan separa inklusif. Program pendidikan khas yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran

Page 2: Apakah Perbezaan Ppk

Malaysia melibatkan pendidikan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah

menengah. Pendidikan peringkat menengah menyediakan dua jenis aliran iaitu akademik dan

teknik atau vokasional. Manakala tempoh pengajian bagi murid-murid berkeperluan khas

sekolah rendah selama enam tahun, sementara bagi sekolah menengah selama lima tahun.

Namun demikian, tempoh tersebut boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua tahun

mengikut keperluan murid-murid berkenaan.

Perkhidmatan dan kemudahan pendidikan khas terhadap golongan berkeperluan khas seperti

yang dijelaskan di atas tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan

Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menjelaskan :

“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk

mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang

terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pelajaran dan pegawai Jabatan

Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak

untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid berikut :

(a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid

biasa; dan

(b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang

terencat akal yang berat.”

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas"

Page 3: Apakah Perbezaan Ppk

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS

CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORI

SINDROM DOWN 

            

Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran

sebahagian atau kesemua kromosom 21.

Ciri-ciri

bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata

hipotonia otot (poor muscle tone)

Page 4: Apakah Perbezaan Ppk

batang hidung leper

satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian)

lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil)

leher pendek

tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield

lentur melampau pada sendi

kecacatan jantung kongenital

jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya

AUTISME 

Page 5: Apakah Perbezaan Ppk

Autisma  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di

sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-

kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran

ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam masalah

autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang

bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma  melibatkan orang dari pelbagai latar

belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. 

Ciri-ciri

1.      Pola perlakuan yang unik :

Penerimaan deria yang aneh.

Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar

memutar-mutar barang sambil berkhayal.

Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.

Rutin harian yang dirancang secara detail.

2.      Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :

Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak

berminat dengan kemahiran yang diajar.

Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila

ditegur.

Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di

dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.

Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat menembusinya.

3.      Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru

dan pelik

Page 6: Apakah Perbezaan Ppk

4.      Mengalami masalah pertuturan :

Sering mengulangi soalan yang diajukan.

Suka meniru percakapan orang lain.

Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.

5.      Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :

Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan

agresif.

Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau dilarang

dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.

Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.

Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.

6.      Intelek yang luar biasa walaupun autisma :

Mereka meminati matapelajaran Matematik.

Gemarkan permainan seperti ‘Jigsaw Puzzles’.

Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik.

Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.

Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.

     7.   Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin. 

Page 7: Apakah Perbezaan Ppk

DISLEKSIA

Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan

bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi

mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri

Keliru dengan arah kiri dan kanan.

Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.

Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.

Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.

Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.

Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.

Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.

Keliru dengan nombor-nombor.

Page 8: Apakah Perbezaan Ppk

Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan

sering terlanggar barang di sekitar.

Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara

berulang-ulang.

Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.

Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.

Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.

Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham. 

ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (HIPERAKTIF)

  

Hiperaktif  merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal,

agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-

kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur

8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat

Page 9: Apakah Perbezaan Ppk

dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa

yang sementara.

Ciri-ciri

Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.

Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.

Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.

Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar

meniru perlakuan orang lain.

Dapat melakukan setuatu  kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.

Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.

Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.

Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.

Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.

Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.

Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.

Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang

lain.

Page 10: Apakah Perbezaan Ppk

Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu

kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek

sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai

kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun,

menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

Ciri-ciri

Bermasalah mengenal bentuk huruf.

Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.

Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.

Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.

Membaca setiap perenggan terlalu lama.

Ejaan perkataan seringkali salah.

Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.

Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.

Page 11: Apakah Perbezaan Ppk

Lambat sewaktu menulis.

Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.

Mempunyai konsep kendiri rendah.

Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah

dialihkan oleh rangsangan luar.

Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.

Sila Dapatkan Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas:-

Jabatan Pelajaran Negeri-Negeri

Sekolah-Sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas

Hospital-Hospital Kerajaan dan

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Perkhidmatan Yang Diberikan

Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang di buka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

Program-Program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat

Badan-badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kemneterian berkaitan.

Keistimewaan Berdaftar Dengan Pendidikan Khas

Pendidikan percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelebihan apabila layak menduduki Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia

Bantuan Orang Kurang Upaya

Potongan tambang pengangkutan awam

Potongan sewaan penggunaan telefon apabila memenuhi syarat umur (Sila dapatkan penjelasan dari Kementerian-Kementerian berkaitan)

 

Page 12: Apakah Perbezaan Ppk

Peranan Guru Pendidikan Pemulihan Khas

Guru Pendidikan Pemulihan memainkan 5 perkara penting

iaitu :

1.  Peranan Sebagai Penilai (An Assessment Role)

    Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.    Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.    Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.

2.  Preskriptif (Prescriptive Role)

         Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.     Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

3.  Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentic)

   Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.         Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” atau “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

4.  Peranan Khidmat Bantu (A Supportive Role)

Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan

aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan

pembelajaran.

Page 13: Apakah Perbezaan Ppk

Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan

kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah

3M.

5.  Peranan Perhubungan (A Liaison Role)

Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk

mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.

Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa

bagaimana mereka membantu demi kepentingan

pembelajaran anak-anak mereka.

Tujuan Pengajaran Pendidikan Pemulihan Khas

Berdasarkan Buku Panduan Program Pemulihan Kurikulum Baru Sekolah untuk Tahap Satu

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984), tujuan utama pengajaran pemulihan ialah untuk:

a) Membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

b) Membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran.

c) Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap

pembelajaran.

Menurut Koh (1986), menegaskan pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi

kesusahan pembelajaran bagi kanak-kanak yang mengalami kesusahan ini tanpa

menghiraukan label-label ke atas murid tersebut seperti bodoh, lambat dan sebagainya.

Menurut Blair (1968), pengajaran pemulihan diperlukan untuk fungsi-fungsi berikut:

a) Untuk menyingkirkan tabiat dan sikap yang tidak selari dengan pembelajaran berkesan

atau dengan kata lain memulihkan kesalahan atau kelemahan.

b) Untuk mengajar buat pertama kali tabiat, kemahiran dan sikap baik yang belum dipelajari,

tetapi seharusnya sudah dipelajari.Tabiat, kemahiran dan sikap baik diperlukan oleh murid

untuk meningkatkan kecekapan murid.

Page 14: Apakah Perbezaan Ppk

Maka, pengajaran pemulihan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan iaitu mengikis

tabiat tidak baik yang sedia ada dan kedua ialah untuk membentuk tabiat baik yang belum

ada pada murid itu.

Dengan ini, pendidikan diperlukan untuk mengatasi dua jenis kelemahan ini.Bagi keperluan

guru, untuk mengatasi kedua-dua jenis kelemahan ini, prinsip-prinsip pengajaran yang harus

digunakan ialah yang berasaskan psikologi, di samping terdapatnya berbagai-bagaicara

bekerja, teknik dan alat pelaksanaannya.

CIRI-CIRI MURID PEMULIHAN KHAS

1) Emosi dan Tingkahlaku

Mempunyai perasaan rendah diri dan risau.

Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka.

Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran.

Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru.

Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.

Bersikap pasif.

Malas

2) Sosial

Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu

kawan-kawan.

Lemah / kurang interaksi dengan rakan.

Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.

Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.

Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.

Hyper aktif.

3) Kesihatan 

Page 15: Apakah Perbezaan Ppk

Tidak bertenaga serta kurang zat makanan.

Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).

Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).

Lemah gerakan motor-kasar dan halus.

Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.

Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar.

Perbendaharaan kata kurang.

Lemah pemahaman.

Kurang keyakinan diri dan rangsangan.

Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

5) Pengamatan

Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.

Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak.

Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.

Lambat mengelaskan benda atau nombor.

Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.

Tidak dapat menyelesaikan masalah.

Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.

Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif.

Lemah pergerakan dan perbuatan.

Lemah daya pemikiran/ingatan.

Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari.

Sukar untuk membuat kenyataan am

Page 16: Apakah Perbezaan Ppk