apakah maksud bahasa melayu baku.docx

17
BMM3083 Fonetik dan Fonologi Nama: Chong Mei Jiun Unit: M1 28/1/2015 Apakah maksud Bahasa Melayu Baku? Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat. Apakah Bahasa Baku? Bahasa Baku ialah satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi dan formal. Dalam bentuk lisan, suasana dan keperluan rasmi atau formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat, dan taklimat. Dapat juga ditambahkan bahawa untuk tujuan estetik seperti dalam deklamasi sajak dan nyanyian, seringkali digunakan juga bahasa baku dalam hal sebutan. Dalam bentuk tulisan, bahasa baku digunakan dalam surat rasmi, arahan, pekelilingan, laporan, iklan pekerjaan atau tender, minit mesyuarat, dan sebagainya. Bahasa baku juga dikatakan sebagai bahasa golongan terpelajar, iaitu golongan yang memegang peranan penting dalam sektor-sektor penting seperti pentadbiran, pendidikan, kehakiman, perdagangan, dan sebagainya. Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta

Upload: mei-jiun-chong

Post on 01-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

BMM3083 Fonetik dan Fonologi

Nama: Chong Mei Jiun Unit: M1 28/1/2015

Apakah maksud Bahasa Melayu Baku?

Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna, lengkap dalam semua aspek yang merangkumi koda, status, penggunaan bahasa, ejaan, tatabahasa, istilah, penggunaan kata, laras bahasa dan sebutan. Bahasa baku dikaitkan dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat.

Apakah Bahasa Baku?Bahasa Baku ialah satu ragam bahasa yang digunakan untuk suasana dan keperluan rasmi dan formal. Dalam bentuk lisan, suasana dan keperluan rasmi atau formal itu berlaku dalam ucapan, syarahan, pengajaran, mesyuarat, dan taklimat. Dapat juga ditambahkan bahawa untuk tujuan estetik seperti dalam deklamasi sajak dan nyanyian, seringkali digunakan juga bahasa baku dalam hal sebutan. Dalam bentuk tulisan, bahasa baku digunakan dalam surat rasmi, arahan, pekelilingan, laporan, iklan pekerjaan atau tender, minit mesyuarat, dan sebagainya. Bahasa baku juga dikatakan sebagai bahasa golongan terpelajar, iaitu golongan yang memegang peranan penting dalam sektor-sektor penting seperti pentadbiran, pendidikan, kehakiman, perdagangan, dan sebagainya.

Menurut Garvin dan Mathiot (1998), bahasa baku membawa maksud pembakuan dalam semua aspek bahasa; berusaha dan melakukan proses pengekodan, dan kutipan informasi pelbagai aspek tentang bahasa yang diterima daripada masyarakat serta yang telah menjadi norma kebahasaan bagi seluruh masyarakat itu. Pengekodan adalah satu persetujuan tidak rasmi yang diambil tentang satu variasi daripada beberapa variasi yang wujud dan variasi itu menjadi kelainan yang mewakili bahasa. Contohnya, variasi yang dipilih sebagai variasi bahasa baku ini mempunyai kaitannya dengan faktor-faktor sosiosejarah. Umpamanya variasi yang dituturkan oleh golongan terpelajar, maka variasi itu dari segi penggunaannya diterima pakai oleh penutu-penutur yang lain.

Dalam penggunaan rasmi atau dalam situasi formal, bahasa Melayu perlu memperlihatkan bentuk dan gaya yang betul, tepat, ringkas, mudah, dan santun. Seterusnya dikemukakan panduan umum mengeja dan menyebut perkataan dan istilah bahasa Melayu dalam huruf rumi. Beberapa panduan perlu dipatuhi bagi mengeja perkataan, istilah dan kata majmuk dengan betul meliputi keselarasan huruf vokal, kekecualian huruf vokal, penggunaan diftong, penggunaan huruf konsonan, perkataan pinjaman (istilah), imbuhan dan kata sendi di dan ke, partikel, ganti nama singkat dan penulisan kata majmuk.

Apakah Fungsi-fungsi Bahasa Baku?Bahasa tersebut digunakan dalam urusan rasmi sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.

Apakah ciri-ciri Bahasa Baku?Bahasa baku mempunyai ciri-ciri dan sistem tersendiri;

a. digunakan untuk tujuan rasmi;b. tidak mempunyai penutur asli;c. mematuhi peraturan tatabahasa sepenuhnya;d. digunakan dalam konteks formal;e. mempunyai pelbagai laras;f. mengamalkan sistem panggilan formal;g. bersifat fonemik iaitu sebutan mengikut ejaan;h. mengalami perancangan yang sistematik;i. tiada unsur-unsur kependekan atau kata-kata singkatan;j. menggunakan bahasa yang tersusun; danj. menekankan ketepatan dan kejelasan makna.

Aspek-aspek Bahasa BakuSebenarnya sebutan baku baru merupakan salah satu aspek bahasa baku. Yang dimaksudkan bahasa baku lebih luas daripada aspek itu. Bahasa seorang baru dapat dikatakan baku apabila orang itu menguasai:1. Sistem ejaan2. Peristilahan dan kosa kata3. Tatabahasa4. SebutanBahasa Melayu telah mencapai tahap kebakuan yang tinggi dalam bidang ejaan, istilah, kosa kata, dan tatabahasa. Hanya aspek sebutan yang belum mencapai kebakuan yang sepatutnya.

Aspek ejaan, kita telah mempunyai tulisan Jawi yang digunakan sejak abad ke-12 apabila Islam memperkenalkan aksara Arab. Semua kitab dan hikayat Melayu tertulis dalam tulisan Jawi. Pada tahun 1984 sistem ejaan Jawi itu diperkemas supaya sesuai dengan kehendakan zaman.

Tulisan rumi pula sudah disusun pada tahun 1904 oleh R.J. Wilkinson dan kemudian diperkemas oleh Zaba menjadi Ejaan Sekolah. Sistem ini digunakan berpuluh-puluh tahun, dan kemudian pada tahun 1972 diperkemas pula menjadi Sistem Ejaan Baru. Jadi, jelas bahawa aspek ejaan telah baku, walaupun penyempurnaan tetap perlu dilakukan dari semasa ke semasa.

Dalam bidang peristilahan, usaha menggubal istilah dalam bahasa Melayu di negara ini sudah bermula sejak tahun 1956 lagi. Hingga sekarang telah ada 400,000 istilah untuk 300 bidang ilmu dan ikhtisas. Walaupun kerja pembentukan istilah masih tetap berterusan, sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, bolehlah dikatakan bahawa kita sudah mempunyai kaedah yang baku tentang cara pembentukan istilah.

Tatabahasa Melayu pula telah memperlihatkan kemantapan sejak berabad-abad yang lalu. Wujudnya karya-karya besar seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan sebagainya dengan sendirinya menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah mempunyai aturan-aturan bahasa yang baku. Dalam zaman kegemilangan kerajaan Melayu pada abad ke-15 dan selanjutnya, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan diplomatik, bahasa undang-undang, bahasa ilmiah , bahasa perdagangan, dan bahasa kesusasteraan tinggi. Tentulah semua itu menjadi kenyataan ketika bahasa Melayu telah mempunyai sistem bahasa yang mantap.

Tatabahasa Melayu secara terancang menjadi lebih mantap apabila ahli-ahli bahasa menyusun tatabahasa yang digunakan di sekolah dan di sektor lain. Ahli yang ulung dalam memantapkan tatabahasa Melayu ialah Zaba, sehingga buku-buku tatabahasa yang tertulis kemudian banyak yang bersandar pada buku Pelita Bahasa Melayu karya tatabahasawa itu.

Ciri Sebutan Baku:1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.2. Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan.3. Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan.4. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik.

Dasar Sebutan BakuSebagai pedoman umum semata-mata, dasar sebutan baku dapat diterangkan dengan meninjau bunyi-bunyi vokal, konsonan, dan diftong dalam bahasa Melayu. 1. Vokal diucapkan [ a ] pada posisi manapun. Jadi kata seperti ada, apa, baka, cinta, duka diucapkan [ ada ], [ apa], [baka], [cinta], [duka] sebagaimana ucapan bagi kata astaka, armanda, beca, asrama, bola, beranda, bota, cakerawala, cendekia, cota, dalca, fatwa, karya, kesatria, lawa, maha, merdeka, nada, nyonya, para, pria, pesta, prosa, pola, sastera, sayembara, takwa, taala, wanita, wira yang sudah kian lama ada dalam bahasa Melayu. Kata-kata yang agak baru dalam bahasa Melayu dan selama ini diucapkan secara fonemik ialah akta, balada, drama, fakta, fasa, frasa, fenomena, firma, kolera, norma, orchestra, palma, plasma, prisma, propaganda, swasta, dan banyak lagi.2. Vokal yang melambangkan taling dan pepet diucapkan [e] dan [], menurut bunyi asal sesuatu kata itu. Masalah yang selalu ditimbulkan oleh pengguna bahasa, khususnya pelajar bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, ialah kesulitan menentukan adakah [e] atau [] yang harus diucapkan bagi kata-kata yang dieja dengan huruf , lebih-lebih lagi bagi kata-kata yang homograf tetapi lain ucapan dan maknanya seperti perang, semak, sepak, selak, serak, dan sebagainya. Masalah tersebut dapat diatasi dengan merujuk kepada kamus. Dalam kamus yang baik, bunyi [e] diberi tanda taling seperti accent aigue pada kata Perancis attach. Jadi, perang yang merujuk kepada warna dicatatkan dalam kamus sebagai prang. Maka tahulah kita bahawa sepatutnya bukan [prang] yang membawa makna perkelahian besar. Demikian juga, kata peka yang sering diucapkan orang [pka] menurut kamus harus diucapkan [peka].3. Vokal dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [i] dan bukan [e]. Oleh itu kata adik hendaklah diucapkan [adi] menurut sebutan baku, bukan [ade]. Orang yang anti sebutan baku selalu melebih-lebihkan ucapan kata itu menjadi [adik] sehingga kedengaran janggal, supaya dengan itu masyarakat menolak gagasan sebutan baku. Tetapi ingatlah bahawa kepalsuan tidak akan dapat menutup kebenaran. 4. Vokal [u] yang melambangkan bunyi [u] tidaklah harus diucapkan [o]. Jadi, kata seperti duduk hendaklah diucapkan [dudu], bukan [dudo]. Sekali lagi, orang yang menolak sebutan baku menciptakan khayalan dengan mengucapkannya sebagai [duduk].5. Vokal dalam sebutan baku diucapkan [o]. Jadi, kata seperti botol diucapkan [botol], bukan [btl].6. Diftong , , dalam sebutan baku diucapakan sebagai satu kesatuan bunyi, iaitu sebagai inti suku kata. Malah dalam ucapan yang bersahaja sekalipun tidak ada orang yang menguasai bahasa Melayu yang mengucapkannya seolah-olah dua bunyi yang diselangi hentian glotis. Jadi, kata seperti pantai diucapkan [pantai] bukan [pantai]. Kata seperti pulau diucapkan [pulau], bukan [pulau]. Kata sepoi diucapkan [spoi], bukan [spoi].7. Demikian pula halnya dengan huruf-huruf konsonan yang hampir semua memberikan satu nilai bunyi. Kekecuali hanya berlaku bagi beberapa bunyi yang dilambangkan oleh dua huruf konsonan, iaitu , , , , . Huruf pula dapat melambangkan dua bunyi, iaitu [ k ], dan [ ].Pola Keselarasan VokalKeselarasan vokal meliputi perkataan yang berbentuk dua suku kata. Bagi perkataan yang mengandungi lebih dua suku kata, peraturan keselarasan huruf vokal ini hanya wajar bagi dua suku kata yang terkahir. Terdapat lapan belas pola keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan daripada berlakunya kesilapan ejaan. (rujuk Rajah 12.1)Rajah 12.1: Pola Keselarasan Vokal Bahasa MelayuSebutan Huruf VokalTerdapat enam huruf vokal dalam Bahasa Melayu. Vokal perlu disebut dengan betul menurut nilai bunyi individu. Kedudukan vokal dalam perkataan boleh berada sama ada di awal, di tengah atau di akhir.a. Huruf a dilafazkan dengan bunyi [ a ] pada mana-mana kedudukannya. Contoh:pada[a + da]berada[be + ra + da]cabaran[ca + ba + ran]warganegara[war + ga + ne + ga + ra]b. Huruf e dilafazkan dengan bunyi [ e ] Contoh:elok[e + lok ]leka[le + ka]nenek[ne + nek]c.Huruf e pepet dilafazkan dengan bunyi [ ]Contoh:emak[ + mk]segar[s + gar]kelam[k + lam]d. Huruf i dilafazkan dengan bunyi [ i ] Contoh:ini[i + ni]putih[pu + tih]intip[in + tip]e. Huruf o dilafazkan dengan bunyi [ o ] Contoh:oleh[o + leh]bola[bo + la]sorak[so + rak]f. Huruf u perlu dilafazkan dengan bunyi [ u ]Contoh:ubi[u + bi]ular[u + lar]tunjuk[tun + juk]putus[pu + tus] Penyebutan Bunyi DiftongAda tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi.1. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan (suku kata 6terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran.2. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.3. Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ i ] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya:se.poi, do.doi, dan ka.loi.Penyebutan Bunyi KonsonanSemua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya:Konsonan Awal Tengah Akhir b ba.suh sa.bun ja.wab c cu.kai cu.cuk Mac d de.wan pa.da wu.jud f fi.kir na.fas a.rif g ga.ji ja.ga beg h ha.ti ma.hu mu.rah Penyebutan Dua Konsonan dengan Satu Nilai BunyiKata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya:Huruf Awal Tengah Akhirgh ghai.rah magh.rib ba.ligh kh kha.bar a.khir ta.rikh ng nga.nga si.nga - ny nyi.or su.nyi - sy syah.du i.sya.rat -Penyebutan Konsonan dengan Tiga Nilai BunyiTerdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau di akhir suku kata, contohnya:Huruf Awal TengahAkhirk ka.mi la.ki ? - - ba.la? - ta .zimPenyebutan Kata DasarKata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V V yang menerbitkan V-VK, KV-K, dan KV-VK, contohnya:Pola SukuKata Pemenggalan Sebutan Kata Suku KataV-KV isi i.si [ i.si ] V-KVK ikan i.kan [i.kan] VK-KV inci in.ci [ in.ci ] VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat] KV-KV lama la.ma [ la.ma ] KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ] KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ]KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]Penyebutan Kata TerbitanKata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yangberdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasipenyebutan kata-kata yang berawalan tertentu.i. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:EjaanSebutanbernyanyi[ ber.nya.nyi ] menunggu [ me-nung.gu ]penyanyi[ pe.nya.nyi ] dihantar[ di.han.tar ]keadaan[ ke.ada.an ]seekor[ se.e.kor ]tertulis[ ter.tu.lis ]peragut[ pe.ra.gut ]ii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya:EjaanSebutanmengarah[ men.nga.rah ]mengikut[ me.ngi.kut ] pengedar[ pe.nge.dar ]pengundi [ pe.ngun.di ]iii. Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN-yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya:EjaanSebutanmengepam[ me.nge.pam ]mengepos[ me.nge.pos ]mengetin[ me.nge.tin ]pengecat[ pe.nge.cat ]pengelap[ pe.nge.lap ]pengecas[ pe.nge.cas]iv. Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu:a.sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan.b.sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk dasarnya.Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama.EjaanSebutanberangkat[ be.rang.kat ] atau[ ber.ang.kat ]berekor[ be.rekor ] atau[ ber.e.kor ]perelok[ pe.re.lo? ] atau[ per.e.lo? ] memperelok[ mem.pe.re.lo? ] atau[ mem.per.e.lo? ]diperelok[ di.pe.re.lo? ] atau[ di.per.e.lo? ]terangkat[ te.rang.kat ] atau[ ter.ang.kat ]v. Kata terbitan dengan akhiran an, i-, dan kan atau partikel lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat ku, -mu dan nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya:EjaanSebutantajaan[ ta.ja.an ]menjalankan[ men.ja.lan.kan ]jemputlah[ jem.put.lah ]bilakah[ bi.la.kah ]siapatah[si.apa.tah ]milikku[ mi.lik.ku ]vi. Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran an atau i dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK. Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama.KataSebutanejekan[ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ]keelokan[ ke.e.lo.kan ] atau [ ke.e.lo?.kan ]masakan[ ma.sa.kan ] atau [ ma.sa?.kan ]memasuki[ me.ma.su.ki ] atau[me.ma.su?.ki ]