muqaddimah. - cycc.com. · pdf filerukun kedua: wukuf di padang arafah apakah maksud wukuf di...
Post on 21-Mar-2019
252 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
1
Muqaddimah.
97
Maksudnya: {..Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia
terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang mempunyai kemampuan
perjalanan ke Baitullah} [Aali Imran: 97].
Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Ambillah contoh dariku (sebagai) pelaksanaan ibadah
haji kamu. [Hadis Riwayat Muslim]
Perjalanan menuju ke Tanah Haram memerlukan bekalan yang
cukup. Di samping bekal harta, ilmu juga merupakan bekal yang sangat
diperlukan. Kerana dengan ilmu, seseorang akan terbimbing dalam
melakukan ibadah hajinya sesuai dengan tuntutan Rasulullah r. Juga
agar terhindar dari berbagai kesalahan dan kesilapan, sehingga hajinya
diterima sebagai haji mabrur (yang diterima) tiada balasan baginya
kecuali al-Jannah (Syurga).
Untuk membantu para jemaah membuat persiapan ilmu tentang
ibadah yang besar ini serta persediaan dalam perjalanan melaksanakan
fardhu yang ke lima ini, kami menganjurkan kursus ibadat Haji secara
bersiri, semoga para peserta mendapat manfaat darinya, aamiin.
Akhukum,
Abu Anas Madani Pondok Sungai Durian. 3 Jun 2016.
2
PENGERTIAN HAJI:
Menurut bahasa Arab: Menuju ke suatu tempat.
MENURUT ISTILAH SYARAK:
Ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram (Kaabah) dalam bulan-bulan
haji (dari 1 Syawal hingga sebelum terbit fajar 10 Zulhijjah) kerana
mengerjakan tawaf, saie dan wukuf di Arafah menurut syarat-syarat
dan rukun-rukunnya serta menunaikan segala wajibnya.
TARIF UMRAH
Menurut bahasa: Ziarah atau berkunjung.
MENURUT ISTILAH SYARA:
Mengunjungi Baitullah (Kabah) untuk mengerjakan ibadah umrah
dengan niat dan syarat-syarat yang tertentu.
HUKUM MENGERJAKAN HAJI
Haji adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas
setiap orang yang mampu.
{ {
Maksudnya: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa
sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkar untuk ibadat haji)
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu
pun) dari sekalian makhluk. [Surah Aali Imran: 97] Firman Allah swt:
[196: ] } { MaksudNya: {Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah}.
[Surah Al-Baqarah: 196]
Dalil wajib umrah: Umrah adalah wajib dilakukan sekali sahaja seumur hidup ke atas setiap
orang yang mampu.
Firman Allah swt:
} { Maksudnya: {Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah}.
3
Kelebihan:
Ulangilah antara haji dan umrah kerana ianya menghapuskan kesilapan
dan dosa-dosa sebagaimana alat penghembus api tukang besi menghembus
karat besi, emas dan perak. Dan tidak ada balasan bagi haji mabrur melainkan
syurga. [HR: Bukhari & Muslim]
Umrah adalah sunat dilakukan berulang kali berdasarkan sabda Nabi saw:
Maksudnya: Daripada satu umrah ke satu umrah adalah penghapus dosa
antara keduanya [HR Bukhari & Muslim]
Kelebihan melakukan umrah pada bulan RAMADHAN:
(Melakukan) satu umrah di bulan ramadhan adalah menyamai
(pahala) melakukan sekali haji [HR Bukhari]
Beza di antara haji dan umrah Waktu:- Haji hanya boleh dilakukan pada bulan-bulan haji sahaja
iaitu Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah
Umrah boleh dilakukan sepanjang tahun kecuali bagi orang yang
sedang berada dalam ihram haji.
Amalan:- Haji merupakan satu ibadat yang mengandungi amalan;
berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina juga melontar
batu di jamrah.
Ibadat umrah tidak mengandungi amalan-amalan tersebut.
Hikmah dan Falsafah Haji a- Turutan Rukun Islam Yang Lima; 1- Syahadah : Tundukkan HATI kepada Allah
2- Solat : Tundukkan ANGGOTA kepada Allah
3- Zakat : Tundukkan HARTA kepada Allah
4- Puasa : Tundukkan NAFSU kepada Allah
5- HAJI & UMRAH: Menjadi Tetamu Allah. Tundukkan Anggota-
Harta kepada Allah swt.
4
b- Hikmah dalam melaksanakan Ibadat Haji:
1. Pengorbanan. 2. Sabar dan tabah. 3. Persaudaraan. 4. Mengabdikan diri. 5. Fadhilat. 6. Gambaran-gambaran akhirat. 7. Dugaan. 8. Melawan nafsu. 9. Persamaan. 10. Satu cita-cita.
Kelebihan [fadhilat] menunaikan Haji;
a-Manfaat-manfaat duniawi:
1. Pertemuan orang Islam seluruh dunia. 2. Kepentingan perniagaan dan ekonomi. 3. Menunjukkan persamaan di kalangan orang Islam.
b-Manfaat-manfaat ukhrawi:
1. Kem latihan penumpuan kepada ibadat. 2. Kem latihan membentuk keperibadian muslim. 3. Latihan supaya bersedia untuk meninggalkan alam dunia. 4. Mendapat ganjaran pahala melihat kaabah. 5. Melatih diri supaya ikhlaskan amalan hanya kerana Allah swt. 6. Mendapat pujian Allah swt di hadapan malaikat. 7. Mendapat haji mabrur.
Hadis hadis Fadilat Haji: 1- Dari satu umrah kepada umrah yang lain merupakan
penghapus dosa antara keduanya dan haji mabrur itu tidak ada
balasannya melainkan syurga. [HR: Al-Bukhari]
2- Nabi saw telah ditanya: Apakah sebaik-baik amalan? Baginda
menjawab: Beriman dengan Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya
lagi: Kemudiannya apa? Baginda menjawab: Berjihad pada jalan Allah.
Baginda ditanya lagi: Kemudiannya apa? Baginda menjawab: Haji
mabrur. [HR: Al-Bukhari]
5
3- Sabda Rasulullah saw kepada Amru bin Al-As ra: Tidakkah kamu mengetahui bahawa Islam menghapuskan apa yang sebelumnya
dan hijrah menghapuskan apa yang sebelumnya dan haji juga
menghapuskan apa yang sebelumnya! [HR: Muslim]
4- Sesiapa yang mengerjakan haji kerana Allah dan tidak melakukan perkara yang berkait dengan wanita (seks) dan tidak juga
melakukan maksiat dia akan pulang sama seperti keadaan hari dia
dilahirkan oleh ibunya. [HR: Muslim]
Pengertian Haji Mabrur Haji mabrur pada Syarak ialah: Haji yang diterima dan balasan yang
luar biasa iaitu syurga, manakala lawannya ialah haji mardud iaitu haji
yang di tolak dan tidak di terima.
Sabda Rasulullah s.a.w:- Haji mabrur itu, tidak ada balasan
baginya melainkan syurga
Syarat syarat Haji Mabrur:
a- Sebelum menunaikan Haji 1- Niat semata mata kerana Allah swt. 2- Wang perbelanjaan dari harta yang halal. 3- Melakukan amal ibadat dengan sempurna.
b- Semasa menunaikan Haji 4- Menyempurnakan segala rukun dan wajib haji. 5- Membayar segala jenis dam yang berkaitan. 6- Tidak melakukan perkara-perkara larangan ihram.
c- Selepas menunaikan Haji 7- Menjauhkan diri dari dosa dan perkara mungkar. 8- Memperbanyakkan amal soleh untuk meningkatkan iman dan
ketakwaan.
9- Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak dan kelakuan secara berterusan.
Tanda-tanda haji yang mabrur
Kembali dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya dan
tidak mengulangi dosa-dosa yang biasa dilakukannya sebelum ini.
6
Menurut al-Hasan al-Basri: Kembali dalam keadaan zuhud kepada
dunia dan bersungguh-sungguh kepada alam akhirat.
Syarat-syarat wajib Haji dan Umrah 1. Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Merdeka. 5. Berkuasa.
Adab-adab sebelum menunaikan fardu haji. 1. Niat Yang Ikhlas
2. Bertaubat Dari Segala Dosa Dan Kezaliman
3. Selesaikan Hak-Hak Allah
4. Selesaikan Hak-hak Manusia
5. Mencari Keredhaan
6. Memperbaiki Diri
7. Punca Perbelanjaan Yang Halal
8. Mencari Rakan Dan Teman
9. Mempelajari Cara Mengerjakan Umrah
10. Berdoa dan bertawakal kepada Allah
Doa mohon haji yang mabrur:
Ya Allah, Ya Tuhan kami kurniakanlah Haji yang mabrur dan
ampunkanlah dosa-dosa hamba dan pekerjaan Haji yang dipuji, amalan
saleh yang diterima dan perniagaan yang tidak merugikan.
Haji adalah jihad
Aishah ra berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah saw: Adakah
diwajibkan jihad ke atas wanita?
Jawab Baginda saw: Ya, tetapi jihad yang tidak ada peperangan
iaitu haji dan umrah. [HR Ahmad & Ibnu Majah, Sahih]
7
Rukun-rukun haji: Apakah yang dimaksudkan dengan istilah rukun dalam haji?
1. Amalan asasi yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. 2. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara rukun haji, haji tersebut tidak sah, sama ada ianya tidak dilakukan secara
sengaja atau terlupa.
Rukun haji 6 perkara 1- Berniat ihram. 2- Wuquf di Arafah. 3- Tawaf ifadhah. 4- Saie. 5- Bercukur/bergunting. 6- Tertib pada kebanyakan rukun.
BERNIAT DI MIQAT
MENINGGALKAN LARANGAN-
LARANGAN IHRAM
BERMALAM DI MUZDALIFAH
MELONTAR DI JAMRATUL
AQABAH
BERMALAM DI MINA
MELONTAR DI KETIGA-TIGA
JAMRAH
BERNIAT IHRAM
WUQUF DI ARAFAH
TAWAF IFADHAH
SAIE
BERCUKUR/
BERGUNTING
TERTIB PADA
KEBANYAKAN RUKUN
RUKUN WAJIBHAJI
8
Wajib-Wajib Haji: Apakah yang dimaksudkan dengan istilah wajib haji?
1. Pekerjaan/amalan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. 2. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib haji, haji tersebut tetap sah, tetapi wajib ke atas orang yang
berkenaan membayar dam.
3. Dia juga menanggung dosa jika