apakah kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara malaysia (1)

4
Pendidikan merupakan salah satu aset terpenting yang perlu ada di dalam setiap individu dalam masyarakat bagi membantu memacu pembangunan sesebuah negara. Kepentingan penguasaan ilmu kepada masyarakat dalam sesebuah negara adalah untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan kemajuan negara secara berterusan. Modal insan ini akan membantu dalam menghasilkan sesuatu produk yang terbaru bagi merancakkan ekonomi negara, serta mampu memberikan saingan terhadap negara luar yang jauh lebih maju. Maka dengan itu, usaha kerajaan yang telah menjadikan mata pelajaran sains dan matematik sebagai subjek wajib yang perlu di ambil oleh setiap pelajar, amat bertepatan supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan jauh dalam bidang sains yang menjadi kayu pengukur pembangunan sesebuah negara. Tambahan pula, pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam sektor kajian dan penyelidikan sains dalam pembangunan industri berasaskan skop

Upload: rahezat

Post on 07-Jul-2016

2.384 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

kepentingan pendidikan kepada pembangunan negara

TRANSCRIPT

Page 1: Apakah Kepentingan Pendidikan Terhadap Pembangunan Negara Malaysia (1)

Pendidikan merupakan salah satu aset terpenting yang perlu ada di dalam setiap individu dalam masyarakat bagi membantu memacu pembangunan sesebuah negara.

Kepentingan penguasaan ilmu kepada masyarakat dalam sesebuah negara adalah untuk melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan kemajuan negara secara berterusan. Modal insan ini akan membantu dalam menghasilkan sesuatu produk yang terbaru bagi merancakkan ekonomi negara, serta mampu memberikan saingan terhadap negara luar yang jauh lebih maju. Maka dengan itu, usaha kerajaan yang telah menjadikan mata pelajaran sains dan matematik sebagai subjek wajib yang perlu di ambil oleh setiap pelajar, amat bertepatan supaya rakyat Malaysia tidak ketinggalan jauh dalam bidang sains yang menjadi kayu pengukur pembangunan sesebuah negara. Tambahan pula, pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan dalam sektor kajian dan penyelidikan sains dalam pembangunan industri berasaskan skop kajian sains dan teknologi, akan menyuntik pembangunan negara Malaysia secara konsisten yang berlandaskan teknologi terkini. Hasilnya dapat dilihat melalui kejayaan Malaysia menempah nama sebagai sebuah negara hub pengeluar makanan halal pertama yang berjaya memperkenalkan kaedah mengesan wujudnya DNA khinzir di dalam setiap produk keluarannya. Dengan adanya kemajuan ini, secara langsung menjadikan negara kita terkenal di mata dunia sebagai sebuah kuasa besar yang maju dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Page 2: Apakah Kepentingan Pendidikan Terhadap Pembangunan Negara Malaysia (1)

Pendidikan juga membantu meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majmuk. Hal demikian disebabkan, sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh kerajaan pada masa kini berasaskan pemupukkan semangat perpaduan integrasi dalam masyarakat sejajar dengan dasar yang telah diperkenalkan oleh Y.A.B Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak, iaitu semangat satu Malaysia. Kerajaan juga memastikan semua kaum yang terdapat di Malaysia mendapat hak pendidikan yang sama rata tanpa wujudnya unsur diskriminasi bagi mengelakkan keciciran dalam sektor pendidikan negara. Justeru, kesamarataan dalam sistem pendidikan ini dapat mewujudkan semangat nasionalime dalam kalangan komuniti rakyat Malaysia tanpa mengambil kira soal latar belakang dan perbezaan kaum. Hal ini menyemai sikap tanggungjawab untuk membangunkan negara secara berganding bahu dalam diri setiap individu.

Selain itu, kepentingan pendidikan terhadap pembangunan negara dapat melahirkan wargenagara Malaysia yang terkeluar daripada kepompong kemiskinan. Hal ini demikian, pendidikan dapat membantu negara mengurangkan golongan miskin tegar serta melahirkan penduduk berpendapatan sederhana atau tinggi. Pendidikan kini menjadi nadi terpenting dalam menjawat jawatan dalam sektor awam dan swasta, kerana kerjaya untuk mengisi kekosongan dalam sektor tertentu dinilai berdasarkan tahap pendidikan yang dimiliki oleh seseorang individu. Dengan adanya golongan berpendidikan ini, mampu menjadikan sektor awam dan swasta dijana oleh golongan yang pakar dalam pelbagai bidang dan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran tinggi.

Page 3: Apakah Kepentingan Pendidikan Terhadap Pembangunan Negara Malaysia (1)

Kesimpulannya, pendidikan berperanan amat penting terhadap pembangunan negara di Malaysia bagi memastikan pembangunan negara yang manpan.