apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas
TRANSCRIPT
Apakah kekangan jika kita menggunakan video dalam kelas?
Terdapat beberapa kekangan jika guru menggunakan video dalam kelas. Kekangan paling
utama ialah kekangan dari segi masa yang terhad atau pun intensif. Semua perkara yang ingin
dilaksanakan di kelas melibatkan masa. Jika guru tidak merancang betul-betul apa yang ingin
dilaksanakan di kelas, ia akan menjadi tidak berkesan kerana masa yang sangat terhad. Ini
ditambah pula dengan kekangan tugas yang banyak dan terpaksa dipikul oleh seseorang guru
dalam abad ke 21 ini. Kita sedia maklum bahawa dasar kerajaan sering berubah-ubah
membuatkan guru menjadi semakin sibuk dengan bebanan pelbagai tugas seharian dalam
kerjaya melibatkan pendidikan.
Kekangan dari segi peralatan pula sudah menjadi isu utama yang terpaksa difikirkan
oleh semua guru yang ingin menggunakan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini pula ditambah dengan isu perancangan sesuatu pembelajaran. Jika kekangan-kekangan
ini tidak diatasi dengan sistematik dan efisyen, ia boleh menjadikan suatu persekitaran
pembelajaran itu menjadi huru-hara atau pun tidak terurus. Dari segi teknikal pula, guru
seharusnya tahu bagaimana menggunakan video dalam pengajarannya. Pengetahuan ini
melibatkan keseluruhan kemahiran yang berkaitan dengan penggunaan video dalam kelas. Satu
lagi kekangan yang dialami oleh guru adalah kos yang mahal. Kos ini menjadi beban kepada
guru jika kelas tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan. Persoalan
yang timbul di sini ialah adakah semua sekolah disediakan dengan kemudahan-kemudahan
bahan teknologi bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran? Satu perbelanjaan yang besar
terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk menyediakan semua sekolah di Malaysia dengan
kemudahan ICT.
Sumber :
http://www.authorstream.com/Presentation/rhartshorne-1471937-integratng-video-teaching-learning-
environment/