apakah frog vle

Upload: wae65

Post on 14-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Definisi frog

TRANSCRIPT

Apakah FROG VLE ( Virtual Learning Environment / Pembelajaran Persekitaran Maya :

Frog VLE ialah Aplikasi Online yang dibangunkan khusus untuk membantu proses P&P dan terbukti rekod pencapaiannya dan telah digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh dunia termasuk United Kingdom, Qatar, Hong Kong dan Thailand.Antara perkara yang boleh dilakukan/diperolehi melalui Frog VLE ialah

a. Menyimpan fail soft copy ( seperti menyimpan dalam pen drive)b. Menyimpan dan berkongsi bahan dengan pengguna Frog VLEc. Memberi tugasan kepada pelajar dan menerima jawapan tugasan pelajar secara onlined. Pihak sekolah boleh meyampaikan sebarang maklumat kepada semua pemgguma Frog VLEe. Email personalf. Takwim atau kalender persekolah dan personalAdalah menjadi aspirasi KPM dengan pelaksanaan platform Frog VLE di sekolah-sekolah, ianya dapat meningkatkan lagi kualiti P&P dan membantu meringankan beban guru-guru di sekolah.

Bersama ini disertakan fail yang mengandungi maklumat & data yang diperlukan bagi keperluan akses Frog VLE dan perkhidmatan yang berkaitan untuk SMKSB

1. URL FROG VLE yang khusus untuk sekolahURL yang unik ini hanya untuk sekolah untuk membolehkan warga sekolah akses ke platform Frog VLE

2. Nama pengguna (ID) dan kata laluan (password)ID (Nama pengguna) dan kata laluan untuk warga sekolah. Setiap guru, pelajar dan ibu bapa akan mempunyai nama pengguna khusus dan kata laluan untuk Frog VLE. Bahagian pentadbiran mempunyai akses tambahan bagi membolehkan mereka untuk mencipta,mengemaskini dan menamatkan perkhidmatan pengguna, mengedit papan nota sekolah dan mengwujudkan kalender untuk membuat tempahan baru.

3. Peranti Dongle Go 4G dan maklumat akses ke 1BestariNet melalui rangkaian Yes 4GSebagai sebahagian daripada projek 1Bestarinet pihak sekolah akan menerima peranti (dongle) Yes 4G. Dongle ini membenarkan guru sekolah untuk mengakses Frog VLE di kawasan sekolah dan melalui Rangkaian Yes 4G di kawasan liputan sedia ada di luar sekolah. Untuk makluman Tuan/Puan, akses internet kepada Frog VLE dari luar kawasan sekolah melalui Yes 4G adalah percuma.

Dokumen yang dilampirkan mengandungi ID dongle dan kata laluan untuk semua dongle yang diterima oleh pihak sekolah (iaitu setiap dongle akan menggunakan ID dan password yang sama) sebagai sebahagian daripada projek 1BestariNet.