apa erti puasa tapi tidak solat

6
- DUA RUANG MASIH KOSONG - Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak Puasa Posted on Sunday, August 22 @ 19:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper Oleh: amkns "Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yang tak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupun kita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih penting, solat, puasa, zakat atau raya ? Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ribut taufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dan sebagainya. Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, dan majoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkara lain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya. Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak tanya dulu geran kereta,

Upload: alhadith1

Post on 21-Jun-2015

308 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Apa erti puasa tapi tidak solat, apa erti hari raya tapi tidak solat

TRANSCRIPT

Page 1: Apa erti Puasa Tapi tidak Solat

- DUA RUANG MASIH KOSONG -Puasa tapi tak Solat, Raya tapi tak PuasaPosted on Sunday, August 22 @ 19:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper

Oleh: amkns

"Apakah sah puasa orang tak solat ? Apakah sah raya orang yang tak puasa ? Hari Raya Puasa sehari atau sebulan ? Main mercun dapat pahala atau dosa ? Inilah soalan yang sering kedengaran walaupun

kita dah nak menyambut 53 tahun merdeka. Masih ramai tak tahu yang mana lebih penting, solat, puasa, zakat atau raya ?

  

Maka tidak hairanlah Malaysia sekarang ini ditimpa pelbagai bala bencana, ribut taufan, kencing tikus, buang bayi, bakteria kuda, denggi, H1N1, AIDS dan sebagainya. 

Perkara yang paling utama iaitu solat wajib 5 waktu tidak boleh nak selesai, dan majoriti umat Islam tidak faham keutamaan solat macamana kita nak bincang perkara lain , muammalat Islam, perbankan Islam, persijilan halal dan sebagainya. 

Solat ialah perkara pertama yang akan dihitung atau disoal diakhirat nanti, kalau solat bermasalah, maka amalan lain juga akan bermasalah. Macam kita kena tahan polislah. Polis mula-mula tanya mana lesen, kalau lesen tak ada habislah. Polis tak tanya dulu geran kereta, insuran kereta, cukai jalan kereta, tayar cukup bunga ke tak dan sebagainya.  

Jadi mari kita sama-sama menyeru kepada semua umat Islam terutama orang Melayu yang leka dengan Bazar Ramadan, persiapan raya, lagu raya, lemang, ketupat, rumah terbuka , mercun , mercun bola , bunga api dan sebagainya supaya utamakan solat 5 waktu terlebih dahulu. 

Sebelum nak laksanakan pendidikan seks di sekolah rendah dan sekolah menengah, pastikan semua pelajar beragama Islam solat 5 waktu apabila mereka berada di

Page 2: Apa erti Puasa Tapi tidak Solat

sekolah. Di sekolah pelajar tak sembahyang, guru , jabatan dan kementerian pelajaran akan ditanya di akhirat, di rumah kalau pelajar tak sembahyang ibu bapa akan ditanya di akhirat. 

**************************

Sia-sia berpuasa jika tak jaga solat fardhuOleh Hasliza Hassan

2010/08/23

PUASA tetapi tidak solat bukan isu baru namun perlu dibangkitkan untuk perbincangan supaya amalan sepanjang Ramadan tidak menjadi sia-sia kerana sesetengah umat Islam begitu menjaga ibadat puasa namun solat diabaikan.

Imam 1 Masjid al-Husna Bandar Sunway, Abdul Hadi Bakri Abdullah, yang menjawab persoalan berkaitan solat tetapi tidak puasa yang dikemukakan penonton program Tanyalah Ustaz di TV9, berkata itulah kesilapan umat Islam kerana tidak memahami agama.

Katanya, ibadat puasa menjadi sia-sia jika seseorang itu tidak menunaikan solat wajib lima waktu kerana matlamat puasa untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan jika tidak solat, maka tiada apa yang hendak ditingkatkan.

Page 3: Apa erti Puasa Tapi tidak Solat

Solat adalah amalan pertama yang dihisab di akhirat nanti, bukan puasa, haji, zakat atau infak yang kita buat.

Oleh itu, jika puasa tetapi tidak solat, sia-sia saja. Solat tidak ada fidyah atau tebusan tetapi puasa boleh ditebus dengan fidyah, katanya.

Beliau yang menjadi tetamu jemputan program Tanyalah Ustaz membicarakan tajuk Kesilapan Semasa Puasa, menyentuh perkara dilakukan umat Islam sama ada secara sedar atau tidak. Katanya, banyak kesilapan dilakukan umat Islam kerana salah meletakkan keutamaan pada tempat sepatutnya seperti menunaikan solat sunat Tarawih secara berjemaah di masjid tetapi solat wajib tidak diusahakan untuk berjemaah sedangkan sudah jelas ganjaran 27 pahala.

Abdul Hadi berkata, dalam amalan sunat juga ramai tidak faham keutamaan mensia-siakan peluang depan mata dengan meninggalkan solat sunat selepas Isyak kerana lebih menumpukan solat sunat terawih.

Solat sunat selepas Isyak lebih utama tetapi kita tinggalkan sebab fikir nak buat sunat Tarawih. Imam memang tunggu jemaah solat sunat selepas Isyak sebelum Tarawih tetapi peluang yang ada itu kebanyakan kita sia-siakan, katanya.

Beliau turut menyentuh pemandangan di bazar Ramadan, anak muda lelaki dan perempuan bukan muhrim membeli juadah sambil berpegangan tangan malah ada yang tidak menutup aurat, sebagai perkara penting sepatutnya diberi perhatian tetapi dipandang mudah oleh segelintir umat Islam.

Begitu juga peniaga di bazar Ramadan, diingatkan supaya tidak bertekad dalam hati mengambil kesempatan Ramadan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda sementara pembeli jangan pula menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan hingga berlaku pembaziran.

Beliau tidak menafikan keperluan atau kepentingan bazar Ramadan sebagai kemudahan serta tarikan pelancong ke negara ini tetapi biar usaha itu bertujuan menampakkan keindahan Islam dari segi amalan ibadat.

Apa yang patut diserlahkan ialah Ramadan sebagai pesta ibadat bukan pesta makanan. Ini peluang Allah beri dan mesti dijaga elok-elok dengan mendidik orang Malaysia serta pelancong dengan pemandangan apabila Ramadan, kita semua penuhkan masjid, katanya.

Perkara dibangkitkan Abdul Hadi adalah kerisauan diluahkan penonton yang mengikuti program Tanyalah Ustaz mengenai amalan puasa dalam kalangan masyarakat negara ini yang mendahulukan adat bukannya ibadat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sia-siaberpuasajikatakjagasolatfardhu/Article  

SOLAT MERUPAKAN AMALAN YANG MULA-MULA DIHISAB DI AKHIRAT  

Page 4: Apa erti Puasa Tapi tidak Solat

Solat merupakan perkara pertama yang diperiksa di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.  

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.."

(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).   Nabi bersabda: Sesungguhnya amalan pertama seorang hamba yang dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Sekiranya baik solatnya maka dia telah berjaya. Sekiranya rosak solatnya maka kecewa dan rugilah dia. Sekiranya ada kekurangan pada solat fardunya maka Allah s.w.t akan berkata: "Lihatlah adakah hambaku mempunyai solat sunat? Maka jika ada; ia akan menampung kekurangan fardunya. Begitulah cara hisab bagi seluruh amalannya yang lain.  ******************************

CEDERA DIHEMPAP KHEMAH

Utusan Malaysia 23 Ogos 2010  

Sebahagian khemah yang menempatkan peniaga di bazar Ramadan berhampiran Masjid Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang rosak teruk akibat dipukul ribut semalam. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm   

KHEMAH BAZAR RAMADAN TERBANGBerita Harian 23 Ogos 2010   KUANTAN: Lebih 30 peniaga Bazar Ramadan di depan Jalan Mahkota di bandar ini, terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba, ketika orang ramai sedang sibuk membeli juadah berbuka puasa, petang semalam. Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang itu, pengunjung Bazar Ramadan terbabit bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KhemahBazarRamadanterbang/Article"