documentap

36
1.0 Kemahiran asas kaunseling-kemahiran membina perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya. 1

Upload: noriyanie

Post on 15-Apr-2016

246 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ilmu pendidikan (kaunseling)

TRANSCRIPT

Page 1: Documentap

1.0 Kemahiran asas kaunseling-kemahiran membina perhubungan

Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal

dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra,

saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia

berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa

tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.

Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang

meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa

sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik,

ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata,

pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara

duduk dalam kaunseling.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi

realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan

bukan lisannya. Dalam erti kata lain,  bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun

ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien.

Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini

kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu

akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham

bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang,

tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan

yang diberikannya.

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambil kira iaitu;

membina suasana alam sekeliling

suasana terapeutik

ruang untuk berkomunikasi

penampilan diri

ekspresi muka

kontak mata

cara duduk dalam sesi kaunseling1

Page 2: Documentap

pergerakan tangan dan kaki

senyuman

nada suara

menggalakkan klien bercakap

1.1 Membina suasana alam sekeliling

Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-

kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah serius, maka tempat

yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti

kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang-goyang sehingga

mengganggu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas,

tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan

seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi kaunseling. Selain itu,

tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan

penglihatan klien dan kaunselor.

1.2 Suasana terapeutik

Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang dinyatakan

tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan

penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana terapeutik yang

menyenangkan membolehkan sesi kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi.

1.3 Ruang untuk berkomunikasi

Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya. Ruang itu

membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam kaunseling,

kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan proses kaunseling dapat

berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal.

Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk

dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu

dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik

serta tajuk perbincangan. Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien

dan kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga

mengganggu perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga

menyukarkan kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan

2

Page 3: Documentap

rasa selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik.

Dalam menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat

dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa

oleh kedua-dua pihak untuk berunding.

1.4 Penampilan Diri

Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan

hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira

dengan keadaan dan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri

pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus

berpakaian mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang

boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu

kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu

berbau busuk

1.5 Ekspresi muka

Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti

mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor

mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah

atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata,

kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa

berinteraksi. Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi muka

yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien.

Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan

ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik.

1.6 Kontak Mata

Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor memberi

tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan

perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya

mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan.

Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien,

tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak

bermakna kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-

gerak kepada klien.

3

Page 4: Documentap

1.7 Cara duduk dalam sesi kaunseling

Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa

badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga

memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh

menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap

terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap

dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung

duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Kaunselor yang baik akan duduk

condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau

menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan

oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil menggoyang-

goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki

sebelah di atas lutut, atau sambil tangandiletak di belakang tengkuk dan menyadar.

Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.

1.8 Pergerakan tangan dan kaki

Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi

tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam

komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien yang ‘nervous’

kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan

tidak berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan

budaya masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan;

1.8.1 Berpeluk tubuh

Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang selamat

atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap diri dan bersifat

defensif.

1.8.2 Tangan di dalam kocek

Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Kedua-dua

belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa takut atau risau

1.8.3 Tergaru-garu

4

Page 5: Documentap

Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa ragu-

ragu dan tidak pasti

1.8.4 Menggigit jari

Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau

1.9 Senyuman

Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien.

Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan.

Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling.

Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi interpretasi. Senyuman

klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk

menutup rasa takut, risau keliru atau serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan

kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling

yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.

1.10 Nada suara

Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang

dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien

dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di

dalam sesuatu perkataan atau ayat. Contohnya perkataan ‘sayang’ jika disebut

dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang

disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting

bagi kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepadanya

untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram atau marah dan

sebagainya.

2.0 PENDIDIKAN PRASEKOLAH

2.1 PENGENALAN

Pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan

paradigma dalam setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam

melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura

Badzis 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan dengan proses

pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga

penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan seharusnya dapat

5

Page 6: Documentap

melahirkan insan yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan memanfaatkan

kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian. Dalam konteks kanak-kanak,

pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang

serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari

apa sahaja yang ada di persekitaran. Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang

diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam konteks persekitaran yang pelbagai samada

dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk

kehidupannya di masa akan datang (Department of Education and Science 1990).

Dari segi pentafsiran dari perspektif yang lain, pendidikan merupakan segala

apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari persekitaran. Hal ini

nyata sekali, pada peringkat awal umur, kanak-kanak tidak dapat membezakan baik

buruk sesuatu perkata. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal

ini, kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal lagi. Apa yang

membezakan di sini ialah, Islam lebih menekankan kepada pembentukan sahsiah

seseorang individu iaitu kanak-kanak dan bukan hanya dari segi kelakuan fizikal

malah seiring dengan pemantapan akhlak dan keimanan yang perlu diterapkan

dalam ruh dan jiwa kanak-kanak itu sendiri.

Sekiranya sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu

hanya bertumpu pada aras pengetahuan semata-mata tanpa diiringi penyemaian

akidah dan pemantapan akhlak, maka sudah jelas membuktikan bahawa nilai

penghayatan kontang dan proses pengaplikasian pengetahuan tidak dapat

diterjemah dalam bentuk nilai peradaban yang sempurna. Akibatnya, generasi yang

dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan intelek, tetapi 

‘pencapaian tinggi’ yang pada hakikatnya dalam ruang lingkup yang lain ia pincang

dan tiada keseimbangan.

Sekiranya hal ini yang berlaku dalam dunia pendidikan pada hari ini, sudah

jelas menunjukkan bahawa pendidikan gagal menjana anjakan paradigma dalam sel

setiap individu dan dibimbangi sejarah lama akan berulang. Analisis fakta dari

perspektif sejarah telah cukup membuktikan bahawa kehancuran tamadun manusia

contohnya Mesir, Greek, Rom dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan

nilai-nilai akhlak murni kepada generasi pewaris dan kontangnya penghayatan untuk

diaplikasikan dalam kehidupan (Mastura Badzis 2008). Maka, dari sini telah ramai

pihak dan agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun pihak persendirian yang

6

Page 7: Documentap

telah membuka mata dan minda perihal pentingnya penerapan ilmu dan

pengetahuan bagi kanak-kanak bukan hanya pada umur tertentu, malahan sejak ia

dilahirkan. Dengan keterbukaan minda ini, ilmu asuhan dan pendidikan awal kanak-

kanak telah mula diperkembang di Malaysia yang bukan hanya sekadar mengasuh

atau mendidik, malahan ia bertindak bertunjangkan prosedur dan berpaksikan

kurikulum yang telah digubal oleh pihak yang berwajib.

Oleh yang demikian, dalam penulisan ini akan menghuraikan secara umum

dan khusus berkaitan Perkembangan Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak

dari perspektif Malaysia secara ringkas dan padat sebagai rujukan dan sumber ilmu

pengetahuan berdasarkan fokus dari segi bidang yang berkaitan dengan pendidikan

awal kanak-kanak. Proses-proses perkembangan pendidikan awal kanak-kanak

akan diselusuri dari peringkat awal ia wujud sama ada dari segi penubuhan institusi

dan agensi, dasar dan polisi, program-program pendidikan dan latihan serta program

yang berkaitan dengan kesihatan kanak-kanak secara menyeluruh berasaskan fakta

literatur yang dikutip dari pelbagai sumber.

3.0 SEJARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK - KANAK

Sejarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak bermula pada era 1950-an. Pada

pendidikan awal kanak-kanak telah didorong oleh sistem pendidikan British dan

ianya hanya dimonopoli oleh golongan yang berkemampuan sahaja kerana

pendidikan jenis ini memerlukan kos yang tinggi untuk membiayainya. Dari tahun

1950 hingga 1960, tadika di Malaysia telah dibuka oleh sosialis kristian sebagai

sebahagian aktiviti gereja. Hampir kesemua tadika dipunyai oleh individu atau agensi

persendirian yang bertapak di kawasan bandar dan menyediakan Pendidikan Awal

Kanak-Kanak hanya untuk ibubapa yang mampu membayar yuran. Kesannya, hanya

sebahagian kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun berpeluang mengikuti kelas

tadika. Malangnya, ramai kanak-kanak yang berasal daripada keluarga yang miskin

dan luar bandar tidak dapat menerima pendidikan awal di tadika.

Sekitar tahun 1960-an pula, Pendidikan Awal Kanak-Kanak mula

berkembang secara umum berikutan kesedaran untuk mendapatkan pendidikan

dalam kalangan golongan kurang berkemampuan selepas merdeka mula meningkat.

Satu revolusi telah berlaku pada tahun 1969, Yayasan Asia telah menyumbangkan

bantuan dalam bentuk kewangan kepada Worker Society of Malaysia untuk

membangunkan institusi model TADIKA yang mana ia hampir sama dengan projek di 7

Page 8: Documentap

Amerika Syarikat. Sasaran utama projek ini adalah dikalangan kanak-kanak daripada

keluarga miskin daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Cina dan India. Mereka

dipilih daripada Kampung Muniandy, Kampung Manggis dan Kampung Sentosa di

Selangor. Satu kajian telah diambil di Amerika Syarikat menunjukkan kanak-kanak

yang terlibat dalam projek ini telah mencapai prestasi yang baik dari segi akademik

dan tingkah laku jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang tidak terlibat dalam

projek ini (Bernard Van Lee 2009).

Pada tahun 1970, melalui pelancaran Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang

berfokuskan kepada program "Pembasmian Buta Huruf", Jabatan Kemajuan

Masyarakat (KEMAS), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan

(FELCRA), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Rukun

Tetangga dan Perpaduan Negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan

Kementerian Kerajaan Tempatan serta Perumahan Sabah telah mengambil

keputusan untuk menubuhkan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau Taman

Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) untuk penjagaan dan pendidikan bagi kanak-

kanak di antara umur empat hingga enam tahun.

Pada tahun 1972 pula, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah

membina akta yang khusus bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang dinamakan

Akta Pelajaran 1961 P.U (A), Kaedah-kaedah Pelajaran (Kindergarten/ Sekolah

Asuhan)(Pendaftaran). Berdasarkan laporan daripada kajian Keciciran 1973 (Ee Ah

Meng 1988) terdapat kesan yang positif di kalangan kanak-kanak yang mendapat

pendidikan awal di peringkat prasekolah. Sebanyak 90 % daripada kanak-kanak

yang mendapat pendidikan di peringkat ini diletakkan di dalam kelas pertama apabila

mereka memasuki sekolah rendah (Ee Ah Meng 1998).

Pendidikan awal kanak-kanak semakin berkembang pesat dengan kewujudan

Yayasan Bernard Van Leer. Yayasan ini telah banyak membiayai aktiviti pendidikan

Prasekolah terutamanya dalam menggubal program pukal Prasekolah,

menganjurkan seminar-seminar dan menerbitkan buku panduan pendidikan yang

khas untuk pendidikan awal kanak-kanak (Bernard van Leer Foundation, 2009).

Perkembangan pesat tersebut menuntut bilangan tenaga pengajar yang lebih banyak

dalam pendidikan awal kanak-kanak. Oleh itu, sekitar tahun 1972 sehingga 1976,

Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) mula menawarkan kursus untuk melatih para

guru dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Usaha MPIK ini mendapatkan

sambutan dan diteruskan melalui projek-projek rintis Prasekolah oleh Maktab 8

Page 9: Documentap

Perguruan Sultan Idris (MPSI), Maktab Perguruan Sri Pinang (MPSP), Maktab

Perguruan Mohd Khalid (MPMK) dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu

(MPPM) yang dibiayai oleh UNICEF (Bernard Van Leer Foundation 2009).

Pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat perhatian yang lebih serius

pada tahun 1984. Terdapat beberapa pihak mula mencadangkan dan menuntut

bahawa pendidikan awal kanak-kanak harus bermula lebih awal, iaitu di bawah

empat tahun. Hal yang demikian ini menyebabkan tertubuhnya Children Centre Act

atau Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Pada tahun 1986 pula, Buku Panduan Guru Prasekolah mula diterbitkan.

Buku ini diterbitkan bagi tujuan meningkatkan kemahiran dan kreativiti guru

prasekolah. Ia juga dapat membantu guru mengelola dan mengurus pengajaran dan

pembelajaran prasekolah dengan lebih sistematik. Selain itu, ia juga boleh dijadikan

rujukan oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian pendidikan.

Seterusnya, pada tahun 1993, Garis Panduan Kurikulum Pendidikan

Prasekolah Malaysia mula diperkenalkan dan digunapakai untuk sekolah rintis di

KPM. Kini, Garis Panduan Pendidikan Prasekolah Malaysia diganti dengan

Kurikulum PERMATA (0-4 tahun) dan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (4-6 tahun)

dan dijadikan rujukan utama bagi Pendidikan awal kanak-kanak.

4.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGENSI

4.1 Aspek Perundangan

Peranan dan tanggungjawap agensi dalam pelaksanaan Dasar Asuhan dan

Didikan Awal Kanak – Kanak Kebangsaan adalah berasaskan aspek perundangan,

prinsip bidang tugas, amalan sedia ada dan kesediaan agensi. Perintah Menteri –

Menteri Kerajaan Persekutuan ( No.2 ) 2008 [ P.U. ( A ) 170 / 2008 ] memperuntukan

bahawa :

i. Y.B Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat adalah

bertanggungjwab ke atas perkara – perkara berkaitan dengan :

Penggalakan dan penguatkuasaan perkhidmatan asuhan kanak – kanak

dan pusat penjagaan ;

9

Page 10: Documentap

Pembentukan dasar dan strategi program pembangunan kanak – kanak ;

dan

Penyelarasan dan pemantauan program pembangunan kanak – kanak.

ii. Y.B Menteri Pelajaran adalah bertanggungjawab ke atas perkara – perkara

berkaitan dengan pengurusan pendidikan Pra – sekolah, rendah dan

menengah.

(PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)

4.2 Agensi – Agensi Yang Terlibat

Di antara agensi – agensi yang terlibat ialah Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM). Program Pendidikan Prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia

bermula pada 18 Disember 1991, di mana berlangsungnya mesyuarat Jemaah

Menteri mengarahkan KPM  melaksanakan Program Prasekolah. Sebanyak 1,131

buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan. Akta

Pendidikan 1996 (AKTA 550) telah ditubuhkan untuk Pendidikan Prasekolah dalam

Sistem Pendidikan Kebangsaan. Pada 6 Jun2001, Mesyuarat Jemaah Menteri

bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah sehingga 31 Januari

2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM. Guru-guru prasekolah

di bawah KPM adalah terdiri daripada guru lepasan Diploma dan guru Siswazah. Peranan dan tanggungjawab Kementerian Pelajaran ialah menggubal Kurikulum

Asuhan dan Didikan Awal Kanak–Kanak Kebangsaan berasaskan Kurikulum

PERMATA dengan mengambil kira aspek asuhan Kurikulum KAAK. Ini bagi

memastikan kesinambungan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang

diwujudkan oleh Kementerian Pelajaran bagi kanak–kanak berumur 4–6 tahun,

mengawal-seliaan, pemantauan/naziran ke atas pelaksanaan Kurikulum dan

menyediaan tenaga pendidik, termasuk perkara–perkara berkaitan dengan

penetapan kelayakan pengasuh dan tenaga pendidik. (PERMATA Negara, Jabatan

Perdana Menteri 2008)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah agensi bertanggungjwab

menguatkuasa Akta Taman Asuhan Kanak–Kanak Tahun 1984 (Akta 308). Akta

tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan

10

Page 11: Documentap

TASKA bagi mematuhi penetapan ciri–ciri piawaian minimum yang merangkumi

tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan nisbah ruang oleh

pusat–pusat asuhan yang berdaftar. KPWKM dari itu perlu meneruskan peranan dan

tanggungjwabnya seperti mana akta tersebut. Di samping itu JKM juga perlu

meneruskan peranannya sebagai agensi penyelaras Taska Komuniti. (PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) meneruskan peranannya sebagai

agensi pelaksana program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA

KEMAS dengan tumpuan kepada kawasan–kawasan di luar Bandar. Namun

demikian pengubahsuaian perlu dilaksanakan dari segi pemakaian Kurikulum, teknik

pembelajaran, serta keperluan fizikal dan peralatan pembelajaran di TASKA–TASKA

KEMAS mengikut kemampuan dari segi kewangan dan tenaga pengajar. (PERMATA

Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008)

Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada masa kini

terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak–kanak berumur 5 hingga 6 tahun

atau di peringkat Prasekolah. Adalah dicadangkan supaya jabatan ini menubuhkan

juga Pusat PERMATA di TABIKA Perpaduan untuk kanak kanak 4 tahun ke bawah di

kawasan bandar dan pinggir bandar (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri

2008).

Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak–Kanak Kebangsaan (NCDRC)

Universiti Pendidikan Sultan Idris pada peringkat permulaan, Pusat Penyelidikan

Perkembangan Kanak–Kanak Kebangsaan (NCDRC) melaksanakan perkara–

perkara berikut di samping peranan dan tanggungjwab NCDRC membuat

pengawalseliaan dan naziran ke atas pelaksaan Kurikulum Kebangsaan secara

pentadbiran sebelum diserahkan kepada Kementerian Pelajaran dan menyediakan

keperluan latihan tenaga pendidik sehingga Kementerian Pelajaran bersedia untuk

melaksanakannya. Di samping itu turut menjalankan penyelidikan yang berkaitan

dengan perkembangan kanak–kanak selain menjadi pusat rujukan dan member

khidmat latihan kepada pendidik dan jurulatih PERMATA serta lain–lain pihak yang

berminat. NCDRC juga mewujudkan pengkalan data kanak–kanak seluruh Malaysia

bagi tujuan memantau dan menyelidik perkembangan kanak-kanak seluruh

Malaysia. Turut menerbitkan bahan bacaan atau rujukan mengenai pengasuhan dan

pendidikan awal kana–kanak hasil dari kajian yang dijalankan berasaskan keperluan

pembangunan kanak–kanak dan membina jaringan dengan pelbagai pihak dalam

11

Page 12: Documentap

dan luar dalam meningkatkan mutu dan kualiti asuhan dan didikan awal kanak kanak

di Malaysia (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008).

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri

menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti menjadi urus setia kepada Majlis

Penyelarasan Dasar PERMATA Negara, menyelaras perluasan Program Didikan

dan Asuhan Awal Kanak–Kanak PERMATA di seluruh Negara dan mengurus 14

Pusat PERMATA sedia ada sebelum pengurusannya diserahkan kepada

Kementerian Pelajaran (PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri 2008).

Selain itu, agensi–agensi swasta turut memainkan peranan. Agensi swasta yang

ditubuhkan berfokuskan kepada kanak–kanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4

hingga enam tahun. Jabatan Agama Negeri atau Kerajaan Negeri pula lebih

berfokuskan kepada kanak – kanak berumur 0 hingga 4 tahun dan 4 hingga 6 tahun

seperti mana agensi swasta.

4.3 Dasar & Polisi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Convention On The Rights Of the Child – CRC adalah satu pertubuhan

antarabangsa . Konvensyen ini banyak membincangkan khususnya tentang

keperluan-keperluan dan hak–hak kanak–kanak dan berfokuskan kepada kanak–

kanak berumur 0 hingga 18 tahun (Sumber: Convention On The Rights Of the Child

2009).

Akta Kanak-Kanak 2001 (disebut Akta 611) dan telah berkuatkuasa mulai 1

Ogos 2002. Tujuan utama Akta 611 adalah untuk menyatukan dan meminda

undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan

pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara

yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Antara perkara penting yang

diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapa atau

penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk

memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan mahkamah bagi kanak-

kanak, cara perbicaraan dan hukuman (Sumber: Akta Kanak-Kanak 2009).

Childcare Centers Act 1984 & Amedment 2007 (Act 308) suatu akta untuk

mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-

taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

12

Page 13: Documentap

Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan

Jabatan Kebajikan Masyarakat (Institusi-kanak-kanak & Itemid 2009).

Akta Pendidikan 1996 yang juga dikenali sebagai Akta 550 adalah bertujuan

memansuhkan Akta Pelajaran 1961. Secara amnya, Akta Pendidikan 1996 tersebut

telah mengemukakan satu undang-undang baru tentang pendidikan bagi maksud

melaksanakan dasar pendidikan negara yang berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (Sumber: Akta Pendidikan 1996).

5.0 PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK KANAK-KANAK

Pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah merupakan peringkat

formatif dalam perkembangan kanak-kanak. Atas dasar tersebut, pelbagai inisiatif

telah dilaksanakan oleh banyak pihak dengan melaksanakan pelbagai agenda dan

program yang sesuai untuk kanak-kanak dari peringkat usia 0 hingga 6 tahun. Hal ini

bertujuan menggerakkan pemikiran dan juga minda serta meningkatkan kreativiti

berbentuk kemahiran di samping membina akhlak yang baik bagi golongan kanak-

kanak. Melalui kewujudan pelbagai program khusus untuk kanak-kanak,

pembangunan minda, penyuburan fizikal, pengukuhan kestabilan emosi dan

persediaan untuk hidup bermasyarakat di kalangan kanak-kanak dapat diterapkan.

Berikutan itu, muncul satu fenomena iaitu kehadiran berbagai pihak dan

agensi sama ada kerajaan, swasta mahupun persendirian untuk mengendalikan

pusat pendidikan awal kanak-kanak dan juga Prasekolah. Dengan kewujudan

pelbagai model Prasekolah, tidak mustahil jika dikatakan akan wujud pula paradigma

'rumah satu, tiang seribu atau infiniti' disebabkan kepelbagaian ragam pendekatan

dan kurikulum yang digunakan di institusi yang terlibat. Antara program asuhan dan

didikan awal kanak-kanak yang paling sinonim adalah Taman Asuhan Kanak-kanak

(TASKA), Taman Bimbingan/Didikan Kanak-kanak (TABIKA/TADIKA) atau

prasekolah dan juga Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-baik diwujudkan oleh

pelbagai agensi yang terlibat.

5.1 Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat

(PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian

Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu 13

Page 14: Documentap

bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu

juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan secara tidak langsung dapat

dilaksanakan untuk ibu bapa dan masyarakat.

Program asuhan kanak-kanak TASKA merupakan salah satu program induk

yang merangkaikan beberapa program pendidikan lain di bawahnya termasuk yang

melibatkan agensi kerajaan, swasta, NGO, dan juga agensi persendirian dengan

satu tujuan yang sama dan yang membezakan kesemua program ini adalah dari segi

pendekatan yang dilaksanakan. TASKA juga dapat didefinisikan sebagai mana-mana

premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun

dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Hal ini

bermakna kanak-kanak yang berusia seawal kelahiran sehingga ke usia empat tahun

dapat diletakkan di bawah pusat asuhan berkenaan. Objektif TASKA ini adalah

seperti;

i. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam

suasana yang selamat, ceria dan selesa.

ii. Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang

menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

iii. Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu

pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya

hidup sihat.

iv. Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan

mengamalkannya sejak kecil.

v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan,

kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00

petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA,

terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00

tengahari yang berjumlah 5 hari seminggu. Ahli Jawatankuasa TASKA

bertanggungjawab menetapkan tempoh masa ini mengikut kesesuaian waktu bekerja

ibu bapa dan masyarakat setempat.

Walau bagaimanapun, fenomena ini tidak akan wujud tanpa adanya pihak

yang begitu prihatin berkaitan pendidikan awal kanak-kanak. Oleh yang demikian,

14

Page 15: Documentap

pihak atau agensi yang berkaitan dengan perlaksanaan program TASKA ini dapat

diperjelas seperti berikut.

5.2 Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) merupakan salah satu agensi yang

telah melaksanakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak melalui TASKA

KEMAS. Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS adalah selaras dengan

Falsafah Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan

kepada masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan

berpendapatan rendah dan miskin. TASKA ini adalah di bawah kelolaan

Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.

Kurikulum TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan

Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut

kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

5.3 Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merupakan antara agensi

bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak Tahun 1984

(Akta 308). Akta tersebut meliputi antara lain aspek pendaftaran, pengawalan dan

pemeriksaan TASKA bagi mematuhi penetapan ciri-ciri piawaian minimum yang

merangkumi tahap kesihatan, keselamatan, kebersihan, nisbah pengasuh dan

nisbah ruang oleh pusat- pusat asuhan yang berdaftar.

Di samping itu, JKM memainkan peranan sebagai agensi penyelaras TASKA

Komuniti (TASKOM). TASKOM merupakan suatu pendekatan yang memberi

tumpuan kepada keluarga berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar di

bawah pengawalan standard minima pengasuhan berdasarkan Akta Taman Asuhan

Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan TASKA (Di Institusi 1985) Pindaan 1993. Ia

bertujuan menjamin semua kanak-kanak akan mendapat pengasuhan yang berkualiti

dari pengasuh yang diberi latihan wajib. Pengasuh perlu mendapat latihan seperti

yang telah ditetapkan di bawah Peraturan TASKA yang dinamakan Kursus Asas

Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Namun mulai tahun 2009, pengasuh perlu menjalani

latihan di bawah Permata.

15

Page 16: Documentap

5.4 TASKA Swasta

Selain daripada TASKA yang dikendalikan oleh agensi kerajaan, pelbagai

jenis TASKA swasta atau persendirian yang bukan kerajaan telah diwujudkan.

TASKA yang diwujudkan tersebut terdiri dalam lingkungan empat jenis pusat asuhan

yang menjalankan aktiviti yang sama, namun ia dibezakan dengan kawasan atau

tempat asuhan itu dilaksanakan.

i. Taska Di RumahMerupakan taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk kurang

daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang didaftarkan.

ii. Taska Di Institusi

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang

kanak-kanak atau lebih.

iii. Taska Di Tempat Kerja

Suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk

sepuluh orang atau lebih.

iv. Taska Komuniti

Suatu taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau

lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan yang menerima bantuan

daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Kesemua jenis TASKA ini semakin berkembang pesat seiring dengan

keperluan masyarakat dan juga kehendak pasaran.

5.5 TASKA PERMATA

TASKA PERMATA yang dinaungi di bawah Pusat Anak Permata Negara

(PAPN) merupakan pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang

dipengerusikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang

mengambil contoh berdasarkan amalan Pusat Kecemerlangan Kanak-Kanak Pen

Green di Corby, London. Pengisian yang terdapat di dalam TASKA tersebut

16

Page 17: Documentap

kemudian diubah mengikut acuan yang menekankan modul pendidikan yang sesuai

dengan perkembangan minda kanak-kanak Malaysia.

Struktur bangunan TASKA ini direka dan diubahsuai dengan menaiktaraf

bangunan sedia ada serta memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak yang berusia

empat tahun ke bawah. Bangunan yang digunakan juga memenuhi aspek

keselamatan yang diiktiraf pelbagai agensi seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

dan Jabatan Bomba. Perihal ini sememangnya amat diambil berat dalam

memastikan program didikan dan asuhan kanak-kanak dapat berjalan dengan lancar

dan mesra pengguna sepanjang proses pertumbuhan kanak-kanak.

Sehingga kini, penubuhan TASKA PERMATA ini telah tersebar secara

meluas yang mana setiap negeri telah menerima fenomena pusat asuhan kanak-

kanak PERMATA sehingga wujudnya pelbagai program didikan dan asuhan kanak-

kanak yang menggunapakai elemen termasuk kurikulum PERMATA.

i. Penubuhan Pusat PERMATA KEMAS

Bagi menjadikan Taska KEMAS setaraf dengan Pusat PERMATA,

pengubahsuaian dan naik taraf dari segi ruang dan kemudahan serta peralatan

pembelajaran perlu dilaksanakan secara berperingkat mengikut kemampuan

kewangan.

ii. Penubuhan Pusat PERMATA Perpaduan

Sebagai permulaan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

(JPNIN) mencadangkan supaya Taska PERMATA Perpaduan ini dilaksanakan

dalam lingkungan kawasan Rukun Tetangga di bandar dan pinggir bandar seperti

di Pusat Aktiviti Perpaduan, pusat Rukun Tetangga dan bangunan Tabika

Perpaduan. Bagi Fasa I sebanyak 105 Pusat PERMATA Perpaduan akan

ditubuhkan iaitu 15 bagi tahun 2009, 30 buah Pusat pada tahun 2010 dan 60

buah Pusat pada tahun 2011. Sehingga kini, terdapat 415 buah bangunan yang

sesuai dijadikan sebagai Taska PERMATA Perpaduan dan pelaksanaan sedang

dibuat secara berperingkat bersesuaian dengan kemampuan kewangan.

iii. Penubuhan Pusat PERMATA FELDA

FELDA bercadang untuk memperluaskan program PERMATA dengan

menambah lima lagi Pusat iaitu di FELDA Jaya Raja Alias, FELDA Gugusan

Besout, FELDA Gugusan Kertih, FELDA Ciku Kelantan dan FELDA Tenggaroh. 17

Page 18: Documentap

Bangunan-bangunan sedia ada di lokasi-lokasi tersebut akan dinaiktaraf supaya

sesuai dengan keperluan program PERMATA.

iv. Penubuhan Pusat PERMATA Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan Pusat PERMATA di 5

buah lokasi iaitu

a. Kompleks Perumahan Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur

(Markas ATM),

b. Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur (Markas Tentera Darat),

c. Pangkalan TLDM Lumut (Markas Tentera Laut),

d. Pangkalan Udara Subang (Markas Tentera Udara),

e. Taskanita Kementerian Pertahanan (PUSPANITA).

ATM seterusnya akan menambah 8 lagi Pusat PERMATA ATM iaitu 4 lokasi

bagi Tentera Darat, 2 lokasi bagi Tentera Laut dan 2 lokasi bagi Tentera udara.

5.6 Modul Kursus Awal Kanak – Kanak dan Kurikulum Permata

Kesemua jenis TASKA dan Pusat Anak Permata Negara (PAPN)

menggunapakai Modul Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak yang

digubal oleh Kementerian Pelajaran berasaskan Kurikulum PERMATA. Kurikulum ini

berteraskan "pembelajaran menggunakan keseluruhan otak" dan pembelajaran yang

menyeronokkan dengan menggunakan tenaga pendidik terlatih dan mempunyai

kelayakan minimum peringkat diploma (Mohd Najib Abd Razak, 2008). Kurikulum ini

telah dirancang dengan mengambil kira semua aspek perkembangan samada dari

segi pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan

untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi

jasmani, rohani, mental dan emosi di samping menanam dan mempertingkat nilai

moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum ini juga

memberi penumpuan terhadap pembinaan kualiti individu kanak-kanak di bawah

umur lima tahun.

5.7 TADIKA / Prasekolah

Taman Didikan Kanak-kanak (TADIKA) atau Taman Bimbingan Kanak-kanak

(TABIKA) yang juga dikenali sebagai pendidikan kanak-kanak prasekolah 18

Page 19: Documentap

merupakan program pendidikan yang melibatkan kanak-kanak berusia 4 hingga

enam tahun. Tujuan program ini diwujudkan adalah bertujuan menggalakkan

perkembangan sosial, emosi, intelek dan fizikal di samping menyediakan asas yang

kukuh kepada kanak-kanak sebelum pendidikan formal di sekolah rendah.

Pelaksanaan TADIKA/TABIKA adalah berasaskan konsep memberi pendidikan non-

formal secara belajar melalui bermain. Konsep tersebut kemudiannya diperluaskan

kepada menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Objektif

TABIKA ini adalah:

i. Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal dan intelek kanak-

kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi.

ii. Menyediakan dan mengembangkan kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira sebelum memasuki alam persekolahan.

iii. Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi

individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang,

sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-

kanak.

iv. Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian,

kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu.

v. Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan,

kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang

seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

Masa pengajaran dan pembelajaran atau waktu kelas iaitu 3 1/2 jam sehari iaitu

bermula 8.00–11.30 pagi dan 12.00–3.30 petang bagi sesi kedua (jika ada). Hari

belajar ialah selama 5 hari seminggu mengikut penggal persekolahan. Penubuhan

TADIKA dan Prasekolah ini telah dirintis oleh badan-badan berikut:

i. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

KPM telah merintis program prasekolah yang diwujudkan di bawah Sistem

Pendidikan Kebangsaan. Prasekolah ini beroperasi di bangunan yang diwujudkan di

dalam kawasan sekolah rendah yang terpilih di seluruh Malaysia.

ii. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

19

Page 20: Documentap

Telah melaksana program TABIKA KEMAS yang berasaskan kepada 3K iaitu

‘Kehendak, Keperluan dan Keupayaan’ masyarakat yang ditubuhkan dan diuruskan

dengan kerjasama KEMAS dan masyarakat.

iii. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)

JPNIN pada masa kini terlibat dalam pengendalian TADIKA untuk kanak-

kanak berumur 5 hingga 6 tahun atau di peringkat prasekolah. JPNIN bertindak

dalam memastikan TABIKA mematuhi dan memenuhi keperluan berkaitan

kebersihan dan kesihatan yang telah ditetapkan sebelum dan apabila beroperasi.

iv. TADIKA Swasta

Sebagaimana TASKA Swasta, TADIKA Swasta telah diwujudkan oleh badan-

badan NGO dan orang persendirian berasaskan kehendak dan keperluan

masyarakat dari semua golongan. Kebiasaannya, TADIKA Swasta menggunakan

pendekatan yang agak berbeza dalam memberi didikan kepada anak-anak selaras

dengan yuran yang dikenakan yang agak tinggi berbanding TADIKA yang disediakan

oleh agensi lain.

5.8 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Kesemua TADIKA dan juga prasekolah menggunapakai kurikulum

pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang

telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2003, mengikut Akta Pendidikan 1996,

Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.

Komponen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan merangkumi:

i. Bahasa dan Komunikasi (Kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)

ii. Perkembangan Kognitif

iii. Kerohanian dan Moral (Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral)

iv. Perkembangan Sosioemosi

v. Perkembangan Fizikal

vi. Kreativiti dan Estetika

20

Page 21: Documentap

5.9 Kumpulan Kanak-kanak Kurang Bernasib-Baik (The Diasadvantage Group)

Terdapat enam kumpulan kanak-kanak yang tergolong dalam golongan kurang

bernasib-baik yang memerlukan perhatian semua pihak iaitu;

i. Kanak-kanak Kurang Upaya

ii. Kanak-kanak Pribumi atau Orang Asli

iii. Kanak-kanak Terbiar

iv. Kanak-kanak Bagi Ibubapa Masuk Penjara

v. Kanak-kanak Miskin / Kanak-kanak HIV/Aids

Kesemua golongan kanak-kanak yang memerlukan pembelaan ini sentiasa

mendapat perhatian dari pelbagai pihak terutama Jabatan Kebajikan Masyarakat,

Kemeterian Pendidikan Malaysia, UNICEF (United Nations Children’s Fund)

Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM),

dan beberapa agensi lain yang terlibat. Hal ini bagi memastikan setiap kanak-kanak

memperoleh hak yang saksama dari segi pembangunan diri, pendidikan, sahsiah

serta keperluan yang sama dirasai oleh kanak-kanak yang bernasib-baik. Misalnya,

Program Pendidikan Khas yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

bagi golongan kanak-kanak berkeperluan khas serta Rumah Kanak-kanak yang

diwujudkan bagi kanak-kanak terbiar, miskin dan juga teraniaya serta pelbagai

program lain yang dirangka sedikit-sebanyak membantu golongan kanak sehingga

ke usia 18 tahun agar memperoleh hak sebagai kanak-kanak yang terkandung di

dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597.

Melalui program-program pendidikan awal kanak-kanak berasaskan

kurikulum yang bersesuaian yang diwujudkan ini, adalah diharapkan agar kanak-

kanak memperoleh manfaat dan kebaikan dari semua aspek dari peringkat awal lagi

seiring dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

6.0 PROGRAM UNTUK KESIHATAN KANAK – KANAK

Sebelum menjelang akhir tahun 1800 istilah kesihatan telah didefinisikan

sebagai suatu keadaan yang bersetentangan dengan sihat. Seseorang dikatakan

21

Page 22: Documentap

sihat sekiranya dia tidak mempunyai penyakit yang berbahaya atau penyakit yang

akan merebak kelak (Zainun Ishak, 2006).

Pertumbuhan kesihatan sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat

sebagai “keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika tiada

sakit”. Bagi mana-mana organisasi, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini

merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar ( input and

output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga

membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Menurut Dubos (1968), seorang pakar biologi dan ahli falsafah,

memperluaskan bagi definisi kesihatan WHO. Beliau telah menyatakan bahawa

“kesihatan adalah kualiti hidup, melibatkan sosial, emosi, mental, spirituil, dan

kecergasan biologi bagi pihak individu, dengan berpandukan persekitaran” (Zainun

Ishak, 2006).

7.0 ISU DAN PERMASALAHAN YANG TERDAPAT KETIKA MENGAJAR DI PERINGKAT PRASEKOLAH

7.1 Celik HurufTimbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPM), Datin Asariah binti Mior

Shaharuddin berkata, KPM menetapkan agar semua kanak-kanak normal yang

bersekolah boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) ketika

melangkah ke tahun empat sekolah rendah sebelum penghujung 2012. Beliau

berkata demikian semasa merasmikan Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut

Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Zon Sabah di Kota Kinabalu pada awal Oktober

2009.

Sukatan pelajaran prasekolah, antara lain, bertujuan untuk mencelikhurufkan

murid. Ada guru Bahasa Melayu beranggapan bahawa semua murid yang diterima

masuk ke kelas tahun satu sudah celik huruf. Apabila anggapannya itu meleset,

mereka mengeluh. Mereka berasa berat untuk mengajarkan a-b-c kepada beberapa

orang murid yang tidak berpeluang mengikuti kelas prasekolah. Ada juga murid yang

sudah mengikuti prasekolah tetapi masih belum celik huruf. Murid-murid ini menokok

jumlah murid yang perlu dicelikhurufkan oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Dahulu, pada semester pertama, memang ada program khas. Mulai tahun

2006 KPM memperkenalkan pula program Kelas Intervensi Awal Membaca dan

Menulis (KIA2M). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010

menyatakan, KIA2M bertujuan untuk memastikan murid-murid tahun satu menguasai

22

Page 23: Documentap

kemahiran 2M selepas enam bulan belajar di sekolah. Tujuan ini tidak tercapai

apabila pada akhir Ogos 2006 hampir 100 ribu murid tahun satu belum celik huruf.

Pada akhir September 2009 pula sebanyak 85,000 murid tahun satu belum

menguasai 2M.

Berdasarkan sasaran yang diuar-uarkan oleh Menteri Pelajaran dan

timbalannya dalam BHO, pada tahun hadapan dan tahun 2011 jumlah murid tahun

satu yang belum celik huruf pada akhir tahun dijangka masih dalam lingkungan

50,000 orang. Malah, apabila kita mengambil kira jumlah kelahiran yang semakin

meningkat, jumlah ini tidak banyak berubah pada akhir tahun 2012. Jadi, penetapan

sasaran 85 hingga 87 peratus kanak-kanak berpeluang mengikuti prasekolah pada

tahun 2012 itu rendah.

Penetapan sasaran yang rendah ini pasti menghampakan pendukung PIPP

yang ingin melihat murid-murid tahun satu menguasai kemahiran 2M selepas enam

bulan belajar di sekolah. Kenyataan bahawa semua kanak-kanak normal yang

bersekolah boleh menguasai kemahiran 3M selepas melangkah ke tahun empat pula bagaikan mengesahkan kehampaan pendukung PIPP.

7.2 Kesukaran Menguasai Konsep Nombor

Konsep nombor merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh

kanak-kanak prasekolah. Nombor memainkan peranan yang penting dalam

menguasai pembelajaran Matematik prasekolah. Namun begitu, didapati segelintir

guru tidak memahami perkembangan kanak-kanak dan asas dalam perkembangan

Matematik dengan terus mengajar kanak-kanak simbol nombor 1, 2, 3 dan

seterusnya tanpa mengaitkan nombor-nombor ini dengan objek di sekeliling (Rohani

et. Al, 2004). Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengaitkan nombor dengan

keadaan sebenar.

7.3 Penggunaan Portfolio Bagi Penilaian Kanak-Kanak  PrasekolahTempat penyimpanan hasil kerja adalah juga satu masalah penggunaan

portfolio. Terdapat berbagai bentuk portfolio yang boleh diselenggara. Antaranya

menggunakan kotak, fail, folder atau disket. Cara menyimpan hasil kerja banyak

bergantung kepada pengalaman guru menyelenggara portfolio pada tahun-tahun

sebelumnya. Akibat ketidakcekapan guru mengumpul hasil kerja, sikap guru yang

tidak selektif, guru sering kali memasukkan kesemua hasil kerja tanpa dianalisis. Ini

23

Page 24: Documentap

menjadikan bahan yang dikumpul terlalu banyak dan menjejaskan bentuk fizikal

portfolio.

Kajian Umi Kalsom Takriff (2003) dalam Surayah Zaidon (2004), berjudul

Persepsi Guru Terhadap Pelaksaan Penilaian Di Prasekolah JAWI mendapati guru

melibatkan kanak-kanak semasa mengumpul hasil kerja walaupun kesemua hasil

kerja disimpan ke dalam portfolio tanpa melalui proses pemilihan. Penyemakan pula

adalah secara langsung atau spontan di mana guru memberi komen secara lisan

tentang kesalahan hasil kerja terus kepada kanak-kanak. Kandungan portfolio

terutamanya hasil seni dipamerkan di kelas. Kajian tersebut mendapati pengesanan

perkembangan keseluruhan kanak-kanak memerlukan pemerhatian ke atas aktiviti

kanak-kanak dan interaksi bersama kanak-kanak selain dari maklumat dari hasil

kerja.

Hasil kerja yang dikumpul terbatas kepada yang berasaskan kertas yang

berbentuk lembaran kerja dan hasil tulisan yang merupakan salinan atau adaptasi

dari buku-buku rujukan di pasaran. Pengumpulan kandungan portfolio tidak

dijalankan mengikut prosedur tertentu dengan penglibatan kanak-kanak yang terhad.

Dari segi tatacara menilai kandungan portfolio, kaedah semakan yang paling

menonjol adalah secara memberi ganjaran. Penyemakan yang dijalankan adalah

lebih berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang

terdahulu. Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif

pembelajaran dan tahap perkembangan.

Menurut Surayah Zaidon (2004), penyemakan yang dijalankan adalah lebih

berbentuk perbandingan di antara hasil kerja yang terkini dengan yang terdahulu.

Penganalisaan kandungan portfolio adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan

tahap perkembangan. Kajian beliau telah mengenal pasti antara masalah yang

dihadapai guru dalam menggunakan portfolio secara berkesan adalah latihan yang

terbatas, bilangan kanak-kanak yang terlalu ramai, peruntukan masa yang banyak

diperlukan untuk menilai hasil kerja kanak-kanak dan limitasi portfolio dalam

menggambarkan perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Banyak kajian menunjukkan guru tadika mempunyai pengetahuan yang

terhad dalam aspek penilaian perkembangan kanak–kanak akibat pendekatan

latihan pra perkhidmatan yang berunsurkan teori dan mengetepikan ataupun

memperlekehkan pengaplikasian teori. Bakal guru perlu diberi pendedahan kepada

input yang dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan penilaian. Kanak–kanak

mempunyai repertoir tingkah laku yang terhad bagi dinilai. Justeru, guru perlu

didedahkan kepada pelbagai alat pentaksiran pemerhatian daripada segi teori dan

24

Page 25: Documentap

pratikal seperti rekod anekdot,dapat menjamin bakal guru benar-benar faham bentuk

penilaian yang perlu dijalankan di peringkat prasekolah dan tidak mengambil jalan

mudah dengan menggunakan ujian-ujian yang hanya menguji perkembangan kognitif

kanak–kanak.

8.0 KESIMPULAN

Perkembangan dalam bidang Sains dan Teknologi, dan perkembangan

dalam industri telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan, perhubungan,

pengangkutan, pentadbiran, struktur ekonomi dan juga dalam bidang kerjaya dan

keperluan kerjaya. Perkembangan dalam bidang industri juga telah menyebabkan

perpindahan anak-anak muda ke bandar-bandar untuk bekerja di kilang dan pusat

perniagaan di bandar-bandar yang tumbuh seperti cendawan. Penghijrahan

penduduk ke bandar pula, ditambah pula dengan kadar kelahiran yang tinggi, serta

kepesatan ekonomi telah selanjutnya membawa penubuhan keadaan cara hidup,

sistem kekeluargaan, corak perhubungan dalam masyarakat dan sikap terhadap

kehidupan masyarakat. Kesemua perubahan ini telah menjadikan kehidupan

manusia pada hari ini bertambah canggih, bertambah sukar, bertambah mencabar

dan memberikan tekanan yang lebih berat terutama kepada anak-anak

muda.walaubagaimanpun, perubahan-perubahan ini memang tidak boleh dielakkan

kerana ia adalah perkara yang datang bersama dengan kemajuan.

Sebagai manusia yang inginkan kehidupanyang lebih baik, lebih seksa dan

lebih maju setanding dengan orang lain kita tidak ada jalan lain mesti berubah.

Begitu juga dengan negara kita, untuk menampung bilangan penduduk yang

bertambah, untuk menjaga keamanan negara, memberi kemakmuran kepada

rakyatnya dan untuk maju setanding dengan negara lain, negara kita juga perlu

berubah. Negara kita tidak boleh menumpukan ekonominya kepada pertanian

semata-mata, ia perlu memperbagaikan ekonominya kepada industri pembuatan dan

perusahaan selaras dengan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi.

Sebagai warganegara, apa yang perlu kita lakukan bukanlah mengelak atau

melarikan diri dari perubahan itu, tetapi menyediakan diri dengan ilmu pengetahuan

dan kemahiran yang secukupnya untuk menghadapi tekanan dan cabaran yang

berpunca dari perubahan itu.

Keadaan hidup yang semakin bertambah canggih ini menyebabkan anak-

anak muda kita sekarang ini menghadapi tekanan dan cabaran yang lebih kuat

25

Page 26: Documentap

sehingga ada masa-masa anak-anak muda yang paling kuat dan komited di antara

merekapun, mendapati mereka terkeluar dari landasan, terjerumus kepada diri

mereka. Kadang-kadang terdapat kanak-kanak yang baik iaitu kanak-kanak yang

dibesarkan oleh ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang dan sediakan dengan

berbagai kemudahan melakukan perkara-perkara yang tidak baik disebabkan

mereka menghasilkan sebahagian besar dari masa mereka dalam masyarakat yang

telah menjadi senjata halus kepada kemusnahan. Satu senjata yang diarahkan

kepada pemikiran, hati dan jasmani mereka.

BIBLIOGRAFI

Abdul Kader Hussain. 1986. Suluh Asuhan Panduan Asas Kesihatan Anak. Utusan

Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Aminah Ayob et.al. 2008. Kurikulum Permata. Tanjong Malim: Penerbit Universiti

Pendidikan Sultan Idris.

Haiza Noor & Norizan Abu Samah. 2004. Penjagaan & Kesihatan Bayi Sejak Lahir

Hingga 12 Bulan Pertama. Selangor: Jasmin Enterprise.

Zainun Ishak. 2006. Panduan Kesihatan Dan Keselamatan Kanak-Kanak. Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Kamarul Azman b. Abd Salam. 2009. Kursus Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-

kanak dalam nota kuliah satu (1): Sejarah Perkembangan Asuhan dan

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kasnani Ab Karim, Norbe Md. Nor & Nazimah Abdullah. 2005. Perkembangan

Pendidikan Prasekolah Untuk Kursus Persediaan Dan KPLI (Pendidikan Awal

Kanak-Kanak) Bahagian 1. Selangor: Added Enterprise.

26